20 October 2012

Ahli-ahli UMNO tidak mahu 'ditambat' lagi

Majlis Tertinggi UMNO telah mengambil langkah untuk menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pensabotaj parti bagi memastikan yang tidak ada ahli-ahlinya yang melakukan sebotaj parti dalam pilihanraya nanti.

Nampaknya barulah UMNO mula hendak sedar yang penyakit UMNO itu adalah satu penyakit dalaman yang telah berlaku dengan jelas dalam pilihanraya yang lalu dan juga yang akan datang. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddin dan seorang wakil dari setiap Bahagian yang akan membuat laporan online kepada jawatankuasa secara terus.

Penubuhan jawatankuasa ini menyedarkan rakyat bahawa isu ini adalah satu isu yang serius dan ia akan menjadi perkara yang sukar untuk dikawal kerana seseorang ahli itu akan melakukan sabotaj secara senyap-senyap di dalam peti undi. Tindakan ini juga memberikan rasa tidak yakin orang ramai terhadap UMNO kerana pimpinan parti itu sendiri tidak yakin dengan sokongan ahli-ahlinya sendiri.

Mengikut laporan SPRM, seramai lebih daripada 1.5 juta ahli UMNO telah mensabotaj BN dalam piihanraya yang lalu dan ahli-ahli UMNO sendirilah yang mahukan parti itu kecundang dalam pilihanraya yang lalu dan yang akan datang.

Itulah yang saya sebutkan selalu. UMNO sebenarnya akan jatuh kerana urat-uratnya sudah tidak menyalurkan makanan untuk pokok itu hidup dan sebatang pokok itu akan mati dengan sendirinya jika urat-urat di bawah tidak memberikan sokongan kepada sebatang pohon itu. Matinya sepohon pokok itu adalah kerana matinya urat-urat di bawah dan itulah pernyakit yang dihidapi oleh UMNO sekian lama.

Kalau UMNO sudah sampai ke tahap ini masalahnya, maka harapan UMNO untuk kekal sebagai parti yang kuat akan berakhir. Kita tidak nampak bagaimana isu ini boleh diselesaikan kerana ia melibatkan perasaan ahli-ahli itu sendiri. Ia bersangkut dengan jiwa dalaman ahli-ahli. Sesebuah parti itu akan hanya kekal jika jiwa ahli-ahlinya kuat bertahan. Seseorang yang sedang sakit akan mudah melemahkan seseorang pesakit itu jika jiwanya sudah lemah kerana kelemahan semangat itu menyumbang kepada kelemahan tubuh pesakit itu yang akhirnya membawa maut.

Ini merupakan pertahanan terakhir UMNO dan ia tidak akan sembuh lagi. Kalau orang sudah tidak hendak kepada kita, tidak ada apa-apa usaha pun yang boleh mengembalikan mereka untuk kembali kepada kita. Kalau pasangan kita sudah tidak menyayangi kita lagi amat susah untuk membuatkan pasangan kita menyayangi kita seperti dahulu lagi.

Kita sedar yang ahli-ahli UMNO kini ramai yang tidak berkeyakinan terhadap partinya kerana mereka juga ada mata dan hati, dan mereka juga sedar dan merasakan sendiri apa yang dirasakan oleh rakyat yang ramai ini. Mereka juga manusia dan mempunyai perasaan. Jika mereka sedar yang mereka hanya menjadi alat oleh pimpinan mereka untuk kekayaan dan keuntungan peribadi mereka, perasaan marah dan bosan terhadap tindakan pimpinan mereka itu akan bertambah.

Ahli-ahli UMNO terutamanya di bawah-bawah itu sudah sedar yang mereka hanya dijadikan sebagai kerbau-kerbau untuk membajak sawah. Padinya dibaham oleh tikus-tikus di kepuk padi. Ahli-ahli UMNO pun tidak mahu mereka dikerbaukan oleh pemimpin mereka.

Tetapi MKT UMNO bolehlah melakukan apa-apa jua cara untuk membuatkan ahli-ahlinya taat kepada partinya. Cinta paksa tidak kekal dan akhirnya membawa perceraian. Kalau pasangan suami isteri pun boleh berpisah, apalah sangat hubungan dengan parti yang sudah lapuk itu?

Tetapi hakikatnya yang benar itu tetap akan timbul suatu masa nanti dan masanya sudah terlalu hampir kepada kita untuik menyaksikannya berlaku.

Sesungguhnya orang Melayu sekarang sudah mula hendak kembali bersatu, tetapi mereka tahu penyatuan itu tidak lagi akan berlaku di bawah UMNO. Mereka sedang menyaksikan perubahan ini. Mereka sedar yang orang Melayu mahu bersatu di luar UMNO di bawah payung dan wadah yang baru.

Melayu sekarang sudah menampakkan keinginan untuk melakukan hijrah untuk kemajuan dan kebaikan mereka dan negara. Kita semua tahu yang hijrah merupakan satu elemen dan peristiwa  penting di dalam Islam.

Jika sudah sampai untuk orang Melayu berhijrah, dan jika ia digerakkan oleh kehendak yang Maha Esa itu, tidak ada sesiapa pun boleh menahannya, waimma dengan meletakkan muncung senapang di tengkok ahli-ahli UMNO oleh pimpinan mereka.

Kita mesti faham yang ahli-ahli UMNO itu bukanya kerbau-kerbau yang boleh ditambat di mana-mana yang dikehendaki oleh pimpinan mereka. Ramai di antara mereka telah merasakan yang mereka tidak mahu lagi ditambat dan diberikan makan rumput-rumput kering lagi. Mereka juga mempunyai harga diri.

Apabila perubahan berlaku ia akan berlaku. Percayalah. Segala-galanya akan berubah selepas ini. Melayu akan hidup dalam ‘ambience’ yang baru.

Selamat berubah dan berhijrah.

Saya akan ke Jerlun untuk berceramah pada malam ini dan esok. Saya akan kembali bersama saudara saudari pada Isnin yang akan datang. Sehingga berjumpa lagi, salam!

21 comments:

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Tahniah dan terima kasih sekali lagi! Hebat sekali tamsilan yang dikemukan, sekaligus fakta saudara ini sepatutnya diambil iktibar pimpinan atasan UMNO ini. Tetapi, apakan daya; biasanya mereka yang ketagihan dunia bagaikan ketagihan alkohol dan dadahlah juga, kan? Lantaran itu, iman mudah dipajak-gadai sekaligus jiwa serta rohani ahli sudah tidak perlu dipeduli ... Oleh itu, saya turut menyokong saranan saudara kepada saudara-saudara seagama daripada bangsa Melayu ini agar berhijrahlah dan bersatulah di bawah Malaysia baru yang berteraskan pakatan rakyat sebenar, bukan hanya barisan bangsa-bangsa yang beridentiti lagi berprinsip rapuh. Akhir kata, teruskanlah kempen suci murni saudara ini; insha Allah, ia akan menjadi bonus yang akan saudara kutip hasilnya di sana.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Ahli UMNO 1.5 juta orang ? Betul ke? Kenapa bila mesyuarat UMNO cawangan tidak cukup korum ? Jenuh Ketua dan AJK UMNO cawangan menunggu berjam-jam!Habis-habis ditangguhkan ke masa yg lain.Itu pun mereka tidak juga datang!

Tentang yuran tahunan keahlian UMNO, boleh dikatakan Ketua Cawangan yg bayar yuran ahli dg bantuan Ketua Bahagian.Seronok jadi ahli UMNO,yuran tahunan dibayar oleh mereka yg hendak pegang jawatan di peringkat cawangan.

kenapa ahli UMNO bertindak demikian? Mereka sedar mereka dipergunakan oleh Ketua Bahagian! Ketua Bahagian bakal jadi wakil Rakyat atau senator!Bila sudah jadi MP dg gelaran datuk dan seterusnya menjadi Menteri.Ketua Bahagian dg kedudukan begini tidak mudah diganggu gugat oleh lawannya di Bahagian!Sesiapa yg pegang jawatan Ketua Bahagian adalah sama tarafnya dg Menteri-menteri Di Putra Jaya.Menteri-menteri ini juga ketua Bahagian.Oleh itu ramai yg hendak jawatan Ketua Bahagian.Jawatan ini menjanjikan lombong emas!Dalam sekelip mata berkereta mewah dan rumah besar.Mereka dapat tanah,saham,AP,projek UBN duit rakyat pembayar cukai dan pelbagai sumber kewangan datang.

Ahli-ahli UMNO sudah belajar pelbagai tektik menjatuhkan lawan di kem-kem bina diri anjuran UMNO!Oleh itu mereka tidak mahu ditambat lagi! Pijak kepala lembu adalah idea kreatif UMNO,Baling kepala Babi di surau juga plan B UMNO. Tak cukup dg itu baling bom ke gereja juga mereka tu plan C...UMNO!Tak cukup dg itu samseng upahan jalanan UMNO juga telah menganggu ceramah politik PR.Percayalah kerbau-kerbau samseng upahan ini lambat laun akan menikus bila PR Memerintah!

Orang Miskin Mersing said...

Salam Pak Aspan,

Saya Ahli Umno (Baru).
Best juga kalau dapat jadi spy untuk JK Pemantau Pensabotaj. Tapi bayarannya kena mahal & berbaloi, sebab ada la pengalaman buat kerja espionage ni.
Nanti ramai le ahli Umno kena tindakan disiplin.
PRU13 dah dekat sangat ni boleh juga buat duit dgn Umno. Tak kan Umno tak boleh bayar, donation tentu dapat collect berjuta-juta RM.
Camana Pak Aspan? Kalau Pak Aspan dapat info pasal apa-apa borang permohonan jadi spy yang perlu di isi, bagitau la saya.
TQ.

Anonymous said...

Tn Aspan,
Bila lagi nak datang ke Seremban. Bagitahu lah. Sakit hati kat UMNO. Billboard berkaitan " goodies" yg PR offer utk PRU 13 habis dirobohkan dan di ganti dengan bendera UmNo. Memang syaitan punya kerja. Setakat ini satu di Pancur Jaya dan satu lagi di perumahan Tmn Cengal.

-anakPodehN9-

Kedahlanie said...

JERLUN di mana sahabat..??
ada POSTER tak..??

Anonymous said...

Terima kasih mahatdeyyyy!

Terima kasih kerana merobek umno (baru) sehingga sudah terkulai layu!

Terima kasih kerana menghasilkan keadaan haru biru kini sehingga umat melayu sudah mula tersedar mereka sudah tertipu berpuloh tahun!

Terima kasih....kami akan berhijrah....dan kami akan bersatu DI LUAR Umno!!Insya Allah!!

sekian,

gheng lama

Anonymous said...

umno bn kalah rakyat tidak akan rugi sebab negara tidak perlu lagi berhutang untuk menjadikan barisan pemimpin umno, kroni dan sewaktu dengannya menjadi jutawan politik.

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers

Selagi kaum Melayu tidak sedar betapa pentingnya untuk menolak UMNO, sekian lama fikiran mereka akan dikongkong.

Wahai kaum Melayu, bebaskanlah dirimu dari cengkaman UMNO.

Semoga saudara mendapat sambutan yang meriah dalam ceramah saudara.

Salam.
Observer.

XUMNO said...

Apa tak menyampahnya ahli2 UMNO kepada parti dan pemimpin2nya. Baru sebulan dua dilantik ketua cawangan dan tukar kereta mahal yang baru; atap rumah berganti genting. Itu belum lagi jadi wakil rakyat...pooh setahun dah 3,4 mercerdes depan rumah.Ahli bawah minta YB UMNO tolong dapatkan tanah tersepit sebelah rumahnya...tum,tum tanah tu dah ada pemilik..anak atau bini YB. Silap2 anak perempuan ahli pun kena sapu dek ketua cawangan UMNO nya.

Shah said...

salam Pak Aspan..

KepadaTengku Ahmad Rithauddin tak perlu lah menerima pelawaan menjadi pemimpin JK ini..Berihat lah di rumah.

Kepada SPRM tak perlu memberi lapuran kepada MT mengenai taat setia ahli ahli UMNO.buat la kerja kamu membenteraskan RASUAH yang tidak dapat dikawal lagi.

Berdoalah kepada Penjawat SPRM untuk mendapat Pemerintah yang ikhlas dan bertanggungjawab terhadap Rakyat,,

Anonymous said...

Ahli umno kebanyakannya telah sedar..bahawa pemimpin utama umno telah sekian lama memperkudakan ahli akar umbi parti sendir..

Ahli umno khas dan rakyat umumnya telah di perdayakan dengan momokan hasutan perkauman oleh pemimpin umno dengan mengatakan cina musuh bangsa melayu,cina ingin merampas tanah melayu...untuk kekal berkuasa..

Jika dikaji dan diselidiki pemimpin umno yg berpura pura...siapa menteri serta ahli keluarga yg berkhawin dengan bangsa...Paklah berkawin dengan siapa? Tun razak juga mempunyai anak saudara berdarah cina..dan ramai lagi pemimpin umno..

Sepatutnya sebagai pemimpin utama parti bangsa melayu..diri dan jiwa mereka LEBIH melayu dari rakyat jelata..jadi rakyat telah tau sifat menipu mereka untuk kepentingan diri keluarga masing masing...

Sekarang rakyat mahukan perubahan supaya islam dan bangsa melayu tidak dipergunakan untuk kepentingan sendiri...


Anonymous said...

Kenapa A.B.U ???

Kepada menteri yang sudah jadi jutawan politik, bayarlah cukai sepadan dengan kekayaan yang masyuuk poket tu.

Golongan pendapatan sederhana, kakitangan kerajaan/swasta dan yang sewaktu dengannya susah payah bayar cukai mengikut pendapatan mereka, Menteri pula senang-senang selamatkan anak sendiri dengan duit pembayar cukai.

nick said...

Yet another very telling and unsurprising move from the "high and mighty" UMNO MT, trying to stop the tsunami of public discontent within and outside of UMNO by building a levy made from empty bags of threats and tons of self-righteous cow manure (courtesy of Shahrizat's NFC). And the effort is as much laughable as it is pathetic and oxymoron.

Everyone knows that the high council of UMNO are full of people who are themselves corrupt and oft time practices selective prosecution and persecution of UMNO members. And yet, these are the very people who are charged with party discipline and conduct? How much more oxymoronic can they get, the closer we are to the GE? What they are doing is nothing less than going to a witch doctor to treat a man dying of old age by prescribing the use of Viagra! A wonderfully expensive medicine for UMNO and yet it does not provide UMNO with immortality, just a fleeting stiffness moment before death!

Najib and UMNO have totally lost the plot on governing and their members knows it very well. With numerous acronym and alphabet soup designed only to smell and look good without anything of value to offer the perpetually suffering malaysian, the latest being the totally ridiculous and the bovine excrement "NAJ1B" by non other that the "illegitimate" Perak MB, UMNO members and Malaysian are ready to clean the "Augean stable" rather than live with it filth and stink any second longer. And all that is needed is a simple acronym (and a much less expensive initiative) that everyone believes in and subscribe to, which is "ABU".."ANYTHING BUT UMNO...ASALKAN BUKAN UMNO and for me personally "AKU BENCI UMNO"! and might I add...dulu, kini and selamanya! (UMNO here refers to Mahathir's UMNO, the impostor rotten to the core party of UMNO Baru or Mahathir Jr (Jom rasuah).

Nick.

Anonymous said...

bukan aje ahli UMNO, ahli DAP, ahli PAS dan juga ahli PKR pun tak suka ditambat... Mereka dah tak 100% membabi buta menyokong peminpin mereka, Kalau ada yang mereka rasa tak betul mereka akan bersuara dan ada pulak yang akan keluar parti.

Tunku Ibrahim contohnya, seorang yang dikatakan seorang yang berintegriti, seorang yang diwar warkan. Towering Malays akhirnya keluar DAP. Baru baru ni seorang pemimpin orang asli DAP pun dah keluar.

Di PAS pun macam tu juga, Ustaz Nasha, Ustaz Haron Din pun dah bersuara tak senada dengan pemimpin PAS, mungkin tak lama kena buang dari PAS macam yang dikenakan kepada Ustaz Hassan Ali.

Kat PKR, lebih teruk lagi...berapa ramai dah pemimpin yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah keluar parti..dah malas saya nak kira..terlampau ramai..

Bagi saya ini satu petunjuk yang bagus.demokrasilah, sapa sapa yang tak suka mana mana parti boleh kekuar dan masuk.

azmi said...

Tuan AA, saya nak tumpang bertanya, boleh tak tuan tlg benarkan sy share maklumat yg tuan catatkan kpd rakan2 fb saya yg laen2.....???

Aspan Alias said...

azmi,

silakan azmi. sdr sebenarnya ingin melakukan perkara yang baik.

Terima kasih

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, mencelah sekali lagi. Sekadar berkongsi beberapa pandangan.

Pertama, saya teruja sekali dengan kreativiti dua rakan kita; yang pertama, menyatakan kedapatan kepimpinan UMNO yang turut punya jalinan kekeluargaan dengan kaum lain, bukan sekadar pakatan dalam barisan bangsa-bangsa (BN). Contoh terdekat ialah isteri Menteri Wilayah Persekutuan sendiri, seorang Cina Muslim, kan? Oleh itu, cukupkah dengan sekadar bermesra pada satu segi tetapi bergaduh pada segi lain sebagaimana keceluparan kepimpinan MCA mempersendakan Islam? Justeru elok sekali saudara turut mengulas isu ini dan menghuraikan pendekatan berbeza DAP, walaupun memang saudara pernah mengulasnya. Tetapi, saya rasa elok saudara tulis lagi artikel sebegitu agar rahsia kepura-puraan UMNO ini semakin terdedah, dan terserahlah kepada para petugas dalam parti untuk bertindak sewajarnya demi keselamatan diri dan keturunan mereka kelak.

Yang satu lagi: ABU (Aku Benci UMNO) -- memang kreatif! Justeru singkatan (acronym) ini bolehlah diperluaskan lagi penggunaannya untuk menyatakan sikap kita terhadap parti mungkar ini, sekaligus diterjemahkan juga menerusi peti undi bila tiba waktunya nanti, k?

Berkenaan keluar-masuk dan kritikan terhadap parti-parti politik -- saya agak meragui kenyataan rakan kita ini apabila mengaitkan dengan Al-Fadhil Ustadz Harun Din yang kononnya mengkritik PAS. Setahu saya, beliau sememangnya seorang ulama yang lebih arif tentang apa yang ingin disuarakan; lainlah halnya dengan Dr. Hasan Ali, yang menyebabkan dia dipecat daripada keanggotaan PAS. Untuk itu, saya berharap agar kita tidak semena-mena menyampaikan berita atau ulasan tanpa siasatan terperinci; dikhuatiri kita jadi antara agen penabur fitnah, k? Jika benar Ustadz Harun telah begitu lantang mengkritik PAS, mengapa beliau masih diiktiraf sebagai Timbalan Murshidul Am PAS? Adakah dengan hanya bersandarkan kenyataan Dr. Hasan meminta Al-Fadhil TGNA letak jawatan dan menyokong beliau (Ustadz Harun Din) mengambil-alih jawatan tersebut, sudah cukup dikira mereka telah menjalin kata sepakat? Malah, tak ada pun kedengaran Ustadz Harun mempertikai dasar jalinan pakatan politik bersama DAP dan Keadilan sehingga terbentuknya PR seperti yang kita saksikan sekarang? Lantas, marilah kita bersama berhijrah ke arah menjadi masyarakat yang lebih celik maklumat didasari iman agar kita tak jadi seperti mereka yang lancang bibir dan lidah yang tak terkunci itu, kerana kelak kita akan terima balasannya pada hari dikunci mulut-mulut kita ini, manakala anggota-anggota kita yang lain pula yang jadi saksi. Jutaan ampun dan maaf andainya ulasan di bahagian akhir ini tidak disenangi mana-mana pihak.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Bila da masuk, lepas tu kluar dan hentam balik gamai berasal dari umno (baru). Ini geng pak sanggup tukang jilat. Tapi yg paling hebat rais yatim, dia bunuh Ku Li dan S 46 dgn kata dia bakar jamban, oops

Ini budaya politik umno (baru) yg sudah tamat tempoh utk umat melayu mempercayai! Yg masih percaya tu kita ucap takziah ajer

Sekian

Gheng lama

Sadiq Sigaraga said...

Salam Pak Aspan

Sejak Pak Aspan masih di dalam UMNO lagi saya dah tertarik dan mengikuti tulisan Pak Aspan dan ketika itu ada dikalangan mereka menganggap tuan berada disisi pembangkang. Tulisan tuan sungguh beretika serta penuh dengan fakta tidak kebanyakan blogger upahan UMNO yang byk menggunakan bahasa kesat, kotor dan adakalanya lucah. SYABAS..! diucapkan kepada tuan. Satu perkara yang ingin saya mohon keizinan drpd tuan seandainya dibenarkan ingin saya fotostatkan semua tulisan-tulisan dan diedarkan kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung2 dan taman2 perumahan yang tiada ekses internet sebab tulisan tuan jauh sekali untuk keluar di utusan melayu mahupun berita harian apatah lagi TV3. Seandainya ini terjadi mahu golongan yang berkawan dengan syaitan yang dikenali muntah darah dan pengsan byk kali.

Teruskan usaha Pak Aspan, saya akan terus meminati dan menyokong tuan.

Aspan Alias said...

Sadiq sigaraga'

Saya izinkan kerana kebaikan hati saudara serta kesedaran saudara itu.

mk said...

Nampaknya Pak Aspan anda salah seorang yang telah gagal mendapat apa yang anda hajati dan terus dikecewakan. Anda dan fahaman anda akan mati tapi UMNO akan terus hidup demi kesatuan orang orang Melayu