17 August 2013

Anwar dan Mahathir : kedua-duanya sama, sebab itu tidak sehayun dan selenggang (bhg akhir)

Dalam politik, hari ini berkawan hari esok bermusuhan. Begitulah juga disebaliknya. Perselisihan diantara Mahathir dengan Anwar merupakan insiden yang tidak mengejutkan kerana diantara mereka tidak ada kesetiaan walaupun bekerjasma dalam satu jemaah yang mentadbir kerajaan. Masing-masing bekerjasama kerana kepentingan politik yang sangat besar nikmatnya dan masing-masing meninjau kesempatan di setiap masa untuk mendapatkan kepentingan dan keuntungan untuk diri masing-masing.

Dr Mahathir memilih Anwar sebagai rakan kongsinya dalam kerajaan setelah beliau ‘bercerai’ dengan rakan-rakan kongsi beliau sebelum itu, iaitu Musa dan Ghaffar. Anwar juga berusaha untuk menunjukkan sokongan terhadap Dr Mahathir kerana beliau tidak mahu dalam kerugian seperti yang dialami oleh timbalan-timbalan Dr Mahathir sebelumnya.

Anwar tidak berjaya menyorokkan keghairahan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dengan tindakan beliau yang jelas-jelasnya banyak membuatkan Dr Mahathir merasa tersinggung seolah-olah sebagai tindakan ‘insubordination’ dari Anwar bagi menjatuhkan imej dan keyakinan ramai terhadap beliau (Dr Mahathir). Dr Mahathir bukannya jenis pemimpin yang mampu bertahan untuk terus ‘co-exist’ dengan sesiapa yang beliau syaki sebagai cuba mempengaruhi kuasa dan pengaruh politik negara.

Sesiapa pun tidak boleh menyalahkan Dr Mahathir mempunyai sifat seperti ini kerana Mahathir mempunyai latar belakang keluarga yang berlainan dengan latar belakang keluarga Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelumnya. Semua PM sebelumnya adalah berlatar belakangkan pemimpin dari keluarga ‘aristocrat’ yang ‘magnanimous’ sifat mereka.

Tunku, Razak dan Hussein merupakan pemimpin yang mempunyai ‘finesse’ yang begitu tinggi dan mereka boleh ‘co-exist’ dengan sesiapa yang berada disekeliling mereka. Mereka lebih ‘refined’ dalam perhubungan sesama pemimpin dan manusia dan perbezaan ini adalah perbezaan yang sangat ‘natural’.

Kalau dikaji dengan rapi Tunku tahu dan merasakan yang pimpinan beliau di pengaruhi oleh Tun Razak tetapi Tunku tidak pula melatah dan membawa Tun Razak kepada tahap bergaduh. Perselisihan diantara mereka tidak pun diketahui umum kerana mereka kedua-duanya adalah dari keluarga dan latar belakang yang sama. Contohnya Tunku tahu Tun Razak mewujudkan KEMAS dibawah Kementerian yang beliau pegang sedangkan Jabatan Penerangan Khas sudah wujud sejak merdeka lagi.

Jika Tunku hendak mengambil hati ia merupakan isu yang mudah untuk membuatkan kedua-dua mereka berselisih faham dan tidak sebulu. Semasa itu ramai yang tahu mewujudkan KEMAS dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar oleh Tun Razak itu semata-mata untuk mengimbangi pengaruh Jabatan Penerangan Khas yang sudah tersedia ada sejak medeka lagi. Walau apa pun perbezaan diantara mereka, perbezaan itu tidak diketahui umum dan kerana itu tidak ada perbahasan tentang perbezaan pendapat dan pandangan diantara kedua-dua pimpin nombor satu dan nombor dua itu.

Tetapi Dr Mahathir tidak begitu kerana beliau adalah Perdana Menteri yang pertama yang datang dari keluarga orang biasa dan jika ada perbezaan beliau dengan pemimpin sebelum itu, ia merupakan satu isu yang sangat ‘normal’. Dr Mahathir tidak boleh tahan bersama dengan sesiapa yang tidak mengikut kehendak beliau kerana Dr Mahathir mempunyai ‘inferiority complex’ yang wujud secara ‘natural’ bagi orang seperti Dr Mahathir itu.

Orang seperti Dr Mahathir akan membinasakan apa-apa atau sesiapa yang beliau rasakan menjadi penghalang kepada kehendak beliau. Apabila mempunyai seorang Timbalan seperti Anwar yang juga dari keluarga yang biasa sahaja maka pertembungan itu tentulah lebih menonjol lagi. Apabila kedua-duanya datang dari satu keluarga yang mempunyai ‘attribute’ yang sama maka ia mudah menjadi isu yang membawa pergaduhan secara terbuka.

Itulah sebabnya kita mendengar ramai yang melakukan ‘name calling’ terhadap Dr Mahathir oleh pihak yang menentangnya. Kita telah terlalu biasa mendengar panggilan yang tidak beretika terhadap Dr Mahathir seperti panggilan mamak dan sebagainya. Saya bersimpati terhadap Dr Mahathir dalam isu ini. Kenapa dilekatkan panggilan ‘mamak’ terhadap Mahathir dan tidak pada Anwar misalnya sedangkan Anwar juga datang dari keluarga dan darah yang sama dengan Dr Mahathir. Ramai yang tidak sedar perkara ini kerana terlalu tertumpu kepada menghentam Dr Mahathir.

Itu sebabnya saya selalu mengingatkan kepada pengomen-pengomen dalam blog ini suapaya tidak mangamalkan ‘name calling’ itu kerana ia melambangkan kelemahan dan keburukan kepada mereka yang melakukannya. Kita tidak perlu menyebut isu keturunan orang lain kerana orang lain juga boleh melakukan perkara yang sama terhadap diri kita.

Pertembungan Dr Mahathir dengan Anwar seperti yang saya sebutkan ialah kerana isu politik peribadi semata-mata dan hanya sedikit sahaja isu untuk rakyat dan negara. Pergaduhan diantara kedua-dua pemimpin ini juga adalah di sebabkan pengipas-pengipas dan pengampu-pengampu dikalangan penyokong masing-masing. Pengampu serta penasihat masing-masing mahukan pemimpin masing-masing berjaya dan itu selalunya wujud dari pemimpin-pemimpin yang datang dari latar belakang yang biasa kerana mereka tidak mempunyai ‘magnanimity’ yang tinggi di dalam diri mereka.

Itu sebabnya Dr Mahathir menggunakan isu kenakalan peribadi Anwar untuk menjatuhkan dan memecat timbalannya yang ‘overly ambitious’ itu..

Sehingga sekarang ramai yang bertanya kepada diri mereka sendiri, kenapa Mahathir menggunakan isu kenakalan Anwar itu untuk menjatuhkan timbalannya itu? Dr M berkata tuduhan beliau itu adalah berasas kerana Ketua Polis Negara Tun Haniff telah memberikan lapuran kepadanya tentang kenakalan Anwar itu pada tahun 1992 lagi.

Tidak salah jika dikatakan yang Dr Mahathir tidak peduli dengan isu yang dilapurkan oleh Ketua Polis Negara semasa itu kerana beliau (Dr Mahathir) adalah manusia yang liberal. Beliau hanya mendiamkan sahaja isu itu dan beliau simpan semua lapuran dari KPN itu.

Tetapi apabila Mahathir yakin yang Anwar sedang dalam persediaan untuk mengenepikan beliau Dr Mahathir terus sahaja menggunakan isu yang beliau simpan dan sembunyikan itu secara ‘expedient’ untuk menjatuhkan Anwar pada awal September 1998 dahulu.

Pendeknya, seseorang yang berada disekeliling Dr Mahathir itu tidak perlu gusar untuk berada dalam zon yang selamat dibawah Dr Mahathir. Seseorang itu akan hanya menghadapi bahaya jika mula menunjukkan atau memberikan perasaan syak wasangka beliau (Mahathir) terhadap kesetiaan seseorang itu terhadap dirinya.

Dr Mahathir mahukan hanya kesetiaan. Siapa dan apa nilai seseorang itu tidak mengapa baginya. Itu sebabnya UMNO tidak ada kepimpinan pelapis yang ‘viable’ sehingga ke hari ini. Justeru UMNO sedang menghadapi krisis keyakinan yang amat serius dan Tuhan sahajalah yang Maha Mengetahui bagaimana hendak mencari penyelesaiannya.

8 comments:

Anonymous said...

Tuan kata Tun M dedahkan "kenakalan Dato Seri Anwar". Apa maksud tuan? Hati2 nanti kena saman. Org tu ada ayat popular "you ulang I saman".

Anonymous said...

Tuan,

Tidak ada faedah nya pun tuan membuat spekulasi keyakinan dalam umno sedangkan parti DAP tuan lebih banyak bermasaalah. PKR dan Pas juga bermasaalah.Akhirnya kesombongan DAP mencabar ROS gagal.Sekira UMNO parti terkuat selama ini pun menghormati keputusan dan arahan ROS apakah DAP racis, chauvanis dan tidak demokratik perlu keistimewaan. Lupakanlah

Tidak semua apa yang Mahathir rancang dan implement mesti diturut sebab ianya idea Mahathir.Apabila Muhiddin mansuhkan PPMSI, perancangan Mahathir ,ramai setuju ianya dimansuhkan juga akhirnya. Mahathir bukan PM lagi dan kuasa bukan lagi ditangannya. Segalanya terletak ditangan kerajaan yang memerintah selepas diberi mandat memerintah dipru.
Masih takut dengan bayang bayang dan legasi Mahathir?.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Kalau benar Anwar Ibrahim ni nakal (laporan KPN juga ada), kenapa sampai hari ini Mahathir, Abdullah, Najib dan 1 Malaysia masih terkulat kulat untuk membuktikan perkara ini sedangkan lawan Anwar ini menguasai hampir semua institusi?. Mahathir dan UMNO BN sedia maklum bahawa Anwar bukan sedikit telah menjejaskan pimpinan dan pertubuhan tersebut, tapi anihnya dalam ribuan pimpinan & jutaan ahli yang UMNO BN ada...tidakkah seorang pun mampu membuktikan "kenakalan" Anwar yang seperti tuan sebutkan itu.

Ini yang membingungkan kebanyakan warga Malaysia. Disana sini pimpinan UMNO BN mahu pun ahli UMNO pom pam pom pam bercerita tentang Anwar main bontot, Anwar ada berjuta juta RM di akaun luar negara, Anwar agen Yahudi dan aneka macam lagi dakwaan tapi nampaknya semua tu macam bunyi meriam buluh dibulan puasa saja. Dalam kes liwat 1 dan 2 pun rakyat Malaysia yang ikuti kes tersebut secara rapat dapat menilai bagaimana terdesaknya mahkamah, peguam mahu pun musuh musuh Anwar untuk membuktikan tuduhan mereka.

Tak pelik kah Pak Aspan...dalam menguasai hampir segalanya di Malaysia ini...tapi musuh Anwar masih gagal membuktikan dakwaan kenakalan Anwar seperti yang Pak Aspan sebut tu. Apa kata kalau AG benarkan Kes Pembunuhan Altantuya itu dibicara secara lebih profesional. Tak kan lah " motif pembunuhan " langsung tidak mahu diambil kira dalam kes berkenaan seperti mana kebanyakan kes kes bunuh lain?.

Hanya jauhari mengenal maknikam. Berpada padalah kalau pun kita membenci dan bermusuhan dengan seseorang kerana Allah itu maha mengetahui dan Allah lah sebaik baik perancang. Gunalah tangan , pena dan akal dijalan Allah agar kita tidak dipersoal dihari kemudian apatah lagi diusia penghujung senja begini.

-Pattani Warior-

Anonymous said...

Pattani Warrior,(Spelling warrior pun tak betul beb),

Siapa kata Anwar tidak bersalah ?.Yang salah adalah Saiful dan gay gay lain yang dengarnya memang bersalah kan kan kan.Saiful sanggup bersumpah depan kaabah.Budak nuar ni dalam mesjid di KL ni pun tak berani angkat sumpah laknat !!.Kita orang islam pun tidak mahukan fitnah....kan.Itu tak termasok jam omega lagi...Biarlah budak nuar dan adventure nya biarkan biarkan.

Anonymous said...

Awat la ngok sangat Anon 17 August 2013 19:29:00 GMT+8. Ada ka dengan sumpah laknat tu mahkamah Malaysia boleh buang kes?. Cara sumpah laknat Si Saiful tu pun tak menepati syariat, hang pulak pandai pandai nak ulas. Mahkamah perlukan fakta. Kalau Anwar bersumpah 1000 kali pun, kes tetap berjalan di mahkamah kalau itu sebenarnya kerajaan UMNO BN mahu.

Semua orang yang berakal dan beragama tak anggap Anwar tu maksum. Dia manusia..bukan Nabi. Dia tidak sepi dari salah dan khilaf. Tapi bila seseorang membuat tuduhan, maka menjadi tanggungjawab yang menuduh itu mengemukakan bukti. Ini prinsip dalam Islam. Ini tidak...orang yang menuduh senang lenang buat tuduhan. Disuruh pula yang dituduh cari bukti menafikan. Kalau dah berani tuduh, kemukakan bukti dan fakta. Tak payah la nak main sumpah sumpit macam Saiful tu.

Anonymous said...

Anwar itu baiknya orangnya, handsome dan menawan. Kawan-kawanya pun baik. Cuba tengok siapa kawan main tenisnya, dato nalla taukey judi.....:)

Anonymous said...

rasanya pak aspan mesti nak masuk umno balik

Anonymous said...

Pak Aspan frust kat Umno. Tinggalkan Umno masuk DAP. Tapi sejak PRU yg lepas, jika di amat2kan semua posting beliau, memang hati Pak Aspan masih dengan UMNO dan mengharap yg terbaik buat UMNO.