Ringgit jatuh lagi dan ringgit
merupakan matawang yang paling lemah di Asia .
Dalam pertengahan hari semalam ringgit pernah jatuh ketahap 3.6378 berbanding
dengan USD. Ini merupakan kejatuhan yang paling teruk dalam enam tahun
kebelakangan ini. Banyak penganalisa pasaran wang antarabangsa memberikan
pendapat yang ringgit akan jatuh lagi sehingga tahap 3.6380 berbanding dengan
dollar Amerika dan ini membawa makna negara kita sedang menyaksikan amaran
jelas yang ekonomi negara kita akan berkecai dan yang terburuk dikalangan
negara-negara di Asia ini.
Ringgit juga jatuh dengan
teruknya berbanding dengan banyak matawang lain seperti dollar Singapura yang
sekarang ini berlegar dalam lengkongan 2.71 bagi setiap dollar Singapura.
Ringgit Malaysia jatuh dengan teruknya berbanding dengan Yuan China dan ini
merupakan ‘signal’ jelas yang negara kita telah gagal dalam membendung
kejatuhan ekonomi negara kita.
Masalah yang kita hadapi begitu
‘compounding’ dengan kejatuhan harga minyak mentah WTI jatuh sehingga bawah dari
paras USD 44 semasa pasaran AS dibuka semalam. Kita belum mendengar apa yang PM
Najib hendak katakan kerana beliau terlalu sibuk dengan kegiatan yang beliau
sukakan iaitu berada di luar negara untuk melakukan kerja yang lain dari
menyelesaikan masalah negara yang beliau ketuai.
Yang selalu mengeluarkan
kenyataan tentang ekonomi negara ialah seorang ‘court jester’ bernama Ahmad
Maslan, Timbalan Menteri Kewangan yang baru sahaja mengeluarkan kenyataan yang
harga minyak tidak akan turun dari USD 40. Lagi kerap ‘budak’ ini bercakap
tentang ekonomi negara lagi cepat kita hancur dan mengalami kemelut ekonomi
yang belum pernah kita lalui dan alami selama ini.
Pemimpin-pemimpin besar negara
tidak ada yang mampu bersuara secara yang meyakinkan. Muhyiddin senyap sunyi
tentang masalah negara. Ahli-ahli kabinet yang lain tidak mempunyai keupayaan
untuk menjadi pelindung kepada kegawatan yang kita sedang hadapi.
Kita hendak juga mendengar
kenyataan pemimpin-pemimpin besar negara. Hishamudin yang sedang menunggu giliran
untuk menjadi Perdana Menteri tidak bercakap tentang masalah negara. Ahmad
Zahid Hamidi sememangnya tidak mempunyai apa-apa kemampuan untuk bercakap
tentang isu yang kita sedang hadapi. Beliau selama ini sibuk dengan perkara
lain dan perkara lain itu diketahui ramai. Tidak usah kita bercakap tentang
seorang lagi Naib Presiden UMNO dari Sabah
itu, tidak lain dan tidak bukan Shafie Apdal.
Najib sudah lah lemah, yang
berada dihiraki kepimpinan seperti nama yang saya sebutkan tadi serupa juga.
Boleh kah mereka ini kita harapkan untuk menjaga rakyat dan generasi yang akan
datang?
1MDB satu lagi ‘biawak hidup’
bagi rakyat. Ini semua ciptaan Najib dan kabinet beliau sekarang. 1MDB
menangguhkan lagi pembayaran hutang kepada tiga bank utama negara sebanyak RM2 billion.
1MDB telah pergi kemerata tempat dan institusi kewangan antarabangsa di seluruh
dunia dan semua yang berada dalam industri kewangan tahu yang tidak ada satu
pun institusi kewangan dan ‘investment banker’ di dunia ini mahu memberikan
pinjaman RM2 billion untuk membayar Maybank. CIMB dan RHB Malaysia.
Kita tahu juga kenyataan yang jika
1MDB tidak membayar hutang RM2 billion ini kepada tiga institusi kewangan ini
sistem kewangan negara akan lebur. Bank Negara Malaysia jelas tidak dapat
bertindak secara ‘professional’ kerana badan eksekutif negara mengambil semua
kuasa termasuk badan legislatif dan judiciary negara.
Sekarang ini, 1MDB menunggu wang
Anandakrishnan sebanyak RM2 billion bagi menyelesaikan jumlah yang dipinjam
dari tiga bank-bank tempatan itu. Kita belum pasti apakah keuntungan Ananda
yang melukah di tempat yang sempit ini. Itu juga akan menjadi perkara yang
sangat ditunggu-tunggu rakyat.
Apakah 1MDB akan menyerahkan
kepada Ananda penguasaan kepada asset tenaga yang akan disenarai kan dalam
beberapa tahun ini dan mengambil keuntungan yang berlipat kali ganda dengan
pinjaman yang diberikan kepada 1MDB yang ‘desperado’ itu. Itu juga perlu
diberitahu kepada rakyat.
Tidak payah lagi kita bercakap
dan memberikan komen tentang semua isu dinegara ini, kerana ia sudah
‘conclusive’ negara kita sudah menjadi ‘a failed nation’. Dalam keadaan
sekarang ini pun pemimpin utama negara masih berkeliaran diseantero dunia
menikmati hidup sebagai pemimpin negara kita seolah-olah dinegara nya tidak ada
apa-apa masalah.
Najib sentiasa berada diluar
sedangkan rumahnya sedang terbakar. Dalam keadaan kewangan negara kita sedang
dalam krisis besar sekarang ini, jet mewah kerajaan masih berada diangkasa
membawa Najib dan isterinya terbang keseluruh dunia sehinggakan tidak ada lagi
tempat yang tidak dilawatinya. Najib masih cuba yang negara kita belum sampai
ketahap krisis ekonomi yang membimbangkan.
Bukan sedikit belanja membawa
‘couple’ ini keseluruh dunia. Najib telah dipersepsikan sebagai seorang Perdana
Menteri yang paling mahal untuk diselenggarakan oleh kerajaan dan rakyat.
Mengekalkan Najib sebagai PM ibarat kata perbidalan, ‘mahal rantai dari
beruknya’.
Perlakuan PM ini hanya disaksikan
oleh jemaah menterinya tanpa melakukan apa-apa. Menteri-Menterinya diharapkan
akan memahami hakikat tindakan Najib ini adalah tindakan secara ‘collective’
dengan ahli-ahli jemaah kabinetnya. Maka Menteri-Menteri kabinet sekarang mesti
mengambil ‘accountability’ terhadap segala yang dilakukan oleh Najib itu.
Maka seluruh kabinet negara ini,
tidak patut mengambil masa yang terlalu panjang untuk berundur. “The whole set of
current hopeless cabinet should go as they are huge liability to the nation”
kata seorang rakan, bekas Ahli Parlimen Malaysia yang sama juga seperti
yang lain, tidak mahu namanya disebut dalam tulisan saya.
8 comments:
TUan,
Gelang dan rantai FLOM bini Najib tu pun rasanya jauh lebih mahal dari rantai beruk beruk dalam parti tu. Bukan sekadar cintin, beg tangan atau baju tebal dia jer. Kalau tak mana mampu FLOM terbang sana sini naik jet peribadi. Rajin dia menabung yer.
DAH BANYAK YANG DIDEDAHKAN HAL HAL NAJIB NI BERMULA DGN ZIANA ZAIN SETERUSNYE BERKAITAN RASUAH DENGAN KAPAL SELAM,PEMBUNUHAN ALTANTUYA BETINA PUAKA BELI CICIN,BETINA PUAKA BAGI ANAK DUIT NEGARA SURUH BUAT FILEM LUCAH,KONSPIRASI MH370 1MDB LINGKOP HANCUR BERBILION,MAIN GOLF JUAL LAHAT DATU,BAGI CIMB SAPU DANA NEGARA,BINI SERTA ANAK SAPU KRONI SAPU RAKYAT SENGSARA DENGAN KEHIDUPAN YANG KONONYE MEMBELA RAKYAT.SUDAH SAMPAI MASANYE PADA SEMUA YANG BERJUANG DEMI ALLAH MENGHAPUSKAN PUAK PUAK LAKHANATULLAH INI HINGGA KEZURIAT MEREKA.KAMI RAKYAT BIASA AKAN BERDOA AKAN TIMBUL PERJUANG PERJUANG BERANI MATI INI AKAN BERJUANG UNTUK RAKYAT NEGARA INI DAN PERCAYALAH
Memang bernas ulasan tuan..Saya amat meminati pandangan tuan. Paling tepat 'hopeless cabinet'.. Lose n lose of command..Ah Jib Gor..
Tuan,
Saya sebenarnya sangat kasihan dengan orang melayu yang ditipu hidup-hidup oleh pemimpin mereka.Akibat yang berok-berok 47% nilah negara kita menjunam ke lembah hina ekonomi.Mereka ditakutkan oleh hantu bernama Anwar hingga tiada percaya pada diri sendiri dan mudah ditipu. Biarkan mereka begitu kerana hati mereka telah gelap akibat percayakan pada pemimpin mereka dari percaya kepada diri mereka sendiri.
Saudara AA.
Kalau kita dengar kabinet berkhutbah pasal Isslam, kalah Tok2 Mufti...tapi sebenarnya ini la yang dikatakan Dunia Sudah di penghujung, Para MUNAFIK menjadi pemimpin.
Lagipun kita yang pilih, jadi takusah ditangiskan. Lesson never learned, thats what we are.
Tadi baca berita yahoo - presiden Uruguay adalah presiden termiskin didunia. Mau tidaknya, 90% dari gajinya diserahkan balik untuk kepentingan rakyatnya.Ada seorang hitch hiker ditumpangkannya. Hitch hiker yg nak pulang dari kerja rasa tersentuh dihatinya selama dia menahan beberapa kenderaan tak ada satupun yang berhenti dan tak disangka cempedak jadi nangka rupanya sipresiden negaranya sendiri yang menumpnagkan dia. beberapa bulan sudah tak ada satu negara Islampun yg sanggup menerima tahanan penjara guantanamo yg nak dibebaskan. Presiden Uruguay ni lah yang terima mereka ni atas dasar kemanusiaan. Setibanya tahanan muslim dilapangan terbang negaranya, dibawa keluar dalam keadaan mata ditutup dan tangan digari, diperintahkan tahanan dibebaskan dengan cara bermaruah sebagai orang bebas sebelum mereka menjejak kami dibumi Uruguay.
Orang Melayu sibuk nak jihad serah nyawa di luar negara, dalam negara pula sibuk guna blog dan media baru untuk pecah belah, hina raja dan pemimpin mereka sendiri. Orang Cina pula sibuk jihad kuasai ekonomi dan negara, mereka guna blog dan media baru untuk bersatu bagi menghadapi pilihanraya untuk kuasai politik negara. Jelas otak Melayu kolot, haprak dan munafik.
najib sendiri tu beruk
Post a Comment