Tuhan itu zat yang meliputi
sekelian alam dan namanya Allah. Selain dari itu Dia ada mempunyai 99 nama
sifat. Allah itu nama Tuhan yang Maha Pencipta yang mencipta semua makhluk
termasuk manusia, haiwan, gunung ganang, laut, angin dan cahaya dan lain-lain.
Lain-lain perkataan Allah itu
adalah Tuhan kepada semua makhluk. Maknanya ia adalah Tuhan Maha Pencipta yang
telah mencipta semua makhluk termasuk bulan dan bintang, manusia. serta jin dan syaitan. Kenapa isu Allah ini menjadi
besar ketika kita hendak menghadapi pilihanraya ini.
Kalau tiada Allah semua kita ini
tidak ada. Chakrawala tidak ada, manusia tidak ada. Elemen masa tidak akan ada
dan elemen terang dan gelap pun tidak ada. Tidak usahlah bercakap dan politikan
isu nama Tuhan ini.
Semua makhluk itu Tuhannya Allah.
Justru kita beribadah lah, berubudiah lah serta beramal lah kerana Allah. Kita
sebutlah nama Allah itu kerana kebesaranNya, yang wajib di tauhidkan. Jangan
kita sebut namaNya kerana kita hendak menjadi ‘political champion’.
Sesungguhnya Allah itu adalah
Tuhan yang meliputi sekelian alam. Ingatlah Allah itu adalah Tuhan kepada semua
makhluk. Tuhan itu Maha Besar dan Maha Pencipta. Takkanlah kita hendak
memperkecilkan Allah dengan menganggap Tuhan itu hanya untuk orang Islam sahaja.
Pendirian yang di ambil oleh PAS
sepuluh tahun dahulu kita terima lah. Kita tidak boleh menghalang sesiapa yang
lain dari orang beragama Islam untuk menggunakan nama itu.
Bukankah Allah itu adalah juga Pencipta kepada semua bangsa dan puak-puak dalam dunia ini?
48 comments:
Ya Allah ..engkau jadikan negara Malaysia kaya raya dg hasil buminya...kita ada sawit,getah,timah,emas,iron ore,minyak,kayu kayan dan lautnya penuh dg pelbagai jenis ikan...janganlah engkau biarkan pemimpin kami mencuri harta rakyat Malaysia. ya Allah....kami berdoa semuga engkau ya Allah membuat perhitungan kpd penderhaka dan pemimpin yg korap.Tambahan pula pemimpin yg berbau perkauman.Ya Allah engkau tunjukkan kebenaran.Amin
Jitra
rasional pak aspan difahami.....sekadar komentar kecilan....panduan WAJIB umah muslim adalah alquran dan sunnah......bahasa arab adalah bahasa alquran......dalam bahasa arab dan bahasa alquran, Allah adalah tuhan kepada semua makhluk (termasuk yg bukan muslim) dan segala apa yg ada di universe.......dan itulah pula pengertiannya untuk umah muslim serata dunia..........
permasaalahannya adalah pengertian dan bahasa melayu.......dalam bahasa melayu penggunaan perkataan Allah adalah specific, iaitu pengertiannya adalah seperti khendak2 agama Islam.....iaitu tuhan itu adalah Allah, dan BUKAN tuhan itu adalah Tuhan........
dalam agama2 kristian(nasrani), buddha, hindu dll, tuhan yg dimaksudkan oleh agama2 tersebut, bukanlah Allah......tuhan yg dimaksudkan oleh agama2 tersebut adalah Tuhan.......
maka, sekiranya agama2 tersebut inginkan kitab2 agama mereka diadakan dalam bahasa melayu, maka adalah wajar perkataan yang tepat dan harus digunakan adalah Tuhan............permasaalahan adalah bahasa melayu dan pengertian....
bahasa melayu adalah bahasa yg masih muda, bahasa melayu tidak sehebat bahasa arab..........
Boleh terima ke Aspan kalau orang lain kata Allah tu beranak, dan juga sebahagian dari trinity...rumah Allah tu setaraf dan sama dengan gereja...
Ambik Indonesia contohnya, dari nama dah tak tahu mereka ni Muslim atau Kristian ...pergi hotel babi dihidang sebelah dengan makanan halal..terang terang gereja dipanggil dengan rumah Allah..tujuannya untuk mengajak orang Islam.orang macam kita mungkin kita dapat bezakan..bagi orang yang tak berpelajaran macam mana pula..
Batu Ronson
Salam tuan,
Ntah la, saya pun tak faham apa masalah dgn fikiran orang Malaysia ni...
Ayahnda nabi saw namanya Abdullah yang bererti Hamba Allah. Nama ini zahir jauh sebelum munculnya Islam yang dibawa nabi saw.
Maknanya perkataan Allah sudah wujud pad a ketika itu dan disebut oleh semua kaum Arab jahiliyiah, hanya mereka tidak mengakui Allah sebagai tuhan.
Pakya.
'Ayahnda nabi saw namanya Abdullah yang bererti Hamba Allah. Nama ini zahir jauh sebelum munculnya Islam yang dibawa nabi saw.'
Pagan Arabs had used Allah centuries before Islam.....go to the source in the Middle East to find the real history and truth, NOT from politicians.
Allah is used by Arab Jew and Christain before Islam.
Many Muslims are grossly misguided and confused from narrow, divisive and damaging politic of religion by those to stay in power at all cost.
begitulah fikiran orang melayu.... asal melayu aje islam...melayu togok arak pun islam... melayu jadi taukeh judi pun islam...melayu perasuah tegar pun islam...islam melayu ni yang tak bolehnya makan babi aje..kita takut orang melayu pergi gereja..tapi tak pernah bimbang pada masjid yang lengang..
Assalamu 'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Syabas! Satu ulasan bernas! Malah, berdasarkan 4 ulasan yang sempat saya tinjau, 3 daripadanya sememangnya berpijak di bumi nyata sebagaimana tulisan saudara. Malah, kedapatan ayat Al-Quran yang di antara lain, mafhumnya: "Dan jika engkau (Muhammad) bertanya kepada mereka (musyrikin Makkah): 'Siapakah Tuhan yang mencipta sekalian langit dan bumi?', nescaya mereka akan menjawab: 'Allah'.". Malah, sememangnya setiap agama percaya Allah sebagai Rabb semesta alam; cuma, kita, umat Islam yang beriman dengan Allah dan Rasulullah SAW serta sekalian Nabi dan Rasul, mengamalkan aqidah berasaskan "tauhid" (Tuhan [Allah] itu Esa lagi Maha Suci daripada segala kekurangan) sebagaimana dibuktikan pada Surah Al-Ikhlas yang sering kita kumandangkan pada bacaan solat lagi mudah dihafal.
Justeru, walaupun kedapatan kebenaran yang tidak boleh dinafikan pada hujjah Saudara Batu Romson ini, saya secara peribadi ingin menasihati saudara agar lebih banyak merujuk kepada mereka yang lebih alim lagi faqih. Ingatlah, hujjah berdasarkan nafsu dan emosi semata-mata hanya akan merugikan, sekaligus menampilkan lagi kedangkalan serta kecetekan kefahaman kita terhadap ilmu. Kalau benar wujudnya kekeliruan itu sekalipun, kitalah sendiri yang sepatutnya bertanggungjawab membenteng diri daripada terpengaruh dengan dakyah ahli agamawan lain, kerana, harus diingat baik-baik, kita dikurniai akal, lantas, lebuhraya dan jalan kampung nan bengkang-bengkok itu dah jelas benar; oleh itu, nak ikut jalan mana? Akhirnya, sekali lagi, jangan kita hanya berhujjah berdolak-dalik demi sentimen tak tentu hala kerana segalanya ini adalah ciri-ciri jahiliyah yang amat dibenci Islam. Apapun, yang baik itu daripada-Nya belaka; saya sekadar berkongsi pandangan untuk direnung bersama.
Terima kasih dan salam jihad.
Penganut Kristian sememangnya hendakkan perkataan Allah diguna pakai dalam bible dan gereja ditukar nama dg rumah Allah.Tujuannya adalah hendak mengelirukan org muslimin.
Lihat apa telah jadi dg Indonesia? 2 juta umat muslim telah dimurtadkan menjadi Kristian setiap tahun! Matalamat kristian hendak menjadikan Indonesia negara Kristian pada th 2035.
Jitra
Assalamualaikum sutan nahu & Batu Ronson,
Isu kalimah Allah Malaysia tiada orang yang memegang hak mutlak
Good Morning Pak Aspan,
Well said and said straight to the point...
Regards
Hikmah disebalik jika membenarkan penganut Kristian mengguna kalimah "Allah" dlm bible mereka ialah kesan drpnya akan dapat memantapkan lagi iman & akidah umat Islam sekiranya ditangani oleh pihak berkuasa agama atau kerajaan dengan cara yg betul. Sebaik sahaja kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah kpd mereka orang2 Keristian ini, satu usaha yg menyeluruh hendaklah dilakukan untuk memberi penerangan kesuluruh negara supaya semua rakyat faham bahawa nama Allah yg diguna untuk Tuhan oleh penganut Kristian adalah sebenar2 Tuhan Yang Maha Esa yg mencipta seluruh alam, apa saja yg ada dilangit & dibumi..semua makhluk adalah ciptaanNya..Tuhan inilah yg bernama Allah selain drp ada lagi 99 namaNya yg indah lagi agung.. yg wajid disembah & diabdikan diri kpdNya oleh seluruh ummat Islam didunia ini. Disamping itu sebagai pencerahan kpd kepercayaan orang Kristian yg mahu mengguna kalimah Allah, kerajaan wajib menerangkan kpd semua rakyat bahawa konsep menjadikan Tuhan sebagai 3 dlm 1 i.e Trinity adalah perbuatan yg salah dari segi akidah & kepercayaan agama samawi i.e agama2 yg diturun kpd para Rasul sperti ajaran dari Kitab Taurad kpd Nabi Musa, ajaran dari Kitab Injil kpd Nabi Isa & Kitab Al Quran kpd Nabi Muhammad saw. Ini kerana orang2 Keristian sudah menyekutukan Allah dengan makhluk menjadi tuhan yg bersekutu denganNya, iaitu mereka telah mengambil Isa sebagai anak Allah & juga Ruhul Qudus sbg unsur ketiga. Kerajaan mestilah beri pengajaran ilmu agama yg lengkap kpd terutamanya ummat Islam dengan memperkasa Aqidah ummat sebaiknya seawal dari peringkat pendidikan rendah. Dengan memantapkan aqidah ummat Islam sejak dari kecil insyaAllah usaha dakyah Keristian untuk memurtad ummat dapat diatasi & diperangi dengan ilmu. Disamping itu juga dengan usaha penerangan konsep aqidah Keristian yg salah menyekutu Allah mudah2an ada pula orang2 Keristian yg mahu balik kpd kebenaran menerima Islam sebagai agama yg suci disisi Allah azzawajalla ! Wallahu'alam
Pak Aspan...usaha pihak kristian menggunakan nama Allah,adalah sebagi usaha untuk memurtadkan org islam di malaysia agar menganut kristian...Hanya sekarang ini cuba di besarkan kerana kebanyakkan umat islam di malaysia mempunyai kekuatan iman yg rendah...
Sesungguhnya umat islam mempunyai darjat mengikut kekuatan iman..kefahaman ustaz ustaz atau mereka yg belajar islam melalui guru tidak sama dengan mereka yg bangsa melayu yg biasa..yg menjadi islam kerana baka..iatu ibi/bapa mereka sememang nya sudah islam...golongan yg mcm ini cuba di pengaruhi oleh pihak gereja...dapat pulak pemimpin negara yg tidak mengambil berat mengenai islam di malaysia seperti pemimpin ameno..
Apabila melayu berkata `Tiada Tuhan Melain Allah`..nnti pihak kristian juga berkata org kristian juga menyembah Allah...tidak kah ini mengilirukan org melayu...bagaimana jika org melayu itu ketika mabuk,sakit yg teruk didatangi oleh pihak gereja...tidakkan ni cubaan untuk memurtadkan org melayu..
Ingatlah sekarang ini terdapat gereja yg terbesar diasia tenggara terdapat di bukit jalil..dan saya perhatikan gereja gereja tumbih seperti cendawan dirumah rumah kedai di kuala lumpur...sama banyak dengan surau surau..
Sebagai org islam..kita kene ingat islam agama yg diredhai oleh Allah..selain dari islam adalah sesat..buat apa kita berkawan rapat dengan bukan islam jika mereka cuba menyesatkan kita..cukuplah berkawan dengan mereka seperti melepas batuk ditangga..kerana mereka juga manusia hamba Allah..
Sesungguhnya penolong bagi org kafir adalah syaitan..dan ameno yg akan tumbang sebenarnya telah membuka jalan untuk pihak kristian...belajarlah apa yg berlaku di indonesia..berapa ramai yg telah murtad..pihak gereja ingin kejayaan mereka di indonesia di gunakan di malaysia...Allah tidak sesuaikan di gunakan oleh agama lain selain dari islam..Tidak mereka merasa malu dan mempunyai maruah jika ingin mengunakan nama Tuhan islam yg dikatakan sebagai`terrorist`...
Disini kita kita tau maksud tersirat pihak gereja yg mahu menggunakan nama Allah...
Setiap huruf dalam Al-Quran mempunyai makna tersendiri...jika membaca Al-Quran..kita mendapat pahala setiap huruf yg terdapat dlm sebutan (ayat) itu tersendiri...Alif-Lam-Lam-Ha itu sendiri mempunyai maksud tersendiri dan mempunyai kesucian..adakah patut org kafir..iatu org yg sesat mengunakkan nya ???...
Pak Aspan jgn jadi bodoh..walaupun pak aspan ahli parti dap..setiap manusia mempunyai darjat yg berbeza beza untuk memahami apa yg terdapat di dalam Al-Quran..
dahulu dan sekarang bahasa Melayu di rendahkan dan sekarang agama islam dicuba untuk diserang...jika ikut dlm perlembagaan dikatakan dengan jelas mengenai bahasa melayu dan islam..silap pemimpin ameno..sekarang pemimpin pakatan terikut..belum lagi Allah menanugerah kerajaan..sudah buta mata hati..sikap tamak menguasai diri..kerana duit adalah mainan org kafir..Allah memberi kekayaan kepada mereka..tetapi jangan diharap syurga Allah...
Lihat mamak mahadir harta 40 billion...bila mati boleh ka beliau membawa kedalam kubur???
Hakikat tersembunyi hanya dpt dilihat dgn makrifatullah yg tinggi..
Berbantahlah kamu krn Allah tidak berkehendak pd bantahan kamu sedang kamu masih lalai dan membiarkan pemuka2 kamu melakukan Syirik dan Bid'ah dimuka bumi..
Akhir zaman nanti akan muncul org2 yg berjihad ttp Allah tidak memandang lansung kpd jihad mereka itu dan Allah tidak berkehendak kpd mereka..
Salam Sejahtera.
Adakalanya pendapat Batu Ronson tu ada benarnya jika dilihat dari reputasi penduduk di negara ini yang begitu mudah terpengaruh dengan material dan budaya barat yang seperti tiada boleh dibendung lagi.
Tidak cukupkah nama "Ya Hammid" (nama Allah juga) yang selalu mereka gunakan di Gereja? Apa tujuan mereka menggangu gugat (mengacau) gelaran dan amalan di dalam Islam? Jawapan nya agak mudah juga iaitu, supaya kebanyakan rakyat Islam di negara ini akan memandang semua agama adalah sama rata dan terbuka, maka pilihan beragama adalah bebas dan tidak perlu mutlak kepada setiap keluarga Islam yang melahirkan anak dan telah menentukan bahawa agama anak mereka semestinya Islam.
Kepada pengulas yang bernama "Unknown", terima kasih kerana anda cukup rajin menulis dan berjihad. Tetapi sayangnya anda hanya lebih berkebolehan sebagai juru ulas dan pak turut atau tukang angguk dan geleng-geleng sahaja. Apa yang ditulis oleh Tuan AA, tidak ada yang tak betul kepada anda melainkan semuanya wahyu kepada anda..... (Maaflah kalau anda OKU kerana dari segi memberi pandapat saya tidak mengira mental dan fizikal, asalkan berfaedah untuk kita semua).
Orang UMNO riuh rendah supaya nama Allah tidak boleh digunapakai oleh orang bukan Islam bukan kerana bimbangkan akidah umat Islam di negara ini terpesung. Kerana jika kita mengenal tikar sembahyang, memahami Fardu Ain yang asas, tidak mungkin semudah itu iman kita tergelincir.
Tetapi jika sering mentedarah dari hasil yang haram seperti hasil penyelewengan wang pembayar cukai, membaham wang caruman anggota tentera, merembat komisen pembelian asset negara sebagaimana yang menjadi amalan puak-puak UMNO, mungkin akidah mereka mudah tergelincir. Tambahan pulak apabila mereka lebih kerap berjemaah di karaokedegan botol-botol arak dan GRO2 montok, mudah sangatlah mereka berperangai kapir.
Isu ini dimanipulasi sepenuhnya kerana yang menyebut adalah Lim Guan Eng dari DAP. Jika Chua Soi Lek yang menganjurkan demikian, puak puak munafikun ini akan jadi syaitan bisu termasuklah Harussani sendiri.
Ini sebenarnya politik terdesak, bukanlah kerana cintakan Islam. Orang yang cintakan Islam tidak akan membaham wang rakyat tanpa rasa terkilan.
Jika benar-benar mahu memelihara Islam, sambutan malam tahun baru tak payahlah bayar artis-artis seksi membuat persembahan dan sms orang ramai mengajak hadir ke majlis maksiat. Sebaik-baiknya buat majlis keagamaan panggil ustaz-ustz terkenal menceritakan keburukan pergaulan bebas yang boleh membiakkan gejala buang anak dan sebagainya. Ada ka puak-puak munafik UMNO berbuat demikian. Nak jaga akidah konon....pigirahhhh! Kau pegi tipu si bangang-bangang UMNO totok tu boleh la....
Salam Aspan dan pembaca lainnya..
Sewaktu saya belajar dulu di UK, salah satu minat saya adalah mengkaji "Comparative Religion" dan saya berminat mengkaji agama Kristian. Banyak buku Kristian yang saya beli dan saya baca dan saya juga membeli kitab Injil "King James Version". Niat saya hanya satu, untuk menyediakan saya sekiranya saya bertemu dengan pendakwah Kristian. Saya juga banyak membaca artikel mengenai Kristianiti tulisan Ahmad Deedat, dan sewaktu beliau melawat di tempat saya belajar,saya sempat bertemu dengan beliau.
Disatu hari di cafetaria University Hall, saya telah berjumpa dengan seorang perempuan Inggeris menjual buku Kristiah berbahasa Arab dengan terang-terang menggunakan nama Allah di sebelah simbol salib. Atas dasar ingin tahu saya bertanya kenapakah nama Allah digunakan.. Ketika itu, baru saya tahu orang Kristian Arab memanggil Tuhan dengan nama Allah.Saya berbual dengan wanita Inggeris tersebut dan amat terperanjat saya bila beliau memberitahu bahawa suami beliau adalah seorang berbangsa Melayu dari Malaysia.Atas ingin tahu saya, malam itu saya telah pergi kerumah wanita Inggeris itu bersama sama dengan rakan saya.Hasrat nak bertemu dengan suami beliau dan mungkin berdakwah. Pertama kali dalam hidup saya bertemu dengan pemuda Melayu beragama Kristian. Saya dimaklum sisuami telah lama menganut agama Kristian sebelum berkahwin dengan wanita Inggeris tersebut.
Banyak orang beri pendapat, apa salahnya kalau orang Kristian nak menggunakan nama Allah kerana orang Kristian Arab telah lama menggunakannya.
Saya berpendapat bergantung pada manfaat dan mudarat pada orang Islam di Malaysia ni. Ambik iktibar dari Indonesia, bila semua agama adalah sama rata, yang akan rugi adalah umat Islam tersebut. Di Indonesia gerakan dakwah Kristian adalah kuat kerana mereka mempunyai dana yang berlebihan dari derma orang-orang yang bukan Islam, kebanyakannya Cina yang kaya-raya. Disana juga, ada jugak masalah Ahmadiyyah, Syiah dan fahaman-fahaman lain yang memecah-belah lagi umat Islam disana. Jadi bayangkanlah, kalau gereja disana dipanggil Rumah Allah, bukan kah dengan mudah mempengaruhi orang-orang yang kurang berpelajaran dan kurang didikan agama untuk mengajak orang-orang Islam kearah agama Kristian.Bayangkan, kalau mereka berdakwah, agama Islam dan agama Kristian adalah sama, kerana mereka menyembah dengan Tuhan Allah yang sama dengan orang Islam.
Bagi saya tanya pada diri sendiri. Kalau kita tak rela saudara segama seperti Aisha Bokhari dan Lina Joy yang telah murtad, bersediakan kita menerima lebih ramai yang akan murtad sekiranya kebenaran nama Allah ini diberikan.Fikir-fikirkanlah sebelum terlambat.
Batu Ronson
pelik lagi benar... sememangnya saya sebelum ini berkongsi kekuatiran.. takut muda-mudi keliru...
tapi bila saya renungkan balik.. wah.. bahkan Al Quran sedang menunjukkan mukjizatnya.. dan kebenaran yg di bawa oleh Nabi junjungan kita.. Nabi Muhammad s.a.w.
tidakkah di dalam Al Quran diceritakan tentang ahli kitab?? baik nasrani dan yahudi.. mereka semua mengakui Allah adalah tuhan mereka dan kita semua... dan di dalam Quran jugalah Allah bukakan penyelewengan mereka..
dan kepada pencari kebenaran dalam agama.. bila di buka ketiga2 kitab.. di buat perbandingan.. maka kita tak perlu risau.. sebab kita berkata2 mengenai tuhan yg sama.. iaitu Allah Ta'ala.. dan 'mereka' lagi senang untuk nampak.. kebenaran yg di bawa oleh Al Quran.. yang mana banyak hujah yg boleh dipatahkan..
dan Al Quran tidak pernah berjaya untuk diseleweng sepertimana kitab2 lain.. kerana Allah memberi banyak kelebihan kpd para hafiz/hafizah.. mereka telah/pernah mencuba untuk menyelewengkannya.. dan mereka tahu.. mereka tidak akan berjaya..
Ya Allah.. betapa benar... kehendak dan kekuasaanMu..
Andainya Rasulullah S.A.W masih hidup kini.. sudah tentu Sifat Toleransi Baginda akan diterima oleh semua kaum dan agama. 'Law Ka Na Baina'..
Setuju sangat dengan sdr. Asrul Sani.Yang jadi polimik ini ialah kerana LGE yang sebut, maka puak2 UMNO yang sudah muflis modal kempen pun terpekik terlolong mengharapkan isu perkataan Allah dapat memberi nafas kepada parti yang penuh dengan sikap hipokrit (munafik) ini. Bak kata sdr. Aspan, Allah adalah Tuhan bagi semua makhluk, bukan spesifik kepada bangsa Melayu sahaja.Ironisnya berapa ramai orang Melayu yang kononnya sayangkan sangat Allah datang bersolat jamaah di masjid2 bila masuk waktu? Bandingkan bilangan jamaah di masjid2 pada waktu maghrib dan isyak dengan yang berada di gedung supermarket.Bagaimana pula pemimpin2 UMNO yang konon sangat cinta dengan Allah mengamalkan rasuah, judi,fitnah dan segala2 yang dibenci oleh Allah?
Penganut kristian menganggap jesus as son of god....please translate into bahasa Malaysia???????
I agree with Sutan Nahu
Mmg betul Allah tuhan sekelian alam dan maha pencipta dan dari zaman Nabi Adam lagi semua nabi dan Rasul membawa ajaran agama Allah. Dan dalam ajaran agama Allah yang juga disebut dalam injil ASAL Nabi Muhamad adalah nabi terakhir yang akan membawa dan melengkapkan agama Allah dengan mukjizatnya yang paling agong iaitu Al-Quran. So selepas Nabi Muhammad mula mendakwahkan Islam maka mereka yg menganut mana2 agama Allah sebelumnya hendaklah menerima dan mengamalkan Islam yg di bawa oleh Nabi Muhammad. Mkaa pengamal kitab zabur, taurat dan injil hendaklah menerima AlQuran dan beriman dengannya.
Insyaallah tuhan bukakan hati2 mereka yg tersasar
Tuan,
Jangan menuduh tak tentu hala kepada UMNO dalam isu kalimah Allah ni. Logik depa yang boleh mengelirukan umat islam( ke bani UMNo?) ada logiknya.
salah satu cara Kristian mempegaruhi bukan kristian untuk mendekati kristian ialah dengan menabur atau memberi duit atau wang. Bagi yang memerlukan wang atau tamak wang akan mudah terjebak dengan dakyah kristian ini.
Inilah logik puak-puak UMNO. Agaknya orang Islam puak mana yang mudah terpegaruh dengan umpan duit ni?.....hahahahahaha.
Sebenarnya, Dr. Zaharudin Ab. Rahman ada membuat ulasan panjang lebar tentang isu ini. Dia seorang cendiakawan Islam, jadi pi la baca dulu sebelum buat komen. Batu Ronson, batu giling, batu sungai dan bermacam-macam batu pun patut pi baca dulu.
Isu ugama bukan perkara kecil. Politik yang hangpa dok bergaduh la ni hanya dok sebok pasai benda takat dunia sahaja. Ugama tu perkara yang melibatkan dunia dan akhirat. jangan dok jadi hero kat semasa kehidupan dunia ni je, akhirat besok nahas!
Satu lagi, Islam itu mileh Allah...bukan milek parti lawan hangpa..jangan dok buat urusan berkait ugama macam hangpa dok buat dengan cerita Deepak. Puak ni tuduh, puak sana tolak, sama-sama nak tunjuk jantan konon!
...permasaalahan nya adalah pada bahasa melayu.......dan pengertian dalam bahasa melayu.....seperyi yg diterangkan diatas.......jika dalam bible bahasa melayu God=Allah..........mengapa dalam bible bahasa inggeris God=God?................mohon pencerahan dari pak aspan dan rakan2 lain...terima kasih.....
Assalamu'alaikum dan salam bahagia, saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Maaf, mencelah lagi. Juga, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada rakan yang kurang bersetuju dengan pandangan saya. Saya hormati pandangan dan nasihat saudara, namun, ingin saya tegaskan, tolong dan tolong, jangan sama sekali mengecam mana-mana peribadi dengan cara berhemah sebegitu. Ingatlah, sesungguhnya, keupayaan seseorang dan tahap kebijaksanaannya adalah anugerah-Nya belaka; oleh itu, jangan mengecam seseorang hanya kerana ulasannya yang saudara tidak setuju. Adapun yang saya berikan pandangan itu, hanya sekadar untuk dikongsi; sekiranya tidak bersetuju, berhujjahlah secara matang lagi penuh ilmiah. Diharap saudara memahami dan perhatikan benar-benar kalimah-kalimah saya yang tak seberapa ni, k?
Ya, seperti yang saya katakan, terdapat kebenarannya apabila kalimah "Allah" itu digunakan oleh penganut Ahli Kitab, ia sememangnya akan mengelirukan umat Islam. Nah, bukankah di situ punya hikmah tersendiri, lebih-lebih lagi, jika diizinkan Allah, PR berjaya mentadbir Persekutuan? Bukankah kedapatan pada jemaah PR itu golongan alim ulama yang, insha Allah, ikhlas lagi tawadhu' pada setiap sudut perjuangan, hatta pada tutur kata? Malah, jika benar kita khuatir kalimah suci ini akan disalahguna penganut agama lain, mengapa sehingga kini apabila Mahathir lantang berperilaku sebagai seorang zindiq (tafsir dan hukum ikut logik akal dangkal), para alim ulama dalam kerajaan hatta para menteri agama diam membisu trillionan bahasa? Kemudian, bila terjadinya kedangkalan kefahaman agama di kalangan rakyat, balik-balik orang lain yang salah, kan? Tahukah kita semua, kini sudah berkembang pesat fahaman-fahaman anti-Islam bertopengkan Islam seperti liberalism di kalangan umat Islam sendiri? Paling mudah, tetapi paling berat: "Ala, orang lain tak sembahyang, tak jadi apa pun?" Salah siapakah itu semua? Salah paderikah? Sekali lagi kalau benar kita risaukan paderi-paderi dan pendakyah-pendakyah Kristian mengambil kesempatan, mengapa kita sendiri sebagai pentadbir "negara Islam contoh" sendiri sanggup mencerai-beraikan agama daripada politik, walhal hakikat politik itu sendiri mestilah disandari dengan undang-undang-Nya? Bukankah penciptaan dan pelantikan Nabi Allah Adam AS sebagai khalifah menunjukkan bahawa manusia sememangnya pentadbir bumi ini dan mesti patuh dengan syariat-Nya?
Justeru, pandangan dan hujjah rakan-rakan kita yang lain agar memperhalusi isu ini dengan kematangan dan ilmu sepatutnya diperhati dengan ketelusan dan bukan dengan emosi. Malah, sekali lagi ingin saya nyatakan, jika hanya kerana pihak lawan yang mengusulkan penggunaan kalimah itu menyebabkan kita bergaduh sesama sendiri, maaf trillionan kali untuk saya nyatakan, sebenarnya kitalah yang belum matang, kerana dalam waktu yang sama, kita boleh membatu apabila hukum-hakam ditafsir serakus nafsu golongan berkepentingan, malah menyebabkan bukan Islam khasnya yang diketahui umum punya permasalahan akhlak dan jati diri memerangi Islam dan kita terang-terangan. Akhirnya, saya menyatakan terus-terang, apa yang saya sokong daripada blog ini hanyalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang masih cetek, justeru, tiada istilah "wahyu" dalam penulisan ini, kerana, sudah pasti, tiada yang layak menerima wahyu kecuali para Nabi dan Rasul. Yang baik itu adalah daripada Allah SWT; manakala yang buruk itu adalah daripada kedha'ifan saya sendiri.
Terima kasih dan salam jihad.
Sultan Nahu,
Pi baca artikel Dr. Zaharudin Ab. Rahman dulu. Pastu tanya dia dari segi nahu. tengok apa dia jawab.
Kalau ada Maharaja nahu yang lebih tinggi kedudukan dari Sultan nahu pun, nasihatnya pun sama- pi baca dulu.
Nama ALLAH adalah hakNya. Tentulah selayaknya kita nisbahkan tuhan/ god/ pencipta/ pemilik langit & bumi kepada Allah. Pastilah Allah lebih suka dipanggil dengan namaNya yang diberi tahu sendiri olehNya berbanding nama-nama lain.
Kita di Malaysia ini cepat tersentak tak tentu fasal kerana kita ini tidak faham apakah ertinya Islam itu. Rata2 umat Islam hanya belajar Islam di sekolah. Ada juga hanya belajar tasawwur sahaja. Selepas SPM, habislah belajar agama. Itupun yang disentuh hanya bab2 basic sahaja. Ada yang tak tahu pun bab2 lain seperti dakwah, jihad, tasawwuf atau belajar bahasa arab. Al- Quran pun tak difahami sepenuhnya. Bahagian mengaji atau tarannum mungkin hebat, tapi apa guna hebat berlagu jika isi tak difahami. Itu yang apabila disebut hudud, terkejut. Kenapa? Tak pernah faham al-Quran.
Akuilah. Kita orang Melayu adalah yang paling malas belajar agama setiap hari & kita ingat kitalah yang paling faham agama.
Malulah dengan muallaf di Malaysia yang lebih banyak belajar dan paling giat buat dakwah untuk agama.
Contohi Imam Suhaib Webb, Yusuf Estes dan lain2. Dalam satu majlis, Imam Yusuf Estes Islamkan lebih 1000 orang di Jerman. Dan tiap2 majlis ilmu yang disampaikan, pasti ada yang memeluk Islam.
Kita di Malaysia selalu jadi fitnah untuk agama Islam. Terutamanya golongan berpolitik.
Insaflah kita.
Tuan Aspan,
Saya bukan sahaja tidak sefahaman dengan tuan dan parti tuan dalam isu kalimah Allah ini malahan saya akan menentangnya jika ianya benar benar direalisasikan. Isu kalimah Allah ini bukan isu politik. Demi Allah, saya akan menentangnya dengan apa cara sekali pun.
Bila golongan juhala' menulis inilah hasilnya.
Allah dan Islam tidak perlu pembelaan dari manusia. Yang perlu manusia yang mengaku dirinya Islam & Allah itu tuhan mereka supaya menjaga iman & takwah supaya tidak tergelincir dengan perbuatan2 yang merosakkan iman seperti cakap bohong, menipu, mencuri harta rakyat dan rasuah. wallahuwalam.
Memang benar Allah itu Tuhan yang menciptakan segalanya, Tuhan kepada semua makhluk berlainan spesies, agama dan bangsa.
Tapi, tidakkah anda marah jika kafir menggunakan kalimah Allah untuk menggambarkan Tuhan yg trinity, ada anak. Padahal Allah sendiri berkata dalam Surah al-Ikhlas " Katakanlah wahai Muhammad, Allah itu Esa!"
Sama ke Allah mereka dengan Allah yg kita sembah? SAMA?
Jangan hanya kerana semata-mata hendak menjaga hati orang2 kafir, kita sanggup untuk membiarkan mereka menodai nama Allah yang esa.
.....maka apabila kita dah fahami yg bahasa melayu menjadi punca masaalah, persoalan lanjut adalah bagaimana kita atasi?...........
.....jika dalam bible berbahasa melayu God=Allah,.....mengapa dalam bible berbahasa inggeris God=God?...........dr zaharuddin ab rahman juga manusia, saya juga manusia...kita semua manusia...dan semua manusia lemah belaka..................kenalilah yg bahasa melayu itu adalah bahasa yg amat muda/baru, dan bahasa melayu masih punyai banyak kelemahan2, .....perlu diingat disepanjang zaman tiada bahasa yg kekal.........bahasa Latin, suatu masa dulu bahasa agung, kini hampir2 pupus................suatu masa dulu bible ada jua dalam bahasa latin, kini bible dalam bahasa latin kian pupus, sepertimana bahasa latin.............isu kalimah Allah adalah isu bahasa.........dalam bahasa melayu kini, pengertian Allah itu spisifik...........jadi jika hendak bible diterbitkan dalam bahasa melayu, perlulah juga diambil kelemahan dalam pengertian bahasa melayu juga.........in the english language bible, is God=Allah?.............if the answer is not, then why is should God=Allah in the malay language bible.........saya serba kekurangan, sila perbetulkan saya, jika saya salah....terima kasih...........
....terima kasih......
Haiyah sutan nahu...
The bible God cipta Adam and Hawa. The bible God also cipta Nabi Musa and all the nabi.
So, kena tahulah bible God = Allah.
Itu macam pun tak tahu? Pura-pura tak tahu? Mau kasi provokasikah? Tak baik kasi belit-belit.
http://www.pasputrajaya.com/2013/01/isu-kalimah-allah-penjelasan-yang-mesti.html?m=1 ,
As Salam Tuan Aspan.
Mampukah atau sudah bersediakah kita sebagai rakyat dan umat yang cacamarba bagi menghadapi situasi Kalimah Allah yang suci ini?
(Kalau boleh ditamsilkan) Buat Stadium pun runtuh, inikan pula nak buat kilang proses nadir bumi yang terlalu tinggi risikonya? (lari dari tajukkah?)
Cukup tinggikah keyakinan dan Iman kita? Sedangkan apa sahaja berita fitnah dan penipuan oleh TV1, TV3 atau Utusan Meloya dan Berita Hairan itu tetapi masih ramai juga rakyat marhaen yang percaya dan terpengaruh, inikan pula isu agama yang akan dipolitikkan untuk meningkatkan sokongan dari golongan minoriti tertentu.
Jangan pula nanti ada ahli politik yang akan mengeluarkan kenyataan bahawa semua agama adalah suci dan sama rata maka Tuhan dalam Islam sama tarafnya dengan Tuhan dalam Kristian atau Yahudi (kerana nak jaga hati golongan minoriti yang belum tentu boleh menjaga golongan majoriti).
Jika kita rasa Islam (majoriti) boleh tergugat di negara ini, kenapa kita mesti mengikut kehendak kristian (minoriti)?
Sekiranya berjaya, selepas ini mereka akan mohon supaya status Bumiputera juga perlu di kongsi oleh semua rakyat di negara ini (walaupun status itu telah lama tidak mendapat faedah di bawah pemerintahan UMNO/BN).
Untuk "unknown", maaflah kerana mengusik kamu... dengan komen kamu yang sama jaraknya dari KL ke Kuantan tu pening kepala saya membacanya.
Saya pun peminat Tuan Aspan (kebolehan menulis dan bahasanya yang begitu tinggi), tapi kenapa dah 40 tahun dalam UMNO baru nak sedar? Mungkin sebelum ini tidak mendapat taufik dan hidayah lagi kot?
alam flora,
nabi muhammad saw dapat wahyu pada umur berapa?
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Jutaan maaf kerana mencelah lagi, Juga, jutaan maaf kepada Saudara Alam Flora. Rasanya, saya terpaksa menjawab sindiran kamu ini.
Terima kasih jutaan kali di atas ingatan saudara agar saya memendekkan ulasan. Namun begitu, sedarkah saudara, apa yang diutarakan di sini hanyalah isu global? Juga, kalau benar saudara merasakan tercabar dengan penulisan ini, kenapa UMNO tak ajak TG Hadi berdebat satu lawan satu? Adakah hanya kerana isu ini ditimbulkan jemaah "PEMBANGKANG", kita jadi begitu emosi, walhal kutukan Mahathir ke atas Hudud dan sunnah Rasul tak diambil peduli? Sekali lagi, ingin saya tegaskan benar-benar, saya hormati pandangan saudara; tetapi, jangan sampai di antara kita mengambil kesempatan mengeksploitasi sesama kita hanya kerana perbezaan pendapat, k? Akhirnya, fahamkah saudara akan kalimah "WAHYU"? Kalau tak faham, jangan memandai-mandai, dan kalau dah faham, jangan berlagak pandai, ya? Ingatlah, laknat-Nya adalah lebih besar dan merbahaya jika saudara benar-benar ikhlas menginsafi hakikat ini. Menutup ulasan, jutaan ampun dan maaf kepada kalian di atas segala jawapan ini; saya sekadar berkata benar meskipun pahit untuk didengar.
Terima kasih dan salam jihad.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Sekali lagi, maaf kerana mencelah. Berikut, saya paparkan artikel untuk rujukan kalian; respond AJK PAS Pusat terhadap sikap berdolak-dalik UMNO ini, juga sekaligus diharap menjawab segala persoalan dan perbezaan pandangan rakan kita terhadap saya. Sila "click" pada capaian di bawah ini:
http://www.khalidsamad.com
Sekiranya tak kesampaian, itu adalah kelemahan teknik penulisan saya. Justeru, kalian bolehlah merujuk akhbar Harakah Daily, artikel 7 Januari, bertajuk: "Beratus Jam Diserang, Ustaz Hadi Mahu 1 Jam", kemudian "click" pada capaian tersebut.
Terima kasih dan salam jihad.
Amalan islam tu kena ikut quran hadis. Kalau pakai nama allah tapi amalan syaitan, syirik dan tahyul pun hampeh juga.
aiya
I understood what you meant
I pray to Allah, do you pray to Allah too?.....
If you do, then no issue la....
why you no understand ah?....
brother
The problem is with the malay laguage
This stupid language has not been properly developed by those so called malay linguist
As usual la, these so called linguist are lazy and so stupid
They have not corrected the malay language
And, we are using a language that has no capacity to describe succintly differing situations
Succintly differing situation is this
The moslem belief...... Allah is =the only one.
The christian belief..... Allah is =Allah, Son(Jesus) and Holy Ghost
same or different?
In arabic ........allah=God .....also in arabic......Allah=God
in malay..........allah=??? ....but in malay....... Allah=God......
now, do you see the problem with the malay language?
thank you......
Brother
The problem here is with the malay language
And the usage of the roman alphabets
The arabic alphabets has no capital letters
The roman alphabets has capital letters
See this
In arabic.....allah=God.....also...Allah=God
In malay.....allah=???.....but.....Allah=God
muslim belief, Allah= the only one God
christian belief, Allah=God, Son(Jesus) and Holy Ghost
is it the same Allah?......
thank you
Salam Pak,
Ulamak-ulamak cakap Allah itu satu. Tapi bila Agama lain nak guna tak boleh plak. hemmm.. ini yang di katakan cerdik. tapi tak boleh nak ikut..
Mohd Zuki
Aiyoyo sutan nahu,
Y u create unnecessary problem?
I wrote that bible God=Allah.
Y u turn around n wrote the opposite way?
Like that u provoking lah.
Bible believe only one God.
My dear sutan nahu...
Jesus is not God. These can be substantiated in the Bible;
Matthew 19:17, Mark 10:18
And he said unto him, Why callest thou me good? there is none good but one, that is, God.
Matthew 27:46, Mark 15:34
My God, my God, why hast thou forsaken me?
Mark 16:19
So then after the Lord had spoken unto them, he was received up into heaven, and sat on the right hand of God.
John 8:40
But now ye seek to kill me, a man that hath told you the truth, which I have heard of God.
John 14:28
My Father is greater than I.
John 20:17
I ascend unto my Father, and your Father; and to my God, and your God.
Acts 17:31
Because he hath appointed a day, in the which he will judge the world in righteousness by that man whom he hath ordained; whereof he hath given assurance unto all men, in that he hath raised him from the dead.
1 Corinthians 11:3
The head of Christ is God.
1 Corinthians 15:28
And when all things shall be subdued unto him, then shall the Son also himself be subject unto him that put all things under him, that God may be all in all.
Colossians 3:1
Christ sitteth on the right hand of God.
1 Timothy 2:5
For there is one God, and one mediator between God and men, the man Christ Jesus.
1 Peter 3:21-22
Jesus Christ: who is ... on the the right hand of God.
sutan nahu,
The English language is also full of words with uncommon properties.
There are backronyms, metaplasms, and neologisms. Do you know that words of unusual properties are contranyms, or words that are spelled the same, but have 2 opposite meanings?
Therefore, Jesus is GOD means that person Jesus is the GOD. However if we said GOD is in Jesus, it does not mean that GOD is really Jesus. GOD can also be in the Holy Spirit.
By the way, can a Ghost be HOLY? Never the less, have you ever seen a ghost? Can you actually define HOLY?
Post a Comment