15 April 2017

Ganti dgn Hisham atau Zahid terus menjadi TPM akibatnya sama sahaja

Sekarang ini terlalu hebat spekulasi yang didebatkan di tempat-tempat awam: di kedai kopi, di masjid, di surau-surau dan di mana-mana tentang perlantikan Hishamuddin sebagai Menteri tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini. Ada yang berpendapat yang itu merupakan satu tindakan yang lakukan untuk ‘circumvent’ Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Najib. Katanya Hisham akan menjadi Perdana Menteri selepas Najib dan sebagainya.

Ramai yang berkata yang tindakan Najib ini telah membantutkan tindakan beberapa orang pemimpin yang bercita-cita besar untuk menjadi Naib Presiden dan di antara yang disebut-sebut di khalayak ramai sekarang ialah Ismail Sabri Yaacob, Khairy Jamaluddin dan Mahadzir Khalid. Yang kesemuanya adalah dari kumpulan Zahid yang akan menonjolkan Zahid sebagai Timbalan Presiden yang kekosongan dan sebagainya.

Bagi saya itu tidak mempunyai apa-apa ‘consequence’ yang besar kerana siapa pun di kalangan menteri-menteri kabinet yang akan mengambil alih Najib Umno tetap akan menghadapi cabaran yang paling getir dalam pilihanraya yang akan datang ini. Ahmad Zahid amat kuat di kalangan Umno tetapi beliau tidak mampu untuk menaikkan sokongan ramai terhadap beliau dan ia akan membawa padah kepada Umno dan BN itu. Jaguh kampung hanya berjaya menjadi kuat di kampungnya sendiri sahaja.

Hishamudin pula tidaklah mempunyai kekuatan di kalangan Umno dan tidak juga mempunyai pandangan yang tinggi dari masyarakat awam yang besar. Tetapi seperti yang saya sebutkan dalam posting saya yang lepas pimpinan Umno dan negara ini ditentukan oleh beberapa kerat ‘warlords’ dalam negara ini sahaja. Yang kuat dalam parti tidak semestinya mengambil tempat yang utama negara itu.

Sejarah telah melengkapkan pandangan ini. Hussein Onn merupakan Naib Presiden nombor tiga dalam kepimpinan parti seketika dahulu tetapi beliau akhirnya dilantik menjadi Timbalan kepada birasnya Tun Razak. Lama sebelum itu Tun Dr Ismail merupakan pemimpin yang lebih berpengaruh dari Tun Razak tetapi Tunku telah melantik Dato’ Abdul Razak untuk memberitahu Umno yang selepas beliau Razak lah yang akan mengganti beliau.

Jika terjadi pertandingan yang telah diura-urakan di antara Tun Razak dengan Tun Dr Ismail pada perhimpunan Agong 1952 dahulu ramai yang berpendapat yang Tun Ismail akan menang dalam pemilihan itu. Tetapi Tunku yang baru mengambil alih kepimpinan dari Onn Jaafar sebagai Presiden Umno telah memainkan peranan untuk tidak ada pertandingan dan akhirnya tiada lah pertandingan yang diura-urakan itu.

Dr Mahathir juga merupakan Naib Presiden yang berkedudukan yang ketiga telah dilantik oleh Hussein sebagai Timbalannya pada tahun 1976 dahulu. Begitu jua Musa Hitam merupakan Naib Presiden yang nombor tiga apabila beliau dihantukan oleh Dr Mahathir untuk bertanding dengan Tengku Razaleigh pada tahun 1981 dahulu.

Kedudukan nombor tiga di antara Naib Presiden ini, adalah satu kedudukan yang telah menjadikan seseorang itu menjadi Perdana Menteri. Abdul Gahfar Baba dan Tengku Razaleigh merupakan Naib Presiden yang popular. Ghafar dan Tengku merupakan Najib Presdiden yang nombor satu dan kedua begitu lama.

Apabila Ghaffar Baba jatuh ke tahap ketiga pada perhimpunan agong 1984 dahulu maka beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri apabila Musa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1986 dahulu kerana tidak bersefahaman dengan Perdana Menteri Mahathir.

Apa yang hendak dihujahkan kerana samada tempat dan kedudukan yang pertama atau ketiga tidak menjadi masalah jika Perdana Menteri mahukan mana-mana di kalangan Naib Presiden untuk menggantikan beliau.

Sekarang ini jika Hishamudin dirasakan perlu untuk kepentingan PM Najib untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri itu bukan masalahnya. Jika Zahid akhirnya tidak terus menjadi Timbalan Perdana Menteri itu buka perkara yang pelik dalam sejarah Umno samada Umno asal atau pun Umno Dr Mahathir yang kini beliau tinggalkan itu.

Tetapi yang harus diingat keadaan sekarang bukan lagi seperti dahulu. Umno tidak lagi parti yang dihormati oleh masyarakat pengundi. Umno sudah dianggap sebagai musuh kepada orang Melayu kerana parti itu sentiasa memilih atau melantik pemimpin yang tidak semenggah untuk memimpin kita. Rakyat sudah jemu dan sudah meluat dengan tahap dan nilai kepimpinan Umno itu setiap peringkat di negara ini.

“Umno is already a pest to the country!” kata seorang pemimpin Umno sendiri yang memanggil saya untuk minum kopi di sebuah kedai mamak baru-baru ini. “If Umno is still led by the current chunk of leaders like Zahid and Hisham alike I am not going to continue on with the party. I am watching who leads the coming election first. At best I want UMNO to survive but not with Zahid, Hisham or anyone among the current Majlis Tertinggi. I am sick and fed-up with this incurable Umno.” Kata nya terus.

Saya bertanya tentang PAS dia lantas menjawab “Ok bro.. PAS promised everyone heaven, but that stupid party is driving us fast to hell now.”

Saya mendengar komen-komen seperti ini hari-hari. Umno sudah tidak relevan lagi kecuali ada pemimpin yang boleh membawa imej baru kepada parti itu untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. 

4 comments:

Anonymous said...

Bersihkan UMNO dari sampah M01 dulu baru nampak UMNO bersih !

Anonymous said...

Assalamualaikum Sdr Aspan

Amat benar seperti apa yang dikatakan oleh pemerhati UMNO tersebut, baik UMNO/BN mahupun PAS kedua-dua parti itu sudah tidak relevan lagi untuk politik tanah air kita. Better send them to the dumping ground cos they are unable to be recycled anymore, buat menyusahkan rakyat sahaja selama ini.

Mali Muyung said...

Saya d Penang baru baru ni. Ketika minum teh tarik opposite Masjid depan Perangin Mall, saya berkenalan dgn dua org Melayu.
Perbualan menjurus kepada pemimpin teratas umno yg penuh dgn skandal.
These were educated Malays who hv grown desperate with umno. If this momentus continues, guess umno is due for hard time.

rubbish said...


It's disgusting political environment in this country bro. When and how it's going to end is an everybody's speculations.

We are deep in between the devil and the deep blue sea. Celaka punya pemimpin-pemimpin the government and opposition alike.