20 January 2013

Mendapatkan royalti minyak melalui pilihanraya lagi cepat hasilnya

Siang tadi PM Najib berada di Kota Baru untuk menabur janji lagi. Ada tujuh yang dijanjikan beliau kepada orang Kelantan. Di antaranya ialah membina lebuhraya Kota Baru Ke Kuala Kerai dan membina 3000 unit rumah mampu milik untuk rakyat Kelantan jika BN berjaya merampas negeri itu dari PAS (PR) dalam pilihanraya kali ini. Selain dari itu ialah untuk membekalkan air bersih, membina UiTM dengan kapasiti pelajar seramai 5000 dan memperbaiki keadaan sistem pengangkutan awam dan berbagai-bagai lagi janji yang telah kita dengar setiap kali pilihanraya tiba.

Janji yang paling seronok kita mendengarnya ialah masalah royalti minyak dan Najib telah berjanji penubuhan jawatankuasa tentang isu ini. Isu tuntutan royalti minyak sememangnya menjadi isu yang terhangat kerana kegagalan serta keengganan Petronas membayar royalti minyak seperti yang termaktub dalam perjanjian pada bulan Mei 1975 yang lalu. Berbillion ringgit wang royalti yang sepatutnya di terima oleh rakyat Kelantan melalui kerajaan pilihan mereka masih belum di bayar dan wang royalti ini di jadikan sebagai alat menekan rakyat Kelantan untuk memilih BN dalam pilihanraya ini.

Bagi saya rakyat Kelantan mesti jangan percaya dengan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan itu kerana ia belum boleh memastikan rakyat Kelantan akan berjaya mendapatkannya dan ia akan memakan masa yang lama untuk mengetahui kejayaannya. Jawatankuasa itu mungkin untuk menarik perhatian rakyat Kelantan untuk menyokong BN dan juga menggunakan jawatankuasa itu untuk tidak membayarnya setelah mereka (BN) mendapat kuasa nanti.

Rakyat Kelantan ada jalan untuk mendapatkan wang royalti itu dengan mudah dan lebih pasti. Jalannya ialah untuk memperkuatkan usaha menaikkan Pakatan Rakyat dan mempastikan Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya. Jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya untuk mendapatkan wang royalti itu akan bertambah mudah dengan melaksanakan perjanjian tahun 1975 itu dengan serta merta dan tidak payah bermula dengan perbincangan awal seolah-olah rakyat Kelantan belum pernah membuat perjanjian dengan Petronas.

Rakyat Kelantan wajar bersama-sama dengan rakyat di negeri-negeri lain untuk memenangi pilihanraya ini kerana kejayaan untuk mendapatkan kuasa itu sudah terlalu hampir jika di izinkan Tuhan. Tidak payah membuang masa untuk bermesyuarat bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan wang royalti itu yang belum pun tentu berjaya di perolehi melalui jawatankuasa itu.

Rakyat Kelantan perlu mendapatkannya secepat mungkin melalui kuasa yang di perolehi dalam pilihanraya nanti. Kalau sudah ada jalan yang singkat, kenapa perlu kita melalui jalan yang berliku-liku. Lagi pun sememangnya rakyat Kelantan sudah pun selesai menanda tangani perjanjian tiga puluh lapan tahun yang lalu dengan Petronas.

Setelah mendapat kuasa nanti laksanakan sahaja perjanjian itu. Habis cerita. Bagi mendapatkan jalan mudah dan pendek ialah dengan mengenepikan BN dalam pilihanraya nanti, kerana BN lah yang menjadi penghalang kepada wang royalti itu untuk di bayar kepada rakyat dan kerajaan negeri Kelantan.

Masanya hanya tinggal kurang dari tiga bulan sahaja lagi. Tidak perlu menunggu jawatankuasa yang di bentuk oleh Putrajaya itu untuk memutuskannya.Melalui usaha jawatankuasa tuntutan royalti itu lambat hasilnya.Jika kita dapatkan melalui pilihanraya ia akan memakan masa hanya lebih kurang tiga atau empat bulan sahaja lagi.

Tetapi saya seperti menyuluh di tempat yang terang. Rakyat Kelantan lebih faham dari saya.

13 comments:

Wan Shamsudin said...

Salam Pak Aspan;

Apakah Najib sedar atau tidak? Apakah Najib ingat Rakyat Kelantan semuanya buta dan tuli seperti orang orang UMNO yang bodoh, kaki bodek itu?? Nauzubillah....beginilah sikap pemimpin negara yang kita ada..Mungkin mereka semua sudah nyanyuk seperti Mahathir.Sekurangnya Vel Paari lebih waras dari orang orang UMNO.
Kesian tengok mereka yang GILA KUASA ini..Mereka sebenarnya takut kalah di PRU 13 dan tentunya akan dihadap ke muka pengadilan nanti.Sama samalah kita lihat nanti Najib.......Apakah tanah Allah ini benar benar rata untuk kamu sentiasa berjoget dengan Rosmah kamu itu??????

muzium padi gunung kheyang said...

ciri munafiq,
bila berjanji mereka mungkir,
beri amanah mereka khianat
cakap bohong!

itu la umno dan najib.

cakap berdegar-degar,
HAMPEH!

Anonymous said...

Janji mana bolih pakai kerana yang ada perjanjian pun Najib tak tunaikan.Royalti minyak bayar sahaja jadi nak tubuh jawatan kuasa semua kerja karut.Nak buat lebuhraya lantiklah kontraktor utama dari kelantan dan sub kon dan sub sub sub kon juga dari kelantan barulah nampak ikhlasnya.Saya harap rakyat kelantan jangan buang masa ini kaliah bukan sahaja kekalkan DUN tetapi ambil semua parlimen supaya Putrajaya tumbang dan ini lebih senang dan praktikal untuk dapatkan segala hak yang tertunggak....Janganlah terima nyanyi UMNO kerana bila mereka menang lain cerita akan keluar dan rakyat melepas melepas lagi.Tetapkan pendirian ambil apa yang mereka beri tetapi laksanakan ini kalilah...Semua ambil alih Putrajaya..

Anonymous said...

Najib ingat pemimpin & rakyat Kelantan dah terdesak dgn menafikan semua hak Kelantan tapi itulah beruntungnya Kelantan ada pemimpin yg beriman. Ya Allah SWT berikanlah kemenangan kpd pemimpin yg ikhlas tegakkan syiar Islam. Allahu Akbar!

Anonymous said...

Saudara AA dan para blogger

Kalau nak bagi, bagilah royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Janganlah kelirukan mereka dengan wang ehsan pula. Janganlah omong kosong. Sejak masa Mamak Kutty sehingga sekarang, rakyat Kelantan masih diseksa dan dinafikan royalti minyak yang bernilai berbilion ringgit.

Pok Li said...

Rakyat Kelantan sudah kalih (biasa) dengan janji2 UMNO/BN sejak dari dulu lagi. Semasa 12 tahun pemerintahan UMNO/BN dulupun banyak mana sangat pembangunan yang dibuat. Malah sejak PAS mengambil alih kerajaan pada 1990 lagi banyak pembangunan. Semua orang tahu yang Kelantan adalah negeri miskin sebelum minyak ditemui. Kalaulah royalti tidak disekat kerajaan pusat UMNO/BN, Kelantan hari ini mungkin lebih membangun dari kebanyakan negeri2 lain.

Najib tidak akan berjaya menawan Kelantan dengan menabur janji. Pada rakyat Kelantan, isu nya adalah mereka ditekan dan dinafi hak. Lagi ditekan lagi mereka akan bangkit melawan. Itulah hakikat perangai rakyat Kelantan.

Anonymous said...

Selepas GE13, Jika UMNO kalah diperinkat Persekutuan, Mereka ini akan Lari mcm pelarian ditanah sendiri, sepertimana dikatakan oleh Menteri Lembu dan Pencipta (Anak Kecil Main Api).

Bersama dengan Iskander Kutty, so lu tahu apa pasal si orang tua ini sentiasa tidak tutup senang menlihat Pakatan Rakyat mengbara ke Hadapan. Tak payah cakap la, semua orang tahu la.

Tabir.

Qaseh Bonda said...

Betul tuan, rakyat kelantan lebih arif lagi bijaksana kalau tidak masakan tok guru boleh bertahan sampai sekarang.

Bukan saja menjadi MB yang semakin hari semakin disayangi oleh rakyat kelantan bahkan rakyat dinegeri lain pun rasa tunduk dan kasih pada tok guru.

Saki baki dikelantan tu sekadar nak membuka mata hati manusia agar tidak alpa bila diberi kuasa.

Rakyat Kelantan punya semangat kekitaan yang tinggi seperti orang2 cina. Bukan mudah nak beli orang kelantan dengan duit sebab mereka lebih matang soal jual beli,haram halal, berniaga mereka seperti diam2 ubi.Hasil kekayaan dibawa pulang balik kenegeri untuk dikongsi.

Satu2nya negeri macam diMekah, tiba waktu sembahyang, jualan sekadar ditutup tnpa pengawasan manusia. Nak beli kueh pun tidak dilayan bila azan sedang berkumandang.

Bila Tok Guru dan Guan Eng senyum bersama sudah pun digeruni syaitan yang kita kenal.Inikan pula berpadu tenaga. Rosmah pun tak pasal2 bersumpah.

Budak2 U dari Kelantan, diberi upah 200 sorang, bas percuma disediakan untuk pulang mengundi disuatu waktu dahulu.Di akhir penceritaan, Kelantan menang lagi bahkan dapat menambah kerusi.

Sesungguhnya Kelantan memayungi Malaysia tercinta.



KEYANG DOT JANGGUS said...

Allah telah beri minyak kpd Rakyat kelantan.Kerajaan Federal UBN sapu utk mereka.Skrg dah nak dekat musin PRU 13,Najib mula menyanyi..."tolonglah aku...aku berikan royalti jika AMENO menang di kelantan".Tak cukup dg itu Najib kata "berilah satu kali lagi peluang...Apa saja janji Najib Ameeno jangan percaya!"

Kita tinjau di Trengganu.Ramai rakyat miskin tapi apa Rakyat dapat dari Sukan air monson kapal layar? Sukan kapal layar yg tidak berfaedah! Menteri Besar ganu teruskan sukan kapal layar kerana dapat habuan!Idris Jusoh dah sapu.Sekarang Mat Said pula...Royalti minyak 5 % dibayar kpd kerajaan Negeri tapi Ameeno ibarat menahan lukah di pergentingan.

Sabah pula kaya dg hasil bumi tapi negeri di bawah bayu susah kehidupan. Berapa ramai org Sabah mencari kerja di Semenanjung? Ratuan ribuan yg hampir jutaan org Sabah bekerja di Semenanjung.Sudahlah begitu ramai Pendatang Asing yg mendapat Mykad juga telah berhijrah ke Sememenanjung.Royalti minyak Sabah tidak tidak sampai ke Rakyat.Musa Aman menunggu...kaut duit royalti.Musa Aman ada jet sendiri! Musa Aman guna jet peribadinya utk dia berniaga di luar negara.

Sarawak juga negeri kaya tapi kekayaan negeri telah disapu bersih oleh keluarga Taib Mahmud. Taib sendiri mempunyai harta berbillion USD.Duit royalti minyak telah tersimpan dalam akaun bank Taib Mahmud.Rakyat Sarawak hidup dalam kemiskinan.

Cuma ada satu peluang saja.Iniklah lah!Jatuhkan regim Ameeno BN.Selepas ini rakyat Kelantan,Trengganu,Sabah dan sarawak dapat menikmati kehidupan yg lebih mewah.

Keyang Dot Janggus


Shahabudib said...

Salam semua rakyat Kelantan dan Rakyat Malaysia. tidak perlu termakan dgn janji janji Najib dan UMNO/BN. emua itu janji kosong dan mereka mmg suka memperdayakan dengan membohongi rakyat dengan seribu janji..Yang perlu kita buat Undi PR untuk kesejahteraan rajyat dan Negara..

Anonymous said...

Saya bukan anak Kelantan, tapi saya menghargai kematangan rakyat Kelantan, kerena lebih 20 tahun sudah tahu taktik kotor UMNO baru.

Saya sudah meluat melihat keangkuhan YB YB BN, yang terang-terang menipu rakyat.

Kami rakyat Sarawak sudah benci dengan pembolotan harta rakyat yang berjumlah berbilion oleh Pak Tua dengan kroni-kroninya.

Jom, semua anak Sarawak dan Sabah, buangkan penipu-penipu itu ke Laut Cina Selatan. Biar di makan jerung, kerana Jaws di laut sekarang pun ada masalah, mcm kata Kak Pah Z.

Anonymous said...

SALAM SDR ASPAN DAN PENGUNJUNG BLOK'

Saya menyeru kpd rakyat Kelantan yg selama ini memberi sokongan kps PAS dan Keadilan agar tidak MENGUBAH SOKONGAN mereka.
Teruslah sokongan tuan2 kepada parti kita (PR)
Saya yang bukan orang Kelantan dan negeri diperintah oleh dacing merasa tuan2 bertuah diperintah oleh PR ini.
Jika tuan2 berubah;(bak kata orang pantai timur: TOBAK, BN AKAN MENJUAL NEGERI TUAN2' Hanya hegeri tuan2 saja yang maseh belum terjual.Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan dll negeri yg diperintah lama oleh bn semuanya telah tergadai. Janganlah menerima tawaran bn secara membabi buta kerana peluang kita rakyat biasa nakcari makan akan menjadi sempit.
Lihatlah semasa janji2 diberi oleh piem, ingatlah semasa piem menidakkan hak royalti minyak & gas rakyat Kelantan, menidakkan pembangunan negeri Kelantan seolah2 Kelantan bukan negeri dalam Malaysia.
Masih ingatkaH kata2 isteri piem semasa isu beli cincin, dibeli dari wang simpanan, sekarang tak ada, hanya tengok2 je, tak mampu, cuba dengar baik2, bukankah maseh ada nafsu nak menambah koleksi?...
Jika nak dibanding rakyat Kelantan dengan Melayu di negeri2 lain orang Kelantan patut berbanga dengan apa yg dinikmati sekarang baik yg berada dinegeri Kelantan atau pun yg berada diluar.
Saya nampak ramai rakyat Kelantan yang maju dalam perniagaan dan kerjaya dan saya percaya mereka ini selesa dengan kerajaan negeri yg ada. Tuan2 jangan mendengar dan mempercayaai apayag dimainkan olih media yg dikawal oleh kerajaan bn kerana apa yg sebenarnya adalah berlawanan.

SAYA PERCAYA RAKYAT KELANTAN TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN; WANG EHSAN' BANTUAN RM 500.' KAIN PELIKAT/BATIK, BANTUAN SEKOLAH, KERANA WANG RAKYAT KELANTAN YANG DITIDAKKAN ADALAH LEBIH DARI ITU, MUNGKIN JIKA DISALURKAN SEDPERTIMANA PERJANJIAN , RAKYAT KELANTAN HIDUP LEBIH SELESA DARI SEKARANG.

Beribu2 rakyat Malaysia yg hidup daif, hanya makan sekali sehari, nak bergerak perlu belanja yg banyak, tak berharta,(rumah dan simpanan jauh sekali) pendek kata yang makmur adalah anak-beranak, kroni dan gulungan feudal saja.
Setiap projek yang dilaksanakan, puak2 ini akan tetap ada bahagian mereka.
Kos yg sejengkal jadi berdepa2, yg juta jadi beribu juta.

Ayuhlah kita sama-sama berubah dan merubah.

Bagi sokongan yg tidak berbelah bagi kepada PR dalam PRU 13 ini. Hanya ini sahaja cara nak mengajar orang yang kurang cerdik, tamak, berpoya2, bangga diri tidak bertangungjawab, yg sedang memerinta negara sekarang ini.

Jika benar bn memang handal memerintah selama ini MENGAPA SEKARANG MEREKA BERIA2 BENAR BERKEMPEN NAK KEKALKAN KUASA.

MISTI BANYAK PEKARA YG TAK BETUL YG DILAKUKAN. JIKA BENAR KENAPA TAKUT
APABILA PILIHANRAYA TIBA?.

MENGAPA PENJENAYAH, APABILA MELIHAT POLIS MEREKA TAKUT?

MENGAPA PELAKU KESALAHAN AKAN BERCAKAP BERTEMPIK2 UNTUK MEMBENARKAN PERILAKUNYA?

MENGAPA MENTERI YG MENJAGA BAHASA SEHINGGA UMUR TUJUPULUHAN BAHASA MELAYU MASIH BELUM BETUL2?,

MENGAPA DASAR PENDIDIKAN NEGARA MASIH FLIP-FLOP WALAUPUN TELAH 55 TAHUN MERDEKA?.

MENGAPA KITA PERLU MEMBAYAR KENAIKAL TOL WALAUPUN KOS MEMBINA LEBUHRAYA JIKA DIKIRA DENGAN PUNGUTAN TELAH LANGSAI KOSNYA.
KITA TERPAKSA BERSESAK2 WALAUPUN BAYAR TOL?(kERANA KENDERAAN BERTAMBAH BERJUTA2)

KENAPA ANAK2 KITA KENA BERHUTANG UNTUK BELAJAR?.

NEGARA HARUS MENANGUNG HUTANG KERANA KERAJAAN KORUP DAN TIDAK CEKAP?.

Persoalan ini tidak akan habis jika kita rakyat Malaysia terus mwmilih bn untuk memerintah Malaysia.

Berubahlah, bagilah peluang untuk PR memerintah bagi kesejahteraan anakcucu kita, bagi menjamin Malaysia tidak muflis, bagi menjamin rakyat dapat menikmati kemakmuran dan kekayaan negara, hidup dengan selesa dan saksama.

BERUBAH LAH DEMI MASA DEPAN MALAYSIA......

Marilah kita sama2 bersolat hajat mohon padaNya agar kerajaan yang menzalimi rakyat yang ada sekarang di ganti dengan kerajaan yg lebin bertanggungjawab.........myi





Anonymous said...

Tuan Aspan,

Membaca komen-komen diatas, saya terpanggil untuk memberi pandangan dan fakta yang terlepas pandangan oleh semua.

1. Kelantan adalah satu-satunya negeri sebelum Tsunami 2008 yang mempunyai kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS dan UMNO.

PAs memerintah kelantan dalam 2 era: 1959- 1978 dan 1990- hingga kini.kesemuanya lebih kurang 32 tahun.

UMNO telah memerintah kelantan 1978- 1990, selama 12 tahun.

2. Rakyat Kelantan hanya satu-satunya rakyat di Malaysia ini yang berani membuat perubahan apabila keadaan terdesak dengan MENJATUHKAN KERAJAAN PAS ATAU UMNO DALAM PRU!

PAS DAN UMNO, KEDUA-DIANYA DIJATUHKAN OLEH RAKYAT KELANTAN APABILA TELAH MENYELEWENG MANDAT RAKYAT!

JADI JANGAN SEKALI-KALI KATA RAKYAT KELANTAN TAKSUB DAN BODOH!

MANA ADA RAKYAT NEGERI LAIN YANG SEBERANI RAKYAT KELANTAN DALAM MENGHUKUM PEMIMPIN YANG MENYELEWENG DARI MANDAT RAKYAT!

nak harap rakyat negeri kampongman untuk menentang penyelewengan? jangan harap le...negeri dia pun kena jual dengan mamak belukang di zaman dulu

zack