26 April 2011

Betulkah BN sudah sembuh dari sakit? - Kalau betul baguslah

Bidasan pemimpin UMNO dan Perkasa terhadap MCA nampaknya bertambah ketara. Sebelum ini SPDP Sarawak meminta MCA jangan campur hal Sarawak. Beberapa ketika dahulu MCA bidas perkasa dan menganggap NGO politik Ibrahim Ali itu sebagai badan yang rasis. MCA seolah-olah parti gila talak. UMNO sudah lama menghadapi penyakit ini dan yang paling nyata ialah apabila orang Melayu sedang memandang PAS sebagai gantian kepada parti yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu.

Sekarang apa yang dinyanyikan oleh MCA, UMNO dan Perkasa tidak selunak dahulu kerana irama dan lagunya tidak seimbang lagi. MCA dalam erti kata hakikinya sudah tidak berapa seronok dengan UMNO tetapi apakan daya, parti itu mengharapkan UMNO untuk menjadi ‘defender’ nya di dalam situasi politik yang tidak menentu bagi parti itu sekarang.

Bagi MCA keadaan mereka ibarat sedang memegang ubi kentang yang panas, Sekejap dilepaskan, sekejap lagi dipegang. Bangsa Cina sudah beransur-ansur melupakannya dan orang Melayu pula sudah tidak percaya kepada MCA kerana sifat chauvinistik pemimpin-pemimpinnya. UMNO pula sibuk dengan masalahnya sendiri. UMNO nampaknya sudah tidak mampu untuk mengawal keadaan di dalam komponen BN itu sendiri.

Dalam pada itu orang Melayu sendiri telah ramai yang memalingkan muka mereka dari UMNO dan memandang PAS sebagai pilihan yang terhampir dengan mereka. Jalan yang paling mudah bagi UMNO dan BN untuk menutupi kelemahan mereka ialah dengan menuduh pihak lain sebagi rasis dan berbagai-bagai ‘superlatives’ yang lain yang dicopkan kepada pihak pembangkang.

Pihak pembangkang pula nampaknya ‘relaxed’ dan tidak mudah melatah. Memang pun sudah menjadi perkara yang hakiki yang akan menempa kejayaan ialah pihak yang tidak mengelabah apabila menghadapi dugaan penolakan orang ramai. Memang Tuhan pun jelas menunjukan kepada umat manusia ciptaannya hanya orang yang aman sahaja yang mudah di buka hijabnya.

Orang yang mengelabah tidak mudah untuk menyelesaikan masalah mereka. Pihak yang mengalabah selalunya tidak akan membuat keputusan dengan baik. Banyak elemen-elemaen negatif yang bersifat maknawi selalunya akan memperngaruhi mereka yang mengelabah itu untuk membuat keputusan yang salah. Elemen-elemen itu bersukaria apabila puak yang di sesatkannya itu mengikut kehendak mereka supaya manusia menjauhi dari membuat keputusan yang baik dan benar.

Nun di Sabah keadaan tidak seindah yang kita nampak secara zahirnya. Rakyat Sabah sedang meneliti segala apa yang sedang berlaku di dalam parameter politik negeri itu. Musa Aman sedang hangat diperkatan dengan terlalu banyak isu-isu sensitif terhadap UMNO/BN di Sabah, lebih-lebih lagi tentang isu peribadi beliau yang bermacam-macam yang pasti akan menjadi isu hangat di dalam pilihanraya yang akan datang.

Perpecahan di kalangan parti-parti komponen pula di tokok dan di tambah dengan masalah ‘intra-party’ yang didahapi oleh parti-parti dalam komponen itu sendiri.

UMNO di dalam banyak bahagian-bahagian pula sedng menhgadapi ketandusan pimpinan kserana yang berjaya menduduki barisan kepimpinan di bahagian-nahagian itu terdiri dari mereka yang terpilih secara ‘illegitimate’ selalunya kerana pemainan politik ‘patronage’ yang di lakukan oleh MB-MB yang mengetuai Badan Perhubungan UMNO itu sendiri.

Pengerusi Badan-Badan Perhubungan selalunya masuk campur di dalam pemilihan bahagian dan selalunya mereka yang di sokong oleh Badan Perhubungan itu tidak bersesuaian dengan kehendak ahli di Bahagian-bahagian.

Jika seseorang pemimpin yang popular di bahagian-bahagian itu cuba mendapatkan kepimpinan bahagian itu mereka ini di anggap sebagai pencabar kepada kepimpinan Perhubungan dan mereka akan menjadi mangsa politik ‘patronage’ dari Perhubungan itu.

Maka kehadapanlah pemimpin yang tidak mendapat sokongan ramai untuk menghadapi pilihanraya umum atau kecil. Sesungguhnya di dalam banyak bahagian yang saya sedikit sebanyak tahu pemimpin yang sebenarnya berada di luar kepimpinan bahagian itu.

Secara tidak di sedari oleh pucuk pimpinan UMNO secara beransur-ansur telah putus ‘connectivity’nya dengan ahli-ahlinya. Kebanyakan cawangan-cawangan hanya ada pada nama tetapi tidak ada kegiatan kemasyarakatan yang di adakan oleh pimpinan cawangan-cawangan itu. UMNO hanya bergayut kepada kuasa kerajaan yang di pimpinnya dan tidak lebih dari itu.

Tetapi kita boleh melihat kemajuan di dalam MIC kerana parti itu lebih pragmatik di dalam usaha memperbaiki keadaan. Sekarang kepimpinan pusat parti itu sedang berusaha keras untuk membawa kembali pemimin dan ahli yang telah di pecat atau meninggalkan parti itu semasa Samy Velu memimpin dengan kuku besinya dahulu.

Sekarang ini di kalangan kaum India tidak banyak lagi kekalutan kerana secara senyap-senyap parti itu telah melakukan transformasinya sendiri tanpa heboh-heboh macam kehebohan pimpinan UMNO dan program jom heboh anjuran TV3.

DAP dan PAS di sebelah pembangkang nampaknya ada ‘connectivity’ yang baik dengan orang ramai.Bermacam-macam tuduhan terhadap saya kerana mengakui sedikit sebanyak tentang apa yang baik yang ada kepada DAP dan juga PAS. Saya dikritik dengan keras oleh beberapa orang walaupun ramai yang menyokong pandangan saya.

DAP walau pun sebuah parti yang sedang berkembang baik parti itu tidak akan mengetuai pimpinan negara seperti yang di takuti oleh sebahagian kecil yang mengelabah tadi. Saya ada kecenderungan untuk menulis alasan saya yang DAP tidak akan menjadi pemerintah negara. Parti itu hanya berkehendakan kepada keadaan siasah yang realistic untuk negara yang dihuni oleh perbagai kaum ini.

Mungkin saya akan memberikan sedikit ulasan pendek tentang isu ini dalam posting saya yang akan datang. Tunggu.

17 comments:

Anonymous said...

BN sudah nazak!

Pak Tua

Unknown said...

aku tak peduli bn sakit ke...tak sakitr ke...tapi aku akan peduli kalau melayu sakit. dan melayu sudah pun.......

Anonymous said...

Kuburkan UMNO, bina Melayu yang kenal dunia dan akhirat.

Anonymous said...

salam bro aspan...

memneliti tulisan tuan dalam tajuk husam betu dan benarkah BN tidak sakit dan yg lain2 sebelum ini, saya simpulkan tuan memperakui bahawa pihak pakatan lebih baik.

persoalan saya...

kenapa tuan sendiri tidak isytiharkan saja tuan memilih mana2 parti yg ada dalam pakatan rakyat dan menggerakkan massa sama2 memberi sokongan...

Analoginya...

kalau kita hanya sekadar memuji bahawa 'kandang' di depan kita lebih wangi drp 'kadang' yang kita duduki sekarang apa gunanya...?

bukan saja kita tak dapat wangian itu, bahkan bau hapak kandang kita akan melekat di badan kita.

kan ke dalam islam ada hukumnya...

terhadap orang yang subahat / redho kpd kebejatan puaknya..

pakya

Aspan Alias said...

Pakya,

Sebenarnya saya tidak ada di dalam mana-mana kandang. Dalam usia se begini saya tidak suka di kandang.

Hanya saya inginkan kandang yang pernah saya masuk dulu untuk di perbaiki. Maklumlahlah tempat jatuh lagikan di kenang, ini pula tempat kita bersukaria.

T Kasih.

Anonymous said...

BN yg nazak ke pakatan rakyat yg nazak?Dgn keaiban bertimpa2 yg diterima oleh Ketua Pakatan Rakyat. Dgn pas yg sedang dilema samada mahu bersubahat atau mahu menyisihkan diri dr kedurjanaan yg menghantui ketua pakatannya. Dgn serangan psikologi ahli dan pemimpin PKR samada benar atau tidaknya perangai ketua umumnya. Perpindahan beramai2 ahli dan MP PKR. Kekalahan demi kekalahan pas dlm PRK n PRN swak terutama dkawasan undi melayu. Adakah senario ini menggambarkan BN atau PR yg nazak?
Denial syndrom kalangan PR lebih kronik dr denial syndrom dlm BN.
Apa pun jgn panik!!!!!
Akhirnya allah swt juga yg maha mengetahui. Dia berhak memberi kekuasaan kpd sesiapa yg Dia suka, Dia berhak mencabut kekusasaan dr sesiapa yg dia. Dia berhak memulia dan menghina sesiapa yg dia suka. Segala2nya dari Dia. Tetapi denial syndrom yg wujud dkalangan pentaksub parti tidak akan mahu mengakui kekuasaan allah ini. Mereka mahu segala peraturan allah di dunia ini menyebelahi puak mereka. Mereka mahu melobi agar allah bersimpati dhn peejuangan mereka. Mereka mahu mendahului bukan saja peredaran zaman, malah mereka cuba utk mendahului tuhan.
Yahudi cuba mendahului tuhan dgn cuba membendung kelahiran nabi muhammad. Firaun cuba membendung kelahiran nabi musa tp akhirnya musa membesar didlm istana firaun. PR cuba membendung keaiban yg sedang dialami oleh anwar. Pas cuba menahan kkeaiban dr terus dipercayai. DAP terus mengorak langkah dan mengasak. Mca terus mencari pintu keluar. Akhirnya allah adalah sebaik2 perancang.
Adakah anwar dan rakan subhahnya akan menerima nasib spt nabi yusof atau menerima nasib spt perempuan yg memfitnah nabi yusof? Jika mereka benar dan membenarkan disisi allah maka mereka akan melalui detik pertolongan tuhan spt yg dilalui oleh nabi yusof. Jika sebaliknya, tunggulah apa akan terjadi. Akhirnya allah jua sebaik2 perancang. Tiaea siapa yg boleh melobi tuhan sbgmana Pas yg sedang dilobi oleh anwar utk terus bersubahat dgn segala tindak tanduknya.

Salam kebenaran utk semua

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Teruskan usaha murni saudara kerana saudara ada peranan tersendiri membantu dalam perjuangan menegakkan keadilan sesuai dengan ojektif2 kita melaksanakan hukum Allah.

Anonymous said...

bagi saya BN dan PKR yg nazak...DAP dan PAS akan terus mara ke depan....mentaliti PKR adalah seperti umno/bn....yang serius dan 'genuine' di PKR ditendang keluar...yg suka main politik kotor azmin ali duduk dlm pkr dgn jawatan tinggi....tengok apa yg berlaku kat Sarawak....PKR bercita cita terlalu tinggi dan tamak kalah teruk! DAP yg mara ke depan!!itu parti yg sangat efisyen!!...PAS cuba sedaya upaya tapi tak jadi....takpelah tu....untuk saya PKR yg nazak dalam PR...dan akan membawa keburukan untuk pihak pembangkang...UMNO memangla sejak dr mahathir pun dah teruk...semakin hari semakin kurang respek saya kepada tun...apa yg boleh diharap kan ialah kebaikan untuk negara kita...

Quantum Metal Consultant said...

PAS tanpa Nik Aziz, PAS keluar Pakatan - akan menjadikan PAS pilihan terbaik Melayu menggantikan UMNO.

BN masih bermasalah pada hatinya yang sakit - dan kita yang melihatnya pun sakit hati.

Anonymous said...

Anon 10:00 - apa yg kau merepek ni?

Tuan Aspan, teruskan usaha murni tuan. Saya tidak tergolong dlm mana-mana parti, tetapi penulisan tuan membuka mata dan hati rakyat. saya suka cara tuan menulis, tidak berat sebelah dan kritikal kerana tuan sendiri masih sayang kan parti.

Teruskan perjuangan.

Anonymous said...

Shabbas Aspan! anda seorang yang berpendirian tegas. UMNO tak sepatutnya bermodalkan perjuangan melayu saja tetapi perlu menterjemahkan dalam perjuangan bahawa sifat-sifat yang baik dan terpuji ada pada diri orang melayu. Serlahkan bahawa bangsa Melayu ini adalah suatu bangsa yang mampu berjaya dan boleh membantu serta bekerjasama dengan bangsa lain. Serlahkan pegangan Agama Islam yang kuat di kalangan bangsa Melayu yang dapat memberi contoh ikutan dan rasa aman dan selamat apabila berada bersama bangsa Melayu. Jangan asyik melalak mencerca pihak lawan dan paling tidak bermoral mengaibkan sesama bangsa.

Anonymous said...

Anon 17.13
Apa pulak merepek bro. Ni yg susah. Pakai bahasa tinggi tak tercapai pulak dek akal kau. Pakai bahasa rendah pulak lagilah kaun tak faham. Jgn bila tak faham isi apa org ckp terus kata merepek. Jgn berhujah kalau tak tau nak jawab cara lebih ilmiah.

Anonymous said...

Bila pulak BN sakit? Yang nazak menunggu mati ialah PKR.
Bossnya dah disahkan Mr Y yag air maninya dalam dubur Saiful.
Jadi bakal masuk jail. Terus berkuburlah PKT, hahaha.

Teropong Ajaib said...

Salam Tn. Aspan/semua,

Kita tidak menafikan Rakyat Malaysia masih taat kepada Pemerintah yang sah yakni BN. Kalau Rakyat sudah hilang percaturan, maka keta'atan juga akan hilang. Maka akan terjadilah Malaysia ini seperti Tunisia, Mesir dan beberapa negara dengan gelombang Rakyat anti kerajaan.

Perlu diingatkan, BN dan Pemerintah hanya akan sembuh sekiranya berpaksi kepada 5 elemen di bawah:-

1) Kebenaran dan bukan kebatilan, 2) Jimat cermat dan bukan boros,
3) Amanah dan bukan rasuah,
4) Adil dan bukan zalim,
5) Rakyat terbela dan bukannya
teraniaya.

Dengan itu, baik siapapun pemerintah yang meneruskan amalan yang berlawanan di atas, maka pasti akan bertambah sakit dan tersungkur akhirnya.

Soal kemelut MCA dalam BN itu hanyalah sebab musabab sahaja untuk pemimpin atasan BN membetulkan neracanya samada untuk terus sembuh dan kekal memerintah atau cepat tersungkur.

Kalau tak percaya tunggulah dengan sabar samada keputusan Ilahi itu cepat atau ditunda apabila 5 elemen di atas itu diingkari. Namun yang pasti, ianya akan tetap berlaku.

"Teropong Ajaib"

Anonymous said...

Melayu perlu bersatu tapi bukan di bawah payung UMNO kerana banyak sangat penyangak penyangak memakan duit rakyat yang duduk di atas. Melayu perlu bersatu di bawah PAS. Kita perlu memenangkan semua calon PAS pada pilihan raya nanti agar PAS menjadi suara dominant dalam Pakatan Rakyat dan PM perlu dari PAS.

Sekarang ni yang menyokong UMNO hanyalah:-
1. Kaki Kaki Bodek
2. Anak Anak UMNO
3. Kontraktor yang cari makan dengan projek Kerajaan
4. Mereka yang ada kepentigan kerana mengharapkan jawatan tertentu
5. Mereka yang buta hati dan akal kontot yg tidak tahu berfikir.

Marilah kita semua membuat perubahan.... Kita gunakan kuasa tangan di pilihan raya nanti.

Anonymous said...

Nak tambah ada golongan lagi yang akan sokong UMNO golongan ke6 : makcik/pakcik FELDA.

Anonymous said...

macik/pakick FELDA...hardcore umno...tapi anak2 mereka dah menjauhi umno...