20 September 2011

Apabila kata-kata pemimpin tidak diyakini - masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Orang tua-tua yang berilmu dan mempunyai ‘wisdom’ yang tinggi selalu berpesan, jika datang yang cantik dan yang nampak elok jangan terus di terkam kerana mungkin ada celaka di sebaliknya. Jika datang pula yang tidak elok dipandang jangan terus ditolak kerana mungkin ada kebahagian di sebaliknya.

Maksud nasihat ini ialah supaya kita membuat penilaian dan penelitian dengan sebaik mungkin terhadap perkara yang di timbulkan dan jangan mengambil keputusan dengan terlalu cepat untuk menerima atau menolaknya. Ianya mesti dihalusi dan dipertimbangkan dengan sebaik mungkin agar kita tidak mudah tersilap dalam membuat sesuatu perhitungan dan keputusan dengan baik serta bijaksana.

Keputusan ‘self congratulatory’ DS Najib tentang pemansuhan ISA (Akta keselamatan dalam negeri) baru-baru ini juga mesti kita pertimbangkan dengan sebaik mungkin tentang ketulusan dan keikhlasannya kerana mahu tidak mahu keputusan itu merupakan keputusan politik bagi saya. Kita faham yang keputusan yang dibuat oleh PM Najib ini merupakan salah satu ikhtiar pihak pemerintah untuk mendapat perhatian rakyat dalam kita sedang menghampiri PRU yang paling mencabar bagi BN dalam sejarah kewujudan ‘coalition’ ini.

Itulah sebabnya kita kelihatan jelas yang tindakan Najib ini mendapat tentangan dari kumpulan ‘hard-liner’ dalam UMNO dan ini sahaja sudah menunjukan keputusan Najib itu merupakan keputusan yang tidak mendapat sokongan padu di dalam pihak kerajaan dan sebahagian penyokong-penyokong parti yang memerintah.

Perkasa dan ramai di antara individu pemimpin yang bercakap di belakang yang tindakan Najib ini memberikan tamparan kepada mereka yang telah mempertahankan ISA tetapi apabila membuat keputusan mereka menyatakan yang keputusan itu merupakan keputusan Najib seorang dan tidak pun dibawa kepada Mesyuarat Kabinet untuk mendapatkan ‘endorsement’ dari Jemaah Kabinet Negara.

Pengumuman beliau tentang pemansuhan ini telah di ‘stage managed’ dengan persediaan secara ‘live’ dari merata lokasi di seluruh negara untuk mendapatkan komen sokongan dari mereka yang telah diatur terlebih dahulu dan ianya hanya merupakan keputusan politik untuk mendapat ‘popularity’ semata-mata.

Kita memahami apa yang ada di dalam pemikiran Najib itu. Kita tahu beliau mahu di anggap sebagai hero pembaharuan dan mahukan kredit yang besar untuk menghadapi pilihanraya umum yang beliau ketuai buat kali pertama. Kita mesti juga ingat Najib telah mengambil begitu lama untuk mengadakan pilihanraya untuk mendapatkan sokongan rakyat terhadap kepimpinannya.

Yang kita ingat hanya Datuk Husein Onn sahaja yang mengambil masa 2 setengah tahun untuk mengetuai pilihanraya pada Ogos 1978 dahulu selepas mengambil alih kepimpinan dari biras beliau Tun Razak pada Januari 1976 dahulu kerana kematian PM kita yang kedua itu di sebuah klinik di Jalan Harly London akibat penyakit leukemia.

Perjuangan memansuhkan ISA ini merupakan perjuangan selama 40 tahun pihak pembangkang. Tunduknya Najib terhadap tekanan pembangkang adalah disebabkan rakyat sudah terang-terang mengalihkan sokongan terhadap pembangkang. Justru pada Najib memansuhkan ISA adalah tindakan untuk mendapatkan kredit dari perjuangan pembangkang sejak dulu lagi.

Apa yang amat menarik kali ini ialah akta yang akan dimansuhkan itu mahu dilakukan oleh Najib serta merta kerana mengikut intrepitasi Nazri Aziz akta itu hanya boleh dimansuhkan pada persidangan Parlimen bulan Mach nanti. Ada kah pilihanraya diadakan sebelum akta ini dimansuhkan sepenuhnya atau selepas pilihanraya.

Jika di adakan sebelum pilihanraya maka ianya bermakna janji itu serupa tidak berjanji. Rakyat mempunyai persepsi yang kurang baik kerana janji ini adalah janji Najib yang mana rakyat berhak untuk mempersoalkan kejujurannya. Seandainya pemansuhannya dilakukan selepas pilihanraya pula maka tidak nampak sebab Najib membuat persiapan yang begitu ‘elaborate’ bagi mengumumkan pemansuhan ini.

Persoalannya Najib belum lagi memberikan apakah bentuk dan rupa dua Akta yang akan digubal untuk mengambil alih ISA ini seperti yang dijanjikannya. Deraf undang-undang itu belum pun dilakukan dan untuk bersukaria kerana pemansuhan ISA ini berkemungkinan di sambut dengan duka nestapa yang akan kita hadapi apabila undang-undang alternatif kepada ISA itu digubal kelak.

Walaupun Najib berjanji yang akta gantian itu akan hanya melibatkan kegiatan subversif tetapi kita tidak terperanjat bercakap-cakap dikedai kopi tentang politik akan dianggap sebagai subversif. Bagi saya pemansuhan ISA dengan akta gantian patut dipaparkan serentak untuk rakyat membuat penilaiannya. Sekali lagi kita mesti mengingatkan diri kita yang janji-janji ini adalah janji politik UMNO. Jangan lupa hakikat itu.

Kedua-dua ISA dan gantiannya mesti dilakukan dan diluluskan secara serentak. Inilah masalahnya apabila pimpinan tidak lagi percaya kepada segala apa yang dilakukan oleh pimpinan negara. Mendapatkan kembali keyakinan yang otomatik seperti dahulu susah hendak didapati kembali.

Masalahnya sekarang apa yang dihadapi oleh barisan kepimpinan kita ialah krisis keyakinan yang sangat menebal. Kelalian kita yang membuatkan kita tidak di hiraukan lagi oleh rakyat jelata. Apabila pemimpin bercakap ianya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

6 comments:

Anonymous said...

Janji kerajaan Perikatan dulu semasa ISA di bentangkan dalam parlimen pada 1960 bahawa ISA akan hanya digunakan untuk 'pengganas'; telah tidak ditepati.

ISA telah disalahgunakan untuk seratus satu macam perkara. Yang paling 'melucukan' ia pernah digunakan untuk memberi perlindungan pada detainee (ingat lagi kontroversi azan Teresa Kok).

Banyak undang-undang 'penahanan preventif' termasuk EO telah disalahgunakan sehingga remaja yang 'disyakki' pencuri motosikal juga ditahan bawah EO. Ini semua menggalakkan pihak PDRM melakukan tugas-tugas penyiasatan secara sambil lewa. Jika tak cukup bukti untuk di bawah ke mahkamah, tahan saja bawah undang-undang ISA dan EO.

Jadi jika ISA dan EO akan diganti dengan 2 undang-undang baru anti pengganas; tidakkan kerajaan BN akan meneruskan perangai lama menyalahgunakan undang-undang tersebut ?

Semua ini bukannya penghapusan akta ISA dan EO tetapi setakat 'rebranding' sahaja. Kerana Najib suka feedback dari rakyat izinkan saya cadangkan nama-nama tersebut : Akta Anti-Pengganas 1Malaysia atau Akta Anti-Pengganas Sentral.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Masuk telinga kanan keluar telinga KANAN........

MANTULLLLLL.......laaaaa.

Org_Jampo said...

Cara Najib berpolitik macam buat niaga di pasar malam. Org meniaga di pasar malam ikut mood pengunjung kalau dia orang nak beli dapatlah untung tapi kalau sekadar tengok2 aje, kurang nasib atau mungkin makan modal.
Dalam isu mansuh ISA, Najib macam nak buat kejutan (yg semamangnya Umno/BN sendiri terkejut) tetapi perlu diingat akan untung nasib; untung sabut timbul, untung batu tenggelam...

nick said...

Pak,

Over the course of 3 decades or so, UMNO and its appointed PMs have slowly but surely revealed themselves to be the most unworthy recipient of the trust and loyalty of all Malaysian. And Malaysian have awaken to that fact and it's only natural that Malaysian not only abhor UMNO for it but more importantly, distrust and distancing themselves from UMNO. Once this happen, it's only a matter of time that the inevitable will happen, UMNO dethroned and kicked from power just like so many middle east corrupt and hypocrite "democratic" government. And UMNO deserved to be kicked and buried, not just ignored. And in all honesty, Malaysia and especially the malays will be better and prosper because of it.

Nick.

Rintihan Rakyat said...

Sudah terang lagi bersuluh.
1) Penipuan SPR
2) Penjawat sujud dengan kezaliman
3) Undang-undang pilih kasih
4) Harga barang tak turun2
5) Rakyat merintih dengan bebanan dan kos hidup yang tinggi
6) Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana

Mudah2an Rakyat Malaysia bersatu hati dan tidak digula-gilakan. Mudah2an Allah menggantikan kezaliman dengan keadilan.

"Rintihan Rakyat"

Anonymous said...

masuk telinga kanan keluar telinga kanan kalau masuk telinga kanan keluar telinga kiri maseh tersangkut2 sikit2.