Himpunan kebangkitan Rakyat esok
akan diadakan di Stadium Merdeka dan dijangkakan ratusan ribu rakyat akan
berhimpun untuk menuntut lapan perkara seperti yang dituntut oleh Bersih 3.0
dahulu. Saya berharap perhimpunan itu akan berjalan lancar dan menepati sasaran
untuk Pakatan Rakyat. Sesiapa pun faham yang akan datang esok itu semuanya
mahukan perhimpunan itu berjalan dengan aman dan damai seperti juga dengan niat
mereka berhimpun semasa Bersih 3.0 dahulu.
Tetapi perhimpunan itu juga
menjadi perkara yang memudahkan pihak kerajaan menuduh perhimpunan itu untuk
membuat kacau dan kejadian perkara yang tidak diingini berlaku. Apa yang kita
harapkan pihak polis atau agen ‘provocateurs’ tidak melakukan perkara yang tidak baik
semata-mata untuk menunjukan yang perkara tidak baik itu dilakukan oleh
penunjuk-penunjuk perasaan itu.
Bagi pihak media perdana pula
seperti TV3 dan saluran TV yang lain menyiarkan bantahan yang sengaja diada-adakan untuk menyerongkan pandangan orang ramai terhadap pihak Pakatan dalam
usaha murni untuk menuntut satu pilihanraya yang bersih daripada penipuan dan
sebagainya. Tidak payahlah menyiarkan pandangan yang di‘stage managed’
kononnya mereka telah kehilangan dan kerugian beribu-ribu ringgit dalam
perniagaan mereka.
Tidak ada yang rugi kecuali
sebahagian kecil sahaja yang mengalami kerugian dalam perhimpunan itu. Malahan
lebih ramai yang telah mendapat keuntungan kerana jualan mereka meningkat
kerana kehadiran ratusan ribu orang yang datang dari seluruh negara. Malahan
kita sepatutnya mengambil perhimpunan ini secara ‘positive’ kerana matlamat
perhimpunan ini juga adalah untuk mengelakan wang rakyat yang hilang dalam
jumlah berbillion ringgit yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan hari
ini.
Mereka yang ramai ini hanya
hendak membuat tuntutan mereka untuk diadakan pilihanraya dengan telus seperti
yang diadakan di negera-negara demokrasi yang maju di seluruh negara. Rakyat
mana yang hendakan kekecohan? Hanya
mereka yang suntuk fikiran dalam kerajaan sahaja yang berfikir mereka yang membuat
rally ini untuk melakukan kejahatan.
Rally ini tidak sepatutnya
berlaku jika rakyat berpuas hati dengan cara perjalanan pilihanraya dilakukan. Apabila
rakyat berfikir yang kemenangan BN itu merupakan kemenangan yang tidak
‘legitimate’ maka kerajaan yang mentadbir kita itu tidak akan mendapat
penghormatan dari rakyat yang akhirnya akan wujud perasaan tidak menyenangkan
di dalam negara.
Sebagai sebuah negara demokrasi
kita telah nampak yang BN tidak mampu untuk belajar perkara yang kecil, iaitu
menghormati etika pilihanraya dengan kadar yang baik dan munasabah mengikut
taraf demokrasi yang sebenarnya.
Akhirnya saya berdoa agar
perhimpunan ini tidak diambil kesempatan oleh mereka yang ingin menunjukan
yang Pakatan Rakyatlah yang melakukan kesalahan dan pelanggaran undang-undang
itu. Selamat berhimpun agar apa yang
kita tuntut itu akan dapat dipenuhi oleh pihak yang berwajib.
12 comments:
Saya terpanggil untuk menulis satu coretan ringkas, "Bertongkat Paruh Ku Pergi Jua' dalam abuhassanadam.blogspot.com
May Allah Protects All “HKR 112” Participants
Allah, dunia dan alam semesta akan menjadi saksi perhimpunan aman HKR112. “JANGANLAH KHUATIR”. Sejarah akan bermula dan terlepaslah peluang keemasan sekiranya rakyat yang cintakan keadilan tidak menyertainya dan bangun bersama utk dirinya, famili dan generasi akan datang. Kekuatan sesebuah negara terletak diatas semangat dan perpaduan rakyatnya, bukan kerajaan atau kekuatan tenteranya. Ia akan menjadi satu titik sejarah dimana rakyat yg bencikan penipuan dan penindasan telah berani keluar dari tempurung2 mereka menerokai ke satu era baru. Marilah kita bersama turut berdoa kepada Allah agar sebuah masyarakat madani yg lebih cemerlang utk kemajuan rakyatnya di dunia dan akhirat bertapak di Msia akhirnya.
~~~
God, the world & the whole universe will witness the HKR 112. “SO FEAR NOT”. History is now knocking at the door and a wasted opportunity if Msians, who hate injustice, deception and the oppressors ,do not rise to the occasion & stand up for themselves, families & future generation! The will of a nation is the will of its people & that is the strength of the nation, not its army or its government. It will mark the day when Msians finally come out of their shells, of age & into the new era. Let us also pray to God for the age of civil society 'Of The Rakyat' finally dawns in Malaysia !!!
~~~
Kita berdoa ke hadrat Allah semuga tidak ada provokasi dari Pekida, Perkasa, UMNO,NGO dan Polis mengambil kesempatan atas Himpunan Kebangkitan Rakyat pada besok hari 12/1/13.Di harap semuanya berjalan lancar.
Kodiang
Mahathir paling tak suka himpunan macam ni.
Sir,
Malaysians' minds are conditioned to be cowards!
Malaysians are still lulled by a false sense of security, not understanding that the carpet will be pulled out from under their feet anytime, at any moment.
Are Malaysians creative and smarter? Not really. Malaysians can be paper smart, but that did not preclude them from bebalism.
Malaysia is actually a nation of cowards.
Even when they know something is wrong with the system, they just sit and moan. They have been since 1957 and until they understand even a minutiae of what is happening in the world today and take a hard look at where they are, they will always be one.
Malaysians are cowards!
Sir, do not blame the government officials and the enforcement for their abuse of power which is bringing the country down on its knees. They do it because they know very well the phsyci of the rakyat. They know the rakyat are too comfortable in their niche and too lethargic to take any actions, to come together in tens or hundreds of thousands to protest. They also understand that Malaysians appreciate the bowl of rice they eat today too much to jeorpadize it.
Malaysians are actually foolish. They are more eager to protect the supply of rice to put on their table for today, that they ignore that a corrupt goverment will end their lifetime supply sooner than later.
SAUDARA ASPAN,
"Sebagai sebuah negara demokrasi kita telah nampak yang BN tidak mampu untuk belajar perkara yang kecil, iaitu menghormati etika pilihanraya dengan kadar yang baik dan munasabah mengikut taraf demokrasi yang sebenarnya".
Mungkin pilihan raya parti tempuh hari bolih menjadi model untuk BN belajar etika yang saudara sebut.
salam sejahtera!
Sedarkah yang kami rakyat Malaysia bukan makan rumput. Jadi kami kalau kami kurang ajar kamu UMNO yang jadi cikgunya.
Turun semua. Dalam perjalanan menuju perjuangan untuk anak cucu.
mak wa
Tuan Aspan,
Malaysians are not only cowards but are also a bunch of idiots.
When the government raised the fuel price, the whole country made a big noise. The rakyat was given to understand that fuel price will go up whenever there is a rising costs of producing and selling petroleum in the world.
BN knows what is best for the people. BN is right in comparing fuel price in Malaysia with Singapore and Thailand. Actually, both countries are not even oil producers.
Singapore and Thailand just buying while service cost in oil producing countries is increasing. So, fuel price in Malaysia should also be raised.
As for the salary in Singapore, do you know that a toilet cleaner there earns RM2,500.00 per month? In Malaysia, only PTD officers and professionals earn that much!
Does the rakyat knows that one third of a person’s salary in Britain is enough to buy a computer? While here in Malaysia, most Malaysians need three months salary to buy a computer!
If you were to travel from Bukit Kayu Hitam to Kuala Lumpur, the toll rate is RM60.00 one way. Whereas if you travel from Danok Thailand to Pengkalan Kubor, like most Kelantan users, they can travel along the highway for free!
In Thailand, only one time payment needed for driving license. Why in Malaysia, we need to pay every year for our driving license?
Are you surprised that there are indeed such stupid Malaysians still exist? They are the ones who continue to support the ruling party and defend its policies, including its numerous flip-flops. They are the ones who will vote for that party at the next general election and say it is better to go with the devil they know than the devil they don’t know.
They are the ones who don’t know they are being fooled. They might even be people who know they are being fooled, but still choose to go with the devil who is fooling them. Needless to say, the ones who know they are being fooled and still continue to support the party are even more stupid.
They will continue to be stupid if they believe that the Peaceful Assembly Bill is a step forward, guarantees more freedom, and will lead to Malaysia being “the best democracy”!
Aku harap aspan tunjuk muka kat stadium
Majoriti yg pergi melayu je, yg makin kaya bangsa lain. dr zaman dulu lagi mcm ni. Komen sikit Pak Aspan dimana silapnya?
Anon 15:11:00 GMT+08:00,
Sdra terlupa ke....yang dok menangkan calon-calon MCA dan MIC dalam 12 PRU selama ini adalah melayu jenis sdra le. Kalau ada calon melayu yang bertanding, orang macam sdra masih dok menangkan calon MCA dan MIC.
Antara mereka yang pergi untuk menuntut pilihanraya bersih dll dengan orang melayu seperti sdra - sape yang lebih terok?
Mat Perai
@Anon 12 January 2013 15:11:00 GMT+08:00
Nampaknya ada lagi yang suka memandang segala benda dari sudut ras. Tak kisahlah kalau perhimpunan tu ada pelbagai kaum datang berhimpun bersama - kena pastikan ia betul-betul seimbang dari segi ras - 60 %, 25%, 10 % dan 5% lain-lain.
Komen sikit, betulkah yang miskin dan susah hanya Melayu dan yang kaya hanya yang cina?
/sarkastik
-jenny
Post a Comment