Saranan pihak pembangkang untuk kerajaan berunding dengan mereka (pembangkang) untuk menentukan tarikh pilihanraya mendapat tentangan dari Dr Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri negara. Dr Mahathir menyarankan yang pihak pembangkang menubuhkan dahulu kerajaan dan mereka (pembangkang) boleh menentukan tarikh pilihanraya negara.
Selalunya di mana-mana juga di dunia ini kerajaanlah yang menentukan tarikh pilihanraya, bukannya pembangkang. Tetapi Mahathir lupa yang AS tetap mengadakan pilihanraya setelah tamat 4 tahun penggal sesuatu kerajaan yang di pilih itu mentadbir negara itu. Tetapi Mahathir juga betul jika beliau membandingkan negara-negara mundur seperti negara ‘favorite’ beliau Zimbabwe di Afrika dan banyak negara lain di dunia ini.
Tetapi kalau kita bercita-cita hendak menjadi negara maju tentulah cara AS dan Britain menentukan pilihanraya mereka menjadi contoh kepada kita. Tetapi isu ini tidak sepatutnya menjadi polimik kita kerana cara itu sudah menjadi cara kita. Kerajaan yang memerintah khususnya Perdana Menterilah yang akan menentukan tarikh pilihanraya negara.
Malahan Dr Mahathir telah menubuhkan kerajaan dulu sebelum beliau menubuhkan UMNO yang ada pada hari ini pada Februari 1988 dahulu. Kerajaan wujud dahulu baru UMNO ditubuhkan, dan pada tahun berikutnya (1990) baru di adakan pilihanraya umum.
Kita mesti faham bahawa kita masih membudayakan politik dunia ketiga walaupun pemimpin-pemimpin kita begegar-gegar bercakap hendak jadikan negara ini sebagai negara berdaya maju dan mempunyai mentaliti rakyat negara maju.
Saya cadangkan kepada pembangkang tidak usahlah hendak membawa isu ini ketengah kerana mereka yang memimpin tidak akan berganjak dari cara lama itu. Lagi pun pembangkang tidak payah lagi bersusah payah kerana apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO dan BN sekarang ini semua ‘self defeating’ dan mereka akan menghadapi masalah di atas tindakan mereka sendiri.
Mereka (UMNO) dan pemimpin mereka tidak konsisten dalam tindakan mereka. Pemimpin UMNO bukannya sayang sangat kepada UMNO itu sebabnya mereka melakukan perkara-perkara pelik yang menjahanamkan parti mereka sendiri. Semuanya kerana kehendak peribadi.
Dr Mahathir sendiri pernah keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan itu, semata-mata kerana hendak menyungkurkan Pak Lah. Jika keutuhan UMNO itu benar-benar menjadi perjuangan beliau, Mahathir tidak sepatutnya keluar dari parti semata-mata kerana marahkan Pak Lah. Saya bukan menyokong Pak Lah tetapi tindakan Dr Mahathir keluar parti itu merupakan tindakan yang menunjukan beliau berpolitik semata-mata kerana peribadi. Asalkan Pak Lah jatuh partinya jatuh pun tidak mengapa bagi beliau. Peribadinya mesti di dahulukan.
Itu sebabnya yang menjatuhkan UMNO bukan pembangkang tetapi parti itu dijatuhkan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri. Itu sebabnya UMNO sekarang sedang menghadapi penyakit ‘terminal’ dan amat payah untuk diperbaiki. Jika parti jatuh kita akan di persalahkan. Mereka tidak juga bersalah.
Dalam keadaan yang tenat sekarang ini pun ada pihak di kalangan pemimpin yang berpengaruh di dalam UMNO sedang berusaha untuk menjatuhkan Najib. Tetapi di nafikan oleh mereka. Tetapi dalam UMNO yang mereka cakap itu tidak selalunya betul, tetapi yang di katakan berita angin jahat itu lah yang selalunya menjadi benar.
Bagi mereka yang mempunyai sisik politik sedikit sebanyak tidak akan menafikan keadaan itu berlaku di dalam UMNO. Berbagai-bagai cerita yang ada di dalam UMNO ini sekarang, tetapi kita tidak payah membesarkannya kerana akhirnya yang tidak berapa lama lagi ia akan menjadi berita yang benar. Tetapi tidak siapa boleh menghalangnya. Yang hendak dijatuhkan dan yang hendak menjatuhkan itu adalah dari kumpulan yang sama yang sama sifat dan sikapnya. Jika berjaya pun pihak yang hendak menjatuhkan Najib itu keadaan tidak akan berubah juga.
Inilah yang membuatkan ahli-ahli UMNO sendiri menjadi mual kerana politiking yang begitu kuat di dalam parti itu. Tidak habis-habis dengan gossip di antara satu dengan yang lain di belakang sesama mereka tetapi berlakun berbaik-baik di hadapan. UMNO kian hari kian di sertai oleh mereka yang tidak tahu hujung pangkal UMNO itu jauh lagi untuk memahami perjuangannya kerana pemimpin-pemimpin sendiri tidak tahu kenapa mereka berada di sana.
Pemimpin-pemimpin UMNO yang tinggi-tinggi itu pun tertanya-tanya bagaimana mereka boleh berada di atas itu; adakah kerana kepimpinan? ATAU kerana politik wang? Atau kerana berjaya dalam tindakan mengampu pucuk pimpinan atau apa? Ahli-ahli di bawah pula diarah untuk memberikan sokongan tanpa berbalah bagi. Mereka di bawah hanya diperlukan semasa pilihanraya untuk mereka terus berglamor dan melakukan rasuah besar untuk memperkayakan keluarga dan suku sakat mereka.
Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan kerajaan mereka jangan sekali-kali terjebak dengan budaya memaki hamun yang dilakukan oleh penyokong BN pada hari ini. Tindakan memaki hamun serta memBABIkan dan MengANJINGkan mereka yang berfikiran yang berbeza akan hanya memakan diri mereka sendiri kerana rakyat ramai sudah pandai menilai yang mana yang betul dan yang salah.
Selalunya orang yang akan jatuh akan menjerit kehulu kehilir dan itu merupakan tanda-tanda mereka akan jatuh. Ini bukan ilmu tetapi petua. Kita tunggu sahaja. Kita diamkan sahaja diri kita jika mereka memaki hamun kita kerana maki hamun mereka itu tidak akan mencederakan maruah kita. Lagi pun memaki hamun itu bukannya budaya mereka yang berkepimpinan
Maki hamun mereka itu hanya akan ‘boomerang’ kepada mereka sendiri. Usah kita hiraukan mereka itu. Kalau kita pinjam kata-kata Dr Mahathir sendiri, UMNO itu sudah busuk hingga ke ususnya.
Kepada pembangkang saya berpendapat, masa sudah pun tiba untuk anda mengambil pemerintahan negara. Tadbirlah negara dengan baik kerana jika gagal rakyat ada hak untuk menarik balik mandat itu.
Bagaimana pun saya yakin, 'the worst of the opposition is lot better than the best of BN' dalam keadaan sekarang.
12 comments:
bisa..bisa
you're right. why must the pakatan leaders/politicians worry about the election date.Do you expect an invitation from the BN leaders to share the political powers of the country with them? No way. Better concentrate on the next course of action in gaining the political mileage of the people since the rakyat now sees less and less flavour of the BN leaders anf its self defeating tactics.
Salam pencerahan..
Pemimpin UMNO telah jauh terpisah dari akar umbi.Mereka telah menjadi elitis dan hanya suka mendengar cerita dan laporan indah sahaja.
Rakyat dan kisah hidup mereka,yang duka-duka hanya dipedulikan apabila datangnya pilihan raya,hanya apabila hendak minta mandat.Maka diperkudakanlah kesetiaan akar umbi yang masih bernostalgia bahawa UMNOlah yang menjaga dan membela bangsanya, Melayu.
Maka, rasanya ada benarnya kata Pak Samad Said, bahawa sudah tiba masanya kita melantik pemimpin dari bawah, telah 5 dekad lebih kita telah menyerahkannya kepada bangsawan...
Fikir-fikirkanlah...
Lagi lama kita menunggu untuk berubah,lagi besar kos sosialnya...
UMNO is imploding. It can't be saved anymore.
IbnAbdHalim,
Umno activists won't believe it bro but it is only until this vicious party loses power.
Let's keep our finger cross sir.
Pak,
How right you are when you wrote "the worse in the opposition is a lot better than the best of BN". What we are seeing right now, is the acceptance of that statement by the majority of Malaysian and especially the Malays and it is reflected in their collective rejection and loathing of UMNO's main "propaganda" instruments which are UTUSAN and Berita Hairan".
Malaysian are literally asking the question "how bad can the opposition be and can they be worse than UMNO and BN?" And what's damning for UMNO is that most Malaysian can already see and experience governance of fair and "for the people" by the opposition in states like Selangor and Penang. So the question of how bad can the opposition be is immediately answered with "The opposition is much, much better than UMNO and BN and we might even live in a better and brighter future with "the opposition" as the government" by those who asked the question! So to most Malaysian it is no longer a question but a fact that "ANYTHING BUT UMNO is the logical choice and they won't lose anything by voting the opposition".
The leadership of UMNO and BN may be screaming "communist, traitor or murtad or terrorist or negara islam" followed by their rabid blogger snarling and baring their unbrushed teeth at Malaysian, imposing their foul stench on the masses BUT nothing can move the determined citizen who are firm in their faith that UMNO and BN is destroying the country and in order to save the country they must vote "ANYTHING BUT UMNO (and of course BN). If this belief and determination survive until the next GE, GOD willing, Malaysian could well have a new and better government and UMNO (and BN) will slowly die and be forgotten.
Nick.
'the worst of the opposition is lot better than the best of BN'
the best quote ever from you
Pak,
I have read some of ur articles, and i love them all.. keep up with the writing and keep on enlightening the rakyat!
Thanks!
...'the worst of the opposition is lot better than the best of BN' dalam keadaan sekarang.
I Like...
Sdr Aspan
Sdr, antara lain menulis, "Kepada pembangkang saya berpendapat, masa sudah pun tiba untuk anda mengambil pemerintahan negara. Tadbirlah negara dengan baik kerana jika gagal rakyat ada hak untuk menarik balik mandat itu.
Bagaimana pun saya yakin, 'the worst of the opposition is lot better than the best of BN' dalam keadaan sekarang."
Komen:
Persoalan yang mungkin ditanya, bagaimana mungkin pembangkang yang sdr kata tidak sebagus BN dalam keadaan sekarang itu sdr harap sangat mengambil alih perintahan negara dan mentadbirnya dengan baik?
Bagi saya, persoalan di atas hanya boleh dijawab jika kita kaji dan pelajari bagaimana jurutera Jepun menghasilkan kereta buatannya sendiri, yang akhirnya, bukan sahaja menembusi pasaran kereta dunia, malah menguasainya sekarang.
The worst of the BN is a lot better than the best of PKR dalam apa-apa keadaan.
Ruzis,
Pandangan saudar itu tepat. Ia bukan sahaj akan mengalami kos social yang mahal tetapi juga kos bangsa-bangsa kehidupan yang mahal.
Yang lebih mahal lagi ialah kita orang Melayu akan hilang identitinya dan kehilangan identiti itu adalah tanda yang pasti Melayu akan hilang dunianya walupu Melayu tidak akan hilang di dunia.
Ia akan menjadikan Melayu sebagai bangsa yang hanya alat kudaan sekumpulan Melayu yang lain. Jika dulu kita halang pentadbiran Malaya Union tetapi sekarang apa yang dilakukan oleh pemimpin Melayu (UMNO) kita itu tak ubah seperti pentadbiran Malayan Union tetapi bezanya MU kali ini adalah pemimpin-pemimpin Melayu terhadap bangsanya sendiri.
Thanks.
Post a Comment