08 April 2011

Pejabat MACC tempat menggerunkan?

Manusia dan semua mahkluk yang di cipta Tuhan akan mati dan mati itu adalah wajib. Mati tidak boleh ditangguhkan atau dipercepatkan walaupun sesaat. Itu adalah kuasa mutlak Tuhan semesta alam dan Maha pencipta. DIA yang mencipta dan DIA jugalah yang akan mematikan mahluk itu.

Hanya yang membezakannya ialah cara dan penyebab seseorang itu mati. Mati tidak perlu kita takuti kerana hanya roh yang sudah mati tubuhnya itu sahaja yang akan tahu samada mati itu nikmat atau celaka. Roh tidak mati yang mati hanya tubuh kita. Itu sebabnya ada elemen dosa dan pahala. Jika roh itu mati masakan ada elemen dosa dan pahala itu kerana roh kita itulah yang akan mengalami kebahagiaan atau celaka sesudah seseorang itu meninggalkan dunia ini.

Perbezaan cara dan penyebab seseorang itu meninggal bermacam-macam. Setengahnya mati kerana ‘accident’. Ada yang mati kerana penyakit yang tubuh kita alami seperti kanser, batuk kering, angin ahmar dan bermacam-macam lagi penyakit. Ramai anggota tentera serta orang awam meninggal kerana peperangan di antara dua atau lebih pihak.

Puluhan ribu rakyat Iraq mati kerana peperangan ciptaan Amerika Syarikat dan sekutunya. Ramai orang Palestin mati kerana serangan bersenjata Israel. Satu lagi cara orang boleh mati ialah banjir dan bah besar. Semasa bah besar di zaman Nuh alaihissalam semua manusia mati kecuali 81 atau 83 orang pengikut Nuh sahaja yang terselamat. Baru-baru ini tiga pulu ribu rakyat Jepun telah mati akibat Tsunami baru-baru ini.

Begitulah keadaannya. Banyak cara manusia ini mati untuk memisahkan tubuh dengan rohnya. Rohnya kan kembali menghadap penciptanya. DAN roh ini lah yang akan merasakan kebahagiaan atau celaka selepas manusia mati.

Roh akan mengalami keadaan di alam barzah itu bergantung kepada bagaimana ia memandu kehidupan semasa masih bertubuh itu. Ianya bergantung kepada niat-niat mereka. Semasa hidup, kita dituntut untuk mengingat Maha pencipta sentiasa bagi mentauhidkan kebesaranNya yang tidak ada sesuatu yang boleh dibandingkan denganNya. Itu sebabnya ada apa yang di sebutkan sebagai ‘solatul Daimun’, iaitu mengingatiNya sentiasa; semasa berdiri, semasa tidur dan setiap masa selagi nafas kita masih ada.

Itulah sebabnya disyariatkan setidak-tidaknya kita wajib melakukannya dengan kerja tubuh, iaitu solat lima waktu yang menjadi rukun kepada agama kita. Itu sebabnya solat itu dikatakan sebagai tiang agama kita selain dari empat lagi yang telah di rukunkan.

Apabila roh kita telah terpisah dengan tubuhnya, tubuhnya itu dinamakan jenazah dan akan kembali kepada asalnya, tanah. Roh akan mengadap rabbul alamin untuk menerima apa yang telah dijanjikan Tuhan itu.

Roh dan tubuh itu berpisah dengan cara yang berbagai-bagai. Selain dari apa yang telah di sebutkan tadi sekarang ini ada cara dan tempat yang baru kita dengar bagaimana roh itu boleh berpisah dengan tubuhnya; iaitu di pejabat MACC. Ini merupakan fenomena yang baru. Setakat ini baru dua kejadian sahaja; satu di Plaza Masalam di Shah Alam dan satu lagi di pejabat Suruhanjaya itu di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

Saya tidak berani hendak membuat komen tentang isu ini kerana ianya melibatkan kematian seorang pemjawat awam dalam perkhidmatan. Kalau saya nak ikutkan apa yang ada di dalam diri saya ini bermacam-macam akan terkeluar dari pemikiran saya.

Biarlah pihak yang berwajib untuk menyelesaikan isu ini. Hanya kita patut mendoakan akan roh Ahamad Sarbini di telakkan di antara roh-roh yang beriman dan sentiasa berada di kalangan roh-roh yang baik di sisi Tuhan. Kepada keluarga Allahyarham saya meminta mereka bersabar menghadapi dugaan Tuhan ini. Setiap manusia pasti menghadapi dugaan. Tuhan akan hanya memberikan dugaan setakat yang manusia mampu menerimanya.

Hanya yang perlu bagi semua lakukan ialah untuk bermunajat dan berdoa agar pejabat MACC ini tidak di persepsikan sebagai tempat untuk menghampiri maut. Wallahualam.

18 comments:

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Seelok-eloknya pejabat MACC digeruni oleh mereka yang mengetahui diri telah bersalah laku!...

Tetapi pejabat MACC janganlah digeruni seperti masa lampau mereka telah mengeruni dan membenci pejabat Kempetai, Gestapo, Savak, Stasi dsbnya.

Sekiranya MACC sudah merupai dan berperangai Gestapo baru, maka kita patut tertanya MACC kini dan kian berkelakuan sedemikian untuk siapa atau mengikut arahan siapa?

Anonymous said...

macc balaci umno

fed up said...

Taib x perna masuk MACC pun....
tapi x lama lagi laaaa ..mahathir dan Taib masuk neraka....

gsk said...

Tutup jer macc, x payah buang duit rakyat siasat rasuah....

Tangkap taaib, nejib dan mehathir, rampas semua harta mereka dan masuk balik kt perbendaharaan...cukup utk majukan balik msia...

Pewaris said...

Salam Pak Aspan,

Ketua Pengarah Kastam awal2 dah buat kenyataan defensive .. kena buat siasatan lagi dan lagi .. tunggu aje kes kematian yang ke 3 di premis MACC/SPRM

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Betul kata PM- kes TBH dn Sarbani tak sama ;
1. Sarbani melayu, TBH cina 2. TBH jatuh tingkat 14, Sarbani jatuh tingkat 3
yang sama cuma, kedua2nya jatuh di pejabat SPRM

huha...huha...

Pakya.

matalembu shah alam. matalembu@gmail.com said...

Tuan Aspan,
ALlahummaghfirlahu warhamhu Ahmad Sarbini.
Begitulah kehendakNya, bila tiba saatnya. Sejuk/dinginnya bila baca komen tuan - ditakdir arwah kembali ke rahmatuLlah di bangunan SPRM, begitu juga mendian Beng Hok.
kenapa nak salahkan SPRM ye?, SPRM jalankan tugas demi negara tercinta.
wahai mufti, ngo(s), bloggers, pengamal media - bangkitlah!, betulkan persepsi negatif dari rakyat bahawa SPRM adalah SURUHANJAYA yang amat ideal. SPRM bukan anjing@barua pihak penguasa sehingga digelarkan SURUHANJAYA PENDERA/PEMBUNUH RAKYAT MALAYSIA.

cara hidup/tujuan hidup begitu juga cara mati/tujuan mati bukankah itu yang banyak dibicarakan dalam kepelbagaian disiplin ilmu. kerana mati seorang insan tentunya tidak sama matinya seorang katak/mati katak.

Tuan pun amat arif, sejarah tercetusnya revolusi/reformasi, peperangan dimana2 negara bukankah pabila emosi manusia dicetuskan oleh "cara mati"...?

Tuan Aspan, kini 2011 - kalau 1911 agaknya bagaimana jadinya kalau kematian itu penuh dengan prasangka? Selepas ini, kera-jaan akan menubuhkan SURUHANJAYA untuk ... suruhanjaya PRM. Keputusannya boleh dijadikan kuiz/teka-teki & hadiah saguhati adalah kain kafan & keranda.

Tuan, saya mohon mencadangkan supaya lagu rasmi SPRM lirik/melodinya seperti ini;

..." bila sprm datang memanggil,
seluruh tubuh akan menggigil..
sekujur badan di pembaringan..
(lagu 'selimut putih' elsuraya)

ingat & sebut SPRM - ingatlah mati. Adapun orang yang selalu ingatka mati itu adalah orang2 cerdik adanya..

Anonymous said...

hanya orang yang salah sahaja takut.... kalau dia seorang yang beriman rajin pergi surau dia tak akan takut dan tak akan buat benda-benda yg Allah larang tetapi...

Anonymous said...

dan ramai yang hentam MACC kenapa? Ingat Pegawai MACC tu suka ke orang terjun dari bangunan diorang tu? ingat diorang bodoh ke nak tolak orang (saksi bukan suspek) ke luar tingkap?

senang je check HP atau telefon rumah arwah tu sama ada pegawai MACC tu ada telefon ke tak...

mungkin arwah tu kena ugut dek pegawai kastam yg lain atau taiko yg bagi rasuah..

biarlah polis siasat dan terus la sokong MACC.. kerana mereka berusaha sedaya upaya utk menghapuskan PENGKHIANAT NEGARA terutama semua CINA-CINA yang bagi rasuah tu

Anonymous said...

Kalau MACC ade telo siasat Taip..
mana datand reta nya..
mengong.

Anonymous said...

Anon @15:41,
Kalau nak tangkap orang yang beri rasuah, senang sahaja.
Cakap "TAK Nak " dan lapurkan mereka.
Sekarang MACC menyiasat, lapurkan sahaja.
Berani kerana benar, takut kerana salah.

Anonymous said...

bagus le.. kalau tengok pegawai sprm dari jauh dah terkencit, masuk bangunan pulak bulu roma dah naik menggerunkan..

macam ni lah tengok sprm ada taring..bila negara dapat tempat indeks rasuah yang tinggi bising pulak malaun ni, tapi bila sprm bertindak macam-macam pulak malaun ni komen..

biarlah dia orang kata, kalau kita ni ikhlas dan konsisten, dalam dua tahun nanti tengoklah hasilnya.

go sprm!

Sedih said...

Para pembara,

Banyak budak2 forwarding dan Kastam tahu Arwah Sarbani ini baik dan sering mengimami solat di Wisma Kastam.

Dia seorang Penolong Pengarah Kastam. Ranking dia kalau dalam polis setaraf DSP.

Dia pergi kepejabat sama macam dia pergi SPRM yakni naik motosikal.

Juga telah diberitau bahawa anak Arwah Sarbani menerima call dari SPRM menyerahkan phone keayahnya. Kemudian, ayahnya beritahu pada anaknya bahawa dia dikehendaki pergi ke SPRM. Sebabnya kes baucer RM30 ringgit bukan 30 juta, bukan 300 juta ringgit.

Lagipun arwah cuma sambung pencen untuk sampai 58 tahun. Kalau dah banyak duit tak perlulah dia sambung mencari nafkah yang halal.

SPRM pula dah ada kotor yang terpalit padanya. Mana ada orang yang berAmanah dan berdiplin disamping memikul tanggungjawab berat diSPRM, ada masa untuk daownload video lucah dan tengok benda yang tidak bermaruah.
Mana ada kalau beban benar2 dipikul, mereka boleh main ping pong semasa siasatan.

Pasti akan mendapat laknat Allah samada tempias diturunkan kepada generasinya atau mereka2 yang menganiaya ini mendapat sakit yang berbentuk azak di dunia ini.

Sedih.

Anonymous said...

Sekarang kematian misteri bergantung kpd siapa dan cara apa dia mati dan di mana dia mati.
Kalau si mati tu mati dipremis milik kerajaan itu maknanya kjaan berkonspirasi. Kalau org yg mati itu bkaitan dgn premis milik pas sbg contoh budak sekolah yg mati dibunuh diperlis itu adalah kerana ajaknya sudah sampai dan tak perlu nak tuduh pas.
Kesimpulannya, pendapat dan tanggapan terhadap sesuatu kematian itu bergantung kpd fahaman politik seseorg tu. Jika fahaman dia condong kpd anti establishment maka si pemberi pendapat itu akan terus mengesyaki bhw wujudnya arahan dr pihak atasan utk membunuh dan melenyapkan saksi atau suspek yg terlibat dgn sesuatu hal spt rasuah.
Akhirnya sedar tak sedar hal kematian pun manusia akan pisahkan dari ketentuan ajal maut. Jika lembu seludup dr thailand mati ditempat rampasan pihak berkuasa juga mereka akan menganggap ini semua mesti ada perancangan dari pihak berkuasa peringkat tertinggi utk menghapuskan saksi.
Hakikatnya manusia tak pernah fikir pun soal roh atau kehidupan selepas mati. Mereka hanya mahu mengekploitasi setiap isu asal saja ia boleh membunuh reputasi kerajaan.

Anonymous said...

Sokong anon0815...
Bila alasan dunia dah tak jalan utk pertahankan kelompok yg di sokong, perlu guna alasan agama pulak yg penting mesti pertahankan. Soal kebenaran dan keadilan itu perkara jatuh no 2. Kalau kebetulan pihak kita yg benar, maka itu ruang utk belasah lawan cukup2. Jika pihak kita salah atau terkantoi kena pastikan kita jgn mengaku dan kena really behave like we r only bringing the truth...at d end of.d day yg terpenting adalah sokongan ramai... Akhirat, dosa atau pahala itu belakang kira jugak... Jika tak mengaku salah sekuarng2 nya masih ada ruang utk org percaya kita. Bijak....memang otak penipu...ligan jgn tak ligan....

Anonymous said...

masing2 jagalah kematian sendiri...

Anonymous said...

Asyik2 bilis je yang kantoi

Anonymous said...

Lebih kurang 30 meter dari pejabat SPRM di belakangnya, tersergam Masjid Al-Imam Al-Syafie. Seseorang Muslim yang ada niat nak bunuh diri, mungkin terbantut untuk meneruskan niatnya, sebaik sahaja terpandang masjid ini, tambahan pula orang yang dikatakan menjadi imam Kuarters Kastam Kelana Jaya. Wallahu'alam.

sri hartamas