PM Najib cuba mengelak menjawab soalan bila Taib Mahmud akan berundur. Beliau hanya menyatakan perancangan peralihan kuasa itu memang ada tetapi akan diberitahu kemudian apabila waktu yang sesuai sampai. Bila kah waktu yang sesuai itu akan tiba tidak siapa yang tahu.
Dalam tulisan saya sebelum ini saya ada mengatakan yang penantian untuk Taib berhenti ini ibarat menunggu hari kiamat. Kiamat akan pasti tiba tetapi belum tentu bila masanya. Taib pula memberitahu yang beliau akan turun dalam ‘beberapa tahun’ lagi dan meminta anak-anak muda bersabar.
Dari banyak-banyak isu yang ada di hadapan mata, isu bila Taib akan bersara adalah isu yang paling hangat. Isu lain sudah tenggelam dan semua pihak khususnya yang membangkang telah mendesak Taib supaya berhenti serta merta. Isu pilihanraya di Sarawak ini sudah menjadi kronik kerana tidak ada siapa yang mahukan Taib lagi. Rata-rata rakyat mahukan Taib berhenti secara terhormat untuk menyelamatkan BN dari terhempas berkecai.
Sekarang ini seluruh pemimpin tertinggi UMNO dari Semenanjung berada di Sarawak, untuk menyambung mana yang putus dan menampal mana yang koyak. Saya khuatir kehadziran ramai pemimpin UMNO di Sarawak ibarat tikus membaiki labu. Keadaan yang berlaku di Sarawak adalah di sebabkan sikap ‘arrogant’ pemimpin-pemimpin BN sendiri.
Seluruh ahli jemaah kabinet negara berada di Sarawak untuk membantu BN dan situasi kritikal ini tidak pernah di alami oleh Sarawak selama ini. Perasaan takut menghadapi kekalahan amat di rasakan. Walk-about yang di lakukan oleh Najib dan pemimpin lain jelas tidak berkesan lagi kerana denyutan nadi rakyat Sarawak yang inginkan perubahan.
Sekarang tidak boleh di pastikan lagi samada wang yang berbillion untuk di gunakan bagi memancing undi itu dapat mengekang perasaan inginkan perubahan itu. Satu persoalannya sekarang; apa kah pelajaran yang kita perolehi dari apa yang sedang berlaku di Sarawak ini?
Pertamanya, ialah pemimpin tidak dibenarkan lagi berkuasa terlalu lama. Taib telah duduk di puncak kuasa selama 3 dekad sehingga beliau telah sampai ketahap seorang yang buta mata hatinya. Taib sedang begitu berang kerana desakan terhadap beliau untuk meletakan jawatan datang dari senua pihak termasuk di kalangan pimpinan PBB sendiri secara senyap-senyap.
Dalam tempoh 24 jam selepas Najib mengatakan yang proses peralihan kuasa akan datang, Taib telah mengeluarkan kenyataan yang beliau akan meletakan jawatan dalam masa beberapa tahun lagi.
Jika ‘beberapa tahun’ yang dimaksudkannya itu ialah 5 tahun, ianya bermakna yang beliau akan hanya berhenti semasa pilihanraya 2016. Kedua-dua kenyataan dari Najib dan Taib itu tidak ada kepastian tentang bila peralihan kuasa itu akan berlaku. Ini membosankan rakyat yang mendengarnya.
Kita pasti boleh belajar dari keterlanjuran Taib mentadbir negeri sebegitu lama telah membina satu sikap berani melakukan rasuah dan salah guna kuasa secara terang-terangan. Bagi Taib yang penting beliau berkuasa dan apa sahaja yang di lakukan oleh ahli kabinetnya tidak menjadi apa kepada beliau. Malahan di mana-mana negara sekali pun jika pucuk pimpinannya berkuasa terlalu lama, undang-undang dan etika tidak lagi menjadi penghalang kepada mereka untuk melakukan apa-apa kesalahan.
Kita juga mendapat pelajaran yang wang dan harta yang bertimbun itu juga boleh membutakan mata hati pucuk pimpinan. Taib memang mempunyai imej sebagai seorang yang kaya raya dengan harta yang bertimbun-tyimbun. Dengan wang itu lah beliau boleh mempengaruhi keadaan sehinggakan pucuk pimpinan yang sepatutnya bertanggungjawab kepada rakyat pun tidak berani untuk mengambil tindakan terhadap Taib.
Sokongan dan dukongan dari pucuk pimpinan pun boleh diperolehi dengan harta yang bertimbun itu. Setakat ini sekuat mana pun badan penguat kuasa tidak berani melakukan penyiasatan ke atas Taib. Misalnya MACC tidak mengambil masa yang lama untuk menyiasat kes Teo Beng Hock, tetapi sehingga hari ini perlakuan Taib dan kabinetnya tidak pun di dekati oleh Suruhanjaya ini. Kepada Taib segala-galanya dia yang punya.
DAP dan PAS mendapat banyak pelajaran dari apa yang berlaku di Sarawak serta negeri-negeri lain yang rasuah menjadi perkara dan fenomena biasa. Mereka memanfaatkan apa yang berlaku di negeri-negeri yang rasuah berluas luasa dengan memperbetulkan mereka sendiri. Mereka lebih serius dan menjaga kerajaan-kerajaan negeri yang mereka tadbir dengan lebih telus dan secara relatifnya lebih bersih.
Di P Pinang yang ditadbir oleh DAP bersama rakan komponennya telah menunjukan prestasi yang lebih baik jika dibandingkan dengan pentadbiran sebelumnya. Jika berdekad-dekad yang lalu kerajaan-kerajaan tempatan di negeri itu sentiasa berada di dalam defisit sekarang ini kerajaan tempatan di negeri itu telah mengalami surplus yang sangat memberansangkan dan ini merupakan bukti yang ketirisan perbelanjaan selama ini yang menyebabkan defisit itu.
Di Kelantan dan Kedah jarang-jarang kita mendengar kes-kes rasuah yang melibatkan RM berbillion-billion. Dalam satu kes PKFZ sahaja kita mendengar yang penyalah gunaan kuasa dan rasuah telah melibatkan jumlah RM 12 billion. Itu baru satu kes sahaja. Bagaimana kes-kes yang lain?
Ada di antara pemimpin seperti Menteri Besar (bekas) yang telah dikaitkan dengan Pembinaan rumah yang melebihi RM 20 juta. Ada pula pemimpin yang telah menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang gagal yang melibatkan jumlah RM 1.5 billion. Pemimpin seperti ini tidak mempunyai rasa malu dan mengambil wang rakyat dengan selamba sahaja. Dalam pada itu bercakap pula tentang bersih, cekap dan amanah. Entah mana letak cekapnya dan dimana bersihnya tidak siapa yang tahu. Yang sudah pasti, tindakan itu adalah tindakan yang tidak ada amanahnya.
Bagaimana kita hendak menafikan yang contoh baik yang dilakukan oleh kerajaan P Pinang itu patut dipuji. Bagaimana kita hendak menafikan yang pentadbiran Negeri Selangor lebih telus dan relatifnya lebih bersih dari pentadbiran dahulu?
Mungkin kepada penggiat politik semborono akan marah kepada pandangan saya ini, tetapi sebenarnya pentadbiran seperti inilah yang kita mahu lihat dilakukan oleh BN. Untuk mendapatkan kualiti pentadbiran ini yang pasti perlu ialah pandangan yang berani, tetapi kepada mana-mana orang yang berpandangan berlainan itu akan di anggap sebagai pembangkang pula.
Tetapi penokong BN tidak mahu menerima hakikat kebaikan pentadbiran P Pinang dan Selangor semata-mata kerana politik, malahan mereka tidak begitu gemar dengan pentadbiran yang baik itu. Mereka tercari-cari kesalahan pimpinan Selangor dan P Pinang seperti orang mencari kutu dalam rambut yang tebal. Yang pasti di Pulau Pinang khususnya jika kerajaan sekarang berjaya sekali lagi mendapat mandat dari rakyat negeri itu, mandat itu sudah semestinya di perolehi dari ‘merit’nya sebagai kerajaan dan pentadbiran yang baik.
Justru itu kita berharap agar kerajaan-kerajaan BN yang mentadbir negeri-negeri yang ditadbirnya jadikan cara DAP di P Pinang, PAS di Kedah dan Kelantan serta PKR di Selangor sebagai contoh bagi memperbaiki diri kita sendiri. Jika kita boleh melakukannya maka kita akan terus mendapat mandat lagi selepas PRU nanti.
Setelah mendengar kata-kata Taib Mahmud yang beliau akan berundur beberapa tahun lagi, teringat pula saya kepada Hosni Mubarak dari Mesir semasa beliau mendapat tekanan rakyat untuk berundur. Hosni meminta rakyat bersabar dan berjanji tidak akan bertanding lagi untuk menjadi Presiden Mesir, walaupun telah berkuasa selama 30 tahun.
Akhirnya beliau tunduk dan meninggalkan Cairo serta Istana yang di diaminya selama tiga dekad itu. Taib patut mengambil tauladan Hosni ini; meninggalkan jawatan untuk kebaikan rakyat dan negara khususnya bagi keselamatan dan perpaduan rakyat Sarawak.
Kalau rakyat sudah tidak mahukan beliau lagi, kenapa mesti dia mesti tunggu? Takkanlah ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’. Menang kalah di dalam pilihanraya itu adalah isu yang lain. Yang penting Taib telah gagal untuk membina ‘spiritualism’ yang baik bagi politik negari itu.
Jika sesungguhnya Taib sayang kepada rakyat dan negerinya, berundur itu merupakan pengorbanan besar bagi Sarawak dan rakyatnya.
18 comments:
Bro, it's painful to hear the comments from you, but that's a plain truth.
Your frankness earns respect from me and you are truly magnanimous.
Cheers.
zain hashim, s'wak
Aspan! keberanian sdr membuahkan pemikiran yang jelas dan tidak terlindung oleh kepenting politik peribadi wajar saya puji.
Teruskan menulis sdr..teruskan. Saya merasakan pandangan sdr mendapat perhatian ramai. Di mana mana saya pergi orang bertanya sama ada sya baca blog sdr atau pun tidak.
syabas!!
K Jailani
Pada sudut yang positif, mungkin disebabkan kredibiliti politik CM membuatkan Dap masih terumbang ambing dalam misinya untuk menawan Kota Santubong.
PKR dan Pas tidak ada faktor X yang mampu memberikan tekanan kepada peluang di pihak TM. Makanya TM tidaklah berasa ada goncangan sebagaimana yang dirasai oleh Mubarak.
Lagipun dari sudut demokrasi, secara realistiknya hanya Dap ada peluang untuk meluakkan kerusi BN di kawasan-kawasan pekan iaitu kawasan yang sememangnya mudah berpihak kepada Dap (secara terbuka atau tersorok); bukan di Sarawak saj malah melata-lata.
Dan oleh kerana rakan kepada Dap dianggap pihak yang kehadirannya sekadar untuk mengelak kemenangan percuma makanya, kesudahan perjalanan politik Taib tidak boleh disamakan dengan mana-mana pemimpin yang lain itu.
Lorong Tengah
Tuan Aspan,
I believe many of us would concede that be it Taib resigning immediately or being sacked before/after the polls would no longer do any good for BN.
TS Taib just holds too much power, and to a certain extent, wields wide influence amongst the powers that be in Putrajaya. Believe it or not, he alone could cause the collapse of BN in Putrajaya at his whims and fancies.
The reasons? Surely Tuan Aspan might know better than us.
Some rumours said that even if Taib were to resign today, the various BN factions within Kuching will give even more trouble to DS Najib where SPDP and PBB would be strangling each other for important posts in the state cabinet.
What we can hope and pray now is that BN would still form the next state government and create a clear and proper roadmap for Taib to descend from his throne in a compassionate and respectful manner.
Tuan Aspan,
kalau dulu TS Taib kata dia akan sekeras keras nya menolak UMNO masuk Sarawak maka sekarang semua Maj. Tertinggi UMNO berkempen untuk dia, ini bermakna TS Taib tdak ada kredibiliti lagi, makin rakyat Swak mara marah dan akan mengundi calon pembangkang. Good riddance TS Taib
Syabas Tuan,
Jika kebanyakan ahli politik berfikir dan bersikap seperti Tuan, Negara ini akan maju dari segi pembangunan nya,politik nya, sosialnya dan rakyat nya mengamalkan politik bersih mengikut amalan demokrasi sebenar selaras dengan peruntukan Perlembagaan. Masalah rasuah dapat dibendung jika semua perengkat mengamalkan Prinsip2 asas pentadbiran seperti 'good governance' , akauntabiliti. menghormati doktrin pengasingan kuasa sebagaimana ditetapkan dalam setiap negara pengamal demokrasi, kalau diMalaysia Perlembagaan Negara lah panduan kita. Itu lah jasa peninggalan pemimpin2 terdahulu kepada kita.
Tidak susah sebenarnya kerana banyak pemimpin berpengetahuan tentang undang2 dan faham tentang Peruntukan Perlembagaan tersebut. Masalah nya yang faham buat2 tak faham dan yang tak faham berlagak faham seperti mereka yang kebanyakan menghentam Tuan. Tuan mengkritik dan berlainan pendapat dan pandangan di chop sebagai pembangkang.
Sepatutnya yang benar itu bukan kira pembangkang ke atau pemerentah. Pembangkang dan pemerentah itu sering bertukar status di Negara2 maju bergantung kepada keputusan pilihanraya , tetapi asas Perlembagaan tidak terjejas kerana ada peruntukan2 tersendiri dalam meminda nya.
Apa pun, pandangan tuan melalui tulisan2 Tuan meletakan Blog Tuan didalam senarai blog yang bernas dari segi idea dan isi yang wajib saya layari disamping MSO, A Kadir Jasin. Pendapat dan pandangan dalam sesuatu isu tidak semestinya sama tetapi jika tidak bersetuju mestilah ada alasan dan hujah nya.
Syabas dan teruskan menulis untuk tatapan ahli dan pemerhati politik terutama yang muda2 termasuk pelajar sains politik. Wasaalam
Dalam keadaan sekarang dan kesuntukkan masa berkempen, mengekalkan keadaan dan keputusan sekarang termasuk mengekalkan Taib adalah yang tertbaik.
Mengubah keadaan di saat akhir hanya memberi bola canggung dan terperangkap kepada asakan dan taktik Pakatan Pembangkang dan jika Sarawak jatuh ke tangan pembangkang ia bukan semata mata faktor Taib tetapi memang angin perubahan kepada parti dan bukannya individu.
Apapun sudah sampai masanya UMNO bertapak di Sarawak sepertimana di Sabah jika mahu mengekalkan kuasa yang lebih stabil di masa hadapan.
Tuan Aspan,
BN masih tak habis-habis dengan 'denial syndrome'. Terus memperlekeh kerajaan Pakatan. Hoi! kami yang duduk dibawah kerajaan pakatan ini amat terasa perbezaannya...Sekarang semua rakyat sedang menunggu PRU sebab tol akan dihapuskan selepas 100 hari pakatan rakyat memerintah.Kalau orang UMNO nak bayar TOL baguslah sebab semua otang UMNO ada duit makan 7 keturunan pun tak habis.
IRDA Koridor Iskandar kata mahu bina 500km MRT kt Johor, Kenapa UMNO ni BODOH sangat ??? kos brp ?? 500 billion ker????
Demi kesejahteraan rakyat Sarawak, Taib mesti dilempar ke sg rejang
Syabas Tuan Aspan di atas tulisan-tulisan Tuan, penuh dengan fakta dan kebenaran serta keberanian didalam memberi komen walaupun sakit di telinga pemimpin umno yang karup. Tulisan-tulisan tuan tidak seperti tulisan blogger2 UMNO yang lain yang banyak perkataan mencarut dengan tidak disokong oleh fakta menyebabkan pembaca seperti saya yang tidak menyebelahi mana2 parti menyampah dan meluat. Saya percaya sekiranya blogger UMNO yang lain seperti Tuan yang berprinsip, saya yakin ramai orang diluar sana sama2 menyokong Tuan dan BN tetapi saya lebih yakin jika cara penyampaian oleh blogger UMNO yang lain merapu tak tentu pasal bukan saja akan membantu malah menghancurkan UMNO-BN dari lanskap politik Malaysia.
Teruskan usaha Mu berfikiran positif.
Tuan,
Pelajaran drp politik sarawak ?!..
dah 2 hari kawan2 dok sembang kata Malaysiakini dalam internet takleh nak masuk... nak wat guano, 9/10 komenter kat situ dok godam / belasah BN, umno najib, taib hatta cengkerik2 yg berwarna biru sekali pun.
pakya
@kluangman
jangan nk pandai2 bawak UMNO kt sarawak..kami xperlukn UMNO..persepaduan kami bukan atas dasar bangsa/perkauman tapi adalah secara total..
salam tuan aspan
kebimbangan kita sebagai rakyat malaysia kian meruncing di atas kerakusan manusia yang ada kuasa umpama tiada hentinya.rakyat sentiasa di perbodohkan dengan cerita-cerita penglipur lara.Orang melayu sememangnya sukakan keindahan dan kemegahan..maka mahathir persembahkan KLCC untuk tatapan rakyatnya dan dinyayikan dengan irama shahdu beberapa kerat anak melayu yang dijadikan jutawan..sindrom penglipurlara ini telah berjaya semasa zaman hang tuah dulu dan kini ianya masih mujarab untuk bangsa melayu khususnya dan sindrom penglipur lara ini juga telah menjadi suapan dan makanan rakyat sarawak berdekad lamanya..terserahkan kepada ketentuan IILAHI agar usaha kerajaan memperbodohkan rakyat malaysia akan berakhir pada dekad ini atau kita akan terus berbicara secara rasional tetapi tangan yang mengundi masih sukakan penglipurcara ini dan rela terus diperbodohkan..kita harap satu hari satu hijab kita akan bersinar setelah sekian lama gelap dan kelabu.
Blogger a w g 1 0 3 1 said...
@kluangman
jangan nk pandai2 bawak UMNO kt sarawak..kami xperlukn UMNO..persepaduan kami bukan atas dasar bangsa/perkauman tapi adalah secara total..
Komen:
Dap, Pas dan PKR macam mana? Apakah mereka bukan parti berasaskan kaum, cita-cita individu dan agama? Apa komen anda.
Pelayar Blog Politik
@Ano 19:59:00
MIC=cina, UMNO= melayu, MIC= india
PKR= mix, DAP=mix, PAS=mix
susah nk paham ke saudara?
Mesti dok cakap pasal Tan Keng Liang yg partinya Gerakan sudah nak mati!
Post a Comment