Mahkamah Persekutuan telah
mengekalkan ‘verdict’ gantung sampai mati kepada ketua inspector Azilah Hadari
dan korporal Sirul, dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibu seperti yang
diputuskan oleh Mahkamah Tinggi empat tahun dahulu. Ini bermakna Mahkamah Persekutuan
telah menolak keputusan membebaskan mereka oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos
2013 dahulu.
Akhirnya isu ini telah selesai
kerana kedua-dua yang didapati bersalah kerana membunuh wanita Monggolia itu
yang telah mendapat liputan yang begitu meluas diperingkat antarabangsa yang
telah membabitkan nama Perdana Menteri Najib Razak dalam isu ini.
Undang-undang tetap
undang-undang. Yang bersalah tetap bersalah tetapi apa yang memusykilkan dalam
kes ini ialah dalam perbicaraan di setiap peringkat Mahkamah tidak timbul
persoalan tentang motif pembunuhan itu. Motif pembunuhan itu amat perlu
diketahui Mahkamah dan rakyat, kerana kita perlu mengetahui kenapa dua orang
penguatkuasa undang-undang negara yang perpangkat rendah itu boleh membunuh
seorang wanita yang mereka tidak pernah mengenalinya dan tidak mempunyai
apa-apa perhubungan perniagaan atau sosial di antara mereka.
Baik dalam perbicaraan di
Mahkamah Tinggi mahu pun di Mahkamah Rayuan tidak timbul persoalan kenapa
mereka membunuh Altantuya ini dan siapa yang menyebabkan mereka melakukan
pembunuhan itu. Pihak pendakwa seolah-olah mahu mengelak untuk membabitkan isu motif pembunuhan itu dan ini amat menyangsikan pihak yang meminati untuk mengikuti perbicaraan ini.
Kedua-dua penguatkuasa
undang-undang negara ini tidak pernah mengenali sigadis Altantuya ini, tetapi
mereka melakukan pembunuhan secara kejam sehingga menggunakan C4 dalam
pembunuhan itu.
Tidak tahulah keadaan sebenar
dibelakang tabir tetapi ia telah diputuskan oleh Mahkamah. Mempersoalkan
keputusan Mahakamh adalah salah tetapi yang nyata ramai yang tidak tahu kenapa
dan mengapa kedua-dua orang anggota keselamatan ini melakukan pembunuhan terhadap
orang yang mereka tidak pernah mengenalinya. Tetapi mungkin oleh kerana slogan 'Malaysia Boleh!' yang membolehkan seseorang itu membunuh orang yang mereka tidak kenali dan pernah berhubung secara sosialnya.
Itu persoalan yang tidak akan
terjawab walaupun kedua-duanya mungkin sudah tiada nanti. Ramai memahami
persoalan ini tidak akan ada yang menjawabnya kerana ‘avenue’ untuk mencari
jawapannya sudah tiada lagi.
10 comments:
Kalau benar terimalah tetapi jika kamu tak lakukan tapi hakim tak adil , jumpa di akhirat nanti biar para hakim dan yg membunuh antatuya dibakar dim neraka jahanam. Sabar munkin pahala mereka dari hakim dan pembunuhnya dapat pada kamu berdua Insyaallah
Hukum Kebenaran dan keadilan tetap berjalab dan akan tersingkap jua.. Dusta shj..
Tuan,
Selagi kes pembunuhan ini tidak menjelaskan motif dan alasan Hazilah dan Sirul membunuh Altantuya, biar pun kedua mereka ini maut ditali gantung, persepsi ramai yang mengatakan mereka ini dikambing hitamkan oleh duo Najib dan Razak Baginda sama sekali tidak boleh dielak malah akan kekal selamanyaq.
Dalam kes ini cukup jelas mahkamah telah dipermainkan oleh para pelakun2 yang hanya menuruti skrip. Tanggapan ini tersemat dalam fikiran majoriti rakyat Malaysia malah di kalangan ramai anggota anggota polis sendiri yang mengikuti perjalanan kes di mahkamah.
Saya optimis pihak terbabit tahu tanpa menjelaskan motif, tahap keraguan rakyat terhadap keputusan ini akan meningkat. Namun ada kepentingan lain sebenarnya yang pihak pberkenaan perlu jaga. Inilah yang menguatkan hujah dan tanggapan umum bahawa ada pihak lain yang terbabit merancang dan memberi arahan lain dan dalam fikiran ramai mereka sudah tahu sipa disebalik semua ini.
Inilah satu satunya kes bunuh dalam negara yang langsung tidak berminat tahu motif pembunuhan dilakukan. Jika kedua dua pembunuh berkenaan akhirnya dihukum mati dengan banyak persoalan masih tergantung, rasa hormat dan kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman dan mahkamah Malaysia dan berterusan menjunam. Ia akan menserlahkan lagi betapa hukum dan undang undang di negara dilaksanakan secara double standard dan terpilih.
Secara peribadi saya melihat mahkamah Malaysia telah dikartunkan sepanjang sesi perbicaraan kes ini dijalankan. Mereka2 yang berhujah samada hakim, pendakwa dan peguanbela sebenarnya telah terikat dengan skrip yang telah ditetapkan. Inilah alasannya kenapa ramai berpendapat kepincangan berlaku dan keutusan yang diambil seperti mahu menyelamatkan pemain dibelakang tabir.
Aku nak tau kenapa sepanjang kes befjalan kepala berbungkus.
Saya rasa semua orang yg mempunyai akal yg sihat tahu siapa pengarah drama ini
Beberapa tahun dulu heboh kes sorang hakim terkenal kalo tak silap, bunuh diri tembak kepala sendiri?
Salam Pak Aspan,
Amat dukacita sekali yang membunuh dikenakan hukum gantung,yang mengarahkan pembunuhan terlepas begitu saja.Memang benar la kata orang,mereka telah dikambingkan hitam.
Hmmm...masalah yg bakal muncul adalah BAGAIMANA implementasi hukuman tersebut memandangkan 'mereka' sudah 'hilang' dari pandangan...bahkan peguam mereka dengan selamba mengatakan "tidak tahu di mana beliau berada"....huallahu alam namun seperti diperingatkan oleh seorang Mejar yg ada kaitan dgn kes dakwat, di mahkamah ALLAH kelak, SEMUA yang bersubahat tidak dapat lari ke mana...waktu itu pembodek, penjilat dan yg seangkatan dengannya akan KANTOI seKANTOI-KANTOInya...naudzubillah!
Aspan,
Lama tak jengok blog Aspan.Dalam kes Althantuya ini ramai yang tidak bersedia menerima keputusan mahkamah samalah juga mereka yang tidak dapat menerima keputusan PRU 13.Harap mereka tidak terus menabur fitnah lagi..Wassallam.
mamat kampong man,ada fitnah ka dlm tulisan pak aspan ? atau ada fitnah kaa dari komen² pembaca ?
Post a Comment