06 April 2011

Orang yang mengendap orang dalam bilik tidur itu orang sakit (jiwa)

Oleh kerana kita sedang menghadapi isu video seks hasil dari permainan politik gila sekarang ini ingin saya menulis tentang cerita yang berkaitan dengannya. Ini hanya cerita ringan sahaja untuk mengingatkan kita yang mengintai untuk merakamkan orang lain di dalam kelambu itu merupakan satu jenis penyakit. Apa nak di namakan penyakit itu pun saya tidak tahu.

Dalam isu yang di perdebatkan sekarang ini, walaupun ianya dijadikan isu politik olih satu pihak untuk menjatuhkan pihak yang lain tetapi mengintai dan mengendap itu sendiri adalah penyakit yang amat serius. Ramai penggemar kegiatan mengintai ini tidak sedar yang dia sebenarnya sedang sakit. Ianya bertentangan dengan agama dan adap serta tamadun manusia.

Dulu di kampong-kampong, mengintai pasangan orang sedang tidur ini merupakan satu aktibiti yang biasa. Yang hampir pasti menjadi mangsa ialah pasangan yang baru berkahwin. Mengintai dan mengendap ini adalah hobi tegar bagi setengah orang di desa-desa semasa dahulu. Maklumlah semasa itu tidak semua orang ada TV atau ‘play-station’ untuk bermain ‘game’ dan sebagainya. Bekalan letrik pun tidak ada semasa itu.

Mungkin inilah sahaja cara bagi anak-anak muda mencari hiburan. Tetapi yang pasti kegiatan mengendap ini adalah satu penyakit tegar bagi setengah orang semasa itu. Kegiatan itu masih berlaku di zaman ini tetapi tidaklah begitu meluas. Ianya hanya dilakukan oleh mereka yang mengidap penyakit mengendap manusia lain sedang berasmara. Orang yang terlibat dengan penyakit ini merupakan pesakit psikologi yang amat ganjil dan serius.

Saya hendak membawa satu cerita bagaimana seriusnya penyakit mengendap ini. Mungkin pakar jiwa sahaja boleh membantu untuk menyembuhkan penyakit ini.

Ada seorang yang baik budi pekertinya dan tidak bercakap banyak. Kita berikanlah namanya sebagai Amat. Amat tidak pernah menyakitkan hati orang lain. Pada keseluruhannya dia adalah orang baik dan disukai oleh masyarakat kampongnya. Tetapi orang ramai tidak tahu yang Amat ini mengidap penyakit ketagihan menghendap orang tidur yang tidak dapat di hentikannya. Amat sudah ketagihan mengintai dan dia dapat merasakan kelegaan pada dirinya apabila sudah berjaya mengintai pasangan lelaki dan perempuan sedang tidur.

Dia telah mengintai dan menghendap ini sejak dari mudanya dan tidak pernah diketahui masyarakat jirannya. Entah berapa pasangan yang di intainya dan dia sendiri tidak dapat mengiranya. Setelah umurnya hampir setengah abad barulah kegiatannya terbongkar setelah dia di tangkap oleh jirannya sedang mengendap. Lantas malulah anak-anak dan isterinya kerana anak isterinya sendiri tidak tahu yang dia ini mempunyai penyakit mengendap ini. Jiran-jirannya gempar kerana tidak menyangka yang Amat telah mengintai banyak pasangan di bilek tidur.

Isteri Amat sangat malu dan berfikir cara apa yang patut dilakukannya untuk mengelakkan suaminya dari terus mengintai. Akhirnya isteri kesayangannya telah membeli video lucah untuk ditayangkan di rumah untuk suaminya menonton agar suaminya itu tidak lagi keluar lagi mengintai orang lain. Bagi isterinya biarlah suaminya melepaskan melihat orang berasmara di dalam rumah sendiri dengan menonton video lucah yang dibelinya.

“Nah, tengok video ni bang. Tengok puas-puas. Jangan mengendap orang. Abang jangan bikin kami malu lagi!” bentak isterinya sambil memasukan video itu ke dalam ‘video player’.

Apabila bermula sahaja adengan seks di dalam video itu bermula Amat terus pergi mengendap dari belakang tiang rumahnya menyaksikan video yang di tayangkan oleh isterinya. Isterinya membentak, “eh!! tengok video pun mengendap?”. Amat menjawab, “bukankah itu adengan seks, terpaksalah abang hendap video tu!!”

Rupa-rupanya suaminya memang sudah mengalami penyakit mengendap. Kerana sudah selalu mengendap melihat tayangan video seks di rumah sendiri pun mengendap.

Jika dahulu mengendap di lakukan oleh orang-orang kecilan di kampong-kampong, sekarang kegiatan mengendap sudah menjadi permainan orang yang bernama dan bergelar. Diantaranya Dato pun ada, Tan Sri pun ada. Tujuan orang-orang bergelar dan bernama ini mengintai orang lain dalam keadaan ‘compromising’ dengan pasangannya mungkin banyak. Di antaranya untuk membalas dendam atau pun hendak menggunakan video intaiannya itu untuk mengambil hati suatu pihak bagi mendapatkan imbuhan. Mengintai dan mengendap sekarang sudah menjadi satu ‘political and business motivated’ yang boleh memberikan faedah diri.

Sekarang baru kita tahu yang gelaran yang di terima mereka tidak mampu mengubah perangai asal mereka. Orang tuo-tuo dulu ado cakap, kalau seorang Rajo itu jiko dio menyapu sampah di topi jalan pun dio totap Rajo, totapi jiko seseorang itu adalah sengkek dilotakan mahkoto kek kopalo pun, dio totap sengkek.

Itulah perbilangan orang tua-tua dahulu. Kata-kata itu bukan saya yang memandai-mandai nak kata.

34 comments:

Anonymous said...

Aspan, sifat keji itu memang sudah lama bertapak. Sudah hampir 30 tahun sifat itu wujud di kalangan pihak yang menyokong yang berkuasa.
Tidak hairan perkara seperti itu berlaku. Hanya sekarang perkara keji ini bersemarak. Biarlah 'nature membetulkan keadaan itu.
Kalau sudah sampai ketahap ini hanya tuhan sahaja yang akan menyelesaikannya.

wahid, tampin boy

Anonymous said...

Tuan,

Apa bezanya kalau seseorang berikan sogokan kepada seseorang tetapi kemudiannya didedahkan sogokan berkenaan dan dibandingkan dengan yang ini: sogokkan seseorang dengan cina doll kemudiannya didedahkan.

Anonymous said...

Wamakaru wama Karallah,wallahukhoirul makirin..

Sy dukacita dgn sesetengah kita yg berani merancang tipudaya hanya utk suvival dunia yg pasti ditinggalkannya..
Semua yg hidup mesti akan mati dan kembali mengadap Allah..kekayaan yg dikumpul akan ditinggalkan,pangkat dan kedudukan tidak akan dibawa bersama..Wang dan saham akan berpindah ke tangan org lain dan bukan menjadi peneman dialam kubur bahkan akan disoal pula akan dgn jalan apa pula kita mendapatkannya...
Syangnya mereka yg cintakan dunia ini makin bertambah kezaliman mereka..
Yg lbh malang lg apabila sebilangan manusia turut sama menempah malang apabila menyebar dan menjadikan perkara yg Allah larang ini spt perkara main2..
Ada yg tidak sdar bahawa mereka telah menjual akidah mereka dgn harga yg murah dan terlepas dari rahmat Allah krn keghairahan nafsu mengaibkan dan mengadu domba lawan politik..
Sesungguhnya ia adalah perbuatan fasiq dan mereka yg lalai dgn meniggalkan peringatan Allah dgn turut serta membenarkan penyaksian palsu ini turut sama menjadi Fasiq..
Tunggulah balasan Allah andai hati2 yg condong pada kezaliman dan masih tidak sudi mengambil peringatan Allah,Allah dan rasulnya juga tidak sudi melihat kamu di Yaumal Mahsyar kelak..

Anonymous said...

sdr aspan,

kata tg razaleigh ini 'gutter politics'. ramai pula yg membidas kenyataan beliau. saya tidak terfikir bahawa politik sebegini wujud sebelum 1987, mungkin nilai murni yang cuba ditegakkan ku li, dato ariff serta sdr aspan dah dianggap 'ketinggalan zaman' dan tidak mengikut arus semasa.

kalau kenyataan saya ini salah, masakan pula terdapat begitu ramai yang berhujah bukan sahaja menyokong trend politik sebegini, malah mengeluarkan kata-kata kurang manis dalam menyuarakan tentangan mereka terhadap apa yang diperkatakan saudara, sehingakan tidak dapat (mungkin tidak mampu) membezakan isu yang lebih bernas.

itulah trend yang mencerminkan majoriti fikiran kita yang dibentuk melalui media massa. para pemimpin pula nampaknya berpuashati rakyat malaysia membincangkan isu-isu sebegini daripada perkara-perkara asas negara.

scrooge

Pembaca said...

Saudara Aspan,

Terima kasih kerana membuang link ke blog yang begitu busuk fitnahya di blogroll Aspan.

Setelah mengikuti perkembangan berkenaan video fitnah ini, saya rasa begitu sedih, marah atas sikap segelintir MELAYU ini yang mana mereka ini bukan orang yang tidak berpelajaran atau berkedudukan bahkan mempunyai title dato, tan sri dan kononnya level pemimpin sanggup buat perkara yang begitu keji dan jijik.

Dan lebih menyedihkan pihak berkuasa yang seharusnya bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamat rakyat Malaysia seolah-olah bersengkokol dengan fitnah busuk ini.

Yang paling saya tidak sanggup dan benci ialah cara mereka untuk memperbodohkan kita ini.

Betul lah Aspan, penyakit datang tidak kira pangkat, kedudukan, umur, bangasa dan sebaginya.

Penyakit ini datang kerana hati yang telah rosak oleh sifat dengki, dendam, rakus kuasa dan segalam macam kebusukan hati.

Harap sangat rakyat Malaysia ini dapat berfikir dengan baik dan keputusan sekarang untuk buang barah punca barah ini yang saya rasa akan jadi lebih teruk lagi.

Wallahualam.

Anonymous said...

Sir,

In this case it is pure plain curiosity, and it has nothing to do with a mental or mind disorder.

The utmost issue is, you've got to verify for yourself if the person in the video is Anwar.

and no i did not search high and low for the video on the internet. There was a link at the blog I frequent. It was just a click away.

Wan Hamzah said...

Al'Imam Al'Ghazali berkata bahawa rosaknya masyarakat dalam sesebuah negera adalah disebabkan oleh rosaknya pemerentahnya. Manakala rosaknya pemerentah itu sendiri adalah akibat daripada rosaknya para ulama. Manakala rosaknya para ulama adalah kerana rosaknya hati mereka dan rosaknya hati mereka boleh berlaku melalui banyak sebab,tetapi pada umumnya adalah berpunca daripada kecintaan pada dunia serta melupakan akhirat.Wallahu a'lam.

Quantum Metal Consultant said...

Di harap lelaki yang mirip Anwar itu tampil membuat pengakuan secara 'gentleman' seperti Chua Soi Lek.

Pembangkang atau Azizah atau sesiapa sahaja mungkin boleh tawarkan hadiah lumayan mencecah jutaan untuk sesiapa sahaja yang berani membuat pengakuan tersebut bagi menyelesaikan kes ini dan sekaligus membersihkan nama Anwar.

Jika lelaki itu mampu melanggan pelacur sudah tentu dia 'bermuka tebal' untuk tampil, apa masalahnya untuk membuat pengakuan kalau dibandingkan dengan hadiah lumayan yang ditawarkan.

Kalau tak ada yang tampil, timbul juga persaolan, siapa lelaki itu sebenarnya? Setakat ini hanya seorang yang menafikan 'itu bukan dirinya'

Anonymous said...

Snippet clip video tu terang2 menunjukkan ada 2 lelaki dan satu perempuan. Satu lelaki mirip muka Anwar dan seorang berpakaian dan kelihatan memberi arahan kepada lelaki dan perempuan itu.

Ini jelas dan terang dan budak darjah 6 sekarang pun tahu ini adalah pengambaran produksi 'blue film'. Tahu tak, " this is a Thai production crew shooting a blue film in a budget hotel. Both the man and woman are actor and actress in the blue film'. Buat apa nak kaitkan Anwar walaupun actor tu mirip muka nya. Buat apa 'actor' tu nak tampil kehadapan mengaku dia berlakun dlm blue film tu. Produksi blue film tu untuk Thai market dan bukan malaysian market. Saya agak Umno bolih engage actor tu untuk buat produksi yg lebih hebat lagi seperti tohmahan 'Anwar meliwat budak yg muka macam Siful'. Barulah sodomy 2 ada ummppp.

Saya agak that Thai fella Eskay bought this video from the Bangkok red-light district and showed it to Rahim, that underaged girl rapist when he found out that the actors look like Anwar. After that history repeated itself like what happened to Sodomy 1. Bikin malu malaysia..adakan orang Thai macam Eskay bolih dpt darjah Dato.

ummisara said...

Salam Pak Aspan,

Terima kasih kerana menulis perkara yang benar :)

Red Alfa said...

Salam Sdr Aspan

Kluangman meminta Anwar jadi macam gentleman mengaku dia adalah pelaku perbuatan haram dalam video lucah dibuat bertujuan memfitnah dan berniat menjatuhkan martabat dia?

Meminta atas lojik apakah itu?

Peringatan kepada kluangman dan se-angkatan dengannya pesanan RasuluLah saw: beberapa azab-azab dunia keatas seseorang Muslim untuk dipertunjukan kepada umum adalah ditarik darinya hidayah dan taufiq Allah swt supaya dia terus menerus beramal dan berkelakuan jelek seperti menzalimi/membawa fitnah sesama manusia!

Mengikut pendapat ulamak, orang yang sudah ditunjukan kena azab dunia adalah prelude/for sure sudah menempah azab alam kubur dan neraka melainkan dia bertaubat dengan segera.

Sedarlah untuk taubat diterima Allah swt dia terlebeh dahulu perlu memohon maaf daripada orang yang dianiaya/teraniaya.

Anonymous said...

Kalau pengomel2 semua mau benar2 adil, ini cadangan saya;
1. Siasat dan hukum pengedar video.
2. Siasat siapa pwlakon dlm video.
Kerana dua2 pihak ini tetap bersalah mengikut skop kesalahan masing2. Ok ini bab dunia.

Dari segi agama pulak.
Kesalahan pihak pertama ialah menaibkan yg ke dua. Kesalahan pihak ke dua pulak ialah berzina. Dua2 adalah satu kesalahan berat dan sewajibnya menerima hukuman yg telah agama tetapkan.

Ok tak cdgan mcm ni. Baru lah adil, tidak menyebelahi mana2 pihak. Barulah kamu semua kayak digelar golongan yg hanya mahukan kebenaran dan keadilan dan tak mahu yg lain selain dr kebenaran.
Kalau tak boleh buat mcm tu, bermakna kamu juga termasuk dlm golongan yg menyumbang kpd kesuburan fitnah yg berlaku. Hasilnya ke tiga2 kumpulan teemasuk kumpulan pengomel spt kamu kamu juga akan teejun tikam kedlm neraka.

Ok.

Anonymous said...

Kamu semua patut faham. Perbuatan zina jelas perbuatan keji. Perbuatan menyebarkan perlakuan fitnah juga keji. Sdr aspan kalau mahu betul2 adil kena adress la dua2 isu supaya sdr tidak termasuk kedlm mana2 golongan ni.

Anonymous said...

Ulamak2 dan penganalisa gutter sekelian....saya inginnbertanya kpd tuan2 kerana allah dan tuan2 juga kena jawab kerana allah. Apakah kebimbangan kamu semua terhadap kerosakan yg berlaku ini semata2 kerana allah atau campur2 kerana allah pun ya krn selain dr allah pun ye juge?
Kalau begitu adanya, maka kebimbangan tuan2 dlm soal ini adalah kebimbangan palsu dan allah tak akan peduli pd kita semua. Allah tak pandang sikit pun. Percayalah ckp aku ni.
Adakah tuan2 berkerut dahi melihat kemaksiatan dan fitnah yg melata ini kerana disebabkan oleh ketakwaan kamu kpd allah? Tanya diri sendirilah ye... Gue pun tanya diri sendiri jugak.

mo said...

asalam saudara aspan,,,,, video yg di ketengahkan oleh rahim tambi cik dan rakan rakan , sangat hebat tujuan dan niat jahat mereka ini . biarlah mererka ini akan merasa betapa sakit bila hendak mati kelak ? mereka sudah bukan manusia yg waras lagi , sudah bisa menjadi binatamg yg tidak mempunyai akal ??? Apa pun isu bn, najib dan taib nak dedahkan biarlah mereka buat.... rakyat tidak akan keliru lagi memilih wakil rakyat di kelangan pakatan rakyat kali ini ,. kali ini biarlah org swak memboktikan kepada seluruh malaysia bahawa kerajaan yg ada kin adalah munsuh rakyat terbanyak ???? tq

Anonymous said...

Salam sdr2 seagama ku,
Menuduh zina kpd org lain tu saya rasa kita kena lihat betul2 apa maksud disebalik saranan agama. Saya rujuk dan baca sbhg kitab tuduhan yg dimaksudkan itu adalah menuduh seorang wanita yg suci dan terhormat dgn tuduhan palsu. Itu baru dikira jatuh dlm qazaf yg memerlukan penuduh membawa 4 saksi yg muktabar.
Jika kita apply hukum ini pd manusia akhir zaman yg sudh rosak binasa hai ini, hukum itu tidak akan applicable lg. Malahan manusia hari ini akan ambil kesempempatan terhadap hukum yg ada whereas zaman keagaungan islam dulu hukum dijalankan adalah di ayptas maksud utk selamatkan manusia dunia dan akhirat. Pesalah zina zaman keagungan dulu mereka masuk syurga krn ada penyertaan taubat tetapi pesalah hari ini jika dihukum mengikut syarak pun jika teelepas didunia belum tentu mereka akan lepas di akhirat. Jika begini hasilnya maka misi muhammad saw dihantar ke mukabumi akan gagal.
Jgn permainkan agama untuk penyelesaian apa juga kepentingan dunia walau pun sebesar biji sawi...
Jika tidak maka semua akan sia2. Masakan allah bagi tahu Dia akan menghapuskan seorang yg zalim dgn menggunakan si penzalim juga.
Jadi saya tidak terkejut Eskay yg zalim digunakan oleh allah utk menghukum rakannya yg zalim. Sekian wassalam.

Aspan Alias said...

scrooge,

Terima kasih kerana membaca dan memahami apa yang saya maksudkan selama ini.

Gutter politics yang di katakan TR itu memanglah benar dan keadaan sekarang sudah terlalu jauh melampaui batas politik yang 'civil'.

Benar kata sdr yang anak-anak muda sekarang tidak pernah melihat keadaan politik yang nyaman seperti dahulu, kerana orang yang menyebabkan keadaan sekarang ini wujud tidak mahu berhenti dalam masa yang sepatutnya.

Lantaran itu, satu generasi rakyat negara ini telah tidak dapat lagi menerima apa yang setengah dari rakyat yang pernah merasakian kenikmatan berolitik dalam suasana 'competitive' tetapi bersedia menerima hasil demokrasi yang agak tulin semasa itu.

Sekarang semuanya sudah tiada lagi kerana sikap ahli-ahli parti dan penyokong yang bersikap 'the best of friends and the worse of enemy' yang menjadi perkara biasa sekarang.

Seperti banyak pengomen yang saya siarkan, saudara sendiri tengok bagaimana mereka menuduh saya sebagai penyokong Anwar dan mempertahankan Anwar.

Mereka tidak mahu menerima kenyataan yang saya katakan yang saya tidak perduli siapa; Anwar ke atau siapa, jika kita sengaja mengintai dan merakamkan pasangan dalam kelambu dan menghibuahkan kepada orang awam, itu adalah kerja yang paling hina di sisi Tuhan.

Saya tidak tahu siapa orang dalam video itu. Saya tidak akan mengambil keputusan yang orang itu adalah Anwar.

Saya tidak mahu berganjak dari pendirian itu walaupun saya sdi hukum bunuh. Kerja itu kerja hina.

Dalam Islam, jika musuh dalam peperangan itu ketandusan air untuk minum adalah wajib bagi kita untuk memberikan mereka air.

Anjing yg kurap pun tidak boleh kita permainkan ini kan manusia yang berbentuk mim ha mim dal itu.

Saya bukan orang Islam yang baik, tetapi satu perkara yang saya tahu ialah mengaibkan orang lain walaupun musuh seperti ini adalah di kutuk oleh agama kita.

Saya tidak mahu menjadi penyambung kepada kerja hina dan menjijikkan ini.

Bersukaria kerana berjaya mengedarkan video seperti ini nampaknya sudah menjadi biasa dan budaya yang di terima oleh setengah pihak.

Apa orang hendak katakan terhadap saya saya tidak peduli. Mereka nak jatuhkan hukum terhadap saya pun tidak apa. Berjumpa sahaj di Yamilmahsya...tempat pengadilan yang Maha adil.

Salam sdr crooge.

Aspan Alias said...

Red Alfa,

Apa yang sdr katakan itu memang benar. Tetapi sekarang masyarakat kita tidak lagi mengambil peduli isu ini.

Mereka tahu mentarbiah isu tentang hablumminallah tetapi tidak mahu menerima hakikat bahawa dosa sebesar dosa ialah yang berkaitan dengan hablumminannaas.

Tidak tahulah saya jika guru saya itu yang salah tetapi saya tahu dosa kita kepada manusia lain itulah yang sangat payah untuk kita lupuskan.

Tuhan kita Allah, saya tidak tahu tuhan mereka apa. Mungkin ada Tuhan yang lain. Tetapi sejahil-jahil saya saya tahu mengaibkan perbuatan jahat sesiapa yang dilakukan mereka di dalam gelap dengan menghebahkan kepada dunia adalah dosa besar.

Saya tidak mahu menambah dosa saya yang sedia ada. Siapa yang nak tambah dosa mereka terpulanglah kepada mereka.

T kasih Red Alfa.

Anonymous said...

Salam sdr aspan,
Saya menghormati pendirian sdr dlm hal larangan mengaibkan org lain khusunya dlm hal anwar ni.
Walau bgmana pun kita juga harus membuat pertimbangannyg seadil2nya terhadap semua hal yg berkaitan dgn mendedah keaiban ini dan tidak hanya terkhusus kpd kes anwar ibrahim.
Jika kita tidak dibolehkan mengaibkan anwar krn agama melarangnya, maka mengaibkan org selain dr anwar dan sesiapa juga hukumannya tetap sama.
Sesuatu keaiban yg tidak diketahui oleh orang lain dan kita mendedahkannya sehingga orang lain mengetahui keaiban seseorg itu, maka ianya tetap didlm murka allah.
Keaiban manusia tidak khusus dlm hal zina semata. Dan tidak juga terkhusus kpd anwar semata.
Maka apa pandangan sdr aspan terhadap pendedahan yg dilakukan terhadap najib dlm kes altantunya. Apakah wajar kita mendedahkan sedangkan kita tidak mengetahui apakah ianya benar melibatkan najib atau pun tidak. Saya melihat pihak penuduh memalitkan najib hanya disebabkan kaitan c4 dan anggota polis disamping kebetulan razak baginda itu sbg pegawai dan penasihat kpd najib?
Pendedahan kpd suatu kemaksiatan yg benar2 berlaku pun boleh diangap mengaibkan dan fitnah, apatah lagi perkara yg belum pasti kebenarannya.
Bagaimana utk kita pisahkan kesalahan mengaibkan anwar dgn kesalahan mengaibkan najib? Apakah ada kelainan dari segi hukum didlm ke dua2 hal ini?
Saya pohon supaya komen ini dikeluarkan agar boleh dibincangkan secara ikhlas dan jujur oleh komentator.

Salam.
Raja Adil

Anonymous said...

Raja Adil,

Apa dia perkara yang mengaibkan najib?

Dipukul hingga lebam kemudian dituduh pukul diri sendiri? Di usung tilam dsb.

Jika mahu keadilan keatas najib tunggulah kejatuhannya.

Salam Raja X adil

fed up... said...

tengok berita tv3 tadi, sunguh jijik.... tunjuk klips sex lagi kt berita perdana... lain kali letak rating 18sx so ibu bapa bole tutup tv.... malu la kalau anak2 umo 7 thn pi skolah cakap pasal seks najib dan anwar ni....

TV3 pi mampus....

Anonymous said...

Kalai lelaki Y tu tak berperangai mcm tu tak ada lah keluar cerita di TV tu. Dia sepatutnya jgn buatlah. Kalau buat make sure jgn kantoi. Ini asyik asyik kantoi asyik asyik kantoi... Bila kantoi tv jugak yg susah. Nak keluar berita salah tak keluar salah. Yg untung anwar. Syok dpt sokongan pun dpt..Simpati pin dpt... Memang anugerah

Anonymous said...

Senarai semak,

MALAYSIA adalah negara;
1. PORNO no1 - yeah
2. ISLAM - eem cebik bibir
3. SEX - olu ye
4. RAKYAT DIUTAMAKAN - booooo
5. RAJA fitnah - horey NO,1

PAN, radio IKIM pun dah jadi radio Fitnah/PORNO konon ulas berita suratkabar.

fed up said...

maaf lari topik, harap aspan bole buat artikel psl ni....

moslems rarely commit suicide....
unlike non moslems...

Sarbani died because of somebody in MAC dun want the document that he brought be known to the public ???

Who killed sarbani??
Why need to commit suicide in public place... he can do it in his house eating sleeping pill... die without pain in sleep....

june said...

hmmm..tak minat nak tgk video tue, and tak wajar "the trio datuk" show it.. Jelas ini sgt merugikan BN..

Anonymous said...

Fed up...
Awalnya dpt inside info....? Inside info ke xagerated or assumpation or pre-empt? Dats typical opposition!

Anonymous said...

Anon 7 April 2011 00:2:44,

1. Sekejap tadi MI melapurkan beliau telah menerima video sex khairy jamaludin dan isteri seorang isteri pemimpin kanan BN. Copy sebanyak.2000 keping telah beliau bakar.

Isu ni kita nak ulas camne pulak? Agak-agak TV3 dan RTM akan ulas secara besar-besaran tak? Utusan, BH, Kosmo akan sensasikan tak?

Wak Jerman

Anonymous said...

Tak yah layan UMNO ne, humban je..

Anonymous said...

Kalau MACC nak bunuh dia pun, takkan lah bodoh sangat nak bunuh kat pejabat sendiri. Dah la kes TBH sekarang tgh hanngat dibicarakan.

Kalau ikut logik sesetengah org kat sini, takkan lah Anwar bodoh sangat nak buat benda tak senonoh sedangkan moral nya dipersoalkan oleh ramai org dan kes liwatnya pun masih hangat dibicarakan.

Memang org Melayu tak bunuh diri, tapi takkan kita tak pernah debgar langsung pasal kes Melayu bunuh diri.

Tapi saya taklah kata dia bunuh diri sebab ini hanyalah reaksi saya kepada kenyataan sesetengah org kat sini.

Satu lagi kemungkinan ialah musuh kerajaan (politically) yg merancan semua ni memandangkan pilihanraya di sarawak semakin hampir dan niat dia unuk memburukkan kerajaan dan meraih lebih sokongan akan berhasil.

Mungkin saudara aspan boleh huraikan kemungkinan tersebut.

Kalau saya nak frame seseorang, lebih baik saya buat sesuatu yg mungkin boleh menampakkan org tersebut memang bersalah kalau kejadian tersebut berlaku di rumah org yg saya tak suka tu.

Ada kemungkinan tak?

Jadi, fikir lah dgn seluas-luasnya dan jgn hanya fikir daru satu sudut sahaja.

Saudara aspan, ada berani nak tulis pasal perkara (kemungkinan) tersebut?

Atau, it's not part of your agreed terms of payment?

Manok

Anonymous said...

Pelik, bagaimana tiga orang sakit ni, dapat anugerah Dato' . Kasihan anak anak nya.....Kasihan.....isteri isteri nya... Kasihan Malaysia ....Penuh dengan orang sakit....

Anonymous said...

Keluangman,

Diharapkan juga pembunuh antantuya menyerah diri dengan segera supaya keadilan dapat ditegakkan.

Anonymous said...

sdr aspan

sebagai kesimpulan apa yg saudara tulis mengikut persepsi saya: 'tongue in cheek'.

BPR was given d status as a commission because it was more appropriate for a body investigating corruption not to report directly to any ministry to give credence to its independence.

accordingly, we should not speculate of its political motives. any happening involving SPRM should be dealt with from the administrative viewpoint.

clearly SPRM made mistakes in these 2 death cases as the witnesses died during their custody. we have to deal with this accordingly, in an administrative way. people do die in police custody too (perhaps other bodies as well) but that does not mean the organisation should be disbanded. its the problem that lead to such incidences that should be investigated and dealt with satisfactorily until confidence is restored.

i agree with u (as i almost always do) that SPRM in itself should buck up because of the repercussions - as the early comment rightly feared - they must avoid the perception of them being a form of gestapo or savak.

although i said the incidents must be viewed in administrative manner, that does not mean the political master should sit back and not feel they too can play a part in setting putting SPRM on its proper track; after all it was d political will that commissioned BPR into its present form.

i have no doubt that SPRM is doing all it can to combat corruption with whatever limited resources they have (including maintenance budget to ensure CCTVs do work in their premises or windows are properly secured), but the pertinent question is more of concept:

should it be bottom-up as what they are doing (small ones and hopefully zeroing in bit by bit till u get to the top - that way the rakyat will see how SERIOUS the government is in combating graft), OR
top-down? (i'm sure i need not elaborate).

scrooge

Anonymous said...

sprm kena siasat taip, baru jantan

Anonymous said...

Datuk Eskay Kawan Rapat Anwar, Hebat betul reverse pshychology sesiapa yang memainkan isu video lucah ini. Siapa yang mendapat manfa'atnya? Berterusan diberi airtime? Good or bad publicity is still publicity. Mungkinkah Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib ditipu? Ingat.... Eskay RAKAN KARIB ANWAR......