Majlis Professor Negara (MPN) telah mengeluarkan kenyataan yang negara kita tidak pernah dijajah oleh mana-mana penjajah dan negara hanya menjadi ‘protectorate state’ kepada British. Kita baru sahaja merayakan ulang tahun kemerdekaan yang ke-54 pada tanggal 31 Ogos yang lalu, tiba-tiba ada pihak menyatakan secara formal yang Malaya dan Malaysia tidak pernah dijajah.
Professor Zainal Keling menyatakan kita hanya sebuah ‘protectorate state’ bukan tanah jajahan British. Kalau apa yang dinyatakan oleh MPN itu benar maka kerajaan khususnya UMNO mesti secara jelas dan formal membuat kenyataan resmi yang negara kita adalah seperti negara Thailand yang tidak pernah di jajah.
Kerajaan kita mesti membuat kenyataan resmi serta memberikan kefahaman kepada rakyat penaklukan Jepun ke atas negara kita dahulu itu apa dia jika itu bukan penjajahan. Ini merupakan kenyataan yang amat serius dan ianya perlu mendapat respon yang cepat dan jelas terutamanya dari Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak.
Jika benar negara kita tidak pernah dijajah kerajaan wajar membatalkan cuti umum yang di wartakan kerajaan bagi mengingati ulang tahun kemerdekaan kita. Tugu negara juga wajar diruntuhkan kerana kita tidak pernah berjuang untuk mencapai kemerdekaan.
Cogan kata yang melaungkan ungkapan Merdeka dalam media masa perdana semasa minggu sambutan perayaan ulang tahun kemerdekaan itu harus di buang dan tidak boleh disiarkan lagi.
UMNO lebih-lebih lagi harus membatalkan secara resmi sebagai sebuah parti yang tidak pernah membawa kemerdekaan dari penjajah kerana negara kita tidak pernah dijajah oleh British atau mana-mana kuasa asing dalam sejarah kita.
Kerajaan kita wajar mentauliahkan Professor Zanal bin Keling untuk menulis sejarah baru negara dan kerajaan wajar membatalkan buku teks sejarah yang dibaca oleh kanak-kanak sekolah dan mahasiswa di setiap Universiti dan bermula dengan pelajar di bawah kelolaan Professor Zainal Keling.
Kerajaan wajar hanya mengiktiraf tulisan sejarah oleh Professor Zainal Keling dan biarkan beliau menulis apa-apa sejarah tentang negara kita. Jika itu caranya UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasa, buatlah apa yang mereka suka tentang sejarah negara kita.
Jika kita bersetuju untuk menulis sejarah yang baru bagi negara saya mencadangkan juga bahawa UMNO bermula pada tahun 1988 kerana UMNO ini tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan negara kerana negara kita tidak pernah dijajah seperti yang dinyatakan oleh Professor Zainal Keling itu.
Bila MPN dan Zainal Keling diberikan mandat untuk menulis sejarah baru negara saya ingin mencadangkan kepada beliau bahawa sebelum Februari 1988 UMNO tidak pernah wujud supaya rakyat yang seperti saya ini tidak dapat berkata-kata apa-apa lagi.
Asalkan sahaja UMNO terus memerintah tulislah apa-apa sejarah mengikut selera yang sedap bagi UMNO. Apa yang kerajaan perlu lakukan sekarang hanyalah memohon maaf kepada semua rakyat yang telah diberikan sejarah negara yang salah selama ini.
Sementara kita dapat buku-buku sejarah yang baru yang akan di tulis itu saya mencadangkan supaya kerajaan mengumumkan satu tarikh untuk memberitahu rakyat bila buku sejarah baru untuk negara itu ditulis dan diterbitkan.
Buat sementara ini beri arahan kepada semua sekolah dan institusi pengajian tinggi supaya memberhentikan membaca buku sejarah yang ada pada hari ini supaya arahan itu juga boleh dicatatkan dalam penulisan buku sejarah yang akan di tulis oleh Professor Zainal Keling nanti. Beri juga arahan kepada Professor Ramlah Adam untuk membantu Professor Zainal Keling dalam ‘mengarang’ sejarah baru untuk negara.
Kalaulah itu kehendak pimpinan pada hari ini buatlah sesuka hati mereka asalkan mereka puas dengan kuasa dan seterusnya menyalahgunakan kuasa itu terus terusan. Kalau boleh digubal undang-undang untuk mencegah rakyat dari menyebut kandungan lain dari sejarah yang di tulis oleh Zainal Keling tadi.
Jangan lupa untuk pastikan Malaysia keluar dari commonwealth kerana commonwealth itu adalah satu persatuan yang dianggotai oleh bekas-bekas tanah jajahan British. Malaysia juga harus menarik diri dari sukan Commonwealth dari sekarang kerana sukan itu hanyalah untuk ahli-ahli sukan negara-negara bekas tanah jajahan British di seluruh dunia. Jika kita tidak pernah dijajah apa perlunya kita menyertai Commonwealth dan sukannya selama ini?
Pastikan sejarah yang akan diperbaharui itu sama seperti sejarah negara Thailand yang juga sebuah negara yang tidak pernah dijajah.
Selepas ini Professor Zainal Keling akan mempunyai tugas yang terpenting untuk negara. Itu pun yang beliau mahukan kerana beliau begitu sibuk akhir-akhir ini untuk menjadi orang penting kepada negara kita.
Oh ya, kalau boleh jangan lupa tulis dalam buku sejarah baru nanti yang Mohamad Sabu itu sejak lahirnya adalah seorang komunis.
Alang-alang berbohong, berbohong betul-betul.
25 comments:
Tugu Negara tu gambaran Mat Saleh pijak komunis - mana ada tunjuk Melayu pun (Kat kaki tu tak tau la.) Sama juga Tugu War Memorial Amerika (yang dijadikan ikon untuk membuat tugu negara) adalah gambaran Amerika 'menang' dan dapat menaikkan bendera di Iwo Jima - dah namapun Iwo Jima, dah memang pulau kat Jepun. Jadi samalah - nedera tiru, tugu negara tiru, lagu tiru... rupanya sejarah pun main tiru-tiru jugak?
Pak,
It makes one wonder what else did they lie about? If they can lie about history and UMNO role (or "pak pacak" status in the fight for independence) one can surmise that UMNO was and is still lying to all of us on everything and all the time (Joseph Goebbels must be really proud of UMNO). Once a liar, always a liar!
I won't even waste my time commenting about the so called "MPN" and it's coterie of village intellectuals and coffee shop geniuses. Those "professors" are garbage and don't deserve any space or mention in any intellectual discussion or even casual conversation. Just like UMNO. The MPN and other "good for nothing yet expensive to keep" NGOs are just nails that is going to seal UMNO's coffin and hasten it's death. Yet another glaring reason why "ABU or ANYTHING BUT UMNO OR ASALKAN BUKAN UMNO IS IMPORTANT FOR MALAYSIAN ESPECIALLY TH MALAYS". Anyone who can't see the clear reasoning on that are welcome to join the MPN and become a Professor and rewrite history!
Nick.
sdr aspan
i am no historian so my comment is purely a layman's viewpoint. Since the british empire classified their 'subordinate' territories into dominions, protectorates, dependencies, colonies etc. it is in this context perhaps that the learned professors concoct their hair-splitting hypotheis. To laypersons like me the context of 'penjajahan' cuts through all the definitions above as territorial 'penjajahan' took many forms ie so long as one is subservient to the brits.
the opening lines of the westminster's federation of malaya independence act 1957 dated 31.07.1957 chapter 60 reads 'An Act to make provision for and in connection with the establishment of the Federation of Malaya as an independent sovereign country within the Common-
wealth.'
this act on one hand can be construed to mean a formation of a new nation the Fed of Malaya as an independent new sovereign country NOT a newly independent country. thus 'independence' here may mean 'bebas/merdeka' as in 'sovereign' or it could also mean 'tidak lagi bergantung' (militarily at least in the context of a protectorate state).
either way, the fact remains that the SSS, FMS and UFMS (not FOM just yet) were subservient to britain in one way or another, hence the legislation was necessary to be passed by westminster.
if indeed the brits were doing a fantastic deed of protecting the malay states then, and nobly advising the sultans in matters of taxation and admin, how would historians classify the likes of dato maharajalela, dato bahaman, mat kilau, tok janggut (err.. mat indera maybe) - murderers? hooligans? tax fugitives?
scrooge
thot i heard the tunku shrieking 'mardekah.. mardekah..' (in the 'sovereign' stadium, innit?)
salam tuan aspan,
zainal keling ni mengeluarkan keyataan memang tak pakai akal kerana implikasi nya sangat besar.kalau ia pun nak sokong bn berpada pada lah jangan sampai taraf professor di perlekehkan oleh raayat malaysia yang waras
Salam Tn Aspan.
Ini semua Zainal Keling ..BETUL-Betul Keling.. Jika Bukan menjajah kenape nak Bunah Rakyat Melayu/ Tok Gajah/Mat Kilau/etc..
Bodoh punye orang..
Pejuang Selayang
Mat Kilau
Siakap senohong gelama ikan duri selalu berbohong akhir nya UMNO jadi pencuri.
Betul lah kata orang tua kita.
Alahan... Najib nak simpan professor macam ini buat apa?
Tuan Aspan,
Sangat sinikal kali ini. Sekali baca seperti sedang berhumor, sekali baca lagi seperti sedang marah mengelegak. Juga marah dan gelak itu ditujukan kepada siapa? seperti di tuju kepada UMNO (seperti biasa) dan juga seperti ditujukan kepada Zainal Kling dan Ramlah Adam.
Saya tidak mahu mengulas bab sejarah walaupun sejarah memang subjek kegemaran saya. Saya berpendapat bahawa biarlah sejarah yang telah tertulis secara rasmi itu dibiarkan kerana lebih banyak munafaatnya. Menulis kembali sejarah akan banyak menimbulkan perbalahan. Bermula dengan perbalahan politik kemudian akan berlanjutan kepada perbalahan kaum. Selepas ini akan ada sejarawan yg akan timbulkan hal Jus Soli. sekarang ini sudah timbul melayu yg pertikaikan isu Jus soli. Jika tidak dijajah bermakna Jus Soli akan terbatal. Jika terbatal, bagaimana hak kewargenagaraan saudara Cina dan India kita? Itu yang saya katakan adalah lebih bermunafaat kita terima seadanya sejarah yg ada. Batu bersurat serta pelbagai bukti sejarah yg membuktikan kewujudan bangsa melayu di bumi Malaysia ini biarlah hanya jadikan bahan bacaan ringan sejarah malaysia.
Berkaitan kenyataan Zainal Kling, Ramlah, Mat Sabu, serta pelbagai lagi yg berbeza antara satu sama lain tu kita anggap sebagai tandanya demokrasi berjalan lancar di negara kita. Demokrasi bukan hanya bermaksud pilihanraya sahaja kerana ramai diktator juga mengadakan pilihanraya. Ianya merangkumi perkara yg lebih besar termasuklah kebebasan melahirkan pendapat berbeza. Mat Sabu berhak mengeluarkan pendapat yg Mat Indera ini pejuang manakala Polis itu hanyalah wakil penjajah. UMNo dan sekutunya juga berhak mengeluarkan pendapat yg sebaliknya. Rakyat yang akan tentukan pendapat siapa yang akan mereka guna pakai. Saya antara yg akan bersetuju mengguna pakai pendapat UMNO ini.
Kita semua jangan lupa bahawa demokrasi jua beri hak untuk kita di kritik dan di cemuh. Bersedialah untuk dicemuh jika kita memilih untuk mencemuh. Tidak perlu sedih atau marah sangat jika tidak setuju dengan pandangan Zainal Kling atau pun Ramlah hingga keluar pelbagai gelaran untuk professor seperti ini. Rasulullah kita marah jika beri gelaran tidak elok pada saudara kita. Itu hak mutlak mereka keluarkan pemikiran mereka.
Salam,
Prof tu betul dari segi teori (atas kertas). Tetapi bodoh bila berhadapan dengan realiti. Cuba menafikan penjajahan British kerana BRITISH TULIS tidak menjajah samalah seperti membela anak yang mencuri tetapi sianak menulis bahawa dia tak mencuri. Sedangkan hakikatnya anak tersebut pencuri dikehendaki.
Inilah gambaran kebodohan yang cuba dianggap bijak oleh media kerana asal apa saja yang boleh selamatkan umno cuba diperbesarkan.
Prof2 yang keluarkan kenyataan ini barangkali lupa bahawa masyarakat hari ini sudah bijak, atau mereka sedar tetapi cuba nasib, mana tau masih ada yang kurang bijak dan boleh terima kenyataan mereka. Hasilnya kita lihat, tiada yang menyokong kenyataan tersebut dan mereka diaibkan oleh keceluparan mereka sendiri.
TUGU NEGARA - Terdapat nama penjajah yang didoakan sebagai mati mempertahankan Tanah Melayu. Cuba lihat pada nama yang tertera. Sebelum ini rupanya pemimpin negara telah mengkalungkan bunga buat penjajah.
Bendera Negara - Iras bendera Amerika, sedangkan Bendera kita (nusantara) sepatutnya sama seperti bendera umno, indonesia dan singapura.
Lagu Negaraku - Amat memalukan apabila ianya adalah lagu memula moon/ terang bulan.
So, tidak hairan jika ianya tidak berada dalam hati rakyat kerana rohnya tiada bersama rakyat.
Tuan Aspan,
Apa yang saya tahu dari segi akademik gelaran Profesor hanyalah boleh dipakai selagi penyandangnya masih berkerja disesebuah Universiti(kalau salah sila betulkan).Bila dia pencen jawatan itu kosong dan akan digantikan dengan orang lain kecuali gelaran Prof Diraja atau Prof Emeratus.Saya rasa sekarang ni ramai Prof yang telah sampai tarikh luput tetapi tidak rela melepas gelaran yang boleh digunakan untuk cari makan,Jadi dengan adanya isu ini masing2 cuba menonjolkan diri seperti Prof serbatahu.Setahu saya Zainal Keling bukan Prof sejarah tetapi subjek lain tetapi menggunakan patform Majlis Profesor untuk cari talian hayat.Ingatlah hari dah senja,kalau ikut sabda Rasul umatku umurnya 60,70.Fikir2kan lah dah tua2 berbohong tak baik didengar anak cucu sendiri,piem dia baru cakap semalam jangan ubah fakta sejarah..Umno Baru tiada kena mengena dengan kemerdekaan kerana ditubuhkan dalam tahun 1988 dan bukan sebelum 1957,bekas peresiden pertamanya adalah seorang mamak..itulah sejarah sebenar tidak boleh dinafikan oleh Zainal Keling.
Alahai Tuan Ibni Ismail.. Isu ni pun Utusan & TV3 gak yg memperbesar2kan nya.. Byk plak putar belitnya..
sdr Aspan,
teringat saya ungkapan daripada Almarhum Professor Syed Hussin AlAttas tentang professor kangkong di universiti-universiti di Malaysia... agaknya ini salah satu professor kangkong yang beliau maksudkan...
Don't you notice that the guy who stirred the hornet's nest (DPM) is elegantly silent on this issue?
Tuan Aspan
Saya bekas pelajar UM, saya tahu Zainal Kling bukan prof. sejarah tetapi professor antropologi dan sosiologi akhir tahun 80-an dulu bersama-sama prof. Azizah Talib dan prof.Mohd Fauzi Yaakub. Semasa dia tamat perkhidmatannya dgn UM dia masih guna gelaran professor. Kiranya dia dah lakukan jenayah akademik. Saya rasa dia jenis prof cari makan. Dia jadi rujukan media perdana untuk commentator politik, tengah laku sejak Dr Agus dr UKM dah kena beku siara ulasannya
Anon 17:14,
You mean TSM? He's quiet because he thinks he is the raja muda. He thinks if Najib falls he will the next to lead this nation.
If Muhyiddin takes over, there will be another long haul of problems in the country...bet you.
He will be like he was the Johor MB. BUT Mahathir is behind all these guys...another bet.
I came across this record that says Malaya, for all intent and purposes, was a British colony.
FEDERATION OF MALAYA INDEPENDENCE BILL [Hansard 12 July 1957]
http://hansard.millbanksystems.com/commons/1957/jul/12/federation-of-malaya-independence-bill
Ibni Ismail : saudara mengatakan bahawa demokrasi termasuk lah bebas untuk bersuara, bebas untuk menyatakan pandangan yang berbeza spt dalam kes ini pendapat Mat Sabu, Ramlah Adam dan Zainal Kling. Tapi pernah kah saudara terfikir bahawa pendapat Zainal Kling dan Ramlah Adam SAHAJA yang diberikan penekanan, disiarkan oleh media arus perdana di negara ini, Pendapat Mat Sabu tidak dinyatakan langsung, cuma yang ditekankan Mat Sabu penyokong komunia. Ada kah anda rasa platform untuk meluahkan pandangan diberikan sama rata oleh media arus perdana atau media kerajaan ini. Mengapa kerajaan mesti mengutarakan pandangan nya sahaja. Yang paling ketara, kalau pandangan dan teguran pembangkang semua nya burok, kalau disiarkan hanya sebahgian. Mengapa kerajaan BN sangat takut untuk membenarkan pandangan yang berbeza ini diutarakan kepada rakyat. Rakyat Malaysia bukan bodoh, biar mereka yang menilai bukan diperbodohkan oleh kerajaan UMNO yang gila kuasa ni. Dengan kemudahan internet dan dlm zaman teknologi maklumat semua maklumat mudah diperolehi tapi UMNO khususnya masih lagi mahu menipu...sikap nya yang kolot, yang hendak mengongkong minda rakyat & yang tak mahu berkembang mengikut zaman inilah dibenci rakyat dan orang muda, "control freak" tahap cipan, Kalau dia jujor, dia akan benarkan perbezaan pendapat ini dibuat secara terbuka, di atas platform yang adil dan membenarkan rakyat membuat keputusan nya sendiri, bukan dgn cara lapuk nya itu. Kami mahukan perubahan untuk negara ini dan pada pandangan saya parti pemerintah sekarang sudah "over stay" dan tempoh nya telah luput. so,nyah pemimpin bodoh lagi tamak ni, UBAH & berambus kau dari menjadi pemimpin kami...!!!
Sdr Ibni Ismail
"Mat Sabu berhak mengeluarkan pendapat yg Mat Indera ini pejuang manakala Polis itu hanyalah wakil penjajah. UMNo dan sekutunya juga berhak mengeluarkan pendapat yg sebaliknya. Rakyat yang akan tentukan pendapat siapa yang akan mereka guna pakai. Saya antara yg akan bersetuju mengguna pakai pendapat UMNO ini."
Memang UMNO dan sekutunya atas dasar demokrasi ada hak tulis sejarah kemerdekaan tanah air mengikut tafsirannya sendiri dari segi bagaimana negara mencapai kemerdekaan, siapa hero yang memperjuangkan kemerdekaan dan istilah kemerdekaan yang diguna-pakai seperti hujah sdr di atas.
Tetapi, tidakkah sdr terfikir bahawa sejarah kemerdekaan tanah air kita yang seadanya itu sebiji macam kisah kelahiran Nabi Isa yang menakjubkan itu iaitu tanpa bapa atau lebih tepat lagi, kelahirannya tanpa ibunya disetubuhi untuk pancutan air mani secara semula jadi itu. Sedangkan kita tahu kesih kelahiranya itu suatu kelbihan yang Allah berikan kepada Nabi Isa sahaja.
Tuan Aspan dan rakan2,
Inilah indahnya demokrasi. Saya dan anda semua boleh saling bertukar pemahaman dan pendapat. Sesudah berjaya mendirikan kerajaan nanti, ubahlah penceritaan sejarah mengikut pemahaman pemerintah semasa itu. Buat masa ini, tumpukan usaha untuk menarik undi majoriti rakyat.
Buat Sdr. Saji, saya terfikir tentang itu juga. Terfikir tentang pembetulan sejarah Parameswara dan Francis Light. Bangsa kita dah ujud seawal pengukiran batu bersurat lagi. Jadinya kenapa perlu ada Jus Soli yg menjadikan saudara Cina dan India kita warganegara tanah air kita? Ini idea yg saya dengar dari sekumpulan pensyarah di kejiranan saya. Ini pendirian yg bahaya yang pasti akan terjadi jika kita mencari benih kepada sejarah negara. Saya tahu kisah Nabi Isa itu dan faham maksud tuan cuma risau dengan implikasinya dan juga risau jika terlebih lebih beri pemerhatian tentang isu ini hingga menutup segala isu yang wajib kita perjuangkan.
Hello Anon 11.40 12 Sept
Nak jadi Mat Sabun The Second nampak?
Lagu Negara Ku is also known as Rosalie. Brought home by Sultan Abdullah after he was exiled in the Seychelles.
Please read your history books.
Salam.
Sedia maklum yg UMNO ialah parti yg direstui British. Perjuangan utk merdeka sejak awal abd ke 20. Tahap agresif apabila British memulakan agendanya melalui sistem residen n sistem penasihat. British menentukan pentadbiran n undang2 Britih menggantikan undang2 tardisi yg beasaskan undang2 Kesultanan Melaka yg dicerakinkan dengan undang2 Islam.Dari sinilah bangkitlah Tok Janggut, Mat Kilau dan sempamanya.
Kemuncak perjuangan selepas Jepun kalah dan British datang dengan Malayan Union. Di sini ada 2 jalur perjuangan, kanan n kiri. Yang kiri lebih berasaskan kemelayuan dan kenusantaraan, yang kanan didominasi oleh UMNO yg direstui oleh British kerana pendokongnya brpendidikan barat dan pegawai yang bekerja dengan British di Tanah Melayu.
Jelas kenapa British memilih UMNO tidak parti2 kiri. Pendokong2 aliran kiri berpendidikan Melayu dan agama, dan tentunya membenci British, sedang UMNO sebaliknya dan British mahu meninggalkan legasi dan agendanya.
Jadi senarionya ialah soal survival kuasa.Mengiktiraf aliran kiri,akhirnya akan menenggelamkan dirinya,apatah lagi dlm senario politik semasa yang lebih memihak kepada PR yang boleh disinonimkan dengan aliran kiri.
Sesungguhnya penyataan MPN melalui Zainal Keling dan Khoo Kay Kim menjelaskan lagi bahawa UMNO sebenarnya penjaga British di Malaysia. Penyataan yang benar2 mempersendakan fakta sejarah bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah British ialah satu usaha memperbodoh diri sendiri dan menyebabkan komuniti akademik senyum sinis dengan onar profesor yang merendahkan martabat dirinya sendiri, dan yang lebih.malang ialah direstui oleh Najib.
Dengan senario sebegini, dan agenda 1Malaysia yang ditempelak oleh timbalannya sendiri serta kegagalan agenda transformasi ekonominya serta rakyat dibelenggu dengan kos hidup yang kian tinggi sedang upah tidak meningkat. Suasana ekonomi dunia pula dikhuatiri merudum kali kedua, DIRAGUI ADAKAH NAJIB SEMPAT MENERAJUI BN PADA PRU13 NANTI.Khabarnya gerombolan utk merempuh Najib telah bermula..
Alahai Najib...
Alahai UMNO..
Alahai BN.
Quiet Despair,
Sebutlah nama orang lain betul-betul. Mat Sabu..not Mat Sabun. Jangan membenci orang dengan name calling.
Let be a bit civil bro.
nick,
It's Malaysian politics at work actually...politics of UMNO which is not anymore adaptable to the changing time.
UMNO is not abreast with time and I think I agree with you that we shouldn't pay any attention to them any longer.
As I have often said that UMNO's attribute is deceits, lying and don't oppose them at all.
That's why people including UMNO members oppose them in the ballot boxes.
I reckon, that is the only way correct them.
Thanks nick.
Tok Pan,
Kes nie kena bawa ke muka pengadilan. Keputusan nya TIDAK PERNAH DIJAJAH DAN TIDAK JUGA PERNAH MERDEKA..He3..Tahun depan kena sambut HARI TAK PERNAH KENA JAJAH lo.
-sender Rakyat Jenny lo (Jeniang la tu).
Top,
QD di bapak dia tak ajo... tu jadi kureng ajooo..
ahli fikir bodoh
Post a Comment