28 November 2010

PKR bergelumang dengan masalah, BN masih bergelumang dengan salah laku

PKR sedang menghadapi dugaan besar dan ianya boleh dilihat dengan jelas semasa PKR mengadakan Persidangan Agungnya hari pertamanya semalam. Baik di dalam atau di luar Dewan Persidangan keadaan tidak tenteram dilihat berlaku.

Di luar dewan sekumpulan ahli PKR menunjuk perasaan kerana tidak berpuas hati dengan cara pemilihan dikendalikan oleh jawatankuasa pemilihan parti dan ini tentunya lanjutan kepada keputusan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Pesiden PKR dan seterusnya meninggalkan parti itu.

Dalam keadaan kepincangan semasa persidangan agung tahunannya, persidangan itu telah mengambil ketetapan untuk memberikan sokongan padu kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin de facto PKR. Walaupun ada cadangan dari Wanita PKR untuk dijadikan Anwar sebagai pemimpin de facto diwujudkan secara formal dan dimasukkan ke dalam perlembagaan parti namun Wan Azizah, Presiden parti itu menolak usul itu kerana struktur kepimpinan yang ada adalah baik dan tidak perlu dipinda atau dianjak.

Hasil daripada perbalahan yang berlaku di dalam PKR ada pihak yang bertentangan dengan parti itu merasa gembira dan menganggapnya sebagai hikmah bagi mereka yang sedang berkuasa. Ada pihak mengambilnya sebagai proses ‘elimination’ dalam PKR dan yang tinggal itu adalah yang benar-benar setia sahaja yang akan bergerak dengan lebih cemerlang pada masa yang akan datang dan akan memberikan kekuatan kepada parti itu.

Apa pun pandangan dan persepsi siapa pun ianya tidak bermakna UMNO dan BN akan pasti mendapat ‘advantage’ dalam pilihanraya yang akan datang. Jika kepimpinan UMNO dan ahli-ahlinya merasakan ini akan pasti membawa kemenangan kepada BN ini merupakan satu pandangan dan persepsi yang amat salah.

Kalau diimbau kembali apa yang berlaku dalam pilihanraya yang lalu PKR semasa itu belum pun stabil malahan PKR menghadapi masalah untuk mencari calon-calon untuk diturunkan bertanding. Itulah sebabnya ramai di antara ahli-ahli Legislative samada di Parlimen atau di Dewan-Dewan Undangan negeri adalah dari mereka yang tidak mempunyai ‘disposition’ yang baik dan PKR wajar menggantikan mereka untuk menjamin penerimaan pengundi-pengundi. PKR hanya menangkap muat sesiapa sahaja yang mahu dan rela diturunkan sebagai calon semasa itu.

Ramai penyandang yang ada mewakili PKR sekarang ini tidak akan mendapat kemenangan kali ini jika mereka tidak digantikan dengan calon-calon yang lebih baik dari mereka yang ada sekarang ini.

Jika PKR benar-benar serius untuk menjadi parti ‘alternative’ maka calon-calonnya mestilah dari mereka yang berwibawa dan mempunyai pembawaan peribadi yang baik dan dikenali oleh pengundi-pengundi tempatan. PKR mesti berani dan mempunyai kekuatan untuk berubah kerana sokongan yang diperolehi dalam pilihanraya yang akan tidak sama dengan sokongan yang didapati dalam pilihanraya yang lalu.

Jika PKR tidak berusaha untuk mencari calon-calon yang baik maka ianya akan mengalami apa yang dialami oleh UMNO. UMNO sedang menghadapi dilemma pemilihan calon-calon pilihanraya kerana memilih calon-calon dari kalangan pemimpin bahagian dalam mana mereka menduduki barisan kepimpinan bahagian melalui proses pemilihan yang tidak legitimate.

Budaya ‘patronizing’ dalam UMNO menjadikan mereka yang tidak layak menjadi barisan kepimpinan banyak bahagian-bahagian di seluruh negara. Budaya ini juga agak jelas berlaku di dalam PKR, tetapi tidak seburuk yang berlaku di dalam UMNO kerana kaedah pemilihan secara ‘direct’ yang dilakukan dalam PKR sedikit sebanyak telah memilih mereka yang dikenali dan disukai dari kalangan mereka yang keluar mengundi.

Tetapi oleh kerana tidak ramai dari ahli keluar membuang undi dalam pemilihan parti kali pertamanya ini, maka pimpinan yang dipilih tidak lah begitu ‘representative’ kepada kehendak ramai.

Yang akan menjadi asas penghakiman dari rakyat ialah samada parti pemerintah bersedia untuk menjadi hamba kepada rakyat dan memberikan khidmat kepada mereka seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negara maju yang secara ‘relative’nya lebih telus dan ‘people friendly’.

Samada PKR dan PR mampu untuk menerima dugaan politik yang besar ini bukan menjadi hal sangat. Yang lebih penting ialah samada UMNO dan BN mampu berubah.

UMNO sebagai parti pemerintah masalah perhubungan di antara ahli-ahli, walaupun ada perpecahan tetapi kuasa yang ada pada UMNO itu boleh membendung perpecahan itu dari dilihat dan ditutupi dari pemerhatian rakyat.

Tetapi didalam pilihanraya keputusan mereka untuk mengundi hanya akan dibuat di dalam bilik mengundi dan di sanalah akan dinyatakan segala keluhan dan gulana mereka. Ahli UMNO tidak akan keluar parti tetapi mereka mempunyai keberangkalian membelakangkan partinya dalam bilik mengundi. Itu pun yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu di mana hanya 2 juta ahli UMNO yang memberikan undi kepada parti mereka sedangkan ahli-ahli UMNO adalah seramai 3.2 juta orang.

Rakyat masih keliru dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan kerana semua peluang yang mega hanya diperolehi oleh segelintir kumpulan atau kroni yang hampir dan berkuasa dalam dunia korporat tanah air. Segala yang asas yang mampu dilakukan oleh GLCs dan badan-badan yang mempunyai kepenting Bumiputra dan rakyat keseluruhannya diberikan kepada syarikat besar-besar yang sama sejak pertengahan 80-an dulu.

Yang terakhir kita telah mendengar bagaimana YTL telah diberikan ‘head start’ untuk mengendalikan 700 MHz spectrum. YTL diberikan contract untuk menyiapkan ‘infrastructure’ kepada projek mega ini. Kenapa ‘infrastructure’ ini tidak dilakukan oleh Telekom sendiri kerana YTL akan mengambil kesempatan untuk membohongi semua pihak yang kos ‘infrastructure’ itu hanya memakan kos tidak sampai RM 250 juta.

Jika Telekom tidak mahu membina kemudahan asas untuk 700 MHz ini kita ada Khazanah dan banyak lagi GLCs yang berkemampuan untuk menyediakan kemudahan asas ini dengan kos yang rendah. Kenapa YTL begitu istemewa dan kenapa pihak lain yang mempunyai pengetahuan tentang isu ini tidak diberikan kesempatan. Semua orang tahu YTL tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini dan bidang ini bukanlah 'core' bisnes bagi konglomerat istimewa ini. Yang hanya ada keada YTL ialah kepandaian menjual tenaga eletrik kepada TNB dengan pembayaran diperolehi setiap minggu.

Kenapakah GLCs atau 'public companies by Guarantee ini tidak kembali kepada asas dan tujuan GLCs ini diwujudkan. Bukan tidak ada dasar yang ditetapkan oleh kerajaan lebih dari 3 dekad dahulu dalam penubuhan syarikat-syarikat kerajaan ini. Kenapa penggubal dasar dan pelaksana tidak mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan itu? Nampaknya GLCs yang ada pada hari ini hanya menonjolkan dan mebina ego dan glamour ketua-ketua eksekutif mereka sahaja. Segala dasar yang ada tidak diendahkan secara total.

Saya akan menulis tentang isu ini kerana ianya mempunayi elemen salahguna wang rakyat yang dilakukan secara terancang. Jika projek seperti ini terus diberikan kepada YTL untuk mengendalikannya maka kos kehidupan rakyat akan menjadi tinggi kerana kemudahan ini akan diguna pakai oleh semua lapisan rakyat tidak lama lagi.

Kos penyelengaraan ini harus dan wajar dilakukan oleh Telekom, PNB, Khazanah dan badan-badan yang berkepentingan orang Melayu agar ianya akan membolehkan rakyat membayar perkhidmatannya dengan lebih murah.

Kepada Najib, anda wajar diingati; yang akan menggunakan perkhidmatan ini adalah rakyat maka ini sepatutnya diberikan perhatian serius kerana kos kehidupan yang akan dialami oleh rakyat akan bertambah dengan begitu tinggi jika segala parcel projek ini diberikan kepada YTL untuk mengendalikannya.

Rakyat kena tahu isu ini sampai keakar umbi. MCMC wajar diperhatikan dengan teliti dan kita lihat samada badan ini mempunyai moral dan integriti yang baik dalam isu ini.

Jika isu ini tidak mendapat jawapan yang memuaskan, ia akan memberikan kemampuan PKR untuk melalui dugaan yang mereka sedang hadapi kerana parti itulah yang akan menjadi pilihan untuk melakukan protes terhadap ketidakadilan pembahagian peluang yang ada dalam negara ini.

Rakyat jemu dengan tanggungjawab menjaga kepentingan parti yang memerintah, tetapi apabila berjaya yang memakan serta ‘muntah kedarah’ segala kekayaan negara diberikan kepada kumpulan manusia yang sama yang berkemampuan untuk membayar segala ‘favors’ yang mereka dapati itu dalam bentuk rasuah dan bermacam-macam lagi.

Rakyat dijadikan seperti kerbau di sawah; membajak pagi hingga ke petang, tetapi yang kenyang hanyalah seekor dua tikus di dalam kepuk padi.

9 comments:

Anonymous said...

Hanya di PKR sahaja kusaa si penasihat parti lebih 'power' dari Presiden parti.. si penasihat bukan pun ahli parti, tak perlu bertanding jawatan dan apa arahannya perlu dituruti dan apa yang dibuat tak boleh dibantah..

Inilah dikatakan demokrasi ala PKR. Rakyat bukan bodohlah Aspan....

Aspan Alias said...

Anon 9:41,

Memang saya bersetuju yang rakyat sekarang bukan bodoh dan tidak nampak apa yang sedang berlaku disekeliling mereka. Itulah sebabnya UMNO dan BN menghadapi masalah. Begitu jugalah PKR dengan timbulnya masalah perpecahan dalam proses pemilihan baru-baru ini.

Sudah sampai kesatu peringkat yang sistem politik negara sudah hancur lebur. Itulah sebabnya saya selalu mencadangkan dan telah pun saya tulis dalam posting saya sebelum ini yang kita perlukan sistem politik yang diubah secara structural untuk membina imej baru sebagai 'dispositon' yang baru bagi UMNO.

Menerima kenyataan memanglah satu perkara yang pedih untuk diterima, tetapi apakan daya, bagi orang yang serius mereka tidak akan takut-takut uintuk memberikan pandangan secara terbuka.

Saya tidak gentar untuk meluahkan pandangan takut saya kep0ada keadaan hari ini. Saya bercakap secara terbuka. Saya bukan jenis orang untuk bercakap dibelakang dan apabila memberikan pandangan saya tidak berselindung disebalik 'animosity'.

T Kasih.

mahaza said...

YTL? Bukan ke YTL juga yang dapat lesen 3G tetapi DIGI tak dapat dahulu? Dan YTL hendak menyewakan lesen tersebut kepada DIGI? Saya sudah lupa hal tersebut tetapi menunjukkan betapa powernya YTL sehinggakan boleh mendapat lesen yang bukan haknya

mo said...

Asalam saudara aspan,,,, Tidak ada perubahan yg cukup dalam umno dan pemerintahan kini,,,selagi leader yg sama maka segala pun sama,,, yg penting ada keuntungan yg baik untuk mereka??? Mengapa tm malaysia tak boleh buatkah projek seumpama itu???OK,,, dalam kita terlalu banyak memperbincangkan tentang govt of today,,, perubahan ada nil??? Dalam pkr keadaan cukup celaru??? anwar sendiri agak rimas dgn keadaan pkr,,, inilah akibat bilamana sisitem yg telah di tentukan di salah guna untuk kepentingan dan keuntungan prebadi??? Penipuan yg cukup ketara dalam pemiilihan pkr ,,,membuat pendokong menjadi serba kemungkinan... Di manalah di cari parti yg betul2 membawa kebaikan untuk rakyat,betul2 berjuang untuk rakyat??? Umno bn,pkr, masih belum dapat menepati kehendak naluri rakyat,, mereka masih mementing agenda peribadi??? Rakyat masih dalam kekeliruan menentukan mana parti yg harus di dokong??? Tindakan parti yg ada kini termasuk pkr sendiri belum memberi keyakinan kepada rakyat terbanyak??? Akibat dari menghendakan kroni mesti di menangi, walaupu cara yg tidak bermaruah, dan merosak intergriti parti pkr sendiri,,,cukup jelek perbuatan mereka ini???, bagi umno dan bn,,,tidak ada yg lagi harapan melalainkan menolak dalam g13??? walaupun kini kekeliruan dalam pkr kini,,,ia masih jadi persoalan yg cukup besar dalam menentu ,mana parti yg iklasa memperjuangkan nulari rakyat....

Anonymous said...

Apakah GLC ni boleh diharap sangat? Tengok saja Sime,Time,malah Telekom sendiri dan ratusan GLC yang lain,apakah kesenangan yang telah dibawa kepada rakyat? Berjayakah GLC ni menurunkan kos hidup rakyat? Tentang YTL, apa bezanya dengan Naza, Syed Mokhtar,Hlaim Saad dll? Asalkan kroni semuanya boleh,itulah masalah besar di Malaysiani!

Asam Pedas said...

Encik Aspan,

Mengingati tidak beberapa lama dulu, Kerajaan telah melaburkan beberapa billion RM wang rakyat dengan TM untuk program HSBB yang masih menunggu hasilnya. Ini termasuk program IPTV atau secara mudah TV melalui internet.

Dengan menyerah frekuensi 700Mhz untuk broadcasting bermakna kerajaan telah menjadikan YTL saingan pada program Kerajaan atau lebih tetap GLC sendiri.

Bagaimana dan cara keputusan dibuat mungkin kita tidak dapat ketahui. Yang nyata menyerahkan kelebihan kepada sesuatu syarikat atau individu yang akan merugikan kerajaaan dan rakyat sendiri adalah tindakan yang tidak bijak.

Lagi satu yang perlu disentuh, mengapa PM perlu terlibat untuk menyelesaikan masaalah ini amat mengejutkan. Tidakkah menteri yang bertangungjawap tu mampu menyelesaikan masalah ini tanpa bantuan PM. Adakah mungkin YTL adalah kuasa besar yang sendiri ditakuti oleh menteri itu sendiri.

Anonymous said...

Tn Aspan,
2 x 3 saja. Baik AMENO, baik PKR. Tapi 2 lagi ok plak (PAS & DAP). Jadi tolak 2 ambil saja PAS. Rakyat..he3..

Anonymous said...

Mampukah Umno berubah? Satu soalan cepu mas dari saudara yang sungguh baik. Jawapannya sampai kiamat pun Umno takkan berubah. Sebabnya Presiden parti umno itu pun boleh dipertikaikan kewibawaannya dan kedudukannya. Dia dilantik oleh bekas PM bukannya perwakilan. Kalau dia berada dalam PKR, telah lama ahli-ahlinya humban kedalam sungai.

Umno tidak layak komen hal rumahtangga PKR sebab sistem pemilihan dalam PKR lebih berani dan berpaksikan demokrasi. Kalau sistem satu undi satu ahli dijalankan di dalam umno, PM sekarang hanya layak jadi ketua cawangan saja. Jadi tak usahlah umno dan pencacainya mempertikaikan hanya 10 peratus ahli PKR keluar mengundi. Kalau sistem ini di jalankan didalam umno sekarang, dirasakan umno dah tak wujud lagi. Ahli umno tak kan bergerak secara sukarela untuk mengundi selagi RM tidak kelihatan di depan mata. Tak payahlah nak komen pasal parti lain sedangkan proses perjalanan PRU oleh SPR pun penuh dengan cacat celanya, yang mana pengundi-pengundi hantu sentiasa berkeliaran sehingga ke hari ini bila mana tibanya musim pilihanraya.

OCPA said...

Pemilihan dlm PKR adalah satu tindakan BERANI yg telah diambil oleh pimpinan PKR. Mereka berani dan terbuka dgn memberi kuasa kepada semua ahli utk memilih para pimpinan,tanpa perwakilan.
Pemilihan secara terbuka dan UMNO memang takut seandainya cara PKR ini berjaya kerana dibimbangi ahli UMNO pula akan menuntut agar cara yg sama dijalankan dlm UMNO.
Seandainya UMNO terpaksa menerima pakai cara ini, agaknye la berapa ekor pemimpin UMNO yg dpt terus berkuasa?? Entah2, si Presiden tu pun kena "terajang" juga..
Cuba fikir, layakkah Presiden UMNO dan PM Malaysia hanya dipilih oleh lebih kurang 2500 org para perwakilan UMNO sahaja? Bagaimana dgn ahli UMNO dan rakyat Malaysia yg berjuta-juta ni?
Kalau cara pemilihan PKR diterima pakai oleh UMNO, pasti org lain akan tercalon dan menjadi Presiden, mungkin Kuli..
Yg memburukkan pemilihan PKR hanyalah media2 UMNO. Kalau jujur dan telus,gunalah cara PKR tu.
Ada berani? baru la kita tahu siapa pemimpin yg benar2 dipilih oleh ahli UMNO..
Kepincangan dlm pemilihan PKR memang ada, tetapi mesti diingat, pemilihan cara ini adalah yg pertama kali diadakan maka semestinya ada byk kekurangan. Walaubagaimnapun, kekurangan2 ini telah dikenalpasti dan akan diatasi dlm pemilihan2 yg akan datang.