03 April 2011

TS Taib - pemimpin yang kebal

MACC tidak mempunyai kekuatan dan kudrat untuk menyiasat tuduhan rasuah dan salah guna kuasa yang di lakukan oleh TS Taib Mahmud sejak berdekad-dekat yang lalu. Boss nombor satu dan nombor dua MACC begitu ‘agitated’ apabila di tanya berterusan oleh wakil media kenapa dan sejauh mana kah MACC telah lakukan untuk menyiasat dan melakukan sesuatu untuk mengurangkan rasa resah rakyat terhadap imej TS Taib.

Keresahan itu bukan sahaja dirasakan oleh penyokong BN tetapi juga dirasakan oleh rakyat biasa kerana isu ini melibat harta benda mereka. Bagi penyokong BN mereka merasa begitu lemah untuk melakukan kempen untuk mendapatkan sokongan rakyat dan tidak bermaya untuk menafikan wujudnya apa yang dituduh oleh banyak pihak tentang perlakuan Ketua Menteri yang paling lama duduk memerintah negeri kenyalang itu.

Isu ini bukan sahaja dirasakan oleh rakyat negara ini tetapi juga oleh masyarakat antarabangsa. TS Taib merupakan orang yang paling dikenali oleh masyarakat seluruh dunia. Malahan di dalam banyak tulisan dan komentar di dalam negara dan di luar negara Taib telah diletakan sebaris dengan nama-nama pemimpin seperti Marcos, Suharto, Tito dari Yugoslavia dan hailie Salasie dari Ethiopia serta banyak lagi nama-nama yang ‘notorious’.

Seluruh dunia melihat dengan dekad segala gerakkan Taib di dalam menjalankan tugas selaku peneraju dalam pilihanraya Sarawak yang ke-10 pada 16 hb yang akan datang ini. Bagi mereka yang berfikir yang nama yang baik adalah criteria yang penting untuk mengetuai usaha mendapatkan mandat rakyat, melantik beliau (Taib) untuk dipaparkan kepada rakyat bagi mendapatkan sokongan yang berterusan dari rakyat merupakan satu tindakkan yang payah diterima oleh sesiapa yang mempunyai semangat demokrasi.

Di sinilah MACC boleh memainkan peranan dengan menyiasat serta merongkai segala pandangan negatif rakyat terhadap pemimpin yang berusia 75 tahun ini. TS Taib tidak ubah seperti Maharaja yang duduk bersimpuh dan segala arahan dan tindakkannya tidk ada siapa yang boleh menghalangnya walaupun oleh pucuk pimpinan Persekutuan.

Jika isu RM 2 atau tiga ribu ringgit yang di isukan terhadap Teoh Beng Hock boleh menyebabkan berlakunya apa yang semua orang tahu telah berlaku, bagi pemimpin seperti TS Taib tidak siapa boleh menahannya termasuk siasatan dari MACC berhubung dengan isu yang mengelilingi beliau. TS Taib telah memdapatkan segala immunity dari apa-apa tindakkan undang-undang. Undang0-undang hanya boleh dilaksanakan terhadap rakyat marhen seperti kita sahaja.

Tidak ada siapa yang suka-suka mengkritik institusi seperti MACC tetapi apa yang berlaku ini tidak dapat sesiapa yang mampu bertahan dari memberikan kritikan. Kita sepatutnya bersama-sama memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang mencemarkan pentadbiran kerajaan jika kita benar-benar mahukan sokongan rakyat yang berterusan.

Setelah tekanan yang begitu besar baru terdengar TS Taib berhasrat untuk meletakkan jawatan, tetapi hanya setelah memenangi pilihanraya. Kenyataan itu sendiri merupakan pengakuan bahawa beliau menerima hakikat bahawa beliau berkewajipan untuk meletakan jawatan kerana ingin menjaga imej kerajaan itu.

Tetapi baru sekarang jugalahterbukti bahawa selama 3 dekad pemerintahannya beliau rupa-rupanya masih belum ada pengganti yang sesuai dan yang muktamad. Kalau zaman Tunku menjadi PM, semua rakyat tahu jika beliau meletakan jawatan dan bersara Tun Razaklah pengganti beliau. Begitu jugalah semasa Tun Razak memimpin Husein Onn lah orang yang akan menggantikan beliau dan seterusnya Mahathirlah pengganti Husein jika Husein meletakkan jawatan.

Selepas itu Mahathir telah memecahkan tradisi ini kerana dari awal lagi beliau lebih menumpukan usaha untuk memerintah sepanjang hayat jika ada peluang dan Musa Hitam bukannya pemimpin yang beliau mahukan mengganti beliau. Hasilnya berbagai alasan telah diberikan untuk membuatkan Musa tersepit dn terpaksa meletakan jawatan. Akhirnya Mahathir lah PM yang memecahkan rekod mempunyai 4 Timbalannya sebelum meletakan jawatan setelah 22 tahun memimpin. Malahan sehingga sekarang Mahathir masih lagi dianggap sebagai PM oleh penyokong-penyokong ‘totok’nya.

Budaya ini sudah menjadi budaya yang kekal di dalam politik kita orang Melayu. Bak kata perbidalan, ‘bapak kencing berdiri, anak kencing berlari’. Konsep kepimpinan melalui teladan ini benar-benar berlaku di Sarawak. Taiblah murid Mahathir yang terbaik. Kata orang guru tetap guru tetapi muridnya mungkin menjadi Raja. Mahathir adalah gurunya dan Taib adalah murid yang telah menjadi Maharajah.

Ketiadaan persediaan awal untuk menyediakan pimpinan pengganti beliau ini membuktikan bahawa Taib tidak pernah berfikir untuk meletakkan jawatan selama ini. Sekarang ‘sudah nak berak baru menggali lubang’ kata orang tua-tua.

Mungkin BN masih lagi boleh selamat kali ini, itu pun kerana sikap PKR yang tamak dan sedang bergeser dengan SNAP dalam perebutan kerusi didalam pilihanraya ini. Jika PKR dan SNAP telah menyelesaikan isu ini lebih awal kita bolehlah rumuskan yang BN Sarawak akan menjadi pembangkang di DUN negeri itu.

Sampai bila kita hendak selamat kerana kekusutan pihak lain? Bila kah masanya kita akan disokong secara ‘legitimate’ dan bukan kerana kuasa dan infra politik yang kuat yang ada kepada kita?

DAN sampai bila kita hanya berjaya kerana diselamatkan oleh pengundi pedalaman yang hanya mengikut kuasa yang ada kepada kita secara membuta tuli ini? Sampai bila…..?

Bila kah masanya kita akan berjaya kerana mendapat sokongan yang benar-benar ‘legitimate’ dari rakyat dan tidak lagi kerana helah-helah politik orang yang sedang berkuasa?

Adakah akan sampai ketikanya yang kita memenangi pilihanraya dengan perlaksanaan demokrasi yang tulin? Walaupun jalan ke arah itu seolah-olah sudah tertutup namun kita wajar berdoa agar Tuhan memberikan hidayah kepada pemimpin-pemimpin dan rakyat untuk melakukan perkara-perkara yang tidak memudharatkan negara pada masa-masa yang akan datang.

Bagi pandangan saya, hanya afa’al Tuhan sahaja yang akan membuka hijab kita semua untuk melakukan perkara-perkara yang hanya di dalam keredhoan Tuhan yang Maha Esa.

16 comments:

Anonymous said...

Bebal dan kebal bro. Orang2 dkt MACC tu dilantik oleh siapa? Kalau dia siasat tanpa 'perkenan' boss dan UMNO, dia orang akan hilang jawatan, hilang pangkat, hilang rezeki, hilang kedudukan. Sebab itulah dia orang tak berani siasat rasuah dan salah guna kuasa oleh orang kenamaan dan berkuasa. Saya panggil mereka ni HIPOKRIT.Ada jugak orang cakap MUNAFIK.

Anonymous said...

Aspan, now u know what money can do to anyone including to top leadership.

Taib can demand the impossible from Najib. Taib can purchase support from Najib.

A mata-mata can be charged for petty corruptions but Taib is free from charges and investigations. This is BN government bro. Yang salah boleh lepas yang tidak bersalah boleh boleh masuk penjara.

Everybody, don't make further noises. Just vote the corrupt BN out.

amat belia, serian

Ismail | ISO 9001 Malaysia said...

Salam Tuan,

Semua yg telah, sedang dan akan berlaku adalah af'al Allah Taala tetapi kita terhijab oleh nafsu ammarah dari membuat pengakuan ini. Kerna itu kita disuruh bersabar dan bersolat. Bukan manusia yg mengatur tetapi ALlah yg mengatur, tetapi manusia sangka dia yg mengatur.

Pembaca said...

Saudara Aspan,

Saya amat mengikuti pandangan blog Aspan berkaitan senario politik di Malaysia masa kini.

Saya mampu membacanya kerana bahasa dan penulisan yang berfakta.

Cuma kalau Aspan lihat di "blogroll" blog ini, ada pautan ke blog "House PK" yang mana penulisan saya rasa sesiapa sahaja akan muntah bila membacanya.

Mohon kalau boleh, pautan tersebut dibuang kerana blog Aspan agak tercemar disebabkanya.

Walaubagaimanapun itu terpulang kepada Aspan.

Terima kasih atas ulasan politik yang diberikan.

Unknown said...

Taib,

awak makan lah pil viagra dan main dgn bini lebanon u.... pi mampuslah kau masa seks...

Duit tu bole pakai kt Neraka ker???

Anonymous said...

Taib Mahmud sah memang tak kebal. Tetapi pegawai atasan Macc sah memang bebal...macam tu punya banyak tohmahan rasuah dan harta berbillion RM, tak berani nak siasat.

Dalam kes Teoh Beng Hock, wang terlibat ialah Rm2000/= shj, kerja macam nak mati sampai pagi. Last2 Teoh mati.

Memang bebal..memang bengap ...dan memang bodoh pegawai Macc. Apa nak buat...mereka semua melayu yg mengamalkan budaya feudal..budaya Hang Tuah..ikut cakap Pemimpim Umno membuta tuli.

musafirdidunia said...

Cakap jer si Taib tu nak berhenti. Bila dah BN menang lagi di Sarawak, terus senyap sepi! Ini ler janji para peneraju BN, Khasnyer UMNO yg 150% tidak dapat saya terima sejak dari dulu lagi. Hanya mereka yg bebal saja sanggup dipatuk ular selama lamanya dari lubang yg sama! Buta hati perut serta rendah tahap daya pemikiran, umpaya masih lagi berada di zaman Hang Chuah di Melaka.....

Anonymous said...

belia serian,

"Yang salah boleh lepas yang tidak bersalah boleh boleh masuk penjara."

Komen:

kalau ya pun nak menang janganlah cakap ikut sedap mulut. ko ada ke bukti bagi pertuduhan yang kamu lontarkan? kalau tak ada bukankah itu memfitnah semata-mata?

Ismail,

betul tu. manusia hanya merancang tetapi Tuhan tentukan. manusia sangka dia di pihak yang benar dan berhak mememrintah tetapi dia tidak sedar pemerintah yang ada itulah yang lebih layak sebenarnya -- lebih layak dari dirinya.

Gunasekar,

berdasarkan komen kamu itu, boleh berikan satu alasan kenapa kamu tidak seharusnya di gelar "paria"?

Middle Lane

"Upper Lane" said...

Middle Lane pandai komen orang, tapi dia musiba..t dia tak sedar diri, buta mata dan buta hati.

Inilah namanya Melayu OKU totok, penjilat dan pencacai kurap macam ParpuKari, kepala mabuk minum todi.

Minta Belia Serian, Ismail dan Gunasekar komen sikit kat si otak lembu yang baka alien ni...!

"Upper Lane"

Anonymous said...

saudara aspan

i hv been a keen follower of your blog, one of the strengths of which is your ability to keep it 'civilised' (sans expletives comments).

Of late I found for some reasons some of these comments escape your attention and gets published. I do not know if this is deliberate but it is not in keeping with what has been before.

ebernezer scrooge

matalembu@gmail.com said...

Tuan Aspan,

dah 53 tahun, negara kita punya pemimpin berstatus KEBAL @ BEBAL.

sebut saja SPRM, PDRM, JPN, SPR, JKDM & apa sajalah jabatan kera-jaan di bawah mana2 kementerian jawabnya adalah UMNO-BN.

seperti SPRM & PDRM - tugas utamanya adalah untuk memantau/menyiasat segala benda yang ada mengena dengan tokoh @ negeri yang dikuasai oleh pembangkang - berdepan dengan tokoh umno-BN, agency penguatkuasa ini akan 'mati kuku/mati batu'.

doa rakyat & dicampur dengan sumpah laknat nampaknya tidak berkesan - Para jahanam semakin gemuk berminyak dan terus nyaman mengira untung & rakyat terus menyokong dengan lambaian mesra.

hidup Sarawak, hidup TS Taib - 1 Malaysia.

mata-lembu shah alam

Unknown said...

Anon Middle lane,

awak gelar aku paria ker, mangkuk ayun ker, keling ker, belacan ker, apek ker.... aku peduli aper....

i bukan jenis sensitif.... kau tau berapa negara i da keje selama ni?? brp byk duit i bwk masuk ke negara ni?? orang UMNO dan BN tahu bawak kluar duit ke Australia, singapore dan UK jer....

dari timur tengah hingga afrika aku da keje...dah 5 negara...

Kau la mangkuk bodoh dan sewel....
Jenis penyokong Mubarak, Suharto, Najis najib, mamak kutty, polpot dan hitler...

Terus jadi bodoh jer... Projek MRT korang tu mcm projek lrt n komuter yg x rancang bagus pun....tahun 80an, singapore da rancang baik2...tahun 2011, mangkuk 2 kt UMNO tak tau mcm mn nk buat sistem pengangkutan yg baik pun....

Selumbar said...

TS Taib Mahmud memang kebal orangnya sama ada pada zahir atau pun pada batinnya kerana beliau
adalah orang yang bijak dalam ilmu politiknya.

Segala perancangannya dibuat secara teliti dan tidak tergesa-gesa khususnya mencipta syarikat, mencipta projek berasaskan keutungan, menyenaraikan nama-nama kroni secara berhemah, menyalurkan duit keuntungan keluar negara secara pelahan-lahan. Menyingkirkan secara halus pemimpin yang dilihatnya berbakat dan berpotensi untuk menentangnya.

Kedua, TS Taib Mahmud tidak malas untuk bekerja dan menyelesaikan apa jua permasaalahan yang dihadapi oleh kerajaan BN. Ini membawa maksud bahawa TS Taib Mahmud tidak berkira soal tenaga dan wangringgit apabila diminta oleh pemimpin dari kerajaan pusat.

Ketiga, TS Taib Mahmud bukan saja ketua menteri Sarawak tetapi telah mencapai taraf maharaja Sawarak kerana terlalu lama berada dalam kerajaan negeri.

2008, kedudukan kerajaan pusat amat lemah sehingga terpaksa bergantung kepada kerajaan negeri Sarawak untuk terus berkuasa.

Bayangkan kalau semua MP Sarawak melompat masuk parti pembangkang, apa akan jadi pada kerajaan pemimpin Mohd. Najib ?

Oleh kerana itu bagaimana perdana menteri boleh menghantar MACC kerumah TS Taib Mahmud untuk menyoal asal usul harta yang dimiliki ? Sedangkan perdana menteri juga didakwa terlibat dengan komisyen RM500 juta pembelian kapal selam ?

Kita boleh bercakap tentang polis, SPR, SPRM, Peguam Negara, Hakim, akta dalam undang-undang, tapi kita tidak boleh harap mereka bekerja untuk rakyat secara adil dan profesional.

Sepatutnya kita sudah faham apa yang dimaksudkan oleh DS Nazri Aziz

"....Bagaimana anda akan dapat SPR yang bebas? Dari mana pegawai-pegawai itu datang? Dari syurga? Sistem kita adalah semua pegawai dilantik oleh (Yang di-Pertuan) Agong dengan nasihat perdana menteri...."

Ini membawa maksud bahawa semua agensi kerajaan akan tunduk kepada arahan kerajaan BN dan sentiasa bekerja untuk memenangkannya.

Apakah kita masih mengharapkan polis akan berkerja secara profesional ? Lihat apa yang sudah dilakukan oleh anggota polis ketika DS Anuar Ibrahim berceramah di Sarawak ?

Masihkah kita mengharapkan MACC akan menyiasat kesalahan pemimpin dari kerajaan BN ?

Apa yang kita risaukan ialah tipu muslihat yang bakal dilakukan oleh agen kerajaan BN ketika berkempen, mengundi dan ketika mengira kertas undi dalam pilihanraya DUN Sarawak.

Kita percaya calon pakatan rakyat boleh menerima kekalahan dalam pilihanraya itu jika rakyat benar-benar mahukan BN, tapi boleh kah kita berdiam diri jikalau calon BN menang dengan cara menipu ?

Fikirlah sendiri ...!

Anonymous said...

Selumbar kata,

"Ini membawa maksud bahawa semua agensi kerajaan akan tunduk kepada arahan kerajaan BN dan sentiasa bekerja untuk memenangkannya."

Komen:

Berpandukan hujah yang sama, tidakkah agensi kerajaan di negeri di bawah kuasaan PR akan tunduk pada PR dan sentiasa bekerja untuk memenangkannya?

Ini menunjukkan apa yang kamu persepsikan memang boleh berlaku. Bukan saja pada satu pihak tetapi semua pihak yang mentadbir. Dan kalau ia boleh berlaku dalam negeri Bn maka kemungkinan ianya berlaku di negeri Pr adalah sama tingginya.

Makanya kalau kebobrokan rentas pakatan/barisan mahu ditiadakan, setakat Pr tuding pada Bn dan Bn tuding pada Pr ia tidak akan ke mana-mana. Pada saya ia hanya menampakkan sikap dwi standard para komentar di laman maya saja.

mahaza said...

Jika sebelum ini SPRM (MAC) boleh mengambil tindakan dan memulakan siasatan sekadar berpandukan lapuran akhbar seperti kes kereta MB Selangor ataupun lembu korban. Takkan kena tunggu laporan atau arahan rasmi baru boleh bergerak pula dalam kes TM? Macc otomatis mensiasiakan pegawai yang benar-benar dedikasi dalam SPRM?MAC.

Anonymous said...

mahaza said...

"Jika sebelum ini SPRM (MAC) boleh mengambil tindakan dan memulakan siasatan sekadar berpandukan lapuran akhbar seperti kes kereta MB Selangor ataupun lembu korban."

Komen:

Saudara baca kenyataan ini yang disiarkan dalam laman web salah seorang ahli Pas.

"Pada 3 Feb 2009, Gerakan Anti Korupsi (Gerak) membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan yang didakwa melibatkan Khalid."

Ini sekali lagi menunjukkan sememangnya pelayar internet lebih suka membuat tuduhan melulu walhal dalam era internet sekecil-kecil perkara boleh di semak dan disahkan benar atau sebaliknya.

Ingatlah pemfitnah mungkin terlepas dari disaman oleh pihak yang difitnahkan tetapi dalam konteks agama, mesti ada sebab kenapa pada 2008 meskipun Putrajaya nampak teramat dekat tetapi rupa-rupanya masih jauh!

Middle Lane