29 July 2010

Melayu serba salah: nak sokong UMNO takut terus dibohongi........sambungan.

Kalaulah UMNO berjaya untuk menghilangkan perasaan was-was orang Melayu terhadapnya ini merupakan satu ‘miracle’. UMNO tidak boleh lagi bertindak semata-mata untuk menghilangkan sakit tetapi mesti bertindak untuk menghilangkan penyakit.

Sakit dan penyakit merupakan dua perkara yang berbeza. UMNO mesti faham apakah penyakit yang sebenar yang dihadapinya.

Selama ini UMNO hanya bertindak untuk menghilangkan sakit-sakit yang ada kepada tubuh UMNO itu sahaja sama seperti kita hanya makan ‘pain killer’ apabila terasa sakit kepala atau terasa sakit ditengkok dan telinga.

Memakan ‘pain killer’ apabila terasa sakit itu hanyalah tindakkan yang menghilangkan sakit buat sementara dan sakit itu akan berulang-ulang sehinggalah tubuh kita hilang daya tahan dan ‘pain killer’ itu tidak mampu lagi berfungsi sebagai penyelesaian terhadap rasa sakit kita tadi.

Yang tidak diubati ialah penyakit yang menghinggapi parti kita iaitu salahguna kuasa dan rasuah, kerana rasuah ini memberikan kesakitan yang amat sangat.

Banyak penyakit kanser misalnya hanya mengetahui yang kansernya telah sampai ketahap 3 atau 4 kerana selama ini mereka hanya memakan ubat sakit kepala, telinga dan sebagainya kerana tidak prihatin dengan penyakit yang sebenarnya yang dihadapinya.

Hanya setelah ubat yang menghilangkan sakit itu sudah tidak efektif lagi baru lah bergegas-gegas nak membuat ‘medical check up’ dan menyedari kansernya sudah sampai ketahap yang ‘terminal’.

Penyakit rasuah dikalangan pemimpin dan kerajaan sudah sampai ketahap ‘terminal’ dan sudah tidak terkawal lagi. Rakyat sudah tidak percaya lagi segala pengumuman tentang tindakkan kerajaan membeteras rasuah ini.

Apabila penyakit dalam UMNO ini sudah ‘terminal’ maka tidak ada siapa pun percaya penyakit UMNO ini tidak akan boleh sembuh lagi. Apabila masyarakat sudah tidak yakin yang penyakit yang kita hadapi akan sembuh, mereka akan hanya memikirkan waktu dan saat untuk menziarah jenazah dan mentalkinkan kita.

Tidak akan ada lagi orang untuk berususan dengan kita yang pada adatnya dan zahirnya akan mati.

Sesungguhnya itulah penyakit yang kita hadapi dalam UMNO…pemimpin disetiap peringkat sudah tidak lagi diyakini untuk mereka berurusan, kerana penyakit mereka sudah sampai ketahap ‘terminal’.

Itulah sebabnya UMNO tidak mampu lagi untuk melakukan penyelasaian dengan hanya mengurus sentimen perkauman semata-mata.

Pandangan yang orang Melayu akan hilang kuasa politik jika UMNO tidak memerintah tidak menjadi isu yang boleh menyatukan orang Melayu lagi.

Melayu memang hendak bersatu, tetapi mereka hendak bersatu diluar UMNO. Mereka merasakan bersatu didalam UMNO hanya memungkinkan harta benda mereka dikaut dan di faraidkan oleh pemimpimpin dan anak isteri pemimpin mereka sahaja.

Mereka sudah tidak yakin yang UMNO mampu memberikan perlindungan kepada orang Melayu. UMNO hanya hendak menjadikan orang Melayu untuk memberikan kemudahan untuk pemimpinnya menyuburkan kegiatan rasuah.

Orang Melayu dan semua rakyat Malaysia sudah faham rasuah itu adalah penyakit yang membawa kepada banyak masalah didunia ini.

Orang Melayu dan semua bangsa sudah tidak menghormati individu-individu pemimpin dalam UMNO dan BN kerana mereka ada persepsi yang pemimpin UMNO dan BN mempunyai ‘attribute’ yang dibenci rakyat; iaitu mereka adalah gerombolan perasuah yang tidak ada hadnya.

Mereka tahu yang UMNO tidak boleh diperbaikki lagi; ianya hanya boleh diperbaikki jika kesemua pemimpin yang ada diatas ditukar 100 peratus, dan keadaan itu tidak mungkin berlaku.

Pemimpin-pemimpin ini rela UMNO berkubur dari menyerahkan kuasa kepada orang yang lebih bertanggung jawab untuk menyelamatkan UMNO.

Jadi, isu yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk ‘survival’nya dengan isu perkauman sambil menakut-nakutkan orang Melayu semata-mata merupakan tindakkan 'desperate'. Sebenarnya isu itu sudah tidak laku lagi kerana isu itu telah dibangkitkan pada setiap kempen pilihanraya Umum sejaka 1974 dahulu.

Orang Melayu tidak ingin bergaduh lagi, dan orang Cina pun memang tidak mahu keadaan yang mengerikan itu berulang lagi. Masing-masing berkehendakkan kehidupan yang aman damai dan makmur.

Kepada mereka, selagi UMNO menggunakan isu perkauman itu, UMNO akan hilang asanya untuk kekal dengan kewujudannya kerana tidak berhenti-henti menggunakan sentiment perkauman untuk mengekalkan sokongan rakyat yang berbilang kaum ini.

Dalam keadaan ‘desperate’ UMNO menggunakan isu pasir untuk menjatuhkan lawan diSelangor dan di P Pinang, sedangkan pasir ini menjadi bahan untuk dicuri sejak UMNO memerintah negeri itu.

UMNO dan penyokong-penyokongnya tidak mahu menerima hakikat yang mereka telah ditolak rakyat dan jika pasir hendak dijadikan isu untuk menjatuhkan PR diSelangor itu merupakan isu yang tidak betul untuk dipakai.

Sekarang kerajaan negeri Selangor telah membuktikan yang mereka telah mendapat sejumlah RM15.4 juta dalam tahun 2010 sedangkan selama BN memerintah Selangor, negeri itu tidak pernah berjaya mengutip lebih dari RM5 juta royalti pasir setiap tahun.

Rakyat sudah tidak ada lagi toleransi terhadap kepimpinan UMNO Selangor kerana semasa mereka memerintah mereka merasakan mereka memrintah dari kayangan dan selalunya terjebak dengan penyakit kufur nikmat.

Kita terlalu marah dengan orang bangsa Cina, kerana tidak memberikan sokongan kepada BN dan UMNO.

Apabila Dr Mahathir memindahkan kuasa kepada Abdullah, orang Cina memberikan sokongan yang hebat dan kuat sekali kepada kepimpinan Abdullah sehinggakan Abdullah mendapat 90 peratus sokong dari rakyat termasuk orang-orang Cina pada PRU11 pada tahun 2004 dahulu.

Mereka memberikan sokongan kepada Abdullah semata-mata kerana imej Mr Clean dan latarbelakang Agama yang ada kepada beliau. Orang-orang Cina sendiri berkeyakinan bagi seorang yang berlatar belakangkan Agama memang boleh dipercayai.

Tetapi bangsa Cina kecewa dengan Abdullah tidak ada bezanya dengan pimpinan yang sebelumnya dan mereka tidak lagi percaya kepada mana-mana kepimpinan Melayu kerana kepada mereka semuanya sama tidak kira mereka berlatar belakngkan Agama atau pun tidak.

Bagi mereka tidak ada sesiapa pun yang boleh dipercayai didalam kepimpinan UMNO yang ada pada hari ini. Berilah mereka jutaan ringgit untuk membangunkan sekolah jenis kebangsaan Cina mereka tetap tidak berkeyakinan.

Tetapi mereka juga faham yang negara perlu dipimpin oleh seorang pemimpin Melayu yang mereka percayai yang boleh membina masyarakat yang bersatu dan bersama-sama membangunkan negara yang kita sama-sama cintai ini.

Jika ini keadaannya maka kita orang Melayu masih ada harapan untuk berkuasa jika kita sanggup berusaha mencari sesiapa yang boleh melakukan tugas yang sangat berat ini.

Jika kita letakkan harapan kepada barisan pemimpim-yang ada pada hari ini untuk mencapai matlamat itu, kita tidak akan sampai kematlamat itu sampai bila-bila.

14 comments:

schenker78 said...

jawapan PAS kepada UMNO

http://www.khalidsamad.com/2010/07/kisah-anak-pembesar-negara-dan-si.html

Anonymous said...

"Sekarang kerajaan negeri Selangor telah membuktikan yang mereka telah mendapat sejumlah RM15.4 juta dalam tahun 2010 sedangkan selama BN memerintah Selangor, negeri itu tidak pernah berjaya mengutip lebih dari RM5 juta royalti pasir setiap tahun."

Salam tuan, memanglah dulu sikit sebab dulu hanya boleh korek pasir atas tanah persendirian. Sekarang ni korek pasir atas tanah kerajaan apa ceritanya?

schenker78 said...

ling liong sick kena dakwa??

wayang ajer mcm kes eric chia dan Kasitah Gadam.... last akan terlepas jugak.....ini pun pasal Najib nak menang GE13...tu jer....

TIPU lagi BN ni....Boleh percaya ker???

Berani ker AG keluar waran tangkap ke atas Chua SL pasal skandalnya, siasat Najib pasal komisyen kapal selam....berani ker polis Msia...kalau polis USA, berani mereka menyiasat Presiden sendiri....

Anonymous said...

anon 21.59

Betullah dulu, pasir dikorek diatas tanah persendirian sahaja, tetapi walaupun ditanah persendirian royalti kena bayar juga. Cerita curi pasir ini bukan cerita baru, kalau kita rujuk balik akhbar lama-lama, isu ini banyak dipparkan.

wak jerman

bat8 said...

Bro Aspan,

1. Pain killer yang UMNO(Baru) makan dari jenis panadol yang dijual dimerata kedai runcit je. Panadol yang dijual itu ada yang tiruan. agaknya panadol jenis ini yang UMNO(baru) ambik kot.

2. Well said bro. Nuthing else to add but wif you all the way.

bat8

Anonymous said...

biasa la tu schenker78, woyang cina alaf baru... kena boh gendang moden, siap ada subtitle lagi. Takkan kamu tak biasa dengan benda2 nih... lagi pulak takkan dia sorang jer kan.kan. hehehe

Anonymous said...

Saya tak terkejut Dr. Ling Leong Sik kena dakwa memand puak2 BN kalau tak RASUAH mereka tak dapat tidur malam asyik fikir macam mana nak PUTAR duit rakyat. Bila kena tahan PERSEPSI rakyak PERASUAH ini akan terlepas atas sebab2 teknikal. Orang cina 99% pasti tidak akan undi BN....PRU 13. Tektik meniup SEMANGAT PERKAUMAN sebenarnya dah TAK LAKU. Rakyat mahu lihat INTEGRITI Pemimpin. Kadang kala retorik perkauman yang dilagukan oleh BN mengelikan hati rakyat yg mejoriti dah maju pemikirannya berbanding pemimpin BN itu sendiri.Berhentilah main wayang OPERA wahai PEMIMPIN2 BN... Aku kesihan tengok teknik2 membodohkan rakyat yg sering digunakan itu....Aku teringat ayat Power Anwar Ibrahim "MEROMPAK HARTA RAKYAT"... Aku punya persepsi isu LIWAT Anwar dah tak laku dah kalau BN nak jual kpd rakyat... rakyat dah tak beli dah.

Anonymous said...

Jawatanjuasa tertinggi Kerajaan Malaysia ialah Kabinet Malaysia iaitu Menteri2... mereka kena tipu olen Ling Liong Sik. Menteri2 Malaysia bodoh2... itu sebab kena TIPU. Naik dulu..... dengan cara MERASUAH perwakilan bahagian ke Perhimpunan Agong bila dan jadi menteri maka jadilah.....mereka2 ini menteri2 BODOH belaka...

Pewaris said...

Salam Pak Aspan,

Melayu memang serba-salah, nak sokong UMNO pun kena fikir banyak kali. Nak sokong PAS dan DAP jauh sekali. PKR apatah lagi.

Masa saya di zaman budak2 tahun 80an dulu, masa TDM baru naik, bapa saya selalu beri nasihat UMNO baik untuk masa depan. Penghujung 80an dan awal 90an (media pro kerajaan masa ni dah mula hentam PAS), saya dididik dan diasuh untuk bencikan PAS. Sampai saya benci tengok orang berkopiah putih. Persekitaran Melayu di Felda banyak mewujudkan persepsi jahat terhadap org bukan Melayu. Otak saya di'tune' utk benci org bukan Melayu dah PAS.

Mereka (UMNO) telah berjaya menghasilkan Melayu yg mempunyai asas minda kebencian. Mereka berjaya. UMNO telah berjaya.

Bila saya belajar di luar negara, baru saya nampak apa itu dunia dan apa yang agama Islam kita ajar dan apa yang patut kita ada dalam diri Islam kita. Dalam Al-Quran tak ada pun UMNO/PAS. Sedih saya kalau fikir pasal ni. Kesedihan tu sampai sekarang.

Apa nak jadi org Melayu kita ni. Sampai bila? Kalau terima UMNO dah tentu penyakitnya banyak, susah nak terima PAS sebab diasuh yang PAS tu jahat dan tak boleh memerintah, kalau terima DAP dichop pula komunis.

Kalau tak boleh nak Recovery, kita Reformat saja Malaysia ni, tapi jangan lupa buat Backup.

Anonymous said...

JUAL isu pasir yang harganya belasan juta tu... hari-hari masukkan dalam akhbar dan TV... isu rasuah berbillion Dr. Ling Liong Sik hari ini baru aku tahu... Pemberitaan yang berat sebelah oleh PERASUAH MEDIA....kesan dan padahnya akan kena kepada kerajaan BN juga akhirnya ... isu pasir digembar-gembur secara hebat dan besar2an sehingga menutup isu besar2 yang nilainya berbillion. TOLONGLAH BERSIHKAN IMEJ BERAT SEBELAH KERAJAAN BN DAN IMEJ PEMBOHONG KERAJAAN BN KEPADA RAKYAT AGAR SECARA RELAHATI RAKYAT MEYOKONG SEMULA BN.

Anonymous said...

Saudara Perwaris,

Apa sebab orang melayu kalau pergi ke luar negara, cara pemikiran mereka akan matang dan akan menjadi lebih kompetatif dan kuat jatidiri nya...

Ini adalah disebabkan, kalau berada diluar negara, orang melayu tidak ada dalam kepala otak mereka "ketuanan melayu" duduk diluar negera adalah "survival" takde siapa peduli sama kita...

Tapi di malaysia orang melayu menjadi malas dan angkuh sebab menjangkakan Melayu masih "berkuasa" kita tak perlu risau, ini negara kita "control"

Tapi malangnya mereka tidak berfikir dengan rasional dan realiti nya, bangsa melayu adalah paling ketinggalan kalau mahu di bandingkan dengan bangsa lain di Malaysia...

Lihat saja kes sosial,
Penagih dadah paling ramai
kes buang anak
Mat rempit
Gejala bohsia

Semuanya di juarai oleh melayu..

Kalau Top 10 richest man in malaysia, melayu nombor berapa?

Raja Gula... Robert Kuok
Raja Media elektronik...Ananda krishnan
Raja Gelek...Daud Kilau

Orang Melayu masih bermimpi bahawa umno adalah penyelamat bangsa..

Punca kegagalan umno adalah RASUAH

Anak Malaysia progresif

Anonymous said...

Ling Liong Sik digadapkan kemahkamah pada hari Najib berangkat keluar negara yang kita tidak tahu kemana.

Ling adalah Presiden atau bekas Presiden MCA yg kedua menghadapi tuduhan diMahkamah selepas Tan Koon Swan dan ini merupakan sejarah negara seorang Tun dihadapkan kemahkamah.

Bro, jika kerajaan benar-benar ikhlas Najib tidak boleh membiarkan menteri atau bekas menteri UMNO terlepas dari hukuman jika terlibat dalam rasuah.

Permulaan yg baik tetapi mesti ada 'follow through'

Kalau tidak BN tidak akan dianggap telus.

Pewaris said...

Plotnya tetap sama, apabila PM ke luar negara, pasti ada sesuatu perkara hebat yang berlaku dalam negara.

Dah macam 'soap opera'.

Bila nak fikir tentang periuk nasi rakyat? Yang dah kaya tu bagi la peluang kepada generasi muda.

Anonymous said...

There is no more cure to treat this disease inside umno. No more. this corruption problem is no longer a disease. instead, corruption is the bone and blood of umno. You can't change the entire bone. Let alone to pour a new blood into a body.

Well, your post can be concluded in a very famous malay phrase;

"hidup segan mati tak mahu"

but, i don't think umno is 'segan' doing all those sordid acts. in fact, they are proud if it. Remember my dear Malaysians, poets use lies to tell the truth, politicians use lies to cover the truth.

umno with all its arrogant and injustice, eventually will fall and lick the bitterness of mortality. never use a sword to be embraced by the people. It's very sad to point a sword to innocent people just to make them obey to you. this is no democracy, it's a plain dictatorship.

People shouldn't be afraid to the government, it's the government should be afraid to the people. Wake up Malaysian! i know how much we all love umno, but it's a right time to move on with a change and hope.

My dear Aspan, just sharing my half-a-penny thought to you and others. unfortunately, i still need to be an anonymous. if you remember me, i'm the one who bounded with scholarship thingy. Well, i think you can call me Mr. Scholarship. Thank you...