09 May 2014

Seperti seekor beruang yang terlalu sayangkan tuannya

Pilihanraya kecil Bukit Gelugor merupakan satu PRK yang sangat mendapat perhatian ramai. Perhatian tertumpu kepada siapa yang akan menjadi calon menggantikan mendiang Karpal Singh. Ia lebih menjadi tumpuan sejak dua hari yang lepas kerana berita hangat didengar ialah Ramkarpal, anak kepada mendiang Karpal adalah calonnya. Kalau ia benar-benar terjadi maka DAP tidaklah seperti apa yang mereka perjuangkan. Ia sama juga seperti parti PKR yang merupakan parti keluarga dan ipar duai semata-mata.

Ramai dikalangan mereka dalam DAP telah menunjukan sikap tidak puas hati jika anak Karpal menjadi pengganti kepada Karpal. DAP tidak lagi boleh mengkritik pihak lain seperti mereka dalam parti kerajaan yang dikatakannya mengamalkan nepotisma yang menebal dalam UMNO terutamanya.

Di pihak UMNO pula berita kencang bertiup yang Najib akan berhenti dan bersara dan mahukan sepupunya Hishamudin sebagai pengganti Perdana Menteri. Yang lebih lawak lagi kedengaran berita yang Shafie Apdal akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Semakin hari semakin menirus keyakinan rakyat terhadap politik negara kerana kedua-dua belah pihak yang bersaing menampakkan pencabahan elemen kronisma yang begitu jelas dan tidak dapat lari dari kepentingan keluarga.

Seorang pemimpin pergi akan digantikan dengan seorang atau dua ahli keluarga mereka. Hisham dan Najib merupakan keturunan kepada bekas Perdana Menteri-Perdana Menteri negara dan Lim Guan Eng adalah mengambil pusaka Lim Kit Siang walaupun LKS masing berada secara aktif di dalam partinya. Sekarang jika RamKarpal menjadi pengganti ayahnya maka sudah jelas lagi situasi ‘pot calling the kettle black’ sesungguhnya wujud dalam mana-mana parti samada dalam kerajaan atau pembangkang.

Baru-baru ini berlaku ‘intrigue’ politik yang dari awal di duga yang Wan Azizah dan suaminya dicalonkan untuk bertanding jawatan Presiden PKR yang akhirnya suaminya mengundurkan diri untuk memberikan laluan kepada isterinya untuk mengetuai parti itu tanpa cabaran. Itulah sebabnya sesebuah parti yang mempunyai budaya menurun pusaka ini selalunya tidak akan dapat membuat keputusan dengan baik yang akhirnya membawa masalah kepada parti pimpinan mereka.

Akhirnya rakyat dibawa berarak ke hulu ke hilir membuang masa semata-mata untuk menaikan ego sesuatu keluarga dan jika ada kesalahan yang berlaku oleh pimpinan yang menerima pusaka ini, rakyat juga yang akan dipersalahkan kerana kononnya rakyat membuatkan parti dan negara berpecah. Mereka tidak pernah mahu menerima yang mereka yang mengambil alih pusaka dari bapa atau datuk mereka inilah yang menyebabkan perpecahan. Mereka tidak mahu menerima yang ‘there must be a cause for a cause’. Akhirnya rakyat yang buruk-buruk dibawah ini juga yang dimangsakan apabila mereka gagal melaksanakan tugas dan amanah negara kepada mereka.

Kebanyakan pucuk pimpinan parti-parti yang sedang memimpin sekarang berpendapat yang hanya ahli keluarga mereka sahaja yang mampu memimpin dan semua yang lain tidak punyai kemampuan apa-apa. Yang lain-lain itu hanya diperguna untuk menampal poster dan banting semasa pilihanraya dan menjadi ‘kuda pelejang’ untuk memaki hamun pihak mana yang mereka tumpaskan..

Baik dalam UMNO, DAP dan PKR pimpinan utama mereka hanya membuatkan ahli-ahli biasa yang lain sebagai anjing buruan dan apabila anjing-anjing buruan dapat membunuh haiwan buruannya mereka akan membahagi-bahagikan daging buruan sesama kroni mereka. Jika yang ramai-ramai membuat bising maka mereka ini akan hanya dilemparkan tulang-tulang yang tidak berguna kepada anjing buruan mereka itu. Maka senyaplah anjing-anjing buruan ini kerana kepada mereka, tulang-tulang yang mereka dapat dari lemparan tuannya tadi dianggapnya sebagai makanan yang paling nikmat mereka dapati.

Maka negara akan terus diterajui oleh pemimpin yang mahukan perpecahan semata-mata kerana pimpinan yang lemah akan hanya kekal dalam situasi yang pecah belah. Mereka akan hanya ‘survive’ dalam perpecahan dan tidak mungkin kekal dalam keadaan aman dan damai. Masing-masing mempunyai penyokong belaan yang akan mendindingi mereka walaupun mereka melakukan kerja hina dan tidak elok.

Malahan penyokong-penyokong inilah yang membinasakan pimpinan sokongan mereka. Mereka ini ibarat 'seekor beruang belaan yang terlalu sayangkan tuannya' walaupun dalam keadaan apa sekali pun. Apabila seekor nyamuk menghinggapi pipi tuannya beruang ini sangat marahkan nyamuk ini dan terus sahaja menampar sekuat hati nyamuk yang hinggap dimuka tuannya itu.

Akhirnya muka tuannya itu ‘sempong’ bak kata ‘oghang Pilah’ dan tuannya sudah tidak tentu rupanya lagi. Akhirnya tuannya mati dalam keadaan mukanya ‘sempong mempong’.

Itulah yang berlaku dalam politik negara kita sekarang ini. Najib sudah tidak tentu arah perjuangannya. Begitu juga dari pihak PKR dan DAP. Semua mereka ini akan gagal sehingga bila-bila dan tidak akan mempunyai masa untuk melakukan perkara yang baik selain dari berusaha mengekalkan kuasa idaman mereka sahaja.

Najib dan UMNO tidak akan dapat keluar dari permasalahannya. Jika parti-parti pembangkang seperti DAP dan PKR terusan bersikap mengelirukan itu juga tidak akan mendapat kuasa idaman mereka. Takut-takut meraka akan bermimpi disiang hari sahaja.

6 comments:

seorang rakyat said...

UMNO, PKR and DAP, and to some extent MIC and MCA are all political cleavages based upon oligarchic political organizations whose rents are rakyat for their political expedient. They are rent seekers that bring about perverse incentives for a better Malaysia. So they are no better than other poor 3rd world countries' politicians in Asia and Africa.
If we think we can see light at the end of the tunnel with regard to a united, prosperous and peaceful malaysia, probably we are day dreaming.

Aspan Alias said...

Anon 14:50,

You comment is exhilarating to read. Thanks

Adam Neuser said...

Salam Pak Aspan,

Saya mengharapkan Pak Aspan dapat kongsikan pandangan Pak Aspan bagaimana seharusnya Politik negara ini perlu dibentuk dengan acuan yang baru. Kami dipihak golongan muda sangat masih hijau dalam memahami politik. Justeru pemikiran dan pandangan seorang mantan politikus seperti pak Aspan sangat signifikan. Jangan biarkan kami si muda hilang arah tuju perjuangan.

KTemoc said...

Salam Pak Aspan, dengan izin Pak, saya hanya nak mengingatkan segala bahwa kegiatan politik olih Lim Guan Eng dicapai bukan saja menumpang atas nama bapaknya, tetapi melalui 'ordeal by fire' olih beliau sendiri - ingatkanlah isu di Melaka pada masa lalu dimana beliau dipenjara sebab berusaha lawan bagi hak asasi dan keadilan seorang wanita Melayu mudah (ya, yang terlampau mudah).

Maaf taraf rendah Bahasa saya. Terimakasih

Kalam Putih said...

Politik Malaysia yang semakin tunggang langgang sudah pasti akan memberikan kesan langsung kepada kehidupan semua rakyat. Kita perlukan perubahan utk kehidupan yang lebih baik. Betul Pak Aspan?

Anonymous said...

In Successful organisation, you need have two things. 1) Skill Worker 2)Teamwork with good management. Skill worker meant worker have the right skill to perform the task. For Teamwork meant you have good relation with your staff. You also need understand their attutide as for you easy to communicate with them. I think nobody will reject if Hishamudin replace najib, and LGE replace LKS. Because Hishamudin and LGE is "skill worker", najib understand Hisamudin working attitude due to cousin relationship, LKS understand working attitude well due to father-son relationship. This is acceptable! ... Not like some party "MXA", the TUN LXX wanna his "no skill" son become successor.. This is very MALU and and clear show is "kepentingan keluarga"