17 July 2010

Benarkah negara kita aman dan selamat?

Betulkah apa yang kita anggapkan bahawa kehidupan rakyat di dalam negara kita ini adalah kehidupan yang benar-benar selamat? Setakat ini belum ada sesiapa yang memberikan definasi ‘selamat’ dalam erti kata yang sebenarnya.

Saya bertanya soalan ini kerana saya belum yakin bahawa kehidupan kita sudah selamat sebagaimana yang dikatakan dan diakui oleh pemimpin-pemimpin kita.

Setiap hari kita mendengar di TV dan membaca akhbar-akhbar di sana sini ada sahaja manusia dibunuh dan mayat pembunuhan itu dicampak ke dalam lubang tahi dan kolam serta ke dalam bekas lombong bijih. Sesetengahnya dibuang di dalam semak dan sebagainya.

Setakat ini hanya satu kejadian mayat mangsa pembunuhan diletupkan dengan bahan peletup C4 di sekitar Shah Alam, Selangor yang menyebabkan 2 anggota polis disabitkan kesalahan membunuh dan diperintahkan gantung sampai mati.

Sampai ke hari ini masih belum kita ketahui kenapa dan motif 2 orang anggota keselamatan negara itu membunuh kerana pihak pendakwaraya tidak pernah bertanya kenapa mereka bertindak membunuh di dalam perbicaraan kes itu. Kenapa pihak pendakwaraya tidak bertanya motif pembunuhan itu telah banyak menimbulkan spekulasi dalam pemikiran rakyat.

Selain daripada itu, di sana sini kita dengar rumah dipecah masuk oleh penyamun dan perompak dan pihak polis masih belum dapat mencari penyelesaian terhadap kes-kes rompakan yang begitu banyak di negara kita ini.

Sekarang ini orang ramai tidak digalakkan untuk membiarkan anak-anak kecil mereka untuk bermain keseorangan di taman-taman kerana ramai pasangan suami isteri telah hilang anak-anak mereka yang masih kecil dan tidak dijumpai lagi, malah ada yang dijumpai sesudah dibunuh dengan zalim oleh entah siapa.

Harta benda yang dicuri oleh pencuri dan penyamun bukannya sedikit nilainya.

Harta benda kita yang ada dalam kawalan kerajaan pun banyak yang dicuri oleh penyamun-penyamun dalaman. Harta rakyat dicuri oleh orang yang berkuasa hilang ribuan jutaan ringgit dan tidak siapa dapat mengawalnya.

Ini adalah disebabkan orang-orang yang diamanahkan untuk mengawal itu sendiri berusaha untuk mencuri dengan memperdayakan rakyat dengan berbagai-bagai cara, seperti menaikkan harga belian untuk keperluan kerajaan ke tahap yang berlipat kali ganda untuk dikembalikan sebahagiannya kepada pemimpin kita sebagai kamsen besar yang tidak bertanggungjawab itu.

Berbillion-billion ringgit wang kita semua telah dicuri dengan cara ini dan wang ini digunakan untuk kekayaan ahli-ahli keluarga mereka dan sebahagiannya diasingkan untuk membeli undi untuk meneruskan kegiatan rasuah mereka.

Pemimpin-pemimpin ini akan menyeru rakyat untuk menyokong mereka di atas nama kesinambungan membangunkan negara. Apabila kembali berkuasa mereka yang sama akan memulakan proses mencuri ini dan akan sentiasa menuduh pihak lain yang cemburu dan memakan wang dan harta rakyat tanpa perasaan bersalah.

Pemimpin-pemimpin kita tidak mampu untuk mendidik rakyat bahawasanya rasuah itu merupakan kerja hina dan tidak mahu menerima kenyataan bahawa rasuah itu merupakan musuh nombor satu dunia yang telah menghancurkan banyak negara dan tamadunnya.

Rakyat kecewa kerana pihak yang berkuasa tidak ada kudrat untuk membawa ke muka pengadilan bagi mereka yang telah disiasat kerana masing-masing hanya menjaga kudis masing-masing.

Apabila rakyat menunjukkan reaksi yang negatif, maka parti pembangkang pula yang menjadi mangsa kritikan pihak pemimpin-pemimpin ini. Inilah caranya mereka hendak berlindung daripada tompokan kurap-kurap yang ada pada diri mereka.

Pemimpin pertengahan dan bawahan tidak berani melakukan tindakan kerana mereka juga ada tompokan kurap itu.

Penyakit kurap itu apa dia?

Saya lahir di sebuah kampung pedalaman 58 tahun dahulu dan hidup semasa kecil dan membesar di kampung. Semasa itu penyakit yang lazim dihinggapi oleh orang-orang kampung ialah penyakit kurap.

Kurap itu selalunya hinggap di belakang badan dan di punggung dan ianya dikatakan sangat gatal dan pedih.

Yang paling ditakuti oleh orang yang mengidap penyakit kurap ini ialah tiupan angin. Jika angin bertiup ke arah belakang orang yang berkurap ini, mereka akan merasa pedih dan sakit justeru mereka akan cepat-cepat menghadap angin yang bertiup ke arah mereka itu dan melindungi kurap di belakangnya itu kena kepada kurapnya.

Itulah sebabnya mereka yang ada kurap sentiasa menghadap tiupan angin supaya kurapnya tidak kena pada angin yang bertiup itu.

Nampaknya ramai pemimpin kita semuanya takut kepada pihak yang lebih berkuasa dan sentiasa menghadap yang berkuasa itu kerana mereka itu banyak kurapnya.

Itulah sebabnya orang rasuah sentiasa menghadap angin yang beritup. Di mana bertiupnya angin di situlah mereka menghadap; takut kurap mereka itu akan ditiup angin.

Maka sampai bila pun mereka tidak akan mampu untuk berubah kerana kalau mereka cuba untuk membawa perubahan, angin akan bertiup ke arah kurap-kurap mereka dan mereka akan merasakan kesakitan itu.

Itulah sebabnya kali ini ramai berharap supaya pemimpin yang akan dikedepankan nanti terdiri dari mereka yang tidak ada kurap pada dirinya supaya mereka tidak payah menentukan kiblat politiknya mengikut tiupan angin.

Selagi tidak ada kekuatan rakyat untuk melakukan perubahan, selagi itulah negara kita tidak akan selamat.

Doa kita selama ini untuk mendapatkan sebuah negara yang berkerajaan dan berdemokrasi telah dikabulkan Tuhan, tetapi hajat kita untuk kembali duduk di dalam negara yang aman dan selamat serta mempunyai pemimpin yang bersih dan telus belum lagi kesampaian.

13 comments:

mahaza said...

http://mahaza.blogspot.com/2010/07/minyak-naik-gula-naik-barang-naik.html

Jika pemimpin berfikiran positif serta memimpin dengan ikhlas tentu apa yang saya catatkan boleh dilaksanakan.

Anonymous said...

Bang, sekali lagi.... ni pasal aman dan selamat atau pasal pemimpin yang korup ? hahahaha.... baaaaaaik punyaaaaaaa....!

flyer168 said...

Aspan,

Nice & refreshing site you have, syabas.

I am glad you have finally reached the conclusion...

Benarkah negara kita aman dan selamat?

Just to share this...

Maybe you should also write book on The Art of Bankrupting/Destroying Bolehland & still standing Tall & Smiling...

1. Sanctions on Scomi chief
16 Jan 2009 ... Home > Breaking News > SE Asia > Story. Jan 16, 2009 ... with the American government, a US government official told The Straits Times. ...
www.straitstimes.com/Breaking.../SE.../Story/STIStory_326854.html -

2. Round three: the BSA Tahir story
http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=33134:round-three-the-bsa-tahir-story&catid=22:the-corridors-of-power&Itemid=100085

Storm Troopers Have Official Orders Now...
Wed Nov 14 11:55:25 2001

WASHINGTON, Nov. 13 /U.S. Newswire/The following was
released today by the White House:

U.S. PATRIOT ACT HR 3162 - http://www.apfn.org/apfn/HR3162.htm

MILITARY ORDER: DETENTION, TREATMENT, AND TRIAL OF CERTAIN
NON-CITIZENS IN THE WAR AGAINST TERRORISM

"By the authority vested in me as President and as Commander in Chief of the Armed Forces of the United States by the Constitution and the laws of the United States of America, including the "Authorization for Use of Military Force Joint Resolution" (Public Law 107-40, 115 Stat. 224) and sections 821 and 836 of title 10,
United States Code, it is hereby ordered as follows..."

Providing Support to Terrorism

Providing "material support" to terrorists or terrorist organizations has been prohibited as a crime since the enactment of the Antiterrorism and Effective Death Penalty Act of 1996.

As a result of the October 26, 2001, enactment of the antiterrorism bill known as the "USA PATRIOT Act", there is now specific authority to forfeit terrorist assets as well, thus providing a direct means to deprive terrorists of their funds..." Unquote.

The ills of Bolehland in 2010 is similiar to this prediction...

Robert Welch predicted the outcome in 1958...

Mind blowing speech by Robert Welch in 1958 predicting Insiders plans to destroy America
http://www.youtube.com/watch?v=AZU0c8DAIU4&feature=related

April 27, 2009 – Proof that the NEW WORLD ORDER has been planned by the elite.

Robert Welch, Founder of The John Birch Society, predicted today’s problems with uncanny accuracy back in 1958 and prescribed solutions in 1974 that are very similar to Ron Paul’s positions today.

This is proof that there are plans in place by the elite to systemically disassemble US sovereignty. I wonder who those elite are...

JFK speech on Secret Society and warns America of there Freedom (black and white) - http://www.youtube.com/watch?v=NZgDUl2nZsE&feature=related
August 15, 2009

If you understand why the this country is evil, it's because good people keep getting silenced.

They let the owner of the Federal Reserve head the investigation of the CIA involvement with the Kennedy's Assassination. Talking about conflict of interest LOL.

http://en.wikipedia.org/wiki/U.S._Pre...

The U.S. President's Commission on CIA activities within the United States was set up under President Gerald Ford in 1975 to investigate the activities of the Central Intelligence Agency and other intelligence agencies within the United States. The commission was led by the Vice President, Nelson Rockefeller, and is sometimes referred to as the Rockefeller Commission.

The Bird Flu HOAX – How One Wicked Nation Can Kill Billions – http://www.goodnewsaboutgod.com/studies/birdflu.htm

Why Would the U.S. Government and the U.N. Perpetuate this HOAX on America and the World?

Answer: Look who benefits – and How...

You be the judge.

Cheers.

Anonymous said...

eh..eh.. Artikel mengenai penyakit KURAPSEN!

flyer168 said...

Aspan,

How can "Burning out of Control" Bolehland & its trying to make ends meet "Sheeple" citizens be Aman & Selamat with all these...

What else is new in Bolehland's Politics while Bolehland Burns out of control and its citizens are suffering from bad to worse!

Just to share this...

Compare the dates...???

Oil blocks 'giveaway' to Brunei
Submitted by adam on Friday, April 30th, 2010
• Block L and Block M
NAJIAH NAJIB
SITI NURSURAYA ALI
Bernama
Friday, April 30th, 2010 14:58:00
http://www.mmail.com.my/content/35121-oil-blocks-giveaway-brunei

Yesterday, Dr Mahathir in his blog www.chedet.com, claimed that Abdullah, during the latter’s tenure as PM, had agreed to surrender two blocks of oil producing offshore areas in the South China Sea — Block L and Block M — to Brunei in return for Limbang in Sarawak.

July 12, 2010 Najib lands in Brunei for 2-day visit - The Malaysian Insider
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/najib-lands-in-brunei-for-2-day-visit/

BANDAR SERI BEGAWAN, July 12 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak arrived here tonight for a two-day working visit in conjunction with the 64th birthday celebration of Sultan Hassanal Bolkiah.

Tomorrow, Najib will be conferred the Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK), which carries the title Dato Laila Utama, by Sultan Hassanal Bolkiah, who is also Brunei's head of state.

The award is only bestowed by the Brunei Sultan on royalty or heads of government based on close relations such as between Brunei and Malaysia which are neighbours besides being members of Asean.

Pak Lah is Brunei's Dato Laila Utama Abdullah Ahmad Badawi
http://fotowarung.bazuki.com/?p=18779

15 Jul 2010 ... Abdullah on Thursday received the Brunei's First Class Decoration Order, The Most Esteemed Family Order Laila Utama, which carries the title ... Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK)...

"Lu tolong Gua, Gua tolong Lu lah ($$$)"

Tuesday, 01 July 2008 - The Oil-for-Food scandal revisited - http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&task=view&id=9421&Itemid=84

One of the names that cropped up in the final report of the Independent Inquiry Committee into The United Nations Oil-For-Food Programme was the Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.

Malaysia was the fourth highest purchaser of oil - RM1.8 billion.
THE CORRIDORS OF POWER

Malaysia Today
On Sunday, the BBC reported as follows:

The Iraqi government has said it will file lawsuits in US courts against firms and people suspected of illegally profiting from a UN programme.

The UN oil-for-food programme allowed Saddam Hussein's government to sell oil in order to buy humanitarian supplies during UN sanctions from 1996-2003.

An inquiry found that 2,200 firms paid $1.8bn in bribes to Iraqi officials...

Tiap2 lagi sakit Jiwa...

I hope you & your readers can help pass on Robert Welch's Message to our unfortunate "Sheeple" citizens.

The ills of Bolehland in 2010 is similiar to this prediction...

Robert Welch predicted the outcome in 1958...

Mind blowing speech by Robert Welch in 1958 predicting Insiders plans to destroy America
http://www.youtube.com/watch?v=AZU0c8DAIU4&feature=related

You be the judge.

Cheers.

vinnan said...

'Setakat ini hanya stu kejadian mayat mangsa pembunuhan diletupkan dengan bahan peletup C4 disekitar Shah Alam, Selangor yang menyebabkan dua orang anggota polis digantung sampai mati.'

Belum digantung lagilah Mat. Lagipun siapa mereka kita pun tak tahu, tak pernah nampak muka pun.

Anonymous said...

Marilah sama-sama kita berdoa semuga selepas Pru13 kita mendapat sebuah kerajaan BARU. kerajaan berjiwa rakyat. kerajaan yang memahami hati rakyat.kerajaan yang mengikut kehendak rakyat bukannya rakyat yang kena mengikut kehendak kerajaan macam sekarang!!!.

Semuga doa-doa kita dimakbulkan ALLAH hendaknya. AMIN.

....Mat Dollah......

james said...

Wow, very general but spot on sir. You managed to bring out the actual feeling of the general public.

continue write about the people's aspiration bro.

schenker78 said...

aspan,

saya rasa 2 orang utk itu tidak akan digantung, mereka mungkin akan dilepaskan ke negara ketiga...mungkin ke indonesia.

2 orang lain akan digantung mungkin penagih dadah atau mungkin mayat yang tidak dituntut akan dijerut dan diberi kepada ahli keluarga mereka ...kalau hollywood boleh bikin cerita begini dgn trick2 yang tersendiri, takkan orang sini x tau buat.....

Kalau tidak, takkan 2 polis itu diam jer padahal orang yang memberi arahan membunuh tidak didakwa langsung.

Kalau saya di pihak UTK dua orang itu, kalau dah nasib saya akan digantung, saya akan menheret sekali boss 2 atas saya berkongsi penjara dan mati ditali gantung.....Kenapa mereka 2 tak buat....?

Anonymous said...

The country and it's people are not safe anymore. Gansterism is considered a culture and crime rate is on the increase. You are not safe at anywhere you go. Raayat is living in fear. Finally the country has gone to the dogs.

Quantum Metal Consultant said...

Masih adakah negara yang aman dan selamat di dunia ini.

Negara mana yang hendak didbandingkan, zaman bila yang hendak dibandingkan, pemimpin mana yang hendak dibandingkan.

Jawapannya ya, negara kita aman dan selamat walaupun belum moktamad.

schenker78 said...

aspan,

mungkin ibrahim ali ni kawan baik kamu...........

tapi orang ini boleh percaya ker??
lompat2 untuk politik, tak ada pendirian langsung....bila orang tak berpelajaran dan katak tempurung jadi MB, itulah masalah melayu....

Perkasa ini Mahathir punya, bukan Ibrahim Ali....dia mana ada duit untuk menubuhkan satu NGO tanpa ada solid backing....

Silap haribulan, aku tak heran kalau Vincent Tan yang menaja Perkasa. Kalau Pakatan Rakyat memerintah nanti, Vincent Tan sudah tak boleh bikin wang macam hari ini. Saya percaya nanti Pakatan bagi Sports toto buat 2x sahaja nombor ekor seminggu, kalau sekarang boleh dapat sampai 4 kali seminggu termasuk special draw....

Kalau muka sewel macam Ibrahim Ali memimpin, tolak Perkasa ....

kalau Tengku Razaleigh menubuhkan Pertubuhan Mantapkan Ekonomi Melayu, sila sokong......

George Bush, Tony Blair, Ibrahim Ali, Mahathir dan kawan karib, Robert Mugabe Zimbabwe adalah bangsa korup yang sama....tak ada beza pun....

Mahathir selama ini pun dalam poket Amerika dan CIA. Kalau dia nak sembunyi duit dalam Swiss atau Cayman, kamu ingat CIA tak boleh tahu....Hentam Amerika itu wayang aje. Kenapa hubungan rapat dgn tentera US, boleh training dgn ATM dalam hutan di Malaysia. Mahathir buat Perjanjian Jungle Warfare dgn US. Kenapa???

schenker78 said...

Is this true??? Have just read this....http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=33134:round-three-the-bsa-tahir-story&catid=22:the-corridors-of-power&Itemid=100085

"Yes, BSA Tahir was not detained under the ISA because he was a threat to national security. He was detained under the ISA so that he need not be put on trial where many important people would be implicated in illegal activities. And BSA Tahir’s statement to the closed-door board of inquiry clearly demonstrates this.

40 questions were posed to BSA Tahir by the closed-door board of inquiry. Below are the first three questions and answers. And BSA Tahir’s opening statement shows that the Malaysians knew what was going on and that they wanted in because of the ‘tax free’ profit they would enjoy if the business went to them instead of to Turkey.

If BSA Tahir had been put on trial it would have been very damaging to the Prime Minister’s family. So they chose to detain him instead under the ISA and then conducted a closed-door inquiry so that the secret would not become public knowledge. Then, with this ‘secret’ information, Abdullah Ahmad Badawi was forced to resign as Prime Minister to clear the way for Najib Tun Razak to take over."