04 September 2011

Tidak hilang bisanya jika ular menyusur akar

Perbezaan kepimpinan antara seorang pemimpin dengan pemimpin yang lain adalah satu perkara yang biasa. Tunku Abdul Rahman dan Tun Abd Razak ada perbezaan dan antara Tun Razak dan Husein Onn pun berbeza. Begitu jugalah Dr Mahathir dan Abdullah Badawi lagi banyak perbezaannya.

Tetapi yang paling besar perbezaannya ialah Dato' Seri Najib Razak kerana ada satu perkara yang secara lazimnya boleh dikatakan tidak pernah berlaku di dalam sejarah negara dan juga tidak ada atau jarang berlaku di dalam negara maju atau separuh maju di dunia ini.

Yang dimaksudkan ialah peranan seorang isteri Perdana Menteri yang terlalu besar dalam urusan Perdana Menteri seharian. Ada perbilangan yang menyebut, di sebalik kejayaan seorang lelaki itu, di belakangnya mesti ada wanita yang berperanan. Dalam agama kita pun ada menyebut, seorang isteri itu boleh menaikkan darjat seorang suami dan juga boleh meruntuhkan kewibawaan serta kepimpinan suami.

Hawa dijadikan dari rusuk kiri nabi Adam as. Begitulah hakikat kejadian Hawa dari sudut kejadian dan kewujudan manusia yang berlainan jantina ini. Hawa tidak dijadikan dari kepala Adam untuk dijunjung dan tidak juga dijadikan dari kaki untuk dibuat pengalas.

Cerita kejadian Hawa dari rusuk kiri Adam itu besar maknanya. Dari sudut simboliknya Hawa dijadikan dari rusuk kiri itu ialah untuk berada di sisi Adam (seorang lelaki) bagi menemani hidup suami isteri serta memberikan semangat kepada segala perbuatan atau perjuangan Adam tadi (lelaki).

Hawa sebagai seorang wanita diasuh, dijaga dan dilindungi oleh Adam dalam kehidupan mereka. Seorang wanita itu dijadikan untuk sentiasa di sisi dan bersama semasa senang dan susah serta melaksanakan kehidupan mengikut apa yang telah digariskan oleh yang Maha Pencipta dengan syariat kehidupan sekali melalui agamanya dan adat sesuatu kaum dan masyarakat itu.

Adat dan adab itu berbeza mengikut bangsa dan keturunannya. Tetapi adat dan adab itu tidak boleh melanggar syariat serta adat yang berlandaskan kepada syarak yang telah ditetapkan oleh agama jika seseorang itu yakin dan percaya bahawa Tuhan itu adalah ‘definite’ dan ‘infinite’. Selalunya adat serta adab itu akan berlandaskan kepada syarak dan kitabullah.

Kita bukan menafikan peranan isteri atau wanita itu. Wanita khususnya seorang isteri itu memang besar peranannya dalam kehidupan seorang suami termasuk suami yang menjadi pemimpin yang bertanggungjawab untuk memimpin.

Tetapi peranannya hanya di belakang tabir dan tidak selalu terlihat oleh masyarakat ramai. Kata pepatah adat, perundingan biarlah berlalu di dalam gelap tetapi adatnya dilaksanakan di tempat yang terang.

Peranan Siti Khadijah sebagai isteri Muhammad saw boleh dijadikan contoh kerana tidak ada isteri yang semulia Siti Khadijah. Walaupun Khadijah seorang yang kaya-raya dan insan yang memberikan segala semangat kepada junjungan kita, Siti Khadijah tetap memainkan peranan di belakang tabir. Segala urusan dan perbincangan untuk tindakan Muhammad dirundingkan di rumah (dalam konteks yang disebutkan tadi sebagai rundingan di dalam gelap) tetapi syariatnya serta adatnya ianya dilakukan oleh Muhammad secara terangan.

Siti Khadijah adalah isteri manusia teragung iaitu Rasul pilihan Tuhan, tetapi Khadijah tidak hidup dengan glamour atau menunjuk-nunjuk kepada umum akan kedudukannya. Siti Khadijah tidak pernah menonjolkan dirinya kepada khalayak ramai kerana yang memimpin serta membawa makalah Islam itu adalah Muhammad saw.

Muhammad adalah ketua kepada dunia dan alam ini bukan setakat menjadi PM kepada mana-mana negara sahaja. Yang ditadbir oleh Muhammad ialah dunia dan alam ini. Bagi masyarakat Melayu, isteri itu adalah pembantu yang paling hampir kepada suaminya tetapi adalah kurang adat serta adabnya jika isteri pula yang menonjolkan diri dengan tiada hadnya.

Keadaan seperti ini ia bukan sahaja memberikan kepayahan kepada suami untuk menghadapi orang ramai yang dipimpinnya tetapi ianya merupakan perlanggaran terhadap adat dan adab bangsa kita itu tadi.

Apa yang dipersoalkan oleh Naib Presiden PAS, saudara Mahfuz Omar tentang slot untuk isteri PM dalam mesej hari raya itu adalah berkaitan dengan adat dan adap kita sebagai seorang Melayu dan Islam dan penonjolan isteri Perdana Menteri itu adalah terlalu jauh tersasar daripada ‘attribute’ orang Melayu dan Islam itu tadi.

Pada pandangan Mahfuz, penampilan isteri PM seperti ini belum pernah berlaku sebelum ini dan ianya adalah terlalu menjolok mata jika dipandang dari sudut adat dan adab orang Melayu.

Lagipun, seperti yang disebutkan dari awal tadi bahawa Hawa itu asalnya adalah dari rusuk kiri Adam dan wajar berada di sisi suami sahaja, bukannya mengatasi suami kerana Hawa bukan dijadikan dari kepala Adam.

Penghujung hujah, ‘tidak hilang bisanya ular jika ia menyusur akar’.

13 comments:

Anonymous said...

tak jugak benar 100 persen, tun siti hasmah lagi berperanan besar. Pada hemat saya cuma dia ni bijak sikit kerana berselindung..mmg ruling house malaysia ni dikuasai perempuan sejak jatuhnya tunku abdul rahman, dari house of noah (rahah) yang paling berpengaruh ke house of ali yang juga berpengaruh, dan sekarang isteri PM orang minang..selain tunku abdul rahman (dan juga sukarno di indonesia), tidak ada pemimpin yang betul betul memimpin atas pengaruh kelakian yang tulen 100 persen. percayalah cakap saya, kerana pengaruh kaum wanita ini besar, kalau tak YBM senang je jadi PM sebab keturunan di raja, kalau tak pengaruh house of ali di selangor, Mana boleh senang2 half malay boleh jadi PM dengan pengaruh akar umbi Melayu? Ini kerana dia telah diterima melalui house of ali terlebih dahulu di Selangor (dan juga dengan menyerap pengaruh Dato Harun Idris). Selalunya anak dari keturunan emak dari kaum asal dan lelaki dari kaum luar akan senang dikira & diterima sebagai orang kaum tempatan daripada anak dari perkahwinan lelaki tempatan dengan perempuan asing. BIasanya begitu, menurut pemerhatian saya ini kerana pengaruh kaum wanita dalam soal hierarchy sosial lebih kuat berbanding lelaki, melainkan lelaki itu anak raja. Tun Razak amat bijak dengan mengaturkan perkahwinan supaya pengaruh dynasti house of Onn dapat berpndah kepada dia, dan ini disahkan oleh betapa kuatnya sanjungan orang Melayu kepada dia. Itu sebab kebijakan kaum minang dalam mengekalkan budaya mereka (seperti kaum yahudi yang menasabkan anak mereka melalui keturunan perempuan) melalui peranan wanita di dalam adat perpateh...Dinasti dinasti yang memerintah juga pernah dipengaruhi oleh keturunan orang perempuan yang berkuasa seperti mana berlaku di Turki Othmaniyyah dan Dynasty Qin di China, dan biasanya apabila perempuan semakin lama berpengaruh dan banyak campur tangan itu petanda bahawa alamatnya Dynasty itu akan collapse, seperti pengaruh Roxelanna terhadap Sultan Suleiman the Great, pengaruh Maharani Ci Xi terhadap pemerintahan Dynasti Qin, dan begitu juga ratu ratu wanita di Acheh dan Pattani, itu adalah alamat dynasty pemerintahan akan ke penghujung..Clue = Kalau nak negara ni kembali kuat dalam pemerintahan carilah pemimpin yang bersumber kekuatannya adalah berasal dari diri dia sendiri melalui keturunan dia (bukan dari pengaruh keturunan mertua).

Anonymous said...

sdr aspan,

in a linguistic exercise during my youth, we were asked to punctuate the following sentence:

"a woman without her man is nothing"

most punctuated it this way: "a woman, without her man, is nothing."

we were revealed of another form of punctuation seldom thought of: "a woman: without her, man is nothing."

as you implied, our dear PM is a cut above the rest. by that count i guess he is capable of doing the unconventional.

scrooge

Anonymous said...

Kakitangan perkhidmatan awam sangat maklum ragam isteri PM apabila menghadiri majlis rasmi sebagai VVIP. Sambutan mesti 5 star, ucapan mesti macam ucapan menteri. Campur tangan dalam tender kerajaan adalah rahsia umum, tanyalah Kementerian Kewangan. Bagaimana mungkin PM memimpin negara dengan jaya jika isteri pun beliau tidak boleh pimpin menjadi wanita solehah?

nick said...

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin Pak,

I think the gist of the matter is not about her being the wife or even a woman BUT of her role or position in the Govt of Malaysia that would justify her appearances on TV and more importantly her disregard of protocol when accepting foreign leaders and dignitaries for and on behalf of the govt (when Najib was incapacitated and the TPM was intentionally sidelined). Only those who are truly unworthy and pretentious would insinuate themselves into playing the role of elected leaders and head of state, and going by her action, she's the worse of them all.

With her penchant for high profile photo opt, fanatical admiration of glamorous personalities and insatiable lust for all things luxurious and in limited edition, it's not a surprise that she has progressed into attention grabbing and protocol breaking action that just might diminish the image of the Malaysian premiership in the eyes of the international diplomatic community (which she would never in a hundred year grasp it's implication to the stature and economy of Malaysia).

In my opinion, the PM's wife has similar and identical character of the ex-PM TDM. Both of them think very highly of themselves and both would use whatever means to perpetuate their self image and position. And just like TDM who would not stay quiet after retiring and losing his popularity, RM too would insinuated herself wherever she think that her personalities (ideas and image) needs to be visualized, heard and revered even though she actually has no place whatsoever in them (by virtue of ONLY being married to the PM and not elected to any position).

So in view of those similar characters and attributes, it's not a mere conjuncture that both TDM and RM hate each other. And for the majority of Malaysian who have experience first hand the calamity and destruction that was done to the country under TDM's rule and now, the same kind of disaster being perpetrated in the form of the PM's wife, it's not even a big surprise that they hate both of them equally and tremendously! And that is why most of us are angry at her for frequently appearing on tv, disturbing the peace and ruining the raya mood which was a brief distraction/respite from their hard and difficult task of eking a living and providing a decent future for their families. Many would have spit out their lemang when they were unceremoniously presented with the form of the PM's wife so early in the raya celebration, I reckoned!

Nick.
GOD bless.

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Biarkan isteri sama aktif disamping suamai apalagi ister PM. Mahu kah awak Aspan melihat ister hanya senyum dan angguk saja semasa suami bercakap, rakyat nak juga dengar cakap, pandangan dan buah fikiran seorang isteri PM selaku Wanita pertama. Tidak ada salah malah menjadi nilai tambah kepada suami selaku PM. Aspan jangan perbesarkan isu yang di cakap oleh Sdra Mahfuz itu. Kalu layan meloncat-loncat dia kegembiraan, cuba kita tak layan habis perkara. Soal nya apakah kita mahu isteri hanya angguk dan senyum saja?, tentu tak mahu kan. Ini abad ke-21 dan zaman ICT. TERUSKAN RM PEDULIKAN SPISIS INI, dengki kerana dia tidak dapat menjadi isteri wanita pertama. Ingat 2juta penduduk hanya satu menjadi wanita pertama?, jadi apakah wanita pertama tak boleh memperkatakan sesuatu untuk rakyat.

Fikir lah di sebalik kotak.

zamil mustafa said...

Anon 13:36,

Kalau itu pandangan sdr elok sangatlah tu. Biarkan dia menunjukkan kelamahan Najib sebab itu benar dan betul-betul melanggar adab dan budaya Melayu.

Betul zaman ini abad ke21 tetapi kenapa hal hal masih kuno? kenapa zaman manusia memandang rendah pada rasuah pemim pin2 kita masih tidak mahu berubah?

Cara seorang isteri membawa diri itu melambangkan cara mereka dibesarkan oleh ibu bapanya dan tunjuk ajar dari sseorang suami.

Najib tu pemimpin negara bukannya pemimpin kariah masjid.

Kalau itu pun masih tidak mengakui hakikat, sahlah pimpinan negara akan kecundang.

AA you are spot on as this is the issue of the biggest order right at the moment.

paparich said...

Kalau BN kalah Najib akan berhenti dan Rosmah tidak akan menonjol lagi.

Masa itu nanti barulah sedap tengok berita TV.

Sekarang ni setiap hari dan malam gambar dia keluar. Terlalu over!!

Kalau nak tengok TV dengan aman jangan undi BN.

Onn said...

Yes!! paparich,

sekarang saya hanya tengok TV yang sudah pasti tidak ada muka Rosmah keluar.....iaitu saluran 511, 512, 513 atau...disney channael.

Anonymous said...

Takde pulak aku dengar bini Obama (USA)dan Cameroon (UK) cakap lebih-lebih kat TV macam RM.

Meluat aku nengok...kalau tersilap tekan channel terus aku cepat cepat tekan yg lain sebelum pun sesaat tukar channel.

Geli ngan perangainya...bacul ke Najib tu?

Andek

Putry Eerynia said...

kak ros kita nih memanglah over sangat....entah apalah yang dia cari? PM sepatutnya sedar dengan riak bawah arus yang sangat tidak suka dengan sikap dan tindakan Kak ros yang lebih sudu dari kuah... Sedar-sedarlah weh...masa BN dah hampir untuk di humban dalam tong sampah sejarah malaysia...He..he..he..

Anonymous said...

Salam Pak Aspan.....
Bak kata orang tua...Gah suami kerana isteri... Sopan keluarga santun isteri... Tumbang suami onar isteri...Tumbang kerajaan takut isteri.....

Anonymous said...

salam tuan Aspan

harap harap JAKIM taupu meteri yg berpangkat general tu dapat mentarbiayahkan keluarga pm kita

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan

Waktu menziarah keluarga Allahyarham Noramfaizul, tengok la gambar-gambar yang disiarkan. Siapa berada di depan dan siapa berada di belakang ? Gambar itu cukup simbolik. Sesimbolik gambar Suharto yang menandatangani perjanjian IMF sambil diperhatikan dengan gaya yang angkuh oleh Michael Camdessus.