23 November 2014

UMNO: Tepuk dada tanyalah selera

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui yang UMNO dalam keadaan kritikal dan mempunyai peluang untuk ditolak rakyat jika tidak melakukan pembetulan dan perubahan. Pandangan ini merupakan pandangan yang jujur dan saya menyertai pihak ramai yang menyambut pandangan TS Muhyiddin ini secara terbuka itu.

Muhyiddin menyebut tentang perbezaan dahulu dan sekarang dalam UMNO, terutamanya perbezaan dipihak Pergerakan Pemuda parti. Pemuda dilihat begitu senyap seolah-olah UMNO tidak mempunyai masalah dan keadaan ini sudah berlaku sejak beberapa lama dahulu. Muhyiddin sedar yang Pemuda UMNO dulu-dulu nya sangat berani dan sensitif terhadap isu yang berada di depan mereka yang mereka tidak akan teragak-agak untuk menyuarakannya secara terbuka.

Malahan Pemuda telah berani menukar pimpinan yang mereka anggap sebagai tidak bermaya pada tahun 1976 dahulu dalam mana mereka telah menonjolkan Jaafar Albar sebagai Ketua Pemuda nya walaupun Syed Jaafar Albar telah berusia 62 tahun semasa itu. Pemuda berani bertindak dan maju ke depan apabila mereka tidak berapa setuju dengan Hussein Onn dalam beberapa isu penting termasuk isu Dato Harun Idris. Pemuda menganggap tindakan Hussein terhadap Harun Idris semasa itu sebagai satu tindakan penganiayaan politik terhadap Ketua Pemuda semasa itu..

Pemuda mempunyai suaranya sendiri dan apa yang disebut oleh Muhyiddin itu ada kebenarannya. Pemuda sekarang tidak boleh dibandingkan dengan pemuda zaman Harun Idris atau zaman Suhaimi Kamarudin dan Jaafar Albar yang dianggap sebagai singa UMNO itu. Saya kira Pemuda sekarang bukan tidak pandai tetapi mereka telah terperangkap dengan budaya menjadi jurucakap UMNO induk. Pemuda sekarang lebih mempertahankan pucuk pimpinan dari mempertahankan orang Melayu dan ahli-ahli UMNO dibawahan.

Jika diberitahu pun pimpinan pemuda Umno sekarang ini, mereka akan menganggap kita ketinggalan zaman kerana pada mereka yang mengikut zaman ialah dengan mempertahankan pucuk pimpinan walaupun pucuk pimpinan itu melakukan dosa dan noda terhadap ahli-ahlinya serta orang melayu dan rakyat amnya. Pemuda sekarang hanya melakukan gerak kerja parti dengan mengampiri ahli-ahlinya tanpa sebarang gerak kerja dan program yang mempunyai hubung kait dengan Pemuda.

Pemuda zaman dahulu mempunyai ‘consequence’ yang besar terhadap politik negara khususnya orang-orang Melayu. Pemuda UMNO di zaman Datuk Harun merupakan agen perubahan besar terutamanya dalam proses memperbandarkan orang Melayu, kerana sebelum berlakunya 13 Mei 1969 dahulu jumlah penduduk orang melayu dibandar-bandar besar di negara ini amat kecil.

Hasilnya kita telah melihat dengan jelas yang orang Melayu mempunyai pengaruh besar dibandar-bandar kerana kita boleh melihat di Kuala Lumpur sahaja kita mempunyai ahli-ahli legislatif persekutuan dari kaum Melayu dan dari UMNO. Sebelum itu ia merupakan pemimpin disiang hari sahaja untuk melihat wakil orang Melayu di Dewan Legislatif dari Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar di negara ini.

Pemuda di suatu zaman dahulu merupakan agen bagi mempastikan perlaksanaan dasar kerajaan itu dilaksanakan dengan betul. Dalam perlaksanaan dasar untuk mengimbangi bilangan bumiputra dalam bidang aktisad semasa itu Pemuda UMNO telah turun padang untuk mempastikan semua syarikat-syarikat awam dan korporat besar mengadakan program menambah bilangan penyertaan orang Melayu dalam tahap pengurusan sekarang-kurangnya 30 peratus itu terlaksana dengan baik.

Maka telah banyak syarikat-syarikat bertindak mengadakan 'management trainees' untuk membawa bumiputra yang terlatih dalam bidang iktisad dan separa iktisad untuk menjalani latihan dalam pengurusan yang akhirnya di serap dan berkerja dalam syarikat-syarikat tersebut. Maka kita telah melihat begitu cepat dan bercambahnya anak-anak muda yang telah diberikan peluang untuk berada di tahap pengurusan syarikat-syarikat awam semasa itu.

Tetapi dasar itu telah terabai dan pemuda UMNO pula tidak nampak isu ini sebagai isu besar untuk mereka ketengahkan dan disebaliknya mengambil jalan mengkritik pihak-pihak swasta sebagai penjenayah yang prejudis terhadap bangsa Melayu. Sesungguhnya ‘respect and recognition has got to be earned’. Pemuda di zaman itu sangat dihormati atau digeruni oleh semua pihak kerana mereka semasa itu mempunyai kurang agenda peribadi masing-masing selain dari untuk melihat orang melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Jadi bagaimana kah Muhyiddin hendak membetulkan keadaan ini kerana mengkritik pemuda UMNO itu dianggap sebagai jenayah kepada orang Melayu. Pemuda sekarang lebih seronok mendapatkan ‘amusement’ dari pengampu dan ‘sycophants’ disekiling mereka.

Mahu tidak mahu kita perlu mengakui yang rasa hormat kepada kepimpinan sangat rendah malah pimpinan hari ini sedang berhadapan dengan krisis keyakinan yang amat serius. Itu sebabnya segala perancangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan pimpinan hari ini sudah di persepsikan sebagai slogan kosong yang tidak akan pergi kemana-mana.

Malahan segala dasar-dasar yang dikatakan oleh Najib dan barisan pimpinan beliau sebagai dasar-dasar transformasi itu tidak mendapat kejayaan semuanya. Tidak ada pihak yang yakin lagi terhadap segala pengumuman dasar-dasar yang baru yang dibuat oleh pimpinan kerajaan hari ini kerana semuanya itu sudah mempunyai hasil yang ‘predictable’, iaitu kegagalan.

Malahan sudah ramai yang berpendapat ‘if we want to break the country continue giving the job to the current leaders. If we want to break it further let them fix it back’.

Justeru apa yang dikatakan oleh Muhyidin itu betul dan benar. Kali ini mungkin barisan kepimpinan hari ini akan jatuh dan membawa kejatuhan UMNO bersama mereka. Mereka masih tidak rela untuk turun dan meninggalkan UMNO dalam keadaan selamat.

Jika mereka jatuh mereka mahukan UMNO itu jatuh sekali. Susah untuk mengeluarkan pandangan ini, tetapi apakan daya ia merupakan kebenaran, dan jika kita mahu melihat kebenaran dengan apa yang saya sebutkan ini, berikanlah pimpinan hari ini terus memimpin. Selepas pilihanraya nanti kecenderungan UMNO akan menjadi sejarah itu adalah besar.

Tepuk dada tanya selera.

4 comments:

maae said...

Saya sebagai Melayu dan penyokong Umno, betul seperti yang tuan AA tulis merujuk kebenaran kegusaran TPM.

Kekuatan Umno itu sendiri bersendikan Pemuda dan Wanita Umno. Pihak teratas membuat perubahan dari keresahan atau kehendak akar umbi dalam acuan perjuangan penubuhan demi menyatukan Melayu Islam / Islam dan Bumiputera yang di kategorikan, sentiasa dalam saf-saf menjaga nusa dan bangsa dalam acuan sendiri.

Seperti tuan katakan, sebagai contoh, pelatih pengurusan dan kuota bumiputera dalam sektor koporat swasta di amalkan terdahulu, amat efektif implimentasi nya sehingga menggandakan Melayu menjadi professional dalam bidang-bidang kritikal iktisas dan kemahiran berkaitan.

Tanpa program ini, kini hanya tinggal kemahiran tinggi dan teknikal berinsentif untuk majikan pihak swasta seperti sekarang masih menyaksikan peluang tetapi terhad di satu peringkat dengan gaji jauh berbeza berbanding bukan melayu. Tanpa program ini, pasti nya pihak swasta terus tegar memonopoli keadaan dalam keadaan mengembangkan pengaruh sentrik mereka menjurus kuasa kejayaan kaum sendiri.

Akhir-akhir ini, sedih nya bangsa luar sudah mula di serap pula, masih ingin menafikan peluang-peluang anak-anak tempatan berkelulusan, berkemahiran yang di latih kerajaan dan pihak terlibat.

Sesungguh nya Pemuda Umno suka berkokok di siang hari, sudah tiada naluri waktu-waktu nya. Dalam kekurangan, masih berbangga dengan bulu cantik berekor berlawi panjang, yang nilai nya sememang tiada lagi untuk di jadikan pedoman alam dan di nobat jagoan. Kini cuma ayam katik serama, sebagai perumpamaan. Mahal demi lagho sahaja !

Umno mesti membuang tabiat menepuk dada, kerana menepuk dada itu di larang Islam, menyebabkan jatuh nya keimanan !

Perangai buruk tersebut lantas sahaja menjadikan nafsu dan perasaan di kuasai iblis, ifrit dan syaitan yang teruja sangat merosakkan segala kebaikan dan fitrah manusia.

Umno MESTI balik ke landasan asal yang mesti di bina, ubahsuai lebih luas dan lebih kukuh dan mampu memberi servis kekuatan kepada yang terbaik, gabungan baru dan yang berpengalaman, saling berpaduan. Menjaga platfom dan laluan akar umbi lebih kukuh, demi menghasilkan benih-benih berkualiti, subur dan membawa manfaat manusia untuk dunia bernehara dan juga akhirat.

Anonymous said...

Thank you for this post. Unfortunately it is so true. UMNO has lost its soul. The Leaders would rather see UMNO and the Country destroyed, than stepping down from their thrones.

And the rest of Ahli UMNO and its Pemuda are without direction -- clueless to the state of crisis the ruling party is in. And with no guts to face the truth.

We the rest of the citizens must look for change elsewhere. Less than 2 years to make it happen.

Dato Aspan, why dont you star the movement -- to gather the courage of those UMNO non members?.

Anonymous said...

UMNO hendaklah bergabung dengan pas bg menyelamatkan diri dari tenggelam diarina politik. Ramai dari kalangan ustaz2 & ulama2 yg dah tak sabar nk jadi menteri. Jadi eloklah dilakukan sekarang sebelum terlambat.

bat8 said...

UMNO mesti balik ke landasan asal? Landasan asal yang mana? Inilah landasan asal UMNO Baru s3jak ditubuhkan. Sebenar apa yang kita lihat dan alami hari ini adalah pencapaian matang matlamat penubuhan UMNO Baru.

Tengok kekayaan pemimpin2 UMNO dari peringkat cawangan hinggaa nasional. Hebat2 belaka dengan kekayaan dan kesenangan yang tak habih dimakan 7 keturunan.