19 January 2013

Mahathir terpaksa mengaku salah

Semakin hari semakin panas suhu politik di negara yang dikatakan pimpinan utama kita akan menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi. Entah apa kemajuan yang kita akan capai tidak pula kita ketahui. Tetapi apa yang kita lihat, kita semakin hari semakin ke belakang dan tidak maju ke hadapan. Isu bertambah rumit dan besar, dan semua isu ini berkait dengan tingkah laku dan salah gunakuasa oleh pucuk pimpinan negara dan UMNO.

Deepak pula memberikan reaksi marah-marah apabila Najib memperlekehkan tuduhannya (Deepak) terhadap terhadap Perdana Menteri yang ‘controversial’ itu. Deepak berjanji akan mengeluarkan lagi banyak isu yang belum diketahui umum yang  berkaitan dengan Najib suami isteri itu. Walau sebesar mana pun pawang dan dukun digunakan oleh Rosmah, isu terhadap mereka yang tinggal di Sri Perdana itu tetap datang bertalu-talu.

Nampaknya satu demi satu perkara yang disorokkan oleh pucuk pimpinan sejak tiga puluh tahun dahulu mula keluar dan ia memeranjatkan kepada setengah pihak. Tetapi tidak pula memeranjatkan kepada setengah pihak yang telah melihat dengan dekat perubahan nilai dalam UMNO dan kepimpinannya sejak dari masa itu.

Isu yang terakhir ialah berhubung dengan Suruhanjaya Pendatang Asing (RCI) Sabah yang telah di tubuhkan oleh kerajaan. Akhirnya Dr Mahathir mengakui yang beliau lah yang terlibat dan membenarkan pemberian kad pengenalan dan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah dahulu.

Dalam pada beliau mengakui kerja yang tidak baik itu, Mahathir cuba mencari tempat sandaran untuk meringankan perasaan bersalah beliau dengan membabitkan Tunku Abdul Rahman Putra yang pada kononnya telah memberikan sejuta orang Cina taraf kerakyatan semasa sebelum kita mencapai kemerdekaan dahulu.

Ternyata Mahathir ini semakin hari semakin kusut pemikirannya kerana tidak lagi dapat melihat isu ini dari perspektif yang betul. Sekarang baru kita sedar kenapa beliau (Mahathir) tidak menyokong penubuhan RCI ini kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap isu pendatang asing di Sabah dahulu.

Membabitkan nama Bapa Kemerdekaan negara oleh Dr Mahathir ini amat memalukan bagi kita yang mendengarnya. Jawapan beliau tidak melambangkan yang beliau seorang yang jujur. Memang benar lah pandangan setengah pihak, Mahathir ini tidak boleh berjalan dengan betul diatas jalan yang lurus.

Tunku Abdul Rahman telah memberikan kerakyatan kepada orang Cina dahulu kerana ia merupakan pra-syarat bagi negara mencari jalan untuk pencapaian kemerdekaan. Pemberian kerakyatan itu juga di berikan kepada kaum India yang datang dari India yang bekerja di ladang-ladang getah semasa kita dalam tadbiran penjajahan dahulu.

Bagaimana Dr Mahathir boleh tergamak membabitkan Tunku dalam hal ini dan menyamakan keadaan semasa itu dengan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Menyamakan beliau dengan Tunku Abdul Rahman serupa lah menyamakan buah epal dengan buah sukun atau buah bacang. Pemberian kerakyatan kepada pendatang semasa itu adalah syarat yang telah di tetapkan oleh British bagi mencapai kemerdekaan untuk negara semasa itu. Setelah semua kaum bersatu maka Tunku dan rombongan untuk mencapai kemerdekaan itu terdiri dari rakyat Malaya yang berbilang kaum itu..

Pemberian kerakyatan itu adalah untuk membina sebuah negara baru yang merdeka. Di sebaliknya Dr Mahathir memberikan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah itu adalah untuk meruntuhkan negara. Kad pengenalan yang di berikan kepada pendatang asing di Sabah itu ialah untuk memenangkan parti kerajaan yang sudah lemah dan ia meruntuhkan sistem demokrasi negara ini.

Dr Mahathir tidak dapat membezakan diantara belacan dengan cencaluk. Apa pun, kenyataan Dr Mahathir itu membuktikan tuduhan banyak pihak yang Mahathir akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihanraya semata-mata. Ada di antara mereka yang berpengaruh dalam negara ini memberikan pendapat apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ini merupakan satu tindakan ‘treason’ yang amat serius. Mereka berpendapat Mahathir perlu di siasat tentang kesetiaannya terhadap negara ini.

Jelas sekarang Mahathir tidak boleh lari dari segala kesalahan beliau terhadap orang Sabah yang asal. Dengan pemberian kad-kad pengenalan kepada rakyat asing semata-mata kerana hendak menjaga kepentingan politik kepartian itu, sememangnya satu tindakan yang ‘treason’ yang sangat besar. Kita berharap RCI yang masih dalam peringkat penyiasatan itu, akan melaksanakan tugas dengan jujur dan baik untuk kepentingan Sabah khususnya dan negara amnya. Kita berharap Suruhanjaya itu akan membuat cadangan tindakan terhadap pelaku kesalahan ini tanpa memilih bulu.

Bagi saya , apa yang saya idamkan bersama dengan ramai yang lain ialah, sebuah negara demokrasi yang benar-benar jujur dan tidak menyelewengkan asas demokrasi itu secara sengaja semata-mata kerana kuasa. Rakyat mengharapkan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi dan cara untuk membina keyakinan rakyat kita.

Saya berharap Pakatan Rakyat akan mampu melakukan perubahan itu.

24 comments:

Anonymous said...

sdr aspan, kami orang sabah sahaja yang tahu penderitaan kami setiap hari yang terpaksa berhadapan dengan PATI berIC original ini. Mereka sangat berbeza dari segi budaya, tatsusila dan bahasanya. Mereka sangat kasar mungkin kerana hidup mereka terdesak dan suka mencuri secara sah peluang2 rakyat tempatan seperti hak tanah dan sebagainya.Pergi sahaja ke beberapa daerah di Sabah dimana tanah2 nya diberi kepada PATI Indonesia dan ada pula sebuah kampung diwujudkan diKinabatangan yang diberi nama KG. PARIS. Semua orang tersenyum kerana nama Kampung ini.Tanya Datuk Bung banyak pengundinya disana. PARIS ini bukan bermaksud PARIS di Eropah tu tetapi singkatan kepada Persatuan Anak Rantau Indonesia Sabah.Nampak tak sekarang, macam mana seriusnya kedaulatan negara ini tercalar dan nama KG.Paris ini diterima oleh pentadbiran daerah pula. sangat sedih bila segalanya bermula dengan kepentingan politik tanpa mengira kesan negatif yang sebegitu banyak di negeri Sabah ini.Percayalah kelak semua orang PATI dan keturunannya akan dianggap bangsa Melayu dan berhijrah ke Semenanjung Malaysia.Nampak tak sekali lagi, bukan rakyat Sabah sahaja yang merasakan tergugat tetapi orang2 Semenanjung juga sama kerana mereka ini telah menjadi bangsa MELAYU secara sekelip mata. Kita lihat sahaja sama ada kata2 saya benar atau sebaliknya.

qaseh bonda said...

Mahathir macam lagu p mai pi mai tang tu, kaki naik kematu. Pi mai mai tang tu tongkat dagu gigit kuku.

Lagi banyak dia cakap lagi banyak merapu maa...

Alahai tok det, orang umno pun naik meluat dah. Silap2 anak tok pun kalah.

Tak fahamlah kalau melayu dok sokong lagi keturunan dia naik takhta.

Bahaya uols...

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya tidak bersetuju bila Tun M mengaitkan Tunku dalam isu ini. Ianya satu perkara yg berlainan. Jus Soli ini sudah dipersetujui oleh pemimpin kita pada masa itu. Walaupun saya pada dasarnya tidak bersetuju dengan penganugerahan kerakyatan melalui Jus Soli ini namun ianya akan saya hormati dan patuhi. Sudah takdir saya mempunyai pemimpin yang lembut hati dan tidak berfahaman seperti sultan Brunei mahu pun pemimpin Myanmar dlm isu Rohingya.

Saya juga tidak bersetuju apabila tuan dan Tun M menggunakan istilah 'pendatang asing' ini. Ber peri kemanusiaan lah bila menggelarkan orang. Cina dan India yg Tun gelar pendatang asing itu dibawa ke Tanah melayu oleh British yg juga sahabat karib org Melayu (UMNO?) untuk membangunkan Tanah Melayu manakala pendatang asing yg tuan maksudkan itu adalah segolongan orang yang seagama dengan saya yg berbicara dalam bahasa bangsa saya (melayu) dan telah lama menetap di Sabah. Biarlah RCI ini berjalan hingga selesai. Istilah pendatang asing ini hanyalah timbul bila dipopularkan/manipulasi oleh ahli politik.

Apabila tuan menghentam Tun M setelah mendengar keterangan awal di RCI ini maka saya juga ingin melihat pandangan tuan bila nama DSAI dilibatkan nanti. Berdasarkan kenyataan YB Azmin, saya yakin nama DSAI akan timbul nanti. DSAI ini Putera Mahkota sepanjang Tun M menjadi Raja.

Anonymous said...

Sdr Aspan serta pembaca yang prihatin,

Lama sebelum prosiding RCI Sabah, isu pemberian ic kepada pendatang asing di negeri bawah bayu ini berkali sudah dibangkitkan. Dan selama isu ini diperkatakan itu, Mahathir seperti kebiasaannya memberi jawapan dia tidak tahu menahu perkara itu.

Sebaik prosiding RCI berlangsung walau pun beberapa hari saja, segala pekung dan sopak Mahathir tertelanjang sudah. Tidak ada jalan lain untuk Mahathir mengelakkan diri melainkan cuba menghalalkan salah guna kuasa yang beliau lakukan itu menyamai apa yang Tunku Abdul Rahman lakukan dulu...memberi kerakyatan kepada jutaan kaum China dan India di era sebelum merdeka.

Gila babi kah Mahathir ini atau beliau mahu menggila babi kan rakyat Malaysia sama seperti dirinya ?

Apa yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman adalah sesuatu yang umum telah lama ketahui, disedari dan diterima oleh semua warga MAlaysia termasuk kaum Melayu sendiri secara kolektif. Tunku tidak melakukannya secara diam diam berbanding perbuatan petualang bernama Mahathir yang " membaling batu sembunyi tangan ". Apa perlunya Mahathir menggealpakan tindakan beliau selama ini dari pengetahuan rakyat Malaysia kalau apa yang beliau lakukan dan yakin itu suatu yang legal dan sah? Kenapa pula selama ini tidak pernah mengakui perbuatannya itu?. Ini saja cukup untuk membuktikan bahawa Mahathir sedar apa yang beliau lakukan itu merupakan satu kesalahan besar!

Mahathir secara jelas telah menyalahgunakan kuasanya. Malah kesalahan menganugerahkan kerakyatan kepada warga asing secara mudah malah secara tersembunyi ini adalah satu pengkhianatan dan penderhakaan sangat besar kepada negara Malaysia serta YDP Agung serta Raja Raja Melayu. Atas apa pun alasan yang Mahathir lakukan beliau telah dibuktikan menggadai keselamatan negara kepada pihak yang luar. Mahathir dan aparatnya adalah pengkhianat negara dan mereka mereka ini harus dikenakan hukuman setimpal.

Saya menyeru Agung dan Raja Raja Melayu melihat isu ini secara serius. Kalaulah Anwar Ibrahim dalam isu berkait tuduhan fitnah liwat 1 pernah dituduh campur tangan dalam siasatan polis dan salah guna kuasa yang membawa beliau kepada hukuman penjara bertahun, apakah manusia bernama Mahathir dan kuncu kuncunya yang secara nyata melakukan pengkhianatan begitu besar terhadap bangsa dan negara layak dibiarkan begitu saja ?.

Ini adalah masanya untuk mengheret petualang petualang bangsa dan negara ini ke muka keadilan dan perbicaraan segera harus dijalankan. Jika kerajaan sedia ada ini gagal mengambil tindakan sewajarnya, maka rakyat secara aggregat harus bangun mendesak dan melawan agar kerajaaan yang lebih bertanggungjawab dapat dberi laluan untuk melaksanakan tugas tugas ini.

Lihatlah kebelakang tentang riwayat dan warna warna kehidupan manusia bernama Mahanthir ini. Melayu keturunan Kerala ini tidak pernah untuk mengaku dan menyalahkan diri sendiri melainkan segala kesalahan dan honar yang berpunca dari beliau, semuanya mahu dipindahkan ke pihak atau pemimpin lain. Dan dalam isu RCI ini sekali lagi Mahathir cuba melakukan " twist " menyalahkan almarhum Tunku Abdul Rahman.

Memang celaka dan dajal manusia ini !

Secara peribadi saya merasakan Mahathir ini tidak layak lagi digelar negarawan dan tidak perlu lagi dipuja dan disanjung mahu pun dihormati. Manusia ini sebaliknya harus segera dihumban ke jerejak besi sebaik pendakwaan dan tindakan undang undang dilakukan oleh pihak berkuasa. Dan untuk menjamin kelicinan proses perbicaraan ini, hanya sebuah kerajaan yang telus dan berpaksi kepada kebenaran harus segera dibentuk. Dan tentunya kerajaan sekarang yang dinaungi UMNO BN bukanlah kerajaan yang boleh kita harap untuk laksanakan pengadilan ini.

Untuk itu laluan bagi PR ke Putrajaya harus dubuka seluas luasnya dalam GE 13 nanti.

Buat Mahathir Bin Mohamad, bekas PM Malaysia..saya serta majoriti rakyat Malaysia yang prihatin, kami akan pastikan anda tidak mampu meloloskan diri. Anda akan kami buru hatta ke lubang cacing sekali pun samada hidup atau mati! Petualang seperti anda harus dihukum sewajarnya.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Jeffrey Kitingan has called for the suspension of the forthcoming 13th General Election

Anonymous said...

He is minimising his act of ' treason ' and disgrace by blaming on Tunku who could not defend himself.

He, and many more, had betrayed people trust and country with security is significantly affected till today - one cannot use 'following order' as an excuse/defend.

Anonymous said...

Saudara AA dan para blogger

Si Mamak ni telah lama memperdayakan kaum Melayu dan kini beliau tahu bahawa strategi yang paling senang dipakai apabila segala kaedah lain telah gagal ialah 'Saya telah lupa atau nyanyuk.'

ulitmayang said...

hukum alam , sejarah kewujudan alam ini , peristiwa2 lampau ,,,,,,,,,,ia selalu nya tidak pernah mungkir

sbb tu disebut belajar dari pengalaman & sejarah

umno sudah sampai ke fasa seterusnya ,,,,walaupun sukar utk diterima , payah utk dinafikan ,,,,kita semua sdg menyaksikan ,,,,bakal melihat nya dgn mata & kepala sdn

,,,,,,,,,,,dalam masa terdekat ini , ialah menjelang bebarapa bulan yg mendatang

,,,,,,,,,,,tabie nya alam mcm tu lah

,,,,, sbb tu Allah swt menyarankan supaya menggunakan semua pancaindera yg ada , 7 semua nya , mata , telinga , kaki , tangan dll

,,,,,,,lihat lah , dengar lah , saksikan lah , alaminya lah

,,,,,,,,,,,,, umno , yg begitu 'gah' suatu ketika dulu

,,,,,,sama sifatnya mcm manusia , gagah perkara ketika usia muda

,,,,,,,menjelang 50 , 60 , 70 tahun ,,,,mana lagi ada kekuatan ?

,,,,,,satu persatu Tuhan menarik nya , mata dah jadi rabun , telinga semakin pekak , lidah sudah bisu beransur2

,,,,,,pendek kata begitu juga lah dgn umno

,,,,,,, dimana lagi 'kekuatan' yg dikatakan dipunyai oleh nya suatu ketika dulu ???

ya,,,,menjelang pru13 [ sehabis lewat pun pru14 ] ,,,,semacam Qada & Qadar Allah sudah dpt dibaca , ditelaah ,,,,,sgt hampir

,,,,,ngeri bagi sekalian pimpinan , ahli & pendokongnya

,,,,,, semua nya jadi tidak siuman ,,,merayu , meracau ,,,,,bagai org gila lagak nya

- selamat tinggal umno
- selamat tinggal sayang

accudo said...

Salam sejahtera...

Satu lagi bukti pengkhianatan pemimpin Umno BN kepada negara

Labuemas said...

Sebenarnya tidak ada yg baik sangat dlm siasatan. Rci itu malah ianya boleh memberi masalah kpd negara ini wpun pr brjaya memerintah negara selepas pru ke 13.mungkin pr akan berpuashati dgn menjatuh kerajaan bn tp ketika itu keadaan sudah mrubah kan iklim politik negara.mampukah pr menghalau warga asing yg tlh mdpt taraf wn.adakah selepas ini pr akan turut mengguna pengundi wna sbgjaminan utk terus kekelsbg pemerintah.kita lihat sj nanti..

Unknown said...

Tun det tun det...awat la yg tun det pi buat lagu tu...kuasa sehebat mana pun akhiaqnya tuhan ambek balik...dah hujung usia ni tun det tobat tobat lah...tun det tak kesian ka kat cucu cicit kita...esok esok depa tau semua cerita ni depa pi kencin ataeh kuboq tun det naya...

Anonymous said...

Sdr Labuemas,

Anda cuma membuat andaian dan ramalan saja. Sedangkan realitinya penyebab kepada masalah ini adalah Mahathir dan parti UMNO BN. Fakta ini tak usahlah anda cuba nafikan.

Peliknya kerana anda menganggap RCI ini tidak bagus walhal kerana RCI inilah akhirnya Mahathir terpaksa akui " kerja pertualang " yang be;iau serta barua baruanya lakukan. Malah sebelum ini Mahathir tidak pernah mengakui penglibatan beliau. Kalau tidak kerana RCI ini..selamanya Mahathir dapat menutup sopak dan kurap di tubuhnya itu.

Soal warga yang telah mendapat kerakyatan " instant mee " dari Mahathir itu, saya tidak fikir pimpinan PR termasuk Anwar Ibrahim terlalu bodoh dan dungu untuk atasi masalah ini. Tak perlulah anda cuba membuat persepsi yang negatif tentang perkara ini.

Barangkali difikiran anda..pimpinan PR ini mungkin bodoh..tetapi apa yang sudah warga Malaysia hari ini lihat, manusia secerdik dan sepandai Mahathir pun sanggup menggadai negara dan kaum Melayu amnya dengan memberikan hak yang sama kepada pendatang yang tidak layak. Adakah majoriti kaum Melayu jauh lebih baik dari kaum lain selama pemimpin2 UMNO BN yang dikatakan pandai dan bijak ini berkuasa lebih 50 tahun di Malaysia ?.

Bijak dan pintar saja sebenarnya tidak mencukupi kalau iman dalam diri cuma sehalus abuk dan debu. Manusia manusia begini tidak akan banyak membantu sesama manusia malah cenderung menyebabkan kerosakan di dunia ini.

Drp: labusayong

Anonymous said...

Kita semua akan dihukum olih Allah sebab kita semua diam apabila kejadian ini berlaku. Apa pula kita telah terus menundi Barisan.

Keyang dot said...

Mahathir ingat dg gelarkan TUN dan juga kpd isterinya maka tiada undang-undang di Malaysia boleh membicarakannya.Dg TUN itu dia ada immunity.Skrg kita dah tahu knp Mahathir tergila-gilakan Nak TUN.Tun tidak ada apa-apa!.Cuma gelaran sj.Salah tetap salah!Mahathir lupa bila seseorang ditalkinkan, gelaran TUN tidak lagi diguna pakai.

Sebenarnya Mahathir-Megat Junid-Aziz Samsuddin, semuanya terlibat dg MYKAD di negara ini.Bagi orang-orang India,mereka memanggil Mahathir dg panggilan Madeiyy.Mahathir memang alergic dg panggilan Madeiyy..

Madeiyy mr 20 % dari direct nego projt telah mengumpul kekayaan USD 44 Billion.Madeiyy telah salah guna kuasa memberi arahan kpd Petronas.Petronas supply minyak kpd syarikat anaknya Mokzani.Mokzani pula jual minyak kpd MAS.

Madeiyy dan Ananda Krishnan telah monopoli penjualan minyak sama ada xport atau import.Bukan itu saja ASTRO sj, Madeiyy mengaut keuntungan yg banyak.APA YG MAHATHIR BUAT UTK MELAYU? Apa pun tak ada!.Dia cuma tahu mengungkit bukan-bukan.Mahathir lupa itu bukan duit bapa dia atau duit dia! Itu adalah duit pembayar cukai!

MAHATHIR MESTI DIBICARAKAN !


Keyang Dot

Anonymous said...

Was Mahathir's Grandfather/Father also included in the one million citizenship given to pendatang from India and China?

Born before Meredeka.

Orang Lama said...

Labu emas ni apa yang dia tau dah pancacai UMno gok haramjadah apa lagi eh.....ABU

Anonymous said...

Wahai Labuemas,

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud; Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup iaitu untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. - Surah al-Mulk, ayat 2.

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW.

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Tun Mahathir sudah pun banyak berkata. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama.

Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan?

Sebutkan apakah yang PR lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam? Jika tidak ada, maka untuk apa PR dilawan?

Alangkah baiknya kebijaksanaan mu digunakan untuk Islam? Nasihat saya kepada mu, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak mu dan rakan-rakan sealiran dengan mu yang sedang membaca agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : "Ya Allah, aku telah menyampaikan.."

nick said...

Pak,

Hal pembelotan dan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh mahathir dan kuncu2nya (yang dipersetujui oleh BN dan UMNO Baru khususnya) merupakan satu dalil terkuat untuk umat islam dan orang melayu menolak UMNO Baru dan BN di dalam pilihanraya akan datang. Sebagai umat islam, kita tidak lagi boleh mengaku beriman kpd Allah dan rasulnya tetapi dalam masa yang sama bersekongkol dalam melakukan pengkhianatan terhadap agama, bangsa dan negara (dengan mendiamkan diri terhadap jenayah Mahathir dan menambahkan lagi dosa dengan membenarkan UMNO Baru dan BN terus berkuasa dan beraja di hati melalui undi kita kepada mereka).

Mengundi UMNO Baru dan BN jelas merupakan satu jenayah kepada bangsa dan negara apatah lagi kepada agama islam. Adakah orang melayu beragama islam dan bertuhankan Allah dan berasulkan Nabi Muhammad SAW atau orang melayu bertuhankan parti politik dan berrasulkan Presiden parti? Tepuk dada tanyalah iman! Kepada mereka2 yang berkeyakinan bahawa mahathir, najib dan muhyiddin adalah wali2 Allah, tiada yang dapat diucapkan selain rujuklah semula Alquran dan hadis serta carilah guru2 dan ustaz yang muktabar untuk dijadikan tempat rujukan.

Nick.

Anonymous said...

Mari Mari mari kedai IC 1 Malaysia dibuka francisenya.untung banyak. Deposit tak payah.Lesen under table.Mari mari mari.kursus dan bantuan kewangan disediakan.

Anonymous said...

bapa kepada toon m pun salah seorang daripada sejuta orang Yang menerima kerakyatan negara sebelum kemerdekaan.sebab ialah mereka pun bukan Bumi sebaliknya datang dari Kerala,India.

Anonymous said...

Hairan..
Tiada seorang pun dalam umno berani membidas mahathir..walhal perkara yang dilakukan adalah begitu terkutuk dan keji..singapore memberi kerakyatan pada pakar,pemegang phd,dan profesional untuk menjadi aset dan pemangkin kemajuan pada negara mereka..mahathir pula memberi kerakyatan kepada golongan PATI yang dhaif,tidak berpelajaran dan mudah dicucuk hidung..ntah apa latar belakang jenayah mereka..90an jumlah mereka 200k,x mustahil kini jumlah mereka 2juta yang bercambah diseluruh negara dipelbagai sektor merebut peluang ekonomi,tanah,subsidi yang semakin terhad di negara ini..

Saya dengan rendah diri memohon Raja2 dan Sultan di tanah melayu agar mengguna kan kuasa bagi menghukum petualang dan pengkhianatan oleh mahather ini

Bekas Umno

burn said...

"m" ego is too big!
to others, they're wrong. but to him, he's always right! have meet a few of this kind, and will always blamed others first rather than themselves. it is of no point arguing with this sort of ppl, they will never listen nor willing to accept the wrongs!

salam...

Anonymous said...

Sdr Aspan,
Jelaslah bahawa selama ini Sabah telah diperintah oleh Illegal Government. Oleh itu, segalanya adalah illegal.pampasan harus dibayar kepada pemimpin yang layak kerana ditipu melalui projek IC palsu ini. segala dasar yang digubah semasa Illegal Government ini berkuasa adalah Null and Void. Jika BN menang lagi, semua pendengaran RCI akan masuk dalam tong sampah sahaja.Oleh itu semua rakyat Persekutuan Malaysia, sila ingat, mengundi UMNO/BN samalah mengundi PATI. PATI adalah UMNO/BN dan UMNO/BN adalah PATI.Saya cadangkan agar kain rentang mengenai pekara ini dijadikan modal penting dalam pilihanraya akan datang. Mereka yang terlibat dengan jalan salah memberi IC kepada PATI dan menjadikan mereka MELAYU adalah Pengkhianat Bangsa.

Anonymous said...

RCI Sabah sepatutnya sekarang diekori segera dgn RCI Semenanjung utk mengesan dalang dalang pengundi palsu dalam pendaftaran SPR sebelum PRU 13 diadakan.