13 January 2015

Akhirnya Azilah dan Sirul ke tali gantung juga

Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan ‘verdict’ gantung sampai mati kepada ketua inspector Azilah Hadari dan korporal Sirul, dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibu seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi empat tahun dahulu. Ini bermakna Mahkamah Persekutuan telah menolak keputusan membebaskan mereka oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 dahulu.

Akhirnya isu ini telah selesai kerana kedua-dua yang didapati bersalah kerana membunuh wanita Monggolia itu yang telah mendapat liputan yang begitu meluas diperingkat antarabangsa yang telah membabitkan nama Perdana Menteri Najib Razak dalam isu ini.

Undang-undang tetap undang-undang. Yang bersalah tetap bersalah tetapi apa yang memusykilkan dalam kes ini ialah dalam perbicaraan di setiap peringkat Mahkamah tidak timbul persoalan tentang motif pembunuhan itu. Motif pembunuhan itu amat perlu diketahui Mahkamah dan rakyat, kerana kita perlu mengetahui kenapa dua orang penguatkuasa undang-undang negara yang perpangkat rendah itu boleh membunuh seorang wanita yang mereka tidak pernah mengenalinya dan tidak mempunyai apa-apa perhubungan perniagaan atau sosial di antara mereka.

Baik dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi mahu pun di Mahkamah Rayuan tidak timbul persoalan kenapa mereka membunuh Altantuya ini dan siapa yang menyebabkan mereka melakukan pembunuhan itu. Pihak pendakwa seolah-olah mahu mengelak untuk membabitkan isu motif pembunuhan itu dan ini amat menyangsikan pihak yang meminati untuk mengikuti perbicaraan ini.

Kedua-dua penguatkuasa undang-undang negara ini tidak pernah mengenali sigadis Altantuya ini, tetapi mereka melakukan pembunuhan secara kejam sehingga menggunakan C4 dalam pembunuhan itu.

Tidak tahulah keadaan sebenar dibelakang tabir tetapi ia telah diputuskan oleh Mahkamah. Mempersoalkan keputusan Mahakamh adalah salah tetapi yang nyata ramai yang tidak tahu kenapa dan mengapa kedua-dua orang anggota keselamatan ini melakukan pembunuhan terhadap orang yang mereka tidak pernah mengenalinya. Tetapi mungkin oleh kerana slogan 'Malaysia Boleh!' yang membolehkan seseorang itu membunuh orang yang mereka tidak kenali dan pernah berhubung secara sosialnya.

Itu persoalan yang tidak akan terjawab walaupun kedua-duanya mungkin sudah tiada nanti. Ramai memahami persoalan ini tidak akan ada yang menjawabnya kerana ‘avenue’ untuk mencari jawapannya sudah tiada lagi.

Hanya ‘universal law’ akan memberikan penghakimannya, tidak tahu bila, tetapi ia akan ia tetap akan sampai..

10 comments:

Anonymous said...

Kalau benar terimalah tetapi jika kamu tak lakukan tapi hakim tak adil , jumpa di akhirat nanti biar para hakim dan yg membunuh antatuya dibakar dim neraka jahanam. Sabar munkin pahala mereka dari hakim dan pembunuhnya dapat pada kamu berdua Insyaallah

abrarmujahideen said...

Hukum Kebenaran dan keadilan tetap berjalab dan akan tersingkap jua.. Dusta shj..

Anonymous said...

Tuan,

Selagi kes pembunuhan ini tidak menjelaskan motif dan alasan Hazilah dan Sirul membunuh Altantuya, biar pun kedua mereka ini maut ditali gantung, persepsi ramai yang mengatakan mereka ini dikambing hitamkan oleh duo Najib dan Razak Baginda sama sekali tidak boleh dielak malah akan kekal selamanyaq.

Dalam kes ini cukup jelas mahkamah telah dipermainkan oleh para pelakun2 yang hanya menuruti skrip. Tanggapan ini tersemat dalam fikiran majoriti rakyat Malaysia malah di kalangan ramai anggota anggota polis sendiri yang mengikuti perjalanan kes di mahkamah.

Saya optimis pihak terbabit tahu tanpa menjelaskan motif, tahap keraguan rakyat terhadap keputusan ini akan meningkat. Namun ada kepentingan lain sebenarnya yang pihak pberkenaan perlu jaga. Inilah yang menguatkan hujah dan tanggapan umum bahawa ada pihak lain yang terbabit merancang dan memberi arahan lain dan dalam fikiran ramai mereka sudah tahu sipa disebalik semua ini.

Inilah satu satunya kes bunuh dalam negara yang langsung tidak berminat tahu motif pembunuhan dilakukan. Jika kedua dua pembunuh berkenaan akhirnya dihukum mati dengan banyak persoalan masih tergantung, rasa hormat dan kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman dan mahkamah Malaysia dan berterusan menjunam. Ia akan menserlahkan lagi betapa hukum dan undang undang di negara dilaksanakan secara double standard dan terpilih.

Secara peribadi saya melihat mahkamah Malaysia telah dikartunkan sepanjang sesi perbicaraan kes ini dijalankan. Mereka2 yang berhujah samada hakim, pendakwa dan peguanbela sebenarnya telah terikat dengan skrip yang telah ditetapkan. Inilah alasannya kenapa ramai berpendapat kepincangan berlaku dan keutusan yang diambil seperti mahu menyelamatkan pemain dibelakang tabir.

Anonymous said...

Aku nak tau kenapa sepanjang kes befjalan kepala berbungkus.

Anonymous said...

Saya rasa semua orang yg mempunyai akal yg sihat tahu siapa pengarah drama ini

Anonymous said...

Beberapa tahun dulu heboh kes sorang hakim terkenal kalo tak silap, bunuh diri tembak kepala sendiri?

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,


Amat dukacita sekali yang membunuh dikenakan hukum gantung,yang mengarahkan pembunuhan terlepas begitu saja.Memang benar la kata orang,mereka telah dikambingkan hitam.

Anonymous said...

Hmmm...masalah yg bakal muncul adalah BAGAIMANA implementasi hukuman tersebut memandangkan 'mereka' sudah 'hilang' dari pandangan...bahkan peguam mereka dengan selamba mengatakan "tidak tahu di mana beliau berada"....huallahu alam namun seperti diperingatkan oleh seorang Mejar yg ada kaitan dgn kes dakwat, di mahkamah ALLAH kelak, SEMUA yang bersubahat tidak dapat lari ke mana...waktu itu pembodek, penjilat dan yg seangkatan dengannya akan KANTOI seKANTOI-KANTOInya...naudzubillah!

Kampong man said...

Aspan,

Lama tak jengok blog Aspan.Dalam kes Althantuya ini ramai yang tidak bersedia menerima keputusan mahkamah samalah juga mereka yang tidak dapat menerima keputusan PRU 13.Harap mereka tidak terus menabur fitnah lagi..Wassallam.

Unknown said...

mamat kampong man,ada fitnah ka dlm tulisan pak aspan ? atau ada fitnah kaa dari komen² pembaca ?