09 September 2010

Hari Lebaran; Kesempatan untuk bermaaf-maafan.

Kepada saudara mara, rakan dan taulan, jiran tetangga serta semua yang mengikuti blog ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Marilah kita bermaaf-maafan diatas segala kesalahan dan kekhilafan diantara kita semenjak setahun yang lalu.

Sesungguhnya kita adalah bersaudara seagama dan sebangsa dan tidak ada pihak yang boleh memisahkan kita. Perselisihan memang tidak dapat dielakkan kadangkala kerana kita ini manusia yang mempunyai akal dan fikiran yang tersendiri.

Bak kata adat;

Tak ado keroh nan tak joroneh,
Tak ado kusut nan tak solosai,
Tak ado buruk nan tak baik,
Carik-carik bulu ayam,
Akhirnyo bercantum juo.

Pada rakan-rakan yang dalam perjalanan jauh kekampong pandulah kenderaan anda dengan cermat. Jika kepenatan berhenti rihat, jika mengantuk tidur bak barang sekejap. Yang penting kita sampai kedestinasi kita untuk bertemu ayah bonda dan saudara mara kadim kita dengan selamat.

Sodap sodap kuih korio,
Sodap laie sambal bolado,
Kalau kito bosuko rio,
Jangan lupo pado yang dah tiado.

Kalau ada sumur diladang,
Dapek kito menumpang mandi,
Kalau ado umur nan panjang,
Minggu dopan kito jumpo lagi.

Kepada komentar-komentar seperti Quiet Despair, Red Alfa, Mahaza, schenker, mo, kluangman, nick, dinturtle, flyer 68, bat8 dan ramai yang lain, saya seisi keluarga mengucapkan kapada anda sekeluarga Selamat Hari Lebaran. Maaf zahir dan batin.

SALAM AIDIL-FITRI!

9 comments:

Anonymous said...

Dear Aspan, Selamat Hari Raya Aidil Fitri to you and family

dinturtle said...

SELAMAT HARI RAYA Bang !

paneh said...

Minal a'eedin wal fa'izin Mr. Aspan.

Aspan Alias said...

dinturtle dan paneh,

terima kasih karana ingatan sdr2 kepada saya. Saya juga begitu. Saya juga mengucapkan Salam Aidilfitri kepada sdr2, semoga sdr2 menikmati kehidupan yang sentiasa berada didalam keredhoan Tuhan maha esa.

Zainal said...

Saudara Aspan dan keluarga,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Maryam said...

Saudara Aspan,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Hari Raya Aidil Fitri adalah Hari Raya Kemenangan, kerana manusia kembali kepada fitrah atau dalam Melayunya hidup mengikut yang sewajarnya. Hidup berkasih sayang rukun dan damai mengikut aturan yang di tentukan Allah. Menang terhadap tatacara hidup kejahilan atau melanggar tatacara Allah yang ditentukan didalam AlQuran.

Apakah ianya berlaku atau hanya menang berpuasa dari lapar dan dahaga di siang hari selama sebulan?

Kita masih ditindas oleh kaum dan bangsa kita sendiri. Seperti dizaman Rasullullah di Mekah?

nick said...

Aslm Sdr Aspan,

Selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri dan semoga kita mendapat rahmat dari yang ESA serta diberikan kesempatan untuk berjumpa semula bulan mulia Ramadhan Al mubarak di tahun hadapan. Maaf zahir batin.

Nick.

Aspan Alias said...

nick, maryam and zainal,

Sealamat Hari Raya, semoga anda kalian diberkati Tuhan dan sentiasa berlindung dalam keredhoanNya.

Kita berjumpa sehari dua lagi.

schenker78 said...

Slmt hari Raya.... bawak kereta baik2...