Untuk memenangi pilihanraya yang
akan datang merupakan isu terbesar dikalangan pimpinan UMNO di semua peringkat.
Berbagai-bagai kenyataan didengari yang datang dari pemimpin setiap peringkat
bagi memberikan pandangan dan cadangan bagaimana UMNO boleh mempertahankan
kuasa dalam pilihanraya yang akan datang, terutamanya di negeri-negeri yang
telah jatuh ke tangan pihak pembangkang.
Yang terbaru ialah penekanan
Tajudin Abd Rahman, Ahli Majlis Terrtinggi UMNO yang meminta Najib menukar
pimpinan peringkat negeri yang tidak berfungsi dengan baik, yang tidak mampu
mempertahankan kekuatan UMNO atau untuk mengambil alih kerajaan-kerajaan negeri
yang telah berada di tangan pembangkang itu.
Ini merupakan cadangan yang amat
merumitkan kerana jika ditukar pimpinan UMNO negeri-negeri itu satu
persoalannya ialah, siapa yang hendak menggantikan pimpinan yang ada sedangkan
semuanya adalah dalam kategori yang sama. Menggantikan dengan pimpinan yang
lain dalam sesebuah negeri itu tidak akan merubah apa-apa kerana mereka mempunyai
budaya yang sama.
Malahan ia bukan sahaja
bermasalah diperingkat negeri-negeri, masalah ini juga adalah masalah yang
besar diperingkat persekutuan dan tidak ada siapa yang boleh mengganti sesiapa
jika dilihat dan dicari dikalangan pimpinan dalam Majlis Tertinggi parti itu.
Apa yang disuarakan oleh Tajuddin itu betul, sebetul-betulnya tetapi apa yang
Tajudin tidak boleh menjawabnya ialah siapa di kalangan mereka yang boleh
menggantikan pimpinan negeri-negeri dan persekutuan itu.
Jika di Perak itu UMNO lemah
dibawah pimpinan yang ada Tajudin sendiri tentunya tidak mampu untuk
membetulkan keadaannya kerana Tajudin juga merupakan pemimpin yang berbudaya
yang sama seperti yang ada. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Perak tetapi
juga di negeri-negeri lain dan persekutuan.
Sesungguhnya UMNO sudah kosong
dalam hal kepimpinannya dan tidak mungkin boleh melakukan perubahan keatas
parti itu lagi. Yang ada kepada UMNO hanyalah pemimpin yang mempunyai kuasa
kerajaan yang telah menghilangkan roh dan dan perjuangan serta tidak lagi
mempunyai jiwa perjuangan seperti yang telah digariskan oleh parti itu.
Masing-masing pemimpin dalam
negeri-negeri dan persekutuan itu menyalahkan sesama sendiri tanpa keupayaan
menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi. Mereka merasakan yang mereka
sedang berada dihujung tanduk tetapi mereka tidak terjumpa formula
penyelesaiannya selain dari menyalahkan sesama sendiri.
Teringat pula cerita pergaduhan
diantara ‘ayam dengan kambing’ Kambing menyalahkan ayam kerana ayam walaupun cantik
dengan bulu dan balongnya yang lawa tetapi ayam tidak berkasut dan tidak
lengkap sifatnya. Ayam pula membalas yang kambing itu apa kurangnya. Walaupun
kambing berkasut dan cantik bulunya dan tanduknya tetapi kambing jantan itu
tidak ada rasa malu, kerana menunjukan telurnya yang berbuai-buai itu kepada
khalayak ramai.
Akhirnya kedua-dua ayam dan
kambing itu akan disembelih dan dimakan oleh manusia yang kelaparan. UMNO juga
begitu, akhirnya nanti UMNO itu akan jatuh dan akan dipandang seperti sampah
ditepi jalan yang tidak akan ada yang mengambil perhatian lagi.
Pendeknya UMNO sudah sampai
ketahap tidak menjumpai jalan penyelesaiannya lagi. UMNO wajar mencari seorang
yang boleh mencari penyelesaian kepada isu besar parti ini dan juga kepada
masalah-masalah negara yang terlalu besar dan berat untuk diselesaikan.
Penyelesaiannya hanya akan mampu dilakukan oleh seorang pemimpin yang tidak
mempunyai kontroversi dan dihormati oleh semua pihak.
UMNO terpaksa mencari pemimpin
luar dari Majlis Tertinggi bagi proses pencarian jalan untuk mengekalkan UMNO
dalam kerajaan. Jika pimpinan UMNO di setiap peringkat benar-benar jujur dan
serius untuk melihat partinya terus relevan maka itulah caranya yang ada untuk
mencapai matlamat itu.
Tidak mungkin UMNO boleh kekal dengan BRIM nya kerana itu
juga adalah rasuah terbesar terhadap rakyat untuk mengekalkan kerakusan kuasa
pimpinan hari ini. Bak kata Tun Dr Mahathir, BRIM merupakan rasuah yang tidak
ada tolok bandingnya yang dihalalkan oleh kerajaan kerana kelemahan pimpinan
parti itu sendiri.
Barisan pimpinan hari ini tidak
akan membawa UMNO kepada ‘lubang kubur’ yang dalam dan apabila ianya terjadi
UMNO tidak akan mampu bangun lagi. Ia terbukti di Selangor. UMNO di negeri itu
dianggap seperti ‘kucing kurap’ oleh rakyat Selangor.
Pemimpin-pemimpinnya terus
mendiamkan diri kerana mengalami luka dan kecederaaan dan sedang menumpukan
masa menjilat luka-lukanya sendiri. Pemimpin hari ini sanggup dan merelakan
partinya hancur semata-mata mahu mengekalkan kuasa dan rakusnya itu.
Najib dan pimpinan hari ini
mungkin merupakan pemimpin UMNO yang terakhir dalam kerajaan jika tidak berani
dan mempunyai kudrat untuk berundur dan berkorban untuk parti yang telah
menaikan beliau dan rakan-rakan mereka sekarang ini.
Tidak ada siapa yang mengambil
perhatian terhadap kata-kata dan tindakan Najib sekarang ini selain dari mereka
yang mendapat laba yang masih menyokong beliau.
UMNO sedang menghadap penyakit
tua, hanya pandai bengis dan marah-marah dengan semua pihak kerana pemikiran
dan tubuh mereka sudah tidak lagi berfungsi seperti biasa. Sesungguhnya
kepimpinan Najib sedang menghampiri ‘brain death’ yang hanya mampu kelu dan
tidak berfungsi lagi walaupun masih belum diisytihar mati secara resminya.
Ianya hanya hidup diatas ‘life
support’ yakni hanya kuasa-kuasa yang masih ada sebagai parti yang masih dalam
kerajaan. Jika ‘life support’ ini dicabut maka matilah ia. Satu lagi ‘life
support’ yang ada ialah kerana kelemahan Pakatan Rakyat yang dalam ‘as good as
dead’ sekarang ini.
Pandai-pandailah mencari pemimpin
yang secocok untuk membawa perubahan dan membawa politik negara ke situasi yang
baru dan meyakinkan. Ingat kepada janji Tuhan, yang selagi masih ada manusia
yang berzikir kepadaNya walaupun seorang, dunia masih tidak akan kiamat.
7 comments:
satu istilah yang cukup baik untuk menggambarkan keadaan ahli-ahli,penyokong dan pemimpin-peminpin umno baru terutamanya Najib, KUCING KURAP yang langsung tak dihormati oleh sesiapapun. Hatta gedelangan jalanan juga menggangap Najib lebih hina dari kucing kurap.
Saudara AA,
Ahli UMNO yang paling layak ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Noktah.
Terlalu sukar utk umno berubah hatta ada pemimpin yg oustanding skalipun selepas ini pasti mgambil masa yg lama utk mgubah kerana luka yg mbusuk dan bernanah itu sgt dalam..satu pekara yg menarik mgenai pemimpin umno ialah mereka suka mnjadi jaguh2 mee segera kemudian berucap/mberi statemnt seolah2 belom mimpi basah, watak2 hero bangsa seperti itu too yesterday pd zaman sekarang..ditambah dgn pyakit2 abg2 kwsn di peringkat bwhan yg masih melekat brkarat smpi sekarang masakan tidak ketua bahagian bole minta habuan sex utk meluluskn prmohonan prumahan...open secret-umno tak kuat cuma pakatan yg lemah...terrrrlaluuuu byk kerja pganti najib nnti itupn kalau...
Lantik Rosmah je...
Umno tidak akan kalah selagi ramai orang2 Melayu bodoh dan dungu boleh didendangkan dengan janji2 dongeng. Selagi orang2 Melayu boleh dibeli maruah mereka dengan sepuloh, lima puloh ringgit dan sekamping beras hancur 5 kilo selagi itulah umno boleh berpaut pada kuasa. Jangan kata melayu generasi tua saja yang terkena penyakit tolol ini,yang muda2 di kampung pun sudah dihunggapi oleh sindrom yang lebih parah. Bukankah kejahilan dan kemiskinan merupakan senjata ampuh umno untuk menang?
Saya setuju, tidak ada yang lebih layak selain daripada Ym Tengku Razaleigh Hamzah.Nokhtah.
Saya lihat Shafie Afdal layak jadi PM. Wakil Sabah .
Post a Comment