BN khususnya UMNO benar-benar mengelabah kerana Mohamad Sabu. Dendam mereka terhadap Mohamad Sabu tidak ada kesudahan dan batas dan ianya membayangkan rasa terhimpit kerana kemungjkinan hilang kuasa bertambah nyata. Mohamad Sabu ini hebat orangnya. Sepatah beliau berkata mengelabah habis pihak pemerintah dan tidak sudah-sudah UMNO bercakap mengenai isu Mat Indera.
Dengan tindakan membawa Mohamad Sabu ke Mahkamah hari ini membuktikan yang pihak yang memerintah sengaja tercari-cari kesalahannya untuk dijadikan isu terhadap parti PAS yang sedang mendapat sokongan yang semakin kuat dari rakyat khususnya dari mereka yang muda dan terpelajar.
Baru sahaja PM Najib berjanji yang tidak akan ada sesiapa yang akan ditahan atau dituduh kerana perbezaan ideologi dan sebagainya dalam pembaharuan politik yang dilakukannya. Belum habis pun dengungan kata-kata beliau itu, nah, Mohamd Sabu sudah dituduh di Mahkamah kerana ucapan beliau di Pulau Pinang bulan lepas.
Itulah sebabnya saya meminta semua pihak jangan terlalu gembira dengan pengumuman PM baru-baru ini, kerana yang berjanji ini ialah pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO memang susah untuk mengotakan janji kerana keadaan mereka yang sudah lemah. Orang yang lemah memang susah untuk membuat keputusan dengan baik. Orang lemah bila bercakap jangan kita mudah percaya kerana pemikiran mereka tidak berapa mantap.
Tetapi bagaimana pun saya tidak merasakan itu menjadi masalah kerana dengan tindakan itu ianya memberikan bukti kuat yang PAS pimpinan Mohamad Sabu itu sememangnya diakui sebagai sebuah parti yang ber ‘consequence’ besar. Tindakan itu hanya memberikan persepsi bahawa PAS pada pandangan UMNO sudah menjadi gergasi yang susah untuk dilawan dalam pilihanraya.
Maka jalan yang terbaik dan satu-satunya jalan yang tinggal bagi UMNO ialah dengan menggunakan pengaruh dan kuasa yang sementara ini masih bersamanya untuk menuduh Mohamad Sabu di Mahkamah. Maka tuduhan rakyat dan masyarakat antarabangsa yang memandang badan kehakiman dan undang-undang negara kita masih menjadi alat kepada pihak eksekutif dan isu pengasingan kuasa yang menjadi ‘attribute’ sebuah negara demokrasi berpelembagaan itu masih jauh dari kenyataan.
Tindakan kerajaan ini hanya satu tindakan ‘self defeating’ bagi parti yang memerintah. Entah apa sebabnya parti pemerintah sentiasa melakukan tindakan yang memakan diri sendiri akhir-akhir ini. Tetapi yang mereka salahkan ialah parti-parti pembangkang. Sudah menjadi tabiat pemimpin BN yang segala kelemahan yang mereka alami itu adalah di sebabkan parti-parti pembangkang.
Mereka yang melemahkan diri mereka mereka salahkan parti pembangkang pula. Selepas ini tidak tahu pula apa yang akan dilakukan terhadap pembangkang yang akan memakan diri mereka sendiri. Akhirnya parti-parti pembangkang tidak payah berkempen lagi kerana parti pemerintah sendiri yang menempah ‘maut’ politik mereka.
Apa tidaknya; Utusan, rangkaian TV RTM serta TV3 dan saluran-saluran TV kumpulan Media Prima semuanya melakukan tindakan yang ‘counter productive’ bagi UMNO dan BN. Media massa sekarang ini masih berfikir yang rakyat semuanya masih bodoh-bodoh alang dan mempercayai propaganda mereka. Media massa ini tidak menyedari yang tindakan ‘over killing’ Mohamad Sabu ini akhirnya memudharatkan UMNO dan BN keseluruhannya.
Saya meminta Mohamad Sabu bersabar dengan tindakan pihak pemerintah ini kerana segala apa yang buruk terjadi kepada saudara itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Setidak-tidaknya petanda awal yang kita nampak sekarang ini rata-rata orang ramai sudah menunjukan sokongan kepada beliau dan PAS walaupun mungkin sekadar rasa simpati terhadap Mohamad Sabu itu.
Mohamad Sabu sendiri sekarang seolah-olah telah dijadikan hero oleh musuh-musuh politik beliau. Orang ramai bukan bodoh seperti anggapan pihak pemerintah pada hari ini.
Syabas Mad! Walaupun saudara tidak memintanya, BN menjadikan saudara seorang hero.
16 comments:
wa cayalah mad sabu.
Polis malaysia agak bodoh lah. IGP cakap 1100++ polis repot dibuat terhadap Mat Sabu. Kan membazirkan kertas dan tenaga polis. Apa jadahnya buat report terhadap isu yg sama yg mana siasatan sedang berjalan.
Apabila siasatan siap, Ismail bercakap macam Ketua Bahagian Umno. Macamana marahnya pemimpin Umno terhadap mat Sabu, macam itulah marahnya Ismail terhadap mat Sabu. Aku nampak kenyataan orang Umno dan Ismail dua kali lima. Ismail lebih Umno dari org Umno. Macamnana nak jalankan kerja secara impartial dan berkecuali.
Kita ada Peguam negara, budak suruhan Umno. Hisahamudin cakap dakwa mat Sbu sibodoh ni pun dakwa. Maka dibawa kes yg paling bodoh dan bongok dlm sejarah dunia..tuduhan jenayah terhadap satu komen mengenai kejadian yg berlaku pada 1950. Ada orang anggap mat indera komunis dan ada orang anggap dia pejuang kebebasan. Ada orang anggap komunis semasa tu pejuang kebebasan dan ada orang anggap komunis pengganas. Pandangan dan analisa peristiwa tahun 1950 mengikut persepsi masing2 bolih dianggap satu jenayah. Ini sudah cerita karut. Ini cerita mat jenin lah. Ini cerita malaya tahun 1407 pabila anak raja tikam orang kerana tengoloknya terkena bola raga. Ini sudah mengarut lah.
Betul2 bongok orang Umno, Igp Ismail dan patail.
Of course I am no fan of Mat Sabu.
But I agree with you that our government has fallen into his bait.
Let him make whatever speech he wants. Just ignore him as superflous.
Yes they made Sabu into a hero without a cause.
Win or lose, he got the attention he wants.
terima kasih lah tuan aspan memanggil saya hero. tapi bagi saya ada isu yg lebih penting lagi untuk dibahas dari isu sejarah bukit kepong. percayalah jika pr bertapak di putrajaya nanti sejarah ini akan ditulis semula. isu bukit kepong sengaja dibesar-besarkan oleh umno untuk menutup isu lain seperti dakwaan beribu-ribu pati yg didaftarkan menjadi warganegara dan dgn secepat kilat pula diberi kelayakan mengundi.
Kesilapan demi kesilapan yang akan membawa padah kepada BN/UMNO..
"Last kopek' before the downfall?
Bro Aspan,
Berita Mat Sabu yang didakwa hari ini dah sudah tidak berapa hot lagi.Berita yang paling hot sekarang adalah Najib dan Rosmah takut nak masuk kandang saksi dalam kes sodomi 2 Dsai. Dah failkan permohonan tak nak hadir jadi saksi walaupun disapina. Banyak la cakadak depa laki bini nih. Dulu tak mau diinterview oleh peguam Dsai minta disapina. Bila dah disapina nak lari plak!!....tak boleh pakai punya owang.....hahaha.
2. Tektik sama juga diguna oleh TDM dalam kes sodomi 1 tahun 1998 dulu. Pi seluruh dunia canang ada bukti sahih tetapi time diminta jadi saksi kat mahkamah....lari!
Apa jadi kepada TDM dan UMNO(Baru) selepas itu?
3. Yang pasti hakim dalam kes sodomi 2 akan memberi peluang kepada najib dan rosmah lariiiiii dari beri keterangan. Tetapi nasib najib dan UMNO(Baru) akan diseal.
Kumpulan Muhyidin dan TDM tentunya gembira sakan dengan perkembangan ini. Rezeki datang mengolek.
bat8
ps
Pak,
This is a sure sign of infighting and it's getting hotter and hotter. Not a week ago we had Najib proclaiming "history is being written" when he repel ISA (which in his seriously deluded mind was a victory won BY UMNO. Huh???) and now suddenly when the masses and the malay are already so numbed and "couldn't care less" about the Mat Sabu issue, someone found it necessary to charge Mat Sabu for defamation! (Defaming who??? PDRM??? Remind me again when did our police force was conferred their royal status and didn't we achieve independence in 1957 or we weren't colonize???)
Didn't KDN, PDRM and AG got the memo that Najib is "transforming" the political landscape and changing into the "good guys"? Guess not! Or perhaps they did but didn't bother cos they all can sense it that Najib is going down and he will take UMNO and BN DOWN with him. And that's why we have some crazy and loony things happening in the Malaysian corridor of corruption ..err..power. So now they are trying their level best to kick Najib now before the GE in order to salvage the deteriorating image and the physical being of UMNO and BN. Good luck to them but being someone who love our country more, I would say "I pray that Allah save Malaysia from UMNO and those who harbor malice and ill intention towards this country and its citizen. AND ANYTHING BUT UMNO (ABU)!
Nick.
Salam. Yang di hormati Sdr Aspan Alias.
Tn Haji Mohamad Sabu sampaikan salam. Beliau ucapkan terima kasih atas sokongan tuan terhadap beliau.
Semoga kita semua dapat bersama menulis sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu yang kita cintai.
Tajuddin Othman
Setiausaha Politik
Timbalan Presiden Pas
Aslmkum Tn.Hj.
Munkin dah terlalu lama dengan istilah 'Saya yang menurut perintah ' yg diguna pakai. Lain kali kena tanya balik "how high you want me to climb boss..? Maka, kalau boss takde yg no.2 dan yg dibawahan seterusnya tak bolih buat kerja - tapi itulah mentality sebenarnya pemimpin2 atau pegawai2 kita, kerana secara kasarnya memberi kata-maksud 'what is there for me..!!!'.
betapa zalim nya kerajaan umno/bn, rumah kena baling bom petrol, anak bini kena ugut. Dia pulak yang kena dakwa dengan pihak berkuasa..
gila punya kerajaan
Mad Sabu hero!, biar betul... kat mana jasanya sampai Aspan boleh memanggilnya sebagai hero..
Mad Sabu hanya pelawak pentas politik setaraf Anwar Ibrahim,yang dianugerah Allah dengan kepandaian berkata-kata, itu saja.
Seperti Anwar, Mad Sabu akan melekat dengan kes seks beliau. Period. Kalau saya ingat Mad Sabu, saya akan ingat bilik 121, Normah dan perbualan seks diantara mereka berdua. Sungguh memalukan, tak sangka saya seorang pemimpin parti Islam sanggup bermukah dengan isteri kawan baik beliau?
Salam sdr Aspan,
Beginilah jadinya kalau dah takut bini, Penyakit menroyan yang sepatutnya menyerang kaum isteri kini menyerang sang suami.Saya tabik kpd TPM, beliau mengambil langkah bijak dengan kurang campur mulut berkenaan dengan isu abang Mat kita. Kot-kot beliau maseh marah PM buat pandai sendiri dalam isu mansuh ISA kot. Kalau PM perasan bertambah2 meroyanlah dia.Bak kata orang putih 'silance is wisdom"....
Kini Najib pula terasa bahang tekanan pelbagai pihak dalam Umno yg menampakkan ketidakyakinan mereka terhadap beliau.
Kita lupakan pembangkang sbb kerja mereka pun adalah membangkang. Kalau tidak bukanlah namanya pembangkang.
Macam2 Najib terpaksa lakukan utk pulihkan imej beliau yg agak tercalar dgn pelbagai tohmahan dan skandal.
Penasihat2 politik, media dan imej tempatan langsung tidak dapat membantu Najib sehingga tindakan terdesak terpaksa dilakukan spt bantuan APCO, FBC dan terbaru strategist Tony Blair diambil utk betulkan keadaan yg pada pengamatan seorang pakar PR, Simon Anholt, tidak dapat membetulkan keadaan jika imej seseorg itu sudah pun tercalar teruk.
Agak aneh juga slogan "cool" cuba ditonjolkan Najib dalam percaturan politik Umno yg sememangnya tidak serasi dengan simbol kebaratan kerana lawannya yang sebenar adalah Pas yg bernaungkan agama.
Malah rata2 ahli dan penyokong Umno adalah org Melayu Islam - baik di kampung atau bandar - yg begitu prihatin tentang sahsiah agama dan adat ketimuran.
Generasi muda, malah rakyat seluruhnya, pula mahukan kebebasan bersuara dan menentang salahguna kuasa.
Mungkin Najib cuba membawa pembaharuan serta cuba menukar pemikiran dan adat resam Melayu dalam menukar imej beliau dan juga Umno yg mungkin pada Najib adalah terlalu kuno dan tidak mengikuti perkembangan "cool" dunia barat.
Mungkin menarik juga kalau ahli dan pemimpin Umno dalam kempen mereka gunakan style baru ini spt "Hey hey Umno's Cool" digantikan dgn ucapan salam sejahtera.
Manakala perwakilan perhimpunan agung pula menukar pakaian baju melayu bersongkok digantikan dgn baju F1 Umno siap bertopi ataupun memakai cap terbalik.
Bagi Najib mungkin inilah branding yg cuba diketengahkan oleh beliau untuk membuatkan Umno lebih "hip" kepada generasi skrg dan masa depan. Generasi lama perlu ikuti perkembangan jika tidak mahu ketinggalan.
Manalah tahu nanti Najib akan dikenali sebagai Bapa Cool! satu hari nanti.
Tak Cuba Mana Nak Tahu.
Umno Sejati
Kini Najib pula terasa bahang tekanan pelbagai pihak dalam Umno yg menampakkan ketidakyakinan mereka terhadap beliau.
Kita lupakan pembangkang sbb kerja mereka pun adalah membangkang. Kalau tidak bukanlah namanya pembangkang.
Macam2 Najib terpaksa lakukan utk pulihkan imej beliau yg agak tercalar dgn pelbagai tohmahan dan skandal.
Penasihat2 politik, media dan imej tempatan langsung tidak dapat membantu Najib sehingga tindakan terdesak terpaksa dilakukan spt bantuan APCO, FBC dan terbaru strategist Tony Blair diambil utk betulkan keadaan yg pada pengamatan seorang pakar PR, Simon Anholt, tidak dapat membetulkan keadaan jika imej seseorg itu sudah pun tercalar teruk.
Agak aneh juga slogan "cool" cuba ditonjolkan Najib dalam percaturan politik Umno yg sememangnya tidak serasi dengan simbol kebaratan kerana lawannya yang sebenar adalah Pas yg bernaungkan agama.
Malah rata2 ahli dan penyokong Umno adalah org Melayu Islam - baik di kampung atau bandar - yg begitu prihatin tentang sahsiah agama dan adat ketimuran.
Generasi muda, malah rakyat seluruhnya, pula mahukan kebebasan bersuara dan menentang salahguna kuasa.
Mungkin Najib cuba membawa pembaharuan serta cuba menukar pemikiran dan adat resam Melayu dalam menukar imej beliau dan juga Umno yg mungkin pada Najib adalah terlalu kuno dan tidak mengikuti perkembangan "cool" dunia barat.
Mungkin menarik juga kalau ahli dan pemimpin Umno dalam kempen mereka gunakan style baru ini spt "Hey hey Umno's Cool" digantikan dgn ucapan salam sejahtera.
Manakala perwakilan perhimpunan agung pula menukar pakaian baju melayu bersongkok digantikan dgn baju F1 Umno siap bertopi ataupun memakai cap terbalik.
Bagi Najib mungkin inilah branding yg cuba diketengahkan oleh beliau untuk membuatkan Umno lebih "hip" kepada generasi skrg dan masa depan. Generasi lama perlu ikuti perkembangan jika tidak mahu ketinggalan.
Manalah tahu nanti Najib akan dikenali sebagai Bapa Cool! satu hari nanti.
Tak Cuba Mana Nak Tahu.
Umno Sejati
Salam Tn Aspan/semua,
Sehingga ke saat ini telah terbukti bahawa pemimpin UMNO/BN tidak peka Rakyat. Kerana tidak ikhlas kepada Rakyat, mereka sudah kepenghujung untuk membuka lebaran baru lanskap pemerintahan baru Negara.
Strategi mereka tidak menjadi dan sering tersandung memakan diri.
Komen dan teguran rakyat diremeh, diketepi dan tidak diamalkan untuk jati diri selaku pemerintah yang dilantik rakyat.
Pemimpin UMNO/BN tidak berubah, maka tibalah masa mereka untuk rebah. Sesungguhnya kebatilan tidak akan kekal lama.
"Fikir-Fikirkanlah"
Tuan Aspan,
baru saya tahu di tanah boleh ini adalah menjadi satu kesalahan jenayah jika pandagan kita tetang sejarah tidak sama dengan pandangan pemerintah lepas ni kalau saya nak beri padangan saya mesti ikut gaya jenal keling
Post a Comment