Heboh di kalangan pemimpin kita dalam UMNO mengeluarkan komen tentang hasil muktamar PAS yang baru selesai semalam. Isu yang paling popular ialah isu pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang telah mengalahkan Nasharudin Mat Isa dan Uztaz Tuan Ibrahim.
Yang terakhir ialah komen dari Nazri Aziz yang telah mengadakan sidang akhbar semata-mata untuk membuat komen dan seperti pemimpin lain Nazri juga adalah di kalangan yang runsing dengan perubahan yang berlaku di dalam PAS. Runsing mereka ialah kerana mereka merasakan yang perubahan yang agak besar di dalam PAS itu mungkin memudharatkan UMNO/BN didalam pilihanraya yang akan datang.
Bagi saya pula, saya baru sahaja menulis tentang keperluan kita untuk berubah dan itu tuntutan Islam. Saya ulangi yang kita wajar berubah mengikut waktu dan zamannya. Islam itu progressif, dan Islam itu hidup di sepanjang zaman. Islam itu universal dan ianya merangkupi semua bidang kehidupan. Jika PAS melakukan perubahan maka ianya sedang mengikut kehendak agamanya supaya melakukan perubahan untuk menyesuaikan mengikut waktu dan zamannya.
Ramai orang boleh membahaskan mengikut selera politik masing-masing tetapi yang yang penting sekali untuk kita sedar ialah perubahan itu menakutkan UMNO yang masih statik dan tidak berupaya untuk berubah sedangkan rakyat yang dipimpinanya sudah jauh berubah. Perubahan yang dilakukan oleh PAS itu tidak semestinya mereka lari dari asas perjuangannya. Kita boleh berijtihad tetapi kita tidak lari dari asas Islam yang sejati.
Nazri telah mengandaikan yang perubahan di dalam PAS itu ialah untuk menjadikan Hadi Awang sebagai pemimpin alternatif kepada Pakatan Rakyat dan jika ini benar Nazri berpendapat yang Hadi sedang berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya nanti. Komen Nazri itu membayangkan yang apa yang di takuti oleh UMNO bukannya siapa yang berkuasa di dalam PAS.
Yang ditakuti oleh Nazri itu ialah ‘consequence of events’ yang mungkin boleh mempengaruhi rakyat untuk meninggalkan sokongan kepada UMNO dan mengalihkan dukongan mereka kepada PAS kerana kesediaan PAS untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik. Apa yang sebutkan oleh Nazri itu merupakan seratus peratus ‘political statement’ semata-mata untuk menimbulkan perasaan curiga PKR kepada PAS.
Pemimpin-pemimpin kerajaan BN menumpukan usaha untuk memisahkan gulungan ulamak dan yang liberal dan bermacam-macam jenama yang diberikan terhadap masing-masing kumpulan dalam PAS. Itulah sebabnya ramai yang memberikan persepsi yang UMNO itu sebuat parti yang ‘desperate’ kerana sudah tidak mampu melakukan perubahan seperti yang dilakukan oleh parti-parti yang mereka musuhi.
UMNO seperti dulu juga mahu mengambil kesempatan di atas perpecahan pihak lawan Itulah sebabnya sokongan yang di dapati oleh UMNO bukannya sokongan yang legitimate tetapi meraih sokongan di atas perpecahan pihak lain. Itu tidak memeranjatkan sesiapa kerana wujudnya UMNO yang didaftarkan pada tahun 1988 dahulu itu adalah berlandaskan kepada perpecahan di kalangan UMNO dan parti baru ini mengambil perpecahan pihak lain sebagai senjata ampuh untuk memenangi pilihanraya.
Nazri cuba menakut-nakutkan rakyat yang Hadi akan menjadi PM jika Anwar tidak dapat mempertahankan diri di dalam banyak isu peribadi beliau. Saya ingin bertanya, jika Hadi menjadi PM apa salahnya? Apakah seorang yang berserban tidak layak menjadi PM? Apakah salahnya jika pemimpin PAS menjadi PM?. Kenapa ada ‘preconception’ yang orang seperti Hadi tidak boleh menjadi PM jika betul pun beliau mahu mencubanya?
Sedangkan kaki rasuah dan penyalah gunaan kuasa pun boleh menjadi PM apa salahnya pemimpin yang belum ada rekod menyalah gunakan berbillion-bilion ringgit wang rakyat menjadi PM? Adakah jawatan PM itu hanya untuk perasuah-perasuah sahaja?. Bukankah perlembagaan negara tidak membataskan yang jawatan PM itu hanya untuk orang UMNO sahaja.
Sesungguhnya kita dapat melihat pimpinan UMNO masih tidak dapat membuat pengakuan yang UMNO sudah lemah dan kebanyakan dari mereka masih belum dapat menentukan atau mempastikan UMNO akan berjaya mempertahankan kubu-kubunya. Keresahan pemimpin-pemimpin kita amat jelas dan di antara yang ramai-ramai itu saya nampak Muhyiddin sebagai pemimpin yang paling prakmatik dalam semua andaian beliau. Beliau mengakui yang kali ini BN akan berhadapan pilihanraya yang amat sengit dalam sejarah demokrasi kita.
Saya sendiri mendapat kritikan pedas kerana secara peribadi saya tidak memusuhi pemimpin-pemimpin dan ahli parti-parti pembangkang. Ada di antara pembaca tulisan saya telah meminta saya supaya menyertai DAP kerana saya berkawan dengan beberapa orang pemimpinnya sejak dari dulu. Fahaman politik tidak akan memisahkan saya secara peribadi dengan pemimpin yang berlainan parti.
Yang penting bagi seseorang itu ialah mempunyai jiwa besar yang hidup. Kita biarlah ibarat ikan di dalam laut. Walaupun ikan itu hidup bertahun tahun di dalam laut tetapi jika kita keluarkan ikan itu dari lautan itu, ia tidak akan menjadi masin kerana ikan itu berjiwa dan hidup. Ikan itu tidak akan terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.
Di sebaliknya jika ikan itu mati dan tidak berjiwa ia akan menjadi masin jika direndam dengan air garam yang masin dan jika dijemur ia akan menjadi ikan masin. Itulah sebabnya ikan masin amat menyelerakan untuk dijadikan santapan mereka yang lahap dan sentiasa lapar.
UMNO sedang menakut-nakutkan orang ramai dan menganggapkan PAS sudah menjadi parti yang liberal dan itu salah pula kepada UMNO. Tetapi jika PAS dikuasai oleh kumpulan ulamak seperti dahulu UMNO juga akan menjadikannya sebagai isu besar dan menuduh PAS sebagai parti yang mengikut rentak taliban dan sebagainya. Bagi UMNO apa juga yang dilakukan oleh PAS itu semuanya salah dan usaha menakut-nakutkan rakyat tetap menjadi senjata mereka walaupun senjata itu kini sudah tumpul dan tidak berbisa lagi. Rakyat tidak boleh dipermainkan dengan sentiment yang tidak laku itu lagi.
Hadi juga telah menjawab isu perbezaan perjuangan PAS dan DAP di dalam muktamar parti itu baru-baru ini. Kerjasama di antara dua parti itu adalah di dasarkan kepada perbezaan-perbezaan itu. Jika tidak ada perbezaan maka tidak timbul isu berkerjasama kerana sudah tidak ada perbezaannya.
Maka PAS telah menjawabnya dengan baik dengan menyatakan kerjasama hanya akan berlaku jika ada perbezaan di antara dua pihak yang berbeza. Jika kedua pihak itu tidak ada perbezaannya apa yang hendak dikerjasamakan?
Saya berpendapat UMNO perlu menumpukan kepada kelemahan sendiri. Jangan bersusah payah untuk menjaga kelemahan orang lain. Jika kita sudah perbaiki kelemahan kita maka kita tidak perlu takut dengan perkembangan pihak lain atau pun menakut-nakutkan orang ramai.
17 comments:
Sebenarnya saya (Melayu dan bukan ahli PAS) dan mungkin juga sebahagian besar rakyat jelata tak peduli / kesah lagi apa yang di ujah oleh pemimpim UMNO / BN. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Tetapi PAS telah memberi saya harapan.
TN hAJI ASPAN, SAYA TIDAK PERNAH MEMIKIRKAN APA YANG SDR KATAKAN DIDALAM TULISAN SDR ATAU SESIAPA JUGA.
SETELAH SAYA BERJUMPA SECARA TIDAK SENGAJA DGN SDR BARU-BARU INI SAYA DAPATI SDR MERUPAKAN ORANG MELAYU TULIN YG INGIN MELIHAT BANGSA KITA MAJU DAN BERJAYA.
SAYA BERHARAP SDR MASIH MENGINGATI SAYA YANG DATANG KEPADA SDR DITEMPAT MAKAN ITU.
SAYA BERHARAP SDR TERUS MENULIS WALAUPUN SDR KATA SDR TIDAK BERGIAT LAGI. TETAPI YG PASTI SAYA NAMPAK SDR MEMPUNYAI PEMIKIRAN YG MASIH BERGERAK CERGAS.
HISHAM
Pak Aspan
UMNO perlu mencabar dirinya sendiri supaya berlaku perubahan sebelum di ubah oleh orang lain. PAS seringkali melakukan introspeksi sehingga cukup matang untuk menguruskan perbezaan pendapat. Monolog di dalam Utusan itu terlalu naif dan memualkan, sehingga tidak langsung mencabar minda. Nah..ternyata PAS itu lebih demokratik dan progressif. Apakah UMNO tidak boleh mengkritik dirinya sendiri? Bagaimana idea baru dapat dikembangkan di dalam UMNO dengan dasar2 yang memperkasakan pencapaian orang Melayu? Mulakan perubahan sebelum terlewat
Masa UMNO menentukan kempimpinannya, akhbar Harakah, Keadilan dan blog2 serta pemimpin pembangkang pun dok kalut jugak komen. Satu komen pun taada yg membina. Semua laga, kutuk dan perlekeh jugak. Standard lah tu Aspan.. Apa yang u ambil serious sangat komen pemimpin UMNO tu..
Jika pembangkang komen pemilihan UMNO lagilah mabuk. Semua tak layak. Dari presiden sampai ke penyimpan kira2 semua dia org pelekeh...its all about politic. U shud know better becoz u used to be part of the them before.
"PAS melakukan perubahan", pandangan saya lain Pan.. apa pandangan Aspan pemimpin PAS yang dulu sebok mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir dan menolak hukum Islam dan hukum hudud; sekarang ni pemimpin tersebut telah menjilat ludahnya balik.
Kalau orang biasa saya boleh terima, tapi orang ni ulamak Aspan. Dengan perubahan Islam menjadi negara kebajikan (tak pasti orang PAS faham konsep negara kebajikan, kalau tahu amalkan dulu dinegeri Kedah dan Kelantan). Tak maluke pemimpin PAS ni dengan UMNO, dengan orang Islam kerana telah berpuluh tahun membohongi rakyat dengan retorik negara Islam.Tak malu ke menuduh UMNO macam-macam, sekarang ni mengguna pakai polisi yang selama ini diamalkan oleh UMNO.
Bagi saya, PAS telah melacurkan agama untuk kepentingan survival politik mereka. Tunggulah balasan Allah untuk orang yang macam ni.Janganlah meniagakan agama kerana kepentingan politik.
Bagi saya UMNO tidak perlu pening-pening lalat. Orang Islam dah tahu siapa PAS sebenarnya, siapa pemimpin mereka sebenarnya.
Nak ke orang ramai dekat dengan parti dengan pemimpinnya yang pernah ditangkap berkhalwat dulu.. dengar khabar dah jadi bini dia sekarang ni. Nak ke kita berimamkan orang macam ni? Riak mukapun tak ada nur agama macam TGNA.
Pas sudah hilang istiqamah dlm perjuangan. Pendekatan pas sering berubah2 seolah2 agama islam itu yg perlu berubah mengikut selera semasa dan trend sokongan rakyat.
Bila pas memikir selagi dia masih berimej terlalu kelihatan konservatif selagi itu rakyat melihat mereka tidak layak memerintah. Maka sebab itu pas cuba membuang imej itu dgn menyokong calon2 yg dikatakan profesional termasuk Mat Sabu yang tak pas ITM.
Begiyu juga dgn perkongsian kuasa dgn DAP. Pas harus merapatkan jurang idealisma mereka dgn DAP yg terlalu besar. Jika ulamak terus mendominasi kepimpinan selagi itulah jurang peebezaan dgn DAP akan terus lebar.
Prinsip negara islam dan hukum hudud juga terpaksa dikompromi utk membolehkan peekongsian kuasa meeeka beejalan lancar. Akhirnya tiadalah beza antara UMNO dan PAS. Jika umno mabuk dgn kuasa, paa juga meminum minuman yg memabukkan yg sama spt org umno. Jika umno gadai agama, pas juga terppaksa gadai agama demi matlamat yg sama dgn umno, iaitu kuasa, kuasa dan kuasa.
Cuma yg membezakan antara umno dan pas hanyalah kemungkinan tahap hukuman dan azab tuhan. Mungkin Pemimpin pas lebih terok kena dari pemimpin umno sebab pemimpin pas lebih alim dr umno.
Alim kucing
Tepat dan bernas! Real politic!
DAN....yg paling memalukan bukan saja agama islam malahan seluruh penyokong PAS dan juga orang melayu ialah apabila pas menyerlahkan kejahilan para ulamaknya dgn membuat rumusan menolak video seks sbg bahan bukti kerana video tu besi dan takda mata telinga.
Jika itulah rumusan fatwa ulamak pas, maka semua objek seperti besi, parang, pistol dan kayu yg dijadikan bahan bukti utk membuktikan kesalahan jenayah tidak boleh lagi digunakan. Maka semua penjenayah samada kolar putih atau hitam atau perogol dan pesalah khalwat akan bebas dari segala bentuk hukuman dan tiada mana2 mahkamah pun ygbmampu membuktikan beyond reasonable doubt.
Inilah proses perubahan yg sedang belaku secara drastik didlm pas. Umno pun tidak seberani ini melakukan perubahan.
Alim kucing
Memang hebat kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin kita terhadap pilihanraya parti PAS.
Bila kita amati kenyataan yang dituju kepada kepimpinan parti PAS itu , ianya tak ubah seperti meludah ke langit....
Komen yang ditujukan kepada kepimpinan PAS itu sebenarnya tidak mampu mempengaruhi rakyat jelata. Mereka sudah pandai membandingkan nilai budi antara pemimpin UMNO dengan pemimpin parti Pakatan Rakyat.
Mereka melihat dan menilai perangai pemimpin UMNO yang bekerja sebagai menteri dalam kerajaan BN. Harga barang naik tidak ada yang turun. Bantuan yang disalurkan hanya untuk beberapa orang saja yang dapat sedangkan rakyat keseluruhannya melopong.
Sedangkan manifesto parti PAS memberikan satu harapan membebaskan beban hidup rakyat yang tidak diberikan oleh parti UMNO. Tidakkah itu menimbulkan rasa benci rakyat pada UMNO ?
Salah satu kebencian rakyat terhadap parti UMNO ialah kes liwat Anwar Ibrahim yang dibicarakan dalam mahkamah dilihat tidak dapat perbicaraan secara adil. Malah kebencian itu juga wujud dalam diri ahli UMNO sendiri
Hanya kerana seorang manusia ini pemimpin kita mempertaruhkan parti UMNO sebagai pertaruhannya. Ianya tak ubah seperti seekor nyamok berdesing, satu kelambu dibakar... . tidakkah pemimpin kita sedar bahawa disebabkan kes liwat ini akan menjadi punca calon UMNO BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang nanti…?
Bagaimana rakyat boleh sokong kita, kalau kita sendiri tak betul ?
Kepada penyokong tegar umno,
Lebih baik bersekongkol dengan parti bukan Islam yang lebih Islamik daripada bersekongkol dengan umno dan menubuhkan kerajaan perpaduan.
Sudah lebih setengah abad memerintah rakyat bertambah miskin,pemimpin pulak dan kuncu-kuncunya menjadi kaya raya sampai 3 keturunan makan tak habis.
Gaji rakyat masih ditakok lama,perbelanjaan kos sara hidup pula berlipat kali ganda.
Punca,pemimpin berlumba-lumba membuat kekayaan diri sendiri dengan bersekongkol dengan golongan kapitalis yang dikuasai oleh cukong cina dan zionis mengubal dasar-dasar negara dengan memaksa rakyat membayar bermacam-macam perkhidmatan yang disediakan sebagai mandatori.
Perjanjian-perjanjian yang dibuat dengan 'service provider" semuanya berat sebelah yang sangat menguntungkan syarikat-syarikat kapitalis ini dan pemimpin-pemimpin yang terbabit ini hanya memerlukan meluluskanya sahaja sambil mendapat habuan yang lumayan.
Dengan wujudnya kerajaan kebajikan, diharapkan sistem yang ada sekarang dapat dihapuskan dan akta OSA yang menjadi senjata untuk menyembunyikan perjanjian berat sebelah akan menjadi lebih transparent.
PAS lebih bijak dengan mengutamakan kerjaan kebajikan daripada perlaksanaan hudud kerana pada pendapat saya perlaksanaan hudud hanya berkesan apabila pemulihan ekonomi iaitu kesamarataan kekayaan oleh rakyat dapat diwujudkan.
Apabila rakyat tidak ada merempat lagi dan berkemampuan maka jikalau masih ada lagi yang masih mahu mencuri maka memang patut lah dikenekan hukuman potong tangan
Anon 22:39 kata "Harga barang naik tidak ada yang turun"
Teringat dulu arwah atuk saya pernah berkata "Zaman British dulu semua benda murah, nak beli beras 1 kg pun harga beberapa sen sahaja? saya tanya dia balik; waktu British dulu berapa gaji atuk? tak banyak, berpuluh ringgit aje sebulan..
Tak pastilah saya samada atuk saya suka nak British perintah balik Malaya ni kerana bawah pemerintahan Melayu semua barang naik.Tapi sekurang-kurangnya orang Melayu ada kerja dan pendidikan sekarang ni. Kalau dulu harapkan kerja kuli dan peon ajelah untuk orang Melayu.
kalau yang punya motokar, dulu dah kira orang kaya, sekarang satu keluarga biasa pun dah punya 2 atau 3 biji kereta.
Saya harap ada NGO atau sukarelawan yang sanggup menyebarkan idea-idea blogger kepada orang awam.Saya rasa yang kerap mendapat maklumat dari Blogger ini hanya beberapa peratus dari rakyat Malaysia yang menjadi pengundi. Cara hendak mengajar mereka yang ada kuasa, tamak dan sombong ini adalah melalui kertasundi.Jom tukar kerajaan. Cuba sekali?....
Dari suratman,
umno takut dgn bayang2nya sendiri..pemilihan umno pun tangguh,lg mau komen pemilihan org..ke duit dah xda nak wat lobi..oh lupe..takut berpecah belah..takut ada pihak merajuk..mmg penakut dan takut dgn bayang2 sendiri..dah lbh 50 tahun pun xyakin dgn diri sndiri..
Bro Aspan,
1. Membaca komen-komen pemimpin-pemimpin UMNO Baru mengenai muktamar PAS ini, kita fahamlah bahawa mereka amat faham apa makna keputusan pemilihan office bearers PAS yang baru ini.
Yang paling ditakuti oleh pemimpin UMNO Baru sekarang bahawa barisan kepimpinan baru PAS ini mampu bercakap dan bermain diatas gelanggang yang sama dengan pemimpin-pemimpin UMNO Baru, they can dance and talk in the same linggo to the malay masses.
2. Selama ini, they are the only player yang boleh spook, ugut, bohongi malay masses dengan pelbagai umpan-umpan kosong maupun ugutan.
What we have now, a group of PAS leaders yang boleh go down to the malay masses to unspook semua janji kosong UMNO Baru in the same linggo. Amat menarik untuk kita sama-sama lihat perkembangan.
3. well, TDM never intended UMNO Baru to be progressive dsb. Ia memang didesign untuk mewujudkan satu base sokongan yang jumud, robotic, membuta tuli, gajahpun boleh terbang ( bukan burung sahaja tau!) sorta belief - bagi mengekalkan kuasa politik.
This sort of sokongan kita boleh lihat banyak dalam blog tuan ini.So kita fahamlah bagaimana pemimpin UMNO Baru boleh terus berkuasa, boleh terus plunder our nation wealth because they have this sort of grassroot support. Dengan sokongan dan dokongan membabi buta macam ini, who need to talk about reform, transformation etc. Semua itu tidak perlu dibuat.
bat8
'Yang penting bagi seseorang itu ialah mempunyai jiwa besar yang hidup.'
Orang yang berjiwa besar tidak akan mengungkit-ungkit cerita 1988 semata-mata kerana tak boleh menerima hakikat bahawa dirinya berada di pihak yang kalah.
Orang yang berjiwa besar tidak akan merangkak balik ke pangkuan UMNO (yang dihinanya sebagai palsu/tak tulen) ini) selepas gagal berjuang sebagai sebuah parti serpihan.
Komentar benci umno gagal menggunakan akal yg rasional sewaktu memberi komen. Pemikiran mereka rata2 terpengaruh dgn sifat ketidakadilan dlm memberi pandangan. Mereka mendiskriminasi minda mereka sendiri dgn cara melupakan apa yg diperbincangan oleh muktamar Pas. Sebaliknya mereka lebih cenderung utk membalas komen yg diberikan oleh pelbagai pihak tentang pemilihan parti.
Pendek kata kamu semua gagal melihat apa hasil perbincangan dan resolusi muktamar, apa kebaikan dan keburukan atau apa hala tuju baru yg sedang dibawa oleh pas.
Kejelikan pemikiran kamu tidak dapat dibezakan dgn kerakusan pemikiran pas.
Post a Comment