11 October 2012

Demokrasi..tapi menekan

Transformasi yang banyak-banyak dilaungkan oleh Najib hanya setakat di bibir sahaja. Tidak ada perubahan malah ia bertambah buruk keadaannya. Cara Najib mengumumkan satu demi satu pelan transformasi beliau itu, Najib seolah-olah bercita-cita tinggi macam dunia ini pun hendak dialihnya.

Lazimnya orang yang selalu keluar dengan berbagai rancangan yang mega-mega akhirnya tidak membawa apa-apa kesan dan tidak akan terlaksana segala pelan-pelan tersebut. Tetapi apabila pelan-pelan tersebut tidak diyakini oleh rakyat maka pihak-pihak yang bertentangan dengan kerajaan akan ditekan dan ditakut-takutkan.

Pihak yang bertentangan akan dilayan dengan buruk dan tidak bertamadun dan tidak sesuai berlaku dalam dunia tanpa sempadan. Pimpinan kita dengan besar hati ingin mengikut peredaran masa dan zaman tetapi mereka mempunyai jiwa yang fakir.

Pada malam 9hb Oktober yang lalu Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga, ditahan dan disusahkan perjalanan beliau di KLIA apabila beliau disekat di ‘auto-gate’ lapangan terbang itu selama 10 minit dan pegawai immigresen di situ tidak dapat memberi sebab kenapa beliau (Ambiga) diperlakukan begitu.

Bukan Datuk Ambiga sahaja yang menjadi mangsa tekanan ini. Minggu lepas salah seorang dari ‘Steering Committee’ Bersih Andrew Khoo juga ditahan dan dilakukan perkara yang sama dan beliau sekali lagi ditahan semasa beliau kembali ke tanah air pada malam 9hb itu. Semua Jawatankuasa Bersih diberikan tekanan oleh pihak immigresen dan budaya ini nampaknya sudah menjadi perkara biasa.

Pada bulan September yang lepas, Marina Chin Abdullah dan Wong Chin Huat juga menerima nasib yang sama. Kalau begitu keadaannya apa pula alasan yang boleh diberikan oleh pihak pemerintah dengan penahanan itu? Siapa pula yang hendak dipersalahkan  kali ini?

Adakah tindakan immigresen ini untuk menakut-nakutkan mereka yang tidak sebulu dengan kerajaan hari ini? Jika demikian kenapa kita wujudkan sebuah negara yang kononnya sebuah negara demokrasi tetapi tidak berupaya untuk menerima semua ‘attribute’ sebuah negara demokrasi?

Apakah kesalahan mereka sehingga mengganggu perjalanan seseorang yang tidak sebulu dengan kita itu? Bagi pandangan saya secara peribadi ini menunjukkan yang pihak pemerintah sekarang sedang tertekan dengan sokongan yang orang ramai berikan kepada pergerakan Bersih yang menuntut pilihanraya yang bersih dan telus itu.

Pihak pemerintah tidak mahu diganggu oleh sesiapa atau mana-mana pihak untuk tidak mengganggu cara mereka mendapat mandat selama ini, iaitu dengan membohongi rakyat dan mengelirukan fakta dan semangat demokrasi itu.

Ini merupakan elemen pentadbiran ala diktator dan ini wajar diberhentikan. Tindakan ini seolah-olah membayangkan yang pihak yang sedang berkuasa sekarang ini sudah terdesak ke dinding dan tidak ada jalan lain selain dari melakukan penekanan terhadap pemimpin-pemimpin NGO yang berpengaruh yang tidak sejalan dengan kerajaan hari ini.

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh pemerintah terhadap pemimpin-pemimpin NGO seperti Datuk Ambiga ini hanya membuatkan mereka lebih terkenal dan berpengaruh. Jika Datuk Ambiga tidak berpengaruh masakan pimpinan kerajaan merasa takut terhadap kehadiran mereka di tengah masyarakat yang dalam pencarian ini.

Kita mesti ingat jika pemerintah dalam keadaan ‘desperate’ untuk mempertahankan kuasa, rakyat juga dalam keadaan ‘desperate’ untuk mencari penyelesaian terhadap kecelaruan yang dicipta oleh pihak yang memerintah itu.

Rakyat semua kaum kini memang dalam keadaan terdesak untuk lari dari cengkaman pihak yang berkuasa yang tidak lagi memberikan keyakinan kepada rakyat untuk membela nasib rakyat, bangsa dan negara mereka.

Rakyat sudah tidak tahan lagi dengan.penjajahan yang dilakukan terhadap pemikiran dan jiwa mereka.

13 comments:

Melayu Kena Sokmo said...

Harap-harapnya selepas ini Tuan Aspan pun tidak menjadi seperti Cipanzi Tua Nyanyuk (Tunku Aziz) yang masuk DAP sekadar suam-suam kuku untuk mendapat jawatan mudah walaupun bergelumang dengan sifat "talibarut Melayu" dan "muka tembok".

Setelah mendapat imbuhan dari pemimpin UMNO, sepantas kilat berlari keluar pintu (keluar parti) dan terus membakar rumah tumpangan tanpa ada sebarang alasan. Perbuatan khianat individu seperti ini akan direkodkan di dalam buku sejarah bangsa kelak dan akan dinilai oleh seluruh anak bangsa, tidak kira Melayu, China, India, Iban, Kadazan, Melanau dan sebagainya.

Di waktu itu kita boleh membuat statistik, kaum mana yang peratusnya lebih besar dengan sifat "munafik" atau "gila harta dan wang ringgit". Harap-harap bangsa Melayu tidak menduduki carta pertama pada setiap hujung dekad walaupun yang punya angkara berketurunan Mongolia atau Mamak Kutty Kerala.

Anonymous said...

Pegawai immigresen jangan lupa mereka adalah anggota perkhidmatan awam yang dibayar gaji, wang cukai yang dikutip dari rakyat.Selaku penjawat awam kita diamanahkan untuk melakukan tugas secara adil dan hemah tanpa menindas mana-mana pihak kerana perbuatan tersebut melanggar bukan sahaja Tatasusilah Perkhidmatan awam juga kemanusiaan sejagat.Tambahan pula bagi orang islam, Allah swt & Rasul saw amat benci kita dengan perbuatan menzalimi sesama manusia.

Anonymous said...

bagus penulisan tuan, berlapik dan berkias tetapi berpeluru. sebenarnya kita mesti membaca setiap penulisan secara menyeluruh untuk memahami segala maksud penulis. itulah budaya yang mesti ada pada pembaca kita supaya tidak mudah tersalah baca. salam.

Unknown said...

Asslamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Terima kasih sekali lagi. Memang benar, analisa bernas. Sebab itulah sebagaimana saya telah katakan, segala bentuk jenayah dan kemeruduman akhlak ini semestinya punya punca, iaitu kuasa kediktatoran yang diselubungi hipokrasi. Dengan keadaan sebegini, dunia juga akan melihat kes sebegini sebagai petanda menurunnya indeks kecekapan dan meningkatnya indeks jenayah, khasnya jenayah kemanusiaan. Maka, wajar sekali sebagaimana yang saudara katakan, rakyat kini semakin mengimpi lagi mengidamkan terkuburnya kuasa diktator bertopengkan Islam dan demokrasi kita ini bila-bila masa sahaja agar ia menjadi iktibar kekal bagi generasi kita mendatang.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Apahal dgn komen sdr ni? Apa point nya?

Anonymous said...

demokrasi kat malaysia ni.. Dah cukup bagus..bila pilihanraya tak da orang akan mati, tak da orang kena masuk jel..kau kutuk apa apa kat PM, macam kata TDM dulu, mahafiraun, mahazalim dsb nya...tak ada apa ak an berlaku... Insyallah tak da sapa sapa yang menculik dan masukkan pengkritik dalam penjara..kalau bertanding insyallah pembangkang boleh menang..

Lainlah kat Thailand mungkin kena tembak, kat Singapura mungkin jatuh bengkrap, kat negara Arab tak da demokrasi, kat Israel tak de demokrasi pada bangsa Arab...

Kadang kadang kita ni perlu rasa bersyukur dengan apa yang ada..parti pembangkang macam DAP dan PKR ada demokrasi ke? Jawab ye Aspan..

Batu Ronson

Double H said...


Demokrasi?Mana ada Demokrasi? Mamak Kutty pernah berkata dalam pemerintahan mesti ada elemen diktator baru jentera kerajaan dapat bergerak.Diktator adalah in born,elemen political culture yg diterima oleh masyarakat Asean.Mana ada negara Asean yg mengamalkan Demokrasi?Jawapan jelas tidak ada!Tidak menghairankan keadaan di negara kita ini pemerintahan demokrasi tapi menekan...ISA diberi jenama baru tapi masih ada elemen demokrasi menekan spt apa yg sdra sebut dalam blog sdra.Melainkan rakyat Malaysia bertekad utk mengubah keadaan ini.

Waris said...

Istihar je malaysia ni negara komunis... habis cerita. Tak ada siapa boleh komplain lepas tu. Bila pemimpin berperangai macam komunis yang bertopengkan wasatiyah yang dia sendiri tak faham apa maknanya. Harap menteri agama pembodek yang bagi idea.

Anonymous said...

Melayu Kena Sokmo 16.49.00

Saya percaya segala perbuatan khianat UBN and semua penyokongnya juga akan direkodkan, bukan dalam buku sejarah bangsa tetapi dalam rekod Tuhan yang Mahakuasa yang juga tahu segala-gala yang benar dan yang tidak benar.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, mencelah lagi, sekadar berkongsi fakta, bukan berlawan hujjah.

Sememangnya kita mengamalkan demokrasi. Tetapi, sedarkah kita bahawa demokrasi kita khasnya sejak 80-an ini adalah demokrasi "bertepuk sebelah tangan sahaja"? Juga, jika benar kita demokrasi tulen, mengapa DSAI dihina dan disumbat ke dalam penjara pada 1998 apabila beliau secara terang-terangan mendedahkan kemungkaran bossnya ketika itu? Bukankah ketika itu beliau berjawatan tinggi dalam UMNO sehingga pembangkang juga benci terhadapnya? Terkini pula, mengapa phak imigresen mesti menahan perjalanan seseorang hanya kerana mengetuai perjuangan menuntut sebuah pilihanraya yang bersih, adil lagi telus? Mengapa kadar jenayah semakin meningkat sedangkan pelbagai infrastruktur ditambah kononnya menurut trend? Itu, belum dikira pelbagai lagi bentuk kemungkaran tersembunyi yang sama ada terlepas atau tidak disiasat badan-badan berautoriti, khasnya kemungkaran berprofil tinggi, kan? Justeru, kepada siapakah sebenarnya kita patut bersyukur: kepada Pencipta sekalian makhluq termasuk para penguasa munafiqun UMNO ini, atau kepada UMNO?

Saya faham, soalan terakhir itu pasti tidak akan dipersetujui dan akan dibantah keras pelbagai pihak, khasnya para penyokong tegar regim zalim kita ini. Namun begitu, jangan kita lupa bahawa darjat kemuliaan yang Allah kurniakan itu semestinya maha adil; tidak tertakluk kepada mana-mana bangsa, warna kulit, keturunan, hatta darjah kekuasaan sekalipun. Bukankah tentera Islam sendiri pernah tewas dalam Peperangan Uhud apabila melanggar perintah Rasulullah, di mana sebahagian tentera berpanah di atas bukit, apabila melihat harta rampasan perang dan musuh yang mulai bertempiaran lari, meninggalkan lereng bukit nan strategik itu demi mengejar habuan dunia? Dengan itu, marilah kita menganalisa artikel berfakta ini, kerana sudah pasti Saudara Blogger kita ini menulis bukan semberono, tetapi pastinya berdasarkan pemerhatiannya yang cermat. Akhirnya, bersamalah kita menginsafi, sokongan membuta-tuli terhadap kepimpinan zalim akan hanya menghancurkan kita dan generasi kita mendatang sebagaimana kita saksikan sekarang, dan bahawasanya hanya kepada Allah patut kita berterima kasih dan beribadat dengan penuh ikhlas.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Batu Ronson,

Kat negara tak ada demokrasi tak payah dibuat bandinganlah kerana kita mengamalkan demokrasi.

bagi negara-negara arab yang tak ada demokrasi, rakyat mereka semuanya keluar menuntut demokrasi. Mengapa terjadi kematian apabila mereka keluar menuntut demokrasi? kematian itu disebabkan oleh pihak yang hhendak mempertahan pemerintahan mula menggunakan polis dan tentera. Mengapa mereka bertindak begitu? Jika dibiarkan dan dikawal secara berperikemanusian, demo rakyat di negara arab itu tidak akan menyebabkan kematian.

2. Saya ingin menarik perhatian sdra batu ronson mengenai posting sdra yang lalu ia itu

"Lebih baik jadi barua UMNO dari menjadi barua Soros"

Sekarang ini telah tersebar berita yang najib juga berjumpa Soros semasa menghadiri sidang PBb pada 27 september 2010.

Kalau Soros itu musuh negara seperti kata ayahanda mahathir sdra, buat apa najib gi jumpa dan makan tengahari dengan Soros? Orang tak pergijumpa musuh. Orang hanya pergi berjumpa dan makan bersama-sama dengan kawean atau sahabat baik je.

Biasanya kalau orang bermusuh, bila berjumpa je musuh kat mana-mana, dia orang tak ajak pi makan tengahari. Jumpa je musuh, dia orang ajak bergasak je.

Maknanya Najib dan Soros satu geng. Lagi najib tau yang ayahanda mahathir sdra begitu marah dengan soros. Buat apa dia membangkitkan kemarahan ayahanda Mahathir dengan pergi berjumpa dengan musuh Maahathir?

jadi sdra patut tulis begini : " lebih baik jadi barua UMNO dan menjadi barua Soros sebab UMNO dan Soros adalah kawan baik"

Tidak begitu Batu Ronson

Mail Ail wakaf Zing

Anonymous said...

When " leaders" will use anything for political advantage and personal gains, our country is doomed.....power over principle, smear over reason and advantage over honour.

These " leaders " have NO political and moral authority.

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya sememangnya bersetuju dan menyokong penuh segala pandangan/ulasan yang bernas, realistik, tidak bersifat "mengampu/membodek" sembrono tanpa hujah dan fakta yang kukuh. Oleh itu, pesan saya khususnya kepada pihak-pihak yang masih tidak terbuka lagi mata hati melihat kenyataan hari ini, insaflah. Kita semua ini hidup bukannya berkiblatkan pemimpin kita yang mengingatkan supaya sentiasa berterimakasih kepada mereka (KERAJAAN) dan bersyukur dengan nikmat keamanan yang ada hari ini, sebaliknya BERSYUKURLAH kepada ALLAH SWT. Kalau pun wujud keadaan yang dilabelkan sebagai tidak aman itu, ia tidak lain hanyalah mainan (manipulasi keadaan) oleh pihak PEMERINTAH yang makin hari makin risau akan kesedaran rakyat menilai mana yang BENAR, dan mana yang SALAH. Sesunguhnya kesedaran rakyat ini adalah SUNNATULLAH, dan ia tidak mampu untuk dibendung hatta oleh pihak PEMERINTAH sekalipun, kerana mereka tidak dibayar walau sesen pun untuk sedar, melainkan semuanya dengan KUDRAT ALLAH SWT jua. Walahu 'alam.