Majlis Bekas Wakil Rakyat,
MUBARAK, telah meminta pucuk pimpinan menamakan bakal menjadi Menteri Besar
Selangor lebih awal.. Dalam temuramahnya dengan Presiden Mubarak, Tan Sri Aziz
Abdul Rahman, Sinaran Harian on-line melapurkan yang Mubarak mencadangkan nama bakal
menjadi Menteri Besar Selangor dinamakan lebih awal untuk mengelakkan ada
beberapa orang yang berminat untuk jawatan itu tidak berasa hati dan kecewa
jika nama calon MB itu diumumkan di saat akhir.
Tan Sri Aziz mengingatkan ini
sangat penting diambil perhatian kerana ramai yang berminat untuik menjadi Menteri
Besar negeri Selangor itu. Jika diumumkan nama bakal Menteri Besar untuk
menyaingi Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat maka ada banyak masa untuk menyelesaikan
masalah yang berbangkit dari pengumuman bakal MB itu. Pihak pimpinan
Persekutuan akan mempunyai masa untuk memberikan jawatan gantian kepada sesiapa
yang tidak dapat menjawat jawatan MB itu sebelum pilihanraya diadakan.
Sememangnya isu siapa yang bakal
dinamakan sebagai Menteri Besar merupakan isu besar bagi Selangor jika BN
berjaya kembali menguasai kerajaan negeri Selangor itu. Isu inilah yang menjadi
masalah besar dan itu jugalah isunya kenapa kemungkinan BN gagal untuk merampas
kembali kuasa dari PR di negeri terkaya dalam negara ini. Selain dari itu BN
menghadapi masalah kerana pentadbiran Selangor yang lebih ‘efficient’ dari
pentadbiran BN dahulu amat jelas sejak Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat
dengan Menteri Besar nya Tan Sri Khalid Ibrahim sejak lima tahun yang lalu. Tidak
payah disentuh kejayaan-kejayaan yang di capai sejak lima tahun dahulu kerana rakyat Selangor
sedang merasainya sekarang.
Menteri Besar Selangor ini
merupakan satu jawatan yang banyak memberi masalah kepada BN selama ini dan
masa akan datang. Ramai yang berebut hendak menjadi MB Selangor dan banyak
pemimpin yang kecundang politiknya kerana berebut jawatan itu dan gagal untuk
mendapatkannya. Dr Hasan Ali yang mendapat nama ejekan sebagai Hasan Akidah itu
menjadi mangsa kerana kegagalannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Sesungguhnya yang menjadi penyebab beliau menjadi celaru hari ini ialah kerana
kegagalan beliau menjadi Menteri Besar dan tidak pula berjaya menahan perasaan
kecewa beliau apabila tindakan dan usaha beliau untuk mendapatkan jawatan itu
gagal.
Bagi BN jika kita lihat senarai
pemimpin BN yang sibuk bekerja untuk memenangi Selangor itu, tidak nampak pun
seorang yang mampu untuk menyaingi Khalid Ibrahim. Itu kenyataan dan sangat
tidak adil untuk dinafikan oleh mana-mana pihak dan oleh sesiapa pun. Jika
Khalid diperlukan untuk dipusat PK tetap ada pengganti yang sukar di saingi
oleh mana-mana calon BN untuk mengetuai kerajaan Selangor itu.
Kalau ada pun nama yang jelas
berkemungkinan yang terbaik bagi BN untuk di calonkan sebagai MB, ialah Noh
Omar yang menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Selangor Tetapi Noh Omar tidak mampu untuk menaikkan
imej beliau sebagai pemimpin bersih kerana terlalu banyak isu yang sedang
menyelaputi diri beliau sekarang ini. Isu-isu yang berkaitan dengan salahguna
kuasa di Kementerian Pertanian menjadi sebutan orang ramai dimana-mana, bukan
sahaja di Selangor malahan di seluruh negara.
Mohamad Zain Mohamad, orang Melaka
dan beliau merupakan calon MB yang akan ‘jatuh sebelum berlepas’ jika beliau
dinamakan sebagai MB untuk menyaing Khalid Ibrahim. Untuk menamakan Mohd Zain
merupakan tindakan yang akan membuatkan rakyat Selangor tertawa dan memudahkan
rakyat untuk mengekalkan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor tanpa
berfikir lagi setidak-tidaknya sepenggal lagi.
Selain dari nama-nama tadi siapa
yang bakal di berikan tanggungjawab yang teramat besar untuk menyaingi Khalid
Ibrahim atau sesiapa yang menggantikan beliau (Khalid) jika Pakatan Rakyat
berjaya mengambilalih Putrajaya selepas pilihanraya nanti. UMNO ketandusan
kepimpinan dimana-mana. Bagi UMNO, parti menghadapi masalah untuk meletak dan
menamakan calon MB nya. Keadaan rumit ini bukan sahaja dialami oleh Selangor
malahan ia juga di alami di Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. UMNO tidak
mempunyai pimpinan untuk menjadi peneraju dalam kerajaan di negeri-negeri
tersebut.
Oleh itu cadangan yang
dikemukakan oleh MUBARAK itu ada sedikit kebenarannya. Tetapi jika dinamakan
calon itu lebih awal pun ia tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah kerana
UMNO sudah kepupusan kepimpinan yang mampu mendapatkan penghormatan rakyat
kerana pimpinan UMNO sejak 3 dekad yang lalu tidak pernah memberikan tumpuan
untuk membina barisan kepimpinan yang bakal mewarisi kepimpinan yang sudah
tidak lagi di terima rakyat keseluruhannya.
Bagi saya dan ramai yang lain
Selangor akan tetap berada ditangan Pakatan Rakyat malahan beberapa negeri lain
juga bakal dipimpin oleh Pakatan selepas pilihanraya nanti.
UMNO sudah terlalu lewat untuk
memperbetulkan keadaan dan jika ada pun cara lain, caranya ialah untuk kesemua
pimpinan UMNO diperingkat tertinggi berhenti dan digantikan dengan seorang yang
lain yang tidak pernah terlibat dengan apa yang berlaku di dalam parti itu. DAN
jika ia hendak dilakukan ia terpaksa dilakukan dalam tempoh sebulan ini.
Jika tidak dilakukan keputusan
pilihanraya adalah ‘predictable’….UMNO akan kecundang….. Seperti yang saya nyatakan
dalam tajuk posting saya semalam, ciri-ciri sebagai pembangkang itu sudah mula
terbina di dalam BN. Maka lebih elok dilangsungkan sahaja ciri-ciri itu dan
jadilah pembangkang yang baik selepas ini.
Selama ini pun UMNO menuduh PAS
dan DAP serta PKR itu sebagai pembangkang yang tidak baik, maka elok BN dan
UMNO mengambilalih tugas sebagai pembangkang kali ini dan berikan tugas untuk
menjadi kerajaan kepada Pakatan Rakyat.
Sememangnya keadaan begitu.
Pakatan Rakyat layaknya menjadi kerajaan dan BN pula layaknya menjadi
pembangkang yang baik pula. Kerja bergilir ini adalah amalan yang baik. Apabila kerja dan tugas di gilirkan maka akhirnya kita akan dapat mempastikan yang mana satu yang lebih baik diantara dua atau lebih pihak yang ditugaskan menjaga kepentingan rakyat dan negara.
12 comments:
Saudara AA dan para blogger
Saya cadangkan supaya UMNO/BN bawa balik doktor gigi unuk menjadi calon MB Selangor. Mungkin dia dapat tampal balik 'gigi yang telah rosak teruk'.
Salam.
Salam 1Jerung Tuan Aspan.
Calon MB yang paling sesuai dari pihak UMNO adalah "Brahim Ali".
Kenapa Brahim Ali? Kerana beliau adalah Presiden PERKASA yang mempunyai ratusan ribu malahan jutaan pengikut di seluruh Selangor dan negara tidak termasuk spesis katak minyak dan katak terbang.
Pilihan yang kedua adalah "Hassan Ah Lee @ Beruk Kena Balacan".
Kenapa Hassan? Kerana beliau banyak hutang untuk dilangsaikan dengan wang rakyat Selangor kelak (Selangor negeri terkaya di Malaysia). Keduanya, muka hodoh dan munafik adalah menjadi keutamaan kerana MB dari UMNO kebiasaannya kuat rasuah, berperangai penyangak, makan komisen dan bermuka hodoh (memang kena dengan ciri-ciri Hassan Beruk ni).
Yang ketiga, beriman (tiada langsung ciri-ciri bakal MB dari UMNO), semuanya pemakan komisen dan penyangak.
monkey shooter; teruknya bahasa! but i like it kih3
Syabas PR hahahaha BN/UNMNO............apa-apa pun kami rakyat yg berpendapatan rendah sejak Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat dengan Menteri Besar nya Tan Sri Khalid Ibrahim sejak lima tahun yang lalu. Tidak payah disentuh kejayaan-kejayaan yang di capai sejak lima tahun dahulu kerana rakyat Selangor sedang merasainya sekarang.Kata AA.
UMNO memang layak jadi parti pembangkang.UMNO tidak layak jadi parti pemrintah.Tembelang UMNO semua rakyat sudah tahu.
UMNO pada mulanya parti sengkek.!Bila telah memerintah lebih 50 tahun,UMNO mencuri duit rakyat!
MUBARAK yg sibuk-sibuk ni kenapa?TS Rahman ni tak ada kerja lain ke?Kau Rahman lebih baik diam!UMNO pun dah pinggirkan kau.
Kau tahu Rahman,UMNO dah di ambang pintu pembangkang!MUBARAK dan Rahman ni dah ketinggalan zaman!
Jerlun
Saya rasa tak payah semua pimpinan UMNO jadi pembangkang, buat bau busuk sahaja di Parlimen.
Sebahagian sahaja, mungkin timbalan menteri pengajian tinggi, datuk safudin. Ini orang ada akal sikit. Itu barulah pembangkang yang sihat.
Yang lain tu, saya rasa tak payahlah berpolitik, memang tak pandai politik bersih. Main lontar batu, lontar cat merah, jerit kat orang macam monyet dan bakar sahaja kerja mereka.
Lebih baik, duduk rumah sahaja lihat kartun Tom and Jerry.
Kita hendakkan pembangkang yang ada kredebeliti, betul-betul check and balance.
Tak hairan saya tokoh2 umno selangor sudah pupus kerana yg pupuskan tokoh umno di negeri selangor adalah orang umno sendiri.
Kebijaksanaan org umno main politik sehingga parti umno sendiri akan hilang . Hilangnya umno dimulai dgn hilangnya pemimpin umno yg berwibawa dan diganti dga pemimpin yg kaki temberang dan kaki ampu dan kaki rasuah.
Salah satu ciri pemimpin umno kaki panas baran. Cakap chelupar dan suka bercerita tantang hantu kemudian cerita sex.
Cerita tahyul pun sangat digemari oleh pemimpin umno dan last sekali cari tok bomoh untuk nak menang dlm persaingan demokrasi ala umno.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
YES!!! Cukuplh!!! Elok saja kali ni UMNO pencen!!! Malah, saya bersetuju 100 % dengan pandangan rakan kita yang mengatakan personality seperti YB Saifudin Abdullah (maaf, kiranya salah ejaan), serta mereka yang masih bersih itulah yang patut mewarisi UMNO kini, sekaligus benar-benar menjadi pembangkang yang seimbang lagi baik, insha Allah. Kalau nak cerita fasal kepimpinan yang ada ni, tak payahlah ...
Nah, disebabkan budaya yang dibentuk oleh pentadbiran pakar gigi itulah, akhirnya UMNO ketandusan, malah, ketiadaan personality yang berwibawa. Namun begitu, mereka masih dibuai angan-angan mat jenin sambil menjadi OKU hati akan bala dan bencana yang sedang dan akan mereka tanggung. Begitu jugalah dengan sekalian penyokong mereka yang asyik mau raba kudis orang, sedangkan kanser di badan sendiri tak mahu dirawat ... Oleh itu, marilah kita jadi pembeli dan pengguna yang bijak; bila mereka mari kempen kita suruh undi, katakan "YES, BOSS ..."; belakang hari, "suka hati wa-lah ..." Diharap, idea ini boleh diterima, insha Allah.
Terima kasih dan salam jihad.
Sdr Aspan,
Umno/bn is eyeing the 2billion in selangor reserves. Yummyyyyyy i can see the planned 'melawat sambil belajar" trips .
Big fat hopes for bn to win selangor ! Only in their dreams !
Post a Comment