05 November 2014

Lakukan apa sahaja yang dihalalkan untuk menyelamatkan negara

Negara kita bukan setakat memperbaiki keadaan politik, ekonomi, sosial dan apa-apa lagi yang perlu tetapi ia memerlukan transformasi yang drastik dengan memulakan sebuah negara yang berlandaskan kepada keadaan yang realistik dan nyata.

Kita sedang berada di ambang kehancuran dalam semua bidang dan kehidupan dan tidak ada siapa di kalangan yang sedang mentadbir untuk bertanggungjawab menunaikan mandat yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya yang lepas-lepas.

Semua perlu meningkatkan tekad dan usaha untuk bersama-sama menjadikan transformasi dalam semua hal di negara ini menjadi kenyataan bagi kita keluar dari kepompong dan ‘ambience’ politik yang tidak menentu sekarang ini.

Ia memerlukan peralihan dan anjakan dari keadaan yang sentiasa mengelirukan sekarang ini kepada keadaan dan situasi yang boleh menambah keyakinan kita yang negara kita masih boleh diperbaiki. Sesungguhnya pimpinan kita sedang menghadapi krisis kepimpinan yng amat serius dikalangan rakyat biasa secara keseluruhannya.

Apa sebenarnya yang hendak diperbaiki bagi negara ini? Persoalan ini penting kerana kita wajar memahami segala masalah secara terperinci dahulu sebelum kita memulakan usaha untuk transformasi itu. Kita tidak mungkin dapat memperbaiki atau melakukan transformasi jika kita tidak tahu masalah sebenarnya yang kita hadapi.

Itulah menjadi masalah bagi kerajaan sekarang kerana negara dipimpin oleh mereka yang tidak tahu apakah masalah-masalah yang kita hadapi secara spesifik. Itulah sebabnya kita melihat pimpinan kita memberikan kesemuanya penyelesaian jangka pendek untuk rakyat tanpa mempunyai perancangan yang mantap untuk diguna pakai buat satu jangka masa yang berpanjangan.

Dulunya blog ini pernah memberikan anggapan yang penyelesaian yang diberikan oleh kerajaan kita hanyalah ibarat memberikan ubat tahan sakit sahaja tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk mengubati penyakit sebenarnya. Maka kos memberikan ubat sakit itu terlalu tinggi sehinggakan kita terpaksa membayar semua kos dari tindakan penyelesaian secara adhoc dan tidak berpanjangan itu.

Beberapa hari yang lepas Tengku Razaleigh telah bersuara dengan jelas dan memberikan pandangan yang negara kita sedang menghadapi masalah yang terlalu besar dalam semua bidang pembangunan negara. Ahli Parlimen Gua Musang itu telah menulis surat kepada semua Ahli Parlimen negara termasuk Yang diPertua Dewan Legislatif Persekutuan  sambil memberikan kritikan yang sangat berharga untuk negara kita.

Tentunya beliau menulis surat itu sebagai cara yang terakhir untuk mencari penyelesaian yang negara sedang hadapi sekarang ini. Bukan mudah bagi beliau untuk melakukannya memandangkan beliau adalah Ahli Legislatif yang paling 'senior' dalam Parlimen Malaysia itu. Tindakan beliau menulis surat itu dengan menggariskan segala permasalahan kepada semua Ahli Dewan itu sahaja sudah cukup untuk kita fahami yang keadaan sekarang wajar diselesaikan secara deras dan cepat.

Tindakan TR itu sepatutnya isu yang paling utama untuk di fahami oleh semua Ahli-Ahli Dewan Legislatif Persekutuan itu untuk melakukan sesuatu yang boleh menyelamatkan negara kita yang seolah-olah tidak berkerajaan lagi ini. Kritikan TR itu merupakan kritikan yang paling bertanggungjawab dan ianya amat menyentuh perasaan rakyat yang memerlukan perubahan yang drastik semata-mata untuk merasakan hidup dalam negara yang benar-benar tidak terabai.

TR telah memberikan teguran dalam banyak perkara dan kesemua perkara yang disentuh oleh beliau itu adalah isu-isu yang sangat besar yang kita hadapi dan memerlukan kepimpinan yang mempunyai kudrat untuk bertekad melakukan perubahan.

Rasuah merupakan isu yang paling utama yang beliau sentuh kerana rasuah sudah tidak dapat dibendung lagi dan budaya rasuah itu sudah sampai ketahap tidak dapat diselesaikan oleh yang sedang memimpin kita ini. Isu rasuah sudah begitu lama dan bertambah serius dan kita tahu tidak ada sesiapa dalam barisan mereka yang berkuasa sekarang ini serius untuk memperbaiki keadaan ini. Rasuah merupakan penyebab besar kenapa kos kehidupan rakyat negara ini terlalu tinggi dan tidak dapat dicari penyelesaiannya oleh mereka yang membiarkan budaya itu berkembang.

Harga kontrak yang dinaikkan harganya untuk memenuhi kepentingan mereka yang makan untung diatas angin (rent seekers) merupakan penyebab utama yang membuatkan harga satu-satu kontrak pembangunan itu menjadi mahal dan yang akan membayar kos yang tinggi itu adalah kita rakyat biasa yang sudah terlalu terhimpit dengan kos kehidupan yang keterlaluan tinggi sekarang ini.

Tengku Razaleigh juga mencadangkan supaya perlaksanaan GST hanya dilaksanakan setelah sampai waktu yang sesuai untuk dilaksanakan sepenuhnya. Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu pada tahun-tahun yang mendatang ini, perlaksanaan GST itu mungkin menambah beratkan keadaan rakyat yang sudah tersedia dengan masalah kos himpitan yang tidak pernah dijangkakan akan sampai ketahap sekarang ini.

Kerajaan sepatutnya sedar yang pimpinan sekarang ini memperuntukan bajet untuk pembangunan hanya setakat 15 peratus sahaja tetapi kita pernah merasakan peruntukan untuk pembangunan sebanyak 30 peratus atau pun lebih. Dalam Bajet bagi tahun 2015 hanya diperuntukan sebanyak RM50 billion dari jumlah RM273 billion dan ini bermakna kerajaan menggunakan lebih dari 80 peratus peruntukan bajet itu untuk mengurus tadbir kerajaan.

Ini juga membayangkan dengan tepat yang ketirisan yang begitu jelas sedang dan akan berlaku dalam pengurusan kerajaan kita walaupun pemimpin kita mendengar keluhan rakyat tentang keborosan pentadbiran kerajaan pimpinan sekarang.

Persoalannya sekarang, bagaimana kah keadaah buruk ini dapat di perbetulkan selain dari semua Ahli-Ahli Dewan Legislatif kita mengambil tanggungjawab dan bertekad bagi pembetulannya? Banyak isu yang di sentuh oleh TR dalam surat beliau kepada semua Ahli-Ahli Parlimen itu. Pandangan beliau itu adalah pandangan seorang yang sarat dengan pengalaman dalam membentuk dan membina asas-asas ekonomi negara semasa beliau diberikan tanggungjawab itu dahulu.

Elok kita teliti kembali apa yang disentuh oleh Tengku Razaleigh dalam surat beliau itu kerana blog ini tidak dapat memuatkan semua pandangan beliau kerana kesuntukan ruang dan waktu yang blog ini hadapi.

Apabila beliau memahami apa masalah sebenar yang negara hadapi, maka adalah ‘natural’ bagi beliau mampu untuk memberikan penyelesaian terhadap isu-isu penting yang memerangkap negara kita ini.

Seperti yang sebutkan tadi hanya seseorang yang memahami masalah secara spesifik sahaja yang mampu memberikan penyelesaian dan pemulihan keadaan negara kita yang kian reput ini.

Kita mesti kembali kepada ‘drawing board’ bagi memulakan situasi baru yang boleh memastikan keadaan dan derita rakyat dan negara sekarang ini dapat disembuhkan kembali.

Jika pemulihan ini terpaksa dilakukan lain dari cara ‘conventional’ yang lazim kita lakukan, maka ia terpaksa dilakukan demi rakyat dan negara yang sedang dalam kegelapan ini.

5 comments:

XUMNO said...

Jalan utama untuk pemulihan negara sekarang ialah dengan kembali kepada memeritah menurut undang2 atau rule 0f law.Undang2 yang sedia tergubal oleh pengasas kemerdekaan negara dulu sudah cukup mantap, tetapi oleh keghairahan elit memerintah bermula dengan Mahathir untuk mengumpul kekayaan untuk diri, keluarga dan kroni maka undang2 asas negara telah dicabuli melalui akta2 sampingan yang tujuannya semata2 mencairkan undang2 asal untuk menghalalkan perbuatan2 jenayah pemerintah dan gulongan penyangak yang diberikan kedudukan oleh rakyat.Untuk berpatah balik kepada situasi selamat, pilihan yang ada kepada rakyat terbanyak adalah menegakkan sebuah kerajaan yang dianggotai oleh individu2 yang mempunyai iltizam dan kekuatan menterbalikkan sistem yang sudah korup dan jahanam ini kepada satu sistem yang lebil adil dan seksama.

Anonymous said...

The religious and Malay elites must pause and admit that they have not succeeded to build a united and just nation. 52 years of failure should have shown us all the pitfalls. Countries poorer than us or at our level have overtaken us by leaps and bound. Countries with similar riches in natural resources like Norway have shown us what we might be if....
Reason, science, truth, fairness and justice had prevailed.
Will we look at facts? Act reasonably? Or do we twist facts to fit an outdated world view? Do we pander to the hegemonist who want dominate and subjugate fellow citizens?

Zamri Taksis said...

Are they feel the rakyat pain? I don't think so. They don't ever care about us at all.

Nordin Razak said...

Salam tuan. Sebenarnya untuk menyelamatkan negara kita ini dari keadaan yang menyeramkan ini semua orang mesti balik menghayati ajaran ahama ISLAM yang sebenarnya. Insyaallah.......

Anonymous said...

Tuan, sebenar kerajaan umno haramjadah lah mewujudkan akta untunk melindungan kegiatan rasuah. Akta tersebut dgunakan sebagai senjata untuk membunuh sesiapa sahaja yg berani bertindak untuk membocorkan semua salahlaku pemimpin2 umno. Oleh itu sekiranya kerajaan haramjadah ini betul2 ingin membasmi rasuah akta JAHANAM tersebut hendaklah dhapuskan