27 November 2014

LGE vs Khairy, Ketua Pemuda UMNO itu benar

Khairy Jamaludin merasakan kekecewaan terhadap Lim Guan Eng kerana menggelarkan beliau sebagai rasis dan menyamakan Khairy dengan Isma dan yang lain. Saya tidak nampak di mana rasisnya kenyataan Khairy itu kerana beliau bercakap tentang agenda Melayu dan keistimewaan orang Melayu sebagai yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Bagi saya, Khairy hanya mahu melangsungkan apa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan jika ada pihak yang mempersoalkan isu ini ia adalah perlanggaran terhadap perlembagaan persekutuan itu secara ‘head-on’. Itulah sebabnya kadangkala saya bersetuju untuk mengekalkan ‘akta hasutan’ yang sedang hebat didebatkan sekarang ini.

Lim Guan Eng selalu beretorik tentang ‘rule of law’ dan tidak henti-henti meminta semua pihak menghormati Perlembagaan Malaysia, tetapi dalam isu ini Lim Guan Eng sudah terbawa-bawa dengan perasaan prejudis terhadap Khairy atau sesiapa yang bersama dengan pandangan dan tindakan Khairy itu.

Lim Guan Eng tidak boleh menyalahkan pihak yang berusaha untuk melakukan sesuatu yang dipandu oleh Perlembagaan Negara. Jika Guan Eng masih memanggil Khairy sebagai rasis ia bermakna LGE ini sentiasa mencari peluang untuk mengkritik dan meremehkan perjuangan partinya sendiri.

Ini bukannya masalah siapa yang benar dan yang salah di antara Setiausaha Agung DAP dan Ketua Pemuda UMNO ini, tetapi ia melambangkan dan memperlihatkan apa yang ada di dalam pemikiran dan sikap seseorang pemimpin itu. Guan Eng sepatutnya tidfak menunjukan apa yang tersirat dalam pemikiran dan sikap beliau terlalu terang yang beliau mempunyai prejudis besar apabila seseorang pemimpin Melayu yang ingin menjayakan agenda Melayu yang khas diperuntukan oleh perlembagaan itu.

Dalam isu ini saya lebih cenderung untuk menyatakan yang Guan Eng lebih rasis dari Khairy kerana membawa isu rasis walaupun itu adalah isu dalam parti UMNO yang ingin mencari penyelesaian terhadap peruntukan perlembagaan negara itu.

Jika Guan Eng tidak dapat menerima pandangan blog ini ia sesungguhnya membuktikan apa yang di persepsikan oleh orang melayu kepada pemimpin ini sebagai lebih rasis dari mereka yang rasis.

Guan Eng wajar berpijak kepada bumi yang nyata, yang negara ini ada peruntukan keistimewaan orang Melayu dan memberikan perlindungan kepada rakyat yang lain. Tetapi jika isu ini pun membuatkan beliau merasa marah, maka saya ulangi, LGE ini sememangnya ada dalam dirinya sifat prejudis yang menebal terhadap orang Melayu, kerana beliau tidak mahu pun orang Melayu membincangkan dan berusaha untuk membina bangsa Melayu itu.

Sekarang ini elok Guan Eng menerima kenyataan yang beliau lah yang sebenarnya rasis. Beliau tidak mahu melihat bangsa Melayu untuk berbincang untuk kemajuan mereka.

Guan Eng perlu diberitahu yang bukan kaumnya sahaja yang mahukan kemajuan, orang Melayu pun mahukan kemajuan. Salah benar cara orang Melayu melaksanakan agendanya itu terpulang kepada orang melayu untuk belajar, walaupun terpaksa melalui berbagai rintangan untuk mencapainya.

Guan Eng wajar melakukan introspeksi pada diri beliau sendiri dari menumpukan pandangan mencari kesalahan orang lain. Saya tidak mempunyai apa-apa perasaan benci terhadap LGE tetapi sekadar mengingatkan pemimpin yang sarat dengan publisiti ini supaya lebih matang dan berhati-hati dalam membuat kenyataan beliau.

Sebagai seorang rakyat biasa, seperti juga orang ramai yang lain, saya impikan keadaan yang damai dan harmonis dalam negara yang berbilang kaum ini. Apabila keluar kenyataan seperti ini dari pemimpin utama sebuah parti besar seperti LGE ia akan membuatkan setengah rakyat merasa curiga dengan laungan beliau selama ini, iaitu laungan ‘multiracialism’ yang tiada hentinya itu.

Dengan kenyataan beliau itu tentunya telah timbul perasaan saling tidak percaya dan mempercayai di antara rakyat berbilang kaum di negara ini. Bagi Khairy teruskanlah perjuangan agenda Melayu itu jika anda berkemampuan. Saya pun, seperti ramai yang lain menantikan apakah tindakan susulan yang beliau dan pemuda lakukan selepas ini.

Khairy perlu ingat, anda telah menerima ‘testimonial’ yang baik terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan secara 'organic' dan jelas dilihat. Yang penting bagi beliau ialah untuk membuktikan yang beliau adalah berbeza dengan pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO di barisan tertinggi parti itu.

Bertanya kepada yang tahu, dan jangan berpijak di atas awang-awangan. Berpijaklah di atas bumi yang nyata. Jadikan alam yang terbentang luas sebagai guru. Ingat, jika UMNO itu gugur anda sendiri tidak akan kemana-mana.

7 comments:

Anonymous said...

technically mmg saya incline utk berkata khairy benar.

tp mengenali khairy, dan menyedari ucapan itu diutarakan ketika pau di mana semua pemimpin umno berlakon,

saya rasa seperti membuang masa membenarkan khairy. hakikatnya dia juga tidak kurang liberal, jiwa melayunya hanya muncul ketika pau.

kj dan lge sebenarnya sama rasa sama rata.

maae said...

Betul Tuan AA. Lim Guan Eng selalu lupa diri dan sentiasa memperlekeh Melayu yang dia sendiri menginjak-injak, baik dari segi kata-kata, apalagi perbuatan ekstrim yang di paparkan, seolah nya kiasu kebal ! Bukan kita tidak tahu jenis "cina" ini dan lakonan politik nya yang hanya menjurus kepada kepentingan diri dan kaum nya sahaja. Kesalahan kaum cina tetap dia bela dengan apa jua cara !

Lain hal, saya masih meragui KJ dalam memperjuangkan hak-hak Melayu. Ikhlas atau retorik PAU ?

Senario Malaysia, Melayu itu Pemilik(jangan di nafikan) dan menjadi Pentadbir (ketuanan) masih terbelenggu dengan keikhlasan perjuangan yang di gegarkan dalam PAU kali ini. Boleh KJ bersatu dengan akar umbi Melayu ? Boleh menyokong TPM tanpa berbelah bagi? Memang anak-anak muda Melayu menaruh harapan begitu. Juga ingin menjadi ahli Umno tidak kira tahap apa. Masing-masing sudah tentu inginkan masa depan gemilang. Kenapa masih ragu-ragu dan teragak-agak membantu sepenuh kesungguhan. Saya pernah e-mail sidang redaksi Umno agar ahli-ahli Umno di rekrut mudah "on-line" dan sebarang kesahihan boleh saja mereka merujuk Jabatan Pendaftaran. Itu lah teknologi. Alhamdulillah PM juga sudah membuka ruang.

Terimakasih Tuan AA kerana berdiri di platfom realiti politik sekarang. Melayu tidak suka dan di larang Islam membenci sesama manusia.

Cuma, sampai bila LGE dan sekutu nya boleh menerima hakikat bahawa Melayu itu berhak menjaga hak-hak terpelihara setelah berkorban apa saja, sehingga menempatkan bangsa dan warisan mereka menjadi warganegara yang tidak di nafikan kemajuan dan pembangunan berimbang untuk mereka termasuk yang lain ?



Anonymous said...

1 je nk ckp kat LGE... PERGI MAMPUS SAMA DIA..

Anonymous said...

Org melayu dh x blh tuntut apa2 dah...hudud ke...hak bangsa ke...semua rasis...cina tuntut hak mereka xplak rasis.

Tp tgklah sehari dua nnt...adalah mulut2 celupar melayu sendiri berlagak islamik.

Umno pun satu...dia yg berak pastu prrsoal bau2 busuk. Jgn wayang jrr dh la.

lufang said...

Sikalang ,kita tatak bolih cakep pasat Melayu saja leaa aa , itu racist maa aa.

Kita kena cekap pasat Malaysian ,Malaysia itu macam baru betut ,loor rr.

Hannah yo atak cekap ,there's no Indian ,no Malay and zelo Chinese ,mesti mau ikut Maa aa.

Anonymous said...

Sebagai seorang warganeraga berkaum Cina, saya bersetuju kemajuan orang Melayu sebagai kaum majoriti negara ini akan menjamin kemajuan Malaysia juga. Tidak salah jikalau UMNO benar -benar memperjuangkan kemajuan kaum Melayu yang diwakilinya. Yang menjadi masalah ialah penyalahgunaan hak-hak istimewa itu melalui penyelewengan dan kontrak alibaba. Ini akan membazirkan segala usaha kita untuk membina modal insan bumiputra dan menguntungkan pihak kroni sahaja.

Anonymous said...

Aku stuju dgn anonymous yg last