18 October 2009

Berfikir Sejenak

Selama saya menulis sejak selepas Pilihanraya Umum yang lalu saya banyak mempelajari sikap dan sifat orang ramai yang memberi respon kepada apa yang saya tulis.

Saya mengambil kesimpulan bahawa masalah yang kita hadapi ialah kerana sikap dan nilai budaya politik yang sudah jauh lari daripada paradigma yang telah membina negara ke tahap apa yang kita nikmati .

Sekarang rakyat telah merasai kelainan kerana perjuangan kita sudah jauh berbeza bukan ke arah kebaikan, tetapi menuju dengan deras ke arah kehancuran bangsa yang dikatakan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Kalau benar apa yang dikatakan dalam slogan itu kenapa rakyat masih jauh ketinggalan dan masih lagi menunggu pencapaian yang ingin dinikmnati melalui slogan ini.

Mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian bukan boleh dinikmati dengan menuding jari telunjuk kita dan melaungkan dan menyanyikan slogan yang saya sangat berat untuk menyebutnya itu.

Orang Melayu dan rakyat sudah terlalu lama dinyanyikan dan disuruh menyanyikannya di hadapan pemimpin pencipta slogan ini.

Kita sudah jemu dengan slogan-slogan kosong ini dan saya rasakan slogan-slogan inilah yang telah melekakan kita selama kini.

Kita orang Melayu akhirnya menjadi juara nyanyian sahaja. Bidang itu sahajalah yang kita capai…agaknya itulah yang dimaksudkan pencapaian didahulukan.

Slogan Pandang keTimur yang dilaungkan pada tahun 80-an dahalu tidak pergi ke mana-mana. Pemimpin-pemimpin yang melaungkan slogan itu tetap memandang ke barat sehingga hari ini.

Slogan Bersih. Cekap dan Amanah juga melekakan rakyat. Dalam rakyat memberikan laungan terhadap sokongan itu secara diam-diam dan terbuka, masa itu jugalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku tanpa sempadan.

Semasa itulah lahirnya budaya mencari kekayaan melalui kuasa politik dan membudayakan rasuah untuk mendapatkan kekayaan dengan cara yang tidak bermoral untuk segelintir manusia yang hampir dengan pemimpin atau pemimpin itu sendiri.

Zaman itulah kita mendengar ahli-ahli perniagaan jika ingin mendapatkan peluang kontrak besar bertanya-tanya, “Ada line kat PM tak? Ada connection dengan Menteri itu dan Menteri ini?” dan contoh-contoh seperti ini.

Perbualan-perbualan seperti ini melambangkan kepada kita bahawa mereka yang mempunyai connection dengan menteri-menteri sahaja yang mampu untuk mencari rezeki yang besar.

Ramai peniaga berkemampuan yang tidak mempunyai connection ini terpaksa membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan kontrak-kontrak ini dengan membayar consultation kepada mereka yang mempunyai jalan kepada mereka yang berkuasa.

Rundingan secara terus ini membuatkan harga kontrak itu melambung tinngi kerana membayar banyak variables termasuk membayar commission kepada commisioners dan orang yang mempunyai kuasa besar di atas.

Akhirnya rakyatlah yang membayar segala kos tambahan ini. Itulah sebabnya kita sedang membayar tol dan harga perkhidmatan yang lain dengan harga yang begitu tinggi sekali.

Apabila perkara-perkara seperti ini berlaku ianya menunjukkan kepada kita bahawa pembahagian kontrak-kontrak ini tidak berlandaskan kepada dasar yang kukuh dalam mana rakyat yang bermampuan boleh bersama merasa menikmati hidup dalam negara yang dikatakan merdeka dan makmur ini.

Kemungkaran ini sudah berlaku begitu lama sehingga ramai yang merasakan perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan lagi.

Bayangkan hampir keseluruhan generasi muda sekarang ini sudah menganggapnya sebagai perkara biasa dan mereka fikir inilah sebenarnya cara dan kaedah yang baik untuk mentadbir ekonomi negara.

Sebaliknya, yang mengkritik keadaan ini seperti saya dan yang lain-lain dikatakan bersikap serong dan mempunyai agenda sendiri sedangkan jika perkara ini berjaya diperbaiki mereka dan generasi mereka juga yang akan menikmatinya.

Rakyat telah menyanyikan dan melaungkan slogan-slogan ciptaan pemimpin ini dengan bersemangat, tetapi hasil daripada slogan-slogan itu tidak juga kesampaian.

Abdullah Badawi membawa slogan ‘mari bekerja dengan saya, jangan bekerja untuk saya’ juga tidak sampai ke mana-mana.

Akhirnya di bawah pimpinan beliau langsung tiada kerja yang diharapkannya untuk berkerja bersama-sama beliau.

Yang kita nampak habis semua peluang dikerjakan oleh kaum-kaum kerabat beliau sahaja.

Islam Hadhari yang diwarwarkannya tidak ke mana-mana dan tidak ada siapa yang faham tentang maksud Islam Hadhari itu sehingga ke hari ini.

Akhirnya orang-orang yang mengampu beliau mula membelasah beliau sehingga beliau meletakkan jawatan tertinggi negara.

Muka-muka yang melonjakkan Abdullah Badawi meninggalkan beliau dan sekarang berkerumun untuk menerima Najib yang juga menghidangkan slogan yang baru, iaitu 1Malaysia.

Slogan-slogan yang dulu tidak dipakai lagi. Hingga ke saat ini belum lagi kita dengar definasi yang tepat tentang 1Malaysia ini. Semuanya 1Malaysia.

Adakah 1Malaysia itu ditakrifkan sebagai satu bangsa, tiada Melayu tiada Cina, tiada India, tiada Iban dan sebagainya? Tuhan sendiri telah menjadikan kita bersuku-suku dan berpuak-puak bagi kita mengenali dan menghormati antara satu sama lain.

Jika benar 1Malaysia tidak melanggar Perlembagaan, kenapa orang Melayu sahaja yang berkorban? Kenapa bangsa Cina dan India ada sekolah mereka sendiri sedangkan orang Melayu tiada sekolah mereka?

Orang Melayu telah membuang sekolah mereka untuk memilih Sekolah Kebangsaan demi untuk membina bangsa-bangsa yang bersatu. Apa perlunya kita biarkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan India berkembang begitu pesat?

Akhirnya orang Melayu gagal dalam semua bidang. Usaha untuk mengunggulkan Bahasa Melayu gagal dan usaha untuk menyatukan bangsa-bangsa di dalam negara juga gagal.

Saya ingin berterus terang; jika 1Malaysia ingin dijayakan juga, jangan pula kita berasa marah sekiranya bangsa Melayu itu ketinggalan. Sokonglah 1Malaysia tetapi kita mesti bersedia untuk meraih kegagalan lagi.

Saya selalu berkata; sesiapa boleh hina pandangan saya ini, tetapi tahun-tahun yang akan datang pengkritik saya akan faham dengan apa yang telah saya katakan ini.

Saya memilih untuk melalui jalan yang sempit sekarang ini asalkan sahaja saya dapat melalui jalan-jalan yang luas di hari muka.

Kepada mereka yang mengkritik teguran-teguran saya, laluilah jalan yang luas sekarang ini dan bersedialah untuk meniti jalan dan jambatan sempit di hari muka.

Ramai yang sedar tentang kemungkaran yang berlaku ini tetapi mereka tidak mahu dan tidak berupaya untuk memperbetulkannya.

Mereka tidak mahu memecahkan ruyung untuk mendapatkan sagunya. Mereka lebih berminat untuk memakan sagu yang ditaburkan yang tidak membawa ke mana-mana.

Cukup setakat ini; sambung lagi jika ada umurku yang panjang dan walafiat tubuhku yang ada.

Sementara roh dan jisim masih sihat ini ayuh kita berdoa, bertawajjuh dan bertawassullah ke hadirat Tuhan dan Rasulnya agar kita semua diberi petunjuk untuk menuju ke arah pentadbiran Negara yang bersih daripada segala noda siasah yang menjijikkan.

Hanya Tuhan menjadi maha penentu.


Sekian………………………………………Aspan Alias

18 comments:

Anonymous said...

Kalau korang pandai cuba tafsirkan Utopia Melayu! Sepanjang sejarah dari Gangga Negara yang hindu, Sri Wijaya, Majapahit, dan Melaka yang menjadi wakil empayar Cina dan sampai sekarang Malaysia yang menjadi wakil Kapitalis. Mana ada culture Melayu sejati.

Apa yang ada sekaranglah culture Melayu sebab culture Melayu sentiasa berubah dari masa kemasa. (Dynamic for survival?)

sharuddin said...

Bro, what youjust said is actually what the silent public think.

Let the blinded supporters say what they like.

They will decide in the election in 2013

Youe effort to 'tegur' UMNO won't go anywhere.

UMNO will fall by their own members and supporters. I bet you.

shar

johnwayne said...

Encik Aspan,

Apa you nak cerita pasal UMNO. Cukuplah tu.

UMNO akan tumbang. Najib pandai ber-retoric sahaja.

Percayalah, kalau ini berterusan UMNO akan gugur.

Sekarang jom cerita pasal lain.

johnwayne

Ja'apa said...

Aspan,

Kau berfikirterlalu kehadapan. Dulu bila kau kata Pak Lah akan jadi PM yang 'bongok' semua menutuh kau.

Lepas tu orang yang menutuh kau tu belasah Pak Lah.

Sekarang kau ditutuh keranatak nampak menyokong Najib.

Aku percaya suatu hari nanti orang yang tutuh kau ni akan tutuh Najib.

Sekarang ni kalau ada yang menutuh kau secara kuat tu kau anggap mereka tu tidak wujud.

Mata mereka celik tapi mata hati mereka buta..termakan dengan retoric pemimpin.

jjkay said...

Aspan,

Dalam proses pembangunan sesuatu bangsa keadaan seperti apa yang kita alami ini memang lumrah.

Yang benar diketepikan sedangkan yang bathil diterima, sehinggalah bangsa itu sendiri merasakan pengalaman pahit diatas kesilapan mereka.

Don't worry bro. As long as you say the right thing do not worry.

Thnk you

JJ

ibrahimkoyan said...

Saudara,

Kita faham saudara menulis dengan memberikan alasan dan 'arguements' tentang apa yang saudara katakan.

Tetapi yang tidak bersetuju dengan saudara hanya membelasah saudara tetapi tidak pulak memberikan alasan kenapa mereka tidak bersetuju dengan saudara.

Saya akui apa yang sdr katakan itu benar tetapi mereka tidak akan menerima pandangan sdr walaupun benar kerana melayu selalunya akan menyokong siapa yang berkuasa atas nama perpaduan.

Abdullah mendapat sokongan kuat pada awalnya kerana sikap ini, tetapi sdrlah yang tidak menyokongnya. Dalam seminar diPenang dr dibelasah kerana tidak menyokong Pak Lah, akhirnya orang yang membidas sdr itulah yang mencerca Abdullah akhirnya.

Sdr telah memberikan pandangan negatif terhadap Abdullah mereka menerima Abdullah tanpa berfikir.

Saya tidak tekejut apa yang saudara katakan sekarang ini akhirnya benar dan mereka yang mengatakan pimpinan sekarang baik akan membidas Najib pula.

Sabar ya Aspan.

zainal&geng said...

Aspan,

Tak payahlah cakap pasal UMNO ni.Pemimpin dan pengikutnya buta dan tuli.

Tak payah kritik. Bukan dia nak baik pun.

Biarkan mereka dengan retorik mereka. Kalau UMNO baikpun bukannya kau dapat apa-apa.

Parti itu akan dapat balasan kerana kejumuddan mereka.

Slogan,slogan dan slogan. Tak pi mana mana pun.

zainal&geng

tapahboy said...

Zainal&geng,

Cayalah lah lu zainal&geng! Lu cakap betul.

Saya tengok Perhimpunan Agung UMNO.

Wah wah! pemimpin2 cakap besar. Macam mereka nak alih dunia!

Kita tengok nanti. Tak ada apa-apa jugak macam yang lalu-lalu tu.

Lakunan ala Bollywood bro!

Anonymous said...

Aspan,

Kita ni dizaman baru dan moden. Kita tahu bercakap dengan nada yang tinggi macam Anwar tu mesti pemimpin tin kosong.

Bukankah you pun dengar DS Najib berucap macam nak pecah Dewan Merdeka.

I think he is another Anwar.

Anonymous said...

Tengku Razaleigh dah nak bersara dan dah tak bercita-cita nak jadi Presiden UMNO lagi. Dia kata dia dah tua.

Saudara rasa siapa yang layak jadi Presiden UMNO selain dari Najib yang saudara amat "benci" sekali?

Anonymous said...

Sdr Aspan,
saya sokong semua yang anda nyatakan itu. Tidak akan jadi 1 Malaysia kalau tidak ada satu sekolah, satu bahasa tapi bolih banyak bangsa betul kan? apa itu 1 Malaysia ? kan Malaysia 1 aje kan...
Org felda

Anonymous said...

Berfikirlah sejenak !!
Berfikirlah sejenak !!
Berfikirlah sejenak !!

Sokonglah barisan pemimpin UMNO yang baru. Hapuskan sikap benci membenci !!Tak ada gunanya !! Lama-lama kesihatan dan fikiran terganggu!!

Hidup UMNO !! Berjaya UMNO !!

Anonymous said...

Tak ada Anwar, tak ada PKR

Tak ada Nik Aziz, tak ada PAS

Tak ada Kit Siang, tak ada DAP

Tapi tak ada Melayu, tak ada lah UMNO !!!

Jadi Melayu nak kemana?

Ke Sky Kingdom ikut Ayah Pin-lah!!! kah, kah, kah

atau ikut Samy Vellu !!!

Anonymous said...

Sdr ku Aspan,

Sdr berani menulis yang benar dan saya akui apa yg sdr tulis itu benar.

Sekarang ini pegawai keajaan amat berkuasa, tetapi oleh kerana pemimpin politik terlalu rasuah maka rasuah pun menular dengan luas dikalangan pegawai kerajaan.

Disatu kementerian yang besar setelah DS Najib menjadi PM, seorang KSU diKementerian itu sangat berkuasa dan menentukan segala tender dikuasai oleh syarikat2 kroninya.

Syarikat yg tulin dalam bidang yang disebutkan tadi tidak pernah mendapat kontrak2 itu.

Saya bercadang untuk membuat aduan, tetapi saya dinasihatkan jangan berbuat demikian kerana beliau dilindungi oleh sistem yang korup.

Jadi, apa yang saudara katakan itu benar kana saya mengalaminya.

Itulah sebabnya saya menyampah dengan kata2 DS Najib yang bergegar itu. Kata2nya itu membuatkan orang seoerti saya sanat meluat kerana apa yang beliau kata tidak ada apa-apa makna.

Tulisan saudara ini amat menyentuh perasaan saya yang baru sahaja menjadi korban sistem yang rasuah.

Saya tidak tau nak mengadu pada siapa.

Menterinya melaungkan 1Malaysia yang terkuat, tetapi dibawah dagunya perasuah yang sangat besar wujud.

Saya tidak mampu untuk memberikan rasuah tersebut kerana saya benci dengan sikap pegawai tertinggi dalam Kementerian tersebut.

Lega sedikit setelah dapat mengadu melalui blog saudara yang saya sentiasa membacanya.

nor yg malang.

Faizal Tajudin said...

KERAJAAN yang ada kecacatan, kekurangan dan kelemahan, saya lihat sukar untuk diperBETULkan oleh PEMBANGKANG yang juga ada kecacatan, kekurangan dan kelemahan yang sama. Selagi masing2tidak atasi kelemahan masing-masing selagi itu dan jauh lagi nampaknya perjalanan yang perlu dilalui bersama. Pemimpin harus melihat apa yang akan mereka catatkan dalam sejarah mereka samada Hitam, Putih ataupun Kelabu..

Aspan Alias said...

Sdr Faizal Tajudin,

Sdr gembira sdr nampak masalah yang ada dihadapan kita.

Itulah sebabnya saya pernah mencadangkan agar rakyat membuat 'a new politik' secara total kerana tiada pilihan yang lain jika kiota mahukan keadaan kembali keararas intergrity yang tinggi.

Sebaleknya ramai yang mengkritik saya,tetapi kita perlu ingat: kita akan mau tidak mau berhadapan denga situasi yang akan menjelekkan apabila sampai masanya nanti.

Bak kata perpatah, 'bangkai gajah masakan boleh ditutup dengan nyiru'.

Sama-sama kita tengok, lambat laun kita akan merana jika kita masih terleka dengan politik yang ada.

retduan said...

Sdr,

Tidak payah sdr berfikir walaupun sejenak.

Kalu sdr fikir pun UMNO macam nak kuyup dah.

Mereka bukan nak fikir pun.

cheers.

Anonymous said...

Bro,

Kita tahu DS Najib tu sedang diPropkan oleh Media sahaja.