03 September 2010

Ampun Tuanku, patek menjunjung kasih.

Tun Ling Liong Sik tidak sedih dengan penggantungan anugerah gelaran Dato’ dari Sultan Selangor baru-baru ini. Beliau berkata, “Tuanku mempunyai hak untuk menganugerah dan menarik balek apa-apa gelaran yang yang diberikan kepada sesiapa”.

Sesungguhnyah itu merupakan kata-kata yang sangat baik dari Tun Ling kerana memahami keadaan dan sebab kenapa Kebawah Duli Tuanku Selangor menarik balek gelaran yang diterimanya beberapa tahun dahulu. Semangat dan kefahaman yang ditunjukkan oleh Tun Ling itu amat diterima baik.

Tuanku Sultan telah bertindak menarik balek beberapa gelaran kepada orang yang telah menerima anugerah serta gelaran dari Sultan Selangor sebelum ini kerana beberapa salah laku yang tidak setimpal dengan ketinggian nilai anugerah-anugerah serta gelaran-gelaran yang dianugerah Tuanku Sultan.

Sesungguhnya orang-orang yang mendapat gelaran tinggi seperti itu memang sepatutnya datang dari orang-orang yang tinggi nilai dan mertabat peribadinya. Apabila seseorang itu mendapat gelaran adalah menjadi tanggung jawab masing-masing untuk menjaga ‘integrity’ peribadi dan harga diri yang tinggi disisi masyarakat setimpal dengan anugerah-anugerah yang mulia itu.

Itulah sebabnya dahulunya untuk mendapat gelaran dan anugerah-anugerah ini memang suatu perkara yang sangat susah dan jika mendapatnya orang yang menerimanya adalah mereka yang tidak dapat dan mampu dipesoalkan oleh sesiapa tentang ‘integrity’ dan nilai diri mereka disisi masyarakat.

Tetapi sekarang keadaan sudah berubah begitu ketara. Ramai diantara yang menerima anugerah-anugerah banyak yang boleh dipersoalkan kedudukkan ‘integrity’ mereka disisi masyarakat dan negara. Ramai yang mungkin menyasmpah dengan kenyataan saya ini, tetapi apakan daya; yang kenyataan tetap kenyataan dan yang benar tetap berada dipihak kebenarannya.

Ramai yang bergelar dan bernama yang telibat dengan salah laku seperti rasuah, salah guna kuasa dan melanggar banyak tata susila masyarakat dan ada yang menyebabkan masyarakat menjadi keliru dengan kelakuan dan sifat mereka yang bergelar dan bernama ini.

Bagi masyarakat yang unggul mereka mengharapkan mereka yang bergelar dan bernama ini untuk menjadi kebanggaan masyarakat dikeriah dan kawasannya dan dalam waktu dan masa yang tertentu menjadi pelindung kepada mereka.

Lain-lain perkataan mereka-mereka yang terlibat dalam hal-hal tidak bermoral dan yang ada kecenderungan untuk menjadi perosak kepada bangsanya serta negaranya tidak sepattnya mendapat pertimbangan untuk menerima-anugerah-anugerah yang tinggi dan mulia ini.

Tindakkan Tuanku Sultan Selangor ini amat disukai rakyat dan tindakkan Tuanku Sultan ini boleh diterima sebagai pelajaran yang berharga untuk pihak-pihak yang lain untuk melihat anugerah-anugerah ini sebagai perkara yang letaknya tinggi dari perkara-perkara yang lain.

Jika setiap pihak melakukan seperti yang ditunjukkan oleh Tuanku Sultan Selangor itu nescaya secara beransur-ansur gelaran dan nama itu akan hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dalam erti kata yang hakiki untuk menerimanya.

Kita benar-benar ingin melihat jika seseorang itu bergelar Dato’ biarlah seseorang itu tidak ada rekod menipu atau melakukan kerja hina seperti rasuah dan salah guna kuasa. Anugerah gelaran dan kebesaran ini biarlah diberikan kepada mereka yang telah banyak menabur jasa serta ubudiyah kepada masyarakat dan negara.

Biarlah anugerah-anugerah tersebut diberikan kepada anak-anak Malaysia yang telah membangunkan negara dengan sumbangan besar seperti mereka yang telah membangunkan teknoloji dan ‘invention-invention’ yang memberikan faedah kepada negara yang dahagakan pembangunan ini.

Sekarang ini jika diteliti secara halus, saya mempunyai satu pandangan; terlalu ramai lagi akan kehilangan gelaran mereka jika semua Istana mengambil isu ini sebagai isu yang serius lantaran mengambil tindakkan sewajarnya kepada pesalah-pesalah moral ini.

Kami berharap apa yang dilakukan oleh Tuanku Sultan Selangor itu akan menjadi pelajaran berguna untuk semua, supaya gelaran itu hanya diberikan kepada mereka yang bersih dari persepsi kotor rakyat dan negara.

Ampun Tuanku, patek menjunjung kasih.

7 comments:

schenker78 said...

raja petra says....

"First is that my detention without trial is for the same ‘crime’ as the charges I had faced, and now dropped. This means I am being punished twice for the same crime, which is wrong in law. You can’t be punished twice for the same crime. I have said this before.

Second is that the Shah Alam High Court has already ruled my detention as unlawful. The government, however, is not happy with that. Around the same time that the government announced it would not be appealing against the Razak Baginda acquittal it announced it would be appealing against the high court’s decision to release me.

Is not murder a more serious crime than writing an article not favourable to the government? Why announce that they would not appeal against Razak Baginda’s acquittal for murder and at the same time announce that they would appeal the release of someone freed from illegal detention without trial?"

"The excuse the government is giving is they do not know my address so they can’t serve any papers on me.

That is utter bullshit. Tun Dr Mahathir Mohamad knows my address. I have given it to him. Tan Sri Sanusi Junid also knows my address. He has come to my house for dinner. In fact, we met twice. And Sanusi has not hidden this fact. He has told others about it who in turn phoned me to tell me that they found out from Sanusi that he came to my house for dinner."

Hey, maybe the AG would like to response to this allegation.

The ex-Land and Co-operative Development Minister, Tan Sri Kasitah Gaddam, has a tape-recording of the AG extorting money from him. Yes, that’s right, the AG demanded money from Kasitah Gaddam or else he was going to charge him for corruption.

Kasitah Gaddam then went to meet the Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi, and played the tape for the PM to hear. But the Prime Minister did nothing. And Kasitah Gaddam refused to pay the money that the AG demanded. So the AG charged him for corruption. Read more here: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2004/2/13/nation/7307934&sec=nation

Does Umno want to talk about this? A comment from Dr Mahatbir maybe?

As I said, the AG is so full of shit. And I bet he prays five times a day and fasts the entire month of Ramadhan as well. I suppose he can always go to Mekah after this to get his sins cleansed in front of the Kaabah like most Muslims do.

Munafiq!

Quiet Despair said...

Memang patutpun gelaran itu ditarik-balik.
Tapi tak faham ya kenapa gelaran Datuk Seri to Anwar ibrahim tak ditarik-balik.
Dah masuk jel and bakal masuk jel lagi, tapi dengan bangganya menggunakan gelaran itu.
Tak malu pulak ye.
Tak ada ke orang UMNO nak bawa perkara ini?

dingembol said...

Quiet Despair,

Orang UMNO munkin tak berani nak rekomen Datukship Anwar ditarik balek. Kerana kalau tarik Datukship Anwar maka seluruh Datuk Datuk UMNO masti kena lucutkan.
Takkanlah quiet Despair nak bertanya soalan itu pulak.

Macam-macam tak tahu pulak you ni Quiet Despair.

Anonymous said...

Quite despair berlagak naifff...

sri hartamas

bat8 said...

Bro Aspan,

1. Kita menjunjung kasih dan taat setia DDYMM Sultan selangor atas tindakan tegas mengantung gelaran Dato yang diterima oleh Tun LLS buat sementara waktu sehingga keputusan mahkamah. Baginda begitu tegas menjaga kewibawaan dan darjat pingat kebesaran yang dianugerah oleh Kesultanan Selangor.

2. Kita juga tabik dan meyanjung tinggi sikap yang ditunjukkan oleh tun LLS. Nyata beliau mengharomati institusi kesultanan kita.

3. Kekadang kita heran dengan setengah-setengah Dato dan orang-orang besar yang masih aktif dengan rasuah, kerja-kerja haram, kaki maksia dll yang masih belum didakwa atau dihadapkan ke mahkamah.

Kemana perginya moral dan nilai kemanusian mereka-mereka ini. Setidak-tidaknya conscience sendiri.Mereka ini sebenarnya tidak menghormati kesultanan kita dan jelas penderhaka. it cuts thru all races: melayu, cina, india dll

schenker78 said...

kenapa gelaran dato seri anwar tidak ditarik balik. Kerana sultan kamu pun tahu Sodomi 1 itu penipuan Maha Firaun, Gani Patail, Musa Hasaan dan Augustine Paul.

Kecuali awak ini terencat akal. Pi baca balik transkrip mahkamah, bodoh punya Otak 1% Quiet Despair.

Anonymous said...

Sultan patut KIV je anugerah Tun LLS sbb belum slesai kputusan mahkamah, trmsuklah DatukSeri milik DSA pun patut kena KIV sbb kes blum ada kputusan, sbenarnya siapapun sanggup prtahankan pingat sbb blh tutup kejahatannya, nak tahu jawapan btulke DSA mengamal liwat, tanyalah DSWAzizzah adakah bliau juga diliwat suaminya atau Azmin yg jambu juga dliwat DSA, maka DSA wajib sumpah laknat dulu sbb 'berani krana benar, takut sbb bersalah lah, DSWAzizah dn Azmin pun patut sumpah laknat, kata Sukma dan Dr.munawir dliwat DSA tu biasalah buktinya sanggup dihukum pnjara,,sndiri fikirlah.