12 May 2014

Penjelasan tentang hudud akan memakan masa bertahun-tahun

Keputusan PAS untuk menangguhkan pembentangan dua bill persendirian di Parlimen adalah langkah yang baik asalkan sahaja tidak melupakan hasrat untuk perlaksanaan hudud di negara kita khususnya di Negeri Kelantan Darul Naim. Blog ini telah memberikan pandangan agar perlaksanaannya jika akhirnya di luluskan untuk perlaksanaan itu mestilah satu perlaksanaan yang tepat bukan sahaja dari pertentangan dengan perlembagaan negara, tetapi lebih penting lagi ia tepat dengan kehendak agama yang suci kita.

Lebih dari itu perlaksanaannya nanti akan membuktikan yang hukum hudud itu adalah hukum yang akan difahami dan diterima oleh semua rakyat Malaysia sebagai undang-undang yang akan diterima oleh semua rakyat untuk dijadikan asas terhadap perlaksanaan kehidupan Islam di negara ini.

Kita perlu memberikan kefahaman yang hudud bukan semata-mata isu potong tangan dan rejaman batu kepada penzina dan sebagainya seperti yang ditakuti oleh rakyat bukan Islam. Ia sepatutnya melibatkan semua bidang kehidupan agar apa yang diperjuangan oleh agama untuk menerima Islam itu sebagai 'addin' atau 'cara hidup' itu benar-benar terlaksana dan akan diterima baik oleh semua pihak.

Buat masa ini yang perlu ialah memahami apa itu hudud dahulu. Sekarang ini apabila isu ini menjadi besar ia bukan sahaja menjadi tanda tanya kepada orang bukan Islam malahan ia juga menjadi isu kepada setengah dikalangan mereka yang beragama Islam. Kenapa itu berlaku? Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana ia masih belum difahami oleh serata rakyat dinegara ini termasuk orang Islam sendiri.

PAS tidak boleh terus melaksanakan hukum itu walaupun saya berpendapat ia merupakan satu undang-undang yang sangat baik. Kita tidak boleh melaksanakannya sebelum ramai rakyat memahaminya. Jika kita laksanakan sekarang ia seolah-olah seperti kata perpatah, ‘masa nak berak baru menggali lubang’. Penerangan ini sepatutnya telah dibuat puluhan tahun dahulu dan jika ia dilakukan lama dahulu tentunya sekarang ini sebahagian besar dari rakyat sudah pun memahami sedikit sebanyak apa kebaikan hudud itu. 

Jika jawatankuasa teknikal diantara PAS dengan UMNO itu bersetuju untuk memberikan penerangan yang berterusan ia mungkin akan memakan masa sepuluh tahun. Itu tidak mengapa asalkan sahaja niat itu terus berpanjangan sehingga sampai waktunya ia layak dilaksanakan.

Jika PAS tidak bertangguh untuk menjayakan tugas jawatankuasa teknikal hudud yang dicadangkan oleh pihak UMNO itu ia akan segera nampak betapa seriusnya pihak PAS untuk perlaksanaan hukum ini. Dalam pada itu ia akan memberikan fahaman bukan sahaja kepada orang Melayu malahan ia akan juga memberikan kefahaman kepada bukan Melayu dan bukan Islam. Buat sementara ini perlaksanaan itu belum penting lagi kerana ramai yang masih belum memahaminya.

Tetapi ia akan menjadi penting apabila serata rakyat sudah menerima keluhuran undang-undang ini dan mengakui yang manusia yang berakhlak tidak wajar berdiam diri dan tidak memperbaiki diri dan masyarakatnya yang luas.

Tuduhan setengah pihak yang PAS sedang ditundukkan oleh UMNO itu jangan diambil pusing. Ia adalah kerana sesuatu yang baik yang kita mahu lakukan sentiasa mendapat tentangan dan jika kita mendengar bisikan 'khatir' tentunya kita akan gagal dalam perjuangan ini. Jika usaha PAS dan UMNO ini terbatal tentulah ia akan menggembirakan pihak yang bermusuh dengan usaha baik ini dan itu pun perjuangan mereka sampai hari kiamat, iaitu untuk menundukkan Adam  akhirnya. Itu sememangnya janjinya sejak Adam dahulu. Mereka akan sedaya upaya berusaha untuk menggagalkan semua tindakan dan usaha untuk mencari kebaikan.

Masing-masing ada perjuangan sendiri. Yang 'bathil' ada perjuangan untuk merosakan umat sedangkan yang 'hak' itu memperjuangkan hal-hal tuntutan agama dan Tuhannya. Yang 'bathi'l itu tetap akan berang dengan yang 'hak' sampai ke hari kiamat kerana mereka sememangnya telah bersumpah untuk menyesatkan bani Adam sampai bila-bila.

Mereka tidak akan melanggar persumpahan mereka untuk tidak tunduk kepada Adam itu.

8 comments:

"Law of Attraction" said...


Salam,

Tuan Aspan.

Kajian tentang perlaksanaan hudud telah banyak dibuat. Cetak semuanya. Letakkan dalam bentuk power point dan pelbagai media persembahan yang lain (kartun pun boleh).

Kemudian buat roadshow penerangan kebaikan hudud. Mulakan hari ini. Mulakan dengan mengurangkan hedonisme yang melampau terlebih dahulu. AllahuAkbar. Moga berjaya. InsyaAllah.

- Perempuan dari Batu Berendam

Anonymous said...

Pelik negara Malaysia yg pernah di kenali sebagai Tanah Melayu ni. Apa jua peraturan/undang-undang berkaitan Islam mesti ada penentangannya kononnya rakyat tak faham! Tapi bila nak laksana hukum akal mcm undang-undang sivil skrg tak ler pulak tgu rakyat nak faham dulu.. terus buat. Nampak sangat penjenayah bertopeng politik takut hukum ni. Agama Rasmi negara ialah Islam. Ketua Negara adalah Islam... tp yg berkuasa menentukan kedudukan Agama Islam orang kafir la pulak!! Dah gila ka umat Melayu yg beragama Islam di Malaysia ni???

Anonymous said...

Pas sedar ia terpaksa menjalankan peranan yang sepatutnya dijalankan oleh brisan dahulu.

OK, biar brisan terus berbicara. Percayalah, walau sedikit mereka membuka mulut, semakin banyak penipuan akan terserlah.

PRK seterus2nya, kita lihat apa tindakan jawatankuasa yang dicadangkan itu.

Ini yang akan mempercepatkan perlaksanannya.

Anonymous said...

Sudak dijangka UMNO Baru akhirnya berjaya menggunakan PAS untuk menyelamat UMNO Baru sendiri dan menanam perasaan curiga dikalangan PKR. "Jawatankuasa" akan meleggah2 perkara ini sahingga PRU 14 untuk mengkuburkan PAS yang sekarang sudah nyata tidak mempunyaii pendirian.

Adam Neuser said...

Salam Pak Aspan,

Pada saya, 'bancuhan' Hudud perlu dimasukkan kedalam 'acuan' yang bersesuaian dengan iklim politik geografi Malaysia ini supaya ia relevan dan tidak dipersoalkan kredibilitinya dimasa depan.

berkenaan pihak yang membantah itu biarlah mereka begitu kerana ini negara demokrasi yang mana hak kebebasan suara semua adalah terjamin dalam perlembagaan. mereka punya hak untuk membangkang dan kita punya hak untuk menyokong. selagimana ia melalui proses undang2 ia tidak mengapa. hasil akhir hanya Allah SWT sahaja yang maha tahu.

Suffian said...

Keputusan menangguhkan pembentangan hukum Hudud di parlimen dan juga alasan supaya pemahaman menyeluruh kpd masyarakat tentang hudud diberikan dahulu saya dapati agak mengecewakan. Akan ada pihak nanti akan berkata hingga wujud keadaan yg kondusif barulah Hudud boleh dilaksanakan. Soalnya, ada ke pihak yg layak mengishtiharkan keadaan kondusif tersebut sudah tercapai lantas Hudud boleh dilaksanakan . Hakikatnya pihak tersebut tidak pernah wujud pun. Tkasih.

Kalam Putih said...

Ada ilmuan yg mengajarkan kpd umat Islam bahawa penangguhan pelaksanaan hukum hudud umpama menagguhkan kefarduan menunaikan haji jika terdapat halangan-halangan tertentu seperti perjalanan yg tidak selamat.

Kenapa memberikan perumpamaan spt menunaikan haji? Kenapa tidak memberikan perumpamaan seperti kefarduan menunaikan solat? - Yg wajib dilaksanakan walau dlm apa jua keadaan sekalipun.

Kenapa ilmuan Islam sedemikian kreatif dan bersungguh sekali mencari hujah utk mengajarkan kpd umat Islam hudud perlu ditangguhkan pelaksanaannya. Kenapa tidak berbuat perkara sebaliknya.... yakni mencari hujah utk mengajarkan kpd umat Islam tentang kewajipan melaksanakan hukum Allah yakni hudud oleh pemerintah ???

awang batuburok said...

Mengajak UMNO bersama sama dlm Jawatankuasa Teknikal Perlaksanaan Syariah Islam / Hudud, samalah seperti meletakkan sang kera menjaga jambangan bunga....habis rosak binasa.
Seperti kata searang ahli MT UMNO baru baru ini, UMNO takkan laksanakan hukum islam, kalau nak buat kenapa mesti tunggu lebih 50tahun memerintah, baru nak bekerjasama dlm jawatankuasa teknikal?.....podahhh!!!

Cik tipah jena tipu lagiiiii