Kempen pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak sudah sampai ke tahap panas. Sehari dua ini isu manifesto PR di jadikan isu besar sehingga Perdana Menteri dan Timbalannya mengambil isu ini sebagai isu yang tidak terlepas dari lidah mereka derngan memandang remeh dan mencemekkan usaha keras PR untuk keluar dengan manifesto yang mereka mampu melaksanakannya.
BN menganggap manifesto yang di paparkan oleh PR tidak realistik dan boleh membuat negara kita bangkrap dan sebagainya. Hanya manifesto BN sahaja yang benar-benar baik dan boleh melakukan perubahan yang membangnkan umat khususnya rakyat Sarawak yang akan mengundi pada 16 hb yang akan datang.
Pihak kita meminta orang ramai jangan percaya dengan janji PR dalam manifesto mereka kerana PR belum lagi dan tidak pernah melakukannya. Kata mereka, BN lah yang telah terbukti selama ini membangunkan rakyat dan negara dan PR tidak lagi mempunyai rekod mentadbir negara. Saya tidak berapa setuju untuk mengatakan yang PR tidak mampu melaksanakan manifesto mereka jika mereka di berikan kuasa kali ini.
PR belum diberikan peluang untuk memerintah di peringkat Persekutuan. Memanglah mereka belum dapat membuktikan keampuhan mereka untuk mentadbir. Tetapi sedikit sebanyak bukti boleh ditunjukan untuk menyatakan yang PR mampu mentadbir jika kita lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Hanya pihak kita sahaja yang tidak mahu menerima hakikat ini kerana sebab-sebab politik.
Selama ini semua kerajaan tempatan di Pulau Pinang sentiasa mengalami defisit, tetapi sejak hampir 3 tahun PR mentadbir negeri itu kebanyakan kerajaan tempatan di negeri itu telah mengalami surplus yang agak besar. Maka nyatalah yang selama ini defisit yang di alami semasa BN memerintah P Pinang adalah kerana ketirisan pentadbirannya. Memanglah orang BN terutamanya dari UMNO tidak suka dengan komen saya ini tetapi saya bukan untuk mengampu sesiapa, tetapi saya hanya hendak mengampu kebenaran semata-mata.
Sebaliknya BN pula yang mengelabah dengan keadaan ini dan terusan bertindak tercari-cari kelemahan kerajaan negeri untuk di adakan demonstrasi di sana sini di negeri itu. Dulu kita juga yang mengatakan demonstrasi hanya di lakukan oleh pihak yang desperate. Jadi dengan tindakan demonstrasi yang di lakukan oleh UMNO dan BN di P Pinang dan Selangor itu benar-benar menampakan ‘attribute’ UMNO sebagai sebuah parti pembangkang yang 'desperate'.
Jika UMNO dan BN terus-terusan mengadakan demo di jalanan maka tidak hairanlah jika parti itu terus sahaja menjadi pembangkang kerana sifatnya seperti pembangkang itu ada di kalangan pimpinan dan ahli UMNO di Selangor.
Saya akan di hentam kerana pandangan ini tetapi saya lebih suka untuk bercakap apa yang sebenarnya ada di dalam pemikiran saya kerana bercakap lain dari apa yang terkandung di dalam pemikiran itu akan menjadikan kita rasa bersalah.
Saya tahu manifesto PR itu boleh dilaksanakan jika diberikan oleh rakyat untuk melakukannya. Apa yang dilakukan oleh pemimpin kita untuk memperkecilkan usaha PR rakyat itu memanglah perkara biasa kerana mereka takutkan kuasa yang ada di tangan akan jatuh kepada pihak lain jika rakyat percaya dengan manifesto PR itu. Oleh itu mereka (pemimpin BN) akan memperkecilkan segala kandungan di dalam manifesto PR itu.
Kalau kita ingat di dalam manifesto BN Sarawak di dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu, isu untuk membina jalan raya dan mengadakan kemudahan air dan letrik untuk semua rakyat sentiasa ada. Jika benar manifesto itu dilaksnakan dahulu masakan sesudah Taib memerintah selama 30 tahu isu membekalkan api dan air itu masih ada di dalam manifesto sekarang. Sepatutnya isu itu sudah tidak ada lagi di dalam manifesto sekarang kerana sepatutnya air dan api sudah selesai dari dahulu lagi.
Sepatutnya sekarang ini manifesto BN mengandungi isu-isu yang lebih berdaya maju, bukannya masih terkongkong dengan isu infrastuktor yang kecil-kecilan seperti api dan air serta jalan raya kampong dan sebagainya. Taib dan BNnya telah diberikan tempoh selama 30 tahun. Takkanlah air dan api masih menjadi kandungan penting di dalam manifesto BN sekarang ini.
Ini sahaja telah membuktikan yang BN juga merupakan pihak yang telah banyak tidak mengotakan janji-janji yang terkandung di dalam manifesto pilihanraya-pilihanraya yang lalu.
Tetapi banyak yang tidak ada di dalam manifesto BN telah dilaksanakan dengan begitu terang-terangan, seperti Menteri-Menteri Kabinet yang mempunyai mansion-mansion besar yang bernilai puluhan juta ringgit di Sarawak. Ketua Menterinya bergaya dengan Rolces Royce, sama dan setaraf dengan kereta yang membawa Raja-Raja Melayu. Lain yang dijanjikan di dalam manifesto lain pula yang dilakukannya.
Kita baca sahaja manifesto-manifesto parti-parti yang bertanding itu dan kita buat penilaian masing-masing. Yang penting kita mesti mengundi dengan penuh tanggung jawab dan pemilihan mestilah berpaksikan kepada menjaga politik negara dan tidak lagi ada pemimpin yang memferaidkan harta rakyat seperti yang dilakukan mereka selama ini.
Sesiapa pun boleh kita undi. Negara ini negara demokrasi. Rakyat berhak menaikkan atau menurunkan mana-mana peimpin dan parti yang mereka suka.
16 comments:
Salam Tuan Aspan,
Tuan orang UMNO, saya bukan, malah saya bukan org mana2 parti. Jika begini pendirian tuan, saya akan bersama tuan.
Pandangan tuan berkaitan keutamaan rakyat amat terpuji. Inilah sepatutnya yang menjadi pegangan rakyat Malaysia. Masuklah kamu parti mana pun, jika ia melibatkan kepentingan rakyat, berilah keutaman kepada rakyat.
Tengaknya negara kerana ada rakyat nya. Tak guna menteri semua kaya raya, rakyat papa kedana.
Syabas tuan Aspan..
tolonglah ingat sikit anak dan cucu kamu akan datang, adakah kamu mahu hidu mereka merana atau lebih baik, walaupun kamu kaya... ingat sikit orang2 yang susah dan miskin di sekeliling kiter.....
malu sikit tgk negara ni, najib atau taib berkuasa ker atau jadi pembangkang aper kiter perlu peduli, yang penting kalau mereka mungkir janji dan terus menipu, buang sahaja...
Kalau mahu satu parti jer memerintah , tak payah ader pilihanraya, jadikan jer sebagai negara singapura atau komunis china....
Kami mahu parti alternatif, dan buat masa ni hanya ader PAKATAN RAKYAT...
Jom Ubah.....
Siapakah yang melesapkan RM52 bilion duit bumiputera?
Siapakah yang memijak plus mencabul Akujanji pembentukan Malaysia?
Manifesto Melayu UMNO di Sabah pada tahun 1994 ialah menjadikan Sabah negeri ‘terkaya’ dalam tempoh 100 hari.
Hakikatnya, tinjauan Bank Dunia membuktikan bahawa Melayu UMNO telah menjerumuskan Sabah ke dalam longkang wilayah ‘termiskin’. Justeru, ke manakah hasil Sabah Melayu UMNO simpan atau bawa?
Siapakah yang bertanggungjawab menjadikan Sabah negeri termiskin sesudah 17 tahun Melayu UMNO atau proksi Melayu UMNO mengemudi Sabah?
Nak kau, kalau gini komen, kesedaran dan hasrat hati rakyat, Insya'allah Malaysia akan berdaya maju untuk Rakyat.
Bersatulah rakyat untuk Agama dan Negara.
"Bersemangat"
SUDAH SAMPAI SAAT DAN KETIKANYA PERUBHAN PERLU DILAKUKAN DEMI KEBAIKAN RAKYAT DAN NEGARA TERCINTA.. KEPERITAN DAN KESUSAHAN RAKYAT TIDAK DIPEDULIKAN LAGI... PRN SERAWAK ADALAH TITIK TOLAK UNTUK ITU..KAMI BERDOA SUPAYA KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT TERUS BERJUANG DENGAN TABAH DAN SABAR....UNTUK KEMENANGAN INI.
NAJIB + BN (RM51B X PROJEK EKONOMI)+ RASUAH (KRONI)= MUFLIS NEGARA.
ANWAR (BUKU JINGGA+PR)(RM19B)-PEMBANGUNAN EKONOMI (SUSIDI RAKYAT)=MAJU MALAYSIA!
sama ada buku merah, buku hijau dan terkini buku jingga, hanyalah idea-idea yang bersandarkan kepada pemikiran individu/kumpulan.
sejarah membuktikan tidak ada buku-buku yang terus kekal relevan melainkan kitab suci orang Islam (al-Quran).
contohnya, ideologi buku merah terpaksa ditokok tambah elemen kapitalis bagi menjadikan ekonomi komunis berdaya saing di peringkat global.
buku hijau tidak berjaya membawa Libya menjadi negara contoh dalam bidang politik, ekonomi dan hubungan antarabangsa.
kesimpulannya, untuk bergerak ke depan dan kekal relevan sepanjang zaman, jadikanlah al-Quran sebagai asas dan panduan.
Lorong Tengah
UMNO/BN berterusan membebel bahawa negara akan bankrap sekiranya ditakbir oleh PR. Nyata kejayaan dicapai semata-mata dengan hanya mengelak KETIRISAN. Itu pun sudah cukup untuk menampung agenda PR. Bayangkan betapa banyaknya ketirisan berlaku. Ketua Pengarah Audit Negara sendiri tidak dapat mengesan RM28 bilion perbelanjaan setahun. Kemana perginya duit tu Pak Arpan ?
Tuan
Gabungan PKR+DAP+PAS tidak akan dapat diterima kebanyakan Melayu - walau pun mereka kurang puas hati dengan UMNO. DAP adalah musuh ketat Melayu dan ISLAM.
Sudah banyak kali terbukti dengan perkataan dan perbuatan mereka.Tidak ada apa yang akan merubah persepsi ini. Hanya Melayu yang tidak sedar diri atau mencari peluang yang akan menyokong DAP.
PAS boleh diterima Melayu jika diterajui pemimpin yang lebih berwibawa dan terpelajar.
PKR pula hanyalah gabungan mereka yang "disgruntled"- Pernah bertugas dengan Kerajaan atau menjadi ahli parti lain, tetapi telah diketepikan atau dibuang. Jika mereka masih memiliki jawatan mereka dahulu, maka parti PKR tidak akan tertubuh pun.Manifesto mereka tidak meyakinkan.
Orang Melayu tidak berani pertaruhkan masadepan mereka dengan parti yang tidak meyakinkan dan tidak ada track rekod memerintah negara.
Selagi tidak ada parti alternatif Melayu yang credible -selagi itulah UMNO masih jadi pilihan.
Jamie,
Cuma makcik Felda & pakcik-pakcik yang berumur 60 ke atas yang masih menjadi tunggak UMNO...termasuk ahli UMNo yamg katanya 3 juta dicampur anak beranak sepupu sepapat terdekat...it could be 9 juta.Tolak kanak-kanak 5 juta...so, sooner or later, BN pasti jatuh jua.
Jamie- siapa Melayu yang credible dlm UMNO? jgn buat lawak OK.
Anonymous
11 April 2011 17:03:00 GMT+08:00
18:41:00 GMT+08:00
Kalau nak komen pun guna la akal bukan emosi semata-mata. Kamu doakan kehancuran BN- Melayu jugak yang hancur. Saya mahukan perpaduan Melayu.Saya bukan orang politik. Saya dah penat dah dengan pergaduhan sesama Melayu dan Islam. Ada ke saya sebut Melayu credible tu mesti dari Umno. Kalau tak faham jangan komen melulu.
Jimie - melayu memang dah hancur kena belasah UMNO
Jamie - saya anonymous 11 april 2011 17:03:00
Jawaban saya pada anda sama dengan komen saya dibawah tajuk ISU TAIB - TIADA BEBAN BAHU DIGALAS under Anonymous 11 April 2011 16:21:00
saya ulang: saya redha kalau negara ini dilanda tsunami dan menghancurkan semua pemimpin yang hipokrit asalkan selepas itu malaysia bangkit dengan satu kepimpinan baru yang lain dari BN.Seperti saudara, saya juga bukan mana-mana ahli parti politik tetapi seperti anda, saya juga sudah lelah to maximum dengan politik cara BN.
jangan terlalu takut dengan hilangnya bangsa melayu kt bumi ni jimie..
jika terjerumus dengan ketaksuban bangsa mendominasi malaysia ni padalahl kita duduk di negara yg berbilang kaum kita sama je dgn bangsa yahudi..
bangsa yahudi amat mengagong-agongkn bangsa mereka sampaikan di israel bagi mereka yang bukan dari bangsa yahudi amat payah menjalani hidup..kadar bunga yang tinggi dikenakan kepada bangsa bukan yahudi yg meminjam di bank2 milik bangsa yahudi dan diriwayatakn kepada kanak2 berbangsa yahudi sekarang bahawa hanya bangsa yahudi bangsa yg mulia di dunia ini..apa bezanya jika kita ingin samakan dengan ultra malay jika kita hanya mementingkan sebuah parti yg berpandukan bangsa?
umno parti penggerak melayu?
nama parti pun guna perkataan inggeris mcm mane tu jimie?
Salam hormat saudara Aspan,
ADA yang mahukan BN tidak hancur kononnya demi Melayu memanglah bagus, tetapi di sampng demi Melayu, gerombolan Melayu UMNO telah dan sedang dalam proses memusnahkan Pribumi Sabah melalui IC projeknya kepada ratusan ribu pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina, Indonesia China dan Pakistan.
Persoalannya, apakah motif ungkapan kata demi Melayu itu, jika Pribumi Sabah sebagai rakan kongsi semasa pembentukan Malaysia dihancurkan? Wajib disedari bahawa, tanpa Sabah dalam gagasan Malaysia, nescaya negara Malaysia tidak wujud, atau ungkapan demi Melayu itu sebenarnya hanya membawa sial kepada Pribumi Sabah.
Post a Comment