Apabila sampai waktu dan masanya pilihanraya akan diadakan. Di waktu itu rakyat akan keluar beramai-ramai untuk menuju ke peti undi memilih siapa dan parti mana yang patut memerintah negara. Di dalam sebuah negara demokrasi seperti kita memilih mana-mana parti yang terdaftar secara halal tidak menjadi kesalahan. Itu sebabnya negara memperuntukan di dalam perlembagaan untuk rakyat memilih mana-mana parti yang dipimpin oleh sesiapa pun.
Rakyat sebuah negara demokrasi sebenarnya mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga negara ini. Pemimpin yang dipilih atau parti yang diberikan mandate itu adalah tanggungjawab rakyat sebenarnya. Rakyat mesti memilih pihak yang benar-benar jujur dan ikhlas untuk menjaga mandat mereka. Apa pula yang di mandatkan oleh rakyat itu?
Sesungguhnya rakyat memandatkan pemimpin dan parti yang di pilihnya itu untuk menjaga negara dengan baik. Apa pula ingredien kebaikan itu? Ringkasnya, parti yang terpilih itu mesti menjaga keselamatan negara dari ancaman luar serta sentiasa memertabatkan kedaulatan (sovereignty) negara dan rakyat yang berlindung di bawahnya.
Negara adalah kepunyaan rakyat dan rakyat berhak untuk sentiasa mencari dan memilih pihak mana yang lebih dipercayai oleh mereka. Jika rakyat mendapati pihak yang telah di pilih sebegitu lama untuk mentadbir negara kepunyaan rakyat itu telah menyimpang dari apa yang sepatutnya mereka lakukan, rakyat boleh menggantikannya dengan pihak atau kumpulan yang lain.
Itulah sebabnya adalah tidak wajar pihak yang memerintah menggunakan kuasa dan pengaruh dengan sewenang-wenangnya dengan menutupi apa sebenarnya yang berlaku dan dilakukan oleh pihak yang telah menyimpang dari tanggunjawab mereka untuk mentadbir rakyat dengan baik. Rakyat wajar meneliti rekod mereka yang telah memerintah itu. Pemimpin negara itu adalah hamba kepada rakyat dan bukannya rakyat yang diperhambakan oleh pemimpin.yang mereka pilih.
Apa yang selalu terjadi ialah mereka yang terpilih itu memperhambakan rakyat dengan membohongi mereka secara terbuka. Rakyat pula akhirnya yang dikelirukan dengan memberikan kefahaman yang salah oleh pemimpin yang telah terpilih oleh rakyat tadi. Rakyat pula sebaliknya disekat dari mengetahui apa kesalahan yang mereka lakukan dengan menggunakan alat-alat yang dibuat dan di gubal oleh wakil-wakil mereka di Dewan-dewan lagislatif seperti OSA (akta rahsia resmi) dan sebagainya.
OSA itu memanglah satu akta yang penting untuk menjaga keselamatan negara kerana banyak perkara-perkara yang rahsia bagi negara untuk tidak diketaui oleh negara-negara lain serta agensi-agensi yang boleh memudharatkan negara. Tidak ada siapa dari rakyat yang bertanggunjawab akan membantah kewujudan akta seperti ini kerana hendak menjaga keselamatan negara.
Tetapi pemimpin-pemimpin yang diberikan mandat ini menggunakan akta ini untuk merahsiakan kegiatan kotor mereka seperti rasuah dan menggunakan kuasa secara salah. Akta ini dipergunakan untuk menutupi segala perlakuan rasuah dan sumbang mereka dari pengetahuan rakyat.
Apa bahayanya untuk membuka dan mendiklasifikasikan perjanjian di antara kerajaan dengan syarikat konsessi lebuhraya misalnya? Kenapa letakan perjanjian di antara IPP dengan kerajaan (TNB) dibawah akta rahsia resmi sehinggakan Menteri yang bertanggungjawab tentang tenaga ini menyatakan adalah salah untuk ‘declassify’ perjanjian ini bagi pengetahuan rakyat. Katanya itu adalah rahsia di antara kerajaan (TNB) dengan syarikat-syarikat IPP itu.
Tidak ada sebab isu perjanjian ini hendak dirahsiakan dari rakyat dengan menggunakan OSA ini jika tidak ada apa yang hendak disorokan dari rakyat. Rakyat ingin tahu kenapa harga pengeluaran kuasa yang hanya 0.12 sen itu dibeli oleh TNB dengan harga 0.23 sen misalnya. Rakyat bertanya, kenapa, kenapa dan kenapa?
Rakyat merasakan ‘keferasatan’nya kerana mereka (pemimpin) yang dipilih mereka itu tidak jujur dan ingin menutupi perkara-perkara yang berlaku di dalam pembelian ‘paksa’ terhadap TNB ini. Rakyat berfikir tentu ada pemimpin-pemimpin dan pihak yang ‘songlap’ harga tambahan yang begitu tinggi dari harga pasaran tenaga itu.
Isu ini bukannya isu ringan yang boleh di ambil dengan sambil lewa oleh pemimpin yang telah dipilih rakyat tadi. Kalau lah mereka yang diberikan mandat itu tadi masih berdegil di dalam negara demokrasi mereka (rakyat) boleh memberikan kuasa itu kepada pihak lain yang dirasakan lebih dipercayai.
Kalau rakyat membuat ‘bising’ pemimpin-pemimpin ini bertindak dengan marah-marah pula dan sebaliknya menuduh pihak pembangkang yang sengaja memanaskan isu ini untuk menjatuhkan mereka. Kalau tidak mahu rakyat marah kenapa takut-takut dan bersilat-silat dengan mereka (rakyat) untuk mengelak dari mereka mengetahui perkara yang sebenarnya? Buktikanlah pembangkang itu yang bersalah dengan mengeluarkan segala butiran perjanjian itu kepada mereka (rakyat). Kenapa gunakan OSA untuk mengelak dari rakyat mengetahui perkara yang sebenarnya.
Begitu juga perjanjian di antara kerajaan dengan syrikat konsessi lebuhraya. Perjanjian ini juga diletakan dibawah OSA. Kenapa OSA? Apa bahayanya kepada negara jika di ‘declassify’ kan? Mungkin jika di ‘declassify’ kan ianya merbahaya bagi mereka yang telah mendapat kepentingan peribadi secara haram. Itu secara otomatik menjadi persepsi rakyat.Rakyat hendak tahu bagaimana harga toll semakin hari semakin tinggi sedangkan trafik yang menggunakan lebuhraya itu semakin hari semakin berlipat kali ganda jumlahnya. Kenapa di dalam perjanjian itu pengguna dipaksa membayar toll yang semakin tinggi?
Kenapa tidak berkurangan dari masa kesemasa sedangkan ‘fixed cost’ pembinaan dulu sudah di ‘amortize’ sekian lama? Rakyat hendak tahu tentang itu. Jangan marah jika rakyat bertanya kerana bukan perasuah sahaja yang pandai membuat kira-kira untuk kepentingan mereka. Rakyat pun sudah belajar dan kesekolah sikit-sikit dan sudah pandai membuat kira-kira, tetapi untuk kepentingan pengguna (rakyat).
Kenapa tidak cari jalan yang lebih mudah dan murah untuk melaksanakan sistem MRT yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan itu. Kenapa kosnya melebihi RM50 billion termasuk mengambil alihan tanah? Boleh atau tidak jika rakyat mengambil ‘initiative’ untuk menghantar consultant bebas untuk meneliti kos terhadap projek ini. Salah kah jika rakyat merasa curiga terhadap ketelusan tentang harga projek ini?
Bukan kah telah terlalu banyak contoh kos pembinaan pembangunan negara dilipat kali gandakan oleh pihak kerajaan. Bukankah rakyat sudah nampak tentang kos procurement terhadap pembelian alat-alat dan komponan pertahanan negara ditambah dan ditambah berlipat kali ganda untuk kepentingan mereka yang berkuasa hasil dari mandat rakyat tadi?
Salah kah rakyat merasa curiga kerana mereka telah sedar yang selama ini wang mereka telah dipergunakan oleh pimpinan dan perlaksana dengan sesuka hati mereka? Apabila rakyat menuduh mereka meminta bukti perlakuan rasuah mereka pula. Bagimana rakyat hendak tunjukan bukti walaupun rasuah itu benar-benar berlaku kerana segala-galanya dilindungi oleh OSA?
Kenapa terlalu biasa memperbodohkan rakyat? Kalau rasa terdesak kenapa kita dengan senang menyalahkan pembangkang? Itu hak rakyat untuk memilih. Memanglah pembangkang itu akan mejadi pilihan mereka jika segala persoalan ini tidak boleh dijawab oleh mereka yang sedang memimpin sekarang?
Salahkah jika rakyat memilih pihak ‘alternative’ jika yang menyandang kuasa sekarang terus-terusan bersilat-silat dengan persoalan yang diajukan oleh rakyat? Sekarang ini nampaknya kesabaran rakyat sudah nampak menghilang dan telah bersedia untuk melakukan pemilihan yang baru.
Jawapannya ialah melalui pilihanraya. Itulah sebabnya Bersih hendak menunjukan manifestasi rakyat ramai dengan rally yang dirancang mereka. Itu pun mendapat kutukan dari media masa perdana setiap waktu dan masa. Salah lagi rakyat. Semua pihak salah kecuali mereka yang diragukan rakyat itu.
Nampaknya pemimpin yang telah diberikan mandat sebegitu lama hanya menumpukan masa untuk menutup lubang-lubang yang mereka korek sendiri. Sudah ditutup lubang ini terbuka pula lubang yang lain. Akhirnya pemimpin kita tidak ada kerja lain selain dari menutup dan membuka lubang-lubang sahaja. Sekarang semuanya sudah berlubang-lubang. Ada lubang besar dan ada lubang kecil. Macam-macam lubang ada.
Akhirnya UMNO aku akan masuk lubang dan tertimbus. Tetapi itu hakikat. Kita keluar dari lubang dan di akhir kalam nanti kita akan masuk lubang juga. Apabila sudah berada di dalam lubang nanti tahulah kita nasib masing-masing.
24 comments:
Salam Aspan,
Salah satu cara untuk menutup 'lubang' ini dengan hacking the system dan meletakan Anonymous dan bersih sebagai scape goat.
Tuan Aspan,
Saya berkongsi kemarahan dengan tuan terhadap tindak tanduk kepimpinan sediada. Banyak sangat isu yg menjengkelkan. UMNO dan korup sepertinya sudah jadi isi dan kuku. Banyak sangat isu dari hal TNB dan IPP nya,keuntungan petronas vs kenaikan harga minyak, pemberian subsidi yg tidak telus, pengagihan serta harga2 projek yg tidak munasabah dan pelbagai lagi yg semata menjurus kepada memenuhi saku mereka dan kroni2 mereka sahaja.
Yang saya tidak bersetuju hanya dengan demontrasi jalanan serta penganjur yg pada saya mempunyai agenda tersendiri. Saya tidak dapat bersetuju dengan cara sedemikian kerana kesan nya pada ekonomi negara amat tinggi. Kerajaan yg terbentuk selepas rusuhan akan menghadapi krisis ekonomi yg ditakuti akan lambat pulihnya.
Bukan isu pemulihan ekonomi sahaja yg merisaukan tapi kepimpinan yg hendak menggantikan kepimpinan yg telah dijatuhkan beramai ramai ini, boleh kah ianya dipercayai? Dgn lain perkataan jika Najib di buang, adakah anwar akan jauh lebih baik sedangkan mereka ini pernah tidur sebantal di katil yg sama dan di rumah yg sama. Ini yg bermain2 di pemikiran kami. Kami tak lah sayang sangat pun pada UMNO, cuma setakat ini pengganti UMNO belum nampak ketajaman nya.
PAS adalah alternatif terbaik. Pengurusan parti yg tersusun, setia serta telah teruji dengan pelbagai cabaran gelombang politik. Disiplin dan kurang mata duitan pemimpinnya juga menarik minat saya. Cuma, pemimpin PAS ini seperti malu malu utk menjadi pemerintah. Mereka hanya berani umumkan hendak menggantikan UMNO sebagai parti org melayu tetapi bertangguh utk umum bertanding disemua kerusi UMNO. Buatlah keputusan berani.. bagitahu rakyat malaysia bahawa PAS akan jadi parti dominan seperti UMNO di BN. Senaraikan calun yg berkaliber dan tidak korup di kesemua kerusi UMNO nescaya UMNo akan menggeletar. Bukan satu rahsia yg kebanyakan calun UMNO ini dilihat sebagai korup yg ahli UKMNo pun enggan nak pilih cuma tiada pilihan. Doa saya agar PAS berikan kami alternatif yg sebenar. Alang2 bertanding biar serius. JIka bertanding pun tapi kerusi nya jauh lebih rendah dari UMNO, lupakanlah hasrat nak menggantikan UMNO. Maka rakyat akan terus terhimpit dalam lubang seperti yg tuan Aspan ceritakan tadi. harap PAS kali ini lebih serius.
sdr ibni ismail
pembetulan tentang BERSIH, bukan untuk jatuhkan kerajaan tetapi nak perbetulkan perjalanan SPR yang banyak tempang. Antaranya penggunaan DAKWAT KEKAL masa pilhanraya, untuk pastikan setiap orang hanya boleh undi sekali sahaja kerana pengundi yg dah mengundi akan dikenakan dakwat tsb
Saudara Ibni Ismail,
Tuntutan BERSIH adalah untuk mendapatkan sistem dan proses pilihanraya yang adil dan telus. Kelangsungan dengan adanya satu sistem pemilihan yang adil dan telus maka rakyat akan dapat mengangkat mereka yang jujur memperjuangkan kebajikan rakyat sebagai wakil mereka di Parlimen.
Tanpa satu proses pilihanraya yang adil dan telus maka pemilihan seseorang wakil rakyat itu akan menjadi 'skewered' atau 'bias'; yang mana rakyat terpaksa menerima wakil rakyat tidak sepatutnya.
BERSIH tidak dan tidak pernah menuntut supaya kepimpinan kerajaan yang sediada diganti. Jauh sekali bagi BERSIH untuk menjatuhkan kerajaan BN hari ini. Apa yang dituntut adalah proses pilihanraya yang adil dan telus! Selebihnya biarlah rakyat yang menentukan; biarlah rakyat dapat membuat pilihan dalam keadaan satu proses yang adil dan telus, siapa yang rakyat mahu jadikan pemimpin mereka! Itu hak rakyat, bukan hak BERSIH.
Bagi saya kegusaran saudara terhadap demonstrasi pada 9 Julai ini dan kesannya kepada ekonomi negara adalah tidak bertempat. Bagi saya ia adalah satu pandangan seperti bidalan "penny wise but pound foolish", atau bidalan lainnya " you have to break the egg to have an omelette". Biarlah sakit sekejap kena injek sejarum, asalkan baik sakitnya.
Saudara,
Berapalah kosnya kepada ekonomi negara dengan berdemo sehari berbanding dengan berbilion yang telah hilang kerana ketirisan ekonomi disebabkan oleh penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah setakat ini. Saya berani memberi jaminan bahawa tanpa proses pilihanraya yang telus dan adil, ketirisan ini bukan saja akan terus bersambung malah akan menjadi lebih besar lagi.
Saya sudah tua, kubor pun macam dah lambai lambai saja. Tapi bahana dari ketirisan ekonomi dan penyalahgunaan kuasa ini akan ditanggung oleh anak-anak dan cucu cicit kita. Apalah salahnya kita berkorban sedikit demi kebaikan masa depan generasi akan datang.
Hishamudin Husein,
you play tricks on everybody. Stupid you. you are not going to issue permit on all the 3 rallies.
You know that perkasa and UMNO won't get the support and there you are..no permit for everybody lah!
If permit is issued surely pemuda UMNO and Perkasa will have not more than 5000 crowd with them.
Bersih will ten have 500 thousand with them.
Apa sudah jadi pada ini hishamudin??? Dia orang ni betul-betul tak malu lah!!!
Anon dan Amatmok..
Kalian telah tersalah tafsir maksud saya tentang BERSIh. Silap saya rasanya yg tidak pandai meluah pemikiran dibandingkan dgn tuan Aspan. sebab itu saya tak boleh jadi blogger. Syabas untuk Aspan alias yg memerah otak utk ber blog.
Apa yg saya cuba katakan adalah demontrasi jalanan seperti yg penganjur BERSIH adakan ini tidak akan berhasil merubah kebobrokan pemerintahan sedia ada. Jika tujuannya hanya nak letak dakwat hitam lah ataupun nak batalkan undi pos atau nak ketelusan persempadanan, maka tak perlu lah nak anjurkan demontrasi seperti ini. Seperti komen saya pada posting tuan aspan 20 jun atas tajuk Apabila kita mengalabah.. saya yakin jika masih kekalkan sistem kerusi parlimen tanpa ambilkira undi rakyat, maka selagi itulah pemerintah sedia ada tak akan dapat kita ubah. Dengan lain perkataan, alang alang nak berdemontrasi jalanan maka biarlah kita minta sistem pemilihan PM kita dibuat oleh rakyat. Sebenarnya isu ini amatlah panjang utk diulas. Memang banyak pro & kontra nya.
Harap tuan Aspan dpt luangkan masa utk menulis ttg sistem kerusi dan undi majoriti serta bagaimana BN dengan hanya lebih kurang 55% undi sahaja pernah mendapat 2/3 kerusi di parlimen.
Salam Saudara Aspan
@ibni ismail adalah tersilap menganggap demonstrasi jalanan BERSIH akan membawa impak kepada ekonomi negara dan akan membawa hanya kesusahan kepada rakyat.
Satu daripada harapan dari demonstrasi BERSIH adalah untuk mencelekkan mereka seperti ibni ismail ini bahawa ramai telah mulai mempercayai bahawa kerajaan ini akan mengunakan segala tindak dan helah untuk melanjutkan pemerintahan semata-mata hanya untuk kepentingan diri bagi mereka akan dapat terus meraut kuasa dan kekayaan secara haram.
Pilihan raya adalah peluang bagi rakyat untuk menolak kesemua penyangak-penyangak yang selama ini telah menyalahgunakan institusi-institusi yang sepatutnya memperkuasakan hak-hak rakyat. Disinilah kuasa yang diberikan khas kepada SPR untuk rakyat adalah sangat relevan diperbetulkan anggapan umum.
Memang patut sungguh mengadakan demonstrasi BERSIH untuk menuntut SPR memihak dan mengembalikan kuasa ini kepada rakyat.
Sedar tak siapakah mereka ini yang sangat-sangat menunjukkan tentangan dengan sekeras-kerasnya demonstrasi BERSIH diadakan?!!
Yang tak pahamnya kenapa SPR terlalu defensif dengan permintaan BERSIH? Bukankah itu semua ciri2 pilihanraya telus dan adil?
Nampak sangat SPR ni komponen BN.
Sdra AmatMok,
1. Ibni Ismail banyak memberi komen sejak akhir-akhir ini. tajuknya sama - mengenai cadangan Bersih mengadakan demonstrasi. Hujah Ibni Ismail setiap kali sama je, walaupun diulas oleh beberapa orang seperti sdra dll.
2. agaknya Ibni Ismail ni geng cyber trooper baru yang dimaksudkan oleh zahid hamidi kot......hehehe
wak jerman
Sdra Ibni Ismail,
Saudara berkata "Apa yg saya cuba katakan adalah demontrasi jalanan seperti yg penganjur BERSIH adakan ini tidak akan berhasil merubah kebobrokan pemerintahan sedia ada."
Kenyataan saudara itu tidak dapat saya terima kerana:
1. belum berbuat apa-apa lagi saudara sudah membuat rumusan yang ianya tidak akan membuahkan hasil
2. apakah pejuang kebangsaan melayu dulu ada terfikir begini semasa mereka turun menghadapi kekuatan British dalam isu Malayan Union dan menuntut kemerdekaan? Kalau mereka berfikiran seperti saudara, agaknya ketua negara kita sekarang ni Queen Elizabeth II lah.
3. kalau kerajaan sediada tidak nampak bahawa rakyat benar2 mahu perubahan, apakah saudara fikir mereka akan berubah perangai? Jadi kita sebagai rakyat kena lah tunjuk kebencian kita baru pemerintah ambil tahu, baru lah mereka berubah sebelum di ubah.
4. pernahkah saudara mendengar ungkapan ini: Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendirilah yang merubahnya?
5. Sekiranya tiada demonstrasi jalanan seperti BERSIH ini, adakah sikap pemerintah akan berubah? Tak payah lah saudara nak merenung jauh ke zaman pra merdeka dan tak payah lah nak mengimbau kembali cerita Mahatma Gandhi. Cukup sekadar melihat apa yang berlaku di Poland, Tunisia, Mesir dan Libya sekarang ini.
Akhir kalam, mungkin juga benar kata Wak Jerman, Wallahua'lam
Salam Guys,
I came across this comment from Marking Bagpie at Rockybru....
"99% Chinese readers support Bersih, or so it is to be made to be believed. Some signed multiply, of course, or get their sons and daughters and alzheimer uncles or menopause aunties to sign as well. But that is no matter. What matters is that the ones who sign do so within the comforts of their air-conditioned rooms, just fresh from some Bak-Kut Teh evening or Tai Chi exercises.
But will they do it THEMSELVES? Actually go to rallies? Nooooo. For THAT they will have to depend on some Malay Lembus from PKR and PAS. You know, the ones who baring-baring atas jalan obstructing Sultans' cars. The ones who are more than just glad to be chased by the Police, be hosed down with some yellow acidic water.
Will the chinese apeks undergo the same clashes with the Police? Will the Bangsar accountant-cum-DAP life member withstand the cemetis of the FRUs? Will the IT executive who seemingly support the gomen ouwardly (for the sake of gomen grants) but writes poison-pen blogs in Cyberjaya welcome the acidic water hoses of the Police?
I really don't know, but are cows reptiles? Is Mars a moon? Is Elizabeth Wong a virgin?
I agree with some people here. Let's give the bejesus of a permit for them and turn the bedevil loose on their wish for anarchy and trouble-making. But you know where we should hold the rally?
1. In Petaling Street.
2. In Sekinchan
3. In Jalan Kuchai Lama
4. In Brickfields
5. In Batu Road.
No? Not fair?
Don't want to disturb Chinese peace and Chinese property and Chinese prosperity?
Then I do a better one here.
Let's do it at the following places:-
1. Kg. Baru
2. Kg. Datuk Keramat
3. Bangi
4. Banting.
5. Ibrahim Ali's kampung. (Why not? You guys are so gung-ho at demonising him)
And let's see how THOSE people there react.
Still No also?
Then Chinese-based Star, why don't you do the following: Go and redo your polls and ask the people ON WHOSE PREMISES AND BUSINESS CENTERS they wish to hold the rallies.
You know, the hawkers of Mesjid India. The street sellers of Jalan Tunku Abdul Rahman. And heck, the Rolex-Ciplak peddlers of Petaling Street. The Bak Kut Teh proprietors of Jalan Pasar. The Water Chestnut roasters of Pudu.
See now, Uncle Lim Kit Siang is trying to hijack the "Rakyat Malaysia" terminology when he tries to instill the impression that "All Rakyat Malaysia" is FOR the illegal assembly whence, in actual fact, only a miniscule really do so ... and even the click-button yes-sayers are actually "moral supporters" who, when the real time comes, really prefer to sit at home and watch the events unfolding within the confines of their peaceful abodes and let the Malay Lembus do the dirty work themselves.
Malaysia's REAL peace comes as soon as these Malay Lembus realize the extent to where they have been used."
Aspan dan kawan2 semua, what do you think?
To me, this guy is right....
Manoq
Dear Manoq,
I'm surprise to read that you subscribe to the thoughts of Marking Bagpie (or is it Barking Magpie?). But then again, as the barking fella put it so succinctly, some Melayu are lembu!
I for one agree that so many melayu are lembu but for different reasons. To me, melayu are lembu or to be precise "are binatang ternakan" being kept by UMNO. The reasons? Melayu were comfortably sitting and wallowing in their excrement when an UMNO leader used a billion of the nation's money to bail out his son. Melayu were unperturbed when the same leader slowly withdrew scholarship from deserving and poor melayu student. Melayu was happy that the government is willing to pay 500 million commission to a RM 2 company (for negotiating an arms deal) but not willing to spend 750 million on maintaining basic subsidies. Melayu was euphoric when their leader decided to impose the teaching of Math and science in English (without first making sure that all the melayu student could speak and understand english). Melayu was jubilant that at present because of corruption and mismanagement, MARA could no longer provide cheap tertiary education to the Melayu masses. Melayu was proud when their children were asked to burdened themselves with huge education loan just to get knowledge and a lowly diploma (which many of them found out was worthless and they are already in debt even before they were employed). And so many more reasons that many melayu are lembu for just doing nothing and worse never even questioned the behavior and the mismanagement of their corrupt leader. Yes, sir I do agree.
However the fault of those melayu can be attributed to complacency and the "tidak apa" attitude plus general lack of education and IQ. What cannot be forgiven are the action of some melayu who are educated, who are with knowledge (not to mention have the ears of the leadership) but chose to be the pliant servant and lap dog to these corrupt leaders. These melayu because of money and position, willingly and willfully use their knowledge and position to further enslave and keep the melayu from growing a brain and conscience. These pet dogs and ayam tambatan are roaming the nation, stirring up racial tension and religious bigotry. These animals are the true enemy of the melayu and to put it bluntly, "gunting dalam lipatan and "munafiq"!
1/2...continue..
Nick.
Continued..2/2
IMHO, it is good that so many melayu willingly and sincerely want to attend the BERSIH rally. It would be shameful if our grandchildren would read the history someday and found out that the BERSIH rally being the catalyst for change and a better future for the nation was hoisted on the shoulders of our ethnic minority citizen whence the Melayu are still lazily wallowing in their own self pity and stupidity, cowering under a coconut shell. I will not have that. We the melayu will lead the way as we have done 50+ years ago. We the majority ethnic race must be the biggest in numbers and in spirit.
I for one envy the chinese for their speedy awakening and steadfastness in their resolve. You and Barking Magpie were wrong about the resolve of the chinese. They have done exactly what's needed (which was voting anyone except BN) and they again showed it through the Star on line poll. They did not waver in their conviction. I wager we will see many chinese along side their melayu brothers and sister, walking side by side, saying to the government "we've had enough and we will accept nothing less than a clean and fair election. It is our right as owner and lawful citizen of this country".
Melayu were being kept as "binatang ternakan" by UMNO for the past 30 years and now slowly they are waking up from slumber, growing a brain and more importantly finding their conscience. But sadly there are some melayu out there who does not want this transformation to continue and would do anything and everything to stop it. And it is because once the Melayu has awaken and became educated, these lecherous melayu and its worshiper will no longer be the elite and the very wealthy. They will eventually dies as all parasite dies when it host detaches themselves from it. It will be a brighter future then for the Melayu and the country. And all dogs and ayam tambatan will know the fate that awaits them.
Nick.
Perkataan rakyat sudah dijadikan hak mutlak parti pembangkang. Pembangkang sudah dapat paten. NGO yg menetang bersih itu bukan rakyat. Peniaga dan lain2 pihak yg tak bersetuju dgn bersih pun bukan rakyat dan tak mewakili rakyat.
Inilah kelebihan pembangkang. Mahir membuat tempahan awal perkataan2 yg mewakili rakyat. Tapi hakikatnya selama ini BN dan perikatanlah yg telah berkhidmat kpd rakyat hasil dr mandat yg rakyat beri. Pembangkang tak usahlah claim rakyat belakang kamu selagi belum diberi mandat oleh rakyat dlm pilihanraya. Dah lama dah dok guna rakyat, marhain, tindas, zalim dan mcm2 lg pkataan yg boleh mempengaruhi rakyat. Tp bila PRU Bn jugaklah yg dpt mandat.
Hehehehehehe. Geli hati aku...
Anon 12:30,
Kali ini Pakatan dapat mandat!!
joseph
Ha ha ha..
Itu pasal ler UMNO dan BN perasan Duit Rakyat tu duit depa...walhal, duit Kerajaan itu duit hasil cukai yang di bayar oleh Rakyat, jadi kalau ade projek kerajaan sepatunya menjadi Projek Rakyat bukanyan PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL..hangpa tu pegang amanah aje ...janagan buat macam harta mak bapak ko orang..anyhow memang banyak lembu dalam bangsa melayu, terutama mereka yang malas nak berfikir!!!!
Sukarnya kalian untuk menerima pemikiran orang lain. Terima lah hakikat bahawa perbezaan pendapat ini satu lumrah kehidupan. Tidak perlulah anon wak jerman menuduh saya sedemikian semata mata perbezaan ini. Ini bukan budaya yg elok utk berbincang. Kan lebih matang kita jika tuan2 terima pendapat yg berbeza kemudian fikir2 kan dan ambil yg elok serta buanglah jadikan sempadan jika pemikiran orang lain itu tidak sesuai dengan cara tuan. Saya pula bercakap ttg bersih sebab tuan aspan sebagai tuan rumah bercakap ttg bersih. Tidaklah elok jika tuan rumah cakap ttg bersih,kita bercakap ttg isu lain.
Pak Aspan,
THANK YOU, THANK YOU & THANK YOU for the write up. You have spoken on behalf of us,THE RAKYAT.
Tokalang
Dinegara lain, umpamanya di India, semua perjanjian konsessi oleh Kerajaan dan GLC dengan mana mana pihak dipamerkan di dalam website kementerian dan GLC berkenaan untuk "public scrutiny"
Di Malaysia- "RAHSIA KERAJAAN"- poodah!!
i am one of those so call "silent voter", who prefer not to huh hah much. as time past, i saw things that should not have happen happened. i saw too many lobangs where the gomen have close both eyes many times. as for me, when the gomen are not capable to lead and bring harmony to the country, they should be boot out and replace with a more professional thinker and open minded leaders that look further for a better malaysia...
as years past, we are moving backward more instead of forward! other asean countries have already catching up and move further. more and more investors are moving away because of certain policies and guidelines that favor certain group. the loser will always be the ordinary "malaysians". it is correct when ppl say, "first world infrastructure, with third world mentality"...
it is funny to know some ppl who always like to champion over race issues when they already know that, kito semua sama... manusia!
Not supporting UMNO does not mean that I have to support Bersih.
Not supporting the opposition does not mean that I have to agree with whatever that is being done by the Federal Govt, State Govt or the local Govt.
Supporting UMNO also does not mean that you have to agree with everything that the leaders are doing.
Well, Pakatan Rakyat does not represent me and i believe the majority of the people.
I also want what is the best for me, my family, and also my fellow M'sians.
To me, i chose not to support the Bersih rally because they actually have a better platform which is formal engagement with the law makers in the parliament and actually sitting and meeting with the EC.
But that's not happening. They chose to ignore the law and when they allow themselves to be associated with the opposition, then they have lost a lot of support among the silent majority, me included.
Take S'gor for example, how many times do we read in the newspapers (the Sun that is quite pro-opposition) on the Ronnie Liu vs local councils and Ronnie Liu vs Hassan Ali.
There are hundreds of massage parlours in PJ, Klang and Subang and what is the state Govt doing.
Yes, the situation is quite similar to KL but since S'gor in under the opposition control, what has the state govt done to solve the problem ..... not much.
Have the busses companies (not under Rapid KL) improve their services in other areas like Kuala S'gor etc which are under the direct control of the state Govt? No right?
Is inconsiderate parking still a problem in S'gor? Yes, and just like KL, the road conditions are just as bad.
How about the countless approvals of housing development near the hils, are they not happening in S'gor like in Bukit Antarabangsa, UK Perdana, Ampang etc.
And ... don't get me started on Kelantan with the dirty masjids and pasar etc...
Until and unless they can show me and many other Govt's "supporters" that being under the control of Pakatan Rakyat means all the problems (they are many more actually) that I listed above have been solved and tackled in the best possible way, then they are no better than the current Govt (BN).
In the meantime, I'll stick to BN and I chose to critisize them and keep hem on their toes so that they can give us leadership, peeace, economic prosperity and a better standard of living.
So, Bersih .... no thank you.
Untuk Pakcik Aspan, ssudah2 lah nak salahkan dan kaitkan Tun M dlm semua benda. Move on.....
Kita semua pun tak lama lagi nak hidup.....
Manoq
Ibni Ismail,
1. Saya tidak menuduh tetapi sekadar lintasan difikiran. tidak semestinya betul atau salah.
2. Lintasan itu timbul setelah mengikuti gaya dan isu yang saudara utarakan sejak beberapa artikel tuan blog sebelum ini - hanya satu isu sahaja: perhimpunan bersih sahaja walaupun tajuk tulisan tuan blog telah beralih kepada tajuk lain yang tidak ada kaitan langsung dengan isu perhimpunan tersebut.
Gaya sebegini, kebanyakan regulars sudah kalih dan tahu sangat kerana gaya tersebut ( dok ulang perkara yang sama walaupun tajuk artikel sudah berubah) adalah dari geng cyber trooper UMNO Baru je.
Lintasan saya kerana terbaca dengan komen zahid hamidi mengenai blogger/trooper UMNO Baru, mana la tahu kot saudara antara generasi baru sebagaimana hasrat zahid hamidi .....he3x
wak jerman
Manoq,
Kalau hidup pun jadi lembu, buat apa?
It's true Selangor state under PR.
But the enforcer dari mana?
PDRM bukan dari Federal?
you name it any ministry is all under the control of Federal Govt.
Kalau state govt. to implement the policy, semuanya kena sabotag oleh penjawat-penjawat awam yg, sudah 50tahun di "brain wash" oleh umno/bn
Busuk punya Umno/bn
Mat Screw,
Majlis perbandaran adalah di bawah kuasa kerajaan negeri. So, kenapa hang kata enforcer drp Federal?
PDRM can raid the places all they want, but at the same time, licenses are given to the businesses by the local councils.
People like you makes me even more convinced that they are a lot of lembus among the hard-core supporters of Pakatan Rakyat. Saa lah jugak macam UMNO pun.
To you, they (Pakatan Rakyat) can do no wrong and anything that they can't or fail to do, it's always the fault of someone else, either the previous BN state govt or the federal govt even when they have nearly full control of the state affairs.
Funnily enough, the state Pakatan Govt does not have to give excuses for their failures or account for their mistakes, because they will have plenty people or lembus you to defend them.
Bukan ka pegawai2 awam tu pun voted for opposition sebab tu S'gor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Kalau ikut Aspan, semua tu salah Tun M.
Aku pun bukan support sangat UMNO dan kerajaan sebab tu lah aku pun voted for opposition in 2008.
Tapi, berpada-padalah kalau nak sokong mana2 pun, jgn lah sampai terlau fanatik sampai tak nak kritik langsung org yg kita sokong.
Manoq
Post a Comment