24 July 2010

Ubatkan pekung sendiri dahulu, sebelum kita bersihkan kudis orang lain.

UMNO Selangor telah memulakan kempen untuk mengambil alih kembali penguasaan keatas kerajaan negeri Selangor dari Pakatan Rakyat dan sekarang sudah mula melakukan serangan kepada kerajaan PR yang diterajui Khalid Ibrahim.

Saya tidak nampak lagi cara UMNO boleh melakukan kempen secara bersih untuk mencapai matlamat dan idaman BN di Selangor. Pendapat saya lebih cenderung untuk melakukan strategi untuk mempertahankan apa yang ada sahaja buat pilihanraya yang akan datang ini.

Elok dijaga keadaan yang merunsingkan diNS dan Pahang serta Trengganu. Takut-takut Selangor tak dapat diambil alih, NS dan Trengganu pula yang hilang sekali.

DiSelangor UMNO hanya mampu untuk memperkuatkan isu kecurian pasir sahaja. Isu ini sebenarnya isu yang tidak kuat kerana semasa BN memerintah dahulu kerajaan hanya mendapat lebih kurang RM4juta sahaja dari kegiatan pasir pada 2007 tetapi dibawah PR Selangor telah mendapat revenue sebanyak 15 juta ringgit dan ianya merupakan lonjakkan sebanyak 300 peratus dalam tempuh 2 tahun.

Kalaulah saya menjadi pemimpin UMNO Selangor isu pasir ini tidak akan menjadi isu hangat kerana dibawah pemerintahan UMNO dahulu isu pasir ini lebih teruk lagi. Hanya bezanya media massa perdana tidak membuatkan ini sebagai isu pokok kerana kerja jahat itu dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Saya selalu juga berbincang-bincang dengan orang bawahan UMNO Selangor ini dan kebanyakkan mereka merasa sakit hati melihat apa yang dilakukan oleh UMNO sekarang ini diSelangor. “Masa kita memerintah Selangor dulu, PR tidak pun menghimpit sekuat ini terhadap BN padahal kita semua tahu bagaimana BN menjahannamkan harta benda Selangor” kata seorang AJK Bahagian diSelangor.

Malahan mereka bertanya pula, siapa yang hendak menerajui Selangor untuk mengambil alih kerajaan PR. Saya menjawab, kita ada Ezam Mohd Nor dan Noh Omar. Mereka terus ketawa dan berkata, “Dari Noh Omar lebih baik lagi kami dibawah ini” sambil ketawa.

Apabila saya tanyakan tentang Ezam, mereka terus menjawab, “belaga angin dengan Azmin lari masuk UMNO. Bila dia kata UMNO itu baik aku naik radang kerana dulu dialah yang mencerca UMNO. Ezam tu macam pemain bola sepak EPL, mana kelab yang bayar mahal dia pun sign kontrak dengan kelab itu.”

Sesungguhnya UMNO Selangor tiada kepimpinan. Tidak ada nama untuk diketengahkan Nama ini penting kerana rakyat hendak tahu siapa yang bakal menjadi MBnya. Takkanlah Noh atau Ezam.

DiSelangor ini terdiri dari mereka-mereka yang berpendidikkan tinggi terutamanya diLembah Kelang maka Noh Omar bukannya calun yang secucuk dengan kehendak rakyat Selangor.

Lagipun apabila kerajaan Selangor jatuh dahulu adalah disebabkan oleh kumpulan pemimpin BN yang sama yang menyebabkan BN jatuh tersembam pada pilihanraya 2008 yang lalu.

Kita ingin mengingatkan pemimpin kita yang isu air dan api letrik bukan lah lagi isu yang diterima oleh rakyat. Isu jalanraya yang dilebarkan dan ditar bukan menjadi bahan kempen yang relevan lagi.

Isunya sekarang baik dari BN mahu pun dari PR rakyat mahu melihat keadaan yang baru tetapi pernah kita alami dahulu wujud dalam pentadbiran dan politik hari ini.

Zaman pemimpin pandai berucap dan beretorik serta pandai membuat lawak diatas pentas sudah tidak boleh mendapat tepukkan rakyat sudah berlalu. Rakyat sudah tidak mahu lagi bertepuk kepada gegaran ucapan mana-mana pemimpin lagi.Rakyat mahu imej pemimpin yang ingin membawa perubahan itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang benar-benar bersih dan tidak ada imej rasuah.

Rakyat tidak mahu lagi ditipu dan dikelirukan dengan isu perkauman seperti DAP parti buruk atau pun PAS parti tidak elok. Persoalannya kita mesti Tanya diri kita elok atau tidak sebelum kita mengatakan orang lain tidak elok.

Kita tidak boleh lagi kata DAP anak PAP dan sebuah parti ‘chauvinistic’ kerana kita mesti soal diri kita yang MCA itu tidak ‘chauvinistic’ kah?

Rakayat sedar khasnya dikalangan orang Melayu bahawa DAP akan meletakkan calun-calun Melayu dalam pilihanraya yang akan datang.

Kita perlu menghapuskan isu perkauman dan tidak boleh lagi menggunakan isu 13 Mei sebagai cara menakut-nakutkan rakyat.

Kita mesti pastikan MCA mendapat sokongan kaum Cina tetapi dengan apa yang kita lihat sekarang amat payah bagi parti itu untuk mendapatkan sokongan kaumnya kerana penyakit yang dihadapi oleh MCA tidak jauh bezanya dari penyakit yang dihadapi oleh UMNO, iaitu imej rasuah yang tidak dapat dibuang dari persepsi rakyat yang akan mengundi nanti.

Saya selalu sangat mencadangkan supaya pemimpin berbagai kaum duduk kembali dimeja rundingan agar dapat mencari formula yang sesuai dan diterima oleh semua pihak untuk diikuti.

Kita perlu memulakan negara baru dengan iklim politik yang baru. Barulah dapat kita lari dari kemelut yang kita sedang hadapi dan yang tidak kunjung selesai ini.

Berbalik kepada pembuka kata saya tadi, elok kita jaga yang sedia ada supaya tidak tumbang seperti diNS dan Trengganu. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.

DiSelangor, jika BN salah membawa isu-isu panas ini, maka baki kerusi yang dipegang oleh BN itu akan hilang kali ini.

Rakyat tidak mahu lagi berat sebelah. Isu pasir tidak boleh dibandingkan dengan isu BNM kehilangan melebihi 30 billion ringgit apabila BNM kerugian besar dalam permainan pertukaran wang asing 20 tahun yang lalu.

Rakyat masih ingat kerajaan BN bertanggungjawab diatas isu Maminco dulu dalam mana kerajaan kerugian tidak kurang dari 600 juta ringgit.

Rakyat masih ingat bagaimana Petronas digunakan untuk ‘bail out’ anak seorang PM semasa itu apabila anaknya kerugian besar dalam perniagaannnya.Kalaulah jumlah yang melebihi 1billion itu digunakan untuk menghantar anak Melayu belajar keUniversiti-universiti luar negara nescaya Petronas boleh memberikan munafaat kepada tidak kurang 500 orang Melayu atau rakyat Malaysia dalam pelajaran dan pendidikkan.

Tetapi bapa kepada peniaga ini berretorik menghentam kegagalan Melayu dalam perniagaan sedangkan anaknya bergayut kepada dagu bapanya yang berkuasa. Macam mana nak gagal kerana kita rakyat yang membayar kegagalan anak PM ini.

Rakyat masih mempersoalkan banyak perkara yang lain yang dilakukan oleh BN yang melibatkan ratusan billion ringgit.

Rakyat mahu bertanya kenapa semuanya ini tidak dikeluarkan kemuka orang ramai kerana semua kerugian dan salah guna wang ini melibat wang rakyat yang membayar cukai.

Bagimana pula dengan tindakkan PM yang memberikan tanah yang sangat bernilai didalam kawasan KL kepada bekas PM yang tidak memberikan apa-apa jasa selama 5 tahun mentadbir negara.

Kenapa 18 kes yang berprofil tinggi yang disebut oleh ahli kabinet negara, sampai kehari ini tidak dibawa kemahkamah?.

Rakyat mahu melihat BN memberikan tumpuan kepada isu dan masalah yang dilakukannya sendiri mesti dibersihkan dahulu sebelum melihat pekung didada orang lain.

Bersihkan pekung sendiri dahalu baru pergi kehadapan untuk membersihakan pekung orang lain.

Itulah sebabnya kita mesti melihat kedalam atau introspek diri dahulu sebelum kita melihat keluar untuk memandang kedhaifan parti-parti pembangkang.

17 comments:

Anonymous said...

Sudahlah! UMNO tidak lagi relevan. sudah-sudahlah cerita pasal UMNO ni bro.

Bertaik telinga aku mendengarnya.

halimdin

Anonymous said...

Bro Aspan,

Politik di Malaysia dah patut tukar lanskap. Dah tak perlu parti2 nak pejuang kan bangsa masing2..isu curi, pasir, curi bini orang dah tak relevan..
Isu yang paling penting untuk mana2 parti politik untuk memenangi hati rakyat ialah mencantas atau memecat mana-mana ahli politik yang secara logik dan terang2 memakan RASUAH...Maksud saya secara logik adalah secara akal...Kalau profesion sebagai "full time" politician, tetapi bole mempunyai kekayaan luar biasa,seperti mempunyai mahligai yang beharga berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat, apa perlu bukti lagi..
Hanya cara ini sahaja,parti2 politik bole mendapat tempat dihati rakyat..Muka2 yang dah ada rekod ni, sepatutnya dah tak diperlu lagi untuk di highlight oleh media2 arus perdana, biar dia akan tengelam sendiri...
Tetapi, tetapi malangnya, muka2 yang ada sekarang ni semuanya dah ada "rekod" RASUAH..."kau pecah lubang aku, aku pecah lubang kau"
The only Solution, umno/bn kena tukar muka semua pemimpin yang ada sekarang dengan muka baru yang bersih dan belum tercalar...Kalau mereka berani lakukan semua ini...memang mereka betul2 berjuang untuk negara...

Anak Malaysia Progresif

Unknown said...

Mampukah pemimpin yang 'terpalit' imejnya itu membetulkan keadaan?.

Awat letak ezam di barisan hadapan kempen selamatkan selangor? Mana pi jaguh-jaguh umno selangor. Takut?, gementar? atau dah tak 'sebulu' sesama sendiri?.

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Baru sikit sangat yang perlu dikatakan bangsat-bangsat Melayu telah mengkhianati bangsa dan ugama, @Halimdin sudah kata cukup!

Boleh diharapkan-kah Media Massa mempaparkan seperti yang sedikit ini dikomenkan Saudara Aspan?

Teruskan dan beritakan, jangan tidak! Sememangnya tanggung jawab mereka yang mengetahui kepada umum terutama yang malas atau yang tidak mahu mendengar perkara yang benar, harapan dan masa depan bangsa dan ugama kita telah/sedang dikhianati bangsat-bangsat Melayu yang tidak beramanah, rakus kuasa dan harta demi untuk diri sendiri, memfitnahkan dan menghinakan orang dengan cara yang mengkejikan, selesa dengan penghakiman yang terkutuk dan diharamkan Allah SWT.

Inikah yang umum tak nak mendengar?

Lebeh senang mendengar pembohongan dari media massa atau perkara-perkara yang biar/sengaja di bisukan oleh Kerajaan?

Siaplah dan terimalah turunnya bala-bala Allah SWT!

Apa tiada balasan akhirat bagi mereka yang menyokong penindasan dan pengkhianatan? Sama! Seperti mereka yang melakukannya, itu janji Allah SWT!

Aspan Alias said...

Red Alfa,

memanglah begitu keadaannya jika kita hendak mengutarakan kebenaran perkara yang benar.

Kita kena sabar dan sabar. Banyak sejarah yang memberikan kita pelajaran.

Nabi nuh alai haissalam dulu dihina dan dinesta apabila baginda membina bahtera ditengah padang pasir.

Akhirnya baginda yang benar. Isteri dan anak baginda sendiri hanyut ditenggelami bah kerana tidak mendengar kata-kata benar ayah dan suami.

Begitu juga kita. Kalau kita cuba hendak membuat perkara yang betul sudah pasti akan mendapat tentangan.

Tetapi percayalah, we will smile last but the sweetest. Take that from my humble self bro.

Anonymous said...

Betul tu Aspan,

Sebenarnya membaca tulisan sdr memang banyak dapat pengajaran. Hanya samada kita mahu menerima pandangan tegas sdr itu.

Syabas sdr. Saya tidak mampu nak berbuat seperti sdr. Sdr berani!

imran khalaf

Anonymous said...

Bapa borek, anak rintik!!! Hahahaha.

Anonymous said...

Salam,

UMNO rosak bukan disebabkan UMNO itu sendiri tetapi disebabkan oleh pemimpinnya...dulu aku pernah juga berdebat dgn penyokong2 tegar UMNO...aku pernah katakan...kalau dia nak UMNO terus relevan....semua pemimpin dari peringkat cawangan sehingga ke pusat perlu diubah...selagi ini tak berlaku...UMNO TAKKAN BERUBAH...

Anonymous said...

lps tahu betapa korupnya umno nih, aspanalias ni sokong lg tak umno?

asal x masuk pas?

mantra-indeeptots said...

Setuju.. bukan isu PASIR yang akan menambat hati pengundi Selangor tetapi PEMIMPIN BERSIH...

Jgn lupa, PEMIMPIN BERSIH termasuk juga moralnya mesti bersih... Mengapa Anwar semakin ditolak oleh rakyat? Kerana moralnya... tetapi MCA pula menerima Presiden yang tidak bermoral...

Anonymous said...

UMNO berpekung dimana-mana.Sana pekung sini pekung.

Takpe, pekung-pekung ini akan kalah dalam PRU13 nanti. Apabila pekung dah tak ada nanti, lalat-lalat pun akan hilang.

Sabarlah!!!

din keling

janko said...

Saya seperti sdr; yakin yang segala dosa dan noda UMNO ini akan mendapat pembalasan rakyat.

Dulu kita memerhati. Selepas itu kita bersabar dan jika UMNO tidak dibersihkan sebelum pilihanraya ini kita akan halau pemimpinmereka dari Putrjaya.

UMNO sudah jadi makhlok perosak. They are actually the pest that the people have failed to see before.

Now all the lipas-lipas dan tikus-tikus ini mesti pergi. Mengotorkan kehidupan kita sahaja.

janko

Anonymous said...

UMNO parti yang nazak. Apabila kita mengadap orang yang nazak kit baca surah yasin untuk memhon kepada tuhan supaya orang itu hidup sihat kembali atau jika sudah tidak mampu hidup lagi maka kita redhokan pemergiannya.

Jangan sedih sedih. Biarkan dia pergi dalam keadaan aman.

jamil

imam muda said...

Salam sdr Aspan, saya termakan dengan idea sdr dulu yg negara kita mesti memulakan negara dan sistem politik yang baru.

Yang ada pada hari ini sangat menjelekkan dengan keluarga dan anak isteri pemimpin mempunyai pengaruh keatas suami2 mereka yang diangkat menjadi pemimpin. Jahannam kita.

Biarkan Tengku |Razaleigh menguruskan usaha ini dengan pemimpin-pemimpin bangsa lain dan kita hidu semula dalam keadaan seperti dulu.

Kadangkala ingin pula saya menyokong Ibrahim Ali untuk menghapuskan parti-parti yang ada dan digantikan dengan parti yang lain.

imam muda.

Anonymous said...

Tapi saudara Aspan, ada orang kata UmNO dah tak "action" & can win big in the election...betul ka? Atau...kah kah kah!

schenker78 said...

Mantra,

Betul ker Anwar semakin ditolak rakyat?? Aku x tau pun...

Walau apa pun, Anwar sekali pun kurang baik masa dlm UMNO selama 15thn, tapi 6 thn penjara mengajar dia untuk menjadi lebih baik hari ini.

Saya percaya, kalau Najib, Rosma, samy velu, mahathir, ling liong sik dan rakan2 seperjuangan yh lain duduk penjara 5tahun, meraka akan berubah menjadi Insan yang lebih baik...Hopefully....

Suruh lah Merdeka Center buat kajian untuk potensi calon2PM

Tok Guru Nik Aziz
Haji Hadi Awang
Anwar Ibrahim
Wan Azizah (sebab Anwar akan masuk penjara lagi)
Tengku Razaleigh
Mahathir (kembali semula - rakyat suka??)
Najib
Rosmah (de facto PM)
Muhydin
Taib
Hishamuddin hussein

Kita tgk peratus undi...

Lepas itu kita buat pemimpin yang dianggap suka rasuah...calun2 adalah semua bekas MB dan PM, MB hari ini dan menteri2 kabinet...

Anonymous said...

Saya sudah bosan degan politik rasuah. Perubahan amat di perlukan tak kira melalui tangan PM ataupun tangan kita.