Jika berjaya pihak Polis menghalang berlakunya perhimpunan anjuran Bersih ini, ia tidak menjejaskan usaha Bersih untuk meminta rakyat membuktikan yang mereka (rakyat) adalah serius mahu melihat pilihanraya dilaksanakan dengan adil dan saksama. Dari sehari kesehari kita semua telah melihat betapa gemparnya pihak kita yang berkuasa ini untuk menghadapi rally anjuran Bersih ini. Berbagai-bagai usaha dilakukan untuk menggagalkan rally ini.
Ssungguhnya Bersih telah pun berjaya untuk mendapat sokongan rakyat untuk mengadakan pilihanraya yang ‘transparent’ ini. Kalau gagal Bersih menganjurkan rally ini, kegagalan mereka bukan oleh kerana tidak mendapat sokongan ramai tetapi sebaliknya oleh kerana tekanan dari pihak yang sedang gila di dalam kuasa. Kehilangan kuasa sama lah seperti memisahkan daging dengan kulit atau memisahkan kuku dari jari kita.
Pada pandangan saya jika Bersih ingin juga mahu menyampaikan ‘message’ kepada ramai apa yang perlu dilakukan oleh penganjur rally ini supaya meminta semua rakyat menzahirkan sokongan kepada mereka dengan cara lain tanpa melakukan rally yang besar. Beberapa cadangan telah dihantar kepada saya oleh agak ramai orang.
Di antaranya ialah supaya semua rakyat memberikan sokongan moral dengan meletakan apa-apa yang berwarna kuning di pintu pagar rumah-rumah saudara-saudara dan di dalam kawasan rumah anda. Simbolan sokongan ini akan lebih mendalam jika semua pihak melakukannya dengan niat untuk memberikan sokongan terhadap Berih dan mana-mana pihak yang memperjuangkan pilihanraya yang adil dan transparent.
Biarlah pihak Polis dan yang berkuasa yang lain mengambil tindakan menggagalkan rally yang ditakrifkan sebagai perhimpunan haram oleh pihak yang berkuasa. Orang ramai memahami situasi sebenar yang menyebabkan pihak yang berkuasa memilih untuk menekan dengan tangkapan dan ugutan itu. Rakyat tahu pimpinan pada hari ini begitu lemah dan terpaksa melakukan tindakan ‘pre-emptive’ seperti ini kerana mereka tidak mahu dibuktikan yang mereka sudah tidak mendapat sokongan ramai lagi.
Tetapi jika rakyat sudah tahu yang pimpinan pada hari ini begitu lemah, apa yang dikhuatiri rakyat tidak lagi berkeyakinan untuk memberikan sambungan mandat dalam pilihanraya nanti. Rakyat tidak mahu mereka yang lemah dan fakir jiwa untuk mentadbir mereka kerana sikap pemimpin yang lemah akan membawa kepada pimpinan diktator.
Diktator selalunya akan terjadi apabila pimpinan yang lemah masih ingin berkuasa dalam jangka masa yang panjang. Pada asasnya semua pemimpin tidak berhasrat hendak menjadi diktator. Semua pemimpin jika boleh inginkan memilih jalan populis kerana jalan ini akan memberikan lonjakan kepada populariti pimpinan itu. Tetapi jika kita memilih jalan populis ianya merupakan jalan yang mempunyai kepopulariti dalam jangka masa yang terhad. Selalunya pemimpin seperti ini akan mengundurkan diri untuk mengelakan perpecahan rakyat yang dipimpinnya.
Tetapi apabila kita masih mahu berkuasa sedangkan kita sudah tidak popular lagi maka pemimpin seperti ini dan kerajaan pimpinannya akan melakukan penekanan dengan pindaan undang-undang ketat satu demi satu dan dalam masa yang tertentu pemimpin seperti ini akan secara beransur-ansur menjadi pemimpin yang diktator. Rakyat akan beransur-ansur kehilangan suara dan mereka akan ditekan dengan undang-undang yang ketat itu di atas nama menjaga keselamatan rakyat.
Dalam isu rally Bersih ini usaha untuk menghalang rakyat melahirkan manifestasi mereka merupakan salah satu elemen pimpinan yang autokratik. Semasa rakyat Britain bercadang untuk berdemonstrasi terhadap kerajaan British dalam isu peperangan Iraq, Tony Blair telah mempengaruhi kabinet Britain untuk membenarkan rakyat Britain berdemonstrasi dalam keramaian yang mencecah jutaan orang.
Rally yang dilakukan oleh rakyat Britain itu dilindungi oleh Polis dan Polis telah memastikan yang tidak ada elemen yang mengambil kesempatan untuk melakukan perkara yang tidak baik semasa rally tersebut. Di hampir seluruh Britain rakyatnya telah berdemonstrasi dengan membantu demonstrasi itu untuk menuruti laluan yang dipersetujui di antara rakyat yang hendak berdemonstrasi itu dengan pihak Polis.
Rally itu berjalan dengan aman dan apabila sampai sahaja di Hyde Park, mereka di benarkan berucap dan terus bersurai selepas itu tanpa menembak dengan ‘water canon’ dan sebagainya. Pendek kata pihak Polis dan peserta demonstrasi itu telah bekerjasama dengan baik. Dengan cara itu rakyat dipenuhi hajat untuk berdemonstrasi dan Polis pula dapat melaksanakan tugas dengan sempurna dalam mengawal keselamatan mereka yang berdemonstrasi itu.
Di sini pihak Polis sebaliknya melakukan apa sahaja untuk menggagalkan rally Bersih dengan membuat tangkapan terhadap mereka yang memakai baju berwarna kuning serta apa-apa pakaian yang mempunyai warna kuning. Belum pun demonstrasi itu berlaku lebih seratus orang telah ditangkap dan ini merupakan satu tindakan penekanan yang tidak sepatutnya dilakukan.
Timbalan Ketus Polis Negara telah berkata tidak ada apa-apa rundingan lagi dengan pihak penganjur rally ini. Katanya, Polis tidak bersetuju, oleh itu jangan adakan rally ini. Kalau di adakan juga mereka akan ditangkap dan dilokap. Katanya Polis tidak menolak kemungkinan menangkap penyokong rally ini secara besar-besaran.
Polis mungkin berjaya menghalang rally ini untuk berlaku, tetapi Polis tidak dapat mengekang pemikiran mereka yang tidak berpuas hati. Maka mahu tidak mahu mereka akan menzahirkan bangkangan terhadap Polis dan pihak yang memerintah di dalam pilihanraya nanti.
Elok diulangi yang Bersih telah pun berjaya dalam misinya untuk membentuk persepsi yang pilihanraya kita tidak begitu telus dan adil serta membawa rakyat untuk mendesak pihak berkuasa untuk melakukan transformasi dalam sistem melaksanakan pilihanraya.
Jika penyokong NGO Bersih ini tidak dapat menunjukan lautan manusia yang memberikan sokongan itu, mereka akan bertindak di dalam hati. Ramai yang telah mencadangkan supaya rakyat yang selari dengan tuntutan Bersih ini, mereka boleh melambangkan sokongan mereka dengan melekatkan apa-apa bentuk benda pun yang berwarna kuning di pintu pagar serta pagar disekeliling rumah mereka. ATAU setidk-tidaknya di dinding rumah masing-masing untuk memberikan sokongan psikologi terhadapa tuntutan ini.
Sesungguhnya di dalam isu apa yang dilakukan oleh Polis ini tidak akan membantu apa-apa terhadap parti pemerintah di dalam pilihanraya nanti. Malahan ianya lebih cenderung untuk memalingkan sokongan dari parti pemerintah dan sebaliknya memberikan sokongan kepada parti alternatif.
Pendeknya apa yang dikhuatirkan ialah, tindakan Polis ini adalah sokongan kepada parti-parti pembangkang kerana merekalah (pembangkang) yang akan menerima keuntungan semasa pilihanraya yang akan datang.
Bagi saya jika rally ini digagalkan juga oleh pihak yang mempunyai ‘muscle’ yang kuat seperti Polis penyokong terhadap Bersih maka mereka mungkin boleh menzahirkan sokongan itu tanpa rally jalanan. Jika Pihak Polis memberikan alasan yang rally itu akan mengganggu lalu lintas dan sebagainya, maka mereka boleh lakukan di rumah masing –masing.
Seperti yang dinyatakan di atas lakukan dengan cara aman, iaitu menggantungkan symbol sokongan dengan kain-kain yang berwarna kuning di kawasan rumah masing-masing. Dengan cara ini mereka tidak mengganggu lalu-lintas dan itu lebih ‘effective’ lagi.
Nampaknya keamanan hanya boleh terlaksana jika kita tunduk kepada pihak berkuasa yang boleh melakukan apa-apa yang mereka suka walaupun tanpa keadilan. Keadilan hanya ada pada mereka. Keadilan tidak ada kepada pihak yang tertekan.
Jika kita tentang apa yang tidak adil itu, ianya dianggap sebagai menentang keamanan. Rupa-rupanya keamanan hanya wujud jika pihak yang otokratik begitu aman melakukan perkara yang tidak secocok dengan kehendak rakyat.
Tujuan Bersih untuk mengadakan rally yang aman sekarang ini dimomokan sebagai rusuhan oleh pemimpin-pemimpin serta media masa perdana.
52 comments:
Kalau semua orang boleh sangkutkan simbol kuning di setiap rumah, mesti Bersih berjaya tuan.
fadil
Aspan, in actual fact there is no need to got for rally as UMNO/BN should be voted out soon.
No one, no leader not anybody can can will withstand the move against BN this time around.
Tuan hj Aspan, saya tidak gemar sesiapa yang cuba memenjarakan fikiran saya.
Saya akan melekatkan semua perkarang yang kuning-kuning di rumah saya sebagai tandan sokongan Bersih ini.
saya tidak berdaya hendak berjalan kerana saya masih belum sembuh sakit di kaki saya.
Tetapi otak saya masih kuat untuk berfikir dan memutuskan tindakan saya.
34 tahun saya menjadi ahli UMNO. itu sudah mencukupi. Saya tidak berselera lagi untuk bersamanya.
Sdr Mohd Din johor baru,
Saya pun sama. Malu kat anak-anak saya jika masih bersma UMNO yang tidak tulin ini.
Polis memihak ni pasal apa ya? KalauPR memerintah pun Polis tetap dengan Polis sekarang!
Mungkin mereka tidak tahu kenyataan ini kot.
Jika PR memerintah IGP tetap Ismail Omar dan Timbalan IGP tetap Khalid.
Jgnlah mengampu sangat, boleh tak?
Sdr Aspan,
Sejak bila sdr jadi 'champion for the idiots'? Sy rasa sdr sudah terhanyut dgn dahyah yg tidak masuk akal. SPR kita tidak bersih selama ini? Sepandai-pandai sdr ini dah sebaris Ambiga yg totol itu.
Kalau tak bersih SPR tak adalah 5 negeri bawah pembangkang? Dan dah lama pun Kelantan di bawah pembangkang.
Bukalah mata dan hati sdr itu jangan sekadar menentang apa saja.
yg nak bersantai(berhimpun) jugak, bawalah buah tangan berwarna kuning, bunga, botol kosong plastik pencuci, dsbnya kalau dirampas pihak berkuasa tak rugi sangat. klu tak dirampas kumpul 1 tempat elok2 sebagai simbol avtiviti semasa.yg kat kete, kat gumah pamer benda2 warna kuning. sebagai tanda sehati sejiwa.
Tuan Haji Aspan,
memang benar bahawa rally bersih boleh dilaksanakan dengan aman dan terkawal dan sekiranya dibandingkan dengan negara seperti britain adalah tidak tepat. Rally BERSIH turut disertai oleh PAKATAN RAKYAT dan ini adalah bias yang saya rasa saya terang kepada kerajaan. provokasi pembangkan terhadap kerajaan berlaku tanpa henti dan mereka seharusnya di bersihkan juga. saya bukan mengatakan BN tidak kotor tetapi bairalah rally ini bebas dari parti politik. 8 tuntutan yang dinyatakan oleh pengajur bersih turut mahukan pembersihan politik jadi penganjur Bersih perlu memastikan ia nya dilakukan kepada kedua2 pihak kerajaan dan pembangkan. sekadar pendapat. hormati hak pengundi yang mengundi parti pemerintah dan pembangkang perlu membuktikan yang mereka benar2 berwibawa sekiranya ingin memerintah negara.
it seems, things are getting out of hand. a peaceful rally that mean for the people have being make ugly by the gomen. in "penang", their so call supporters have started their nonsenses to create fear among people. yet, the so call "police" only take minimal action. car windscreens were shatter by this ugly incident. this have already show, how rude, ugly and xtreme can our current "gomen" be. by hook or by crook they'll do anything to stay in power. are we a truly democratic country or just a wayang kulit? even if election come, reserved seats are already in their hand thru "gerrymandering". there was never a fair play since the beginning. our once fair system have totally being manipulated/screw up! yet, some ppl prefer not to see or to agree on this wrong doings. this show, mereka hanya mementingkan pendirian sendiri, but never for malaysians as a whole. the younger generation will suffer the most when time comes.
Mustaqim,
Siapa yang tolol? kalau benar sdr memandang dengan mata hati bagaimana sdr taknampak prkara yang berlaku disebalik segala-galanya?
Mata hati itu apa? Tahu kah sebenarnya sdr apa itu mata hati?
Apa yang kita lihat sejak beberapa hari yang lalu, anggota polis begitu agresif memantau, menahan, merampas, dan melokap orang yang dilihat sebagai penyokong Bersih 2.0
Pada pandangan saya, itu adalah tindakan Perdana Menteri yang telah mengeluarkan kenyataan yang ada kaitannya dengan "anak jantan", dan
"walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa, saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan".
Seperti yang saudara Aspan katakan..pimpinan kita hari ini khususnya PM semakin lemah dan terpaksa melakukan tindakan ‘pre-emptive’
Perhimpunan Bersih 2.0 hanya mahukan pilihanraya dijalankan secara adil dan telus agar rakyat berpuas hati dengan kerajaan baru yang mereka pilih. Bukannya tumbangkan kerajaan melalui jalanraya.
Bila kerajaan menolak dan menentang tuntutan Bersih 2.0 itu, persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan semakin menebal apabila melihat PM melalui polis Malaysia sibuk memburu rakyat yang menyokong perhimpunan Bersih 2.0.
Tak payah kondem perhimpunan Bersih 2.0 dengan pelbagai momokan. Cuma kita nak tahu PM menggunakan kekerasan polis terhadap penyokong Bersih 2.0 mahu keselamatan awam atau sedang pertahankan penipuan yang dirancang oleh SPR untuk BN dalam pilihanraya akan datang..?
Everbody,
please don't quarrel among yourself. just vote this BN out of power. As long as they are in power there will be no end to problems.
i am sick of BN!!
Everbody,
please don't quarrel among yourself. just vote this BN out of power. As long as they are in power there will be no end to problems.
i am sick of BN!!
Kerana nak melindungi SPR yang tak tau buat kerja, kerajaan cuba bermacam-macam helah untuk patahkan perarakan BERSIH.
Yang memimpin negara tu SPR ke, PDRM ke, UMNO ke atau BN?
Atau ia suatu agenda puak TDM nak jatuhkan bangsawan Melayu sama seperti yang berlaku kat Tun AB supaya Mamak, KIMMA dan Melayu celup dapat menguasai takta parti semula.
Mungkin DSNR dah terbau agenda tersebut tak dan bermati-matian nak pertahankan jawatannya kat UMNO BARU tetapi telurnya telah dipegang oleh PDRM dan tak boleh buat apa-apa dan terpaksa ikut arahan PDRM.
Maka tunggu masa saja nak digulingkan seperti nasib TAB.
adnan desa,
I am with you. Just vote against BN. Giving a win to BN means giving Ibrahim Ali, that court jester to rule us. It will also give Rosmahthe free hand to intervene in the country' government.
let us do it.
Jangan salahkan UMNO kerana bersifat begini. Mana-mana parti yang hendak jatu memang berperangai seperti sekarang ini.
james
Boleh tak kalau nak promote parti korang jangan guna nama UMNO. Tak yah lah cakap pernah jadi ahli UMNO la atau pun masih ahli UMNO, just dah tak suka tu jgn undi je nanti. Ada lak yg guna ayat 'parti kita' tapi kelakuan ngalahkan parti lawan.
mustaqim.
elok gi main guli dgn kenngkawan tadika kemas je,lagi baik....takyah nak nyibuk sini
Mat Kg Jangguih
Tuan Aspan,
Polis kalau tak cukup anggota boleh suruh orang silat gayung 'omar din' yg jumlah 500,000 ahli tu jaga keliling kuala lumpur supaya orang2 BERSIH tak boleh masuk untuk buat demo di KL Hebatkan Khalifah Tan Sri Omar Din
calling ppl names is not a good thing. wanna discuss, use proper language, beradat dan bersopan. can't take it, do not participate. winning 5 state does not mean "spr" is being fair. probably they can win more state if "gerrymandering and postal votes" are not there. look at perak for instant, what happened! does this show a democratic way of taking it back thru a back door? does this call fairness? just because of few "frogs" jumping around, thousands of voters were being make a loser. there should be laws, where whoever jump over will need to vacant their seat and let the people itself decide thru voting again.
salam...
Anon 16:46,
Saya memang ahli UMNO tetapi tidak akan sokong UMNO yang dah bergelumang dengan salah guna kuasa, tamak, haloba....
Jadi olih kerana saya masih lagi ahli UMNO, saya punya pasallah nak cakap pasal UMNO ke, parti kita ke ....parti taik ke....
Saya ulang, saya punya pasallah..
Saudara Mustaqim,
Saya rasa bukan 'idiot' kalau kita fight for our rights asalkan ia tidak bertentangan dgn agama kita.
Saudara mungkin kurang faham apa yang diminta oleh BERSIH. Sebenarnya apa yg diminta BERSIH sangat simple dan bersifat nilai2 universal yang baik. BN pun sebenarnya akan dapat faedahnya. Apa yang diminta selari dgn nilai2 Islam seperti apa yang 'diperjuangkan' oleh puak BN/UMNO.
Tapi UMNO/BN buat2 tak faham dan menentang asalkan kuasa tak hilang. Takkan la maruah orang Islam/Melayu sebegini rendah sehingga sanggup menipu untuk mengekalkan kuasa demi terus merompak hak rakyat?
Kalau pilihanraya diadakan dgn cara lebih telus dan adil, PR mungkin akan kuasai lebih dari 5 states seperti yang saudara hebahkan.
Takkan UMNO/BN nak pertahan dan bermegah dgn kuasa yang dapat dgn cara menipu?
Ini bukan masaalah BERSIH nak buang hak keistimewaan Melayu. Ini bukan masaalah hak orang Melayu terhakis. PERKASA & UMNO mainkan isu kaum sebab daH tak ada modal nak 'deny' salahlaku pilihanraya yang telah dilakukan untuk sekian lama.
Dah lebih 50 tahun UMNO/BN memerintah Malaysia dan banyak hak2 kita orang Melayu terhakis kecuali hak kerabat2 UMNO yang bertambah dan kehidupan mereka sampai ke cucu cicit akan terus senang.
Dan amat malang, masih ada org Melayu Islam masih termakan dgn modal lapuk UMNO ini.
Kalau pilihanraya ni boleh mengubah keadaan politik malaysia,
Dah lama ianya diharamkan.
Enuf said.
Skuad peninjau
berhasrat betul nak berarak ikut cadangan Aspan dulu..
dah tempah t-shirt bersih 2.0 untuk saya anak beranak seramai 3 orang..
potong stim pula bila dengar berarak tak jadi
AJK PAS Pilah Tongah
P/s Depan T-shirt tunjuk "Bersih 2.0" , belakang T-shirt tunjuk "Bersihkan dari Anwar 3.0" gerenti orang respek kat aku
Saya pulak Depan T-shirt tunjuk "Bersih 2.0", belakang T-shirt tunjuk "Bersih dari Korupsi UMNO"
Wah caya lah.....gerenti orang UMNO tak senang duduk...
hehe.....
Sesiapa yg nk berarak tu silakan. Kalau dah berpuluh ribu yg berarak, walaupun polis hanya sekadar memantau saje, pasti ada yg sengaja akan provoke polis, xpayah ramai, 1% pun cukup (gangster upahan yg dijanjikan imbuhan sekiranya di ISA). Bila polis mengambil tindakan maka yg berpuluh ribu yg lain akan campur tangan dan akan terjadi pertempuran besar-besaran. Maka di istiharkan darurat. Maka Anwar Berahim pun terselamat dr di jatuh hukum dlm 2 kesnya pada masa yg terdekat ini. Kaum selain Melayu memang nk jahanamkn Melayu. Tp org Melayu menyokong buta2. Korang belum tau kalau diorang yg berkuasa, org melayu mampus dr segenap segi. BN x perfect, rasuah/salah laku berada di mana2 di dunia. Setidak2nya melayu takde lah di pinggirkan. Kalo dorang yg memerintah nnt, jgn harap korang nk angkat muka. Korang belum tahu ideologi kaum Cina, x pernah ikhlas terhadap kita. Baik sementara menunggu peluang nk 'ngap' melayu. Tak percaya cubalah...Kalo menang nnt ko ingat Anwar Ibrahim nk ingat jasa org melayu yg support dia ke? Dia gunakan rakyat untuk menyelamatkan dr kes2 yg dia hadapi je. Ko bayangkan bila dah xde agung, sultan, org melayu yg berada di bhgn pentadbiran kerajaan, korang igt korang lg senang hidup ke? Cubalah kalo nk tau..wahai luncai2 bersih melayu...
Saya setuju 100% isi hati Sdra Aspan dan ramai pengomen yang mempunyai akal budi di dalam blog ini.
Di mana lagi rakyat boleh secara telus bersuara. Semua kena screen test dulu barulah diluluskan. Mana adalah transparensi lagi kalau ginilah caranya. Human right-Pakai baju kuningpun boleh kena tangkap. apa ke... jadah ni!
Sebenarnya, selagi hak rakyat untuk menyampaikan isi hati bagi mendapat keadlian dinafikan, maka selagi itulah rakyat bertambah dendam dan meluat pada yang memegang kuasa.
Mungkin Kerajaan silap di dalam membuat percaturan ini.
"Mana Silapnya"
Tuan Hj Aspan,
I am a very recent visitor to your blog. I have great admirations for the way you think, humble, polite and pragmatic. Melayangkan fikiran saya, saya berhenti sejenak; apakah jika semua orang
( khususnya mereka yang berpegang kuasa di pusat) memikir dan bertindak secara rasional seperti tuan, boleh kita sama-sama maju & makmurkan negara kita yang kita cintai ini, tanpa sebarang 'racial conotations',
Togather lets say, this is my homeland, we shall run it our way, free & democratic to the core.
salam tuan aspan,
bagi saya, secara peribadi,
DENGAN KEKALUTAN, MERAPU, MERABAN, MENGUGUT RAKYAT, MENANGKAP ORANG BERBAJU KUNING,MENUDUH ORANG KOMUNIS DLL. ... BERSIH TELAH MENCAPAI MATLAMATNYA...BIARLAH POLIS RALLY SAMA2 DIA DI KL.
YANG PALING LUCU DAN GILA NGELABAH IALAH TANGKAP TUDUH KOMUNIS...KALAU TAK SILAP SAYA BARU BULAN LEPAS JE KITA MENYAMBUT HU JIN TAO, KETUA NEGARA KOMUNIS TERBESAR DI DUNIA, SIAP PERMAIDANI MERAH LAGI, DAN LAGI KALAU TAK SILAP SAYA CHINA KOMUNIS ADALAH PELABUR TERBESAR DI MALAYSIA LA NI..JAMBATAN PP KE2, 100% DUIT CHINA...JADI MACAM NAK BUAT KIRA TU???
pity to some. their mind have totally been truncate and are not willing to understand a simple word meaning that is call... humanbeing!
it seem as this certain part of earth are only mean for one special species, and it is call the "denial syndrome" species. can't they open up a little to find the answer and to know the differences. the answer to this will always be the same, we are from the same species... a humanbeing. the differences of each humanbeing is the character built into them, it is either we wanna be good, be bad or be ugly!
do leave religion alone. it is up to one to be kept at heart.
salam...
Sesiapa yang undi umno tu..kalau dapat diskaun bill air/letrik/minyak bagus juga..tapi kan....haha semua tertipu juga...
Ada juga orang bodoh yang berfikiran seperti anon 23:24.
Kasihan..
Yeh...saya setuju sangat dengan tulisan dan pandangan Saudara Aspan Alias
Bersih! Bravoooooooooooo ...!
Frm Subang Perdana
Salam Tuan Aspan,
Tujuan BERSIH ni kan nak pastikan tuntutan dia tercapai. Beberapa posting tuan banyak bercerita tentang BERSIH ini dan menyebabkan timbul minat saya juga untuk berfikir mengenainya.
Saya dapatkan maklumat serba sedikit tentang BERSIH ini yang mana akan cuba saya huraikan tentang apa yang saya faham dan silalah betulkan jika saya tersilap faham.
1) Dari memorandum yang tahun 2010, bulan Nov rasanya dimana mengandungi dalam 15 atau 18 tuntutan (jumlah tak pasti sangat-maaf) telah berkurangan menjadi 8 sahaja pada kali ini. Adakah kurangnya tuntutan ini kerana yang selebihnya telah dipenuhi oleh SPR ataupun NGO BERSIH berpuashati dengan penjelasan SPR? Bila baca kedua dua tuntutan ini, sememangnya telah ada tuntutan yg digugurkan. Maknanya ada perubahan ketara dari segi pengurangan tuntutan. Jika betul ada pengurangan dalam tempoh setahun atau dua tahun ini maka kenalah NGO ini bagi peluang pada SPR untuk teruskan. Janganlah memilih berdemontrasi hanya kerana tuntutan tidak dipenuhi 100%. Namun begitu, jika pengurangan tuntutan ini ada sebab lain, detailkan pada rakyat kenapa digugurkan tuntutan terdahulu (9 tuntutan gugur - banyak tu)dan apa kaitan tuntutan 8 terbaru ini dengan yg dulu. Biarkah kami rakyat yg tentukan, just bagi maklumat.
2) Berapa kerap perjumpaan NGO ini dengan SPR? Pengurusan SPR mendakwa hanya sekali sahaja dan mengakui bahawa ada permintaan untuk berjumpa kali kedua tetapi tak tertunai oleh SPR kerana tengah sibuk uruskan pilihanraya Sarawak. Jika betul dakwaan SPR, tindakan NGO ini kurang berhemah. Hanya kerana gagal berjumpa kali ke 2 dgn alasan SPR yang munasabah maka NGO ini buat keputuusan untuk berdemo. Jika SPR beri kenyatan tidak tepat, maka NGO ini kena perbetulkan dan berilah kronologi sebenar. Berikan maklumat yang tepat pada rakyat dan biarlah rakyat decide.
3) Demontrasi 9 Julai ini nak hantar pada siapa tuntutan 8 perkara ini? Di fahamkan nak serah pada KDYMM YDP Agong. So, dah buat appointment belum? Tarikh 9 Julai ini tarikh yg YDPA berkenan atau tarikh yg ditentukan oleh NGO ini? Adakah NGO ini melayan YDPA ini macam mereka melayan SPR (jika benarlah isu no 2 tadi)? Saya berfahaman amatlah tidak sopan jika kita mengunjungi YDPA tanpa memaklumkan terlebih dahulu apatah lagi dengan berarak beramai ramai. JUga jika izin perkenan dah di berikan maka maklumkan lah pada rakyat. Biar para peserta demontrasi tahu dan yakin mereka adalah tetamu raja mereka.
Saya rasa jika nak bincang dan cakap pasal BERSIH, kita kena cakap tentang tujuan BERSIH ini diadakan.
Kalau kerajaan tu Bersih kenapa takut sangat dengan istilah Bersih... pelik bin ajaib ...!!!..takut orang yg tak pandai baca akhbar jadi tahu yang kerajaan kita tak Bersih...sebab tu Mat Toyo bagi penyapu..!!..supaya rakyat bersihkan dia...Ramai lagi yg Bersih agaknya bolih jadi CM, Pengerusi dan lain2...
Terdendar pulak Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam suruh kerajaan lucutkan kerakyatan Ambiga...kerana mahu meneruskan BERSIH.
Inilah dia pemimpin UMNO, kerana telah banyak makan rasuah maka lahirlah pendapat yang sangat bodoh dan tidak logik dek akal. Adakah rakyat malaysia yang ingin menuntut keadilan untuk kebaikkan negara dan rakyat jelata, di suruh lucutkan kerakyatan....apalah bodoh dan tolol sangat KM ni, makan rasuah lagi sampai kenyang..........jangan sampai tercekik sudahlah..
Unggal
Orang KOTOR sahaja takutkan benda BERSIH
Ibni Ismail
LAPAN tuntutan BERSIH/ 2.0 mengandungi ciri2 khusus yang menjelaskan PRU dan PRK Malaysia benar2 adil yang parti UMNO dan sekutunya akan cuma setuju jika mereka menjadi parti pembangkang nanti
Mustaqim
Sdr boleh kata, "Kalau tak bersih SPR tak adalah 5 negeri bawah pembangkang? Dan dah lama pun Kelantan di bawah pembangkang."
Saya pun boleh kata, "kalau pilihan raya bersih pada PRU 12 dulu BN sudah jadi pembangkang sekarang"
As salam, sdr/i semua, rally jgn hadir, hanya tentukan pru 13 BN out, itu adalah simbolik sokong bersih pd 9 jul 2011. Terima kaseh
Anon 6.26
Sy percaya awak tujukan komen tersebut untuk diri sy 23.34 bukan 23.24. Xpelah typing error je.
Sy ada di KL waktu 13th Mei 1969. Saya saksikan kemusnahan yg berlaku. Tujuan perarakan tu terpulang pd persepsi masing2. Sy cuma bangkitkan kesan dr peristiwa yg bakal berlaku. Korang claim kena tipu dgn BN tp masih boleh menjalani hidup mcm biasa. Kalo dh jd mcm 13 mei sekali lg...semua kena start from scratch.
Tulisan Ibni Ismail tepat sekali. Spt saranan sy dulu..kalo dah nk jugak..silakan...korang belum tau akibatnya...masih mentah dan pendek akal. Takkan boleh nye korang nk guling kerajaan kecuali melalui pilihan raya. Pakai akal lah sikit!!
ANON 11.54 NI TAK FAHAM LANGSUNG MAKSUD IBNI ISMAIL. KEMETOT.
Nampak kendur sikit Tuan Aspan kita. Baguslah tu.
Yes boys and girls, don't waste your precious time marching in the hot sun just for one person becoming PM.
Tak dapat apa-apa. Masuk Black Maria adalah.
Duduk diam-diam, tunggu pilihanraya yang Najib akan adakan tak lama lagi.
Pangkahlah pemimpin dan parti kesayangan anda.
Tapi janganlak keciwa kalau PKR KO kali ni. Takkanlah nak berdemo lagi.
Hormatilah kehendak ramai dalam negara demokasi.
Nampaknya tak faham QD dan geng dia tentang Bersih ni.
Yg dituntut buat pilihanraya secara adil bukan dengan keraguan yg telah dibuktikan.
Kalau pilihanraya 2008 dulu dijalankan secara Bersih dah lama pembangkang menang.
13hb May. jangan nak takutkan rakyat dengan sejarah lama itu.
Negara maju bertukar pemimpin dan demonstrasi dibenarkan. Malahan Thailand secara diam-diam telah memintas Malaysia dari segi ekonomi walaupun demonstrasi berlaku.
Sokong BERSIH dimana jua anda berada.
Pandak Midun
as usual, QD had been wasting his time living abroad. he gain nothing for himself as he comes back to be a conduit of corrupt leaders. Pity him
Kenapa QD dan yang seangkatan dengannya bimbang sangat kalau Anwar jadi PM.
Saya dan kawan-kawan tak kesah pun kalau Anwar tak jadi PM.
PKR kuat sangat ke hinggakan QD & Co. resah gelisah.
I think QD & Co. trapped in their own game.
Suruhlah DS Najib buat PRU13 a.s.a.p.
Settle all this once and for all.
Anon 16.49
BERSIH bukannya nak gulingkan kerajaan. Ini lah masalah orang kita, senang terpedaya & diputarbelit oleh pemimpin UMNO & PERKASA. Orang2 lama/veteran pun boleh terpedaya dan tak dapat gunakan akal fikiran....
Balik2 gunakan isu nak takutkan orang Melayu. Ingat pemimpin2 UMNO tu maksum ke?, tak ada salah silap dan rakyat kena ikut sampai bila2... kalau dah KOTOR dan tak berjaya memimpin secara telus, apa salahnya kita tukar dan lantik pemimpin yang baik2... ini DEMOKRASI. Jgn terpedaya dgn pemimpin2 UMNO yang KORUP/songlap harta rakyat untuk sekian lama.
Ini pemimpin2 yang dah terang2 kaki songlap, kita masih hormat dan ikut lagi, eg Khir TOyo, Isa Samad, Rahim Tambi Chik, Rais Yatim, etc.
Malang sungguh bangsa Melayu... Tak habis2 kena tipu & lebih malang lagi kena tipu oleh bangsa sendiri.......
Anon 23.42,
Saya bukanlah penyokong kerajaan, bukan juga yg berdiri atas pagar dan juga bukan penyokong PAS, DAP, PKR...Tp kita TAK ADA PILIHAN yg lebih baik. PAS boleh berubah2 fatwa mengikut tuntutan politiknya, PKR hanya untuk bos nye saje, DAP...ideology komunis...Bukan sy menakut2kan dgn peristiwa 13 Mei akan tetapi ianya tak mustahil berlaku jika BERSIH diteruskan. Nnt yg merana bukan Kit Siang, Guan Eng, Karpal, Anwar, Ambiga, Mat Sabu dan sesiapa yg jd pemimpin tak kiralah pihak kerajaan mahupun pembangkang. Diorang tu duit dah berkepok2. Boleh hidup lg 2 generasi. Kita yg susah ni jugak yg merana. Ambil jln bijak...jgn berarak, tunggu pilihanraya. Sementara tu teruskan tuntutan dgn mendesak kerajaan dr masa ke semasa. Malang memanglah malang Melayu kena tipu bangsa sendiri..but what choice do we have? Teruskan bersih dan huru hara atau ajar BN melalui pilihanraya? Ambil peringatan titah Agung kita...yg di kejar tak dapat, yg di kendong keciciran. Jgn lah jd melayu yg sedia ada bodoh dan nampak bertambah bodoh bila Bersih di teruskan. Tak perasan ke kaum Cina membisu aje. Kita di laga-lagakan. Apa2 isu yg boleh memecahbelahkan Melayu, dorang hanya memerhati dan mencucuk dr belakang. Kita ibarat ayam laga je. Kalau dorang (kaum cina) yg berada di barisan hadapan, kedua, ketiga barulah saya menyokong BERSIH. Dahlah melayu bodoh kena tipu bangsa sendiri...ini pula kita di tipu kaum Cina untuk jd warrior...lg bodoh!!! Sedor-sedorlah sikit..
Anon 2:11
kau ni memang bangang dan tak pernah bercampur dengan bangsa asing.
Siapa kata kaum cina senyap sahaja pasal bersih? Mungkin kau hanya baca Utusan Malaysia jer kot?
Tak payah nak takut2 kan isu 13mei 69.
Aku ingat kau hanya dengar cerita jer.
kami anak watan kampong baru lagi mengenal peristiwa 13 mei, kerana ia berlaku dikampong kami. walaupun kami masih bersekolah menegah ketika kejadian itu.
Mungkin masa itu ramai orang Malaysia masih kurang berpelajaran dan kurang pendedahan pasal situasi sebenar.
Situasi sekarang berbeza, rakyat malaysia mahu ketelusan dan menghidari dari kezaliman kerajaan umno/bn dan RASUAH yang melampau.
Anak Watan Kampung Baru.
Saya salute Abg psl Abg anak watan kampung baru tp saya tak bangang mcm Abg katakan. We are about the same age. Arwah bapak saya adalah pegawai pemerintah tentera yg menjaga kawasan Ampang waktu 13Mei dulu. Ada Abg ingat tugu negara kita di bom suatu ketika dulu? Ya itu dulu! Tp Abg kena ingat, ideology komunis tu takkan padam. Mungkin Abg dah lupa dan leka. Saya bekerja dgn cina sejal lepas sekolah. Dah beberapa syarikat cina sy bekerja. Bos saya skrg (tentulah bukan melayu), makan gaji ngan syarikat yg di punyai oleh salah satu sultan kita. Punya lah pandai bermuka2. Tp dgn saya dia tetap kata dia penyokong tegar DAP dan mengatakan melayu bodoh. Jgn Abg ingat Abg anak watan kampung baru Abg tau hatibudi sume org. Org macam Abg lah suka berdemonstrasi. Nasib baik demo bersih x jadi. Kalo jd Abg tengok lah sape yg beriya2 berdemo..org melayu jugak. Sbnrnya saya mmg nk tgk pembangkang memerintah. Saya nk sgt tgk kehidupan org2 melayu di bawah pemerintahan mereka. Silap2 Kampung Baru yg Abg banggakan sgt tu jd New China Town. Mereka ni rambut je lurus tp hati bengkok. Maaf ye, saya x pro BN tp semangat kemelayuan tu lebih sikit dr Abg. Boleh pun berbincang...xpayah berdemo. Cerita saya adalah mengenai kesan demonstrasi bukan psl politik. Mungkin Abg byk baca suratkabar cina. Ada Faham???????
Saya Anon 23.49 lg. Kepada Anak Watan Kampung Baru.
Baca segala berita yg berkaitan bersih, xkiralah utusan ke, sin chew jit poh ke, nanyang siang pau ke, NST ke. Nampak tak agenda bersih? Bom2 tu sume utk celebrate merdeka ke?? Sy bercakap atas sumber2 dalaman. Bukan ckp kosong. Politik/salahguna kuasa/rasuah dan rancangan nk guling kerajaan dgn menimbulkan riot tidak melalui pilihanraya adalah satu perkara yg berbeza. Sape yg bangang skrg?? Melayu mudah lupa!!
wahai orang - orang yang cepat lupa diri... jangan la jadi orang kecewa macam putus kasih... Nk berjaya kena berusaha lebih dan gunakan pendekatan yang bijak....Tak paham dibuatny menlihat orang melayu yang tak sedar diri...hidup penuh subsidi..x pernah bersyukur dengan rezeki yang ada..nk sesuatu dengan cara yang mudah dan akhirnya menyusahkan diri sendiri... mintak tolong dengan keling putar alam..ahhh lu pikir la sendiri..aku tidak berpihak kepada mana - mana parti politik pon... aku disini sebab kesian melihat gelagat melayu yang lupa diri..
Post a Comment