22 September 2010

BN dan PR di NS - ibarat Touch N Go

Sehari dua ini saya memberikan tumpuan untuk politik diNS kerana dinegeri ini kedudukkan dan kekuatan parti yang sedang memerintah dan yang cuba mengambil alih mempunyai peluang yang agak ‘even’. Kalau benar-benar demokrasi dilaksanakan dengan berimbang tidak mustahil kerajaan pimpinan BN sekarang akan menjadi pembangkang seperti yang berlaku diKelantan, Kedah, P Pinang dan Selangor.

Pada pandangan hakikatnya Perak memanglah kepunyai PR. Hanya permainan politik yang terlalu kotor menjadikan pihak yang sepatutnya membangkang menjadi yang memerintah.

NS merupakan pertaruhan yang sangat besar bagi kedua-dua belah pihak, BN dan PR. DiNS tidak ada rekod sejarah yang pembangkang pernah mengambil alih kuasa sejak merdekanya negara kita. Setakat ini hanya Kuala Pilah yang tidak ada sekali atau satu kawasan DUN yang terlepas ketangan pembangkang walau dalam keadaan politik semacam mana pun. Dikawasan yang lain semua telah merasakan kehaziran wakil pembangkang yang ada didalam Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Kuala Pilah merupakan kubu BN dan setakat ini pembangkang masih lagi belum berjaya mendapatkan kerusi dalam mana-mana diantara 5 kerusi DUN dalam kawasan Parlimen ini. Perlu diingat kelima-lima kerusi DUN dalam parlimen ini diwakili oleh UMNO.

Didalam sejarah pilihanraya Kuala Pilah hanya Dato Idris Mat Sil yang hampir tumpas ketangan pembangkang bila beliau hanya memenangi majority 6 undi pada tahun 1969 dulu.

Pendeknya UMNO itu Kuala Pilah, dan Kuala Pilah itu adalah UMNO. UMNO dan Kuala Pilah itu adalah sinonim selama ini. Dulu-dulunya diKuala Pilahlah yang kita mendengar kata-kata ‘calun UMNO tidak payah berkempen. Hantarkan cermin mata atau pun songkok calun pun boleh menang’. Tetapi sekarang keadaan itu tidak lagi wujud. UMNO tidak boleh lagi berkata-kata dengan kata-kata yang takbur seperti dulu.

Seorang sahabat lama saya diKuala Pilah berkata kepada saya baru-baru ini yang UMNO tidak seperti dulu lagi. Dengan berseloroh dia berkata,“lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Dulu lebat bulu, tapi sekarang dah jarang-jarang”.

Kalau ada satu kerusi UMNO akan kalah dimana-mana kawasan DUN diKuala Pilah, itu merupakan indikasi yang UMNO sudah hampir sangat keakhir kalam. Kalau satu kerusi DUN diKuala Pilah jatu ketangan pembangkang maka puluhan kerusi dikawasan Parlimen yang lain akan kecundang. Jangan dinafi-nafikan hakikat ini.

Dinegeri Sembilan keseluruhannya PR memang telah menembusi banyak kubu-kubu BN dan telah pun berjaya menafikan kemenangan 2/3 BN. Dalam keadaan sekarang BN tidak mungkin dapat melakukan apa-apa pindaan didalam DUN jika kelulusan pindaan itu memerlukan sokongan 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri. Bagi setengah pandangan penganalisis politik jika PR telah bersedia untuk menamakan siapa yang akan menjadi MB NS jika PR diberikan mandate maka PR sepatutnya telah menjadi kerajaan diNS selepas pilihanraya umum yang lalu.

Jika kali ini PR serius untuk mengambil alih pimpinan kerajaan NS, seperkara yang mutlak dilakukan oleh kepimpinan PR ialah untuk menamakan seorang yang benar-benar diyakini peribadinya oleh rakyat dan pengundi NS. Jika pihak PR berjaya melakukan ini maka BN terpaksa melakukan ‘mind conditioning’ untuk mereka yang menang duduk dikerusi pembangkang.

Dipihak BN sekarang ini tidak lagi muncul nama yang dianggap bersih untuk dinamakan sebagai MB kerana yang ada sekarang ini semuanya menghadapi masalah yang nyata. Kekalutan ‘intra-politic’ dalam UMNO terlalu meluas dan kegiatan tikam menikam diantara pemimpin dalam UMNO boleh dikatakan mustahil untuk dihentikan.

Sementalahan pula kegiatan mendekati rakyat oleh UMNO sudah tidak wujud lagi seperti dahulu. Pemegang jawatan dalam parti disetiap peringkat tidak melakukan kegiatan sosial yang boleh mendekati rakyat pengundi. Semuanya sudah berakhir dan menjadi nostalgia politik semata-mata.

UMNO dan BN akan hanya mampu untuk memenangi pilihanraya yang akan datang dengan kemenangan ‘marginal’ jika satu atau kedua-dua keadaan yang berikut berlaku;

Pertamanya jika PR tidak menurunkan calun yang ‘averagely’ mempunyai sisek-sisek politik didalam diri mereka. Diantara pemimpin PR mesti berani berkorban untuk menggantikan calun-calun yang tidak ada caliber dengan mereka yang boleh dibawa ketengah. Elok dipilih dari mereka yang sudah dikenali kerana itu akan memudahkan usaha menonjolkan mereka untuk ditatapi rakyat yang akan memili dan mengundi.

Faktor kedua yang memunghkin UMNO dan BN boleh memenangi pilihanraya dengan kemengan ‘marginal’ tadi ialah dengan menunjukkan kepada rakyat yang UMNO/BN itu serius dalam usaha melakukan transformasi seperti yang dilaung-laungkan oleh pucuk pimpinan UMNO.

Caranya ialah dengan menggugurkan ramai diantara mereka yang ada sekarang ini dan digantikan dengan muka-muka yang lain yang belum ada rekod rasuah dan salah guna kuasa. Jika boleh diambil dikalangan mereka yang belum pernah merasakan kedudukkan kerana dengan cara itu nama mereka mudah untuk ditonjolkan kepada rakyat yang sekarang sangat berhati-hati untuk memilih. Jika diturunkan lagi calun-calun yang tidak mampu menyelesaikan isu air untuk penduduk kawasan mereka maka jangan disalahkan rakyat lagi jika mereka menolak BN.

Masalahnya sekarang ini, pemimpin-pemimpin UMNO hanya menumpukan usaha untuk mengubah pandangan dan persepsi buruk rakyat terhadapnya, tetapi tidak mempunyai kudrat untuk berusaha mengubah dan membetulkan kekurangan dan keburukkan mereka sendiri. Sebenarnya rakyat bersedia untuk membetulkan persepsi mereka terhadap UMNO tetapi UMNO tidak mahu berubah kepada sikap yang baik.

Maka diNS kebarangkalian BN untuk terus memerintah dan PR untuk mengambil alih itu adalah seperti ‘touch N go’. Mana-mana pihak yang sanggup untuk berkorban dengan hanya menumpukan untuk meletakkan calun-calu yang diterima rakat, pihak itulah yang akan menjadi kerajaan diNS.

Jika kedua-dua pihak masih ingin menonjolkan diri sendiri sebagai calun yang baik tanpa bertanya kepada rakyat dahulu maka tidak mungkin kehendak parti-parti yang bertanding mampu untuk membuat telahan awal tentang siapa yang akan mentadbir negeri adat ini dapat dilakukan.

Yang sangat penting untuk kita akui sekarang ini, UMNO dan BN tidak boleh walaupun sedikit, menunjukkan sikap takbur seperti yang lazim dilakukan oleh mereka selama ini. Sebaleknya mereka mesti sanggup untuk berkorban semata-mata untuk kepentingan dan kemenangan parti.

Langit tidak terus-terusan cerah. Awam mendung kadangkala menyelubungi kehidupan kita. Seperti yang kita alami sekarang; kita dulu menyangka panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengah hari.

14 comments:

Anonymous said...

Aspan,

Everyone believes that BN will collapse under Mohammad Hassan.

BN is screwed up by leaders with despicable reputation right from top to bottom.

BN has lost sight of its own purpose.

So why do we care for that party?

mo said...

Asalam saudara aspan,,, Perhitungan politik yg anda bicarakan di ns,,, membayangkan bahawa parti terbesar org melayu akan kecundang pada g13,,, Biarlah rakyat yg bijak sana menentukan. Yang saudara bangkit tentang senario pemain politik di ns,, tidak ubah ah apa yg berlaku di mana ada umno dan bn, itulah style mereka,,, Maklumat,,, kali ini g 13, umno bn akan bermatian mempertahan kekedukan mereka,, jangan lah hairan sekira ada letrik boleh black out waktu pengiraan undi,,, i.c di buat untuk menambah undi,, Ini pernah berlaku di swak sabah, mereka buat apa sahaja, walaupun kerja tidak bermaruah, ini lah wakil dan pemimpin yg kit ada. Jadi bagai mana kita nak mendapat keberkatan ALLAH,,, pemimpin yg maruah sangat rendah,,, Namun perubahan yg cukup baik kebelakangan ini, rakyat telah mengunakan undi yg bijak....

Anonymous said...

Bang Aspan,

DUN Pilah akan kecundang, DUN Juasseh akan kalah dan kali ini kali pertama pembangkang akan memenangi mana-mana kerusi diK Pilah.

Tengoklah nanti.

Din Bas sten

ibrahim, bahau said...

Mr Aspan,

The earlier the GE to come, the better for everyone. Right now Najib hasn't had his legitimacy, the subject you enjoy deliberating.

The current mandate is Pak Lah's not Najib's. The truth is Najib's popular vote is depleting in the wave of sloganeering with jargon after jargon which the public can't comprehend bro.

Najib has wealth of rhetoric to mislead us. This is normal for half-baked brains and minds of a defective leader.


ibrahim,bahau

Riz jmj said...

Bro aspan, good morning! i know you are still in deep sleep while i am having sahur for my 'puasa enam'.

Flicking through your blog while waiting for wife to prepare the table.

I admire your open minded opinion over many issues to help UMNO, but do you agree with me that it's too late for UMNO to improve?

Your latest issue of K/Pilah and NS is interesting as KP has to change the whole gang to ensure UMNO to retain its fort. But those are dubious leaders.

You see, I am a voter in Kg Jawa and this time around no more UMNO for me bro. I am fed up with UMNO from top to bottom.

This deceiving party has to be voted out. i feel insulted to have this parting rule us in perpetuity.

Jfk. said...

Aspan Alias, I don't know who wins when the GE comes. But I am no more for UMNO from now on for reason everyone knows well.

I hope to meet you and I shall be writing to you thru your email. I am a voter in Pilah constituency residing in Senawang.

I see you soon sir.

Anonymous said...

Benar encik aspan, Kuala Pilah tidak pernah memberikan kemenangan kepada pembangkang.

Tetapi kali inmi rasa meraakan denyutan nadi orang Kuala Pilah, pembangkang akan menang disatu dua kerusi.

Itu saja yang saya hendak komen.

Kuala Pilah merupakan yang terakhir untuk berubah, tetapi masanya sudah sampai untuk mengajar pemimpin-pemimpin umno yang bacul diKP ini.

zainal ka

Anonymous said...

Air masakan pasang sentiasa. Kali ini ia akan surut dan kekeringan. Air Sg Muar akan kering. Beberapa DUN akan terlepas dari tangan UMNO. Buka kah itu perkara bioasa pak.

Orang yang sombong akhirnya akan kalah juga kan?

Kalau main gasing sekali pun, buankah ada waktu untuk memangkah? Sekarang biarlah PKR yang memangkah pulak.

DBSA, senaling

Anonymous said...

kurangnya PR di NS....adalah tak ada "leader" yang blh menjadi icon dan harapan pengundi..

kalau ada seorang yg dikenali..di NS dan di federal.... PR will rules....
dan politik.."ado api..ado air..ado jalan tar..cukup lah..." will end...

pengundi DUN Johol....

Anonymous said...

The most assuring strategy for PR's hope to gain control of NS State government is to stronly indicate who will be the MB if that coalition comes to power.

We need that first before voting them. It must reflect its seriousness in struggle for good gov in place of BN's.

jiwa-jiwa Johol

Anonymous said...

Encik Aspan,

Nak tanya sikit. Kami diDUN Johol akan mendapatkan calun baru. Siapa agaknya yang patut dicalunkan. Jawablah dengan segala kejujuran tanpa ada perasaan prejudis terhadap sesiapa diJohol ini.

Setakat nak mendapatkan pandangan orang lama yang sudah tidak bergiat seperti Encik Aspan. Sebutkan nama-nama secara jujur dan seikhlas-ikhlasnya Encik Aspan.

Pengundi Air Mawang.

Aspan Alias said...

Pengundi Air Mawang,

Pertanyaan sdr susah hendak dijawab kerana pengalaman saya Kawasan Johol ini payah bagi orang lain untuk memberikan penekanan siapa yang patut dicalunkan.

Orang Johol masih lagi mempunyai slogan 'Johol untuk Johol'. Hanya orang Johol sahaja yang boleh memberikan pandangan.

TETAPI kalau diminta juga saya untuk memberikan pandangan, saya ada dua nama yang boleh diketengahkan.

Nama-nama itu ialah Abu Samah Mahat atau Shamsul. Kedua-dua mereka ini tidak ada rekod yang tidak baik.

Salah seorang dari dua nama ini patut dipertimbangkan.

jientu said...

Salam,kalau dari Kuala Pilah sapo agak eh calon yang sesuai untuk jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Anonymous said...

Pengundi Air Mawang
Aku ingat Chaah paling layak jadi calon. Dia pun duduk Air Mawang. Sonang org Air Mawang nak jumpa dan nak mintak belanja minum.
Dia pun orang paling lama dlm politik hampir sama dgn Aspan.
Rekodnya pun baik sebab pernah jadi ketua pemuda, jadi setiausaha khas Abu Zahar, orang kuat Kak Ngah, lama jadi AJK bahagian, selalu jadi perwakilan ke KL dan usahawan yg berjaya.

Sekarang dio jadi guru besar pulak. Tentu rekod perkhidmatannya juga cemerlang, sebab muda lagi dah dapat jadi guru besar. Orang yg senior dari dia pun tak dpt jadi guru besar.
Ini kono fikirkan. Chaah bukan kocik anak.