30 May 2014

Yang tidak bermodal, jumpa Hasan Malek, dapat pinjaman tanpa faedah

Hasan Malek pula menjadi isu sekarang ini. Hasan Malek pula yang berhadapan dengan isu Deepak kali ini. Sasaran Deepak kali ini lebih tepat kerana Hasan merupakan orang yang mudah untuk berunding walaupun perundingan untuk melakukan kerja yang tidak patut dan tidak betul dan bertanggungjawab. Bagaimana Hasan menggunakan pengaruh dengan kementeriannya untuk membantu seseorang peniaga dengan menggunakan wang Bank Rakyat sebegitu banyak tanpa mengenakan faedah?

Untuk melakukan kerja yang tidak beretika dan menyalahi moral dan tanggungjawab bank tersebut, Hasan dengan mudah mengugut Lembaga Pengarah Bank tersebut yang beliau boleh membuang mereka dari tugasan mereka jika tidak bersetuju memberikan pinjaman sebanyak RM32 juta tanpa faedah. Sikap Hasan yang agak sombong itu nampak sangat kekampungannya. Akhirnya Sabaruddin Cik menjadi mangsa Hasan semata-mata kerana Bank itu tidak mahu melayan permintaan yang amat tidak bermoral itu.

Hasan semalam memberikan reaksi terhadap isu yang beliau hadapi. Beliau berkata yang semua yang beliau lakukan itu semuanya ‘above board’ dan tidak menyalahi apa-apa. Sekarang kita mahu Hasan menjawab satu persoalan dari ramai peniaga-peniaga yang masih terkial-kial berniaga kerana kekurangan modal. Boleh atau tidak peniaga yang ramai-ramai yang susah mendapatkan modal itu berjumpa dengan Hasan dan meminta pinjaman tanpa faedah dari Bank Rakyat?

Kalau Hasan boleh membantu Deepak mendapatkan pinjaman tanpa faedah selama puluhan tahun, Hasan patut pula memberikan pinjaman Bank Rakyat kepada begitu ramai peniaga yang dalam kesusahan kerana tiada modal yang cukup. Kalau Lembaga Pengarah Bank itu tidak mahu melayan kemahuan Hasan, beliau boleh buang semua ahli jemaah pengarah bank tersebut. Kalau Deepak diberikan kemudahan tanpa faedah dengan jumlah RM32 juta selama tiga puluh tahun, pemimpijam kecil pun sepatutnya tidak payah membayar faedah. Kalau Lembaga Pengarah tidak mahu menurut arahannya, Hasan boleh buang semua Ahli Lembaga Pengarah bank itu sehingga beliau seorang sahaja mengendalikan Bank tersebut sesuka hatinya.

Sesungguhnya Hasan sememangnya tidak sepatutnya berada ditempatnya sekarang. Beliau sepatutnya tidak boleh tunggu lama-lama ditempatnya sekarang ini. Beliau sepatutnya berundur setidak-tidaknya untuk menyelamatkan institusi-institusi penting dari dilacuri oleh seorang penggubal dasar yang tidak bermoral seperti beliau ini.

Beliau sebenarnya bukan seorang penggubal dasar, beliau adalah seorang penggubah dasar.

11 comments:

Anonymous said...

Ini adalah satu contoh bagaimana ahli politik melayu begitu mudah membantu orang bukan melayu menjadi kaya. Ini yg kita tahu, yg kita tidak tahu, entah Brp ramai lagi. Kasihan penjaja kecil melayu...

Anonymous said...

Kalay dizaman kesultanan Melaka atau di Negeri Cina dimana Najib sering berkunjung orang saperti Hassan ini disula.
Mungkin Hassan cuma membantu orang saperti Deepak sahaja - yang dada hubungan dengan Rosmah.

Amuraria said...

macam pm kata haram jadaj punya kerja ! ABU !

Anonymous said...

Setidak2nya Ibrahim Ali yg selama ini berjuang utk bangsa Melayu dan bumiputra mucul memberi komen spt yg dia selalu hentam terhadap pihak pembangkang kata nak menjajah kaum malayu. Ibrahim terlepas pandang wang hak rakyat pulhan juta diberikan pinjaman puluhan tahun kpd bukan Melayu tanpa faedah.

Anonymous said...

Betullah tu... semuanya "above the board" dan "board" tu bawah kangkang siapa.....??

XUMNO said...

Kepada Hasan Malek. Duit Bank Rakyat tu Mak Bapak Kau ke yang punya? Berapa komisyen Kau dapat dari Deepak? Atau adakah RM32juta itu Deepak pinjam atau Kau gunakan nama Deepak untuk bayar hutang karpet seseorang kepada Deepak? Perbuatan Kau ini adalah merupakan satu PENGKHIANATAN kepada pemegang saham Bank Rakyat yang rata2 adalah orang Melayu!! Jangan cuba nak berdaleh dengan mengatakan "overboard"; kepala otak Kau overboard.Carilah mana2 bank di dunia yang senang2 bagi pinjam berjuta2 tanpa faedah dan boleh dibayar dengan post-dated cek yang tak tau laku atau pun tidak.

Quantum Metal Consultant said...

Kita kena tahu siapa di belakang Hassan Malek?

Kita kena tahu hubungan Deepak dengan orang yang di belakang Hassan Malek?

Hassan malek tidak punya kekuatgan sendirian untuk sebegitu berani,

Quantum Metal Consultant said...

Kita kena tahu siapa di belakang Hassan Malek?

Kita kena tahu hubungan Deepak dengan orang yang di belakang Hassan Malek?

Hassan malek tidak punya kekuatgan sendirian untuk sebegitu berani,

Anonymous said...

Hasan Malek bukan penggubal tetapi pelaksana. Apa yang dia buat boleh diperrsoalkan. Adakah dia mempunyai kuasa dengan wang ahli Bank Rakyat. Kena tengok aturannya.

Anonymous said...

UMNO melalak... HIDUP MELAYU! Hasan Malek orang UMNO , darah UMNO akidah pun UMNO & kuat salakannya HIDUP MELAYUUU... tp yg dibantunya kling pariah guna duit simpanan/saham kecilan orang Melayu. Orang Melayu yg banyak pinjam kat bank rakyat dgn kadar faedah 3.5% - 4.7%! Inilah bukti UMNO juara MELACUR MELAYU! Hasan Malek Al- Ko Pilahi buktinya! orang UMNO.. korang suka ke jadi 'pelacur'??!

Anonymous said...

mana ada bank bg pinjaman juta-juta tanpa faedah! kalau ada... namanya BANKRAP! Hasan A/L Malek dah bankrap moralnya!