18 May 2014

Dyana, calon dan anak yang baik, tidak rugi mengundi beliau

Penyertaan Dyana Daud, sebagai calon DAP dalam pilihanraya Teluk Intan memberikan banyak kesimpulan yang jelas. Saya adalah orangnya yang membawa Dyana hampir dan akhirnya menjadi calon DAP dan saya begitu bangga dengan kehadiran beliau dalam arena politik negara. Saya begitu rapat dengan ibu dan bapanya dan saya hampir secara peribadi mengenali dengan Dyana sejak Dyana masih dalam buaian lagi. Daud bapanya, serta ibunya Yammi Samat, adalah sahabat keluarga dan tidak pernah berpecah kerana keikhlasan keluarga ini bersahabat dengan keluarga saya.

Saya begitu bersukacita dengan pencalonan beliau itu kerana beliau mungkin dapat membersihkan nama DAP sebagai parti hanya untuk kaum Cina, malahan salah satu dari sebab kenapa DAP dan Pakatan tidak berjaya dalam pilihanraya yang lepas ialah kerana isu bangsa yang menjadi isu yang hangat semasa itu. PAS telah berhadapan dengan isu nama Allah yang disebut-sebut oleh rakan kongsinya DAP dan DAP pula telah menunjukkan sikap chauvinistik nya kerana apa yang digambarkan parti itu sebagai parti untuk semua bangsa tidak dilaksanakan oleh DAP semasa itu.

DAP hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen Melayu iaitu Ariff Sabri di Dewan Legislatif Parlimen. Jika kita semua iktiraf Zairil sebagai Melayu maka DAP hanya mempunyai dua orang wakil Melayu walaupun telah mengakui parti itu sebagai parti semua kaum. Nyata itu merupakan kudis bagi DAP dalam PRU yang akan datang kerana DAP telah berbohong dan tidak dapat membuktikan yang ia adalah sebenarnya parti berbilang kaum.

Dengan terpilihnya Dyana sebagai calon DAP di Teluk Intan ini mungkin DAP secara beransur-ansur dapat membuktikan dan meyakinkan orang ramai yang kali ini DAP tidak berbohong lagi. Tetapi DAP hanya akan dapat membuktikan yang mereka serius untuk menjadikan parti itu sebagai parti berbilang kaum dalam PRU yang akan datang.

Saya merasakan yang Dyana akan memenangi PRK Teluk Intan ini dan ramai yang menghubungi saya untuk memberikan undi menyokong Dyana secara moral untuk Dyana menjejak kaki ke Dewan Parlimen dan memainkan peranan untuk memperjuangkan 'multiracialism' sebenarnya dalam DAP itu.

Dengan kemenangan Dyana, maka ada dua muka Melayu di dalamnya termasuk Ariff Sabri dari Raub. Seperti yang saya nyatakan tadi jika kita semua iktiraf Zairil sebagai Melayu maka ada tiga orang Melayu dalam Parlimen yang mewakili DAP. Dengan tercalonnya Dyana ini, saya berpendapat DAP bernasib baik dengan adanya PRK ini. DAP masih ada kesempatan untuk memperbaiki keyakinan orang Melayu yang DAP sedang berusaha untuk menjadikan parti itu 'multiracial' sebagai 'attribute'nya walaupun sasarannya masih jauh jika parti itu mahu diyakini sebagai parti berbilang kaum.

Tetapi kita akan hanya tahu samada DAP serius atau hanya bermain ‘intrigue’ politik semata-mata apabila kita melihat senarai calon parti itu dalam pilihanraya 14 nanti. Orang Melayu sekarang amat memberikan fokus terhadap DAP dalam PRU yang akan datang. DAP tidak ada masalah untuk mencari Melayu yang berwibawa yang masih muda dan berkemampuan untuk memberikan nafas dan imej baru kepada parti itu.

Melayu yang muda-muda (40 tahun ke bawah) masih ramai yang belum tercemar budayanya yang boleh diraih oleh DAP untuk bergiat dalam parti itu.

Bagi saya pengundi di Teluk Intan sepatutnya memberikan sokongan dengan memberikan undian yang padu kepada Dyana, anak muda yang mempunyai sisik politik yang tinggi. Darah politiknya datang dari darah ibunya yang tidak pernah bersara dari politik walaupun sekarang ini tidak memegang apa-apa jawatan. Walaupun ibu dan keluarga Dyana adalah ahli seumur hidup UMNO tetapi mereka tidak mencegah Dyana membuat pendiriannya sendiri.

Sesungguhnya keluarga ini adalah keluarga yang hidup dengan perjuangan dan kecenderungan politik yang berbeza tidak memecahkan keluarga ini. Itu sahaja adalah bukti yang politik masih hidup jika dalam keluarga itu mempunyai pendirian yang berbeza diantara satu dengan lain.

Kepada pengundi Teluk Intan, saya tahu dan mengakui secara testimonialnya yang Dyana ini adalah anak yang baik dan boleh digilap dan diberikan galakan untuk maju jauh kehadapan. Buat kali ini cara menggilapnya ialah dengan memberikan sokongan kepada beliau tanpa was-was.

Saya yakin, pengundi Teluk Intan tidak akan ada kekesalan jika mengundi Dyana ini. Berpakat-pakatlah sesama sendiri serta rakan dan keluarga dan memberikan undian yang jelas kepada wanita muda yang bertenaga dalam hidup ini.

Jangan kita biarkan orang Melayu hanya dijadikan pembawa poster dan memikul banting-banting sambil memanjat tiang untuk menampal poster dalam pilihanraya sahaja.

25 comments:

Anonymous said...

Salam En Aspan,

Terima kasih atas rencana anda.
Mengimbas kenyataan samada pengundi akan kesal atau tidak, bukanlah tertakluk kepada calun yang bertenaga sahaja. Lebih penting lagi parti yang di wakilinya.

Saya pun berharap DAP akan lebih berbilang kaum dan kalau boleh hapuskan kepimpinan berketurunan yang bayak menular dalam DAP.
Tapi bagi saya bukti DAP akan lebih berbilang kaum bukan terletak kepada bangsa calun dalam PRU14, tapi pada lebih penting lagi, berapakah kadar bilangan bangsa dalam setiap peringkat CEC nya sendiri.
Kalau dalam PRU kita boleh sorok cauvinis kita dengan kadar bangsa dalam kawasan, tetapi di dalam CEC, Cauvinis atau tidak akan terserlah juga.
Sekali lagi terima kasih atas rencanan anda.

Argonite.

maae said...

he..he.. tafsiran dan tamsilan ikut hati nii...realiti nya jauh sekali. Bukan BUTO sejarah laie kut... tuo dah !

Parti cauvinis / rasis ini tidak pernah menghargai Melayu. Masih bermimpi calon muda Dap terbaik ? Terbaik untuk siapa ?

Kita amat takut menjadi penkhianat agama, bangsa dan negara. Kerana itu lah nilai kita tidak di pasaran, terlalu murah di jual beli. Kita abaikan realiti menjadi spekulasi. Siapa-siapa sahaja mampu beli.

Kaum cina tidak pernah jual diri dalam dagangan bebas. Semua mereka kawal.... kerana apa ?

Anonymous said...

En Aspan,

Saya berminat nak dengar ceramah Dyana & En Aspan dalam PRK Teluk Intan.

En Aspan ada pergi tolong berkempen nanti?

Sudah pasti asakan kotor parti2 lawan akan datang bertaliarus sewaktu kempen nanti. Mujur Dyana akan kekal tabah bersaing sihat...

Anonymous said...

Sangat setuju dgn posting kali ini. Menyentuh mengenai kurangnya kepimpinan kaum melayu dlm DAP, ahli DAP melayu yg aktif tidak proportionate dgn ahli DAP kaum lainnya. Ini disebabkan melayu ramai yg memilih PAS atau Keadilan, maka semasa pemilihan dibuat dlm DAP secara logik bilangan melayu DAP terpilih dlm barisan pimpinan adalah minimal secara semula jadi, bukannya diskriminasi kaum.

usin said...

selagi dap masih didominasi oleh orang cina, mana mungkin takrifan bahawa dap adalah parti cina akan hilang? dalam kalangan pemimpin yg dipilih dalam cec, ada berapa kerat kaum bukan cina terpilih? siapa penentu hala tuju dap, jika bukan pemimpin cina. saudara aspan tidak banyak berbeza dgn tunku aziz. bermula dengan kepercayaan tinggi bahawa dap terbaik, tidak rasis dan paling penting tidak korup. akhirnya tunku aziz menyesal tak sudah. sebab tak dapat jawatankah tunku aziz kecewa? heh, bila duduk dalam dap ada nampak apa2? perhati sama soal korup dalam rumah sendiri, jangan asyik pandang keluar tingkap mengintai korup umno. jiran yg korup wajib ditegur, dalam rumah sendiri jangan biarkan! oklah, berbalik kepada soal dyana sebagai calon dap. untuk mengundi beliau setelah tolak campur darab bahagi, rasisnya kepada cina mengalahkan cina. sebagai orang melayu rugi undi dia. kenapa begitu? di teluk intan, pesaing kepada dap ialah gerakan. kenapa dalam ceramah dyana asyik hentam umno? adakah hentam umno kerana umno itu melayu? heh, semuanya dah terjawab. dap memang akan serang melayu walaupun lawannya adalah cina, dan khadamnya ialah melayu lupa diri macam dyana dan sdr aspan.
...sekadar pendapat.

Anonymous said...

Aku sokong DAP letak calon melayu di TI. Kpd mereka yg suka komen prihal CEC DAP yg tiada orang melayu sila isi borang jd ahli DAP dan bertandinglah merebut jawatan dalam CEC.

Anonymous said...

Good point. Kalau lawan nya Gerakan kenapa hentam Umno. ( hanya saya harap Sharizat jangan sibuk kat Teluk Intan- nanti bagi bullet pulak kat DAP)

Anonymous said...

Jika DAP selalu dikaitkan dengan chauvinistik nya. UMNO, PERKASA, ISMA tidak kurang juga dengan chauvinistik nya. Kita semua serupa "dua kali lima" saja. Masing-masing menyimpan sifat prasangka yang tidak tentu hala.

kampong lad said...

is the candidate the 1st choice, 2nd choice or last choice or no choice? yes, umno, perkasa & isma - stop talking nonsense!

Anonymous said...

Melayu Umno tolak hudud, Kafir.
Melayu Dap tolak hudud, Tak Kafir.

Anonymous said...

Aspan orang yg beerparti tak munkin jujur dlam perjuangan....semuanya hiprokrit, opurtunis...kalau nak berjuang untuk kebenaran tak perlu berparti parti jadilahpejuang yang benar yg tidak memihak kepada sesiapa tetapi pada kebenaran dan keadilan.yg pasti semua nya kerma ada niat u7ntuk sesuatu yg dia hajati,....

Nurul said...

Dyana macam telephone bimbit Samsung 5s,
Cantek,canghih dan semua orang suka.

Mah calon Gerakan macam telepnone bimbit Nokia,
Tak canghih,tak menarek dan sudah ketinggal zaman.

BN/UMNO party yang tidak mampu memberi nafas kapada anak anak muda.

Unknown said...

no chinese school, no indian school...all malaysian school, boleh?...

Anonymous said...

Anon 8:31 dan yg sewaktu dengannya;

Dlm PRK Teluk Intan, Dyana bertanding dgn Gerakan tetapi yg sibuk menyerang Dyana adalah UMNO bukannya Gerakan. Adakah anda mampu berfikir, atau anda merupakan kelompok peliharaan Kak Ijat yg terbengkalai itu?

Anonymous said...

SAYA MERAMALKAN DYANA BAKAL MENANG.
ANAK2 MUDA MAHU MUKA BARU YANG MAMPU MEMBAWA NAFAS BARU DALAM POLITIK TANAHAIR
KENAPA BIARKAN DAP DIDOMINASI KAUM CINA SEDANGKAN PINTU MEREKA TERBUKA UNTUK SELURUH RAKYAT ??
BERLAPANG DADA DAN RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA PERLU KENTAL DALAM PERSAINGAN SEPERTI YG PERNAH DINASIHATKAN OLEH TUN MAHATHIR SENDIRI.

Anonymous said...

Merujuk kepada Encik Shahril Ramli di atas :

Semua ahli politik kata berjuang untuk negara tercinta Malaysia.

Bahasa kebangsaan ialah : BAHASA MELAYU atau Bahasa Malaysia.

Senario :

1. Obama sidang media di Korea Selatan dengan Presiden Korea Selatan. Obama cakap Bahasa Inggeris. Presiden Korea cakap Bahasa Korea. Begitu juga di Jepun, Perdana Menteri Jepun cakap Jempun. Ingat semua Presiden/Perdana Menteri di dunia pandai berbahsa Inggeris. Tapi ......bila Obama sidang media di Malaysia....Pak Najib cakap bahasa apa? Malu nak cakap Bahasa Melayu depan Obamakah?

2. Tidak semua. Sebahagian kaum Cina, begitu masih susah berbahasa Melayu. Walau pihak media menemuramah dalam Bahasa Melayu, mereka ini menjawab dalam Bahasa INggeris.

Apa yang saya maksudkan ialah sebahagian rakyat Malaysia walaupun orang Melayu sendiri, sudah begitu malu untuk berbahasa Melayu.

Anak muda Russia, anak muda Jepun dll begitu fasih berbahasa Melayu, tapi sebahagian anak muda Cina di Malaysia terkial-kial nak sebut Bahasa Melayu.

Saya tidak nafi kepentingan Bahasa Inggeris, tapi bagaimana nak membawa Bahsa Melayu keperingkat antarabangsa sekira politikus sendiri malu dengan bahasa Melayu.

Satu ketika Empayar Melaka di nusantara ini pada abad ke 14/15 Bahasa Melayu jadi bahasa antarabangsa.

Rakyat Jerman, Rakyat Jepun maju dalam sains teknologi tapi bahasa ibunda mereka snajung tinggi.

Kalau nak ke Jerman belajar bahasa Jerman, kalau nak ke Jepun belajar bahasa Jepun, kalau nak ke Malaysia?

Kalau kita mahu bangga sebagai anak Malaysia maka..........

mae said...

Harap satu masa orang Melayu akan menguasai DAP dan mengubah dari dalam.

mae said...

Melayu PKR tolak hudud, tak kafir.

mae said...

Kpd org teluk intan, lebih baik pilih Dyana daripada calon perempuan cina dari Gerakan. Gerakan tu sama perangai mcm DAP.

tebing tinggi said...


Semoga Dyana dapat membawa perubahan dan melakukan transpomasi dalam DAP, yang mana sebelum ini gagal dilakukan olih ahli-ahli Melayu yang sedia ada.
Sebenarnya orang Melayu tiada Masaalah dengan nama parti "DAP" ,yang menjelekan ialah kesungohan parti itu meMalaysian kan partinya sebagaimana slogan yang dilaungkan ,dan pendeketanya yang becorakan perjuangan satu kaum membuatkan Melayu memandang sinis akan slogan yang didendangkan. Apa bezanya perjuangan MCA dengan DAP ,sedangkan DAP melaungkan ketebukan kapada semua kaum.

Sejarah DAP sendiri menunjokan Melayu yang ada ,tidak pernak mendapat tempat dalam pengurusan tertinggi DAP ,mungkin hanya sabagai penolong pengurusi(buat seketika) yang tiada kata-dua dalam dasar sebenar.

Pemilihan dua kali CEC ,DAP yang belum disahkan, tiada terdapat wakil Melayu yang dicalonkan bagi mendudoki CWC pusat malah peringkat negeri-negeri,sangat bertentangan dengan slogan yang dilaungkan.

Mungkin dengan kehadiran Dyana sopia ,dapat membawa satu perubahan kapada DAP itu sendiri ,tidak hanya meletakan Dyana Sopia sebagai Calon , yang hanya menampakan perubahan cosmetic (wajah), sedangkan perubahan sebenar tidak belaku.
Kehadiran Dyana Sopia agar dapat "UBAH" DAP buka DAP mengubah Dyana Sopia.

Nasib baik kobou Den satu keturunan joo .

Anonymous said...

Boleh if the quality of sekolah kebangsaan improve

Atok Ali said...

Aspan,

DAP tetap DAP.Saya tidak akan memilih DAP atau PR .Buat kata Mahathir, ini semua bagi mengelirukan orang Melayu yang masih tidur dengan perjuangan Malaysian Malaysia dan kesamarataan yang DAP laungkan.

Dyana diramalkan menang atas dasar komposisi kaum yang majoritinya Cina di Telok Intan.Namun semua tahu sejarah dan perjuangan DAP.Enough said.

Anonymous said...

Iyolah atok ali..... urang melayu dah tido dokek 60 tahun dah.

Anonymous said...

Politik tetap politik. Tak mungkin jadi agama. Tapi dlm agama ada politik bagi org yg beriman dan bijaksana org agama dlm politik boleh meluruskan sedikit politik kepartian itu. Terserah kpd kewibawaan, ilmu, dan pendekatan pemainnya.Jangan sampai bila dah mengadap Allah azawajjala kita rupa2nya semuanya sesat belaka. Nauzubillahhiminzalik. Ikhlas dari anak pondok.

Ustaz Khairul said...

sokong anak pondok