Semua pihak tidak mahu mengambil
kesempatan keemasan yang ada pada pihak masing-masing untuk membuktikan
ketelusan masing-masing dan usaha untuk mempertahankan apa yang ada kepada
mereka.
UMNO masih belum bertindak untuk
mengambil kesempatan keemasan untuk parti itu diyakini ramai dengan pengunduran
barisan kabinet pada hari ini dan bersara. Mereka tahu ini merupakan kesempatan
untuk mereka untuk mengekalkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan mereka
dalam kerajaan. Mereka (ahli-ahli jemaah kabinet) rela kerajaan sekarang
menghadapi risiko kekalahan dan kehilangan sokongan dari rakyat kerana
perlakuan dan kelemahan mereka.
MIC sedang bergolak dan tidak
mahu mengakui yang parti itu dipimpin oleh yang lemah dan mereka tidak mahu
mengubah sikap mereka menghadapi cabaran masa depan dan hari muka.
DAP tidak mahu mengambil
kesempatan untuk membuktikan yang mereka adalah jujur dan tidak berbohong dengan
rakan kongsi mereka dalam Pakatan Rakyat, PAS dalam isu pilihanraya kerajaan
tempatan. Setiausaha Agung PAS, Mustapha Ali telah mencabar Lim Guan Eng untuk
berdebat secara terbuka tetapi LGE memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu
respons kepada cabaran Mustapha itu.
Dalam politik elemen persepsi
ramai adalah elemen yang terpenting dan jika LGE tidak mahu memberikan reaksi
terhadap cabaran Setiausaha Agung PAS itu, maka ia boleh dipersepsikan sebagai
membenarkan apa yang diperkatakan oleh Mustapha dalam isu ini terhadap LGE dan
DAP. Pihak DAP bolehlah memberikan alasan secara loyar buruk kenapa tidak ada
respons dari pihak DAP, tetapi hakikatnya DAP tidak akan berdiam diri jika ada
alasan untuk menunjukan yang mereka itu benar. Dalam isu ini LGE berdiam diri
dan mengelak dari memberikan komen, jauh sekali untuk berdebat seperti yang
diminta oleh pihak Mustapha Ali itu.
Malahan beberapa hari yang lepas
LGE mengarahkan perasaan tidak puas hati beliau terhadap Menteri Besar
Selangor, Azmin Ali kerana tidak hadir bersama beliau dalam majlis makan malam
di Serdang.
LGE marah-marah dengan Azmin Ali kerana tidak memberikan jawatan Speaker
Dewan Undangan Negeri Selangor dan lambat bertindak untuk memberikan kedudukan
dan tempat untuk pemimpin DAP duduk dalam Majlis Daerah-Daerah dalam negeri
Selangor. Beliau merupakan orang yang pertama memberikan ucapan tahniah kepada
Azmin semasa Azmin diangkat menjadi Menteri Besr Selangor, katanya. Beliau
memberikan amaran yang Azmin akan ditimpa nasib yang sama seperti Khalid
Ibrahim jika beliau (Azmin) tidak melakukan apa yang DAP kehendaki.
Rupa-rupanya ucapan tahniah LGE
itu menjadikan Azmin terhutang budi untuk memenuhi segala tuntutan beliau dalam
hal pentadbiran negeri Selangor itu sedangkan rakyat tahu LGE sentiasa bersama
Wan Azizah dalam perebutan kerusi MB itu semasa isu Khalid Ibrahim di Selangor
dahulu. Ramai yang tahu yang menyokong Azmin untuk menduduki kerusi itu adalah
dari kelompok lain dan bukannya dari kelompok DAP khususnya LGE. Tetapi oleh
kerana beliau pantas menghantar ucapan tahniah itu maka beliau mengharapkan
Azmin memenuhi tuntutan beliau dalam semua hal yang berkaitan dengan
pentadbiran negeri Selangor.
Sekarang ini kita perlu memahami
yang menerima ucapan tahniah dari LGE itu amat tinggi harganya kerana ucapan
tahniah beliau itu mesti diberikan ‘reciprocal’ yang besar dan turut sahaja
kehendak dan tuntutan beliau. Alasan ini tentulah satu alasan yang bersifat
kebudak-budakan sedangkan beliau adalah pemimpin yang terutama dalam parti DAP
itu. Beliau jugalah yang mahu diakui ramai sebagai jaguh perpaduan dan
ketelusan dalam semua bidang.
Pada hemat saya LGE mempunyai
mulut yang lebih cepat dari pemikirannya. Di antara mulut dan pemikirannya
tidak seimbang dan ini akan memberikan masalah kepada parti pimpinannya.
Kadang-kadang seseorang itu akan
mudah lupa semata-mata kerana sudah merasakan kuasa sedikit sebanyak. Saya
pernah berkata yang UMNO memakan masa empat puluh tahun untuk sesat, tetapi
parti ini mungkin menjadi sesat serta-merta selepas mendapat kuasa jika
diizinkan menguasai kuasa kerajaan negara ini.
No comments:
Post a Comment