03 July 2011

Kuat tidak semestinya menang, lemah tidak semestinya tewas

Pengharaman Bersih 2.0 yang diumumkan oleh Hishamudin Husein merupakan tindakan yang sangat tercela dari segi moralnya. Ini merupakan satu lagi bukti yang ‘UMNO-led government’ sudah berada di dalam ‘desperation’ dan tindakan untuk mengharamkan Bersih itu merupakan tindakan yang boleh dikatakan tindakan yang diambil oleh orang yang sudah kesuntukan fikiran. Pemimpin-pemimpin kita yang ada nampaknya belum lagi pandai untuk menghadapi krisis kerana krisis yang timbul sedang cuba di selesaikan dengan krisis yang lain.

Ada pihak yang memberitahu yang kerajaan akan meneruskan penangkapan secara besar-besaran terhadap mereka yang bersimpati dengan Bersih semasa Najib tiada di dalam negara dan tidak tahulah samada berita itu benar atau sebaliknya. Apa yang dihasratkan oleh Bersih untuk meminta semua pihak bersama termasuk UMNO dan BN mengadakan rally itu telah dimomokan oleh pihak kerajaan sebagai perusuh dan pengancam keamanan dan tindakan memomokan itu semata-mata kerana takut kehilangan kuasa yang sangat besar nikmatnya itu.

Akhirnya tujuan untuk mengadakan rally secara aman itu telah menjadi isu anti establishment yang dicipta oleh pihak politik kerajaan itu. Hasilnya pihak kementerian dalam negeri telah mengharamkan pertubuhan Bersih ini dan itu mengusik banyak pihak dan rakyat. Penangkapan yang sebegitu ramai oleh pihak Polis itu telah menggunakan ordinan dharurat 1969 dan tidaklah diketahui apa kesudahan yang akan kita hadapi.

Hanya kita berdoa dan sentiasa berfikir secara rasional bagaimana rakyat untuk menghadapi tindakan pihak Polis yang dianggap dari segi moralnya sebagai ‘high handed’ ini. Jika Bersih di haramkan maka rally itu akan mudah digagalkan oleh pihak Polis dan saya tidak mahu ramai rakan-rakan yang menjadi mangsa oleh tangkapan pihak berkuasa.

Itulah sebabnya di dalam posting saya yang lepas saya mencadangkan supaya jika seseorang itu masih mahu menyokong Bersih elok diberikan sokongan itu dirumah sahaja. Banyak cara boleh kita lakukan. Oleh kerana pihak kerajaan telah menjadikan isu ini sebagai isu politik, dan sengaja meletakan rally ini sebagai rally anti kerajaan, maka sekali gus ianya menjadikan perhimpunan ini sebagai perhimpunan yang menyemarakan perasaan penentangan terhadap kita dan ini benar-benar menyebabkan kita kehilangan sokongan yang bertambah ketara dari orang ramai.

Segala usaha untuk mengembalikan sokongan ramai terhadap UMNO kembali gagal kerana tindakan negatif kita sendiri. Saya menganggap tindakan ini sebagai tindakan yang tidak berhidayah dan satu lagi yang nyata kekurangan yang ada kepada kita ialah ‘wisdom’m sebagai pihak yang memerintah manusia yang berbagai macam ragam.

Pihak pemimpin-pemimpin UMNO khususnya tidak berupaya menghadapi krisis yang kecil, jauh sekali untuk menghadap krisis yang besar. UMNO telah menggalakan Perkasa untuk melakukan rally untuk menentang rally Bersih yang dari awalnya telah berterus terang untuk melakukannya secara aman. Apa yang dilakukan ini seolah-olah sengaja untuk menjadikan rally pada 9hb Julai ini untuk mengambil kesempatan bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mereka (UMNO) tidak sebulu dengan mereka.

Apa yang mengganggu pemikiran kita ialah apabila memikirkan apalah ‘consequence’ buruk yang pihak kita sendiri akan hadapi. Jika ianya menghasilkan perasaan tidak senang kepada orang ramai rakyat tidak akan memberikan sokongan kepada kita lagi. Dari segi psikoloji nya tidak ada rakyat yang akan memberikan dukongan kepada pemerintah yang tidak tahu mengawal perasaan ramai. Tetapi apabila rakyat tidak berkeyakinan kita selalunya akan melakukan bermacam-macam perkara yang lebih tidak di sukai ramai.

Itulah sebabnya saya berulang kali menyatakan yang untung di dalam isu ini ialah parti-parti pembangkang. Kita tidak sedar parti-parti pembangkang mendapat sokongan orang ramai kerana sikap dan kelakuan kita sendiri. Parti-parti pembangkang tidak lagi payah berusaha kuat untuk memenangi hati rakyat kerana kerja itu semua telah dilakukan oleh pihak kita sendiri. Kita yang memperkuatkan parti pembangkang sebenarnya.

Kita tidak mampu untuk membuatkan orang ramai sayang kepada kita, sebaliknya kita hanya membuatkan rakyat takut kepada kita. Kalau kita berterusan menakutkan rakyat, kita mesti mengakui yang ketakutan itu tidak akan kekal lama. Rakyat akan memberontak di dalam jiwa masing-masing dan itu akan diterjemahkan kepada penolakan di dalam peti undi nanti.

Tetapi oleh kerana pandangan seperti ini tidak mendapat pertimbangan maka jika terbukti kebenaran kepada pandangan ini nanti, ianya mungkin sudah terlambat untuk membetulkan keadaannya.

Saya selalu mengulang-ulang peringatan ini: jangan salahkan sesiapa kalau kita ditolak ramai. Salahkan diri sendiri. Jangan pula nanti tangkap orang itu, penjara orang ini, kutuk pihak sana dan sini.

Yang penting sekarang ini kita wajar melakukan introspeksi yang mendalam kenapa keadaan semakin hari semakin sulit hingga terpaksa melakukan penangkapan ramai terhadap rakyat yang aktif berfikir.Bagaimana kita hendak kekal untuk menjadi negara maju jika kita hanya memerlukan manusia yang mempunyai satu maudhuk; iaitu untuk mengangguk seperti burung balam.

Kita mesti mengakui yang kita sedang mentadbir manusia yang dijadikan Tuhan dengan berbeza-beza suku dan kaum serta budaya dan kepercayaan untuk kita mengenali di antara satu dengan lain.

Jangan kita mendapat mandat kerana pengaruh kuasa semata-mata, kerana menggunakan kuasa untuk menyambung mandat itu adalah mandate yang tidak ‘legitimate’.

Jangan kita menjadi seperti singa di hutan. Singa menjadi raja dihutan kerana kuasa dan kekuatan tubuhnya semata-mata sedangkan dia dibenci oleh haiwan-haiwan yang lain yang menghuni hutan itu.

Firaun yang begitu gagah dan perkasa dengan menekan sesiapa yang membantahnya, akhirnya terkubur juga oleh hanya seorang manusia pilihan, iaitu Musa alaihissalam.

Apa-apa yang ada kepada kita akan lupus akhirnya. Sedangkan dunia akan kiamat, apalah dengan kuasa politik pinjaman yang ada kepada sesiapa…..bila-bila boleh hilang jika dikehendakiNya.

Saya berharap pandangan saya ini adalah pandangan yang salah. Kalau benar pun ianya akan hanya disedari apabila keadaan yang saya telah itu benar-benar berlaku dan ianya mungkin terjadi lambat sedikit. Tetapi tidak mengapa.

Segala kerja dan niat baik itu walaupun sukar diterima, ianya amat berguna di saat kita menghadapi akhir kalam…..iaitu untuk mati dalam kalimah.

21 comments:

Anonymous said...

as usual, aspan and his skewed vision of the world.

stand by your words and join pkr to defend anwar, pakatan rakyat.

dont be missing around like a thorn in the flesh

GigiKuning said...

"Kekejaman Mempunyai Tarikh Lupusnya!"
- A Samad Said -

Anonymous said...

Analisis yang sangat baik Uncle Aspan. Kenapa pemimpin UMNO lain tak fikir perkara-perkara ni?

Anonymous said...

Saya hanya ingin mengucapkan Selamat Tinggal UMNO & BN.....

Selumbar said...

Pada waktu ini kita melihat keadaan kerajaan BN pimpinan UMNO Baru sudah terlajak dari landasan asalnya.

Ahli fikir PM sentiasa mencari jalan mudah untuk menyelesaikan kerja susah yang bersangkut paut dengan SPR menipu dalam pilihanraya.

Bentuk penipuan telah dibuktikan dikhalayak ramai tapi pihak kerajaan cuba alih perhatian rakyat dengan pekara-pekara yang tidak masuk akal.

Kita memang tahu sejak dari zaman Tun Mahathir, SPR memang tidak menjalankan tugas secara adil sehingga ada runggutan tentang penyelewengan senarai pemilih, pengundi hantu, penipuan undi pos.

Tapi kerajaan berjaya memanipulasikan tuduhan itu sehingga ia dianggap sebagai remeh saja kemudian kes itu dibiarkan begitu saja.

Kini persoalan yang sama ditimbulkan lagi iaitu pilihanraya adil dan telus ditambah dengan lapan tuntutan bagi menghalang penipuan terus dilakukan oleh SPR.

Apa yang mampu ahli fikir PM menyelesaikan masaalah itu ? Mereka tidak menggunakan akal yang berilmu tapi menggunakan akal yang bernafsu iaitu cara samseng.... ugut, sergah, tangkap, belasah, EO kononnya cara menakutkan rakyat pasti lebih berkesan.

Persoalannya benarkah rakyat akan jadi takut dan tindakan itu boleh menyelesaikan masaalah SPR ?

Inilah kelemahan yang tidak sepatutnya dilakukan ketika ini. Persepsi buruk yang cuba dikaitkan pada perhimpunan Bersih 2.0 sebenarnya gagal. Malah dilihat sebagai senjata makan tuan.

Keadaan semakin mendesak dan terdesak.... PM cuma ada dua pilihan saja.

Mahu terima tuntutan Bersih 2.0 berkaitan lapan pekara atau terus menghuru-harakan negara agar polis boleh tangkap siapa saja.

Perlu diingat bahawa pilihanraya ke 13 akan diadakan pada bila-bila masa saja sedangkan yang dipertikaikan sekarang adalah cara pengurusan pilihanraya SPR terbukti kotor. Masaalah tidak selesai. Bolehkah rakyat menerima pilihanraya itu sebagai adil ?

Paling malang sekali ahli UMNO Baru secara senyap menjauhkan diri dari mempertahankan parti.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

1. Lapan perkara yang dipinta oleh Bersih 2.0 pada pandangan saya tidak satupun memihak kepada mana-mana parti politik. Mereka mahukan pilihanraya dijalankan secara adil.

2. Utk elakkan perhimpunan ini SPR terima sajalah perkara-perkara tersebut.

3. Sekiranya perkara-perkara ini diterima oleh SPR, mana-mana parti politik yang kalah dalam pilihanraya nanti sudah tidak ada alasan lagi untuk menidakkan kemenangan parti yang bertanding.

SUSAH SANGAT KE?

laptopburuk said...

Salam tn aspan,

Saya lihat kerajaan ni melayan pembangkang macamlah pembangkang ni musuh yg bukan rakyat negara ini yg nak menakluk malaysia. punyalah benci (takut?) dgn pemimpin2 pembangkang sehingga sanggup menggunakan segala mcm jentera kerajaan termasuk mahkamah utk menafikan hak rakyat yg tidak mahu lagi bersekongkol dgn mcm2 salahlaku yg dilakukan oleh pemimpin2 kerajaan.

saya ada lihat iklan di tv yg mewawancara beberapa org/pelajar tentang bagaimana rasa menjadi rakyat malaysia. biasale mereka jawab... antaranya ada yg menyebut malaysia aman, takde berlaku gempa, takde huru hara... jadi, ini secara tidak langsung mengakui malaysia nan aman ini, takde berlaku huru hara pun yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang. ini menunjukkan, selama ini memang pembangkang, menghormati undang2. apa yg nak ditegur/kritik disalurkan melalui parlimen. sudah berpuluh tahun pembangkang jadi pembangkang, tiada huru hara pun yg ditimbulkan.

jadi bagaimana kita nak menerima tuduhan2 dari kerajaan mengatakan pembangkang berniat nak jatuhkan kerajaan melalui BERSIH ini? andaikata berlaku huru hara pada hari tersebut, saya lebih percayakan puak2 dari ibrahim ali atau omar dinlah yg memulakannya, sebab belum pun rally tersebut bermula mereka dah mengaku tidak ragu2 lagi nak bertindak pada peserta2 perhimpunan BERSIH pd 9 julai ini.

begitu juga andai kata ada org yg menuduh jika pembangkang menang pilihanraya, negara akan jadi huru hara. maka secara lojiknya, siapa yg buat huru hara ni? pihak yg menang ke yg kalah?

dah terbukti selama pembangkang kalah pilihanraya, mereka masih menghormati undang2 walaupun mereka mendakwa pilihanraya dilakukan dgn pelbagai penipuan, namun mereka tidak memilih untuk membuat huru hara atau berarak di jalanraya, atau merampas kuasa sebaliknya yg mana tak puas hati mereka bawa ke mahkamah.

jadi, kalau pembangkang pulak yg menang tapi andaikata berlaku pulak huru hara, secara lojiknya siapa yg buat huru hara tu tn aspan?

siapa yg tak hormat undang2 sebenarnya ni?

Wallahua'lam...

Orang Miskin Mersing said...

Anon 20:02,
This is not about Anwar or PKR. This is general public issues.
You're the one that worried so much if Anwar become PM.
We are not afraid if Anwar won't.
These is above Anwar, Ambiga or Mat Sabu.
You're the one 'missing around' in Pak Aspan blog.

Anonymous said...

Dalam keadaan tersepit tidak semua orang boleh berfikir dengan waras. Apatah lagi si ampunya diri yang menyebabkan dirinya tersepit. Tangkap jangan tak tangkap selagi boleh tangkap.Tetapi berapa banyak boleh tangkap?

Anonymous said...

Bagi la can puak DSNTR orang bangsawan hidup lama sikit. Kan puak-puak TDM, TPM semua sedang tunggu kat pintu kalau DSNTR rebah macam Tun Abdullah Badawi selepas Bersih 1 dahulu.

Kalau DSNTR bijak, dia runding dengan Ambiga bagi postpone le perarakan tu.Duit bukan masalah pun.

Masa ni la jugak DSNTR boleh hapuskan puak TDM terus dan naikkan KJ jadi Menteri. Lepas tu puak TPM.Dah kekal kuasa, baru runding dengan Anwar kalau nak kes digugurkan dan PKR masih kekal kat Selangor.

Tendang MCA dan Gerakan dan digantikan dengan DAP. Bagi DAP jawatan TPM dan beberapa jawatan Menteri dengan DAP kekal kat Perak dan Pulau Pinang. Gerenti menang PRU ke-13.

Lepas menang PRU ke-13 kes Anwar ditutup dan Projek-projek besar diteruskan 5 tahuun lagi. Boleh Bik Mama rancang seterusnya dynasti DSNTR.

Yang hang semua asyik merungut pasal apa? Tak erti politik ke?

Ataihpagaq said...

Aspan seperti biasa akan menghentam Umno walau apa pun Kerajaan Buat .Otak dah sangkut ngan PKR .Dah tahu keburukan yang akan terjadi sekiranya ada himpunan yg macam tu masih lagi dok spin.Hang memang otak PEmbangkang.

Quiet Despair said...

Macam nilah Tuan Aspan. The Agong has spoken. We as loyal citizens must abide by the ruling.
Ini peluang dan masa terbaik untuk Ambiga dan kuncu-kuncunya to call off the demo.
Taklah hilang maruah. So-called Bersih has made its point and has been duly noted.
Titah Tuanku tulah excuse terbaik untuk Ambiga kalau takut sangat maruah tercemar kerana tunduk kepada desakan hentikan demo tu.
Kalau tidak bersedialah terima akibatnya. Masuk ISA dan title masing-masing dilucutkan.
Pernah he terfikir demo ini cuma hebph-heboh dan nak dapat publisiti murahan untuk diri masing-masing? Itulah sebab Pemuda UMNO dan Perkasapun nak tunjuk terror masing-masing.
Semua tumpang semangkok, tumpang sekaki. Semua nak jadi hero saje.
Pada hari tu ada ke orang-orang branded seperti bloggers like Tuan sendiri, Sakmongkol etc benar-benar akan hadir? I dont think so. Takkan orang berjenis nak mencemarkan nama, ya tak?
I think bloggers like septuagenarian Din Merican just love provoking, instigating, cajoling, naikkan semangat sahaja tapi enjoy di tempat lain pada hari tu.
Kalau tengok muka-muka ahli Bersih yang nak demo itu macam bengis, rambut panjang pakai bandana tertulis ayat Quran, pegang belantan.
Nampak macam Mat Rempit, kutu rayau, jobless, drug addicts and I bet you illegal immigrants who have nothing to lose. It attracts gawkers who don't have nothing to do. Just give them some money and they are happy to do anything.
If there's a rock concert or jom heboh that day, Bersih will just wash out.
Do you want illegitimate activities to topple a legitimate government? Sure not.
Dan tak malu ke si Anu-War dan Mat Sabu tu di bawah Ambiga dalam street demo ni.
Silap hemat Ambiga jadi PM kerajaan PKR. Dia yang jadi heroine macam filem Hindustan.
Diapun nak jadi MP. Mahu ke PAS berPMkan seorang wanita. Kahkah.
Mana Anu-War nak letak isteri setia dan anaknya. Takkan dia rela his dynasty not perpetuated.
Same goes to LKS, Karpal etc who have dynasties to promote and preserve.
Fikirkan ini baik-baik.

biose said...

Encik aspan,
Boleh Encik Aspan beri sedikit komen tentang teguran Agong terhadap isu rally ini?
Sedikit pun cukuplah.

Aspan Alias said...

Biose,

Posting saya, mungkin malam ini atau pagi besok adalah komen terhadap isu teguran Kebawah Duli Tuanku.

TKasih.

Anonymous said...

Asfan, good deliberation...but only to people who do a bit of thinking.

justine

Quiet Despair said...

Salam Tuan Aspan

Kenapa delete hujjah saya yang panjang lebar tentang titah Tuanku?
Takde yang subversive or destructive in my writing.
Hope you will use it when you write on Tuanku's speech.
Kenalah ada differing opinions baru ada kick in your blog.
Thanks.

Anonymous said...

Hebat Malaysia ni..! Bila tangan2 hantu nak buat huru hara, PM akan hilang keluar negara.

Anonymous said...

Justine, you want a good delibeartion, read Outsyedthebox, Part 2 to Part 4 on Bersih.

The arguments given are based on facts and good research, not emotionally-charged tantrums like En Aspan here.

Notice that he talks about the same thing in the last 4-5 posts. So boring. The only reason why I come here to visit his blog is to read comments from people who will counter his biased and skewed opinions.

No facts and figures at all, all his skewed opinions.

Yg menyokong pun sama. Give facts la guys.

Manoq

"Naik/Turun" said...

Gula naik,
Minyak naik,
Letrik naik,
Barang keperluan harian naik,

Kesian rakyat. Namun perlu diingatkan bahawa semangat Rakyat juga naik supaya yang memerintah turun. Ini sahaja satu2nya cara untuk membuktikan keperluan rakyat akan turun.

"Turun/Naik"

Yob Tualang Sekah said...

syabas Aspan..

Yang benar jangan kita pertikaikan..

Anonymous said...

Perusahaan "Algoritma 7" - solusi sederhana untuk masalah[url=http://algoritm7.ru/5-jetapov-perevoda-nezhilogo-fonda-v-zhiloj-i-naob] koordinasi pembangunan kembali Krasnogorsk[/url] Biaya pemasangan perjanjian AC di St Petersburg, tidak terlalu rendah , bagaimanapun , pembayaran denda untuk instalasi tidak sah jauh lebih mahal dan tidak akan menghapus Anda dari kewajiban , untuk melegalkan AC ilegal diinstal.