29 October 2009

1Malaysia - Satu Malaysia Tak Faham

Slogan 1Malaysia berkumandang melalui RTM setiap waktu dengan obsession yang begitu tinggi sekali.

Assalaamualaikum sudah ditambah dengan Salaam 1Malaysia. Begitulah hebatnya slogan 1Malaysia ini dan saya begitu kagum dengan usaha Kementerian Penerangan kita mempromosikan slogan kita yang terbaru ini.

Saya tertanya-tanya apa dia 1Malaysia ini. Selama ini saya hanya bertanya kepada diri saya sendiri apa maknanya 1Malaysia ini.

Saya berasa malu juga untuk bertanya kepada mana-mana pihak kerana mungkin saya seorang sahaja yang tidak faham sedangkan 27 juta rakyat yang lain faham apa maksud slogan ini.

Apabila orang sebut 1Malaysia saya pun sebut juga walaupun dalam hati saya sedang berusaha untuk mendapatkan jawapan kepada pertanyaan yang saya ajukan kepada diri saya itu.

Pada suatu hari seorang sahabat saya muncul di kaca TV berforum tentang slogan 1Malaysia ini, tetapi beliau tidak berjaya meyakinkan saya tentang tuju arah slogan ini dicipta.

Dalam hati saya berkata sepatutnya tentu ada definasi jelas tentang slogan ini, kalau tak panjang pendek; mesti ada definasinya, tetapi saya tidak juga terdengar sahabat saya ini memberikan definasi itu.

Pada keesokkan harinya saya bertanya kepada sahabat saya yang bercakap dalam TV itu, ‘Bro, boleh ke you terangkan kat I apa dia definasi 1Malaysia itu? Sorry to ask you, sebab I tak faham. Aku segan nak tanya ramai orang. Sebab you dah muncul dalam TV bercakap tentang isu ini, I nak tanya youlah!”

Dia lantas menjawab, “Sebenarnya bro, aku pun tak faham. Dah dia orang suruh, aku cakaplah apa yang patut. Aku pusing ke sana, aku pusing ke sini dan cakap ajelah. Oh! Kau tengoklah aku bercakap dalam TV semalam?”

Saya jawab, “Tengok!”. Dia pun kata “Haa, apa yang aku cakap itu, itulah 1Malaysia. Aku pun dah lupa apa yang aku cakap…dan itu pun 1Malaysia,” katanya sambil berdekah ketawa.

Selepas itu saya bertanya-tanya kepada begitu ramai orang termasuk pemimpin dalam kerajaan yang berkawan dengan saya tentang definasi 1Malaysia ini.

Tiada siapa pun boleh menjawab pertanyaan saya itu, malahan ramai pula akhirnya yang bertanya kepada saya apa itu 1Malaysia.

Mereka juga bertanya antara satu dengan lain soalan yang sama; masing-masing keliru.

Baru saya sedar bahawa bukan saya seorang yang tidak faham tentang slogan ini.

Rupa-rupanya Satu Malaysia yang tidak faham tentang 1Malaysia ini. Mungkin itukah definasinya?


Sekian……………………………………………………………Aspan Alias

36 comments:

Faizal Tajudin said...

Pemahaman 1 Malaysia saya :
Tidak kira apa warna kulit, budaya, fahaman politik dan agama, setiap pemegang kad pengenalan MYKard harus rasa bertangungjawab untuk bersama-sama menjaga dan memakmurkan Malaysia tercinta.

abRO said...

Saudara,

Saya rasa ler, ramai lagi rakyat tidak memahami apa itu 1Malaysia - bukan setakat saudara dan saya je.

Macam mana nak faham. Cuma slogan saja yang digembar-gemburkan. Konsep tidak pernah diterangkan. Kalau si penceramah pun tak faham, apa lagi kita yang kerdil ini.

Camno nak berjaya?

Camno kita rakyat nak mendukungnya?

Anonymous said...

Soalan kepada Tuan Faizal:
Apa beza konsep 1Malaysia dengan konsep Ketuanan Melayu? Adakah konsep 1Malaysia merangkumi konsep Ketuanan Melayu atau adakah konsep Ketuanan Melayu merangkumi Konsep 1Malaysia atau adakah Konsep 1Malaysia tiada kena mengena dengan Konsep Ketuanan Melayu?

Anonymous said...

apa la bengap sangat sampai ni pun tak faham, Sampai nak pecah kepala memikir...haha..pelik aku

Anonymous said...

Dear sir, I wish to share this blog with you.

http://hsudarren.wordpress.com/2009/10/28/4915/#comments

Faizal Tajudin said...

Konsep 1 Malaysia tidak menidakkan Konsep Ketuanan Melayu malah mengukuhkannya kalau kena caranya..

vinnan said...

Faizal

'Pemahaman 1 Malaysia saya :
Tidak kira apa warna kulit, budaya, fahaman politik dan agama, setiap pemegang kad pengenalan MYKard harus rasa bertangungjawab untuk bersama-sama menjaga dan memakmurkan Malaysia tercinta.'

Betul Malaysia dulu bukan UMNO dan 'ketuanan Melayu' Tapi rupanya orang Melayu tiada niat jayakan Malaysia. Tak habis-habis 'ketuanan Melayu'

tapahboy said...

Anonymous 15;16,

Kata orang bengap. tapi tidak pula beri jawapannya.

Berilah Aspan jawapannya. Jangan nak pandai kata orang bengap saja.

Memberi jawapan seperti itu melambankan sdr lebih bengap.

Elok sdr main jauh-jauh.

man dego kg bendera said...

Rasa-rasa saya faham ......... ia ke macam si Faizal kata? ..... tapi sekolah lain lain ! ..... TAK FAHAM LE ?

awee said...

Aspan,
cheer bro. I agree with you!!

Anonymous said...

Hmm Aspan,

"Sudah Gaharu Cendana Pula, Sudah Tahu Bertanya Pula"; pelik dan musykil saya bila saudara Aspan bertanyakan 1Malaysia.

Orang sebijak Aspan (jek sikit!) yang dah bergelumang dengan dunia politik terlalu lama ;saya rasa tentu dah faham apa yang tersurat dan tersirat dari projek 1Malaysia yang diusahakan oleh Dato' Seri Najib.Tak perlulah saya nak jadi nasi tambah.

1Malaysia ni saya rasa bukanlah se'retorik' dan se'susah' nak faham projek Pak Lah seperti Islam Hadhari, 'bekerja bersama saya','modal insan',dan slogan 'cemerlang, gemilang dan terbilang'. Sampai hari ni saya masih tak faham-faham apa tu Islam Hadhari dan ramai orang buat jenaka pulak tu "Islam ada had ada hari...

Bagi pandangan saya, kalau seseorang pemimpin itu ikhlas, istiqamah dalam pendirian dan pelaksanaan, insyallah hasilnya akan jadi baik pula.

Tapi kalau seseorang pemimpin tak ikhlas, usaha hangat-hangat taik ayam dan projek diadakan sekadar untuk menunjuk-nunjuk, hasilnya akan jadi hambar.. dan menyakitkan..

tak payah saya nak jadi nasi tambah.. ambik saja contoh projek TDM, Pak Lah, DSAI dan Dato Seri Najib..Rakyat sendiri boleh menilai yang mana retorik dan yang mana ikhlas kan!

Orang Kampung

aidit said...

Tuan-tuan,

Tak usah dikaji kenapa slogan 1Malaysia dicipta.

Usah dikesalkan apa yang dilakukan oleh DS Najib, PM kita yang baru ini.

Jangan kau ambil berat tentang slogan-slogan ciptaannya.

DS Najib banyak kekurangan, tiada beza dengan bapa mertua Khairy.

Berilah peluang dia nak lindungi kelemahannya disebalik slogan ini.

DS Najib hanya mampu untuk menambah kantung Negara dengan cara mencukai rakyat sahaja.

Pemegang Kad Kredityang sudah begitu sulit kehidupan mereka dicukainya rm50.

AP terbuka mesti bayar kerajaan 10000 ringgit.

Susidy dikurangkan agar kantung kerajaan yang sudak kering tidak bertambah kering lagi.

Usah kita tanya Najib 'dimana letaknya apa yg dikatankan rakyat didahulukan.

Biarkan dia dengan slogan yang membawa akibah yang terbalek dari cogan kata slogan itu.

Biarkan...biarkan kita sudah selama ini susah dibuat oleh pemimpin-pemimpin takkanlah Najib kasi susah kita marah.

Bukan kah pemimpin dini hari kerjanya menyusahkan rakyat.

Pilihanraya nanti undi lagi pemimpin seperti ini supaya kita bertambah susah.

Kalau dapat pemimpin baik nanti, kita pulask kekok dengan kesengan. Kita dah biasa susah, biar susah sampai kiamat.

Dah nasib kita dapat pemimpin macam ni kita terima saja.

Kalau tak terima nanti kita kena gam pulak kan?

Nasiblah!!!

Anonymous said...

Boleh tak tuan-tuan jangan cakap pasal tin kosong itu?

Bisinglah!! saya mau tidur!

robin

Anonymous said...

Aspan,
Orang Melayu memang terkenal dengan hasad dengki. 100 tahun lagi perangai orang Melayu tak akan berubah.Mereka pantang dihasut. Mereka terima sahaja apa orang lain kata. Akalnya pendek.Itulah kelemahan bangsa yang bernama Melayu. Pemikirannya senang dimanipulasi oleh orang yang kononnya pejuang bangsa. Akhirnya sama-sama gantung leher.
Bangsa lain pun senyum sahaja. Dalam hati mereka inilah bangsa Melayu yang akan tersungkur dengan perbuatan mereka sendiri.

Melayu tidak cerdek. Ikutkan hati badan binasa!!

Fikir ! Fikir ! Fikir !!

Ada pemimpin dikutuknya dan dikeji berhabis-habisan siang dan malam. Semuanya tak kena!!

Apa nak jadi dengan Melayu !!! Baliklah semula ke zaman Pramasewara jadi LANUN !!!


melayu kuno

kangks said...

Salam bro,
Setiap PM kita selalu melaungkan slogan mereka masing masing. Tetapi malangnya setiap slogan hanya untuk syiok sendiri sahaja. IM=Together We Prosper atau IM=Together we Plunder. Itu terpulanglah kepada setiap rakyat untuk menilainya.

Anonymous said...

Saudara Faizal,

"Konsep 1 Malaysia tidak menidakkan Konsep Ketuanan Melayu malah mengukuhkannya kalau kena caranya.."

Apa yang saya faham, konsep 1Malaysia ini adalah untuk memakmurkan segenap rakyat, tidak mengira bangsa, kaum atau warna kulit. Tapi tidakkah ia contradictory dengan konsep Ketuanan Melayu? Apakah bezanya 1Malaysia dengan konsep Ketuanan Rakyat? Dan apakah cara yang 'kena' untuk 1Malaysia mengukuhkan lagi konsep Ketuanan Melayu?

Anonymous said...

1Malaysia ni tak lebih daripada melengkapkan setiap pm ada slogannya. Nanti dah pencen ada la skit slogan untuk dijadikan bukti sejarah yang mengatakan mereka merealisasikan sesuatu. Ambil contoh wawasan 2020. Sekarang 2009, proton kita masih buying technology 1986 dari mitsubishi.. Kesimpulanya slogan dilaungkan sampai alaska sekali pun. Kita masih disini menikmati slogan yang masih tak nampak juga halatujunya. Melayu yg tuan, tuan yang mana?

Anonymous said...

Salam bro,

I feel sorry for the people who sing and dance with 1Malaysia which they don't understand.

Saya nampak betul kata-kata setengah orang yang slogan ini semata-mata untuk melekakan kita dari melihat kelemahan pemimpin kita.

Slogan diwarwarkan dengan begitu hebat tetapi bajet untuk tahun depan begitu menguncup, jumlahnya sama dengan bajet 1997 dulu.

Sampai bilalah pemimpin bergayut dengan slogan-slogan yang kosong ini?

nyiorkumbuh

rizalzam said...

Aspan,

baguih bro. what you wrote is what people feel on the ground, at least for people here in Prai.

you write the actual, and I like it.

rizal.

Anonymous said...

Penat! penat! penat! dengan pemimpin-pemimpin menjaja slogan.

Letih kita dibuatnya. Saya cadangkan kita ramai-ramai laungkan slogan baru; iaitu CARI MAKAN!.

Sebenarnya yang menumpang melaungkan 1Malaysia ini ialah yang nak cari makan.

Lebih baik kita laungkan CARI MAKAN!

joe

Faizal Tajudin said...

Anonymous,

1.Bagi saya 1Malaysia tidak contradict dengan Ketuanan Melayu kerana kedua-dua konsep berkenaan tidak menidakkan objektif antara satu sama lain.. kedua2nya tidak tindas menindas antara kaum2 sama sekali sebaliknya saling mengukuhkan kesejahteraan dan keseimbangan antara kaum.

2.Bezanya 1Malaysia dengan konsep Ketuanan Rakyat ialah ketuanan rakyat diutarakan dengan nada dan cara yang sedikit agresif dan terlalu terbuka... manakala 1Malaysia cuba memberikan janji kepada rakyat dengan cara lebih meyakinkan (harapannya begitulah..)

3.Jawapan bagi cara yang 'kena' untuk 1Malaysia mengukuhkan lagi konsep Ketuanan Melayu ialah dengan PERUBAHAN (apa cara yang berkesan.. kerajaan bersama semua rakyat kena buat bersama) bagi memastikan tercapainya TAG LINE 1 Malaysia tu sendiri.. Rakjat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.. Rakyat puas hati dengan kerajaan .. itu saja caranya.. Kerajaan kena perbaiki dan terus perbaiki prestasinya..

Anonymous said...

Cubalah cari definasi 1Malaysia ni kat blog PM ... tentu ade explanation panjang lebar ... carilah ...

Nani Cheras

Anonymous said...

Faizal Tajudin said...
Pemahaman 1 Malaysia saya :
Tidak kira apa warna kulit, budaya, fahaman politik dan agama, setiap pemegang kad pengenalan MYKard harus rasa bertangungjawab untuk bersama-sama menjaga dan memakmurkan Malaysia tercinta.

Ini bagus dijadikan permulaan definasi 1Malaysia. Tapi mesti dilanjutkan lagi. Lepas negara menjadi makmut, apa jadi dengan rakyat yang berbilang kaum and berbagai kepercayaan? Apa jadi pulak dengan kekayaan yang didapati, diagih-agihkan antara, UMNO-putra, MCA-putra and MIC-putera? Apakah definasi 1Malaysia dilanjutkan sebegini?

buntungkali said...

Pencipta kpd slogan ini sepatutnya memberikan definasinya.

Kalau dia jujur untuk memberitahu yang 1Malaysia ialah untuk mengambil hati org bukan Melayu tidaklah berpanjangan mencari definasinya.

Kenapa kita yang mencarinya? Sudahlah! Paklah, Mahathir dan Najib ni semuanya menyesatkan.

Nak bantai saya bantailah. Itu pemikiran saya.

Ruz said...

slm semua

Aku rasa bukan je ramai tak faham. malah ramai yang tak sedia pun utk laksanakan konsep 1Malaysia. Korang sedia ke nak beri hak samarata kepada semua bukan BUMI?

Pada aku la 1Malaysia ni gimik politik Najib je.

ikhlasmalaysia.blogspot.com

Anonymous said...

Tak kira lah apa maksudnya. Mackiah Kiah dan anak nya, tetap tinggal di rumah kayu usang di bawah jambatan Batu Gajah, Perak, Di bawah Islam Hadhari, dia tinggal di situ..di bawah 1Malaysia pun dia tinggal di situ.

perfectwater75 said...

Salam,

cara terbaik mengikis kuasa melayu di Malaysia dengan melaksanakan konsep 1malaysia...retorik, cakap kepada org melayu, kuasa makin hilang dek mainan politik 'celaka' sesetengah ahli politil dari pembangkang tetapi cakap kat bukan melayu...KITA TETAP MENDUKUNG KONSEP 1MALAYSIA YANG MEMBERIKAN KESAMARATAAN KEPADA SELURUH RAKYAT DALAM APA JUA BIDANG...

apa punya cerita macam ni???

chow said...

I share your view Aspan. I understand fully what you mean.

If I may say there is no common definition to the slogan.

Like what we read from the commentators each and everyone of them gives different answer.Surely there is a flaw in the slogan isn't?

But what to do, there sre still some who say that there is a definition but not available for a COMMON ONE.

Anonymous said...

Saya rasa ramai jugak orag tak faham Fatihah dan sebagai nye...

Ramai jugak tak faham E=mc2, tapi terima je...

Juga ramai tak faham, share market, derivatives; tapi bercakap juga....

Sebenarnye banyak benda yang kite tak faham dan tak akan faham.

Yang kite faham hanye sedikit.


Kahkahkahkahkah....

w&d said...

I don't believe you don't understand what Najib is out for to invent this slogan.

Even though I don't know you, by reading your writings, it is easy to know that you are a real politician.

I see that you are good in getting attention. You are good bro.

cheers.

wee and din

Anonymous said...

Tuan Faizal,
Terima kaseh kerana sudi memberi penerangan yg terperinci keatas hubung kait diantara Konsep 1Malaysia dan Konsep Ketuanan Melayu.

Saya rasa orang awam mungkin tersalah anggap akan maksud konsep 1Malaysia nie. Walaupun tuan memberi penekanan terhadap pentingnya semangat patriotisme, ramai2 yg mungkin terfikir yg konsep 1Malaysia ni berteraksan konsep kesama rataan yang mungkin tidak sama alirannya dengan Konsep Ketuanan Melayu. Bagi saya, mungkin ada sedikit 'give' and 'take'.

Mungkin juga kerajaan bertindak mengaburi konsep 1Malaysia ni supaya ianya boleh dihalusi secara individu, iaitu satu strategi Lautan Biru (Blue Ocean). Setiap orang mendapat intipati mengikut rentak masing2.

Strategi nie hanya bakal membuahkan hasil jikalau situasi dalam negara dari segi ekonomi, sosial, kadar jenayah dan sebagainya bertambah baik. Kalau situasi bertambah buruk, Konsep 1Malaysia akan bakal diperlekehkan dan dijadikan sandiwara politik oleh pelbagai pihak.

Inilah perhitungan yang terpaksa dibuat dengan amat baik dan teliti. Kalau dianggarkan situasi akan bertambah buruk sebelum ianya bertambah baik, kerajaan sepatutnya cuba kembali kepada pangkal (back to basik) dan menghuraikan secara terperinci apakah matlamat kerajaan dan matlamat tersebut ditangkap maksudnya dengan slogan yang menarik. Akan tetapi, lebih penting dari itu, matlamat tersebut harus disokongi dengan kaedah2 tertentu yang jelas menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan betul2 bersungguh menyelesaikan pelbagai masalah yang sudah menimpa negara.

Bagi saya, masalah tersebut sudah berada di paras kritikal. Contohnya masalah PKFZ, kes TBH dan kes di Perak. Kaedah kerajaan menangani ketiga2 masalah tersebut jelas menunjukkan bahawa kerajaan tiada
pendiriaan yang beretika, malah terus berdolak dalik dan cuba memperbodohkan rakyat.

Lebih teruk lagi, nasib kaum belia masih tidak dibela oleh mana2 pihak. Kos barang runcit, barang api, kenderaan, perumahan dan sebaginya melambung naik dan peluang perniagaan sudah nampak tiada bagi kami.

Terpulanglah kepada kepimipinan YAB Perdana Menteri untuk berhitung samada dengan slogan cantik sahaja sudah memadai untuk memenangi PRU 13 kelak.

Anonymous said...

Aspan,

I must say you are good in provoking minds of the people.

I wonder why you asked the definite definition of the latest slogan, as you yourself know that is just a plain slogan and does not mean anything.

You know it is just an expedient mode of rallying support and to divert the real and actual truth that the current leadership is genuinely lack of ideas.

Anyhow you managed to jerk a few leadership die hard of the leadership.

Anrew

Anonymous said...

Faizal Tajudin,

Pemahaman sdr itu jika benar, membuatkan UMNO tidak releven lagi.

Tidak kira warna kulit, agama dan budaya itu maksudnya menghilangkan identiti Melayu.

Maka lebih baik masuk DAP, bukan ke?

UMNO sudah meraba-meraba nampaknya.

Anonymous said...

Actually Najib is a fake leader.

Anonymous said...

1Malaysia:
1. Semua rakyat Malaysia boleh berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan di antara satu sama lain denagn menggunakan satu bahasa.

2. Semua rakyat Malaysia berbangga menjadi rakyat negara ini dan dapat dikenalpasti sebagai mewakili negara dengan cara pertuturan. perwatakan, yang melambangkan seorang rakyat Malaysia.

3. Semua rakyat Malaysia taat setia dan cinta terhadap negara, bersama berusaha dalam memajukan dan memakmurkan negara.

Tapi malangnya pada masa ini rakyat Malaysia tidak dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik di antara satu sama lain kerana tidak semua dapat menguasai bahasa kebangsaan dengan baik. Ada juga yang tidak langsung boleh menggunakannya.

Ada juga yang belot dan mengkhianati negara dan bangsa dengan berbagai cara.

Perwatakan dan pertuturan juga tidak melambangkan mereka adalah warga Malaysia.

Usaha bagi mencapai 1Malaysia tidak akan berjaya tanpa sokongan semua rakyat Malaysia. Jangan hanya mencari kelemahan dan kesilapan, sebaliknya semua perlu menyumbangkaan pandangan yang membina bagi mencapai matlamat 1Malaysia.

Col Roseli said...

Dah 40 tahun lebih Malaysia ditubuhkan, padanlah orang Malaysia terutamanya orang melayu dan orang Sabah serta Sarawak masih jauh ketinggalan. Agaknya PM-PM yang lepas termasuk TDM tak perasan. Bagus juga DS Najib ni kan?