28 July 2010

Melayu serba salah: nak sokong UMNO takut terus dibohongi

Orang Melayu sedang keliru dan sedang tercari-cari penyelesaiannya. Orang Melayu terutamanya yang sayangkan UMNO sendiri semuanya keliru dan kekeliruan ini ialah kerana keadaan semasa yang mana mereka tidak tahu untuk berbuat apa-apa bagi penyelesaiannya.

Benar kah jika UMNO diketepikan oleh rakyat Melayu akan hilang kekuasaan? Jika ianya benar rakyat terpaksa mempertahankan parti kita ini ‘at all cost’ dan pastikan rakyat memberikan mandat lagi kepada UMNO dan sekutunya dalam BN.

Apabila UMNO kembali berkuasa persoalannya bagaimana kita hendak mengelakkan harta benda rakyat dari dikikis oleh pemimpin dan kroni mereka melalu ‘projek privatisation’ yang menjadi modus operandinya?

Yang terakhir kita dengar dan tahu bagaimana tanah lapangan terbang Sungei Besi akan di berikan kepada orang-orang yang rapat dengan pucuk pimpinan negara.

Blog ini pernah mencadangkan agar tanah yang sangat bernilai ini diberikan munafaatnya kepada rakyat dengan membina Park yang luas untuk mengimbangi pembangunan Kuala Lumpur dengan pembangunan hijauan sepertikotaraya besar dinegara-negara maju.

Ramai rakyat bertanya jika UMNO ini masih diberikan kuasa mampu kah ia menjauhkan diri dari melakukan kemaksiatan mentadbir negara ini.

Kalau UMNO masih lagi memerintah bolihkah pimpinan memastikan perbelanjaam membeli peralatan tentara misalnya tidak ditambah kepada harga sebenarnya sebagai cara mendapatkan kamsen bukan.

Kamsen yang diterima bukannya diatas keuntungan syarikat yang menjual barangan kepada kita tetapi melalui ‘inflated prices’ yang kita cadangkan kepada mereka yang menjual peralatan-peralatan itu. Harga tambahan itu akan kembali kepada mereka yang berkuasa dan jumlahnya sangat besar; dalam ratusan juta ringgit.

Semuanya ini dapat dikesan oleh rakyat dan tidak boleh menyorokkan fakta yang melibatkan transaksi-transaksi tersebut. Rakyat sudah jemu dengan sikap kepimpinan kita merompak wang rakyat dan mengeringkan kantung negara.

Apabola kantung negara kekeringan pemimpin yang sama juga akan menarik balek subsidi yang masih diperlukan rakyat dan pendeknya rakyat terpaksa menang kos yang terlalu mahal untuk mengekalkan pemimpin-pemimpin yang rasuah ini.

Kalau UMNO masih berkuasa apakah kepastian yang pemimpin-pemimpin yang dikedepankan itu tidak ada imej yang baik seperti Nor Mohammad Yakcop, Nazari dan banyak lagi perasuah-perasuah disetiap peringkat.

Sebelum rakyat memberikan mandat sekali lagi mampukah MACC membawa kemuka pengadilan perasuah-perasuah berprofil tinggi yang begitu ramai?

Dari Perlis sampailah keSabah rakyat bercerita tentang pertimbangan samada untuk memberikan tugas terus kepada parti UMNO dan sekutunya memerintah negara kita ini.

Rakyat sudah sampai kepersimpangan dalam membuat keputusan samada untuk teruskan memberi mandat kepada UMNO dan sekutunya.

Rakyat sudah merasa ngeri untuk menyokong kepimpinan UMNO pada hari ini melihatkan UMNO tidak juga tidak berubah malahan bertambah parah sikapnya. UMNO terus menghadapi krisis keyakinan rakyat keseluruhannya.

UMNO seolaj-olah menjadi entity bisnes bagi anak isteri pemimpin kita untuk mengaut kekayaan yang terlalu berlebihan dan tidak ada perasaan segan dan silu berbelanja harta rakyat untuk memenuhi nafsu nafsi dan syahwat kehidupan terus menerus.

Pemimpin-pemimpin kita seolah-olah sudah hilang terus hidayah dan sudah tidak tahu dan mengenali lagi yang mana salah dan yang benar. Dalam pada itu rakyat dari hari kehari merasakan himpitan kos kehidupan yang tinggi dan melambung.

Kita bukannya mahu mempertahankan subsidi-subsidi ini berterusan tetapi rakyat berfikir; jika setakat hendak mendapatkan pertambahan pendapatan sebanyak RM750 juta pemimpin dan kerajaan boleh mendapatkannya dengan mengurangkan rasuah yang melibatkan ribuan jutaan ringgit itu.

Kenapa syarikat ‘concessionaire’ lebuh raya misalnya tidak mahu membantu kerajaan dengan mengurangkan pampasan yang dibebankan kepada kerajaan selama ini? Kenapa? Kenapa ditarik subidi rakyat menjadi keutamaan?

Walhal syarikat-syarikat konsessi ini telah mengaut keuntungan yang sangat besar dengan bertambahnya bilangan trafik yang melalui toll-toll mereka? Kenapa pemimpin-pemimpin kita tidak mampu berbincag dengan syarikat-syarikat konsessi ini untuk bersama-sama berkorban untuk mengelakkan kantung negara kita dari kemuflisan?

Rakat juga hendak tahu kenapa negara kita sangat ketinggalan dibelakang kesemua negara rantau ini dari segi ‘FDI’ misalnya? Kita jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Indonesia, Thailand, Singapura, Thailand, Vietnam dan Laos.

Rakyat sudah naik bingung memerhatikan pemimpin kerajaan yang sudah hilang hidayah ini. Dalam negara menghadapi kesempitan kewangan ini masih kita terdengar seorang pemimpin negara mengumumkan untuk membina bangunan baru Parlimen yang baru seolah-olah bangunan parlimen yang ada pada hari ini sudah hendah runtuh.

Kos membangunkan bangunan itu dikatakan akan mencecah RM800 juta ringgit.

Pendeknya rakyat bertanya, berbaloi kah kita mempertahankan kerajaan pada hari ini?

Modal politik pihak UMNO hanya satu sahaja dalam usahanya untuk mempertahankan kekuasaan yang rasuah ini; iaitu dengan menakut-nakutkan orang Melayu yang jika UMNO gugur maka nasib orang Melayu akan menjadi malang.

Isu ini sahajalah modal kempen ahli dan penyokong UMNO: menakut-nakutkan orang Melayu tetapi orang Melayu sendiri merasakan bahang sikap ‘tidak boleh diharap’ pemimpin-pemimpin kita.

Bersambung……………

54 comments:

kori-kori said...

Aku juga begitu. Saya ahli UMNO tapi tidak ikhlas menyokongnya kerana tidak percaya yang UMNO boleh enjadi perti bersih.

Anonymous said...

Kalau Melayu nak maju, Melayu mesti berani berubah.

Pewaris said...

Salam Pak Aspan.

Memang gini ler gaya dan lagaknya kepemimpinan yang ada sekarang ni. Kami yang muda2 dah macam hilang punca mcm mana nak bersama-sama pemimpin baik dalam masyarakat kampung/desa ataupun Felda.
Kalau kat Felda (saya ni anak peneroka), anak muda tak tahu mcm mana nak bersama-sama mencurah idea dan beraktiviti dengan pengurusan Felda mahupun pemimpin. Mana silapnya, ada silapnya tu. Cuma tak ditegur oleh ahli masyarakat sendiri. Takut kalau menegur dichop pembangkang. Jadi, orang muda tak dapat tampil memimpin, dah semuanya dibolot oleh kumpulan dia saja. Ada pun jawatan sahaja, kuasanya tak ada, duitnya tak ada, langsung tak minat jadinya.
Bab agama pulak, langsung tak dipromosikan, tak dititikberatkan, baik keluarga atau pun ahli masyarakat, cerita pasal agama pun diperlekehkan. Agama dipinggirkan. Mungkin ini bala yang Allah turunkan kepada kita, bahang ekonomi yang melemah, tahap penyakit sosial yang melampaui.
Hari-hari mengeluh, susah, sempit, sesak, harga barang semua naik. Apa guna ada kerajaan kalau kerajaan tak dapat pertahankan subsidi rakyat. Bukankah kerajaan yang dipilih untuk mempertahankan keselesaan rakyat.
Pemimpin yang ada sekarang ni tak pernah tahu macam mana hidup susah. Iyalah, kebanyakannya anak kepada bekas pemimpin dah orang berada.

Insafi diri.

CDR said...

Tuan,

UMNO dirosakkan oleh OKU (orang kuat UMNO) sendiri, pucuk pimpinan perlu telus, ada yang "mengaku" OKU dan disahkan oleh siasatan saya tapi perangai macam anjing, saya dapat berita yang OKU Bandar Tun Razak jenis anjing yang kacau rumah tangga orang, isteri orang, ajaran sesat (panggil duit - ni jenis kawan dengan setan la ni). Macamana rakyat nak sokong kalau baru jadi OKU dah perangai macam anjing? Kita kena telus, OKU-OKU ni bertahan dan semakin kurang ajar sebab berpendirian "aku buat jahat pun, siapa yang boleh kacau aku? aku OKU". Buktikan pada rakyat yang pemimpin UMNO telus, barulah sokongan datang balik, kita mengata AI kaki perempuan (dan lelaki?) tapi orang kita pun sama perangainya, macam meludah kelangit je sekarang ni

Quet Despair said...

Memang UMNO banyak kepincangan. Tapi saya tetap akan mengudi UMNO dalam pilihanraya akan datang.
Saya bukan sahaja mengundi untuk diri sendiri tetatpi untuk orang kampung dan yang miskin yang masih memerlukan bantuan UMNO.
Saya tidak nampak ada parti lain yang boleh menjaga kepentingan orang Melayu.
Nasib dan masa depan anak-anak kita tidak boleh diperjudikan semata-mata nak mengubah selera.
Sepanjang kewujudan PKR, saya belum dengar lagi program mereka untuk orang Melayu.
Sebab itulah saya bedoa supaya PAS menyertai UMNO supaya perwakilan Melayu lebih mantap.
Saya dah jerih dengan gelagat pemimpin PKR di Selangor dan Perak dan Pulau Pinang.
Tidak cekap memerintah tetapi cuba mencari kesalahan para pegawai kerajaan.
Maaflah bro.

joyce said...

Quiet Despair,

Elok juga kau undi UMNO tu bersama dgn org kampong kau. Nanti kosong pulak undi UMNO dipeti undi-peti undi tu.


joyce

ibrahim daud said...

Kita tinggalkan aje UMNO ini. UMNO bukannya Agama, UMNO itu parti politik yang sudah kotor.

Kita bukan menukar Akidah, kita hanya tukar wadah.

Itu pun bukan suka-suka nak tukar...dah UMNO dan pemimpin-pemimpinnya haram jadah.

sekian cermah saya yang tak pandai berceramah ini.

ibrahim daud

Anonymous said...

Kalau tidak bergantung kepada FDI, mampukah usahawan tempatan menjanakan pelaburan untuk memanfaatkan pengusaha dari segi keuntungan yang berpatutan, rakyat dari segi peluang perkerjaan dan negara dari segi pendapatan cukai misalnya?

Kalau tidak apakah negara Malaysia bagaikan sedang dilanda barah yang semakin parah dan memakan badan dari dalam dan akan menghancurkan negara sekiranya tidak diubati?

Siapa tahu jawapannya?

UMNO dan perkataan UMNO sekarang bagaikan bahan racun yang membawa maut; bagaikan kuku menguris papan tulis, tidak boleh didengar.

Dan kalau tidak sedar dan mengubah diri sendiri maka "natural justice" akan mengubah, malah berkemungkinan memusnahkan UMNO.

Sekian
mf

Anonymous said...

Quiet Despair,

May GOD bless you!!

Anonymous said...

UMNO bukan macam dulu berjuang atas kepentingan Melayu. Saya ni sampai dah terlampau amat menyampah dengan kelaku pimpinan UMNO dan akan mengundi apa saja asalkan bukan UMNO/BN. Kononnya nak berjuang untuk melayu, tau-tau, berjuang untuk poket sediri, anak beranak dan kroni. Melihat situasi sekarang, UMNO tidak akan berubah atau mampu berubah. UMNO masih dalam state of denial and keep on doing the same thing over again.

adi said...

Quiet Despair,

Saya nak tanya sikitlah! Cukup ke pekerja UMNO dikampong saudara tu?

Wah! sdr mesti banyak dapat peruntukkan parti masa tu nanti.

Kalau ada lebih belanjalah saya sepinggan rojak...boleh tak?

adi

Anonymous said...

bosan dengan kerajaan sekarang. Kita cuba tukar, mungkin ada manafatnya.

detguaq3 said...

UMNO perlu terus menjadikan dirinya releven. Ahli-ahli yang sayangkan parti perlu zahirkan keberanian untuk menyingkirkan pemimpin oportunis dlm parti.

Kalau ahli-ahli boleh berani mengatakan tidak kepada kj, zahid, azeez, norza, nazri aziz dan beberapa orang lagi liabiliti, UMNO insyaAllah akan kembali kelandasan.

Perpaduan Melayu juga boleh menjadi penyelamat jika pemimpin veteran pas tidak mengungkit sejarah lama(yang tiada kaitanpun dengan pemimpin UMNO generasi kini, terutamanya generasi muda)yang saya percaya nada suara ke arah perpaduan Melayu/Islam juga sama nadanya dengan kepimpinan muda dalam pas.

Perpaduan umat Melayu/Islam adalah impian saya...adakah ianya juga impian anda?

bat8 said...

Bro Aspan,

1. Let be realistic, UMNO(baru) dalam keadaan sekarang tidak mampu untuk membawa apa-apa manafaat kepada orang melayu walaupun jika semua orang melayu menyokongnya seluruhnya.

2. UMNO(Baru) yang ada hari ini lebih merupakan sebuah kelab ekslusif segelintir pemimpinnya sahaja untuk kepentingan diri mereka sahaja. Slogan perjuangan melayu yang dilaungkan hanya sekadar untuk mempersonakan orang melayu agar memberi legitimasi kuasa kepada mereka untuk terus merompak dan memperkayakan diri mereka dan kroni-kroni mereka.

3. Butakah orang melayu dengan perangai pemimpin-pemimpin UMNO(Baru) hari ini yang sanggup buat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa yang merupakan kunci untuk merompak harta rakyat?

Apakah jadahnya sekarang ini memberi apa sahaja kepada kaum bukan melayu sedangkan hak-hak orang melayu yang termaktub dalam perlembagaan pun dah tinggal tulang sahaja.

Semuanya demi untuk mengekalkan kuasa semata-mata. Bila dah tak konfiden dengan sokongan orang melayu, mereka tanpa segan silu cuba mengambil hati kaum lain pula.Sedangkan orang melayu sendiri dianaktiri.

Bro,

4. UMNO(Baru) dah begitu parah dan sudah tidak boleh diselamatkan kerana pemimpin yang ada hari ini tidak mahu menyelamatkannya.

Terlalu ramai pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya yang korup, menceburi UMNO(Baru) untuk kaut kekayaan, yang tidak jujur perjuangan melayunya (termasuk pemimpin yang mngaku melayu, cakap melayu kat luar tapi cakap tamil kat rumah - jenis ni bilalah nak perjuangkan hak orang melayu macam kita). Itu belum kira yang penakut, yang bacul dan yang takdak teloq lagi, walaupun tulus perjuangannya.

5. Jika saranan saya sebelum ini agar matikan sahaja UMNO(Baru) demi masa orang melayu ( mengikut takrif perlembagaan sahaja!) terlalu kejam, the next best step is let put UMNO(Baru) sebagai pembangkang di parlimen afer GE13.

6. Apabila UMNO(Baru) dah hilang kuasa, maka sampah-sampah sarap dalam UMNO(Baru) akan hanyut meninggalkan UMNO(Baru) baik pemimpin atau ahli-ahli.

Then UMNO(Baru) baru boleh regroup semula dengan ahli-ahli yang tinggal.

bat8

Anonymous said...

Sudah lazim semut(perasuah) akan kerumuni gula(kerajaan). Lagi lama pegang kerajaan, lagi ramai semut yang datang.

Adakah selalu tukar kerajaan langkah terbaik? Tengok saja Kelantan.

(30 tahun BN, 10 tahun PAS, 20 tahun BN, 20 tahun PAS)

Apa hasilnya? Kelantan tetap tak maju.

Sebabnya ialah kita terlalu sibuk dengkikan semut, kita tukar semut biru, dengan harapan semut hijau lebih baik. Tak puas hati semut hijau, kita tukar lagi ke semut biru. Last-last sekali semut pun dah cerdik dan tukar strategi.

Tugas lebih penting untuk banyakkan gula ditinggalkan sebab sibuk duk fikir pasal semut.

Jadi apa penyelesaian ?

Kita perlukan kerajaan yang boleh wujudkan sistem. UMNO di bawah Najib sudah ada whistleblower act yang lindung pemberi maklumat. Tak cukup dengan itu, kerajaan telah beri rasuah dulu pada agensi penangkap semut (Polis, SPRM etc) supaya mereka tak makan dah gula lain.

Adakah ini sudah cukup?

Belum. Najib dan UMNO perlu buat lebih dari itu.

Tapi, nak tukar kerajaan hanya sebab dengki semut biru? Ia tentu perlu lebih dari itu, En Aspan.

Anonymous said...

saudara anon 20:12, saya ingat la kan, saudara boh racun semut je lagi baik.. semua semut tak kira kaler dia semua mati.. lepas tu kita ambil penyapu, sekali sapu.. baru letak gula baru... amacam, ok tak idea saya..

bat8 said...

Bro Aspan,

1. Ahli-ahli tegar UMNO(Baru) mungkin akan mengatakan bukan semua pemimpin dan ahli-ahli tulus ikhlas dalam perjuangan parti, tidak korup, tidak cuba mencari peluang mengkayakan diri dan kroni.

2. itu benar dan adalah kenyataan yang tidak boleh disangkal. Tetapi mereka ini hanya duduk diam, membisu seribu bahasa dan bacul dalam menegakkan perjuangan tulus parti dengan membiarkan pemimpin-pemimpin yang rakus terus berkuasa menfaraidkan harta rakyat untuk mengkayakan diri dan kroni.

3. Jika jumlah mereka ini majoriti sekalipun dalam UMNO(Baru), dengan mengambil sikap mendiamkan diri sahaja, mereka ini lebih besar pengkhianatannya kepada bangsa melayu.

4. Mengenai perpaduan melayu ini, saya rasa orang melayu tidak berpecah dan perpaduan melayu yang ada hari ini tidak terancam sebagaimana yang cuba digambarkan oleh pemimpin UMNO(Baru).

Perpaduan yang dilaungkan itu hanyalah strategi politik pemimpin UMNO(Baru) yang melihat keadaan UMNO(Baru) yang terdesak apabila orang melayu semakin ramai berlih arah.

5. Jika kehakisan hak orang melayu yang cuba diutarakan, kita perlu tanya mengapa setelah 53 tahun hak-hak kita begitu teruk terhakis? Selama 53 tahun, apa yang UMNO dan UMNO(baru) buat selama ini? Mereka yang memegang kuasa politik selama 53 tahun, bukan PAS!

hakikatnya, hak-hak orang melayu telah terhakis dengan banyaknya dalam 30 tahun kebelakangan ini sahaja especially dalam masa 22 tahun TDM me3njadi PM.

6. Jika kita menerima gesaan pemimpin UMNO(Baru) hari ini untuk wujudkan perpaduan - siapakah yang akan menerima manafaat yang maksimum? tentunya pemimpin UMNO(baru) yang ada hari ini. dengan sokongan yang padu ini, mereka akan semakin angkuh dalam tindakan mereka - makin rakuslah nafsu serakah!

bat8

Haji Bakaq. said...

Bro Aspan,
Saya belum pasti nak undi parti mana.

Yang pastinya saya tidak lagi mengundi UMNO buat kali pertamanya dalam pru13 nanti.

Kalau UMNO menang perompak bermaharajalela. Rosmah akan lagi glamor bantai duit kita.

Quiet Despair said...

Joyce

Tutup mulut kau kalau tak tau apa-apa.
Dududklah diam-diam dalam perkampungan Cina Jinjang kau tu.
Dan teruskanlah undi DAP.
Scholarship JPA kau nak bolot.
Cermin muka dulu.

Anonymous said...

Salam saudara Aspan,

Pendapat saya elok disokong sistem dua parti dimalaysia ini sebagaimana diamalkan oleh kebanyakan negara maju,Dalam kontek Malaysia BN dan PR, walaupun PR belum didaftar tetapi kejasamanya sudah ada. Dengan sistem dua parti ini banyak kebaikannya dimana rakyat ada pilihan untuk memilih siapa yang lebih baik dari semua segi semasa pemerentahannya(ketelusan, good governance,kehakiman, hak asasi,ekonomi,benteras rasuah dan seterusnya pendek kata segala
nilai2 baik untuk satu2 pemerintahan). Jika 'A' memerentah tetapi prestasi kurang baik kita tukar kepada "B" selepas 5 tahun begitu juga sebaliknya. Itu sepatutnya yang dikehendaki oleh sistem demokrasi iaitu peluang memilih dan persaingan yang sehat dan adil berpandukan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Bukan seperti sekarang ini dimana satu pehak sahaja mendapat peluang yang lebih dengan kata lain permainan dipadang yang tidak rata. Walaubagaimana pun semua orang perlu insaf bahawa sejarah telah membuktikan bahawa tiada kuasa pemerentahan yang akan kekal didunia ini walau sekuat mana pun jika rakyatnya bangkit dan inginkan perubahan secara demokratik dan tidak melanggar Perlembagaan. wassalam

joyce said...

Quiet Despair,

Joyce itu nama samaran saya. Nama sebenara saya Ahmad...... Serupa sdr Quiet Despair nama samaran sdr. Janganlah emotional sampai nak suruh saya duduk dijinjang pula.

Sudah elok saya duduk diMont Kiara takkan lah saya nak duduk jinjang pulak. Kalau saya duduk dijinjang tempat itu jauh ketempat kerja.

Knapa sdr suruh saya tutup mulut saya dan tuduh saya tak tahu apa-apa?

Sebenarnya sdr yang tak tahu apa yg berlaku. Saya hanya kata cukupk ke orang yang nak berkerja untuk UMNO dalam pilihanraya nanti?

Kampong saya dan banyak kampong lain tidak cukup orang. Tak tau lah dikampong sdr. Kalau kampong sdr saja yang menang BN tak boleh tubuh kerajaan.

Sebagai pegawai kerajaan saya tahulah sikit sikit hal ini kerana kerja saya berdampingan dengan orang ramai.

I am paid to be with the people down there. I have been tying hard to get them to support the government but majority of them are not supporting.

Oh, you senteh tentang JPA scholarship ya. Quiet despair, itu duit kerajaan bukan duit UMNO. Jika PAS memerintah PASlah yang akan membahagikan scholarship itu.

Tidak sangka pula yang sdr tak tahu duit itu duit rakyat yang datangnya dari cukai-cukai pendapatan dan lain-lain.

Yang memberi Cina scholarship ini siapa ha? Bukankah pemimpin UMNO yang sdr sokong itu?

Kenapa nak marah kepada mereka? Marahlah lah kepada kepimpinan UMNO.

I hope don't say silly things bro. That reflects your real self.

Harap sauara jadilah seorang yang dewasa. Kita sekarang hidup dalam abad ke21.

Thanks.

Anonymous said...

Joyce,

hati-hati skit sangah Quiet despair tu...hehehe. dia bukan sebarang orang UMNO tu. Dia kenal TDM dan TDM kenal sgt2 dia...dia kata le.

Kalau takde connection kuat camtu ma boleh titik orang camtu...warning orang sesukahati dia....huhu.

Wak jerman

Anonymous said...

Apa nak buat nasib badan..nak sokong TR , dia dah terlepas bot, nak sokong TDM dia dah pun bersara, nak sokong Pak Lah..hmm cukuplah Lah, nak sokong Najib, macam -macam orang Melayu suka komen itu dan ini, nak sokong Nik Aziz, dah tua dan kalau pencapaian Kelantan jadi ukuran, gerenti tak qualify..

Yang tinggal DSAI, malangnya orang Melayu asyik kena kencing dengan dia ni..nak ke cuba?

Anonymous said...

anon 21:49

jangan le malu nak cakap...sokonglah UMNO. Sekilas ikan diair, orang dah tahu jantan betinanya.

2. kencing DSAI, taklah sampai :-

i. Skandal PKFZ - ada company akan buat untung RM 12 Billion

ii. Beli kapal selam mahal-mahal, tak boleh menyelam.

iii. Negara akan muflis 9 tahun lagi.

iv. Duit felda susut dengan ketara. Felda kaya tapi peneroka hidup daif

v. ..... sila lengkapkan ....


wak jerman

Shamshul anuar said...

Saudara Aspan,

"Modal UMNI ialah menakut-nakutkan...".

Bukan nak takutkan. Cuma memperingatkan supaya berhati-hati dengan orang fasik dan munafik.

Orang Melayu ramai yang masih tak mahu terima hakikat yang kuasa politik mereka sudah sampai ke penmghujungnya.

Kita tak sedar akan bahaya yang akan menimpa bila berakhirnya kuasa politik. Kita masih tak mahu terima hakikat berakhirnya kuasa politik bermakna gerai Melayu boleh dirobohkan( tetapi gerai Cina dikekalkan) dan kalau boleh satu bangsa saja bolot biasiswa.

Saya berasal dari utara. Hampir semua orang Pulau Pinang( Melayu) yang saya jumpa menyesal sokong Anwar dan Pakatan Rakyat.

Betulkan orang meluat sangat pada UMNO? Betulkah?

Yang saya dok dengar ramai menyampah perangai Anwar. Dan dah ramai pertikaikan PAS sebab jadi kuli DAP.

Dan apahal dengan Rosamah yang kita dok benci sangat ni. Buanglah perangai suka dengar berita dari orang fasik dan munafik.

Mungkin salah Melayu kita malas nak cerita pada anak anak kita apa yang DAP buat pada May 13 1969.

Menurut jiran saya( seorang mualaf Cina), DAP sendiri kutuk Melayu( yang percayakan ia) .

Quiet Despair said...

Joyce

So we are staying not far from each other. I am staying in Kenny Hills.
I think by the tone of your writing, that you are my officer.
How can you get support for UMNO when you yourself are a PKR rabid follower. And dont give the crap you are asked to.
When i say kampung, it's not my kampung. I am from KL.
Its our Malay kampung folks whom I care about.
And mind you, mix around get the feelers on the ground.
There's a much bigger world out there and not this small blogsphere in cyberworld.
Many people out there are still for the govt. They are the people that matters, not you.
Who cares who you are voting for.
Stop livig in your myopic world.
I can take you around if you want to.

Lee Wee Tak said...

jika orang melayu berani experiment, undi satu kali Pakatan Rakyat menerajui Persekutuan....dan memberi tekanan kau-kau kepada PR menyelesaikan masalah...pada masa yang sama, UMNO akan betul-betul menerima satu pengajaran nan cukup besar sehingga terpaksa betul-betul berubah....apa macam rancangan ini?

Saya rasa seandainya PR-DAP berkuasa (yang dikhuatiri oleh penyokong UMNO), sebagai ahli politik yang pandai, dia orang tidak akan berani meminggir punca undinya yang terbesar...jika ini dilakukan maka bungkus hangus di pilihanraya yang seterusnya?

apa macam, berbaloi experiment taK?

j anwar said...

Shamsul Anwar,

You talk rubbish.
Saya juga orang Utara amd yr finding is flatly inaccurate.

Yes, kuasa Melayu sudah dipenghujung, salahkan pemimpin. There must be a cause for a cause. If you still still the fault is ours you must be a blind man politically.

You want to talk like more than UMNO. i am sad that you want us to support the party which decieve the Malays and Malaysian

You go and vote for UMNO, we don't.

j Anwar

Anonymous said...

Ku sangkakan Badawi yg teruk, rupanya Najib yang lebih azab pentadbirannya.

Ku sangka panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengah hari.

Kita orang Melayu pandai-pandailah membawa diri. Kita punya pemimpin yg tak sedar diri.

Kalau aku jadi PM takkan ku biarkan isteriku menjadi begini.

Apakan daya aku hanya seorang kerani sampai ketua.

wahid.

joyce said...

Quiet Despair,

Suit yourself. Continue on with yr day dream kid.

cheers.

joyce

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Orang melayu masih tak merdeka lagi. Dalam erti kata merdeka dari umno..Tanpa umno melayu terhapus..???Sampai bila bangsa melayu masih ada mentaliti seperti ini, sampai bila pun melayu tak boleh maju,...Sudah lebih 50 tahun menguasai negara, tahap ekonomi bangsa melayu makin menguncup..Adakah itu bukan indikatif "KEGAGALAN" oleh umno..nak jadikan ekuiti 30%, "habuk pun tarak". Kepada pengampu2 umno, tak nampak ke skandal demi skandal melibatkan duit rakyat berbilion ringgit lunyai akibat kerakusan pemimpin-pemimpin RASUAH..Habis harta rakyat dirembat...yang tinggal hanya satu di Kampong Baru KL untuk orang melayu, itu pun nak kena rembat dengan Perompak2 Politik..Hanya satu2 nya negeri diperintah oleh orang melayu ia itu Kelantan pun dianak tirikan oleh kerajaan pusat..Jangan tuduh TGNA tidak efesien, cuma umno saja yang busuk perut menindas negeri tersebut sehingga menafikan royalti hasil bumi negeri tersebut.. Isu perpaduan sebernarnya tak timbul, perpaduan melayu hanya boleh berlaku sekiranya orang melayu mendapat "Hidayah" dan kesedaran dengan meninggalkan umno dan menyokong PAS, maka selesailah masalah perpaduan...Tak payah lah berasa risau kerana tanpa umno kita boleh BERDIKARI dan akan lebih kompetitif dgengan kaum2 lain...Lihat saja sejarah, bangsa-bangsa yang ditindas akan lebih kuat dan maju...Sebagai contoh, bangsa yahudi yang ditindas di Eropah pada abad2 yang lepas seperti Holocust, telah menjadi bangsa yang menguasai dunia dialaf ini...Tapi malangnya sudah menjadi sombong, bongkak dan penindas akibat mengamalkan doktrin zionisma.

Anak Malaysia Progresif

Aspan Alias said...

Pewaris,

Saya amat faham kegelisahan sdr sebagai generasi kedua Felda itu.

Dalam kes Felda ini satu yg saya sangat tidak sedap hati ialah tentang harga jualan kelapa swit misalnya.

Harga pasarannya jika dilingkungan 300 ringgit, peneroka dipaksa menjualnya kepada Felda dengan hargi 190 ringgit misalnya dan sebenarnya Feldalah yang untung sedangkan peneroka hanya mendapat harga yang kecil.

Felda sudah menjadi raksaksa tetapi peneroka-penerokanya yang bertungkus limus masih adal keadaan susah seperti dahulu juga.

Anonymous said...

Mesyuarat cawangan2 UMNO di Jelebu banyak yang tak cukup Korum... Apa dah jadi bro... Sayap2 UMNO lagi parah ..

Quiet Despair said...

Joyce

Same to you. Dont be late for work.
I see read marks in your punch card.
Stop living in cloud cuckoo land.
Soon your leader will go to jail.

schenker78 said...

Bodoh betul Quiet Despair,

Kononnya tinggal di Kenny Hills lawan Joyce tinggal di Mont Kiara. Inilah dasar pembohohong, baik UMNO ataupun Quiet Despair.

QD, awak tolong UMNO rembat semua harta negara ini sampai jadi papa kedana yer untuk 30thn akan datang.

Terima kasih. Kalau Pakatan rakyat berkuasa, kalau awak meluat sangat, awak lari jer pi Indonesia atau Australia. banyak sehabat dan kerabat kau kat sana....

Anonymous said...

Ada jumpa kawan lama kat Melaka baru2 ni dia kata "......Bro... sekarang zaman mengisi kemerdekaan bukan menuntut kemerdekaan... kalau tak ...Mashuuuk... tak payahlah...." (... ha... inilah mentaliti orang UMNO )

Anonymous said...

UMNO menakut-nakutkan melayu. PKR tak ada kemelayuan langsung. PAS pulak melayu tak reti apa satu. Abis tu? Mampuihlah meayu!

Anonymous said...

Bang...
Rasuah dengan Liwat ini mana yang lebih BALA ikut Prioriti...Aku pun keliru ni bang...

Anonymous said...

Bang...
Rasuah dengan Liwat ini mana yang lebih BALA ikut Prioriti...Aku pun keliru ni bang...

Pewaris said...

Pak Aspan,

Saya generasi kedua Felda, tinggal di Felda (Negeri Sembilan) dengan parent. Macam Pak Aspan luahkan apa yang akan berlaku di Negeri Sembilan, rasanya akan berlaku, kalau itu takdir yang Allah beri.
Terasa sangat kekuatan UMNO di dalam Felda (nampak je tu). Tapi kuat pada generasi peneroka, generasi kedua ni semua dah tak perlu nampakkan sokongan.
Felda dah canggih, tiap kali ada kenduri kahwin, music pancaragam mengalahkan azan, walaupun rumah depan masjid, karaoke wajib, malam pesta muda-mudi, arak minuman sensasi (pernah kutip botol tin arak lepas kenduri, menitis air mata).
Inilah kehidupan yang kita hadapi. Manusia buat silap, tapi di Felda ini, kesilapan dan kegagalan sistem masyarakat yang dikatakan Melayu telah gagal.
Ke mana kita? Asyik bertekak pasal Umno - PAS. Ke mana kita? Siapa yang akan mengemudi perbarisan untuk ke arah kebaikan?

Hati saya sayu bila ada kematian di Felda. Tak ada dah pakcik ni, selalu nampak dia kat kedai kopi. Kurang satu ahli peneroka.
Tengok imam, bilal, dan siak .. makin uzur, siapa yang nak ganti? Ke mana kita?

Sebak.

Anonymous said...

Hello Dear All,

Honestly...We dont have any choice..We've to dumped the current government/bn/umnoooooo to the deepest South China Sea...

Anonymous said...

Yang tanya RASUAH & LIWAT mana lagi hina..?

RASUAH lagi hina kerana melibatkan duit RAKYAT...Kena minta ampun pada 26 juta rakyat Malaysia.

LIWAT hanya berdosa dengan Tuhan...
Tuhan maha pengasih dan penyayang..

Manusia belum gerenti nak mengampunkan dosa2 PERASUAH2

Lu pikir lah sendiri...

KY jlo

Quiet Despair said...

Schenker 78

Tak payahlah nak jadi loyar buruk Joyce. Siapa bayar kau?
Amboi sedapnya mulu tu kata kita rembat duit.
Jeles ke kita duduk di Kenny Hills? Kita memang asal KL, jadi datuk nenek kita banyak tanah di KL.
Kita tak perlu duit UNNO untuk hidup.
Tuhan beri kita otak untuk mendapat pelajaran dan cari duit sendiri melalui pelajaran yang kita perolehi.
Dan apa perlu nak lari ke Indonesia atau Australia. Ini tanahair kita yang tercinta.
Bukan macam pemimpin kau sekejap lari ke AS. Takut kena tangkap lari ke kedutaan asing.
Itu stail orang pengecut. Kini AS dah tau tembelangya. Where to hide next, friend?
Kau cakap jika PKR ini dan itu. Teruskanlah dengan Jika jika jika hingga kiamat.
Dengan adanya orang kuat macam kau, macam mana PKR nak memerintah. yang adapun dah nak cabut lari.
Menakutkan, mengerunkan, menyeramkan. That's you.
Okay I got a plane to catch. Talk to you when I arrive.

dwen said...

Quiet Despair,

i think you have a kampong mentality.

Tuduh orang jealous kerana sdr duduk diKenny Hills itu menunjukkan sikap kekampongan kamu.

Jangan ingat semua orang ada sifat macam kau.

Orang kampong aje yang menunjuk-nunjuk itu.

Kenapa awak menyangka joyce itu pegawai awak?

Quiet Despair, you are disposing your very kampong mentality through this blog. Jangan buat malu orang kampongla bro.

Anonymous said...

Pemimpin umno nak jumpa Presiden Amerika pun pakai duit rakyat bayar broker berjuta2 ringgit....Apa lu citer "Quite Desperate"

uncle sam

Anonymous said...

This guy, Quiet despair must have a funny look, Dwen.

Anonymous said...

A newly discovered virus "umnoic" has infested "quiet despair's" brain system...

shamshul anuar said...

Saudara J Anwar,

It is up to you to believe what you want to believe. No problem with me.

Why on earth PAS support among the Malays is on decline? Why PAS almost lost in Manik Urai?

Why on earth the demonstration for Anwar in front of cOurt did not get support? why? Why on earth Anwar refused to swear, knowing well act of swearing before Kuran is considered the act of telling the truth?

Why on earth Karpal said anwar is a sodomist way back in 1998. Why on earth Mohd sabu mocked Anwar as "Aljuburi" and challenged Dr Mahathir to sack anwar on June v1998?

If vast majority of malays thought Anwar was a victim in 1998, now the situation is on the reverse. People began to doubt him.

what I am stressing is be careful about change. Becareful as we do not want the Malays to face the same predicament with Arabs way back in 1915.

UMNO may not be perfect but it is by far the most benevolent. You can say anything about UMNO and can get away with it. Try saying that to DAP when it is in power.

Yes. "Salahkan pemimpin". One most glaring example of this kind of pemimpin is Anwar. The other who share the "award" should be Mohd Sabu, Mahfuz, Khalid aka Khalid Gereja and Nik aziz not to mention several moron in UMNO itself.

If I were to be in Anwar's shoes, I would remember how Pak Lah supported me when UMNO Permatang pauh rejected my candidacy way back in 1982.

You reap what you sow. Anwar was fond of backstabbbing other leaders, the most notable being Tun Ghaffar Baba. Despite telling the world how he respected Tun Ghaffar, Anwar broke his promise by challenging Tun Ghaffar.

And Tun who brought UMNO to Sabah only managed to get one solitary vote from Sabah. Money can change perception.

As for non Malays, they would support leader like Anwar as he promises "moon and star" to non Malays just to be PM, not realizing that he is considered as a tool only to bring down UMNO.

Once UMNO is down, DAP will freely implementing "Chinese Malaysia" poncept.

Only blind people will not see how racist DAP is.

Anonymous said...

Shamsul Anwar,

You missed all points. anwar used money to topple Ghaffar.

That is UMNO. UMNO's disease is contagious. Any one who beccomes UMNO leader will be like that. That is what happennng in UMNO now. Najib uses money in all movements.

That is why...just throw away UMNO.

shamsi

Anonymous said...

Betul tu Pewaris. Kita asyik membincang tentang melayu, UMNO dan PAS. Maaalah mereka orang politik ini diperingkat atasan dan mereka ini cukup duit untuk makan, ada rumah yang selesa, ada kereta besar . pendek kata mereka hidup senang tidak seperti kebanyakan rakyat nelayan, penoreh getah, pekerja kilang yang terpaksa bekerja lebihmasa nak cari duit tambahan untuk anak sekolah,orang miskin kampong dan bandar berhempas pulas mencari sesuap nasi seperti yang kekadang dipaparkan dalam TV bersama mu. Mengalir air mata melihatnya masih ada rakyat kita miskin macam itu . Dimasa yang sama kita dihidangkan dengan berita kerugian Sime Darby. PKFZ mencecah berbilion dan lain2 kerugian dialami negara ini( satu bilion duit tak tau berapa lori diperlukan )

Masalah kita yang lagi tenat adalah Masaalah keruntuhan moral, nilai budaya, makin jauh dari islam, mat rempit, dadah, rasuah. Sepatutnya masalah ini menjadi keutamaan kita semua bukan terbawa2dengan sentimen politik yang tidak berkesudahan. Perjuangan Nabi Muhamammd mengubah masyarakat arab jahiliah kepada Islam. Oleh itu kita semua sepatutnya meneruskan perjuangan baginda kembali kepada Islam tak kira apa pegangan politik mereka kerana setiap muslim itu bersaudara. Matlamat nya membuang sifat2 tercela(riak ,takbur, besar diri, dan
lain2) dan menghidupkan sifat2 terpuji didalam hati setiap muslim. Takutlah kepada tuhan dan hari pembalasannya sebelum kita nak melanggarnya. Jika ini dapat dilakukan lahirlah perpaduan dalam ertikata sebenarnya dan kuranglah masalah sosial dalam masyarakat. Wassalam

Anonymous said...

shamsul,

The way i look at most of your comment, i can conclude that you are bloody racist...

you keep on repeating may 13th..I wonder whether you were there or just listen..only

BTW, American bombarded japenese towns of Hiroshima and nagasaki killing thousands of them...Does Japanese like kampong malay, mentality thinking of the past and putting revenge on american? Definitely NO..that's why japanese can progress. Same goes to jews for not taking revenge to german nazis, for killing their race during holocaust and now they are controling the world.

I think you should stop talking about may 13th anymore...Najib when he was umno chief was also threatening chinese to soak kris with chinese blood, during 80's umono youth gathering in TPCA stadium...put you in chinese shoe, how you feel..

FYI, i was in kampong baru and born and bred there,...i was present during both event..may 13th and TPCA stadium incident...

lets those incident bygone...and we have to face the fact that we are in multi racial country and looking forward for betterment of our country. stop inciting hatred towards other races. "1 Malaysia" beb..

old timer kg.baru

Anonymous said...

shamsul is more UMNO than UMNO. Lebih sudu dari kuah.
if this shamsul is given position like Minister or anything like that, UMNO will get decayed.

kg pandan young man.

shamshul anuar said...

Dear anonymous,

If UMNO or me is racist, then tell me how MIC or MCA candidate can win in Malay majority areas.

as for May 13, who "revisited it" if not DAP through its member, Kua. He "chose" what to tell ignorant Malaysians on May 13.

He for example, did not tell about demonstration by extemist Chinese cursing on Malay in Kg Baruy. when I told my Chinese friends, they were dumbfounded. "We do not know this", that is standard response.

I am not blaming Chinese or Malay for the incident. Rather, I want to remind Malays of DAP's character.

I am not anti Chinese. If Malays have beenm anti non Malays, MCA, MIC or Gerakan will be long gone.

Whatr I cant tolerate is that I am labelled as racist just fir defending the Malays or their interests.

Other races can defend their rights, but not the Malays, it seems.

krik afie said...

salam.....

Perjuangan Umno memang tidak lagi sama dari dulu.....Pemimipin umno sekarang bukan dari rakyat kebanyakan...mereka bekas2 anak pak menteri2 dulu2...mereka tidak pernah merasa susah....Duit untuk pembangunan adalah bukan duit umno tetapi duit rakyat malaysia yang membayar cukai...cuba realistik tentang ini.....jika PR memerintah sekalipun duit itu tetap duit rakyat.....Perjuangan umno sudah hampir kepenghujung.....pemimpin bawahan banyak disogok dengan projek dan duit.....cuba bayangkan jika penyokong umno mengadakan pungutan untuk parti...mesti jumlah itu tidak sehebat penyokong PAS....kerana penyokong PAS bukan disogok degan duit bahkan mereka sanggup memberi atas nama perjuangan..Kami anak muda tidak akan umno merosakkan lagi fikiran rakyat kerana lebih 50 tahun mereka memerintah, mereka yang makin kaya....