27 April 2011

DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara

Saya ditanya oleh beberapa orang adakah DAP benar-benar ingin mengambil alih negara ini dan pemimpinnya akan menjadi PM jika DAP berkuasa? Jawapan saya kepada soalan itu ialah; jika DAP berjaya menguasai Parlimen pemimpinnya akan menjadi PM dan mengetuai eksekutif negara.

Tetapi adakah itu akan terjadi? Jawapannya adalah TIDAK kerana DAP tidak pernah menurunkan jumlah calon yang cukup untuk mengambil alih negara jika semua calonnya menang di dalam pilihanraya umum. DAP memahami 'limitations' yang ada pada mereka.

Di Sarawak baru-baru ini, DAP hanya bertanding di 15 kerusi daripada jumlah 71 di dalam DUN Sarawak. Di Pulau Pinang sendiri DAP hanya bertanding di 19 kerusi sedangkan untuk mendapat majoriti yang ‘simple’ secara sendirian parti itu memerlukan 21 kerusi setidak-tidaknya. Tetapi DAP hanya menurunkan 19 calon dan memenangi kesemua kerusi yang ditandinginya.

Seperti juga MCA kehadirannya di dalam politik negara bukan untuk mengetuai kerajaan dan menjadi PM kepada negara ini. Di Perak, PAS hanya memenangi kerusi yang kecil bilangannya tetapi DAP yang telah memenangi kerusi yang banyak tidak mengambil kerusi MB kerana undang-undang tubuh negari itu hanya memperuntukkan jawatan MB itu untuk orang Melayu. Maka diberikan kerusi itu kepada Nizar Jamaludin daripada PAS.

Tetapi UMNO telah merampas kuasa melalui permainan politik kotor dan mengambil alih pentadbiran negeri Perak itu. Hanya UMNO sahaja memilih seorang MB yang tidak berapa Melayu sebagai MB negeri itu. Itu bukan salah DAP.

Dalam pilihanraya dahulu DAP telah bertanding kurang dari 50 kerusi Parlimen dan jumlah itu tidak sampai pun 25% daripada keseluruhan jumlah kerusi di Dewan Parlimen kita. Masing-masing bilanglah jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh DAP di negeri-negeri lain. Jumlah calon mereka jika menang sekali pun tidak akan membolehkan DAP menjadi tunjang pemerintahan negara.

Hanya mereka bersatu dengan parti-parti yang mereka bersama di dalam ‘coalition’ alternatif untuk memerintah di Pulalu Pinang seperti juga yang berlaku semasa Gerakan memerintah dahulu. Bezanya dulu Gerakan yang didominasi oleh bangsa Cina dan sekarang diperintah oleh DAP parti ‘multi-racial’ yang didominasi oleh kaum Cina juga.

Persoalannya, apa yang menjadi masalah kepada orang Melayu di Pulau Pinang misalnya…atau kepada orang Melayu di seluruh negara? MCA tidak akan membolehkan bangsa Melayu untuk menjadi calonnya di dalam mana-mana pilihanraya sedangkan DAP boleh membenarkan calon daripada orang Melayu jika parti itu mahu menunjukkan dengan secara ‘real’ bahawa parti itu merupakan parti ‘multi-racial’. Jika DAP meletakkan calon Melayu di setengah kawasan, maka parti itu wajar menjadi alternatif kepada MCA. Apa lagi yang orang Melayu hendak memberikan sokongan kepada MCA lagi sedangkan parti itu tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada BN?

Malahan MCA sudah menjadi beban yang berat untuk dikendung bersama. Calon-calon MCA terpaksa diletakkan di kawasan yang didominasi oleh orang Melayu untuk mendapatkan sedikit peluang untuk menang, sedangkan DAP merupakan parti yang ‘reliable’ yang boleh membawa sokongan orang Cina jika kita bekerjasama dengannya. Tidak bolehkah BN memikirkan hal ini?

Kenapa tidak diusahakan untuk bekerjasama? Mungkin DAP boleh memberi kerjasama dengan BN tetapi yang menjadi ‘apprehension’ kepada parti itu ialah samada mereka berkeyakinan dengan keseluruhan kepimpinan BN khususnya UMNO yang ada pada hari ini.

Itulah sebabnya jika pemimpin UMNO mampu untuk berkorban demi parti dan bangsanya maka kerjasama itu tidak mustahil boleh dilakukan. Apabila kerjasama itu mampu dilakukan maka kita akan kembali kepada zaman negara mula mencapai kemerdekaan dahulu. Parti Cina mengambil sokongan orang Cina, parti Melayu meraih sokongan orang Melayu dan India mengambil sokongan orang India. Itulah Perikatan dahulu.

Yang masih menjadi masalah ialah orang Melayu sahaja. Orang Cina sudah sepakat berteduh di bawah DAP, Orang India nampaknya sudah kembali bersatu di bawah MIC dengan kompromi yang sedang dilakukan oleh parti itu dengan menyatukan kembali semua ahli-ahlinya yang telah dipecat oleh Samy Vellu dahulu dengan ahli-ahli yang sedia ada.

Pendeknya, orang Cina telah mengambil sikap dan telah pun menunjukkan pendirian mereka. Orang India pula mengambil sikap untuk terus bersama MIC. Hanya orang Melayu sebenarnya yang belum bersatu dan saya merasakan orang Melayu sedang melakukan ‘soul-searching’ dan belum lagi menampakan ‘urgency’ untuk menentukan sikap mereka.

Orang Cina dan India sudah bersedia dan sudah pun menentukan sikap yang baik untuk mereka. Ini negara demokrasi. Orang Melayu sememangnya tunjang kepada politik negara. Tetapi orang Melayu harus menunjukan ‘dispositon’ sebagai peneraju kepada politik negara. Sebagai tunjang, pemimpin Melayu mesti menunjukkan kepimpinan bersih yang hakiki untuk mendapat penghormatan oleh bangsa lain yang kita pimpin sekali.

DAP tidak anti Melayu. Tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi DAP di kalangan bangsa Cina. Maka yang menggunakan sentimen racist ini adalah UMNO dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam UMNO dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya.

Jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu adalah parti untuk semua kaum maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu dan jika ini dilakukan oleh DAP maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang.

Saban hari rakyat bertambah terbuka dan berfikir dan tidak lagi menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh media perdana dan aktivis pro BN yang giat melalui alam cyber dan sebagainya. Zaman berubah dan siasah pun berubah. Sedangkan sungai pun berubah apatah lagi pemikiran manusia yang begitu sophisticated pada hari ini.

Yang menjadi ‘apprehension’ yang terbesar bagi DAP untuk bekerjasama pada pendapat ramai yang saya bertanya ialah DAP tidak berkeyakinan bahawa kepimpinan hari ini boleh melaksanakan tugas kenegaraan dengan penuh tanggungjawab dan telus.

Maka itu masalah UMNO. Tidak tahulah kita samada parti ini boleh melakukan perubahan kerana ianya memerlukan pengorbanan barisan kepimpinan untuk mempastikan UMNO ini relevan lagi kepada keperluan dan kehendak ramai.

Tetapi mahu tidak mahu UMNO mesti berubah untuk tidak menjadi parti yang dipinggirkan oleh rakyat pada masa akan datang. Kehendak rakyat lagi berperanan daripada kehendak pemimpin, kerana tanpa rakyat tiadalah pemimpin. Persepsi buruk yang ada pada UMNO harus dikikis dan ianya hanya boleh dilakukan dengan pertukaran barisan kepimpinan.

16 comments:

d'enricher said...

Tuan,

Sebenarnya masa untuk parti yang berdasarkan kepada kaum dah tak relevan lagi. Dulu lain sekatang lain.

Kita kena berani kepada Parti yang merangkumi semua kaum, kan dah beria-ia nak kan satu Malaysia.

Polisi yang baik, akan menguntungkan semua pihak, yang perlu dibantu akan terus mendapat bantuan, yang susah akan ada pembelaan, yang rasuah tak kira siapa dihadapkan ke muka pengadilan yang ADIL.

Dalam PRU13 yang akan datang, sekiranya DAP/PKR/PAS atau BN berani, letaklah calun melayu di kawasan yang majoriti kaum cina dan sebaliknya letak calun cina yang majoriti orang melayu.

Masa tu kita tengaok, calun ke, polisi ke atau parti yang menjadi pilihan pengundi.

Saya dah banyak kali sebuk, UMNO dan BN kena kalah dan duduk kat kerusi pembangkang untuk rasa diri dan kembali mendahulukan rakyat.

Kita perkukuhkan Sistem Demokrasi sedia ada, yang baik dan betul kita akui, yang salah dan rasuah mesti dihukum.

Itu baru ADIL, bukan isu melayu, cina, idia, iban, kandazan atau apa bangsa sekalipun.

Kalau isu Islam, orang iman tidak akan terpesung dari yang HAQ, dan yang beriman tak semestinya Melayu atau Arab, Cina atau India.

Kalau kita dapat sama-sama mengarah kepada kebenaran, yang salah saja akan takut.

Cinta Alam Malaysia

A.Alshukor

Anonymous said...

d'enricher,

You said it just spot on. if we are that serious to forge a united Malaysian we should do away with parties of racial line.

For this DAP, PKR and PAS are the three parties for the people to choose.

We have to be abreast with the changing time.

DAP should increase its Malay membership and PAS should strive to get more Chinese and the Indian Muslims.

Do not fear to change.

rashid bardar

Anonymous said...

Saya lebih berminat DAP dari MCA kerana DAP boleh di serati oleh kita orang Melayu.

MCA tidak memberi faedah lagi kepada kita. Kalau DAP kita boleh sertai parti itu kerana parti itu parti berbilang kaum dan parti itu telah pun menunjukan prestasi di negeri saya di Penang.

DAP mentadbir Penang dgn baik dan bersih lagi dari Gerakan BN dulu.

Susah nak akui tetapi itulah kenyataannya.

mohd

Quantum Metal Consultant said...

IB yang digagaskan Utusaan dan kini dijuarai Perkasa sedikit sebanyak dicemburui oleh beberapa pihak termasuk yang sudah lama berbulu dengan Ibrahim Ali.

Kalau di ambilkira Ibrahim Ali adalah serpihan UMNO dan agak konsisten vokalnya dalam memperjuangkan Melayu sejak dulu dan sekarang walaupun dicemuh kerana lompatnya..rezekinya tetap ada sampai kini, lompatnya lompat emas mungkin kerana faktor ikhlasnya.

IB mempunyai matlamat jangkapendek dan jangkapanjang.

1)Jangkapendeknya untuk memberi ingatan sekaligus amaran kepada kaum kaum lain bahawa Melayu dan Bumipuera mampu bangkit untuk bersuara dan mempertahankan hak mereka.

2)Keamanan dan kemakmuran yang ada adalah kerana harmoni dan sikap hormat menghormati antara kaum dan jika ada yang melampau, semua itu akan musnah - ia sangat tidak baik untuk kaum peniaga dan ekonomi negara.

4) Juga ingatan dan kesedaran kepada pemimpin UMNO dan UMNO dilihat sudah gagal memelihara kepentingan dan hak Bumi mengikut perlembagaan negara malah semakin tunduk kepada tekanan dan desakan melampau kaum bukan bumi.

5) Juga petanda kegagalan 1Malaysia yang senasib dengan Islam Hadhari.

6) IB memberi peluang untuk UMNO menyokong dan menjadi pelindung sekali lagi kepada Melayu dan Bumi tetapi amat malang - UMNO menjauhkan diri.

7) Ianya juga satu peluang untuk PAS merapatkan diri dengan IB atas teras keamanan berbilang bumi yang majoritinya Islam - PAS juga gagal menyatakan sokongan kerana lebih yakin dan selesa dicucuk hidung oleh DAP.

8) Matlamat terakhir IB ialah akan bergabung dengan DAP atau menyerap diri sebagai ahli DAP dan menguasai DAP dari dalam untuk mengembalikan keyakinan rakyat sebagai negara majmuk.

Anonymous said...

DAP parti baik....byk cina tapi parti berwibawa....saya melayu ahli DAP....kalau keluar makan lepas party meeting pun, ahli majoriti cina akan pergi kedai mamak atau kedai melayu kerana mereka considerate...tak salah masuk DAP...saya rasa mereka kena ada lebih publisiti..itu saja...merekrut org macam zairil khir johari memang sesuatu yg bagus...beliau merupakan org yang jujur amanah dan kuat beriman...mungkin bakal PM kita...itu kita taktau...insyallah DAP akan menjadi semakin relevan dan akan menjaga kebajikan semua masyarakat...

Anonymous said...

Tak nak komen ke tentang u-tube seks video Anwar part 2.
Sedap dengar Ezam menasihatkannya supaya bertawaduk dan jaga baik keluarganya.
Malukan bekas orang kesayangan membuat pesanan kepada boss who has lost his way. Kahkah.

ginko said...

Betul Aspan, UMNO ini takut kat DAP macam orang takut kat hantu.

Kepada pihak yang baik UMNO akan takt. UMNO berani dengan parti yang kotor aje...senang nak kautim.

Memang DAP secara relatiffnya memang jauh lebih berintergriti dari UMNO. Rakyat sudah mula sedar.

Kita jangan termakan kempen kotor media, terutamanya Utusan.


ginko

Anonymous said...

Salam,
Saya juga pernah idealistik dan termakan hujah-hujah kesamarataan DAP.
Tapi bila dah diperalatkan, barulah saya tersedar.
So sdr, "please don't throw the baby with the bath water".
Terima kasih.

Anonymous said...

Janganlah kita gembira bila komen pasal u-tube seks video Anwar part 2 kerana ternyata dalam Islam mengfitnah dan mengaibkan se-seorang walaupun benar adalah berdosa. Bayangkanlah kalau terjadi kepada keluarga, adik, abang, isteri dan anak saudara yg di atas.

Insaflah..... Bila UMNO membawa budaya mengaibkan seseorang, tuan tuan sendiri dapat berfikir, apakah parti ini yang patut kita bela.....
Oh tidak sama sekali.....
Jadi marilah kita kuburkan UMNO pada pilihan raya kelak.....

Anonymous said...

Mujurlah ada Lim Kit Siang yang selama ini tak sudah-sudah menjaga kepentingan negara dengan memastikan ada check and balance. bayangkan kalau takde orang macam LKS? yang sedihya, UMNO telah memudaratkan nama Lim Kit Siang seolah-olah dialah cina no 1 yang kalau melayu jumpa perlu ditembak dahulu.Kalau orang-orang tua dulu, nama LKS tak boleh langsung disebut.Umur saya 44 tahun, bayangkan saya diajar supaya takut kepada LKS sejak zaman kanak-kanak? Bapa mertua saya sehingga sekarang tak boleh tenguk muka LKS di TV!UMNO berjaya memburukkan nama DAP kemudian lanyak duit rakyat dibelakang.Jadi senang, buat apapun, orang melayu masih sokong UMNO.Rupanya dari segi intergriti DAP lebih mulia dari UMNO. selama ini melayu tertipu dek bangsa sendiri. kesian orang melayu...selalu kena tipu! kena tipu pulak dengan bangsa sendiri dan orang Islam lagi!

Formula123 said...

Semua tahu UMNO dah dirosakkan oleh ulat-ulat ganas yang menumpang padanya. Kerosakan ini dah serius sampai ke akar umbi.

Ulat-ulat dalam rangka UMNO masih degil dan terus memamah rangkanya untuk dirapuhkan. Kerja ulat ini tidak ubah seperti tikus membaiki labu. Ulat2 ini pula, silih berganti kerana cepat membiak.

Ulat2 ini tiada kefahaman ke atas perubahan zaman yang dikaitkan kerohanian, rakyat dan negara kerana dia ulat.

UMNO nak sembuh agak payah tapi kalau nak menang masih ada harapan. Macam mana UMNO nak MENANG? Oleh kerana sudah berpalit dengan kekotoran yang banyak, maka jalan terbaiknya gunakanlah TAKTIK KOTOR. Alternatif taktik kotor ini juga banyak dan boleh dilakukan sehingga ketitisan darah terakhir.

Pakatan pula kalau nak menang, mesti mencari formula racun yang cukup power sehingga hama2 yang masuk rumah rakyat juga boleh dimatikan. Baru boleh jadi. Pakatan tak boleh pakai baja, mesti pakai racun.

Formula123

hak55 said...

Tuan,

Saya pernah mengahadhiri beberapa ceramah dan majlis makan malam DAP sebagai tetamu mereka dan saya kagum dengan cara persembahan dan ucapan beberapa orang tokoh DAP seperti YB Dato' Teng Chang Kim, YB Karpal Singh, YB Lim Guan Eng, dll termasuk beberap tokoh - tokoh muda mereka. Apabila berbual dengan mereka, pendapat-pendapat dan komen mereka tentang politik tanahair adalah amat menarik sekali.

Salaams.

HAK

BUJANG SUSAH said...

Tuan inspirasi saya.. terima kasih Tuan Aspan Alias

Anonymous said...

Dalam hal memerintah negara ni kita semua tiada maklumat yang sepenuhnya. Jadi tak perlu untuk kata itu ini begitu begini. Kena ada bigger picture. Kalau pemerintah buat sesuatu, mungkin kerana mereka ada maklumat terperinci yang mana sesutu tindakan itu perlu dibuat. Bukan semua orang boleh terima maklumat2 itu secara teerbuka. Tentu ada infonya tentang LKS tersebut.

Anonymous said...

Site ni kelakar.

Okay, i'll do my bestest: Hek hek hek hek hek kek kek kek kee

anyway, between you and ariff, i dunno what you guys actually want...ni pun tidak itu pun tidak..

Anonymous said...

Hak
Perhaps you can share with us apa yang hebat pandangan dan pendapat mereka (DAP)?
Lets start with the growing bottom 70% who will earn below RM3,000 in 2020 (Source:ETP)
What has DAP said about these people or will do for them?