08 September 2011

Hentikan polimik Mat Indera ini.

Keluarga Mat Indera mahukan nama Mat Indera dicatatkan sebagai pejuang pembebasan negara (freedom fighter). Baharom Shah adik kepada Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Indera itu berkata Mat Indera adalah seorang begitu komited dengan agamanya merupakan seorang benar-benar seorang freedom fighter bagi membebaskan negara kita dari penjajahan British.

Baharom Shah mahukan saudara kandungnya itu diiktiraf oleh kerajaan sebagai pejuang nasionalis dan bukannya sebagai pertualang kepada kerajaan Malaya kerana semasa itu kita belum berkerajaan sendiri tetapi dibawah kerajaan penjajah British.

Pada tahun 2004, Yayasan Warisan Johor telah mengiktiraf Mat Indera sebagai seorang yang sebaris dengan almarhum Sultan Ismail dan kesemua pejuang kemerdekaan dari Johor.

Apabila kita mempersoalkan isu pejuang negara kita mesti asingkan politik dari isu sebenarnya. Sekarang ini kita membawa isu ini terlalu jauh dan pihak BN khususnya UMNO telah mempolitikan isu ini dengan membabitkan isu komunis semata-mata kerana yang bercakap secara terbuka mengakui dan mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang pembebasan negara.

Tetapi kalau pihak BN yang mengakuinya saya yakin Utusan tidak akan memulakan polimik yang membazir masa ini berlaku di hadapan rakyat yang sudah mual dengan isu-isu yang dipolitikan kerana keadaan terdesak pihak pemerintah pada masa ini.

Secara resminya Yayasan Warisan Johor telah memberikan pengiktirafan kepada Mat Indera sebagai pejuang pembebasan negara dan Mohamad Sabu hanya bersama-sama mengakui hakikat ini. Pengakuan Mohamad Sabu ini telah diselewengkan kerana politik anti Mohamad Sabu yang dilancarkan oleh Utusan, akhbar kepunyaan UMNO ini.

UMNO perlu membuat kenyataan rasmi sekarang untuk mengiktiraf Mat Indera sebagai pengganas komunis dahulu sebelum menuduh dan cuba melibatkan Mat Sabu sebagai orang yang bersimpati dengan komunis.

Setelah UMNO menentukan sikapnya yang menuduh Mat Indera sebagai pengganas komunis maka barulah Khairy Jamaludin atau sesiapa di dalam UMNO untuk berdebat dan bertikam lidah di mana-mana yang beliau suka. Saya menghormati Khairy tetapi Khairy carilah isu lain kalau hendak berdebat kerana masyarakat tahu isu komunis yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS ini hanyalah isu yang dipolitikan untuk menagih sokongan ramai dalam pilihanraya nanti. Itu sahaja.

Dalam politik sekilas ikan di air kita sudah tahu jantan betinanya. Elok kita fokuskan kepada isu lain dari isu Mat Indera kerana Mat Indera telah pun di akui sebagai pejuang kebebasan oleh Yayasan Warisan Johor dan tidak ada sesiapa yang mempersoalkannya. Jika pihak UMNO hendak berbahas juga dengan Mat Sabu maka UMNO terpaksa mengambil pendirian yang Mat Indera itu adalah petualang kepada negara. Mahukah UMNO mengambil pendirian itu?

Yang benar tetap benar. Kita mesti mengakui yang UMNO (asal) dulu adalah badan politik yang menyudahkan proses membebaskan negara dari penjajahan British. Sebelum tertubuhnya UMNO itu banyak badan-badan lain telah bertindak untuk mencapai kebebasan itu tetapi British tidak mahu memberikan kebebasan kepada mereka walaupun Britain telah mengambil sikap untuk memerdekakan negara-negara yang mereka jajahi selepas perang dunia yang kedua dahulu lagi.

Elok kita tinggalkan isu Mat Sabu ini di belakang kita kerana memperbesarkan isu ini mungkin akan terpaksa pula kita semua menulis kembali sejarah kita sendiri. Kita mesti sedar sejarah adalah permainan persepsi.

Nelson Mandela yang dipenjarakan selama 26 tahun oleh kerajaan Afrika Selatan (apartheid) telah di anggap sebagai ‘traitor’ oleh kerajaan Afrika Selatan (apartheid) tetapi akhirnya beliau dianggap sebagai hero dan pejuang kemerdekaan negara itu selepas negara itu mencapai kemerdekaan dan terlepas dari cengkaman apartheid itu tadi.

Begitu juga Mat Indera di anggap petualang kepada kerajaan penjajah British tetapi telah di anggap sebagai hero apabila negara kita mencapai kemerdekaan dan telah pun diakui oleh Yayasan Warisan Johor tentang perjuangan kebebasan negara kita.

Tidak usah kita berkelahi kerana isu persepsi ini. Tinggalkan sifat ke anak-anakan kita. Kita semua sudah dewasa dan saya berharap janganlah hendaknya membawa mana-mana pihak untuk menjadi budak-budakan dengan mengenengahkan isu yang tidak ada berkesudahan ini.

Jika UMNO mahu menyebelahi penjajah British, anggaplah Mat Indera ini sebagai petualang kepada kerajaan penjajah itu. Tetapi jika kita mahu menyebelahi semua pihak yang telah berkorban untuk kebebasan kita dari British anggaplah Mat Indera ini sebagai pejuang bangsa.

Bagi diri saya, saya menyebelahi pihak yang menentang penjajahan British dan saya anggap Mat Indera sebagai hero dan pejuang bangsa dan kemerdekaan negara.

Saya tidak tahu pula Khairy (UMNO) menyebelahi pihak yang mana.

29 comments:

nick said...

Pak,

I think the most heinous thing UMNO did in this polemic was playing the "two face" hypocrite it really is. It is a FACT that UMNO kept using the specter of communism and "Bkt Kepong tragedy" to cloud and subjugate the minds of Malaysian especially the Malays (we can see it every time UMNO has internal problem, communism became the red herring whereby the opposition were always labelled as communist in order to divert the attention of Malaysian away from scrutinizing the turmoil that was engulfing UMNO). BUT at the same time, as a political party, UMNO itself has an official TIES and cordial relationship (an MOU was signed between them) with the mother of all communism which is the CPC (Parti Komunis China, with Rusia being the Father of communism is dead and buried), with plans to send UMNO youth leaders to China to learn a thing or two about communism and "vice versa" (hope those UMNO youth will learn that in China, corrupt politician will be sentence to death by firing squad)!

Such hypocrisy! UMNO when playing to the Malaysian crowd and especially the Malays, keep harping on about the "evil and monstrous" communism threat BUT behind the back of the Malays, UMNO welcomes the CPC to it's PAU and worse, even granted the CPC permit to publish their "newspaper" in Malaysia (curiously enough most legal political parties in Malaysia does not have that privileged)! WOW! A communist party is allowed to publish their newspaper here in Malaysia where just recently the Homely minister ordered the detention of several PSM activist for allegedly trying to revive communism and wage war against the Agong (by simply having "A" picture of one "Samsiah Fakeh")! Such irony and totally cartoony!

Isn't what UMNO is doing (by having formal ties and cordial "buddy-buddy" relationship with CPC) akin to betraying and spitting at the face of those who made blood sacrifices and besmirching the memory of those who have fought, lost lives and relatives to the "EVIL communist"? And UMNO is accusing Mat Sabu of glorifying "Komunis"? If that's not the biggest and clearest sign of UMNO's Hypocrisy (MUNAFIK) then I think all muslim should re look and re read the prophet's Hadith and learn again the 3 CLEAR sign of a religious hypocrite (MUNAFIK) cos if the malay can't even understand those simple sign then we are doomed and we deserved it!

Nick.

Zaidi said...

Pak Aspan

KJ sudahpun menyebelahi ketuanya. Political expediency yang cukup memalukan. Saya seringkali berharap KJ akan menjadi suara naluri ("voice of conscience") UMNO, malangnya saya dikecewakan. Mat Indera akan menjadi momokan kepada UMNO yang makin celupar!

Anonymous said...

Isu Mat Indera ni akan mencelikkan lagi orang-orang Johor dalam bermain polotik.

MNA said...

Saya setuju dengan tuan. Saya juga berharap media perdana lebih matang dan rasional. Bukan memutarbelit fakta untuk kepentingan politik.Nampaknya segala tindak-tanduk pemimpin UMNO hari ini untuk mempertahankan kuasa amat dibenci oleh rakyat biasa dan ahli UMNO biasa macam saya ini. Alangkah baiknya kalau tuan Aspan menjadi sebahagian pemimpin tertinggi UMNO, tidaklah UMNO dibenci seperti hari ini.

Penanggah said...

pak AA.. memang patut polimik ni ditamatkan.. makin lama dah makin merapu.. dan polis pun dah macam takda keja asyik nak melayan orang dok buat laporan tentang mat sabu..

Pewaris said...

Salam Pak Aspan,
Jadi, terang, nyata dan jelas bahawa pendirian UMNO (secara rasminya) melalui ketua-ketua UMNO, menyebelahi British.
Kesimpulan saya, Malaysia di bawah UMNO tidak pernah merdeka daripada jajahan/naungan British.

hjlutfi-choras.blogspot said...

Assalamaualikum wbt.
Safa fikir ada baiknya polemik ini diteruskan, kerna, banyak lagi kisah-kisah tersembunyi yang lain akan dibongkarkan terutama oleh bloger. Tq.

john white said...

bro,
too much politicking in this country lately. we should discuss how to develop this country at par with the developed nations.

Orang Seremban said...

Tuan Aspan,
Semalam MB Johor kata Mat Indera Komunis,lagi haru biru dibuatnya.Dia menafikan sendiri buku yang mana dia sendiri menjadi penaungnya.Inilah contoh pemikiran pemimpin2 Umno yang cakap main hantam saja,kesian rakyat akan terus menjauhi Umno/Bn

bibimat said...

Orang Seremban, MB Johor itu memang lidah bercabang.

Dia penaungnya dia menafikannya. Elok kita tinggalkan UMNO ini sekarang.

Berbohong terang-terangan. Bangsat!

TheSniper said...

Sebelum WW2, UN dikenali sbg liga bangsa. UN ditubuhkan selepas WW2. US mendapat kuasa veto selepas membantu menamatkan WW2 dgn menggugurkan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki. Memandang US kurang negara jajahan berbanding negara penjajah yg lain. Ini mengurangkan peluang US untuk mencapai menjadi negara paling berkuasa di dunia. Maka, UN melalui kuasa veto US telah mengarahkan negara penjajah untuk membebaskan tanah jajahan.

"Britain telah mengambil sikap untuk memerdekakan negara-negara yang mereka jajahi selepas perang dunia yang kedua dahulu lagi" - SALAH!

Maaf bro AA.

Quiet Despair said...

Hahaha sekarang Mat Sabun kata dia terima sms orang nak cedera dia dan isteri (1st or second I tak tau) dengan asid.
Aiseyman Uncle, berani buat berani tanggungla.
Dahlah tu at least 50 ahli PAS dah keluar PAS dan masuk UMNO angkara dia.
Isy, isy bawa bala kepada PAS.
Patutnya dia jadi ahli Keadilan kerana fe'elnya like Anu-War.

Anonymous said...

Tok Pan,
Hari ini dalam sejarah, TPM sembab telah selamat sampai kat London you. Dia nak perjelaskan sejarah Malaysia. Agak-agak la apa dia nak kata kat orang putih pasal Mat Indera, tak nak kata Mat Indera pejuang kemerdekaan kot..saja berimaginasi.
He..sender Rakyat Jenny lo (Jeniang)

Nain ketua caw UMNO said...

Quiet Despair,

Awak tak tahu UMNO macam mana. Saya ahli UMNO tetapi akan mengundi pembangkang. Apalah 50 PAS masuk UMNO tu. Cawangan saya mempunyai 400 ahli UMNO tetapi tidak kurang dari 100 orang akan mengundi PAS atau DAP.

Nak menyeberang dalam peri undi lagi bahaya you.

Jangan lah bersekaria sangat QD. Nanti terberak-berak pula.

"Fikir-Fikirkanlah" said...

Salam Tn Aspan/semua,

Di manakah rasionalnya setelah momokan komunis/komunis/komunis, dalam diam-diam, 6% cukai telefon dinaikkan. Baik ke ini.....?

Tidakkah tindakan di atas ini lebih berat membebankan rakyat sebagaimana British mengutip cukai pada orang kampung sebelum merdeka dulu sehingga huru-hara orang kampung dibuatnya dengan label komunis/penjenayah/ penderhaka dan pelbagai kejian yang diterima pejuang?

Dahlah majoriti orang kampung yang tertipu dan rakyat dimamah menjadi kelas bawahan, apakah pelahap2 ini masih belum berpuas hati lagi?

Dah dulu kita di tipu British membawa pelabagai bangsa ke negara ini, apakah 50 selepas kemerdekaan masih membawa masuk warga asing lagi?

Cukup-cukuplah tangan-tangan kotor ini melaksanakan kerja2 kotor, bodoh dan biadap ini kerana jangka panjang semua di negara ini akan menanggung kerugian besar disudut budaya dan peradaban.

Saya amat berharap intersepsi pihak ke-3 dapat menghalang pembaziran, kerakusan, penganiayaan dan segala jenis keburukan terhenti dari tangan2 perakus2 ini demi kebaikan negara dan rakyat negara ini.

Wassalam.

"Fikir-Fikirkanlah"

Anonymous said...

Quiet Despair,

gunalah akal fikiran yg dikurniakan Allah, berfikir secara rasional,jgn ambil secara totok, kaji dahulu ucapan mat sabu sebelum buat conclusion. ini baru dikatakan orang yg educated..

Asam Pedas said...

Encik Aspan. Assalamualaikum w.b.t

Your suggestion is timely. This shenanigan is a zero sum game which no one will win but a lot to loose. A fellow Malay fight against colonialism ( correct approach or not) is being question with spew of hate by fellow Malays which many were not born in that era.

At least we should remember Mat Indera as a fellow human being, a Muslim, a Malay and a national compatriot. History is not finish writing about the individual. Let the wound heal and the time decide Mat Indera position in history. 

Anonymous said...

Tak yah layan QD ne.. kepala bana dia dah meroyan

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Jangan terikut sangat rentak pembangkang. Tuan kena baca sendiri buku warisan Johor itu baru tuan boleh memahami dan seterusnya menilai selepas faham akan maksud buku itu. Jangan buat keputusan berpandukan analisa orang lain apatah lagi orang lain itu pula sedang hendak menyelamatkan diri dari kelemasan. Saya sudah baca dan fahami dan ppenilaian saya berbeza dengan tuan. Tiada masaalah jika penilaian tuan berbeza tetapi sangat bermasaalah jika penilaian tuan hanya berasaskan sentimen anti UMNO. harap tuan dapat luangkan masa baca buku itu keseluruhan dan fahami tujuan dan maksud buku itu di tulis samada sebagai biodata pejuang ataupun biodata penngukir peristiwa di Johor.

Terperanjat dan agak terkilan dengan pengiktirafan tuan kepada Mat Indera. Mungkin sentimen saya sebagai anak Johor menyebabkan saya tersinggung dengan entry tuan kali ini. Ini bukan isu politik dan janganlah semua benda dipolitikkan. Bagaimana boleh UMNO yg tuan tuduh tanpa menyentuh kepada manusia yg memulakan polemik ini? Benar jika tuan katakan yg UMNO ini menjadi batu api tetapi tegurlah juga akan manusia yg memberi kenyataan kurang wajar itu. Dia bukan ahli politik kecil tetapi Timbalan Presiden. Adakah kerana dia Timbalan Presiden dari satu parti dalam PR, maka tuan enggan untuk melihat akan beliau juga sebahagian dari punca keujudan polemik bodoh ini? Polemik bodoh ini yg ditunggu oleh UMNO untuk tutup kelemahan beliau. Terfikir juga mungkin ini juga yg PAS mahu kerana ahli politik memang perlukan polemik untuk hidup.

Berkaitan pendirian Mat Sabu dan juga pendirian tuan yg bersetuju dengan Mat Sabu, saya tidak nampak kenapa boleh jadi polemik yg dilihat macam isu besar. Tersinggung boleh sahaja tetapi tak perlu lah sampai masuk berita utama setiap hari. Mengarut. Di mana amalan demokrasi jika kita tidak boleh terima kelainan pendapat antara Mat Sabu dan Khairy.

Aspan Alias said...

Ibni Ismail,

I am agreeable to your opinion nd that is why i suggest sincerely to every quarter to stop the polemic as it injures everyone.

We have other idiosyncrasies of politics that need to be addressed swiftly and urgently.

As I have said history is always subject of perceptions and it can go in many ways and directions.

BUT in the case of Mat Indera issue it is expediently used to divert the attention from other issues which the ruling parties fail to address.

So bro, it is compelling on everybody to halt this issue to be deliberated by politically waring parties.

Thanks bro.

heikal said...

AA,

UMNO through Utusan and the pro umno bloggers have over killed Mohd Sabu.

Utusan and pro umno bloggers think that they have done good favor for UMNO and its cohorts but in actuality we are sick of this defensive but provocative government agencies and departments like the police and a lot others.

I am now convinced, putting this UMNO buggers at the opposition bench is the only way to solve all these problems.

Failure to change is not an option bro.

sameon said...

Sdr AA,

Inilah masalahnya jika kita dipimpin oleh pemimpin yang desperate untuk mengekalkan kuasa.

Mereka tidak ada masa mengelolakan negara selain dari mencari kesalahan pembangkang yang kian mendapat sokongan.

Tetapi keadaan ini tidak akan lama. Ia akan berakhir apabila BN khususnya UMNO ditarik balek sokongan yg kita berikan kepada mereka selama ini.

Bersabarlah..UMNO akan gugur berderai derai. Melakukan perubahan sudah menjadi wajib.

Anonymous said...

Takkan lah Najib/Muhyidin lebih bersih dari Mat Sabu.

ismailpendek. said...

Aspan Alias, nick, Ibni Ismail, Quiet Despair, dan lain-lain!!!

Tak usahlah berbahas lagi. Sebabnya UMNO akan jatuh. Tak payah penat-penat lagi berbahas. Bahas macam mana pun UMNO akan jatuh berguguran.

Anonymous said...

sdr ismailpendek,

biarkanlah orang2 umno bercakap sebelum dia mati.
kita ada adab. kita selalunya akan memberikan apa yg orang yang nak mati mahu.
umno dah nak mati, biarkan mereka bercakap.
bila dah mati umno nanti dia dah tak boleh bercakap lagi.
sementara ini biarkan mereka bercakap.

boby, gemas

KV slam said...

Depa hentam Mat Sabu gila-gila. Inilah masalahnya jika ppemimpin kerajaan terlalu lemah. Nak tunjuk kebaikan tidak mampu, maka carilah jalan untuk menghentam pihak lawan gila-gila. Kesian juga tengok UMNO yang dah habis modal ni. Lagi jauhlah aku dari UMNO ni. kali pertama aku akan undi pembangkang gamaknya.

Anonymous said...

Rasuah lebih jahat dari Mat indera.

Anak Nelayan Pontian said...

Polemik ini perlu dihentikan segera. Setuju. Tetapi adakah UMNO akan setuju. Inilah modal terkini pemimpin UMNO untuk tutup tembelang mereka. Banyak penyelewengan mereka yang perlu mereka timbus. Apapun pemimpin UMNO akan spin isu ini sampai lapuk.
Rakyat meluat kepada UMNO. Betul. Tetapi bani ampu-bodek dalam UMNO masih ramai.Nak hidup kenalah cium bontot bos. Apa tidaknya. MPNpun ikut diseret menjatuhkan maruah bangsa sendiri.Sepatutnya MPN fikir dan cadang perkara positif untuk bangunkan negara. Tetapi perkara sebaliknya berlaku. Lebih kepada mempolemik isu sejarah yang berat sebelah. Nampak sangat MPN kurang cerdik dan bias. Ikut telunjuk politik pemimpin UMNO.
MPN telanjangkan ketidakcerdikan mereka sendiri.
Masalah sebenar rakyat dipinggirkan. MPN hanya membazirkan wang rakyat dan negara.
Saranan saya jika ada ahli MPN ingin bergiat dalam politik tinggalkan MPN dan berjuanglah sepenuhnya dalam politik. Barulah betul.

Anonymous said...

Mat Sabu kata: Mat Indera (yg serang Bkt Kepong tu) adalah pejuang sebenar...

Ramai org DILAPORKAN sebagai membantah kerana mana mungkin seorang yg menyerang balai polis dan membunuh polis dianggap sebagai pejuang.

Saya kata: Mahathir Mohd (yg pernah menghina raja2 Melayu semau-maunya dan berbohong dgn mengatakan Anwar mencederakan dirinya sendiri) adalah seorang yg banyak berjasa kpd Malaysia.

Sekarang adakah sesiapa yg akan membantah pandangan saya tentang Dr Mahathir berdasarkan apa yg dibuatnya terhadap raja2 Melayu dan Anwar? Seronok memerhatikan gelagat manusia yg mudah lupa.

dpd tak lupa