15 September 2010

Toman (singkek) - dipakaikan mahkota sekalipun tetap Toman.

Dalam tulisan saya seminggu yang lepas saya telah menyebut tentang isu siapa yang mampu melakukan apa mengikut kemampuan masing-masing. Saya telah menyebut sebaris dua kata-kata Adat Perpatih yang difahami oleh semua yang mengamalkan adat itu.

Adat Perpatih merangkumi setiap keperluan kehidupan dan tentunya ia juga melibatkan sistem politik yang mengikut cara adat itu. Sesungguhnya sistem politik Pepatih sangat jelas diperkatakan dan jika difahami maksud yang tersirat didalammnya kita akan mudah memahami masalah yang sedang kita hadapi dan menyelesaikannya mengikut salur galur adat yang telah dipakai sejak turun temurun ini.

Ramai yang naik dengan cara yang tidak betul seperti membeli undi dengan tujuan untuk mendapat tempat yang baik bagi diri mereka. Mereka menjadi ‘social climber’ dengan wang ringgit atau dengan nama serta gelaran bapa atau ibunya. Adat ada menyatakan ; Kok naik biar berjenjang, kok turun biarlah bertangga. Maksud ayat ini kalau naik naik biar mengikut cara yang sesuai dan dengan sokongan yang sebenarnya dan jika jatuh biarlah terletak jangan terhempas.

Tetapi sekarang ada pemimpin yang naik tidak ‘berjinjang’ sebaliknya naik kerana menumpang pengaruh dan nama keluarga dan terus sahaja menjadi Ketua Pemuda misalnya. Jika kita naik tidak ‘berjinjang’ maka seseorang itu tidak tahu pahit maungnya untuk naik, justru pemimpin in jika samapai kepenghujungnya akan jatuh terhempas dan berkecai.

Jika kita ingin menjadi pemimpin biarlah kita mampu atau sesuai untuk diri kita; Kok coghodik (cerdik) maka boleh dibawak berunding. Maksudnya biarlah kita pilih orang yang cderdik supaya kita senang hendak berunding untuk penyelesaian terhadap apa-apa masalah yang kita hadapi.

‘Kok bodoh disuruh arah’. Tetapi apabila peranan wang ringgit menjadi cara untuk menaikki tangga kepimpinan maka kedapatanlah orang yang sepatutnya menjadi orang yang disuruh arah itu menjadi orang yang menyuruh arah pula. Maka tempanglah pentadbiran dan rosaklah siasah sesuatu masyarakat dan negara itu.

Bagi yang pekak dan tuli tugasnya ialah untuk membakar meriam, tetapi diberi pula tugas yang lain yang tidak sepadan dan sesuai dengan tugasnya bagi seorang yang pekek dan tuli itu tadi.

Jika ada tugasan untuk menghembus lesung, tugas itu sepatutnya diberikan kepada yang buta kerana habuk dan dedak yang dihembus itu tidak memudharatkan mata mereka yang sudah sedia buta.

Jika seseorang yang tepok itu gunanya untuk menjaga jemuran kerana menjaga jemuran itu tidak memerlukan mereka yang cerdik atau mereka yang pantas berjalan kehulu dan kehilir.

Jika perbilangan ini diikuti, maka tidaklah kita berhadapan dengan kepimpinan yang lesu dan tidak ada kebijaksanaan.

Apabila tugasan dan tanggungjawab diberikan kepada orang yang tidak sesuai maka kepimpinan tidak akan mendapat penghormatan dan dokongan anak-anak buah yang kita pimpin. Kalau kita dipilih menjadi penghulu sedangkan kita tidak sesuai dengan jawatan itu maka kata-kata penghulu tidak akan diindahkan oleh anak-anak buah dan kita tidak akan mendapat penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi.

Apa yang disebut sebagai, ‘kata penghulu kata penyelesaian, kata kadhi kata hakikat’ itu tidak akan terlaksana kerana yang memegang jawatan penghulu dan kadhi itu dipegang oleh orang yang tidak secocok dan sesuai dengan tugasan yang diberikan.

Inilah keadaan yang berlaku kepada kepimpinan siasah kita sekarang ini yang telah membawa padah yang buruk kepada kita rakyat jelata ini. Kita dipimpin oleh orang yang tidak sesuai kerana kebanyakkan yang memimpin itu tidak banyak bezanya dengan kemampuan orang-orang seperti saya dan saudara-saudara semua.

Itulah sebabnya ramai rakyat tidak menghormati kata-kata pemimpin seperti Najib dan Muhyiddin dan seluruh barisan diatas itu. Maka tidak adalah apa yang dikatakan, ‘Kato penghulu kato ponyolosaian, kata kato kadhi adolah kato hakikat’ itu. Kalau kata-kata penghulu atau ketua seperti PM tidak dihormati maka hilanglah arah dan hilanglah hidayah daripada pemimpin atau penghulu itu tadi.

Apabila ketua tidak mendapat penghormatan dari orang ramai maka itulah tandanya pemimpin itu sudah menjadi pemimpin yang ditolak rakyat ramai. Apabila berlaku situasi itu maka pemimpin itu terpaksa melepaskan sahaja jawatan yang dipegangnya kerana nama baiknya tidak mungkin pulih semula.

Kalau kita bertanggunjawab kepada bangsa dan masyarakat kita, jangan takut untuk berkorban. Jika UMNO sudah tidak bermaya untuk melindungi masa depan orang Melayu, serahkanlah tanggunjawab itu kepada pihak yang bersungguh untuk memperjuangkannya. Setidak-tidaknya UMNO harus memberikan dokongan kepada pihak lain utnuk membantu mendokong usaha untuk memperbaikki bangsanya.

Ku Nan, Khairy, Nazri dan Khaled tidak payah membuat kenyataan yang merupakan kenyataan untuk berbalah. Wujudnya premis yang baru untuk perjuangan nasib Melayu itu mesti bersebab. Masakan PERKASA boleh hidup dengan sendirinya jika tidak ada sebab-sebab yang kuat untuk wujud. Takkanlah Ku Nan tidak mengkaji sedalam-dalamnya kenapa orang ramai sudah mula memalingkan pandangan dan perhatian kepada PERKASA dan badan-badan NGO yang lain dan sedikit demi sedikit melupakan UMNO.

Orang ramai bukannya bodoh untuk memindahkan sokongan tanpa sebab-sebab yang kukuh. Kepada Ku Nan, Khairy, Nazri dan Khaled kita mengharapka buat sesuatu yang membangun untuk parti supaya parti kembali dihormati tanpa bersusah payah mengkritik pihak yang berjuang untuk mengisi kekosongan yang tidak lagi dilakukan oleh UMNO.

UMNO tidak perlu mengajak PERKASA untuk bersama-sama takut untuk menyuarakan yang patut disuarakan kerana tidak mahu mengecilkan hati bangsa lain. Hentikan kepura-puraan dan kembalilah kepangkal jalan perjuamgan kita.

UMNO jangan menjadi penghalang kepada pihak yang bertenaga untuk memperjuangkan nasib bangsanya. Kalau saudara sudah tidak bermaya lagi untuk memperjuangkan bangsanya adalah dicadangkan supaya menarik diri dari kepimpinan parti; jangan bawa parti hanyut bersama saudara-saudara.

Saudara mesti ingat rakyat sudah tidak ada rasa ralat lagi untuk mengubah haluan perjuangan mereka kerana mereka mempunyai ‘alternative’ yang ‘viable’ untuk mentadbir negara. Dalam proses pembangunan sesuatu bangsa dalam semua bidang, perubahan wajar dilakukan. Jika pimpinan tidak mahu berubah kepada wadah yang baik maka biarkan rakyat yang berubah dengan meneruskan proses pencarian kepada keutuhan politik dan pembangunan negara dalam semua bidang.

Tindakkan memomokkan parti lain sudah tidak diterima lagi oleh rakyat. Kali ini rakyat serius untuk memilih pihak yang lebih diyakini. Itu adalah hak rakyat untuk menentukan masa depan mereka.

Negara ini bukan pemimpin-pemimpin yang punya: ianya kepunyaan rakyat. Sebagai penutup saya ingin memberikan pandangan; biarlah kita pilih orang yang bersesuaian dengan pembangunan pemikiran manusia sejagat agar perangai dan penampilan mereka tidak dipandang rendah oleh masyarakat.

Ingat kepada satu lagi kata-kata orang tua-tua dahulu; Seorang Raja itu kalau dia menjadi tukang sapu sampah sekali pun ia tetap Raja kerana darahnya, tetapi kalau toman (singkek) diletakkan mahkota dikepalanya pun ianya tetap toman.

10 comments:

adnan said...

Banyak juga manusia walaupun berdarah Raja tetapi berjiwa rakyat.

Tetapi ramai dikalangan pimpinan kita pula bila berkuasa mereka berjiwa Raja, especially bini-bini masing-masing.

Menjemukan!!!!!!


adnan

dinturtle said...

" Saudara mesti ingat rakyat sudah tidak ada rasa ralat lagi untuk mengubah haluan perjuangan mereka kerana mereka mempunyai ‘alternative’ yang ‘viable’ untuk mentadbir negara."

Bersorak sakan la puak pakatan kat sini nanti !

Bang, Raya banyak makan daging kambing ? Makin panaaaaassss....

Anonymous said...

Bro, berubahlah kita kali ini. Penat memikirkan conduct pemimpin kita sekarang ni.
Puas sudah menunggu perbahan, tetapi orang itu juga yang berkuasa.
Kita hormati kehendak masing-masing.

Jika pemimpin UMNO yang tak keruan ini masih mahu duduk diatas itu kita hormatilah kehendak mereka.

Tetapi mereka juga mesti hormat kehendak kita....iaitu kita berikan support pada parti lain.

So..fair and square.

hijab

kicap masin said...

Bro Aspan,

Harapan untuk memerintah negara ini tetap diletakkan ke atas bahu UMNO, bukan kerana UMNO bagus sangat, tetapi kerana kita tidak mempunyai alternatif yang lebih relevan. DAP, PKR & PAS bukanlah pilihan, hanya sampah yang menyemakkan mata dan perasaan.

Namun, UMNO harus akur bahawa PERKASA tidak boleh dipandang sebelah mata, apatah lagi dengan peranan Pemuda yang langsung tidak berguna dengan Ketua pondannya. PERKASA lah yang sekarang ini bertindak sepertimana biasanya dilakukan oleh Pemuda UMNO.

HIDUP ISLAM!!! HIDUP PERKASA!! HIDUP UMNO!! HIDUP MELAYU!! HIDUP MALAYSIA!!!

Note: Saya bukan ahli Perkasa, bukan juga ahli UMNO. Cuma rakyat biasa yang sayangkan bangsa ini dan negara ini.

Anonymous said...

Bagi aku yang menyemakkan mata dan perasaan adalah UMNO dan kapal BN sengetnya.

Alternatif yg ada Pakatan Rakyat. Tak ada pulak orang kat England, Australia, Jepun merempat bila tukar kerajaan baru.

We need check and balance baru la betui...

Depa ingat kuasa boleh bawak dalam lubang kubur sebab tu depa dok nak pegang dengan apa cara.

Lebih baik sokong non Muslim tapi berjiwa Muslim...

kicap manis

schenker78 said...

kicap manis,

Lebih baik sokong non Muslim tapi berjiwa Muslim...

awak faham tapi kalau keliling kamu x faham pun susah jugak. mula2 sedarkan orang dalam famili, sedara mara, kawan2.... kalau asyik komen, tapi hidup sebenar kita x buat ape pun, x de hasil...

kalau nak ajar umno melalui GE13 silakan, kalau lepas GE12 pun masih umno x berubah...aku pun x tau lah...

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Sdr kicap manis,
Kenapa cetek sangat fikiran anda ini?Sudahlah fikiran cetek, bebal pula.

Pertukaran kerajaan yg memerintah bukan hanya sekadar melibatkan kedudukan ekonomi negara sahaja,tetapi ianya juga meliputi kepentingan bangsa,agama,adat resam dan sosio-budaya bangsa.Negara kita yg berbilang bangsa,kaum dan agama dengan adat resam yg berbeza sudah pasti nya tidak boleh disamakan atau dibandingkan dengan negara-negara yg sdr sebutkan itu yg majoriti rakyatnya terdiri dari satu kaum dan satu agama.Selain dari itu,negera-negara tersebut berstatus negara maju.Pemekiran dan sikap rakyat jelata mereka sudah lama berada pada tahap yg jauh lebih tinggi daripada apa yg ada pada rakyat negara kita ini.Olih itu saranan anda itu menunjukkan kedangkalan pemikiran anda sendiri.

Betapa bebalnya anda dengan mengatakan,"lebih baik sokong non Muslim tapi berjiwa Muslim..".Dimana ada non Muslim berjiwa Muslim ,khususnya di Malaysia ini?Mereka yg menampilkan watak sebagai orang yg berjiwa Muslim ialah mereka yg mempunyai muslihat untuk tujuan tertentu sepertimana non Muslim dari DAP lakukan terhadap Muslim dari parti PAS.Barangkali kerana termakan dengan tipu helah puak DAP yg sentiasa memusuhi orang Melayu dan Agama Islam orang PAS sanggup membenarkan mereka itu bukan sahaja memasuki madrasah dan surau tetapi juga membenarkan Allah digunapakai olih mereka.Jika kerajaan diperintah olih PR maka non Muslim berjiwa Muslin akan bebas berdakwah dimerata masjid dan surau kerana mendapat sokongan orang-orang sejenis dengan anda.Barangkali selepas ini ramailah orano-orang Melayu Muslim,termasuk saudara mara anda akan terpikat dan mengikuti mereka.

Akhirnya,kerana anda sanggup menyokong Non Muslim berjiwa Muslim dan bermusuhan dengan sesama orang Melayu ,maruah bangsa tergadai dan kesucian Agama Islam ternoda dan tercemar,dan negara terjajah.

Manusia jenis anda inilah akan diangap sebagai pengkhianat dan perusak bangsa dan agama.

Askar Tua

Quiet Despair said...

Salam Malaysia Bro Aspan dan pals

Kicap masin

Saya bersama anda. Harap mulut mu masin.
Kalau masakan kurang masin, tak sedapkan.
Kita doakan UMNO terus maju jaya.

Anonymous said...

Betul kata kicap manis, lebih elok sokong non-muslim yang berjiwa muslim daripada Muslim berjiwa non-Muslim sebab Muslim berjiwa non-muslim adalah Orang-orang MUNAFIK.

Jangan nak diugut kalau UMNO tak memerintah Melayu hilang kuasa. Melayu bukan BODOH lagi mcm dulu.

Kita mempunyai Yang DiPertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. ATM dianggotai melebihi 80% bangsa Melayu. Begitu juga PDRM.

Askar tua tak tahu ke? kesian...
Adakah kedudukan bangsa Melayu dan Islam akan tergugat?

Adakah PAS zalim dengan bangsa dan Agama sendiri? Setahu saya PAS hanya membenci Melayu yang mengamalkan RASUAH jer. Begitu juga DAP

Anonymous said...

Saudara semua terutama askar tua.

Selalu saya tegaskan kepada anak buah saya dan saudara Aspan juga pernah berpesan...akauntabiliti, ketelusan dan kejujuran adalah perkara yang paling saya pandang tinggi.

Kalau perkara itu tidak ada dalam Melayu yg kononnya Muslim tapi ada dalam non Muslim tapi berjiwa Islam bagaimana kah kita mahu mengambil tindakan.

Tidak guna menyokong Melayu yg beragama Islam baka tanpa mengamalkan nilai Islam eg rasuah dll.

Lebih baik menyokong non Melayu yg mengamalkan nilai Islam. Itu maksud saya. Saya tidak sanggup ditanya kelak mengapa anda menyokong orang yg zalim dan jahat walaupun dianya Islam.

Kalau non Muslim juga mengamalkan nilai yg jahat saya juga tidak menyokongnya sama juga dengan yg Melayu Muslim baka.

Jangan cuba untuk mengatakan kerana namanya Melayu kita mesti menyokong buta begitu saja.

Itu adalah salah kerana adalah adalah hak milik semua orang tidak kira bangsa.

kicap manis