Heboh! Kemana sahaja kita pergi rakyat sedang bercakap tentang cincin yang berharga USD24 juta yang dibeli oleh seorang ternama dan bergelar dari Jacob & Co, New York. Di kedai kopi, di kelab golf, di restoran besar-besar dan kecil, di surau dan di mana-mana cerita cincin ini diperkatakan. Ini adalah isu yang paling ‘hot’ di pasaran negara kita ini sekarang.
Apabila saya mendengarnya saya termenung dan berfikir rupa-rupanya ada barangan yang berharga semahal itu. Sebagai orang kampong berita ini membuatkan saya bingun kerana saya tidak tahu ada barang yang sekecil itu saiznya boleh berharga sebegitu tinggi.
Bagi saya jika cincin saiz yang sekecil itu boleh mencecah harga yang tidak ada bandingan tingginya saya menganggapnya sebagai satu perkara yang tidak logik. Rupa-rupanya ia bersangkutan dengan nilai barangan itu. Bagi orang kampong seperti saya ini, lagi kecil kereta itu lagi murah harganya. Kereta kancil itu kecil maka murahlah harganya jika dibandingkan dengan kereta besar seperti Jaguar, Mercedez dan lori pick-up.
Satu lagi yang saya tidak berhenti berfikir ialah bagaimanalah empunya cincin ini mendapatkan sumber kewangannya untuk membayar harga cincin yang semahal itu? Di mana agaknya wang itu datang? Tidak ada orang yang bergaji besar sehingga mampu membeli berlian setinggi itu harganya. Si dia yang membeli barang pakaian wanita ini mesti sama kayanya dengan Aristotle Onassis.Tentulah wang sebesar itu datangnya daripada ‘passive income’ dan wang yang didapati tanpa melakukan apa-apa kerja.
Jika cincinnya berharga sampai RM74 juta agaknya berapalah agaknya wang simpanannya? Jika harga cincin itu hanya 1% daripada jumlah keseluruhan wang dan harta yang ada, tentulah empunya cincin ini mempunyai wang dan asset berpuluh billion ringgit. Ini bermakna si dia ini duduk dan tidur bersama wang yang banyak. Jumlah itu merupakan 10% daripada peruntukan satu kementerian. Kaya betul wanita ini.
Hanya saya berharap sumber wang yang diperolehi ini bukan dari sumber dalaman negara kita. Kalau ianya datang dari sumber dalaman ianya sudah pasti datang dari kantong negara. Jika tidak kemungkinan besarnya hanya satu; dia mempunyai mesin mencetak wang.
Saya juga teringat kepada satu perbidalan orang Melayu berhubung dengan cincin ini; iaitu seperti si kudong dapat cincin. Mungkinkah wanita ini termasuk di dalam kategori si kudong dapat cincin tadi?
Biarlah setakat ini sahaja komen saya. Biar saya duduk kesaorangan beberapa jam untuk berfikir bagaimana si dia ini boleh membeli cincin semahal itu. Dari manakah beliau mendapat kekayaan seperti Aristotle Onassis ini. Aristotle Onassis pun membelikan isterinya Jacqueline cincin berlian dengan harga tidak sampai separuh daripada harga cincin berlian yang dibeli oleh wanita ini.
Kalaulah berita ini benar, insan in adalah insan yang sangat hebat. Hebat…hebat! Terlalu hebat!...kaya!...kaya!!
Sejak mendengar berita ini saya sudah terasa (berangan) nak jadi peniaga emas dan permata berlian kerana di negara kita sudah ada ‘customer’ yang besar-besar. Tak payah lagi pergi ke New York untuk membelinya dari Jacob & Co. New York itu jauh.
28 comments:
Sejarah Imelda Marcos yang melambangkan kejatuhan, telah beralih dari bumi Filipina ke bumi Malaysia supaya "Masjid Allah" berulang menjadi "Manila".
Terus, untuk menjaga syiar Islam terus dominan dan tidak rosak di bumi Malaysia ini, maka Allah memilih gelombang musibah Filipina ini untuk berlaku di bumi Malaysia tidak lama lagi. Salah satu tanda besarnya adalah Imelda Marcos
Kenapa Imelda Marcos II harus berlaku di bumi Malaysia dan tidak ke atas isteri pemimpin2 di Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia maupun pemimpin negara maju.
Jawapannya sama, adalah kerana Malaysia akan dilanda gelombang musibah dahulu dan kemudian bertukar menjadi gelombang hidayah.
Sebab lain mempercepatkan gelombang ini adalah apabila :-
1) Sebahagian besar Rakyat sudah tidak tahan lagi dengan beban kehidupan seharian yang amat berat dan serba mahal.
2) Penganiayaan dan penguasa yang zalim telah mengambil tempat dan berleluasa dibumi ini sehingga Rakyat tidak merasa selamat di bumi sendiri.
3) Contoh Pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz telah diterbalikan kepada 360 darjah di bumi ini.
4) Sebab ke atas semua sebab, adalah untuk mempercepatkan penamatan penjajahan golongan bangsawan bangsa sendiri di bumi ini.
Bukti kukuh gelombang ini akan berlaku :-
1) Kejayaan Bersih 2.0 dengan disambut oleh rahmat hujan seketika sebagai bukti tanda kebesaran yang maha esa.
Sebelum ini tanda jerebu telah memberi isyarat kekalutan pemerintahan semasa waktu TDM. Ikan dugong mati mendamparkan diri di Johor menandakan terlepasnya Pulau Bt Putih dan diikuti kepentingan pertahanan TLDM di Woodland dirapuhkan. Bukti terakhirnya adalah apabila tanah KTMB tergadai.
2) Bukti seterusnya, Bersih 2.0 yang secara aman telah dimanipulasi secara tidak adil oleh semua pihak yang diamanahkan membela dan menjaga keselamatan serta kepentingan Rakyat.
3) Bukti seterusnya adalah kekalutan ucapan Tho'gut yang berkuasa. Selepas Bersih 2.0, Tho'gut telah mengumpulkan gerombolannya dengan ucapan "Ini Bumi Kita" tanpa berlapik cara ucapannya harus sebenigi "Ini Bumi Allah yang saya percaya Allah amanahkan kepada kita". Ketika itu Para Malaikat lalu dan mencatitkan kata-kata Tho'gut tersebut.
Natijahnya :-
1) Suka atau tidak suka, tanda2 yang terang lagi bersuluh ini telah diqodarkan Allah untuk berlaku di bumi ini.
Hanya manusia yang celik dan mahu berfikir sahaja yang akan diberikan Allah pentunjuk dan bersiaga.
"Hamba Tafakkur"
Dato',
Pertama kita mesti patikan berita ini. Adakah ianya benar? Ada yang menyoalkan mengapa cincin yang sebegini mahal dihantar melaui kurier? Kenapa ianya tidak dipakai dan dibawa pulang selepas dibeli? Adakah cara ini dibuat untuk pelepasan cukai?
Sekiranya ini terjawab maka lebih yakin lah rakyat untuk menerima kesahihan pembelian cincin ini dan bukan fitnah semata mata walaupun ramai yang tahun wanita ini mampun melakukan perkara sebegini.
Pak Tua
Apa nak dihairankan...inilah contoh kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP)cetusan Najib. Kalau dulu, orang kenamaan ini boleh membeli cincin satu juta ringgit, sekarang dia mampu membeli cincin 70 kali lebih mahal. Tak perlu tunggu tahun 2020-tahun 2011 sudah menampakkan kejayaan ETP. Saybas Najib dan memang terang lagi bersuluh sebab apa belanjawan 2011 memansuhkan duti import untuk barangan kemas macam cincin ini. Kalau cukainya 10%, ini bersamaan RM7 juta.
sri hartamas
Salam Pak Aspan,
Kastam Di Raja Malaysia retaliate? Orang-orang Gomen dah mula nak revolt juga ke?
Kalau designer watch, suit, dining table, supercar harga beratus ribu RM hingga 1 - 2 juta RM tak lah pelik sangat, tapi +USD20mil (+RM70mil) bagi sebentuk cincin, its so absurd.
Ratu Elizabeth pakai dress kuning waktu jumpa DS Najib, Phillip Hammond pakai neck tie kuning masa bawa DS Najib lawat stesen ketapi kat London. Teruk juga DS Najib & Rosmah kena tembak kiri kanan depan belakang, dari luar dan dalam.
Agenda Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, Pak Lah, KJ semakin jelas ekarang. General Brahim Ali senyap la sekejap ni sebab ahli Perkasa dah mula patahkan kad keahlian.
Nampaknya UMNO kena start isu lain supaya kehangatan BERSIH boleh di sejukkan.
tuan,
harga cincin ini boleh buat 10 biji rumah mcm rumah khir toyo... tentu dia menyesal kerana dapat buat sebiji je
pakya.
Dalam blog Apa yang tersirat : SUHAKAM jangan jadi badut pembangkang.
komen aku kpd penulis dalam blog ni;
tuan badut,
lepas baca tajuk tulisan nko ni...tiba2 aku rasa loya nak termuntah...
Suhakam nak buat kerja nko kata jadi badut pembankang, kalau tak buat kerja nanti nko kata makan gaji buta.
Agaknya kalau suhakam menyokong kerja2 BN/umno barulah nko kata suhakam sangat berwibawa... lagu tu ko
pakya.
Nota: maaf pak aspan, pinjam tanah tuan utk post komen ni...sebab nak komen di sana dia tak bagi anonymous lak. Kalau nak respon boleh la ke FB:zakaria mamat
Tuan,
Cuba semak betul betul.. mungkin 24 juta rupiah kot! Tak berapa mahal lah kalau rupiah.
Tentang dari mana dapat duit sebanyak tu... jap saya fikir fikirkan.. ohhh baru ingat, satu masa dulu seorang trilionnaire Arab telah kelilangan satu tong harta karun dan ianya ditemui oleh pemilik sicincin berlian tersebut, jadi mungkin itulah salah satu hadiah kepada orang yang telah menemui kembali harta si Arab tersebut....
tuan aspan, pertanyaan tuan tentang dari mana datangnya wang yg begitu banyak utk membeli cincin 24 juta telah terjawab dalam utusan malaysia hari ini. tajuk muka depan um - "Beli sandiri guna duit menabung dari kecil - Rosmah"
kalau tuan aspan ketawa guling-guling sila pastikan dulu lantai tak ada benda-benda tajam.
Salam Saudara Aspan
Sememangnya sesiapa Allah SWT akan menjahanamkan di dunia dan di akhirat, ditarik dahulu Hidayah dan TaufiqNya.
Maka ditunjuk kepada umum sekalian tetapi tidak ternampak bagi si-dia, secara terang-terang si-dia menghalalkan apa jua keinginan dan usaha untuk si-dia mesti mempunyai beg, cincin dan gelang yang paling termahal yang tiada bersetanding dengan mana-mana tanggapan dan kehendak kebiasaan.
Assalamualaikum Tok Nyadat
Bkn duit dr tong pak arab yg hilang tuh la...duit tuh dijumpai oleh Omardin Maudijubor persilat terhebat didunia nih.
Hari itu yg hujan pun telah diperintahkan pleh Omardin tuh sbb dia tak dapat dtg bawak 500,000 persilat sbb sibuk.
Aspan,
Den cadangkan you buka kodai omeh kek Batu Kikir.
Biar dio orang datang kek Batu Kikir boli omeh you.
Dapek oghang Felda Serting datang tengok.
Tapi yg hairan ramai jughak yg tak sedar2 lagi
Aiyo , ini hanya hadiah kecil dari Prince of Arab untuk kejujuran saya.
Honesty pays ma ! U orang tak pernah baca cerita 1001 night ke ?
Tuan Aspan,
Berhemah bila menulis. Walaupun tidak tersebut namanya tetapi terang menjurus ke arah Rosmah. Jangan mengikut sangat arus tanpa tuan selidik lanjut. Setakat bukti yg tersiar di internet, banyak yg meragukan. Video anwar yg pada saya seperti sudah jelas pun tuan enggan komen dengan keras kerana munkin prinsip tuan yg enggan membuat fitnah tanpa tuan selidik tetapi WOW! laju benar tuan dilihat bersetuju dalam kes Rosmah. Mungkin tuan ada maklumat dalaman yg kita semua tidak tahu.
Tidak terbaca pula dalam Utusan Malaysia hari ini (15 julai) jawapan Rosmah tentang menabung dari kecil seperti yg di katakan oleh Mad. UM tu bermaksud Utusan Malaysia kan? Jika benar (ulang jika benar) itu jawapan Rosmah bermakna dia mengaku yg cincin itu berharga 24 juta dan itu membuktikan dia dan suaminya memang bodoh. Selagi tidak terbukti rasanya tidak perlulah tuan jadi penyambung fitnah. Ingat nasihat Mad jika tuan berhasrat nak terguling guling cuma saya nak tambah, sebelum guling tu siasat kesahihan berita. Bagi tahu lah jika tuan dah pastikan kebenarannya supaya boleh kita guling sama sama dan ajak Mad sekali.
ibni ismail
benar. aspan ni ahli UMNO. tp tak mahu pulak keluar umno dan join geng cerita pasal buruk UMNO.
mungkin dia dah mcm kickdefella. duit org UMNO janji nak bayar atau bagi jawatan tak dpt. jadi mungkin benci dia memang menjadi jadi.
btw.
kalau nak betul jadi pedagang berlian boleh la bukak kat penang.
tuan aspan dan pembaca blog, saya ingin meminta maaf berkenaan komen saya awal mengatakan tajuk utusan malaysia hari ini yg sebenarnya palsu. saya hanya membaca sepintas lalu di sebuah blog yg memaparkan sekali gambar muka depan utusan malaysia yg baru saya tahu adalah superimpose. saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya kepada rosmah, tuan blog dan pengomen2 lain terutama quiet despair.
blog dimaksudkan> http://kide-picture2u.blogspot.com/2011/07/utusan-malaysia-yang-menghairankan-hari.html
Sdr. Mad, Terima kasih atas penjelasan tuan. Inilah sikap terpuji. Salam hormat dari saya.
yg hairannya mengapalah makin ramai org Melayu yg begitu cepat terpedaya dgn cerita2 rekaan yg belum tau benar tidaknya? adakah ini hasil dari gerakan "reformasi" yg berterusan yg dibawa oleh pembangkang?
bagaimana pun saya puji sikap sdr Mad mengaku kesilapannya.
w'salam saudara ibni ismail. lain kali saya akan cuba selidik lebih terperinci lagi apa2 isu yg dibangkitkan mana-mana pihak. tapi kalau isu bersih saya memang sokong 8 tuntutan mereka yg saya lihat adalah baik utk negara memacu ke tahap negara maju. sekian. terima kasih.
Mad
Maaf diterima. Kita semua ada buat kesilapan..
Salam Mad..terima kasih,saya juga terperasan dengan komen saudara sebelumnya yang menyatakan tentang"menabung" tersebut..lalu saya menggeledah seluruh internet mencarinya,dari apa yang dilihat,ia teknik super impose dari pihak yang tidak bertanggungjawab,ada pujian terhadap bersih di muka bawah..ia adalah pengajaran baik untuk kita dan sesiapa sahaja supaya dapatkan maklumat yang betul..takut2 PR juga dicop seperti "umno2" yang lain..
kini giliran tuan empunya badan untuk menjawab hal cincin..perlu di jawab juga mengenai dua biji bentley di kedua belah pergelangan tangannya..
memandangkan taraf hidup rakyat semakin meningkat,dan rakyat di ajar berjimat cermat adakah ini contoh yg baik?adakah ini contoh pendekatan Islam..
-jacques-
alamak tok aspan,
berhati-hati dengan kata-kata tok, takut nanti tok aspan kena C4? hahahaha
-passerby-
Tuan Aspan...Kalau di tengok skrin kastam mengenai permata tu ada nama Malca- Amit iaitu syarikat penghantar barang kemas terkenal didunia.
Jadi kebarangkalian benda ini ada.
Kamal
isu beli cincin ni oleh minah tua ni satu perkara yg tak mengherankan. Mmg tepat klu tuan u kata mcm si kudung dapat cincin. Tepat sekali. Tapi isu yg menghairankan disini kenapa masih ada org kampung Melayu yg hidup segan mati tak mahu masih memuja dan memilih parti suami minah tua ni utk menerajui kerajaan. Itulah yg menghairankan saya. Kenapa masih ada orang Melayu yg bodoh, dunggu, buta hati, dan yg paling boleh membuat kita muntah, sanggup berjaga sampai pagi nak buat persiapan menyambut kedatangan dia. Sanggup salam dengan tertunduk2, tersengih2 dan siap cium tangan minah tua ni lagi. Cuba lihat masa betina ni buat lawatan mangsa banjir kat Johor, dah la tau diri susah dilanda banjir, sanggup bangun tertunduk2 salam dan cium tangan." Ya Allah, hanya Engkau yang berkuasa dan menentukan segala yang berlaku di dunia ini. Engkau hancurkanlah kerajaan pimpinan BN dpd terus memerintah negara kami yang tercinta ini. Berilah mereka petunjuk dan hidayah agar mereka kembali kepada ajaran dan suruhan Mu dan jika mereka masih ingkar dan sombong, turunkanlah bala yg paling dasyat ke atas mereka, Agar mereka sedar tentang kebesaran Mu dan agar mereka insaf bahawa mereka juga hamba seperti kami dan tiada hebatnya mereka di dunia ini....Amin Ya Rabbal Alamin..."
Fooart,
alamak fooart...jgnlah doa bala bencana sampai mcm tu...kalau Allah timpakan bala bencana...takut nanti tempiasnya kena kepada segala tanah air kita semua, termasuk para ulama dan insan tak berdosa (termasuk kita???). Sebab kalau Allah nak turunkan bala...tidak terkira kehendakNya.
bila celik mata...saya hanya berkata (kerana kata2 itu juga doa) " Oh Tuhan...janganlah kau musnahkan kami hanya kerana kemurkaanMu keatas pemimpin kami yang zalim, sedarkanlah mereka atas kehendakMu, hentikan sikap zalim cara halus yang mereka lakukan, selamtkanlah bumi Malaysia yang aku sayangi walau sebenarnya kau pinjamkan pada kami, andai kau gulingkan UMNO dan BN, kau gantikanlah dengan pemimpin yang yang jauh lebih baik daripada apa yang ada sekarang ini. Kalau betul pun video yg ditayang itu bukan ftnah dan itu adalah Anwar, itu adalah antara dia dan Kau dan kami bukanlah berkuasa sepertiMu untuk menghukum, sbb kami tahu ramai lagi pemimpin UMNO yang jauh lebih teruk dan dasyat pekerjaan zina mereka yang tak kelihatan di mata manusia - mereka pandai melakukan "kerja", banyak cara, tak payah di tanah Malaya, tak perlu naik satu flight sbb takut ada mata yang memandang, UMNO banyak duit dalam bab entertainment ini...
Oh Tuhan...kau gantikanlah apa yang telah kau ambil hak kami (melalui UMNO) dengan yang lebih baik, beri lah kami pemimpin yang lebih baik, berserta isteri (atau isteri2 berserta dengan pentadbiran mereka keseluruhannya, berilah kami harta dan rezki yang lebih baik dari apa yang kami nikmati setelah ianya 'dicuri' (kalau ada) oleh pemimpin kami sekarang....
Tuan,
Sebagai pencerahan.
Currency - US
Carian di FORBES menganggarkan permata ini berharga dalam anggaran USD 20 million.
Custom telah menggunakan system online untuk deklarasi barangan agak lama menggunakan platform UNIX saya rasa. Bagi yang biasa dgn tugasan import/export tentu juga biasa dgn screen tersebut.
Begitu juga dengan berat - dimana berat di screen mmg dalam KG dan berat minima boleh disikan adalah 1. Bukan bermakna barangan itu seberat 1 kilo.
Fooart
nampak gaya doa anda tak jadi la. Bersih pun tak jadi, nik aziz pun lari. hadi kene tangkap.
aku plak nak doa semoga allah laknati Nik aziz, anuwar ibrahim, hadi dan PAS serta PKR.
moga moga DAP dan Lim sekeluarga jadi PM.
boleh la Fooart jadi tukang baca doa utk Khalifah lim sekeluarga
Salam tn Aspan,
sekali pandang pun saya dah boleh nampak tajuk akhbar um tu mcm superimpose. apatah lagi kalau buat carian kat internet ni.
begitu juga dgn vedeo lucah yg dikatkan dgn pemimpin pembangkang, susah saya nak percaya sebab yg memulakan isu ini pun akhlaknya boleh dipersoal.
dan tak mustahil juga apa yg dikatakan sebagai dokumen yg diambil dari sistem maklumat kastam pun entah benar tidaknya kerana ianya mudah saja dibuat oleh sesiapa saja dgn teknologi komputer.
kalaulah ayat Quran dari surah al-Hujurat ayat 6-8 yg bermaksud...
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
dijadikan rujukan dan pegangan dlm menerima sesuatu berita, apalagi menyebarkannya, InsyaALLAH, tiadalah negara kita ini dibanjiri dgn segala mcm fitnah dan pembohongan.
nak buat macamana tn aspan. la ni ramai orang dah tak kesah sgt pasal dosa. mungkin sebab hal2 menipu, memfitnah ni dah jadi mcm santapan harian. lama2 kita pun dah tak tahu nak percaya cakap siapa.
sebab tulah kembalilah pada Quran dan sunnah, pasti kita akan dapat panduannya. yg tak nampak tu kita usahalah mengelak dari bersangka buruk, tapi kemungkaran yg jelas nyata, hendaklah kita cegah sehabis mungkin. tak dpt cegah dgn tangan, cegahlah dgn lisan, kalau tak mampu juga, cegahlah dgn hati, walaupun itulah selemah2 iman... agar kita bersedia dgn soalan apakah sumbangan kita dlm menegakkan kalimah ALLAH di mukabumi ini, InsyaALLAH
Wallahua'lam.
Post a Comment